Khamis, 17 Oktober 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Keluar daripada Malaysia: Setuju!! (LM)

Posted: 17 Oct 2013 01:57 AM PDT

Seringkali rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan pelbagai keputusan dan tindakan kerajaan Barisan Nasional disergah agar keluar meninggalkan Malaysia, jika tidak berpuas hati.

Isu keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan 'Allah' oleh mingguan Katolik The Herald, tidak terlepas daripada seruan dan sergahan ini.

Tempiasnya dirasai oleh rakyat Malaysia yang beragama Kristian di Sabah dan Sarawak. Rasanya, pada kali ini lebih ramai rakyat yang akan bersetuju dengan seruan 'keluar daripada Malaysia' sama ada yang berada di Sabah dan Sarawak, mahupun di Semenanjung. 

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Penjenayah Jalani Hukuman Gantung Didapati Masih Hidup..!!

Posted: 17 Oct 2013 08:26 PM PDT

alt
TEHRAN 18 Okt. - Ketua badan kehakiman Iran, Ayatollah Sadeq Larijani, akan membuat keputusan hari ini berhubung kes seorang pengedar dadah yang telah menjalani hukuman gantung, namun masih lagi hidup selepas menjalani hukuman di tali gantung.

Penjenayah tersebut yang dikenali sebagai Alireza M, 37, disahkan mati oleh doktor selepas 12 minit di gantung dalam sebuah penjara di timur laut Iran.

Namun, pada keesokan harinya kakitangan bilik mayat di bandar Bojnourd mendapati penjenayah berkenaan masih lagi hidup.

Beliau kini beransur pulih di hospital, pada ketika pakar undang-undang berbeza pandangan sama ada dia perlu menjalani hukuman gantung buat kali kedua atau tidak. - AFP

Mukhriz Kutip 20 Artis Untuk Kempen PRK Sungai Limau

Posted: 17 Oct 2013 08:17 PM PDT



Nampak UMNO dah tiru pendekatan yang digunakan PAS sebelum PRU13..hahaha....


Entah berapa la upah setiap seorang artis yang dijemput Mukhriz ni..???

Sebelum ni puak UMNO Munafiqun bukan main mengutuk dan menghina artis-artis yang bersama Pakatan Rakyat,macam-macam cemuhan diberi kepada artis-artis yang naik pentas PR. Artis dipergunakan PAS,artis dah tak laku,artis hanya mahu upah saja... macam-macam puak UMNO kutuk...

Nah...!!! sekarang apa macam beb..??? Mukhriz terpaksa mengutip beberapa orang artis untuk berkempen bagi pihak UMNO Munafiqkun di Sungai Limau nanti.
Konon-nya seramai 20 orang artis veteran dan baharu bergabung tenaga akan berkempen untuk Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah melalui Program Ziarah Syukur yang akan diadakan pada 4 November depan.

Inilah perangai jijik UMNO Munafiqkun...dulu kutuk artis kalau main politik,sekarang sudah ludah mau jilat balik ke..???

Terfikir juga....berapa puluh ratus ribu juta ringgit upah artis berkempen untuk UMNO...sebab pernah seorang bekas artis kata kalau dulu kurang-kurang RM50ribu sorang....

Fuhh...!!! itu dulu...sekarang..!!! banyak tu...!!! Takpa....Mukhriz tu anak Tun M.....hahaha....

PRK Sg Limau: BN menang jika PR pecah - Bang Mat

Posted: 17 Oct 2013 08:13 PM PDT

mat sabu 
ALOR SETAR - Pas perlu mempertahan kerusi Dun Sungai Limau tanpa mengira siapa calon yang diketengahkan pada pilihan raya kecil (PRK) itu.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, semua jentera parti sama ada dari Pusat mahupun negeri wajar memberi tumpuan sepenuhnya supaya kawasan itu tidak jatuh ke tangan pihak lawan.

"Jika kalah di Dun Sungai Limau, jangan mimpi nak ambil alih semula Kedah," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar.

Menurutnya yang juga mesra dengan panggilan Mat Sabu, seluruh jentera termasuk sayap parti akan berkampung di Dun Sungai Limau bagi memastikan kawasan yang dianggap tradisi Pas itu kekal milik parti itu.

"Sekali dua ada bertukar tangan antara Pas dan BN tetapi Pas lebih banyak menang di kawasan itu. Selepas lima penggal Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mempertahan kawasan itu, wajar untuk kita berjuang berhabis-habisan teruskan tradisi itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sewaktu 'Allah' tiada muncul di bibirmu

Posted: 17 Oct 2013 08:11 PM PDT

Suatu hari tiba-tiba Ronasina, si kartunis itu, melontarkan pertanyaan penuh filsafat. Dan sekali gus pernyataan politik dan budaya. Juga, satu testamen agama.

"Budak ini panggil tuhan dia apa?" tulis bapanya Mohd Affandi Ramli, si kartunis itu, di Twitter dengan melampirkan wajah penuh mentah An-Nur.

Kata-kata ini tiada makna segera lagi kuat jika kita tidak mengenali Ronasina, penerbit majalah Posto, dengan anak kecilnya yang mengalami kelumpuhan otak, cerebral palsy.

NONEBaru-baru ini beliau terpaksa membawa harapan anak ini kepada timbalan perdana menteri di Dewan Rakyat, menarik tangan keprihatinan kerajaan dalam masalah pendidikan bagi mereka yang alami cerebral palsy (kanan).

"Segera! Anak kami perlu sekolah!" memorandum kumpulan Hope2 Walk itu menjerit.

Kenalan ini, yang saya tidak pernah cuba mengenalinya dengan akrab, mencetuskan sisi lain polemik 'Allah' itu milik siapa, orang Islam sahaja atau turut dikongsikan dengan umat Kristian.

Barang kali si bapa tertanya-tanya kenapa manusia, yang boleh bertutur, asyik bertekak siapa yang layak memiliki nama 'Allah'.

Bagaimana nasib insan yang tidak mampu berkata-kata atau nyawa yang tidak mampu berrasional seperti selayaknya manusia normal?

Di luar bahasa, di luar akal

Lalu saya, seperti obsesi selama bertahun-tahun, menjawab:

Tuhan tidak ada pada nama sebab semua kata-kata, alat kesedaran diri, menipu. Kita temui-Nya di luar kesedaran, supra-rational.

"Bahasa hanya alat ciptaan manusia. Tuhan juga berkata-kata dalam bahasa manusia untuk kita kenali. Tapi hadir-Nya di luar bahasa," tambah saya di Twitter.

Bahasa itu rekaan rasional manusia untuk memudahkan komunikasi. Walaupun sungguh bertenaga, termasuk untuk tujuan menjahamkan, bahasa tetap juga mengandungi kelemahannya.

Ia hanya perwakilan hasrat hati, pergolakan akal dan kecelaruan dunia di sekeliling kita; alat propaganda politik dan sekali gus luahan resah batin.

Ia hanya pinjaman yang bersifat sementara, kenderaan rasional yang membawa makna dari individu kepada individu lain. Makna yang terbatas, yang mengelirukan dan yang boleh disalahtafsirkan.

Oleh itu, bahasa, biarpun alat kesedaran diri, tidak pernah cukup untuk mencapai kedalaman rohani, termasuk pengalaman bertuhan.
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah Allah: Siapa yang keliru sekarang?

Posted: 17 Oct 2013 08:09 PM PDT

MAHKAMAH Rayuan pada Isnin lepas memutuskan penerbitan mingguan Herald: The Catholic Weekly edisi Bahasa Melayu tidak boleh menggunakan kalimah Allah dengan alasan, antara lain, kerana ia boleh menyebabkan umat Islam di negara ini keliru.

Tiga hakim yang mendengar rayuan itu berpendapat bahawa Allah bukanlah sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian. Seorang daripada mereka menambah bukan saja orang Islam akan keliru tetapi orang Kristian pun boleh keliru sama.

Ini kerana konsep ketuhanan Allah dalam Islam sama sekali berbeza dengan konsep ketuhanan tiga serangkai — tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus — yang dianuti dalam Kristian.

Tetapi selepas membaca keputusan tiga hakim itu serta meneliti reaksi yang diberikan oleh pelbagai pihak dan meninjau pula rentetan episod polemik kalimah Allah ini sejak ia berbangkit pada 2007, ada beberapa hal yang boleh mendatangkan keliru.

Bukan saja orang Islam dan Kristian di negara ini yang keliru; daripada pelbagai reaksi yang terbit di media antarabangsa, kita boleh nampak masyarakat dunia pun keliru.

Pertama, isu ini mula berbangkit pada 1986 apabila Kementerian Dalam Negeri melarang beberapa perkataan dipakai dalam penerbitan bukan Islam. Selain Allah, tiga perkataan lain yang eksklusif untuk Islam ialah solat, Baitullah dan Kaabah.

Sebelum Menteri Dalam Negeri mengenakan syarat kepada Herald pada 2007 untuk tidak menggunakan kalimah Allah dalam edisi Bahasa Melayunya, penerbitan mingguan itu sudah beberapa kali menerima surat tunjuk sebab, teguran dan amaran.
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah Allah: Apa selepas ini?

Posted: 17 Oct 2013 08:08 PM PDT


Tarikh 14 Oktober 2013 akan diingati oleh semua pihak kerana ia jatuh pada 9 Zulhijjah ketika para jemah haji berwukuf dan mereka yang di luar Arafah bersiap untuk menyambut Aidiladha.

Pada hari yang sama Mahkamah Rayuan menetapkan penghakiman rayuan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa majalah Kristian The Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

hari raya haji, slaughtering of cows, korbanPenghakiman ini mendapat perhatian antarabangsa kerana Malaysia menjadi negara unik yang mengharamkan perkataan ini digunakan oleh penganut Kristian.

Saya dihujani soalan daripada pemberita tempatan dan luar negara meminta respons keputusan mahkamah Malaysia.

Hari wukuf itu saya sibuk melayan soalan dan telah kemaskini status perkembangan terkini isu kalimah Allah dalam media sosial saya.

Saya juga dimaklumkan respons awal kelompok ekstrim kanan mahu melebarkan keputusan ini ke Sabah dan Sarawak kerana penganut Kristian sana menggunakan Bible yang tertera di dalamnya kalimah Allah sebagai terjemahan dari perkataan "Elohim".

Di sebalik kegembiraan golongan ekstrim kanan dan sebahagian orang Melayu, masyarakat Kristian Katolik pula bersedih dan marah bahawa hak mereka dikecewakan oleh keputusan panel tiga hakim.
Suasana raya untuk saya pada hari itu dipenuhi dengan pelbagai soalan.

NONEKe manakah dasar kebebasan agama hendak dibawa? Adakah negara kita kini dikuasai kelompok ekstrim kanan? Apakah masa depan hubungan antara agama akan dipengaruhi unsur rasis daripada kesucian agama itu sendiri?

Adakah ekstrimism agama akan subur?

Saya cuba bersikap jujur untuk menjawab persoalan di kepala saya. Kejujuran hanya boleh dipandu dengan prinsip dan prinsip terpandu dengan keilmuan, manakala keilmuan pula asasnya ialah objektiviti dan bukan sentimen.

Saya melihat sejak awal isu kalimah Allah ditunggangi prinsip yang salah maka kewajaran ilmu yang sepatutnya memandu prinsip dikuasai oleh sentimen lalu objektiviti tajuk menjadi tersasar dari perbincangan yang ilmiah dan mendasar.

Prinsip rahmat seluruh alam


Prinsip Islam dalam hubungan dengan bukan Islam terbina atas asas rahmatan lil 'alamin (rahmat kepada seluruh alam).

Kesejahteraan yang Islam angkat dan usung mencakupi perlindungan kepada kebebasan beragama dan hak untuk agama lain melaksanakan keperluan agamanya.
Read More / Baca Lagi >>

DAP: Jika siling Hospital Serdang runtuh kali keempat, Subramaniam letak jawatan

Posted: 17 Oct 2013 08:07 PM PDT


Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika melawat siling runtuh di Hospital Serdang tahun lalu.Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika melawat siling runtuh di Hospital Serdang tahun lalu.DAP mencabar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam untuk meletakkan jawatan sekiranya siling di Hospital Serdang runtuh kali keeempat selepas insiden sebelumnya pernah mengakibatkan tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, berkata keruntuhan siling di Hospital Serdang berlaku sebanyak tiga kali iaitu pada Januari 2011, Ogos 2012 dan September 2013.
"Saya mencabar Subramaniam untuk membuat akujanji seterusnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan jika siling di Hospital Serdang runtuh buat kali keempat.
"Subramaniam perlu menunjukkan beliau lebih berwibawa daripada bekas Menteri Kesihatan terdahulu, Datuk Seri Liow Tiong Lai dengan mengambil langkah drastik untuk mengelak insiden yang sama berlaku sekali lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PAC panggil dua kementerian, syarikat pelaburan negara berhubung Laporan Audit Negara 2012‎

Posted: 17 Oct 2013 08:06 PM PDT



Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil dua kementerian dan syarikat pelaburan negara untuk memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
The Malaysian Insider difahamkan antara yang akan dipanggil oleh jawatankuasa di bawah Parlimen itu adalah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Khazanah Nasional Berhad selepas mesyuarat kedua PAC pada 23 Oktober depan.
Sumber yang enggan dikenali itu mengesahkan Khazanah dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung kelewatan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang menelan belanja sebanyak RM4 bilion berbanding peruntukan asal berjumlah RM1.6 bilion.
PAC juga akan menyoal Kementerian Kewangan berhubung isu Sistem Pendaratan Berpandu (ILS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang dilaporkan mempunyai 599 lubang di landasannya.
Manakala bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, PAC akan melihat berhubung isu pembelian empat peralatan pasukan Bomba untuk memecah dinding bangunan semasa operasi kebakaran, "Cobra Cutting Extinguisher E300" yang dibeli melalui rundingan terus bernilai RM1.68 juta.
Read More / Baca Lagi >>

TI-M gesa SPRM siasat dakwaan penyandang Naib Presiden Umno amal politik wang

Posted: 17 Oct 2013 08:05 PM PDT


Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa tiga penyandang Naib Presiden mengamalkan politik wang menjelang pemilihan parti itu esok dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan.
Presiden badan pemantau rasuah itu, Datuk Akhbar Satar (gambar), berkata pihaknya membuat dakwaan berkenaan selepas menerima beberapa maklum balas terhadap ketiga-tiga penyandang yang memegang jawatan menteri dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak.
"TI-M menerima banyak maklum balas mengenai terdapat sejumlah besar wang diedarkan tahun ini untuk membeli undi menjelang pemilihan Umno.
"Kami difahamkan penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas diadakan oleh penyandang Naib Presiden, yang juga memegang jawatan menteri kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, TI-M juga mempersoalkan peranan SPRM dalam menangani isu politik wang yang berlaku dalam Umno serta bukan hanya sekadar alasan masalah tersebut adalah masalah dalaman sesebuah parti.
"TI-M mahu tahu apakah tindakan SPRM dalam isu melibatkan politik wang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Politik wang masih berleluasa dalam Umno

Posted: 17 Oct 2013 08:04 PM PDT

Dalam tempoh 48 jam sebelum pemilihan Umno 2013, perwakilan berkata wang ditaburkan dan ada kebimbangan mengenai kemungkinan manipulasi undi bagi memastikan kemenangan calon tertentu.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan sekutunya gigih berkempen untuk calon tertentu bagi merebut jawatan naib presiden terutama Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Persaingan sengit untuk menang semua jawatan. Ia seperti kejadian 'ribut emas'," kata seorang pejuang Umno kepada The Malaysian Insider sambil mendedahkan jumlah wang yang akan disalurkan pada pemilihan Sabtu ini.
Sebahagian 146,500 perwakilan daripada 191 bahagian menggunakan sistem pemilihan baru bagi memilih pemimpin mereka dalam pemilihan kali ini. Pemilihan di peringkat bahagian juga diadakan pada hari sama.
"Pastinya akan ada 'hujan emas' berlaku nanti," kata seorang lagi sumber rasmi parti yang mendedahkan perwakilan akan mendapat kira-kira RM300 untuk setiap undi mereka.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan calon yang menggunakan wang untuk memenangi tiga jawatan naib presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Hukum Baca 'GOSIP' Artis - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Oct 2013 07:59 PM PDT

Hukum Bertudung Kerana Fesyen & 'Trend' Terkini - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Oct 2013 07:58 PM PDT

Hukum Ikut Mazhab Lain - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Oct 2013 07:56 PM PDT

Tanda Rezeki BERKAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Oct 2013 07:55 PM PDT

Cara Solat Istisqa' (Solat Minta Hujan)..'Bawa Flowerhorn' - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Oct 2013 07:55 PM PDT

Patutkah Maafkan Orang Yang Tak Pernah Minta Maaf Dengan Kita? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Oct 2013 07:53 PM PDT

PERWAKILAN PEMUDA UMNO BUTA HURUF ... TIDAK TAHU MEMBACA DAN MENULIS!

Posted: 17 Oct 2013 06:47 PM PDT

Bukan ada niat nak menghina maupun mengata .. tetapi ini adalah kisah fakta.

Sekurang-kurangnya 15 perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu dikesan buta huruf, sukar menulis nombor calon pilihan ketika proses pengundian kelmarin.

Yang dedahkan kisah ini bukannya dari Pakatan Rakyat tetapi Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian sendiri, Wan Abdul Rahman Wan Ismail.

Jadi memang betullah apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad betapa rakyat yang cerdik dihalang dari masuk UMNO .. Yang tinggal kini hanya yang kurang cerdik .. tetapi kes ini lagi teruk..sampai buta huruf.. langsung tidak tahu membaca dan menulis.

Itu hari ratusan ahli UMNO yang menawarkan diri untuk jadi ketua didapati muflis ... maksudnya yang tahu membaca dan menulis jadi muflis.

Patutlah mudah sangat ahli-ahli UMNO di tipu dan di perdayakan oleh para pemimpinnya.

Laporan Audit: Pakatan Rakyat mahu temui Najib

Posted: 17 Oct 2013 06:44 PM PDT


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang semalam memutuskan pertemua tersebut adalah penting bagi memastikan ketirisan dan penyelewengan yang dilaporkan itu dapat dihentikan dan tidak lagi berulang pada masa akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuan tersebut akan membincangkan segala tindakan yang perlu diambil kepada mereka yang terlibat serta mencari satu mekanisma terbaik agar ia dapat diatasi daripada terus berulang.

"Apabila melihat laporan tersebut jelas menunjukkan pengurusan kewangan yang cukup lemah dalam pentadbiran agensi kerajaan.

"Perkara ini sentiasa berulang setiap tahun dan tidak ada satu pun tindakan diambil, atas kerisauan tersebut pada mesyuarat sebentar tadi kita telah mengulangi untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan mekanisma yang perlu diambil," jelasnya pada sidang media di ibupejabat PKR, petang semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa saya mengkaji PAS?

Posted: 17 Oct 2013 06:42 PM PDT

Oleh LIEW CHIN TONG 
SAYA cuba mengimbas pengalaman bagaimana saya mengenali PAS.  Pada tahun 1993, saya menghadiri satu "Kem Perpaduan", bersifat "basuh minda (brainwash)" ala-Biro Tatanegara.  Kemudian kami sebagai pelajar sekolah menengah persendirian Cina dari Klang, bersama beberapa orang pelajar India secara kebetulan mengisi "kuota perkauman" untuk satu rombongan lawatan sambil belajar ke negeri Kelantan.

Apabila disebut lawatan sambil belajar, maka rombongan makan anginlah rupanya. 
Pada zaman itu, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat digambarkan sebagai orang jahat, dengan khabar angin bahawa Cina diharam makan babi di Kelantan, malah Kelantan adalah negeri paling miskin dan kebuluran.
Saya sebagai remaja mendapati realitinya agak berbeza dengan imej yang dipaparkan dalam media, apabila saya memijak di bumi itu sendiri.

Pada tahun 2000, saya bekerja sebagai setiausaha ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.  Giliran saya pula yang mengaturkan rombongan ke Kelantan dan Terengganu, sebagai salah satu usaha DAP untuk "memperbetulkan" imej PAS yang diputarbelitkan oleh BN di kalangan masyarakat Cina. 
Buat pertama kali saya bertemu dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang.  Pada masa itulah saya mengenali Hu Pang Chaw, Pengerusi Kelab Penyokong PAS.  Hubungan kami terjalin sehingga ke hari ini, dan beliau kini sudah menerajui Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Pada September 2001, saya berada di Australia untuk melanjutkan pengajian saya. 
Tiga peristiwa penting berlaku pada bulan sembilan itu.  Rumah yang saya sewa itu tidak memiliki televisyen.  Ketika serangan berlaku ke atas bangunan World Trade Centre pada 11 haribulan September 2001 saya sekadar "mendengar" bunyi bangunan kedua dilanggar melalui telefon, dalam satu panggilan daripada kawan Hong Kong saya. 
Read More / Baca Lagi >>

KALIMAH ALLAH: SAYANG NAMA ALLAH TAPI LANGGAR PERINTAH ALLAH? MANUSIA JENIS APA?

Posted: 17 Oct 2013 06:20 PM PDT

ISU kalimah Allah mula dihangatkan semula.  Kita sudah banyak kali ikuti penjelasan daripada beberapa tokoh agama yang bukan dari golongan 'terompah kayu', mereka berpendapat Orang-orang bukan Islam boleh gunakan kalimah Allah asalkan tidak disalahgunakan.  
Jika seseorang Non Muslim berkata kepada kita, "InsyaAllah, saya akan jumpa awak nanti".  Adakah kita mesti marahinya?  Adakah dia menghina kalimah Allah tersebut?  Andaikata ketika kita sedang sakit, rakan kita Non Muslim datang berziarah dan berkata, " Saya harap Tuhan Alla (Allah) akan sembuhkan penyakit awak", Adakah kita mesti marahi beliau dan mahukan beliau menggantikan kalimah Allah itu kepada Tuhannya?  Adakah beliau menghina nama Allah?
Tetapi, seandainya Non Muslim itu menyebut, "Allah" itu banyak anak...., "Allah" itu adalah patung ini...atau dia sebut "Allah" itu lah yang saya sembah sambil menunjukkan ke arah patung umpamanya, Maka jelas itu adalah bersalahan kerana menggunakan kalimah "Allah" secara yang tidak betul atau salah dengan sifat Allah yang sebenar.  Maka, waktu itu tindakan boleh diambil kerana menghina nama Allah, kecuali ia menterjemahkan kepada "God' Tuhan yang mereka yakini.
Read More / Baca Lagi >>

Isa Samad berharap undi Felda untuk menang pemilihan Umno

Posted: 17 Oct 2013 06:17 PM PDT

Calon Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad (gambar) yang berhadapan skandal dan tuduhan membabitkan Felda serta serangan penulis blog Umno mempertahankan langkah pelaburan yang diambil menguntungkan agensi itu dan peneroka, malah yakin akan membuat kejutan dalam pemilihan naib presiden Umno Sabtu ini.
Pengerusi Felda itu turut didakwa membuat laporan palsu kepada Bursa Malaysia berhubung peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venture Berhad selain berdepan siasatan yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta).
"Biasalah, saya sudah lali dan masak dengan dakwaan dan tuduhan begini.
"Semakin hampir pemilihan Umno, macam-macamlah hendak dibangkitkan," kata Isa menolak tuduhan tersebut ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pada masa sama, Isa optimis dengan peluangnya untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno walaupun berdepan dengan banyak nama besar.
"Insya Allah, peluang itu ada. Tunggu saja hari pemilihan nanti.
"Setakat ini respon yang saya dapat ke setiap tempat yang saya pergi sangat positif," katanya dan menambah beliau sudah melawat hampir seluruh lokasi peneroka Felda di seluruh negara untuk berkempen.
Harapan Isa untuk menang adalah sokongan padu 54 bahagian Umno yang mempunyai kawasan Felda di samping tapak sokongannya di Negeri Sembilan.
Isa berkata, isu pembelian dan pelaburan hartanah yang dilakukan oleh Felda tidak sewajarnya dipertikaikan kerana bukan hanya agensi itu mengambil langkah tersebut malah syarikat berkaitan kerajaan lain turut membuat pelaburan hartanah di luar negara.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwa menghasut: Ali Rustam sedia bekerjasama dengan polis

Posted: 17 Oct 2013 06:15 PM PDT

Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam (gambar) sedia bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan hasutan terhadapnya.
  
Beliau yang bertanding jawatan naib presiden Umno juga yakin siasatan polis itu tidak menjejaskan peluangnya dalam pemilihan Sabtu ini.
  
"Saya tidak kisah dengan tuduhan sedemikian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Pembiayaan Perniagaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, di sini malam ini.
  
Terdahulu, polis mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung laporan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana Lai Kuen Ban yang mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan berbaur hasutan minggu lepas. – Bernama

In the Umno polls, money still talks, say warlords

Posted: 17 Oct 2013 06:14 PM PDT


In the last 48 hours before the 2013 Umno polls, delegates have been saying that money was being splashed around and there was fear that the votes could be manipulated to ensure certain people win.
The Malaysian Insider also learnt that victorious Wanita Umno leader Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and her colleagues are campaigning heavily for some of the candidates in the vice-presidential race, particularly Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"The race is tight for all posts up for grabs. Let's just say there is a ribut emas (golden storm)," an Umno warlord told The Malaysian Insider, describing the amounts of money being distributed for tomorrow's election.
About 146,000 delegates in 191 divisions will vote in the first electoral-college style system to elect their national leaders. Umno will also hold divisional elections on the same day.
"There is definitely some hujan emas (golden storm) going on," another party official said, adding that delegates were getting as much as RM300 for their votes.
Read More / Baca Lagi >>

Using Chinese as the punching bag..!!!

Posted: 17 Oct 2013 06:10 PM PDT

The race for vice-presidency in Umno has open wide a can of worms and ill feelings harboured far too long by the Umno Malays against the Chinese.

Umno party election is just around the corner and it has found solace in their new punching bag, the Chinese community. Making the Chinese the scapegoat for political mileage is the new trend being adopted by the rather ultra-looking party in these days.
For long Umno and their voice piece Utusan Malaysia has mocked the non-Malay communities on almost all issues that are not in sync with their ulterior agendas. With the impending stiff competition for the three vice-presidents seats in the coming polls, the attacks have been more vocal and intimidating to the extent as seen inciting greater hatred for the various races.
The attacks are dangerously bordering tension and anger especially in the Chinese community towards the Malays. With the recent open attack on the Chinese by veep race candidate Ali Rustam, it clearly indicates how much of hypocrisy the Malays have been harbouring all this while. Basically while grinning and laughing with them, they were all putting up a fantastic drama with each other.
The midnight of May 5, 2013 revealed the true colours of Umno when their very leader, president and prime minister openly challenged the Chinese by asking them "Apa lagi Cina mau?" which made bold headlines in majority of the mainstream media. Not to mention Utusan that had a carnival like atmosphere in further fueling negative sentiments and indeed facilitated the pathway into more brickbats.
People like Ali Rustam and Ibrahim Ali who are greedy for positions and cheap looking media space will not hesitate to mudsling their 'enemies' for the extra mile. It is appalling and disgusting to the highest degree that they have stooped so low and are practically hitting under the belt to score points with Umno delegates.
Above that we have accomplices like Utusan who have criminalised the media for their readers. As the saying goes, the pen is mightier than the sword, but unfortunately Utusan has taken the pen as a "keris" and stabs the non-Malays with no conscience.
And what is Najib doing about it? Or rather is he manuring the hatred further which he started when he questioned the Chinese votes during the GE?
Read More / Baca Lagi >>

Syria weapons inspectors hail 'significant progress'

Posted: 17 Oct 2013 06:08 PM PDT

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SATU LAGI KES TIPU

Posted: 17 Oct 2013 07:00 PM PDT



Kenakan tindakan - SPRM
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan satu undang-undang baharu digubal bagi mengenakan tindakan terhadap penjawat awam yang membelakangkan kepentingan awam sehingga merugikan negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM,  Abu Kassim Mohamed berkata, perkara itu dilihat perlu kerana skop Seksyen 23 Akta SPRM yang diguna pakai sekarang agak kecil.


KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...JUST STOP BULL SHITTING... kah kah kah..

kah kah kah..ENOUGH BULL SHIT... kah kah kah..

kah kah kah... MAK CIK FELDA ALREADY IDIOTIC... kah kah kah..

kah kah kah...BANI KDETUANAN MELAYU IMBICILE FOR EVER... kah kah kah

woit... GWA... NO SPIK INGLIS... kah kah kah


--------

HANYA UNTUK BANI KETUANAN MELAYU

Posted: 17 Oct 2013 06:00 PM PDT





BENDERA BARU

  • Kalimah 'Allah' bebas diguna di Sabah, S'wak, kata k'jaan
  • NONEvideo icon small Joseph Kurup dilaporkan berkata Kabinet semalam memutuskan untuk kembali kepada penyelesaian 10-perkara, yang benarkan import dan cetakan Bible dalam sebarang bahasa di Malaysia, termasuk AlKitab yang guna kalimah 'Allah'.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...  MISTER KORUP.. JANGAN TIPU BANI SENDIRI... kah kah kah..

kah kah kah... BACA LAH KEPUTUSAN HAKIM... kah kah kah...

woit...HANYA BANI KETUANAN MELAYU SAHAJA BOLEH GUNA ALLAH.. kah kah..

kah kah kah... BANI DAYAK TAK BOLEH... kah kah kah..

kah kah kah.,.BANI IBAN TAK BOLEH... kah kah kah..

kah kah kah.,. BANI KADAZAN LAGI TAK BOLEH... kah kah kah..

kah kah kah.. KALAU NAK GUNA ALLAH SILA TINGAGLKAN MALAYSIA... kah kah kah



---------

TAHNIAH SYABAS

Posted: 17 Oct 2013 07:00 AM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB
tahniah
syabas
memmbuat satu pendirian tegas
bukan pendirian opurtunis

inilah gagasan yang bakal
memminpin negara malaysia

Pakatan: Bukan Islam boleh guna kalimah 'Allah'
 
Pakatan Rakyat mengekalkan pendirian mereka bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah 'Allah'.

Pemimpin parti berkenaan yang bertemu hari ini, untuk membincangkan keputusan oleh Mahkamah Rayuan pada hari Isnin lalu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yang menjawab soalan pemberita berkata, pendirian Pakatan tidak berbeza dengan pendirian yang dinyatakan sebelum ini.

"Cuba tengok kenyataan kami sebelum ini, saya tidak ingat setiap perkataan," katanya

--------

SURAT PALING COOL

Posted: 17 Oct 2013 06:00 AM PDT




KAH KAH KAH

PALING COOL
errrr... mintak mahaf la sbb tak mengikuti sangat perkembangan pemilihan amno nih. Hasan ali ngan Mat nasa bertanding jawatan apa?? on SEKALI LAGI KENA PERANGKAP
Publish | Delete | Spam
Anonymous

at 4:41 PM
APA CERITA
BERTANDING KE?

--------

SEMUA SUDAH MURTAD

Posted: 16 Oct 2013 09:00 PM PDT




SILA IKUTI TWITTER TUKAR TIUB
@ishamrais


 MURTAD
Kah..kah..kah.. Sekarang TT lu sudah murtad, wa pun murtad, tak payahlah lagi kita sembahyang. kah..kah..kah.. Ini semua gara-gara mat Indon, mat gadut sudah online dengan Allah. kah..kah..kah.. Tok Arab pun semua dah murtad, Bani gerombolan saja yang makan sebut nama Allah tak murtad tapi boleh makan rasuah.kah..kah..kah.. sekarang banyak lembu sudah jadi korban. ingat lembu ingat Shahrizat. kah..kah..kah.. on INI BARU BETUL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/17/13
 
AGNOSTIK
Yg gua paham, isham mmg mengaku dia adalah AGNOSTIC. Khalas.. ini ada tulis dalam buku rampaian. Kpd brader yg bertanya, ramai kawan gua yg agnistic ni.. tapi gua adalah komunis beragama islam.. kahkahkah.. mcm mat indera gituh.. on PERTANYAAN DARI PEMBACA
Anonymous
on 10/16/13
 MENGHASUT LEBIH PENTING
hehehe penting sangat ke nak tau agama orang lain der?? aku pedulik hapa kalau si isham ni kapir ke, atheis ke? yg penting hasutan dia bawa pencerahan dalam seni melawan. dan kalau dia islam atau lebih tinggi martabatnya i.e "melayu islam", tapi bodek macam nak mampus... boleh jalan laa. kah kah kah on PERTANYAAN DARI PEMBACA
Anonymous

on 10/16/13

-----------

LAWAK HARI KHAMIS

Posted: 16 Oct 2013 08:30 PM PDT









Pemilihan UMNO: Dua bahagian dakwa wujud politik wang

Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya dua bahagian UMNO mendakwa berlaku unsur penyelewengan dan politik wang pada mesyuarat cawangan dan pemilihan tiga sayap parti itu, Sabtu lalu. »
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... INI SUDAH BAIK.... kah kah kah..

kah kah kah...INI SUDAH BERUBAH... kah kah kah..

kah kah kah... HANYA DUA BAHAGIAN SAHAJA... kah kah kah..

kah kah kah...TAHNIAH... kah kah kah..

kah kah kah...TAHUN DEPAN MUNGKIN LUPUS SEMUA... kah kah kah

TERGOLEK DOG
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH


---------

ANAK MUDA WAJIB BERSEDIA

Posted: 16 Oct 2013 07:38 PM PDT



SEMUA TELAH DIRANCANG

APA DIANYA MENGOLAH PERSETUJUAN
mengolah persetujan
ialah teknik dimana berita awal dibocorkan
di belakang berita ini ada satu ajenda lain

wtc di ledakan 9/11
bertujun untuk serang iraq
bertujun untuk dapat telaga minyak

di sauk  pada 2001 senjata di rampas
sebagai persediaan untuk guna ISA

baru baru ini
samseng tembak di sana sini
sebagi persediaan untuk  luluskan
undang undang ISA2

kali ini  cukai gst akan dikenakan
harga minyak akan naik
sebab yang akan diberi ialah lahad datu

bukan rasuah
bukan pembasiran
bukan pemborosan
tapi lahad datu

 lahad datu akan digunakan
menggunakan lahad datu
inilah yang ditakrif sebagai mengolah persetujuan

persetujuan dari orang ramai
persetujun untuk menerima harga barang naik
persetujuan untuk menerima harga minyak naik

SIAPA SEBENARNYA 
MERANCANG LAHAD DATU
Perlu reformasi fiskal awam
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Keperluan untuk mengurangkan perbelanjaan negara bagi mencapai sasaran defisit fiskal kepada tiga peratus menjelang 2015 adalah semakin mendesak.

Menurut nota penyelidikan MIDF Research, defisit fiskal dianggarkan sebanyak 4.5 peratus tahun ini, dan kerajaan menghadapi tekanan belanjawan yang diakibatkan oleh harga minyak tinggi dan juga kenaikan kos pertahanan negara akibat pencerobohan di Sabah.

KAH KAH KAH


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... FAHAM KE TAK FAHAM... kah kah kah..

kah kah kah..FAHAM TAK MAKNA BERITA INI?.... kah kah kah..

kah kah kah..JANGAN JADI BEBAL... kah kah kah..

woit... BERITA INI MAKNANNYA  HARGA BARANG AKAN NAIK... kah 

kah kah kah...MAKNANYA.... HARGA MINYAK LAGI NAIK... kah kah kah..

kah kah kah...MAKNANYA GST AKAN SAMPAI... kah  kah kah..

woit...MAKNANYA SEDIA TURUN KE JALAN RAYA.... kah kah kah


------