RAKYAT MARHAEN |
- Henti segera taktik kotor, kata Pemangku Presiden Gerakan
- Mukhriz goes for broke in VP final lap with 1.2mil SMS blast & "hujan emas" to follow
- Zairil: Petronas rugi RM1.1b untuk Prince Court
- Umno rasuah dari dulu, setuju dengan Mahathir
- 14 AJK Wanita Kalabakan letak jawatan bukan sebab kekalahan Hamisa, kata Suriani
- BENDA AJAIB MUNCUL DI KEDAH.....
- Anwar diberi penghormatan berkhutbah di Masjid Adelaide
- Program Pendemokrasian Rakyat terus diperhebat
- Jentera kempen Mukhriz agresif, “hujan emas” dijangka turun bermula lewat malam
- Naik Lagi: SPAD kemuka cadangan tambang baharu teksi tahun depan
- Politik Wang: Rujuk lembaga disiplin Umno dulu - SPRM
- Palace urged not to assent PCA
- Wanita Umno sanjung pemimpin jantan..!!
- Akta lalai dan bodoh: BN sambut baik, PR mahu SPRM kemaskini beberapa akta
- EGM MCA putuskan untuk sertai semula barisan kabinet
- Campur tangan EGM: Liow nafi nakwaan Chua
- Dr M to Malays: Grow a spine, stop blaming others
- Gerakan: Mah Siew Keong to go for presidency
- Liow: Motion darkest moment in my life
- "Kalau Rasa Tak Boleh Memimpin, Bagitahu Terus Tak Boleh!" - Dr Abu Hassan Hasbullah
- Kalimah Allah: PAS nafi pemimpinnya bercanggah pendapat
- Minta Simpati: Anak saya bukan orang pilihan, keluh Mahathir
- Dr Mahathir: Jangan halang penganut Kristian di Sabah dan Sarawak guna “Allah”
- Jakim: Tolak hak asasi yang bercanggah Islam
- PAS: Jadikan keputusan 10-4 di Sungai Limau
Henti segera taktik kotor, kata Pemangku Presiden Gerakan Posted: 18 Oct 2013 08:52 AM PDT Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn (gambar) berkata beliau amat bimbang dengan taktik keji dalam kempen menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap calon-calon tertentu yang bertanding bagi jawatan utama dalam pemilihan parti, Sabtu depan. Menyifatkan taktik memburuk-burukkan calon sebagai tidak sihat, beliau berkata serangan peribadi terhadap calon tidak pernah berlaku dalam parti khususnya sebelum proses penamaan calon. "Saya terkejut ia berlaku sebaik sahaja saya mengumumkan tidak akan bertanding jawatan presiden pada Selasa lepas. Ini adalah taktik kotor dan ia perlu dihentikan segera. "Daripada fakta yang kita kumpul, kempen kotor itu dijalankan oleh penyokong-penyokong yang taksub dan bukan oleh mana-mana pemimpin parti," katanya kepada Bernama hari ini tanpa menamakan calon pemimpin yang menjadi mangsa kempen tersebut. Bagaimanapun, naib presiden dan pemangku setiausaha agung parti, Datuk Mah Siew Keong ketika mengumumkan hasratnya bertanding jawatan presiden hari ini berkata beliau menjadi mangsa kempen kotor itu oleh penyokong-penyokong yang taksub dengan pemimpin-pemimpin tertentu. Chang berkata proses pemilihan parti dijalankan secara adil dan telus dengan tumpuan diberikan kepada manifesto, integriti dan kemampuan calon untuk bekerja demi parti. Read More / Baca Lagi >> |
Mukhriz goes for broke in VP final lap with 1.2mil SMS blast & "hujan emas" to follow Posted: 18 Oct 2013 08:22 AM PDT Umno vice-president hopeful Datuk Mukhriz Mahathir has revved up his campaign by sending out an estimated 1.2 million SMS appealing to Umno delegates to vote for him and, if his critics are to be believed, is handing out the cash too. Party insiders and his supporters said the Kedah Menteri Besar still has a good chance to win despite ground reports and his father, influential former Umno president Tun Dr Mahathir Mohamad suggesting he may not stand a chance as he was not among those endorsed by the leadership. "His machinery is going around the country wooing younger Umno supporters," said a grassroots leader familiar with Mukhriz's campaign officials. The leader also told The Malaysian Insider money or "hujan emas" (windfall) will hit the divisions and branch members. "From the information we received, since this morning, Mukhriz's machinery had gone all over the country," he said but refused to reveal the amount distributed to delegates. Read More / Baca Lagi >> |
