Isnin, 4 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRK Sungai Limau: Apakah ini pengakhiran Mahathirisme?

Posted: 04 Nov 2013 04:37 PM PST

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
NOVEMBER 05, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 05, 2013 08:01 AM
Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samad berjaya mengekalkan kerusi PAS di Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2013.Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samad berjaya mengekalkan kerusi PAS di Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2013.Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad turun ke Sungai Limau pada saat-saat terkahir untuk berkempen pada 3 November, seorang aktivis kanan PAS dari Alor Star menyifatkannya sebagai satu "kelegaan".
"Ramai penduduk di Sungai Limau berlatarkan pendidikan agama," kata aktivis itu merujuk kepada komuniti guru, pelajar dan ibu bapa yang terlibat dengan pendidikan Islam atau digelar "pondok" di kawasan itu.
"Mereka masih ingat bagaimana Mahathir merendah-rendahkan PAS dan konsep negara Islam kami," kata aktivis itu merujuk kepada "perang panjang" bekas Perdana Menteri itu dengan PAS sebelum meletakkan jawatan pada 2003.
PAS dan agenda negara Islam menjadi sasaran kritikan Dr Mahathir terutama selepas parti Islam itu berjaya merampas kerajaan negeri Terengganu dan menang banyak kerusi di Kedah dalam pilihan raya umum 1999.
Jadi ia umpama "hari pembalasan" apabila Dr Mahathir turun untuk membantu memancing undi bagi Barisan Nasional (BN) daripada orang yang pernah beliau "perangi" satu ketika dahulu.
Tetapi penganalisis dan aktivis berkata, anak kelahiran Kedah itu mempunyai pengaruh untuk memenangi hati pengundi atas pagar yang masih belum membuat keputusan pada hari mengundi.
"Saya tidak percaya pengaruhnya hari ini sehebat seperti media gembar-gemburkan," kata penganalisis politik, Prof Datuk Dr Shamdul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia merujuk kepada Dr Mahathir.
"Mungkin di peringkat antarabangsa, tempat seperti Somalia, beliau masih disanjung, tetapi tidak lagi di sini," katanya.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut menulis di blognya mengenai pengaruh Dr Mahathir baru-baru ini.
Dalam satu tulisan di blognya pada 3 November, Ahli Parlimen Gelang Patah itu membuat spekulasi mengenai "Apakah Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau terakhir sejak enam bulan lalu dalam pilihan raya kecil esok?"
Semalam, pentadbir sekolah agama Mohd Azam Abdul Samat, 37, dari PAS berjaya mendapat 12,069 undi untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau yang baru.
Mohd Azam menewaskan bekas pensyarah, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dari BN dengan majoriti 1,084 undi.
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center berkata, beliau percaya pengaruh Dr Mahathir hanya kuat di kalangan penyokong BN.
"Pengaruhnya mungkin berkesan kepada seseorang yang pernah mengundi BN pada masa lalu tetapi tidak berpuas hati dengan BN dan keliru siapa yang perlu diundi.
"Bagi orang seperti ini, aura Dr Mahathir masih lagi kuat," katanya yang pernah membuat tinjauan mengenai pengaruh politik Dr Mahathir.
Pemantauan Ibrahim selari dengan laporan aktivis Pakatan Rakyat (PR) yang mendakwa Dr Mahathir melawat rumah kebanyakan bekas pemimpin PAS tempatan.
 "Beliau melawat pemimpin PAS yang baru-baru ini dipecat daripada parti. Kami percaya niatnya untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong PAS," kata seorang lagi aktivis PAS Kedah.
Aktivis itu berkata, Dr Mahathir bertujuan mengelirukan sesetengah penyokong PAS untuk berfikir bahawa pemimpin tempatan ini sekarang menjadi penyokong BN.
"Kehadirannya mungkin mempunyai kesan. Kami tidak nafikan itu," kata aktivis itu.
Aktivis Umno turut mengakui pengaruh Dr Mahathir tidak sekuat semasa beliau menyerang penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu.
"Mungkin bagi ahli Umno berjawatan, beliau memberikan sokongan moral. Tetapi bagi golongan pertengahan Umno, mereka sudah penat melayan kritikannya kepada parti," kata seorang ahli Umno veteran Kedah.
Shamsul Amri berkata, walaupun pengaruh Dr Mahathir mungkin sudah berakhir, keadaan mungkin berbeza bagi Umno, terutama Umno Kedah di bawah pimpinan anaknya Mukhriz yang mengetuai kempen di Sungai Limau.
Ini berdasarkan fakta bahawa Umno berjaya mengurangkan majoriti diperolehi PAS di Sungai Limau pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS sejak 1995.
Shamsul Amri berkata, pada 5 Mei, Umno merampas kembali semua kerusi yang mereka hilang kepada PAS pada pilihan raya umum 2008. Mereka juga mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih besar berbanding kerajaan Pakatan Rakyat sebelum itu.
"Jadi apabila PAS dan Pakatan tidak dapat berbuat banyak semasa pentadbiran mereka BN Kedah sekarang boleh mendapatkan dana dari pusat untuk membangunkan negeri. Sekarang Umno membuat laluan di kubu kuat PAS," katanya.
Katanya, sebagaimana sokongan pengundi boleh berubah terhadap sesetengah personaliti, ia juga boleh berlaku kepada kesetiaan terhadap sesuatu parti. – 5 November, 2013.

PRK Sg Limau : PAS menang .... tahniah

Posted: 04 Nov 2013 05:19 AM PST


Calon PAS Mohd Azam Abd Samat (tengah) menang kerusi Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.Calon PAS Mohd Azam Abd Samat (tengah) menang kerusi Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.PAS mengekalkan kemenangan mereka di Sungai Limau yang disandang sejak tahun 1995 tetapi dengan majoriti jauh lebih kecil berbanding dua pilihan raya lalu.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, memperoleh undi sebanyak 12,069, manakala calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula memperoleh undi sebanyak 10,985, sekaligus menyaksikan PAS menang dengan majoriti sebanyak 1,084.
Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh pegawai bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebelum itu, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tiba di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Agama Yan pada jam 8 malam, antaranya Pesuruhjaya PAS negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar, Bendahari PAS negeri Kedah Datuk Amiruddin Hamzah, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua DAP Kedah Zairil Khir Johari dan pemimpin negeri yang lain.
Sejumlah 23,249 atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi hari ini.
Kesemua 17 pusat pembuangan undi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau secara rasmi ditutup pada jam 5 petang tadi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah berikutan penyandangnya arwah Tan Sri Azizan Razak kembali ke rahmatullah pada 26 September lalu.

Azizan merupakan wakil rakyat kawasan DUNun tersebut sejak tahun 1995 dan merupakan menteri besar Kedah dari 2008 ke 2013.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, Azizan memperoleh majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.
Beliau menewaskan calon BN Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit mereka. – 4 November 2013.

bumiperak

bumiperak


Nik Aziz: Kemenangan Islam di hari pertama tahun 1435H

Posted: 04 Nov 2013 07:28 PM PST

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai  Limau semalam sebagai "kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435H".
Dalam entri terbaru di laman facebook beliau, Tuan Guru Nik Aziz memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan kemenangan itu dan merakamkan tahniah kepada semua petugas, penyokong dan pengundi.

"Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kemenangan kepada calon PAS di Dun Sungai Limau Kedah kelmarin (semalam).

"Tahniah saya rakamkan kepada semua petugas, penyokong dan pengundi PAS yang ternyata telah menolak tawaran wang ringgit semata-mata untuk kekal istiqamah bersama-sama dengan PAS.

"Kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435H diharapkan menjadi langkah kanan kita untuk terus melakar sejarah gemilang di pentas politik negara, Insya Allah," ujarnya.

PAS mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau dengan majoriti 1,084 undi. Calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat, 37, memperoleh 12,069 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang mendapat 10,985 undi.

Pada PRU ke-13  Mei lalu, Tan Sri Ustaz Azizan Razak (PAS) memenangi kerusi Dun Sungai Limau dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.

Keputusan rasmi PRK Dun Sungai Limau diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan kira-kira jam 9.00 malam.

Daripada 23,249 pemilih berdaftar yang keluar mengundi,  145 kertas undi diisytiharkan rosak.Dengan keputusan ini, PAS mengekalkan kerusi Dun itu sejak pilihan raya umum 1995.

dollah yankee

dollah yankee


Bravo ! YB Mahfuz ..

Posted: 04 Nov 2013 04:08 PM PST



dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' ingin mengucapkan tahniah kepada YB Mahfuz Omar yang telah diamanahkan untuk memikul tanggung jawab sebagai Pengarah Pilihanraya PRK Sg.Limau dan telah berjaya menjalankan dan memikul tugas beliau itu dengan begitu sempurna sekali, sekaligus telah berjaya mempertahankan kerusi DUN Sg.Limau. Tahniah !!! and Bravo !!! kerana kedatangan tahun baru hijrah ini di iringi dengan kemenangan PAS.

PAS menang bergaya ...

