dollah yankee |
Mangsa banjir bertengkar sesama sendiri sebab Guan Eng Posted: 22 Oct 2013 04:00 AM PDT dollah yankee - Guan Eng telah menjalankan tanggung jawabnya sebagai pemimpin bila meredah banjir untuk melakukan lawatan mengejut dengan empat lima orang 'team'nya ke Permatang Suboh untuk meninjau mangsa-mangsa banjir empat lima hari yang lalu tanpa memberitahu sesiapa yang berkenaan akan kedatangang nya itu. Setelah meninjau dan melawat mangsa-mangsa banjir itu beliau juga singgah di rumah yang ditugaskan untuk memasak makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan kampung itu. Kebetulan Guan Eng juga masih belum 'lunch' ketika melakukan lawatan itu dan dia tidak menolak undangan untuk makan tengahari apabila di semawa. Selepas dia pulang, mangsa-mangsa banjir kampung itu bertengkar sesama sendiri kerana ada yang marah sebab hidangan itu berupa "kuah taruh atas" dan dihidang hanya dalam pinggan plastik dan tidak sepatutnya dihidang untuk seorang pemimpin. Manakala yang menghidang hidangan itu mempertahankan diri mengatakan Guan Eng dan 'team'nya yang empat lima orang itu yang ambil sendiri pinggan yang ada disana dan menceduk sendiri lauk pauk itu. Kah..Kah..Kah.. |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan