Jumaat, 18 Oktober 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Anwar Ibrahim: Work Hard! Bagi Setengah Jam Sehari, Sebarkan Sed

Posted: 18 Oct 2013 05:10 AM PDT


Anwar Ibrahim: Yang Besar Sapu Submarine, Yang Tengah Sapu Lembu, Yang Bawah Sapu Jam

Posted: 18 Oct 2013 05:01 AM PDT


SARAVANAN KUTUK ISLAM?

Posted: 18 Oct 2013 03:56 AM PDT



1.KENAPA DIKHAS KAN BEGITU IALAH KERANA MAJORITI DAN AGAMA RASMI ISLAM.KENAPA ADA DOUBLE STANDARD? TIDAK ADA DOUBLE STANDARD..MELAINKAN AGAMA NEGARA INI ADALAH AGAMA ISLAM.

2. KALAU RASA TAK PUAS HATI DENGAN SEKOLAH KEBANGSAAN YANG MAJORITI ISLAM, SILAKAN BERPINDAH KE SEKOLAH SJKT.KEMUDIAN, JIKA HANYA 15 ATAU 20% MURIDNYA ADALAH AGAMA HINDU, MAKA MURID INI TIDAK DIPAKSA UNTUK HADIR SEBARANG PROGRAM ISLAM, DAN BEGITU JUGA GURU MELAYU DI SEKOLAH TAMIL YANG TIDAK AKAN HADIR AKTIVITI AGAMA KAUM HINDU.ADAKAH INI DISKRIMINASI.

3. BEGITU JUGA ADAKAH DI SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL GURU-GURU MELAYU KOMPLAIN MENGENAI ANAK MURID YANG MEMBEWA BEKAL DAGING BIAWAK ,BABI ATAU DAGING LAIN JUGA.

4. MENYEMBELIH BABI MEMANG TAK DIBENARKAN.PENYEMBELIHAN LEMBU DIBENARKAN OLEH PPD KERANA SETIAP AKTIVITI YANG DILAKUKAN DIMAKLUMKAN KEPADA PPD DAN JUGA JPN.KALAU SEKOLAH TAMIL NAK SEMBELIH BAI...SILAKAN..

BOOOODOH PUNYA SARAVANAN........

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Henti segera taktik kotor, kata Pemangku Presiden Gerakan

Posted: 18 Oct 2013 08:52 AM PDT

Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn (gambar) berkata beliau amat bimbang dengan taktik keji dalam kempen menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap calon-calon tertentu yang bertanding bagi jawatan utama dalam pemilihan parti, Sabtu depan.
  
Menyifatkan taktik memburuk-burukkan calon sebagai tidak sihat, beliau berkata serangan peribadi terhadap calon tidak pernah berlaku dalam parti khususnya sebelum proses penamaan calon.
  
"Saya terkejut ia berlaku sebaik sahaja saya mengumumkan tidak akan bertanding jawatan presiden pada Selasa lepas. Ini adalah taktik kotor dan ia perlu dihentikan segera.
  
"Daripada fakta yang kita kumpul, kempen kotor itu dijalankan oleh penyokong-penyokong yang taksub dan bukan oleh mana-mana pemimpin parti," katanya kepada Bernama hari ini tanpa menamakan calon pemimpin yang menjadi mangsa kempen tersebut.
  
Bagaimanapun, naib presiden dan pemangku setiausaha agung parti, Datuk Mah Siew Keong ketika mengumumkan hasratnya bertanding jawatan presiden hari ini berkata beliau menjadi mangsa kempen kotor itu oleh penyokong-penyokong yang taksub dengan pemimpin-pemimpin tertentu.
     
Chang berkata proses pemilihan parti dijalankan secara adil dan telus dengan tumpuan diberikan kepada manifesto, integriti dan kemampuan calon untuk bekerja demi parti.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz goes for broke in VP final lap with 1.2mil SMS blast & "hujan emas" to follow

Posted: 18 Oct 2013 08:22 AM PDT


Mukhriz is putting in some aggressive measures in the final day of campaigning for the VP race in the Umno polls tomorrow. The Malaysian Insider pic, October 18, 2013.Mukhriz is putting in some aggressive measures in the final day of campaigning for the VP race in the Umno polls tomorrow. The Malaysian Insider pic, October 18, 2013.Umno vice-president hopeful Datuk Mukhriz Mahathir has revved up his campaign by sending out an estimated 1.2 million SMS appealing to Umno delegates to vote for him and, if his critics are to be believed, is handing out the cash too.
Party insiders and his supporters said the Kedah Menteri Besar still has a good chance to win despite ground reports and his father, influential former Umno president Tun Dr Mahathir Mohamad suggesting he may not stand a chance as he was not among those endorsed by the leadership.
"His machinery is going around the country wooing younger Umno supporters," said a grassroots leader familiar with Mukhriz's campaign officials.
The leader also told The Malaysian Insider money or "hujan emas" (windfall) will hit the divisions and branch members.
"From the information we received, since this morning, Mukhriz's machinery had gone all over the country," he said but refused to reveal the amount distributed to delegates.
Read More / Baca Lagi >>

Zairil: Petronas rugi RM1.1b untuk Prince Court

Posted: 18 Oct 2013 08:20 AM PDT

SHAH ALAM – Petronas rugi RM1.1 bilion dalam tempoh 10 tahun ini selepas mensubsidikan sebuah hospital swasta mewah, dakwa Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera turut mendakwa Petronas tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara sedangkan ia merupakan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar.

"Selain minyak dan gas, Petronas telah menceburi perniagaan dalam sektor hartanah serta penjagaan kesihatan melalui  hospital mewah, Prince Court Medical Centre yang terletak di Kuala Lumpur.

"Kerugian sebanyak RM1.1 bilion menunjukkan Petronas tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan seumpama itu," katanya dalam satu kenyataan.

Dakwa Zairil, kos pelaburan sebanyak RM544 juta itu tidak meraih apa-apa keuntungan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno rasuah dari dulu, setuju dengan Mahathir

Posted: 18 Oct 2013 08:04 AM PDT

Saya bersetuju dengan Dr Mahathir yang politik wang sememangnya satu fenomena lama dalam UMNO. Ia berlaku semasa beliau menjadi Presiden parti itu lagi, tetapi mereka tidak akan mengaku menerima atau memberi wang dalam pengundian itu. Jarang-jarang saya bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir ini, tetapi isu politik wang sekarang ini saya bersetuju dengan beliau. Politik wang masih berlaku tetapi tidak mempunyai bukti untuk diketengahkan.
Anak beliau sendiri sedang bersaing untuk menjadi Naib Presiden kali ini. Oleh kerana hanya dengan membayar undi baru mendapat undi dari perwakilan maka ada kita mendengar Mukhriz juga dikatakan memberi undi di Sabah dan beberapa tempat yang lain, tetapi bak kata bapanya sendiri adalah susah untuk membuktikan permainan politik wang ini dan kita mendengar juga Mukhriz sendiri tidak dapat mengelak dari bermain cara politik yang sama.
Dr Mahathir juga membayangkan yang semasa beliau menjadi Presiden UMNO, salah seorang atau lebih dari Timbalan-Timbalan yang ramai itu bermain dengan politik wang. Ini memang berlaku dari dulu lagi dan beliau tidak dapat mengawalnya.
Semuanya itu saya bersetuju dengan Dr Mahathir. Tetapi saya akan lebih bersetuju jika Dr Mahathir memahami yang politik wang ini bukan sahaja berlaku dalam masa pemilihan. Politik wang ini sudah berlaku setiap waktu dan setiap tempat.
Read More / Baca Lagi >>

14 AJK Wanita Kalabakan letak jawatan bukan sebab kekalahan Hamisa, kata Suriani

Posted: 18 Oct 2013 08:01 AM PDT

Empat belas anggota jawatankuasa (AJK) Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang meletak jawatan selepas menang pada pemilihan 12 Oktober lalu menyangkal dakwaan yang mengaitkan isu itu dengan kekalahan Ketua Wanita Bahagian Datuk Hamisa Samat dalam pemilihan tersebut.
  
Menurut jurucakap AJK berkenaan Suriani Lamai, mereka meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan kepimpinan Wanita bahagian itu yang didakwa mereka ada campur tangan 'pihak luar'.
  
Dalam kenyataan di sini hari ini, Suriani berkata kesemua 14 AJK berkenaan sependapat dan bersetuju bahawa kalah dan menang dalam pemilihan Umno adalah perkara biasa, namun mahu semua pihak menghormati tataetika yang telah digariskan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JKPU).
  
Mengulas mengenai pemilihan semula kepimpinan wanita Umno Kalabakan seperti termaktub dalam  Fasal 15.8 dan 12.11 Perlembagaan Umno, Suriani berkata perkara itu harus diputuskan oleh Umno Pusat.
  
Mengenai kenyataan Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh semalam berhubung pemilihan semula jawatankuasa Wanita yang baharu bagi menggantikan 14 AJK terbabit, Suriani berkata pemilihan sepatutnya melibatkan semua jawatan termasuk ketua dan naibnya.
Read More / Baca Lagi >>

BENDA AJAIB MUNCUL DI KEDAH.....