Posted: 04 Nov 2013 01:09 AM PST

dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' yang berkampung do Sungai Limau,Yan sejak hari jumaat tengah malam telah melapurkan yang sejak jam 3 petang tadi, PAS telah mendahului BN/umno dengan kelebihan 60% undi ...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


SG LIMAU: NAJIB RAZAK CUBA NAK PUJUK HATINYA YANG LUKA DAN LARA

Posted: 04 Nov 2013 07:30 PM PST


Walaupun tewas di Sungai Limau, saya berbangga dengan usaha dan semangat yang dipamerkan oleh calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim bersama jentera pilihanraya kecil DUN Sungai Limau.

Mereka telah bertungkus-lumus bekerja sehingga dapat mengurangkan majoriti undi yang diperolehi oleh pihak pembangkang. Semoga usaha gigih ini dapat diteruskan, serta janganlah berputus asa. Sesungguhnya perjuangan kita tidak pernah selesai.

Begitulah bunyi ayat dan nada suara yang diluahkan oleh Najib Razak apabila keputusan PRK DUN N20 Sg Limau tidak memihak kepada UMNO/BN sebaliknya calon PAS berjaya mengekalkan DUN Sg Limau dari dirampas oleh UMNO/BN.

Dah kalah mengaku sajalah yang UMNO/BN ditolak oleh rakyat DUN Sg Limau.

Dulu cakap bukan main .. menang majoriti 1 undi pun di kira menang .. yang utama adalah menang dan berapa majoriti tidak menjadi perhitungan.

Jenis berbelit lidah biawak betul Najib Razak ni.

Terimalah kenyataan yang UMNO dah kalah walaupun ratusan juta ringgit janji ditaburkan kepada penduduk Sg Limau.

Yang seronoknya tu tuduh DSAI sudah di tolak rakyat .. akhirnya UMNO juga ditolak tersungkur baham tanah.

Sg Limau: Ke mana hilangnya 1,225 orang pengundi PAS? BN hanya mampu tambah 465 undi..!!!

Posted: 04 Nov 2013 07:17 PM PST

PAS berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau yang dimenangi Tan Sri Azizan Razak sejak tahun 1995. Tetapi BN patut dipuji kerana berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi PAS enam bulan lalu.

YAN: Seperti diduga, calon PAS Mohd Azam Abd Samat menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Mohd Azam, 37, mendapat 12,069 undi dan Ahmad Sohaimi, 52, mendapat 12,069 undi, umum Pegawai Pengurus PRK Abdul Rashid Othman di SMK Agama Yan, Kedah malam ini.
PAS berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau yang dimenangi Tan Sri Azizan Razak sejak tahun 1995. Tetapi BN patut dipuji kerana berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi PAS enam bulan lalu.
Pada 5 Mei lalu, Azizan mendapat 13,294 undi manakala calon BN, Mohd Fadzillah memungut 1,520 undi. Abdullah (Bebas) mendapat 100 undi dan Sobri (Bebas) mendapat 84 undi. Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi.
Kejayaan BN mengurangkan majoriti PAS sebanyak 1,690 undi merupakan satu kejayaan yang besar. Apatah lagi sudah lima penggal bekas Menteri Besar Kedah itu bertapak di DUN tersebut.
Yang menjadi tanda tanya kepada kita, ke mana 1,225 orang pengundi PAS yang mengundi Azizan pada Mei lalu? Azizan pada 5 Mei mendapat 13,294 undi manakala Mohd Azam pada 4 November mendapat 12,069 undi. Kenapa mereka seramai 1,225 orang PAS ini tidak keluar mengundi? Adakah mereka tidak suka kepada calon PAS seperti yang didakwa Exco Puteri Umno, Asfalinda Anuar?
Atau adakah mereka ini pengundi luar yang menyokong Azizan selama ini yang tak dapat dikesan oleh Umno Bahagian Jerai seperti yang didakwa oleh bekas calon Bebas, Sobri Ahmad?
BN walaupun kalah harus berbangga kerana dapat meningkatkan 465 undi.Pada Mei lalu, calon BN yang juga sepupu Azizan mendapat 10,520 undi tapi kali ini Dr Sohaimi mendapat 10,985 undi. Adakah 465 orang ini pengundi PAS yang mahu berhijrah kepada BN?
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Lebih 5,000 penyokong Pas rai kemenangan Ustaz Azam

Posted: 04 Nov 2013 07:11 PM PST

YAN - Lebih 5,000 penyokong termasuk pemimpin parti Pas pelbagai peringkat berkumpul di pusat penjumlahan undi yang berlangsung di SMA Yan, di sini, malam tadi.

Kehadiran mereka yang ternyata gembira sekali gus meraikan kemenangan calon Pas, Mohd Azam Abd Samat yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK Dun Sungai Limau.

Sejurus keputusan diumumkan kira-kira jam 9 malam oleh Pengurus Pilihan Raya Negeri, penyokong yang hadir melaungkan kalimah takbir "Allahuakhbar".