Zairil: Petronas rugi RM1.1b untuk Prince Court Posted: 18 Oct 2013 08:20 AM PDT SHAH ALAM – Petronas rugi RM1.1 bilion dalam tempoh 10 tahun ini selepas mensubsidikan sebuah hospital swasta mewah, dakwa Timbalan Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari. Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera turut mendakwa Petronas tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara sedangkan ia merupakan salah satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar. "Selain minyak dan gas, Petronas telah menceburi perniagaan dalam sektor hartanah serta penjagaan kesihatan melalui hospital mewah, Prince Court Medical Centre yang terletak di Kuala Lumpur. "Kerugian sebanyak RM1.1 bilion menunjukkan Petronas tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan seumpama itu," katanya dalam satu kenyataan. Dakwa Zairil, kos pelaburan sebanyak RM544 juta itu tidak meraih apa-apa keuntungan. Read More / Baca Lagi >> |
Umno rasuah dari dulu, setuju dengan Mahathir Posted: 18 Oct 2013 08:04 AM PDT Saya bersetuju dengan Dr Mahathir yang politik wang sememangnya satu fenomena lama dalam UMNO. Ia berlaku semasa beliau menjadi Presiden parti itu lagi, tetapi mereka tidak akan mengaku menerima atau memberi wang dalam pengundian itu. Jarang-jarang saya bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir ini, tetapi isu politik wang sekarang ini saya bersetuju dengan beliau. Politik wang masih berlaku tetapi tidak mempunyai bukti untuk diketengahkan. Anak beliau sendiri sedang bersaing untuk menjadi Naib Presiden kali ini. Oleh kerana hanya dengan membayar undi baru mendapat undi dari perwakilan maka ada kita mendengar Mukhriz juga dikatakan memberi undi di Sabah dan beberapa tempat yang lain, tetapi bak kata bapanya sendiri adalah susah untuk membuktikan permainan politik wang ini dan kita mendengar juga Mukhriz sendiri tidak dapat mengelak dari bermain cara politik yang sama. Dr Mahathir juga membayangkan yang semasa beliau menjadi Presiden UMNO, salah seorang atau lebih dari Timbalan-Timbalan yang ramai itu bermain dengan politik wang. Ini memang berlaku dari dulu lagi dan beliau tidak dapat mengawalnya. Semuanya itu saya bersetuju dengan Dr Mahathir. Tetapi saya akan lebih bersetuju jika Dr Mahathir memahami yang politik wang ini bukan sahaja berlaku dalam masa pemilihan. Politik wang ini sudah berlaku setiap waktu dan setiap tempat. |
14 AJK Wanita Kalabakan letak jawatan bukan sebab kekalahan Hamisa, kata Suriani Posted: 18 Oct 2013 08:01 AM PDT Empat belas anggota jawatankuasa (AJK) Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang meletak jawatan selepas menang pada pemilihan 12 Oktober lalu menyangkal dakwaan yang mengaitkan isu itu dengan kekalahan Ketua Wanita Bahagian Datuk Hamisa Samat dalam pemilihan tersebut. Menurut jurucakap AJK berkenaan Suriani Lamai, mereka meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan kepimpinan Wanita bahagian itu yang didakwa mereka ada campur tangan 'pihak luar'. Dalam kenyataan di sini hari ini, Suriani berkata kesemua 14 AJK berkenaan sependapat dan bersetuju bahawa kalah dan menang dalam pemilihan Umno adalah perkara biasa, namun mahu semua pihak menghormati tataetika yang telah digariskan Jawatankuasa Pemilihan Umno (JKPU). Mengulas mengenai pemilihan semula kepimpinan wanita Umno Kalabakan seperti termaktub dalam Fasal 15.8 dan 12.11 Perlembagaan Umno, Suriani berkata perkara itu harus diputuskan oleh Umno Pusat. Mengenai kenyataan Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh semalam berhubung pemilihan semula jawatankuasa Wanita yang baharu bagi menggantikan 14 AJK terbabit, Suriani berkata pemilihan sepatutnya melibatkan semua jawatan termasuk ketua dan naibnya. Read More / Baca Lagi >> |
BENDA AJAIB MUNCUL DI KEDAH..... Posted: 18 Oct 2013 06:43 AM PDT Sakan jugak Kedah dah ada benda-benda yang pelik masa BN perintah dengar kata depa nak buat pelabuhan kut dengan projek RM7 bilion.....kalau hangpa tak caya baca dalam wikipedia dibawah....... Sg Limau : Ada Jambatan di bina menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Bunian..!! Hasil buah tangan projek KERAJAAN UMNO BN yang memerintah KEDAH.... memandangkan penduduk Pulau Bunting seramai 30 ribu orang maka telah di bina satu Jambatan dianggarkan kos RM7 bilion? ( ikut kenyataan sejarah di web wikipedia) untuk kesenangan penduduk di pulau berhubung dengan tanah besar... Hebat UMNO BN buat projek...Read More / Baca Lagi >> |
Anwar diberi penghormatan berkhutbah di Masjid Adelaide Posted: 18 Oct 2013 06:40 AM PDT Walaupun Kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak, siang malam pagi petang tanpa kira waktu dan masa terus menerus serang dan hentam Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu reka cipta seperti ejen asing, boneka Amerika, peliwat, pengkhianat dan sebagainya namun beliau tetap diberi penghormatan oleh para pegawai Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk menjadi Khatib menyampaikan kutbah solat Jumaat. Suatu penghormatan yang amat jarang diberikan oleh para pegawai masjid berkenaan untuk pemimpin luar negara. Paling menkjubkan sekali apabila ribuan penuntut dan rakyat Malaysia turun beramai-ramai ke Masjid Abu Bakar Adelaide, Australia untuk mendengar sendiri kutbah yang disampai oleh DSAI dalam Bahasa Inggeris. |
Program Pendemokrasian Rakyat terus diperhebat Posted: 18 Oct 2013 06:34 AM PDT SHAH ALAM 18 OKT : Program Pendemokrasian Rakyat bagi meningkatkan pendaftaran pemilih baru untuk pilihan raya akan terus dipergiatkan di seluruh Selangor walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru berlangsung, pada 5 Mei lalu. Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari, berkata pimpinan Pakatan Rakyat merancang untuk lebih agresif mendekati pengundi dengan memberikan penerangan kepada rakyat di peringkat akar umbi. Katanya, langkah itu diambil dalam usaha memastikan rakyat memperolehi maklumat yang tepat berkenaan isu semasa politik daripada diselewengkan kumpulan perkauman seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dalam penentuan agenda politik negara. Read More / Baca Lagi >> |
Jentera kempen Mukhriz agresif, “hujan emas” dijangka turun bermula lewat malam Posted: 18 Oct 2013 05:42 AM PDT Menjelang pemilihan kepimpinan tertinggi Umno esok, jentera calon naib presiden Datuk Mukhriz Mahathir semakin agresif dan dijangkakan akan semakin hangat berkempen dalam tempoh kurang 24 jam ini sehingga hari pemilihan yang bermula esok pagi dan pengkritik mengatakan ianya turut melibatkan politik wang. Menteri besar Kedah itu dilihat antara berpeluang cerah untuk memenangi jawatan naib presiden Umno sehinggalah hari terakhir berkempen hari ini, kata sumber dalaman Umno kepada The Malaysian Insider. "Ombak Mukhriz sehingga sekarang masih tidak henti, kalau lihat di peringkat cawangan semuanya memihak kepada beliau. "Jentera kempen di seluruh negara yang bergerak untuk Mukhriz bijak menawan dan memikat penyokong Umno, khususnya kumpulan anak muda," kata pemimpin akar umbi itu yang baru memenangi jawatan naib ketua pemuda Umno selepas berakhir pemilihan peringkat sayap baru-baru ini. Sumber juga memberitahu The Malaysian Insider bermula awal pagi ini sehinggalah keesokan hari berkempen pelbagai "hujan emas" merujuk kepada wang saguhati yang akan diberikan kepada perwakilan di peringkat bahagian atau cawangan. "Maklumat yang kami dapat, bermula pagi tadi jentera Mukhriz sudah bergerak ke seluruh negara," katanya lagi, tetapi enggan mendedahkan jumlah wang yang akan diagihkan kepada perwakilan kali ini. Apabila ditanya sama ada pemimpin di peringkat cawangan akan mengikut telunjuk sekiranya wujud arahan untuk mengekalkan jawatan ketiga-tiga penyandang, sumber memberitahu sistem pemilihan kali ini tidak akan memberi jaminan kemenangan kepada mana-mana calon yang bertanding. "Memang ketua bahagian memainkan peranan dalam menasihati perwakilan untuk memilih calon, tetapi sistem kali ini berbeza. Read More / Baca Lagi >> |
Naik Lagi: SPAD kemuka cadangan tambang baharu teksi tahun depan Posted: 18 Oct 2013 05:40 AM PDT Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengemukakan kertas cadangan kadar tambang baharu perkhidmatan teksi untuk seluruh Semenanjung kepada Kabinet pada suku pertama tahun depan berikutan kenaikan pelbagai kos pada masa ini. Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata kadar baharu itu akan ditentukan selepas SPAD mengambil kira hasil kajian, melakukan semakan secara holistik serta mendapatkan input serta maklum balas daripada pihak terlibat dalam sektor itu. "Kadar itu juga mengambil kira komponen teksi iaitu kenderaan, peralatan, bahan api, penyenggaraan, 'overhead' dan kos buruh selain kos sara hidup dan kualiti perkhidmatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Interaksi Bersama Pengguna dan Industri Teksi - Kajian Kadar Tambang Teksi di sini, hari ini. Program itu dihadiri wakil persatuan-persatuan pemandu teksi, persatuan pengguna, aktivis masyarakat serta kementerian pengangkutan dan pelancongan. Read More / Baca Lagi >> |
Politik Wang: Rujuk lembaga disiplin Umno dulu - SPRM Posted: 18 Oct 2013 05:39 AM PDT Segala "tohmahan" berkaitan pemilihan Umno patut disalurkan kepada lembaga disiplin parti itu terlebih dahulu sebelum dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata timbalan ketua pesuruhjayanya. Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, sekiranya Lembaga Disiplin mendapati tohmahan itu mempunyai bukti rasuah, perkara itu boleh dirujuk kepada SPRM untuk tindakan mengikut undang-undang. "Berdasarkan pengalaman lalu maklumat yang dirujuk kepada SPRM lebih kepada perlanggaran kod etika parti. Oleh itu amatlah wajar perkara ini diteliti oleh jawatankuasa disiplin parti masing-masing," kata Mohd Shukri. Dalam kenyataannya hari ini, SPRM juga menegaskan bahawa perkara itu tidak tertakluk kepada Umno semata-mata tetapi juga turut merangkumi pemilihan parti-parti politik lain di Malaysia. Mohd Shukri berkata, pihaknya juga tidak pernah membuat kenyataan tidak menyiasat aduan berkaitan politik wang dalam kemeriahan pemilihan Umno sekarang, seperti dilaporkan media. SPRM sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa suruhanjaya itu menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk menyemak dan menapis aduan-aduan melibatkan politik wang terlebih dahulu. Justeru, sekiranya ada bukti unsur rasuah, jawatankuasa disiplin boleh merujuk kepada SPRM untuk diambil tindakan yang sewajarnya mengikut skop Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. |
Palace urged not to assent PCA Posted: 18 Oct 2013 05:36 AM PDT |
Wanita Umno sanjung pemimpin jantan..!! Posted: 18 Oct 2013 05:32 AM PDT |
Akta lalai dan bodoh: BN sambut baik, PR mahu SPRM kemaskini beberapa akta Posted: 18 Oct 2013 05:31 AM PDT |
EGM MCA putuskan untuk sertai semula barisan kabinet Posted: 18 Oct 2013 05:30 AM PDT |
Campur tangan EGM: Liow nafi nakwaan Chua Posted: 18 Oct 2013 05:30 AM PDT |
Dr M to Malays: Grow a spine, stop blaming others Posted: 18 Oct 2013 05:29 AM PDT |
Gerakan: Mah Siew Keong to go for presidency Posted: 18 Oct 2013 05:29 AM PDT |
Liow: Motion darkest moment in my life Posted: 18 Oct 2013 05:28 AM PDT |
"Kalau Rasa Tak Boleh Memimpin, Bagitahu Terus Tak Boleh!" - Dr Abu Hassan Hasbullah Posted: 18 Oct 2013 04:09 AM PDT |
Kalimah Allah: PAS nafi pemimpinnya bercanggah pendapat Posted: 18 Oct 2013 04:08 AM PDT |
Minta Simpati: Anak saya bukan orang pilihan, keluh Mahathir Posted: 18 Oct 2013 04:00 AM PDT Sehari sebelum pemilihan Majlis Tertinggi Umno esok, bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengagak nasib anaknya Mukhriz, yang bersaing untuk kerusi naib presiden, mungkin tidak terpilih. "Saya dapati bahawa dalam Umno, perwakilan memilih orang yang dilihat menjadi pilihan presiden. Seperti pada zaman saya, sesiapa yang menentang saya tidak boleh memang... "Peluangnya (Mukhriz) 50-50, atau mungkin kurang dari 50 peratus. Dia bukan orang pilihan... orang ramai tidak suka perubahan," katanya kepada pemberita. Sebelum ini dalam ucapannya di acara Dewan Perniagaan Melayu, presiden Umno paling lama itu mengakui bahawa dalam pemilihan Umno, wang ringgit memainkan peranan. "Rasuah bermaharajalela. Ia memenatkan kerana wang turun ke bawah. Jika wang tidak turun ke bawah, maka (kamu) tidak akan terpilih," jawabnya kepada soalan daripada hadirin. Mengulas lanjut dalam sidang media, Dr Mahathir berkata, walaupun perwakilan berjumlah 150,000 orang, "ada sesetengah pihak yang mampu (memberikan wang)". |
Dr Mahathir: Jangan halang penganut Kristian di Sabah dan Sarawak guna “Allah” Posted: 18 Oct 2013 03:59 AM PDT Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu dihalang daripada menggunakan kalimah Allah kerana mereka telah lama menggunakan kalimah itu sebagai rujukan kepada tuhan. Beliau berkata semasa menjadi perdana menteri, sememangnya halangan tersebut tidak timbul dan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah di dua negeri itu. "Kita berpendapat mereka yang telah menggunakan kalimah itu di Sabah dan Sarawak, boleh terus menggunakannya kerana mereka telah lama menggunakan kalimah tersebut. "Tetapi, ada pihak yang mahu membawa kalimah itu di Semenanjung untuk apa? Mereka di sini tak pernah guna pun. Ini adalah usaha mewujudkan ketegangan di antara kumpulan agama. Untuk apa? Kes ini telah dibesar-besarkan. "Mereka di Sabah dan Sarawak guna kalimah itu sebelum ini, kita tak cakap apa pun," katanya dalam satu sidang media selepas majlis sambutan Aidiladha di Kuala Lumpur hari ini. |
Jakim: Tolak hak asasi yang bercanggah Islam Posted: 18 Oct 2013 03:57 AM PDT Orang Islam perlu menolak hak asasi manusia yang bercanggah dengan ajaran Islam, seru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam teks khutbah yang diedarkan ke masjid-masjid di Wilayah Persekutuan hari ini. Dalam khutbah yang sama, Jakim turut menggesa agar tindakan tegas dikenakan terhadap penyokong hak asasi yang "mencemar dan menghina agama Islam". Jakim merujuk kepada Comango, gabungan NGO Malaysia yang menyerahkan laporan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum sesi Penilaian Berkala Sejagat (UPR) rekod hak asasi Malaysia Khamis depan. "Berdasarkan kepada maklumat yang diterima terdapat beberapa laporan yang dihantar secara berasingan kepada majlis tersebut oleh gabungan lebih 54 NGO dari negara ini atas nama Comango yang ternyata jelas akan menggugat kedaulatan Islam di negara ini," khutbah itu dipetik. Comango dalam sidang medianya semalam menafikan dakwaan yang laporannya kepada PBB akan memperkecilkan kedudukan Islam di negara ini. Dalam khutbah sama, Jakim menegaskan kumpulan pejuang hak asasi yang sama berjuang untuk golongan lesbian, gay, biseksual, transeksual dan mak nyah yang perlakuannya dianggap menyimpang daripada Islam. Read More / Baca Lagi >> |
PAS: Jadikan keputusan 10-4 di Sungai Limau Posted: 18 Oct 2013 03:56 AM PDT YAN: Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Dato' Ir Amiruddin Hamzah (gambar) menggesa pengundi dalam kawasan ini menjadikan skor terbaru untuk keputusan pilihanraya Dun Sungai Limau sebagai 10-4. Read More / Baca Lagi >>Berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat untuk PRK Sungai Limau, Amiruddin memberitahu, sejak pilihan raya umum diadakan pada 1955 sehingga 2013, Sungai Limau yang dahulunya dikenali sebagai Sala telah mencatatkan 9 kemenangan untuk PAS dan hanya empat kemenangan untuk BN. "Saya menyeru pengundi Sungai Limau memberi satu lagi kemenangan untuk PAS dalam PRK ini bagi menjadikan kedudukan 10-4," ujarnya. Beliau berkata, walaupun perkara tersebut menjadi tekad PAS untuk PRK kali ini namun ia bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah untuk dicapai kerana BN pasti akan turun dengan jentera kerajaan yang luarbiasa. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan