Selasa, 22 Oktober 2013

dollah yankee

dollah yankee


Mangsa banjir bertengkar sesama sendiri sebab Guan Eng

Posted: 22 Oct 2013 04:00 AM PDT

dollah yankee -
Guan Eng telah menjalankan tanggung jawabnya sebagai pemimpin bila meredah banjir untuk melakukan lawatan mengejut dengan empat lima orang 'team'nya ke Permatang Suboh untuk meninjau mangsa-mangsa banjir empat lima hari yang lalu tanpa memberitahu sesiapa yang berkenaan akan kedatangang nya itu.

Setelah meninjau dan melawat mangsa-mangsa banjir itu beliau juga singgah di rumah yang ditugaskan untuk memasak makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan kampung itu.

Kebetulan Guan Eng juga masih belum 'lunch' ketika melakukan lawatan itu dan dia tidak menolak undangan untuk makan tengahari apabila di semawa.

Selepas dia pulang, mangsa-mangsa banjir kampung itu bertengkar sesama sendiri kerana ada yang marah sebab hidangan itu berupa "kuah taruh atas" dan dihidang hanya dalam pinggan plastik dan tidak sepatutnya dihidang untuk seorang pemimpin. Manakala yang menghidang hidangan itu mempertahankan diri mengatakan Guan Eng dan 'team'nya yang empat lima orang itu yang ambil sendiri pinggan yang ada disana dan menceduk sendiri lauk pauk itu.
Kah..Kah..Kah..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Pengaruh Mahathir kian kendur, ‘Generasi Z’ bakal kuburkan UMNO

Posted: 22 Oct 2013 09:33 PM PDT

Pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin kendur dan dibuktikan apabila anaknya, Mukhriz Mahathir tewas dalam perebutan jawatan seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO.
sakmonkol-teck-IMG_8518 (2)Malah, telahan itu juga dapat dilihat pada pemilihan UMNO lalu apabila Mukhriz juga gagal dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO kepada Khairy Jamaluddin.
"Nampaknya, UMNO tidak mahu lagi dengar cakap Mahathir. Lebih elok Mahathir menyokong gerakan yang benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin UMNO yang tamak haloba.
"Beliau boleh menebus segala salah laku selama 22 tahun sebagai PM dengan bersama menyelamatkan Malaysia. Masih ada masa untuk Mahathir berbuat demikian," demikian kata Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dalam tulisannya mengulas kemerosotan pengaruh Mahathir dalam UMNO.
Menurut beliau, kekalahan Mukhriz merupakan satu tamparan hebat kepada Mahathir dan ia adalah kejayaan pengaruh Perdana Menteri, Najib Razak 'membunuh' pengaruh Mahathir.
"Macam mana saya tahu? Sebab saya bekas Ketua Penerangan Najib dahulu dan saya tahu memang ini cara Najib. Najib akan pujuk dengan pelbagai umpan dan konsesi. Mahathir apa yang dia boleh tawarkan? Dia bukan lagi PM," katanya.
Duit sebagai mainan dalam Pemilihan Agung UMNO
Bersetuju dengan pandangan beberapa tokoh akademik dan penganalisis politik, Mohd Ariff Sabri berkata, politik wang telah menjadi budaya yang begitu subur dalam UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Protes Bantah GST serentak di seluruh negara 5 petang ini (23 Okt)

Posted: 22 Oct 2013 09:27 PM PDT

GST
Kerajaan sedang membuat persediaan untuk memperkenalkan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST ) dalam masa terdekat dan dijangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan akan cuba memasukkan GST dalam Bajet 2014 yang dibentangkan pada 25 Oktober 2013.
Oleh yang demikian, JERIT akan mengadakan satu protes di seluruh negara di beberapa kawasan/negeri  untuk membantah cukai yang memiskinkan rakyat ini pada hari ini – 23-10-2013 jam 5.00 petang. Berikut adalah butir-butir tempat protes bantahan GST akan dijalankan.
No Kawasan Protes No Telefon
1 Depan Pos Laju, Brickfields, KL 010-2402159
2 Berhadapan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Skudai, Johor 017-7540597
3 Medan Kit, Ipoh, Perak 016-5587144
4 Persimpangan Sate Kajang, Kajang, Selangor 019-3055906
5 Seksyen 15, Shah Alam (bulatan goodyear), Selangor 016-6502371
6 Bandar Melaka, Melaka 012-2859103
7 Terminal 1, (bertentangan Sek. ACS), Seremban 016-6606410