Mohd Azam mendapat kemenangan dengan jumlah undi sebanyak 12, 069, manakala Ahmad Sohaimi mendapat 10, 985 dengan majoriti 1, 084 undi.

Dengan keputusan itu, menjadikan Mohd Azam sebagai Adun Sungai Limau menggantikan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak.

Sg Limau: Kemenangan hari pertama tahun Hijrah – TG Nik Aziz

Posted: 04 Nov 2013 07:09 PM PST


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai  Limau semalam sebagai "kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435H".

Dalam entri terbaru di laman facebook beliau, Tuan Guru Nik Aziz memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan kemenangan itu dan merakamkan tahniah kepada semua petugas, penyokong dan pengundi.

"Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kemenangan kepada calon PAS di Dun Sungai Limau Kedah kelmarin (semalam).

"Tahniah saya rakamkan kepada semua petugas, penyokong dan pengundi PAS yang ternyata telah menolak tawaran wang ringgit semata-mata untuk kekal istiqamah bersama-sama dengan PAS.


"Kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435H diharapkan menjadi langkah kanan kita untuk terus melakar sejarah gemilang di pentas politik negara, Insya Allah," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Presiden PAS ucap tahniah

Posted: 04 Nov 2013 07:09 PM PST




KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada para pengundi di Dun Sungai Limau yang memberikan kepercayaan kepada calon PAS dalam Pilihan raya Kecil (PRK) itu.

Katanya, PAS akan memastikan amanah yang diberikan kepada wakil rakyat baru Dun Sungai Limau ini dilaksanakan dengan sebaiknya.

"Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada petugas dari PAS dan rakan Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air untuk membantu kemenangan calon PAS," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas, malam ini.

Sesungguhnya, kata beliau sumbangan tenaga dan dalam apa jua bentuk bantuan sepanjang tempoh PRK itu adalah sangat dihargai.

"Semoga Allah SWT membalas segala pertolongan tuan puan semua," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.

Beliau mendapat 12,069 undi sementara calon BN pula 10,985 undi menjadikan majoriti 1,084 undi.

Sg Limau: Hadiah Tahun Baru 1435 Hijriah

Posted: 04 Nov 2013 07:08 PM PST

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menganggap kemenangan Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah hadiah Tahun Baru 1435 Hijriah buat seluruh rakyat Sungai Limau khasnya dan kepada jamaah amnya.

"Alfun Mabruk buat YB Ustaz Mohd Azam Abd Samad di atas kemenangan dalam pilihan raya kecil N20 bagi menggalas amanah jamaah dan rakyat di Dun Sungai Limau," tulis beliau menerusi facebook.

Sehubungan itu, beliau mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat berbesar hati atas kepercayaan parti kepada calon anak muda dan kini ia menjadi pilihan yang telah dimuktamadkan oleh rakyat Dun Sungai Limau untuk menobatkan Ustaz Mohd Azam Abd Samad sebagai Adun yang menyambung legasi Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Katanya, Ustaz Mohd Azam juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai dan Pengarah Pasti Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dilihat mampu menggalas amanah yang diberi dengan baik dan cemerlang.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua jentera pemuda yang datang dari segenap pelosok tanahair membantu jamaah membawa pulang kemenangan ini.

"Tahniah juga buat seluruh saf pimpinan jamaah yang pastinya banyak berkorban masa, tenaga dan harta," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sg Limau: PAS harap kemenangan hari pertama tahun hijrah bawa tuah

Posted: 04 Nov 2013 07:05 PM PST


PAS berharap kemenangan Sungai Limau adalah kemenangan hari pertama tahun Hijrah yang akan menjadi langkah kanan untuk PAS tahun ini.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam entri terbaru di laman Facebook miliknya melahirkan kesyukuran dengan kemenangan itu dan merakamkan tahniah kepada semua petugas, penyokong dan pengundi.
"Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah SWT yang mengurniakan kemenangan kepada calon PAS di DUN Sungai Limau Kedah kelmarin (semalam).
"Tahniah saya rakamkan kepada semua petugas, penyokong dan pengundi PAS yang ternyata menolak tawaran wang ringgit semata-mata untuk kekal istiqamah bersama-sama dengan PAS.
"Kemenangan hari pertama tahun hijrah 1435H diharapkan menjadi langkah kanan kita untuk terus melakar sejarah gemilang di pentas politik negara, Insya-Allah," katanya.
PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti yang lebih kecil iaitu 1,084 undi.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, 37, memperoleh 12,069 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang mendapat 10,985 undi.
Pada pilihan raya umum pada Mei lalu, allahyarham Tan Sri Azizan Razak memenangi kerusi DUN Sungai Limau dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi.
Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan kira-kira jam 9.00 malam.
Daripada 23,249 pemilih berdaftar yang keluar mengundi,  145 kertas undi diisytiharkan rosak.
PAS mengekalkan kerusi Sungai Limau sejak pilihan raya umum 1995.