Posted: 18 Oct 2013 06:43 AM PDT

Sakan jugak Kedah dah ada benda-benda yang pelik masa BN perintah dengar kata depa nak buat pelabuhan kut dengan projek RM7 bilion.....kalau hangpa tak caya baca dalam wikipedia dibawah.......

Sg Limau : Ada Jambatan di bina menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Bunian..!!


Hasil buah tangan projek KERAJAAN UMNO BN yang memerintah KEDAH.... memandangkan penduduk Pulau Bunting seramai 30 ribu orang maka telah di bina satu Jambatan dianggarkan kos RM7 bilion?  ( ikut kenyataan sejarah di web wikipedia)  untuk kesenangan penduduk di pulau berhubung dengan tanah besar...

Hebat UMNO BN buat projek...
Read More / Baca Lagi >>

Anwar diberi penghormatan berkhutbah di Masjid Adelaide

Posted: 18 Oct 2013 06:40 AM PDT


Walaupun Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak, siang malam pagi petang tanpa kira waktu dan masa terus menerus serang dan hentam Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu reka cipta seperti ejen asing, boneka Amerika, peliwat, pengkhianat dan sebagainya namun beliau tetap diberi penghormatan oleh para pegawai Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk menjadi Khatib menyampaikan kutbah solat Jumaat.

Suatu penghormatan yang amat jarang diberikan oleh para pegawai masjid berkenaan untuk pemimpin luar negara.

Paling menkjubkan sekali apabila ribuan penuntut dan rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk mendengar sendiri kutbah yang disampai oleh DSAI dalam Bahasa Inggeris.
Read More / Baca Lagi >>

Program Pendemokrasian Rakyat terus diperhebat

Posted: 18 Oct 2013 06:34 AM PDT

amirudin shari
SHAH ALAM 18 OKT : Program Pendemokrasian Rakyat bagi meningkatkan pendaftaran pemilih baru untuk pilihan raya akan terus dipergiatkan di seluruh Selangor walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru berlangsung, pada 5 Mei lalu.
Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari, berkata pimpinan Pakatan Rakyat merancang untuk lebih agresif mendekati pengundi dengan memberikan penerangan kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Katanya, langkah itu diambil dalam usaha memastikan rakyat memperolehi maklumat yang tepat berkenaan isu semasa politik daripada diselewengkan kumpulan perkauman seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dalam penentuan agenda politik negara.
Read More / Baca Lagi >>

Jentera kempen Mukhriz agresif, “hujan emas” dijangka turun bermula lewat malam

Posted: 18 Oct 2013 05:42 AM PDT


Menjelang pemilihan kepimpinan tertinggi Umno esok, jentera calon naib presiden Datuk Mukhriz Mahathir  semakin agresif dan dijangkakan akan semakin hangat berkempen dalam tempoh kurang 24 jam ini sehingga hari pemilihan yang bermula esok pagi dan pengkritik mengatakan ianya turut melibatkan politik wang.
Menteri besar Kedah itu dilihat antara berpeluang cerah untuk memenangi jawatan naib presiden Umno sehinggalah hari terakhir berkempen hari ini, kata sumber dalaman Umno kepada The Malaysian Insider.
"Ombak Mukhriz sehingga sekarang masih tidak henti, kalau lihat di peringkat cawangan semuanya memihak kepada beliau.
"Jentera kempen di seluruh negara yang bergerak untuk Mukhriz bijak menawan dan memikat penyokong Umno, khususnya kumpulan anak muda," kata pemimpin akar umbi itu yang baru memenangi jawatan naib ketua pemuda Umno selepas berakhir pemilihan peringkat sayap baru-baru ini.
Sumber juga memberitahu The Malaysian Insider bermula awal pagi ini sehinggalah keesokan hari berkempen pelbagai "hujan emas" merujuk kepada wang saguhati yang akan diberikan kepada perwakilan di peringkat bahagian atau cawangan.
"Maklumat yang kami dapat, bermula pagi tadi jentera Mukhriz sudah bergerak ke seluruh negara," katanya lagi, tetapi enggan mendedahkan jumlah wang yang akan diagihkan kepada perwakilan kali ini.
Apabila ditanya sama ada pemimpin di peringkat cawangan akan mengikut telunjuk sekiranya wujud arahan untuk mengekalkan jawatan ketiga-tiga penyandang, sumber memberitahu sistem pemilihan kali ini tidak akan memberi jaminan kemenangan kepada mana-mana calon yang bertanding.
"Memang ketua bahagian memainkan peranan dalam menasihati perwakilan untuk memilih calon, tetapi sistem kali ini berbeza.
Read More / Baca Lagi >>

Naik Lagi: SPAD kemuka cadangan tambang baharu teksi tahun depan

Posted: 18 Oct 2013 05:40 AM PDT

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengemukakan kertas cadangan kadar tambang baharu perkhidmatan teksi untuk seluruh Semenanjung kepada Kabinet pada suku pertama tahun depan berikutan kenaikan pelbagai kos pada masa ini.
  
Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata kadar baharu itu akan ditentukan selepas SPAD mengambil kira hasil kajian, melakukan semakan secara holistik serta mendapatkan input serta maklum balas daripada pihak terlibat dalam sektor itu.
   
"Kadar itu juga mengambil kira komponen teksi iaitu kenderaan, peralatan, bahan api, penyenggaraan, 'overhead' dan kos buruh selain kos sara hidup dan kualiti perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi - Kajian Kadar Tambang Teksi di sini, hari ini.
  
Program itu dihadiri wakil persatuan-persatuan pemandu teksi, persatuan pengguna, aktivis masyarakat serta kementerian pengangkutan dan pelancongan.
  
Read More / Baca Lagi >>

Politik Wang: Rujuk lembaga disiplin Umno dulu - SPRM

Posted: 18 Oct 2013 05:39 AM PDT

Segala "tohmahan" berkaitan pemilihan Umno patut disalurkan kepada lembaga disiplin parti itu terlebih dahulu sebelum dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata timbalan ketua pesuruhjayanya.

Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, sekiranya Lembaga Disiplin mendapati tohmahan itu mempunyai bukti rasuah, perkara itu boleh dirujuk kepada SPRM untuk tindakan mengikut undang-undang.

NONE"Berdasarkan pengalaman lalu maklumat yang dirujuk kepada SPRM lebih kepada perlanggaran kod etika parti. Oleh itu amatlah wajar perkara ini diteliti oleh jawatankuasa disiplin parti masing-masing," kata Mohd Shukri.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM juga menegaskan bahawa perkara itu tidak tertakluk kepada Umno semata-mata tetapi juga turut merangkumi pemilihan parti-parti politik lain di Malaysia.

Mohd Shukri berkata, pihaknya juga tidak pernah membuat kenyataan tidak menyiasat aduan berkaitan politik wang dalam kemeriahan pemilihan Umno sekarang, seperti dilaporkan media.

SPRM sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa suruhanjaya itu menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk menyemak dan menapis aduan-aduan melibatkan politik wang terlebih dahulu.

Justeru, sekiranya ada bukti unsur rasuah, jawatankuasa disiplin boleh merujuk kepada SPRM untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut skop Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Palace urged not to assent PCA

Posted: 18 Oct 2013 05:36 AM PDT

Wanita Umno sanjung pemimpin jantan..!!

Posted: 18 Oct 2013 05:32 AM PDT

Akta lalai dan bodoh: BN sambut baik, PR mahu SPRM kemaskini beberapa akta

Posted: 18 Oct 2013 05:31 AM PDT

EGM MCA putuskan untuk sertai semula barisan kabinet

Posted: 18 Oct 2013 05:30 AM PDT

Campur tangan EGM: Liow nafi nakwaan Chua

Posted: 18 Oct 2013 05:30 AM PDT

Dr M to Malays: Grow a spine, stop blaming others

Posted: 18 Oct 2013 05:29 AM PDT

Gerakan: Mah Siew Keong to go for presidency

Posted: 18 Oct 2013 05:29 AM PDT

Liow: Motion darkest moment in my life

Posted: 18 Oct 2013 05:28 AM PDT

"Kalau Rasa Tak Boleh Memimpin, Bagitahu Terus Tak Boleh!" - Dr Abu Hassan Hasbullah

Posted: 18 Oct 2013 04:09 AM PDT

Kalimah Allah: PAS nafi pemimpinnya bercanggah pendapat

Posted: 18 Oct 2013 04:08 AM PDT

Minta Simpati: Anak saya bukan orang pilihan, keluh Mahathir

Posted: 18 Oct 2013 04:00 AM PDT

Sehari sebelum pemilihan Majlis Tertinggi Umno esok, bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengagak nasib anaknya Mukhriz, yang bersaing untuk kerusi naib presiden, mungkin tidak terpilih.

NONE"Saya dapati bahawa dalam Umno, perwakilan memilih orang yang dilihat menjadi pilihan presiden. Seperti pada zaman saya, sesiapa yang menentang saya tidak boleh memang...

"Peluangnya (Mukhriz) 50-50, atau mungkin kurang dari 50 peratus. Dia bukan orang pilihan... orang ramai tidak suka perubahan," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini dalam ucapannya di acara Dewan Perniagaan Melayu, presiden Umno paling lama itu mengakui bahawa dalam pemilihan Umno, wang ringgit memainkan peranan.

"Rasuah bermaharajalela. Ia memenatkan kerana wang turun ke bawah.

Jika wang tidak turun ke bawah, maka (kamu) tidak akan terpilih," jawabnya kepada soalan daripada hadirin.

Mengulas lanjut dalam sidang media, Dr Mahathir berkata, walaupun perwakilan berjumlah 150,000 orang, "ada sesetengah pihak yang mampu (memberikan wang)".

Dr Mahathir: Jangan halang penganut Kristian di Sabah dan Sarawak guna “Allah”

Posted: 18 Oct 2013 03:59 AM PDT

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  menyifatkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu dihalang daripada menggunakan kalimah Allah kerana mereka telah lama menggunakan kalimah itu sebagai rujukan kepada tuhan.
Beliau berkata semasa menjadi perdana menteri, sememangnya halangan tersebut tidak timbul dan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah di dua negeri itu.
"Kita berpendapat mereka yang telah menggunakan kalimah itu di Sabah dan Sarawak, boleh terus menggunakannya kerana mereka telah lama menggunakan kalimah tersebut.
"Tetapi, ada pihak yang mahu membawa kalimah itu di Semenanjung untuk apa? Mereka di sini tak pernah guna pun. Ini adalah usaha mewujudkan ketegangan di antara kumpulan agama. Untuk apa? Kes ini telah dibesar-besarkan.
"Mereka di Sabah dan Sarawak guna kalimah itu sebelum ini, kita tak cakap apa pun," katanya dalam satu sidang media selepas majlis sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini.

Jakim: Tolak hak asasi yang bercanggah Islam

Posted: 18 Oct 2013 03:57 AM PDT

Orang Islam perlu menolak hak asasi manusia yang bercanggah dengan ajaran Islam, seru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam teks khutbah yang diedarkan ke masjid-masjid di Wilayah Persekutuan hari ini.

Dalam khutbah yang sama, Jakim turut menggesa agar tindakan tegas dikenakan terhadap penyokong hak asasi yang "mencemar dan menghina agama Islam".

Jakim merujuk kepada Comango, gabungan NGO Malaysia yang menyerahkan laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum sesi Penilaian Berkala Sejagat (UPR) rekod hak asasi Malaysia Khamis depan.

friday prayer with imam giving the khutbah 070205"Berdasarkan kepada maklumat yang diterima terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada majlis tersebut oleh gabungan lebih 54 NGO dari negara ini atas nama Comango yang ternyata jelas akan menggugat kedaulatan Islam di negara ini," khutbah itu dipetik.

Comango dalam sidang medianya semalam menafikan dakwaan yang laporannya kepada PBB akan memperkecilkan kedudukan Islam di negara ini.

Dalam khutbah sama, Jakim menegaskan kumpulan pejuang hak asasi yang sama berjuang untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual dan mak nyah yang perlakuannya dianggap menyimpang daripada Islam.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: Jadikan keputusan 10-4 di Sungai Limau

Posted: 18 Oct 2013 03:56 AM PDT


YAN: Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Dato' Ir Amiruddin Hamzah (gambar) menggesa pengundi dalam kawasan ini menjadikan skor terbaru untuk keputusan pilihanraya Dun Sungai Limau sebagai 10-4.

Berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat untuk PRK Sungai Limau, Amiruddin memberitahu, sejak pilihan raya umum diadakan pada 1955 sehingga 2013, Sungai Limau yang dahulunya dikenali sebagai Sala telah mencatatkan 9 kemenangan untuk PAS dan hanya empat kemenangan untuk BN.

"Saya menyeru pengundi Sungai Limau memberi satu lagi kemenangan untuk PAS dalam PRK ini bagi menjadikan kedudukan 10-4," ujarnya.

Beliau berkata, walaupun perkara tersebut menjadi tekad PAS untuk PRK kali ini namun ia bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah untuk dicapai kerana BN pasti akan turun dengan jentera kerajaan yang luarbiasa.
Read More / Baca Lagi >>

dollah yankee

dollah yankee


Jelutong:Tipu tak tau lah .. tapi men'curiga'kan!

Posted: 18 Oct 2013 05:32 PM PDT

Hari ini jam 9 pagi nanti, umno di bahagian Jelutong,Penang akan mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian nya yang berlangsung di Bayview Beach Resort,Batu Feringghi.

Pemilihan peringkat sayap UMNO bahagian itu sudah berlalu minggu lepas. Walaupun pihak tertentu menyatakan tiada unsur 'rasuah politik' atau 'politik wang' dilaporkan berlaku, namun kenyataannya adalah sebaliknya. Politik wang masih tetap berlaku dari dulu,kini dan akan berlaku selamanya. Selain politik wang, ada pula perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya berlaku tetapi tetap dilakukan demi mahukan kuasa dan jawatan. Umpamanya, melihat anggota perwakilan mengundi siapa atau memberi 'arahan' untuk mengundi siapa dan calon-calon tertentu.
 
Foto berikut yang dirakam olih 'hantu' kepada gurkah-gurkah politik yang di'port' pada semasa mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Bahagian Jelutong itu mengadakan pemilihan mereka menunjukkan wakil 'pemantau' yang dilantik ketua bahagian, Abdul Razak Rahman, jelas kelihatan melihat dari belakang anggota perwakilan yang sedang mengundi. Ada maklumat yang menyatakan wakil pemantau itu turut memberi arahan atau 'tunjuk ajar' untuk mengundi calon-calon tertentu. Perkara serupa juga berlaku pada pemilihan Pemuda dan Puteri peringkat bahagian itu. Ibu Pejabat UMNO tidak teringin kah nak menyiasat apa yang berlaku di bahagian Jelutong ini dan mengambil tindakan sewajarnya jika ia didapati benar. Ketelusan dan integriti UMNO mesti dipertahankan jika pucuk pimpinan parti ingin melihat kelangsungan parti itu.

dollah yankee -
Lebih baik panggil 'Baba Gila' jadi Ketua Bahagian Jelutong. Kah..Kah..Kah..


Negro nak jadi melayu pulak dahhh !

Posted: 18 Oct 2013 12:32 AM PDT

 
dollah yankee-
Ini sama ada kes Negro nak menyamar jadi melayu, atau pun melayu ada campur dengan Negro nak mengena orang melayu ... ingat kan 'scam' jenis ini dah tak ada lagi, rupa-rupa nya masih lagi berleluasa ..  so becareful you malay guys out there. 
Salam,
Saya Nur Shafina Binti Bahari dan sekarang bekerja di London sebagai Pegawai Pemasaran (Marketing Officer) di sebuah syarikat pemprosesan batu permata di London.Untuk pengetahuan anda terdapat peluang perniagaan yang hendak saya perkenalkan dan keuntungannya akan diperolehi daripada kerjasama dan bantuan segera yang saya perlukan daripada anda.

Saya menghubungi anda kerana saya tidak mahu lepaskan peluang yang ada di dalam syarikat kami buat masa ini dan juga pada masa hadapan. Saya perlukan anda sebagai pembekal (supplier/agent) kepada syarikat kami supaya kita boleh sama-sama merebut peluang perniagaan yang terbuka sekarang ini.

Syarikat kami memerlukan produk bernama (DOZITE BRUT CLEANSER). Produk Dozite Brut cleanser ini merupakan bahan cecair kimia saintifik yang baru dan merupakan pelincir yang digunakan di dalam makmal permata (gemological laboratory) untuk rawatan penulenan berlian (purification of diamonds clarity treatment). Pelincir yang digunakan semasa rawatan tersebut akan menembusi jauh ke dalam berlian dan semua kotoran hitam kecil di dalam berlian dan batu permata akan meruap keluar.

Pembekal utama produk ini berada di Malaysia tetapi pembekal produk terus kepada syarikat kami telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia di UK, beliau merupakan Pengurus Pemasaran (Marketing Manager) dan semenjak kemalangan tersebut, monopoli perniagaan telah terputus.

Sesiapapun boleh membekalkan produk dan bergabung untuk membuat perkongsian dengan syarikat kami dan ini adalah sebabnya saya menulis email kepada anda untuk meminta bantuan, di mana saya memerlukan anda untuk bertindak sebagai ejen perantara yang akan mengisi kekosongan di antara pembekal utama dan pembeli iaitu syarikat kami.

Ini adalah perniagaan yang besar dan akan memberikan dividen yang baik kepada kita berdua. Saya hanya memerlukan kerjasama anda untuk menjadikan perniagaan ini berjaya. Maklumat lanjut akan saya berikan sekiranya anda sanggup menjadi ejen yang membekalkan produk ini kepada syarikat kami. Pertama, saya akan mendapatkan satu perjanjian bekalan kontrak untuk anda sebagai pembekal kepada syarikat di mana saya bekerja. Berdasarkan peratusan, harga belian produk daripada syarikat adalah 4,000.00 USD per karton, manakala di Malaysia harga jualan produk adalah 2,100 USD. Jumlah yang diperlukan oleh syarikat adalah tidak kurang daripada 200 karton.

Tujuan mengapa saya mahu anda untuk menjadi ejen kami adalah untuk menjadi pautan yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secara langsung kepada syarikat yang membeli. Maka margin keuntungan akan dikongsi oleh kita berdua 40% untuk anda manakala 60% untuk saya.

Bantuan utama yang diperlukan daripada anda adalah supaya anda memberitahu kepada pengurus saya bahawa anda boleh membekalkan produk ini kepada syarikat kami dan juga untuk mendalami butiran tentang harga dan cara bayaran. Kemudian, kami akan ambil langkah selanjutnya daripada situ.

Hubungi saya setelah terima emel ini supaya saya boleh berikan nama dan butiran pembekal utama di Malaysia. Setelah menerima butiran pembekal utama ini, anda perlu menghubungi pembekal tersebut untuk bertanya samada, sekarang ada stok atau tidak untuk bekalan segera kepada kamu, sebelum saya maklumkan kepada Pengarah Syarikat (Company Director) kami tentang anda. Seterusnya Pengarah Syarikat akan hubungi anda dan membuat persediaan kepada Pengurus Pembelian (Purchasing Manager) terbang ke Malaysia. Purchasing Manager ini akan membeli produk daripada anda dan bayaran adalah secara tunai melalui bank di Malaysia.

Harap boleh balas dengan segera.

Yang Benar
Nur Shafina Binti Bahari

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SUARA ANAK MUDA PAS

Posted: 18 Oct 2013 07:00 PM PDT



Kenyataan Media Ketua Pemuda PAS Johor

Saya mengucapkan tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin atas kemenangan beliau bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan baru-baru ini.

Khairy  menyifatkan kemenangannya sebagai kemenangan kumpulan progresif dalam UMNO. Tentunya kemenangan Khairy tidak disenangi oleh kumpulan konsevatif dalam UMNO yang lebih selesa dengan keadaan yang sedia ada. Saya sedang menunggu komen Tun Dr Mahathir yang pernah menyerang peribadi Khairy suatu masa dahulu. 

Kemenangan monopoli 189-0 yang diperolehi Khairy seolah-olah memberikan gambaran bahawa pemuda UMNO kian ketandusan pelapis kepimpinan yang berbakat yang mampu berhadapan dengan risiko menyaingi Khairy sendiri.

Kesannya nanti, pemuda UMNO bakal menyaksikan kekurangan suara kedua yang akan menjadi semak imbang dalam pemuda UMNO itu sendiri pada masa hadapan.

Bahkan, kegagalan menyatakan hujah serta misi perjuangan dengan jelas oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan baru-baru ini sudah cukup memberikan gambaran kepada kita bahawa bakat kepimpinan pemuda UMNO kian pupus. Keadaan ini lantas memberikan kelebihan kepada Khairy untuk menang borong kesemua undian 189 berbalas 0.

Walaubagaimana pun sama ada pemuda PAS atau pemuda UMNO, sama ada pemuda PR atau pemuda BN kita berhadapan dengan tanggungjawab membangunkan anak muda Malaysia yang bakal memimpin negara satu masa akan datang. Marilah kita memposisikan pemimpin anak muda berbakat untuk kemajuan negara.

Suhaizan Kaiat
Ketua Pemuda PAS Johor


--------

BERITA BERTAMBAH PELIK

Posted: 18 Oct 2013 07:30 AM PDT



BERITA PELIK TETAPI BENAR
seorang lagi warga malaysia
memukul dirinya sendiri
dalam rumah pasong
yang penuh dnegan mata mata

PERSOALAN
ap[a kah ini kerja hantu?
apakah ini kewrja jin?
mungkin rumah pasong ini berhantu

JUSTERU
sila panggil harun din
untuk tangkap hantu ini
KAH KAH KAH 
 KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH



----------

GEROMBOLAN KENTUT DAN TAHI

Posted: 18 Oct 2013 06:30 AM PDT






 Politik wang masih berleluasa dalam Umno
Dalam tempoh 48 jam sebelum pemilihan Umno 2013, perwakilan berkata wang ditaburkan dan ada kebimbangan mengenai kemungkinan manipulasi undi bagi memastikan kemenangan calon tertentu.

"Persaingan sengit untuk menang semua jawatan. Ia seperti kejadian 'ribut emas'," kata seorang pejuang Umno kepada The Malaysian Insider sambil mendedahkan jumlah wang yang akan disalurkan pada pemilihan Sabtu ini.


"Pastinya akan ada 'hujan emas' berlaku nanti," kata seorang lagi sumber rasmi parti yang mendedahkan perwakilan akan mendapat kira-kira RM300 untuk setiap undi mereka.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...INI BUKAN BERITA BARU...kah kah kah...
kah kah kah..DULU KINI DAN SDELAMA LAMA NYA... kah kah kah..
kah kah kah...HIDUP MELAYU  ..kah kah kah..
kah kah kah...BANI KETUANAN MELAYU NAK MATI...kah kah kah
kah kah kah ..KERANA KUREENG OXYUGEN... kah kah kjah
---------

LAGI KESAH KENTUT DAN TAHIK

Posted: 18 Oct 2013 01:00 AM PDT



TI-M gesa SPRM siasat dakwaan penyandang Naib Presiden Umno amal politik wang

Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa tiga penyandang Naib Presiden mengamalkan politik wang menjelang pemilihan parti itu esok dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan.

Tiga penyandang naib presiden yang mempertahankan jawatan tersebut adalah Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Luar Bandar,  Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan,  Hishammuddin Hussein.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...INI BUKAN BERITA BARU... kah kah kah..

kah kah kah... NAK TANYA SPRM BUAT APA... kah kah kah..

kah kah kah..JOHAN JAAFAR PENASEHAT SPRM... kah kah kah..

kah kah kah....SPRM WAJIB TANYA  JOHAN .. kah kah kah..

kah kah kah..MASA DI DBP DULU....kah kah kah..

kah kah... SYARIKAT MANA DAPAT KONTREK CETAK BUKU?... kah kah 

kah kah...KALAU DAPAT JAWAB... BARU BOLEH BUAT KERJA... kah kah 


---

AL-FATIHAH

Posted: 17 Oct 2013 11:46 PM PDT


     AL-FATIHAH

TIM DAPUR JALANAN
mengucapkan takziah
kepada kaum keluarga allahyarham

ketika kenduri jamuan rakyat
di jalan panggung bulan lalu
arwah telah memberi banyak bantuan

ingatan yang berkekalan

al-fatihah




YDP PAS Bukit Bintang kembali ke rahmatullah


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim, 50, meninggal dunia kira-kira jam 9.00 malam tadi di rumahnya berhampiran Masjid Sri Rampai, di sini.

Beliau menghadapi komplikasi penyakit buah pinggang dan kencing manis.

Jenazah allahyarham dimandikan sekitar jam 9.30 pagi ini di Masjid Taman Sri Rampai, Wangsa Maju dan seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Samudera sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lima orang anak, dua daripadanya perempuan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut menziarahi allahyarham.

Pada Mesyuarat Agung PAS kawasan yang diadakan 26 September lalu, beliau mengekalkan jawatan Yang Dipertua dalam pertandingan dua penjuru.


---------

MALAM ESOK DI BATU PAHAT

Posted: 17 Oct 2013 09:00 PM PDT



DARI FACE BOOK

Teater Bukan Teater membawakan pementasan teater Bilik Sulit arahan Hishamuddin Rais ke Batu Pahat, Johor buat julung kalinya.

Anda semua dijemput hadir. Terbuka untuk semua. Dewasa sahaja. Masuk dengan sumbangan. Terima Kasih.

Join Event Klik Sini :
https://www.facebook.com/events/462241147224771/?ref=notif&notif_t=plan_user_joined

----------

HARGA BAHAN MAKANAN AKAN NAIK!

Posted: 17 Oct 2013 08:30 PM PDT



Kerajaan ambil langkah kurang popular bagi jamin kestabilan ekonomi


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil langkah 'kurang popular' tetapi mampu menjamin kestabilan ekonomi negara bagi jangka masa panjang dalam Belanjawan 2014, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,  Mustapa Mohamed. 

Beliau berkata, kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah untuk memantapkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang semasa pembentangan Belanjawan 2014 yang mungkin akan menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan rakyat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... APA MAKNANYA KENYATAAN INI?... kah kah kah..

kah kah kah...MAKNA NYA BERSEDIA UNTUK TURUN KE JALAN RAYA... kah kah kah..

kah kah kah...HARGA  MINYAK AKAN NAIK LAGI... kah kah kah..

kah kah kah... GST AKAN SAMPAI.... kah kah kah...

woit... ANAK MUDA BERSEDIA!... kah kah kah


---------

LAWAK SEBELUM JUMAAAT

Posted: 17 Oct 2013 08:00 PM PDT




KAH KAH KAH


KUALA LUMPUR 17 Okt. - Timbalan Mursyidul Am Pas,  Haron Din hari ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..TERGOLEK DOG.... kah kah kah..

kah kah kah...FAKWA DARI SAEKOR JIN... kah kah kah

JIN DI FESTIVAL

--------