Nalini
Media Koordinator

Pemimpin BN bermewah tetapi rakyat derita

Posted: 22 Oct 2013 09:25 PM PDT

Oleh Lanh
Pembaziran melampau dan ketidak-tirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun seolah-olah menunjukkan negara kita terlalu mewah namun sejumlah rakyat terutama pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbir dan mengurus kewangan negara adalah pengkhianat kepada agama, negara dan bangsa. ,
 Bayangkan apa tidak membazirnya jika aktiviti lagha (kumpulan muzik K-pop Korea) dibayar jutaan ringgit untuk satu persembahan sedangkan masih ada rakyat di pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak belum menikmati 'api dalam kaca' dan 'air dalam besi'!

 Kini sesetengah pemimpin itu kerap kali mendabik dada dan dihebahkan secara-besaran oleh media massa tajaan mereka kononnya apa dinikmati sekarang ini (kekayaan dan kemewahan) adalah hasil kebijaksanaan mereka mentadbir negara termasuk mengurus ekonomi, pihak lain tidak pandai, justeru hanya mereka layak memerintah negara ini. Tentunya jika dilihat secara zahir, seolah-olah benar apa yang direpekkan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan. Benar sejumlah rakyat kelihatan hidup mewah tetapi persoalannya golongan manakah ini? Apakah 'golongan feudal' saja mahu kaya dulu, kini dan selamanya sedangkan rakyat bawahan hidupnya kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Allah SWT telah melempahkan sumber alam yang cukup kaya kepada negara ini – petroleum, kelapa sawit, getah dan sebagainya – tetapi apakah kekayaan ini mendasar kepada kehidupan majoriti rakyat terutama yang tinggal di desa dan pedalaman?
Jika dari segi ekonomi dan taraf hidup sesetengah rakyat ketinggalan terlalu jauh, kini masalah sosial pula menambah derita dan ketakutan rakyat kebanyakan. Jenayah seperti pembunuhan, perompakan, ragut, rogol, zina dan membuang bayi semakin menjadi-jadi. Daripada setinggi-tinggi jenayah berprofil tinggi termasuk pembunuhan warga asing termasuk dari Mongolia sehingga pembulian di sekolah, semuanya membimbangkan, membayangkan terlalu banyak perkara tidak beres dalam masyarakat kita.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat dan NGO bantah GST di Parlimen Jumaat ini

Posted: 22 Oct 2013 09:23 PM PDT


SHAH ALAM 23 OKT: Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan himpunan aman membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sempena pembentangan Belanjawan 2014, pada 25 Oktober ini.
1375941_652639501434584_787199148_nAntara agenda yang akan diadakan pada himpunan itu adalah pidato daripada wakil parti politik dan NGO, flashmob dan penyerahan memorandum kepada ahli parlimen PR yang akan diadakan, di laluan masuk bangunan Parlimen, kira-kira jam 3 petang.
Sehubungan itu, orang ramai diseru supaya menyertai perhimpunan itu bagi menyatakan pendirian terhadap pelaksanaan GST yang membebankan dan satu sidang media juga dijadualkan akan diadakan selepas perhimpuan berkenaan.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata protes seluruh negara akan diadakan jika Kerajaan Pusat melaksanakan GST pada Belanjawan 2014 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
PR meneruskan pendirian menentang keras sebarang usaha kerajaan Barisan Nasioanal (BN) bagi pelaksanaan GST yang hanya akan membeban rakyat.

GST: Menteri tak jamin harga barang takkan naik

Posted: 22 Oct 2013 09:23 PM PDT



 
Menteri perdagangan dalam negeri Datuk Hasan Malek berkata kerajaan tidak dapat memberi jaminan bahawa harga barangan keperluan pengguna tidak akan naik mendadak selepas pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Tiada apa-apa jaminan di dunia ini... Buat masa ini, kita hanya boleh berdoa untuk kesan yang baik," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.

Katanya spekulasi mengenai pelaksanaan GST itu tidak sepatutnya timbul sebelum Bajet 2014 dibentangkan.

Brunei laksana hudud mulai semalam

Posted: 22 Oct 2013 09:22 PM PDT


KUALA LUMPUR: Negara Brunei Darussalam melakar sejarah apabila menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud mulai semalam.

Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengumumkan perkara itu ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, lapor portal berita rasmi Kerajaan Brunei, Pelita Brunei.

"Dengan izin Allah juga, Akta Perintah itu mula digazetkan hari ini, 22 haribulan Oktober 2013, dan akan mula berkuat kuasa enam bulan selepasnya secara berfasa.

"Dengan ini Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggung jawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," titah Sultan Hassanal Bolkiah.

Baginda seterusnya bersyukur ke hadrat Allah SWT  kerana Majlis Ilmu pada kali ini diisi dengan acara-acara bersejarah yang berkaitan dengan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah.

Menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu tahun ini yang memaparkan "Undang-Undang Jenayah Syar'iah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua", baginda bertitah, syariah yang datang daripada Allah memang wajar malah wajib diyakini sebagai mampu menjamin keadilan dan kesejahteraan bagi semua.
Read More / Baca Lagi >>

PAC bentang laporan skandal NFC di Parlimen, kata Tony Pua

Posted: 22 Oct 2013 09:18 PM PDT

Laporan terhadap penyalahgunaan dana awam RM250 juta bagi Projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) akan dibentangkan di Parlimen selepas ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bersetuju dengan perkara itu, kata Tony Pua.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, laporan berkenaan sudah disiapkan, tetapi disebabkan mesyuarat jawatankuasa di bawah Parlimen, pendedahan berkenaan dilakukan selepas selesai sidang Dewan Rakyat.
"Sebenarnya siasatan dan laporan sudah selesai dan dimuktamadkan dalam PAC lalu. Tetapi laporan disiapkan dalam sesi terakhir Parlimen penggal lalu, jadi tidak dapat bawa ke dalam Parlimen.
"Sekarang ia akan dibentangkan semula kepada ahli PAC yang baru dan jika semua ahli bersetuju dengan laporan PAC sebelum ini, kita akan bentangkan dalam Parlimen," kata Pua, yang juga anggota PAC.
Beliau berkata, berdasarkan jawapan bertulis yang diterimanya berhubung dana RM250 juta projek yang diuruskan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu, menunjukkan tiada syarikat bersedia mengambil alih liabiliti projek berkenaan.
"Tidak ada syarikat akan ambil alih projek NFC. Kita tidak terkejut kerana mana ada syarikat mahu membayar dan mengambil alih RM250 juta dan tambah pelaburan untuk uruskan NFC.
Read More / Baca Lagi >>

Broker: GLC Malaysia beli hartanah di London melebihi harga pasaran

Posted: 22 Oct 2013 09:17 PM PDT


Felda memberi pangsapuri servis Grand Plaza di Bayswater, London pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran. Gambar fail.Felda memberi pangsapuri servis Grand Plaza di Bayswater, London pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran. Gambar fail.Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia membeli hartanah di London pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran hartanah tidak berubah United Kingdom, dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan sebarang masalah akan menyebabkan kehilangan dana awam sehingga berjuta ringgit.
Beberapa ejen hartanah berkata, pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang bernilai £97.9 juta oleh Felda adalah contoh pembelian melebihi harga pasaran kerana syarikat penilai hartanah terkemuka Savills and Knight Frank menilai harga hartanah tersebut hanya pada harga £80 juta untuk beberapa tahun kebelakangan ini.
"Pasaran hartanah UK tidak berubah di kebanyakan tempat termasuk London. Apa yang syarikat Malaysia bayar sangat mahal dan boleh menimbulkan masalah," kata ejen hartanah berasal dari Malaysia yang enggan namanya diberitahu.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan pembelian tersebut sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah dilaporkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Broker itu berkata, GLC lain Malaysia dan agensi seperti Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji turut membeli hartanah komersial di ibu kota negara itu.
"Sesetengah agensi tidak menggunakan ejen hartanah dan pergi terus kepada penjual dan membayar harga lebih tinggi daripada harga pasaran.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM masih gagal meskipun peruntukan RM1 bilion digunakan

Posted: 22 Oct 2013 09:15 PM PDT

Meskipun menerima peruntukan hampir RM1 bilion, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi gagal menyelesaikan sejumlah besar kes rasuah, kata pembangkang.
Ahli Parlimen Kampar Ko Chung Sen menegaskan, daripada sejumlah 1692 kes disiasat antara tahun 2009 hingga Jun 2013, hanya 75% daripada kes atau sejumlah 1274 kes yang disabit kesalahan.
"Walaupun sejak tiga tahun lepas peruntukan dan anggota untuk SPRM semakin meningkat, kes yang disiasat dan didakwa sebenarnya menurun," kata Ko ketika sidang media di Parlimen hari ini.
Jelasnya lagi, sekiranya Malaysia tidak tergolong dalam kumpulan negara yang mempunyai kadar rasuah yang tinggi, perkara itu bukanlah suatu masalah.
"Kita berbelanja besar untuk SPRM. Kita mengharapkan kes-kes besar didakwa di mahkamah," kata ahli Parlimen Bruas Ngeh Kor Ham yang turut hadir dalam sidang media tersebut.
"SPRM tak jalankan tugas langsung, jumlah wang besar, tapi kes yang disiasat sedikit sahaja," dakwanya.

Kes ibadah korban, polis cari 'Saravanan'

Posted: 22 Oct 2013 09:13 PM PDT





 
Polis memulakan siasatan ke atas individu bernama "Saravanan" yang dirakam mengadakan perbualan dengan guru besar SK Puchong Jaya berhubung penyembelihan korban di kawasan sekolah sempena sambutan Aidiladha.

Laporan Sin Chew Daily semalam memetik kenyataan ketua polis daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias, bahawa pasukan itu membuka siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh guru besar sekolah tersebut.

Menurut Sin Chew, polis kini sedang mencari "Saravanan" untuk membantu siasatan.

Menurut laporan tersebut, guru besar tersebut, Mohd Amin Bahari, bimbang dengan keselamatan dirinya dan juga keselamatan harta sekolah selepas perbualan dengan "Saravanan".

Dalam rakaman yang dimuatkan "Saravanan" di Youtube, Mohd Amin mempertahankan ibadah korban yang dijalankan di kawasan sekolah tersebut pada minggu lalu.

Rakaman perbualan tersebut dimuatkan di Youtube sejak lima hari lalu.Read More / Baca Lagi >>

PRK Sungai Limau : Satu lawan satu

Posted: 22 Oct 2013 08:39 PM PDT

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pas, Mohd Azam Abd Samat dan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Pengumuman itu dilakukan Pegawai Pengurus PRK, Abdul Rashid Othman di pusat penamaan calon, di Dewan Datuk Madi di Yan, Kedah, pagi ini.

Mohd Azam yang dipetik dalam laporan HarakahDaily berkata, beliau bersedia memikul tanggungjawab diamanahkan parti dan akan meneruskan legasi yang ditinggalkan bekas Adun kawasan berkenaan, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, tanggungjawab terbabit cukup berat dan besar bagi meneruskan kemenangan Pas selama lima penggal di Dun berkenaan.

"Saya cukup terharu apabila diberikan amanah oleh kepimpinan parti bagi mewakili Pas pada PRK kali ini.

"Ini adalah tanggungjawab yang cukup berat untuk saya laksanakan terutama bagi mengekalkan kemenangan yang diperoleh Pas selama lima penggal," katanya.

Dun Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai mempunyai 27,287 pemilih berdaftar dengan 40 peratus daripadanya adalah pengundi muda dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian, pada 4 November ini.

‘BN: Barang Naik’, ‘Pakatan kekal’ meriahkan Penamaan Calon Sg Limau

Posted: 22 Oct 2013 08:38 PM PDT

YAN 23 OKT: Hari ini berlangsung proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah.
Pusat Penamaan calon ditetapkan di Dewan Dato' Madi, Yan.
Kelmarin, PAS mengumumkan Mohd Azam Abdul Samat sebagai calon Pakatan Rakyat yang akan menentang calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim.
LAPORAN LANGSUNG
11.09: Proses penamaan calon selesai. Calon Pakatan Rakyat, Mohd Azam Abd Samat diisytihar sebagai calon.
10.05am – Pegawai SPR mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan telah ditutup tepat jam 10 pagi tadi.
9.45am – Sementara itu, penyokong Pakatan Rakyat mula mengadakan pentas pidato dipengerusikan Leman Raja Lawak. Beberapa pemimpin dilihat mula memberi ucapan bergilir-gilir.
9.30am – Cuaca yang cerah sejak pagi tadi mula bertukar sedikit mendung. Suasana penyokong kedua-dua pihak bagaimanapun masih dalam keadaan tenang menunggu pengumuman rasmi dari SPR.
9.10am – Pelbagai sepanduk turut kelihatan termasuk 'BN: Barang Naik'. dan 'Kekal Sungai Limau'.
9.05am – Di luar pagar dewan, penyokong kedua-dua pihak dipisahkan oleh polis dalam jarak kira-kira 200 meter. Sementara menunggu pengumuman rasmi dari SPR, penyokong Pakatan dilihat berterusan melaungkan slogan hidup Islam, hidup rakyat dan juga berselawat dan berdoa.
9.03am – Calon PAS, Azam dilihat masuk ke dewan pusat penamaan untuk menyerahkan borang pencalonan, Beliau diiringi pencadang dan penyokong.
9.00am – Pegawai SPR mengumumkan pusat penamaan calon dibuka tepat jam 9 pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pertembungan satu lawan satu di Sungai Limau

Posted: 22 Oct 2013 08:13 PM PDT


Calon BN, Dr Sohaimi Lazim (kiri) dan calon PAS, Mohd Azam Abd Samat bergambar bersama selepas proses penamaan calon selesai. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Oktober, 2013.Calon BN, Dr Sohaimi Lazim (kiri) dan calon PAS, Mohd Azam Abd Samat bergambar bersama selepas proses penamaan calon selesai. Calon muda PAS Mohd Azam Abd Samat dan wakil Barisan Nasional (BN) Dr Sohaimi Lazim akan bertanding dalam pertandingan satu lawan satu di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau pada 4 November depan selepas penamaan calon hari ini.
Calon BN, Sohaimi, 52, adalah pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris manakala Mohd Azam, 36, pula ialah guru agama tempatan di Sungai Limau.
Pegawai bertugas  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abd Rashid Othman mengumumkan nama calon pada jam 10 pagi sebentar tadi.
Secara rasminya tempoh berkempen 12 hari akan bermula hari ini, di sebuah kawasan pendalaman yang majoritinya adalah masyarakat Melayu.
Ia bakal menjadi misi sukar buat Umno dan BN untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan jika PAS kalah pula, ia akan menjadi tamparan hebat kepada parti Islam tersebut yang gagal mempertahankan negeri Kedah semasa pilihan raya umum Mei lalu.
Sungai Limau merupakan kubu kuat PAS yang dimenanginya selama lima penggal.
Penyandangnya, allahyarham Tan Sri Azizan Razak adalah wakil rakyat DUN itu sejak 1995.
Kerusi tersebut kosong selepas Azizan meninggal dunia pada 26 September lalu kerana mengalami kegagalan organ.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Lensa Penamaan Calon - Part 7

Posted: 22 Oct 2013 08:12 PM PDT

















Sg Limau: Lensa Penamaan Calon - Part 6

Posted: 22 Oct 2013 08:07 PM PDT







Sg Limau: Lensa Penamaan Calon - Part 5

Posted: 22 Oct 2013 08:00 PM PDT
















Pengundi sudah jangka Ustaz Azam jadi calon PAS

Posted: 22 Oct 2013 07:55 PM PDT


JERAI: Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar melihat keputusan meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abd Samat sebagai calon bukan satu kesulitan kepada parti, malah ia merupakan pilihan terbaik yang dibuat oleh kepimpinan PAS.

Katanya kepada Harakahdaily, Azam merupakan seorang anak muda yang cukup dikenali penduduk setempat apatah lagi beliau adalah anak kepada seorang tokoh agama yang disegani di Sungai Limau.

"Bagi PAS pemilihan Azam sebagai calon bukan satu kesulitan tetapi merupakan pilihan terbaik dari PAS bagi menghadapi calon Barisan Nasional.

"Beliau merupakan seorang anak muda yang cukup dikenali serta disenangi penduduk setempat dan anak kepada tokoh agama setempat," jelasnya.

Katanya lagi, setelah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Azam sebagai calon PAS pada PRK kali ini, pihaknya telah mendapat maklum balas positif dari penduduk setempat.

"Sebelum kita umum penduduk setempat telah tanya dan lapan puluh peratus telah mengatakan Azam akan dipilih sebagai calon.
Read More / Baca Lagi >>

ULASAN SPONTAN PRESIDEN TENTANG CALON PAS SG LIMAU

Posted: 22 Oct 2013 07:51 PM PDT

Jejak kejayaan kempen Azizan di Sungai Limau

Posted: 22 Oct 2013 07:44 PM PDT


Allahyarham Tan Sri Azizan Razak kekal menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan mendapat 2,774 undi majoriti.
Itu adalah antara kekuatan Azizan, bekas Pesuruhjaya PAS merangkap bekas Menteri Besar Kedah.
Undi majoriti itu boleh jadi menjadi kekuatan ayam tambatan PAS, Azam Samad, atau sebaiknya.
Oleh kerana PAS dan Umno masing-masing mempunyai pengundi tradisi, menang kalah lebih tergantung pada undi atas pagar.
Menang lencongan undi atas pagar pun yang menentukan kalah menang satu-satu pihak.
Pengundi atas pagar bukan pengundi tradisi bagi PAS atau Umno.
Mereka mengundi berdasarkan kecenderungan lain, antaranya, berdasarkan mood mengundi.
Mereka ini sebenarnya menentukan undi majoriti pergi kepada Azizan pada musim PRU12 lepas.
Isu ZIPY
Menjelang PRU12 pada Mac 2008, kerajaan negeri Kedah di bawah pentadbiran  Menteri Besar, Datuk Seri Mahadhir Khalid merancang untuk memajukan sebahagian kawasan Parlimen Yan, termasuk DUN Sungai Limau.
Kerajaan Umno Barisan Nasional Kedah pada tahun 2007 mahu melaksanakan semula projek berimpak tinggi yang dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY).
Projek itu dikatakan bakal membawa nilai pelaburan berbilion ringgit kepada kerajaan negeri dan Pusat.
Sungguhpun niat kerajaan Umno Barisan Nasional Kedah itu murni, tetapi, projek tersebut bakal meninggalkan kesan bersantai yang negatif kepada penduduk asal di Pulau Bunting, kebetulan rata-rata orang Melayu.
Rakyat asal akan hilang tanah dan penempatan kerana proses pengambilan balik tanah penduduk berwajib tentu dilakukan oleh kerajaan negeri demi pemajuan projek tersebut.
Kebanyakan penduduk di sini adalah nelayan. Mereka bakal hilang mata pencarian kerana projek berimpak tinggi itu turut menbabitkan hampir keseluruhan kawasan pengairan utama di Pulau Bunting.
Wajarlah kaum nelayan ini pulau tersebut bimbang bahawa mereka masing-masing akan hilang mata pencarian, jika projek berkenaan diteruskan.
Selain itu, penduduk setempat di pulau tersebut dikatakan tidak dapat menerima langkah kerajaan negeri era Umno Barisan Nasional memindahkan kubur-kubur lama nenek-moyang mereka di sini, walaupun atas nama pemajuan ZIPY.
Tiga sentimen Sungai Limau
Ini antara sentimen yang wujud di Sungai Limau sampai sekarang.
Tiga sentimen ini berjaya menggamit empati Azizan sendiri sejak menjelang musim PRU12 lalu, walaupun isu sekitar projek ZIPY ini dilihat terlalu bersifat setempat.
Dalam ceramah politik, Azizan serta kumpulan kempennya dilapor membangkitkan beberapa persoalan sampai menjadi mood majoriti pengundi di sini.
Kalau tanah kami diambil atas nama kepentingan awam sekalipun, di mana penduduk asal Pulau Bunting ini akan tinggal?
Kalau projek ZIPY ini dibuka di pulau serta kawasan perairan utama pulau ini, bagaimana nelayan hendak cari mata pencarian?
Kalau hendak majukan pulau ini, takkan sampai menceroboh kawasan kubur orang Islam?
Tidak cukup dengan itu, pasukan Azizan turut mengemukakan langkah proaktif, jika kekal diberi mandat sebagai Adun Sungai Limau.
Azizan berjanji untuk memastikan kepentingan Islam serta warga asal Sungai Limau, khususnya di Pulau Bunting akan terus dipelihara bersama-sama arus penafian pembangunan negeri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah.
Read More / Baca Lagi >>

Straight fight between PAS and Umno in Sungai Limau

Posted: 22 Oct 2013 07:40 PM PDT

The Sungai Limau by-election in Kedah on November 4 will be a straight fight between PAS candidate Mohd Azam Abd Samat and Barisan Nasional's Dr Sohaimi Lazim.
Returning officer Abd Rashid Othman announced the candidates' names at 10.13am after nominations closed today.
The announcement also paves the way for a 12-day campaign, beginning today.
While it is an uphill battle for Umno, a victory for BN will be seen as a further erosion of PAS support after losing the state in the May general election.
Sungai Limau has been PAS stronghold over the past five terms. Its former incumbent, the late Kedah Menteri Besar Tan Sri Azizan Razak, first won the seat in 1995.
The by-election, the second since the May national polls, is being held following Azizan's death on September 26. The first by-election was held in Kuala Besut, Terengganu following the death of BN's Dr A. Rahman Mokhtar on June 26. The BN retained the seat.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Kata Umno, Pas sama untuk pancing undi - Juham

Posted: 22 Oct 2013 07:35 PM PDT


Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi 

SHAH ALAM - Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebut bahawa Umno dan Pas banyak persamaan disifatkan hanyalah untuk memancing undi semata-mata, kata Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

Ahmad Zamri merupakan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi manusia (Juham) sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu Pas merebut kerusi Dun Sungai Limau dalam pilihan raya kecil, bulan depan.

"Ini kenyataan politik.  Semata-mata untuk memancing undi.

"TPM terpaksa menggunakan kaedah menyamakan perjuangan Islam yang dibawa Umno sama dengan Pas," katanya kepada Sinar Harian Online ketika diminta mengulas soal kenyataan tersebut.

Menurutnya, Pas dan Umno jelas jauh berbeza daripada segi pembawakan Islam itu.

"Dari sudut praktikalnya, Pas dan Umno sangat-sangat jauh berbeza dari segi pembawakan Islamnya.

"Umno menggunakan Islam secara kosmetiklah kalau kita boleh sebut sebab hanya mempraktikkan Islam dalam perkara-perkara tertentu tapi perkara besar ditinggalkan," katanya.Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Aura Mahathir vs Azizan

Posted: 22 Oct 2013 07:34 PM PDT

4 November 2013 akan menyaksikan pertembungan sengit antara BN dan Pas dalam saingan PRK Dun Sungai Limau.Dun Sungai Limau sememangnya kubu kuat Pas, ini dibuktikan dengan kejayaan penyandangnya Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mengekalkan kemenangan kerusi tersebut selama lima penggal dalam pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpandangan Pas tidak boleh berasa selesa kerana parti itu pada 2009 pernah hampir dikalah di kubu kuat mereka di Dun Manek Urai, Kelantan apabila hanya memenanginya dengan 65 majoriti undi sahaja.

Kelmarin, BN mempertaruhkan calon anak tempatan, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menyifatkan Ahmad Sohaimi sebagai individu yang cukup berpengalaman bagi menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

"Beliau juga warak walaupun tiada kelulusan agama tetapi ada kelulusan lain, jadi kita fikir beliau calon terbaik," katanya menjawab soalan tentang peluang BN menembusi kubu kuat Pas di Dun Sungai Limau sejak 1995.

Muhyiddin turut memberitahu Umno dan Pas banyak persamaan kerana mempunyai perjuangan sama iaitu mendukung Islam dan berusaha membangunkan ummah dalam semua bidang.

Jika BN menawarkan tokoh ilmuwan sebagai calon mereka, Pas pula menamakan Ketua Pemuda Pas Jerai, Mohd Azam Abdul Samat, sebagai taruhan parti dalam PRK kali ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mohd Azam yang dicanang sebagai anak didik Azizan sebagai memiliki sifat ketokohan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Mohd Azam juga dikatakan sebagai salah seorang tokoh ulama daripada Pas yang cukup dikenali dalam Majlis Tindakan Dun (MTD) Sala yang kini dikenali sebagai Dun Sungai Limau.

Selain itu, Mohd Azam juga dikatakan mempunyai rekod keperibadian yang baik dalam parti selain dan tidak mempunyai musuh dalaman.

Read More / Baca Lagi >>

Kempen: Ustaz Azam gesa hormati penduduk setempat

Posted: 22 Oct 2013 07:29 PM PDT


JERAI: Calon PAS PRK Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat berharap kempen pilihan raya kecil itu berlangsung dalam keadaan harmoni dan damai.

Katanya, setiap jentera kempen tidak kira sama ada daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional (BN) perlu menghormati amalan yang dilakukan oleh penduduk setempat.

"Penduduk di sini mempunyai penghayatan Islam yang cukup tinggi, mereka telah lama mengamalkan kehidupan yang harmoni dan damai walaupun mempunyai perbezaan politik.

"Jadi kita perlu menghormatinya dan menjalankan tugas kempen dengan lebih berhemah tanpa ada kempen fitnah yang boleh menimbulkan provokasi sehingga boleh menyebabkan putusnya hubungan silaturahim antara penduduk," ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Jerai.

Azam yang ketika ditanya mengenai pendekatan yang akan ambil, beliau menjelaskan konsep bermesra dan dekat dengan pengundi menjadi keutamaannya.

"Pendekatan yang saya akan ambil adalah bermesra dan dekat dengan pengundi, kita menyantuni masyarakat setempat.
Read More / Baca Lagi >>

Saya sedia pikul tanggungjawab – Ustaz Azam

Posted: 22 Oct 2013 07:28 PM PDT

JERAI: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti serta meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak.

Beliau turut merasakan tanggungjawab tersebut adalah cukup berat dan besar apatah lagi untuk meneruskan kemenangan PAS selama lima penggal.

"Saya cukup terharu apabila diberi amanah oleh kepimpinan parti bagi mewakili PAS pada PRK kali ini.

"Ini merupakan satu amanah yang cukup berat untuk saya laksanakan apatah lagi untuk mengekalkan kemenangan yang diperolehi selama lima penggal.

"Namun tanggungjawab ini akan saya laksanakan sepenuh bagi memastikan segala amanah dan legasi Allahyarham Ustaz Azizan dapat kita teruskan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yakin amanah yang diberikan itu bukan hanya dilakukan olehnya seorang diri tetapi turut dibantu oleh jentera parti serta penyokong peringkat kawasan serta seluruh negara.
Read More / Baca Lagi >>

Ribuan berhimpun untuk Hari Penamaan Calon Sungai Limau

Posted: 22 Oct 2013 07:26 PM PDT


Calon PAS, Mohd Azam Abd Samad (tengah) diiringi pemimpin Pakatan Rakyat ke dewan penamaan calon. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Oktober, 2013.Calon PAS, Mohd Azam Abd Samad (tengah) diiringi pemimpin Pakatan Rakyat ke dewan penamaan calon. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Oktober, 2013.Ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhimpun di hadapan Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Dewan Madi, di Yan, Kedah untuk memberikan sokongan kepada calon parti mereka pagi ini.
Ada yang tiba seawal jam 3.00 pagi dari Terengganu dan Kelantan untuk menunjukkan sokongan mereka bagi proses penamaan calon yang bermula jam 9.00 pagi.
Penyokong berbaju biru dan hijau dilihat bersorak ketika pemimpin kedua-dua parti politik tiba di dewan.
Antara yang awal hadir mewakili PR adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim diiringi pemimpin BN ke dewan penamaan calon. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Oktober, 2013.Calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim diiringi pemimpin BN ke dewan penamaan calon. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Oktober, 2013.BN pula diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pilihan raya kecil Sungai Limau diadakan selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.