Sg Limau: Kami tewaskan dua kerajaan, BN hanya mampu tambah 465 undi dari PRU13

Posted: 04 Nov 2013 07:03 PM PST

PAS menyifatkan kemenangan mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau amat manis kerana mereka berjaya menewaskan dua kerajaan yang bergabung menentang mereka.
"Kita berdepan dengan dua kerajaan dalam pilihan raya ini, kerajaan negeri Kedah dan kerajaan pusat dan kita menang," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam perhimpunan selepas calon PAS diumumkan menang di Dulang Kecil malam tadi.
Calon PAS Mohd Azam Abdul Samad menewaskan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 malam tadi.
Walaupun majoriti PAS berkurangan namun kegembiraan jelas terbayang di wajah hampir 10,000 penyokong PAS yang berkumpul di sebelah bendang padi itu.
Mereka diarahkan berkumpul di situ sebaik sahaja berita PAS menang tersebar, manakala mereka yang mempunyai pas masuk pergi ke pusat penjumlahan undi untuk mendengar keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR_.
Setelah selesai keputusan diumumkan, semua pemimpin dan calon PAS bergerak ke Dulang Kecil.
"Mereka bawa segala macam ke sini, itik dan juga lembu, tetapi kita tetap menang," kata Mohamad merujuk kepada pelbagai pemberian BN kepada penduduk Sungai Limau.
Di Bukit Besar, kubu kuat PAS, gula hanya dijual RM1 sekilo dalam karnival anjuran BN walaupun harga gula kini ialah RM2.85 selepas kerajaan menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dalam bajet baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Apakah ini pengakhiran Mahathirisme?

Posted: 04 Nov 2013 07:00 PM PST


Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samad berjaya mengekalkan kerusi PAS di Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2013.Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samad berjaya mengekalkan kerusi PAS di Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 November, 2013.Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad turun ke Sungai Limau pada saat-saat terkahir untuk berkempen pada 3 November, seorang aktivis kanan PAS dari Alor Star menyifatkannya sebagai satu "kelegaan".
"Ramai penduduk di Sungai Limau berlatarkan pendidikan agama," kata aktivis itu merujuk kepada komuniti guru, pelajar dan ibu bapa yang terlibat dengan pendidikan Islam atau digelar "pondok" di kawasan itu.
"Mereka masih ingat bagaimana Mahathir merendah-rendahkan PAS dan konsep negara Islam kami," kata aktivis itu merujuk kepada "perang panjang" bekas Perdana Menteri itu dengan PAS sebelum meletakkan jawatan pada 2003.
PAS dan agenda negara Islam menjadi sasaran kritikan Dr Mahathir terutama selepas parti Islam itu berjaya merampas kerajaan negeri Terengganu dan menang banyak kerusi di Kedah dalam pilihan raya umum 1999.
Jadi ia umpama "hari pembalasan" apabila Dr Mahathir turun untuk membantu memancing undi bagi Barisan Nasional (BN) daripada orang yang pernah beliau "perangi" satu ketika dahulu.
Tetapi penganalisis dan aktivis berkata, anak kelahiran Kedah itu mempunyai pengaruh untuk memenangi hati pengundi atas pagar yang masih belum membuat keputusan pada hari mengundi.
"Saya tidak percaya pengaruhnya hari ini sehebat seperti media gembar-gemburkan," kata penganalisis politik, Prof Datuk Dr Shamdul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia merujuk kepada Dr Mahathir.
"Mungkin di peringkat antarabangsa, tempat seperti Somalia, beliau masih disanjung, tetapi tidak lagi di sini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Kekalahan Yang Tidak Mengecewakan Najib

Posted: 04 Nov 2013 06:58 PM PST

Oleh Shahbudin Husin
Setelah bertarung selama 12 hari dalam kempen pilihanraya yang sengit dan penuh dengan gula-gula politik, Pas akhirnya berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau melalui calonnya, Mohd Azam Samad yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Suhaimi dengan majoriti 1084 undi.

Kemenangan Pas, walaupun dengan jumlah undi yang merosot berbanding PRU 13 iaitu 2774 undi tetapi seperti yang selalu diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, walau dengan kelebihan satu pun tetap dikira menang juga.

Dengan longgokan projek dan janji pembangunan yang banyak ditaburkan oleh Muhyiddin Yassin sepanjang kempen, selain janji MB Kedah Mukhriz Mahathir untuk menjadikan Sungai Limau sebagai DUN angkatnya serta janji-janji lainnya,  kemenangan Pas ini diira sudah memadai walaupun Mahfuz Omar menyalahkan kemerosotan majoriti itu disebabkan hari mengundi diadakan pada hari bekerja yang menyebabkan pengundi luar tidak balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Kemenangan Pas ini juga memberi isyarat bahawa Mahfuz bakal memberi cabaran yang sengit kepada Mukhriz dalam pilihanraya umum akan datang ini.

Di pihak UMNO pula, kekalahan dalam pilihanraya ini tidak mendatangkan banyak kesan kerana ia tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri yang dikuasai BN, begitu juga dengan kerajaan Pusat. Oleh itu, tiada terlihat nada kecewa daripada para pemimpinnya.  Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil menyifatkan BN menang dalam kalah kerana berjaya menurunkan majoriti Pas dengan drastiknya.

Read More / Baca Lagi >>

Ucapan sulung YB Ustaz Azam selepas menang PRK N20 Sg Limau

Posted: 04 Nov 2013 06:43 PM PST

Sg Limau: UMNO@BN bongkak akhirnya gagal juga

Posted: 04 Nov 2013 06:30 AM PST

UMNO yang bongkak dengan menguasai ruang media, menguasai duit rakyat akhirnya gagal juga di DUN Sungai Limau.
Bertaburan projek sana projek sini, propaganda media yang terus menerus mengamalkan demokrasi tempang media tidak dapat membantu untuk memenangkan UMNO-BN.

Ini belum lagi dengan hasil kerja tangan SPR. Pengundian dibuat hari bekerja. Kalau tengok bola pun boleh bagi cuti, Apasai SPR tak nak rancang buat hari cuti atau kerajaan negeri bagi cuti sempena pilihanraya?

Benarkah UMNO kalah bergaya ..?

Seperti kata Shahrizat Jalil


"Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat
"Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya.
Manakala DS Jamil Khir Baharom pula berkata;

"Kita terima kekalahan dengan hati terbuka sebab rakyat dah buat keputusan mereka," katanya.

penburukonline harap sangat kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh UMNO melayu ni hormat dan tidak meminggirkan penduduk DUN Sungai Limau.

Kalau hormat janganlah buat perangai sama untuk Kelantan dan negeri-negeri pembangkang yang lain.

penburukonline sekadar berharap tapi macam biasa UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan. UMNO akan terus menerus menghukum pendudk yang berpayung di bawah prinsip demokrasi.
Tahniah kepada PAS!Berikut keputusan penuh pilihanraya DUN Sungai Limau 4 November 2013.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan parti Pas mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1,107 undi.
Calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,105 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,998
undi.
 (Ucapan Sulung Ustaz Azam Malam Ni Bersama Penyokong)
Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan
Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi.
Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.
Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman

(Muka-Muka Kecewa Di Sungai Limau..ha.ha..ha..siapa yang kena...!!!)

Sg Limau: PAS menang, 'Mukhriz tak kalah'

Posted: 04 Nov 2013 06:24 AM PST

Seperti yang dijangkakan, PAS berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang menjadi kubu kuat parti itu dalam pilihan raya kecil hari ini.

Dan seperti juga yang dijangka, ia menang dengan majoriti yang merosot lebih 50 peratus kepada 1,084 undi daripada majoriti 2,774 undi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

sg limau vote counting 041113 azam winCalon PAS, Mohd Azam Abd Samat (kanan) memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.

Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini.

Namun kemerosotan lebih 50 peratus undi majoriti yang diperolehi PAS menimbul persoalan mengenai kemampuan pemimpin pemimpin "dua M" di Kedah dalam menerajui parti masing-masing dalam berdepan dengan PKR di Sungai Limau.

Pemimpin "dua M" yang dimaksudkan itu ialah Menteri Besar Kedah yang juga pengerusi Umno negeri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Walaupun Mukhriz popular di kalangan ahli akar umbi Umno apabila hampir-hampir menumbangkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu bulan lalu, namun pengaruhnya belum cukup untuk menarik sokongan rakyat di DUN tersebut untuk beralih sokongan kepada BN.
Read More / Baca Lagi >>

Lawak 4-Nov-2013: 'Kita menang dalam kalah' - Kak Ijat

Posted: 04 Nov 2013 06:23 AM PST

"Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

sg limau vote counting 041113 01 shahrizat"Saya nampak sebenarnya kalau kita kaji, kita menang dalam kalah, kerana ini kubu kuat PAS," katanya ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang dipertahankan PAS sejak lima penggal yang lalu.

"Saya nak katakan untuk BN ini kemenangan dalam kekalahan," katanya sambil undi untuk BN melonjak, walaupun Sungai Limau dikatakan kawasan hitam untuk parti itu.

Menurut Shahrizat lagi semua alim ulama PAS turun berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.

"Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya.

Sg Limau: BN gagal walaupun guna segala kekuatan dan wang ringgit

Posted: 04 Nov 2013 06:02 AM PST


Mohd Azam Abd Samad (tengah) berjaya kekal pengaruh PAS di DUN Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.Mohd Azam Abd Samad (tengah) berjaya kekal pengaruh PAS di DUN Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya.
PAS berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samad mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pertandingan satu lawan satu.
Kegagalan BN untuk merampas kerusi ini juga menjadikan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir kalah buat kali kedua dalam masa tidak sampai sebulan.
Sebelum ini, Mukhriz yang memimpin jentera BN di Sungai Limau gagal dalam usahanya untuk merebut salah satu kerusi naib presiden Umno apabila beliau berada di tempat keempat di belakang Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Mukhriz memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pilihan raya kecil ini dengan berkampung di Sungai Limau sepanjang kempen berjalan.
Beliau berada di mana-mana dalam kawasan pilihan raya untuk memastikan jentera Umno berjalan dengan baik.
Ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut dibawanya untuk membantu kempen BN.
Selain gambar calon BN, gambar Mukhriz banyak digantung di sini.
Tidak sebagaimana pilihan raya kecil sebelum ini, gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak digantung oleh petugas BN di Sungai Limau.‎
Walaupun Mohd Azam menang, majoriti 1,084 undi adalah kurang berbanding majoriti 2,774 yang diperolehi oleh allahyarham Tan Sri Azizan Razak dalam pilihan raya umum lalu.
Kemenangan Mohd Azam, Penolong Pengetua Sekolah Menengah Agama An Nahdzah, Bukit Besar mengalahkan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Sohaimi merupakan satu keputusan yang manis bagi PAS di Kedah setelah hilang negeri jelapang padi itu dalam pilihan raya lalu.‎
Kemenangan ini juga manis buat Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar, yang menggalas tanggungjawab itu selepas Azizan meninggal dunia.
Ia bakal menjadi bekalan penting untuk Mahfuz dalam pemilihan PAS dari 22 hingga 24 November ini apabila beliau dijangka akan mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden.
Kekalahan calon BN juga bermakna program Karnival Rakyat yang banyak mendapat sambutan penduduk tempatan tidak berjaya diterjemahkan dalam bentuk undi untuk BN.
Ia hanya menghabiskan wang yang banyak kepada BN apabila barangan seperti gula, beras dan Milo dijual dengan harga yang murah.
Walaupun kerajaan telah menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan alasan untuk mengelakkan penyakit kencing manis, gula dijual dengan harga murah di Sungai Limau.
Tindakan kerajaan menarik balik subsidi 34 sen gula telah menyebabkan harga gula naik melambung kepada RM2.84 sekilo, namun penduduk di sini mendapat gula dengan harga RM1 sahaja sekilo.
Sekampit beras 5 kilogram hanya dijual dengan harga RM5 sahaja oleh karnival anjuran BN di sini.
Namun, terbukti ia tidak berjaya membeli undi penduduk Sungai Limau, khasnya di kubu kuat PAS iaitu Bukit Besar, tempat berlangsungnya karnival tersebut.


PRK N20 Sg Limau PAS menang majoriti 1,084 undi

Posted: 04 Nov 2013 05:47 AM PST

Sg Limau: Pengundi "BERANI HIJRAH" Dari Politik Jahat Dan Zalim UMNO@BN Untuk "KEKAL" PAS

Posted: 04 Nov 2013 05:17 AM PST





RASMI: PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi - merosot 1,690 undi daripada majoriti pada PRU13 lalu.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan.
Seramai 85.5 peratus (23,249) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Keputusan RASMI PRK N.20 Sungai Limau (Rasmi Dari SPR- BN Kalah Dengan Majoriti 1084)

Posted: 04 Nov 2013 03:17 AM PST

Yb Ustaz Mohd Azam Abd Samad Di Pusat Pengumpulan Undi Sek Men Agama Yan Malam Ini 
Pemimpin BN Hilang Dari Pusat Pengumpulan Undi SM Agama Yan
Kesian Kerusi Kosong Di SM Agama Yan



KEPUTUSAN RASMI  - KEDAH N20: SUNGAI LIMAU: KEDAH: 27,222

1. Ahmad Sohaimi Lazim (BN)................... 10,985 undi

2. MOHD AZAM ABDUL SAMAT (PAS)................ 12,069 undi

Jumlah pengundi.............. (23,249)

Peratus.......................... (85.5%)

Undi ditolak................... 145 undi

Majoriti......................... 1,084 undi

Penyandang: Tan Sri Azizan Abdul Razak: PAS

Undi diperoleh: 2013: 13,294

Majorit: 2,774



Sg Limau: Info Terkini Keputusan

Posted: 04 Nov 2013 03:05 AM PST

  •  Pengundi luar yang keluar mengundi seramai 1,773 daripada 3,350 orang (52.93 peratus)
  •  Pengundi Cina yang keluar mengundi seramai 1,065 orang (51.05 peratus)

Keputusan tidak rasmi.

Peti Undi Bukit Besar
PAS 1,415
BN 943
Majoriti PAS 472

Peti Undi Dulang Kechil:
PAS 398
BN 1,337
Majoriti BN 939

Padang Lumat
 PAS 363, 
BN 413,  
Majoriti BN 50

Sedaka: 
 PAS 702, 
BN 689, 
Majoriti PAS 13

Suasana Hari Pengundian PRK Sg Limau 04 Nov 2013

Posted: 04 Nov 2013 02:55 AM PST

Sg Limau : Ustaz Azam Harap Pilihanraya Telus

Posted: 04 Nov 2013 02:54 AM PST

Sg Limau: Penjumlahan Undi Bermula

Posted: 04 Nov 2013 02:22 AM PST

YAN -- Pengiraan undi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bermula pukul 5.30 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi dapat diketahui seawal 9 malam.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995.

DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar, meliputi 25,323 orang atau 93 peratus pengundi Melayu, 1,842 orang atau 6.7 peratus (Cina), 15 orang atau 0.6 peratus (India) dan selebihnya kaum-kaum lain.

Sg Limau: 85.5% (23,249) keluar mengundi sehingga ditutup jam 5 petang - Lensa 6

Posted: 04 Nov 2013 01:50 AM PST

 Seramai 23,249 orang atau 85.5 peratus daripada 27,222 pengundi telah keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup jam 5 petang.








Balu Azizan kecam pihak sebarkan SMS palsu guna namanya, timbang ambil tindakan undang-undang

Posted: 04 Nov 2013 01:32 AM PST

Isteri bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (gambar) hari ini mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan pesanan khidmat ringkas (SMS) palsu menggunakan namanya.
Faekah menyifatkan tindakan tidak bertanggunjawab tersebut sebagai terdesak untuk meraih undi pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau yang berlangsung hari ini.
"Ada orang gunakan nombor telefon saya mengatakan kononnya saya ralat (terasa hati) dengan insiden menggantung kaki.
"Jadi saya merayu kepada penerima SMS ini, ia tidak betul dan nombor ini saya tidak tahu," kata Faekah dalam sidang media di pondok semakan daftar pemilih PAS di perkarangan Sekolah Kebangsaan Bukit Besar.
Menurut Faekah, SMS mula disedari penyebarannya sejak semalam dan sehingga pagi ini ia masih berlaku.
"Ia mula sejak semalam bermula pukul 11 malam sampai pagi ini.
"Lebih kurang 70 mesej yang sama diterima, yang call pun saya tidak layan... tentulah terdesak sangat kira last minute punya agenda," kata beliau lagi.
"Tak berakhlaklah ornag yang buat fitnah ini. Menjatuhkan maruah ibu bapanya."
Read More / Baca Lagi >>

Balu Azizan: Sebar SMS palsu perbuatan tak berakhlak

Posted: 04 Nov 2013 01:19 AM PST

Balu kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata beliau kesal dengan penyebaran SMS palsu yang mendakwa beliau menggesa pengundi memilih BN.
Menurutnya, SMS tersebut yang dikesan berlegar di kalangan warga Sungai Limau sejak jam 11 malam tadi mendakwa beliau kesal dengan penghinaan PAS ke atas Allahyarham Azizan.

Katanya, penyebaran SMS tersebut merupakan tindakan tidak berakhlak kerana turut mendakwa PAS terlibat dalam bahan kempen yang menghina Allahyarham Azizan.

"Orang yang buat ini saya harap Allah balas pada dia. Tak berakhlaklah orang yang buat fitnah ini menjatuhkan maruah ibu-bapanya," katanya kepada pemberita sewaktu diminta mengesahkan berita ini.

Menurut Faekah, beliau akan menyerahkan kepada peguamnya untuk menentukan langkah yang perlu diambil berhubung penyebaran SMS itu.

Kiriman SMS berkenaan ditunjukkan kepada wartawan orang seorang penyokong PAS yang mengiringi Faekah ke satu pusat pengundian di SK Bukit Besar.

SMS tersebut antara lainnya mendakwa beliau menyalahkan PAS kerana menghina Allahyarham Azizan – dengan menaikkan patung tanpa kaki – yang mencetus kontroversi di Sungai Limau beberapa hari lalu.
Read More / Baca Lagi >>