Sabtu, 12 Oktober 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KETUA PEMUDA PAS DITANDINGI

Posted: 12 Oct 2013 04:11 AM PDT

Nuffnang Ads

Sabtu, 12 Oktober 2013

CALON KETUA PEMUDA PAS




KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
12hb Oktober 2013
Mengapa Kementerian Tidak Bertegas Terhadap Kontraktor ?
Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang  gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut :
a.       Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3.46 juta atau 13.3%. Kos asal adalah RM25.95 juta meningkat kepada RM29.41 juta.
b.      Projek Fakulti Pengurusan Teknologi  dan Perniagaan(FPTP) melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3 juta atau 9.8%. Kos asal adalah RM30.74 juta meningkat RM33.74 juta.
c.       Projek Kolam Renang  dan Blok Pentadbiran melibatkan peningkatan RM0.5 juta atau 2.3%.  Kos asal RM21.81 juta meningkat kepada RM22.31 juta.
Terdapat dua daripada tiga projek di atas mempunyai kelemahan yang cukup ketara iaitu Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam dan Projek Kolam Renang serta Blok Pentadbiran.
Kelemahan Kontraktor MBN Consortium Sdn Bhd  dalam Projek Pembinaan Masjid & Pusat Islam adalah:
1.       Kelewatan selama 547 hari.
2.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 233 hari.
3.       Melibatkan 2 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT).
4.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 45% sahaja iaitu tidak sampai separuh siap.
5.       Berdasarkan  Laporan Prestasi Kontraktor , UTHM mendapati prestasi kemajuan kerja kontraktor  tidak memuaskan.
6.       Lewat mengemukakan permohonan tempoh lanjut masa (EOT) iaitu di antara 18 hingga 75 hari.
Kelemahan kontraktor(namanya tidak dijelaskan dalam laporan audit 2012) dalam Projek Kolam Renang dan  Blok Pentadbiran ialah :
1.       Kemudahan kolam renang belum boleh digunakan lagi sehingga sekarang.
2.       Melibatkan kelewatan selama 484 hari.
3.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 262 hari.
4.       Melibatkan 3 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT)
5.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 71% sahaja.
6.       Mengemukakan insurans bagi EOT pertama hanya selepas 82 hari dari tarikh Sijil Perakuan EOT.
Kelemahan di pihak UTHM seperti yang dilapor oleh Audit adalah melibatkan masalah teknikal, perubahan kerja, rekabentuk & struktur, kelewatan kelulusan bahan binaan, pengurusan kontrak yang lemah, pemantauan di tapak kurang memuaskan, kekangan staf teknikal dan perancangan pembinaan yang kurang memuaskan.
Projek ini adalah di bawah  Inisiatif Pembiayaan Swasta(PFI) yang diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) atau namanya sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Pihak UTHM hanyalah pihak yang menerima manfaat daripada PFI. Urusan penentuan kontraktor ditentukan oleh pihak kementerian. Persoalannya kenapa pihak kementerian tidak mengenakan tindakan yang tegas terhadap kontraktor kerana kecuaiannya yang akan meny ebabkan pembaziran dana kerajaan ? Apakah kerana kontraktor terbabit mungkin kroni kepada pemimpin politik tertentu sehingga kementerian tidak berani mengenakan tindakan tegas?  Apakah kerana kelemahan UTHM  sendiri sehingga Kementerian tidak bertindak kepada kontraktor terbabit ? Soalan ini perlu dijawab oleh Menteri  di Kementerian Pengajian Tinggi pada waktu itu Y.A.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin yang sekarang merupakan Menteri Besar Johor.
Berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecatatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210  kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan(DLP). UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM.
Anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini.  Jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti  maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30 ribu bagi setiap pelajar). Jumlah itu cukup untuk membantu  1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5 ribu setiap seorang.  Juga, ia  boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10 ribu setiap seorang.
SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS
NEGERI JOHOR


Suhaizan Kaiat dicalon ketua pemuda PAS

Pemuda PAS kawasan Batu Pahat sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada November ini.
Ketua pemuda PAS kawasan, Mohd Salleh Tamjis berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat bagi sesi ini yang telah dijalankan pada hujung September lalu

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anwar Ibrahim: Yang Besar Sapu Submarine, Yang Tengah Sapu Lembu, Yang Bawah Sapu Jam

Posted: 12 Oct 2013 09:12 PM PDT

Santai Ahad: Gambar terbaik Pemilihan Umno

Posted: 12 Oct 2013 03:41 PM PDT

Terbaik Terbaik1
Insiden baling mikrofon Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati. Gara-gara pencalonan ditolak  empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh naik angin.
"Sokmo tiap-tiap tahun mesyuarat agung lagu ni!", katanya sebelum mikrofon dibaling ke lantai. Sepatutnya dia baling ke arah sasaran!!

Pas belum boleh laksana hudud kerana penentu di tangan Kerajaan Persekutuan

Posted: 12 Oct 2013 08:50 AM PDT

Abdul Hadi Awang 
SHAH ALAM – Pas masih belum boleh melaksanakan hukuman hudud walaupun beberapa kali melakukan perbincangan dan memperjuangkannya untuk direalisasikan di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bidang kuasa yang terhad menyebabkan hasrat itu masih tertunda untuk ditunaikan.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13 Mei lalu walaupun ditentang parti komponennya, DAP.

"Walaupun kita memerintah Kelantan dan Selangor serta pernah memerintah Terengganu, tetapi kuasa penentu masih di tangan Kerajaan Persekutuan.

"Sebab itu kita perlukan semua kesepakatan dan syarat melaksanakan undang-undang Islam, ia mesti lengkap terlebih dahulu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan Umno Kecoh: Pengundi hantu dan wanita hempas mikrofon

Posted: 12 Oct 2013 08:27 AM PDT

Pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno hari ini merakamkan peristiwa luar jangkaan apabila calon Ketua Wanita Bahagian Petaling Jaya Selatan, Norkhaila Jamaluddin mendakwa wujud pengundi hantu dalam pemilihan bahagian itu.

Lawannya iaitu penyandang jawatan, Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding Norkhaila yang mendapat 196 undi.

Menurut Utusan, Norkhaila mendakwa jumlah kehadiran perwakilan adalah seramai 389 orang sedangkan jumlah undi yang diterima adalah 401 undi termasuk 7 undi rosak.

"Jadi mana pengundi hantu itu dan saya kata ada penipuan besar di sini.

"Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan kerana dengan cara beginilah orang fed up (bosan) dengan Umno ini," katanya kepada pemberita.

Beliau dilapor akan membuat bantahan pada malam ini untuk dihantar kepada Umno Selangor dan Umno Malaysia.

Di Gua Musang pula, seorang perwakilan dalam pemilihan Wanita dilaporkan bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai apabila senarai pencalonan cawangannya tidak diterima dan ditolak.
Read More / Baca Lagi >>

Berita Yang Disembunyikan Oleh TV3

Posted: 12 Oct 2013 07:24 AM PDT

Kalau Umno, UiTM boleh bantu......

Posted: 12 Oct 2013 06:50 AM PDT

Menyedihkan ..bila UMNO buat pemilihan atau program .student UiTM  boleh bantu atas alasan mereka perlu dilatih dari segi proses pengendalian pemilihan ,kalau bantu parti PR kena buang kampus...

Wanita UMNO Gua Musang Mengamok Baling Mikrofon

Posted: 12 Oct 2013 06:37 AM PDT


Inilah budaya wanita UMNO Gua Musang Kecoh Sebentar Tadi Sehingga Ada Perwakilan Baling Mikrofon Kepada Pengerusi Majlis sebab tak dapat 'meragut rumput' di padang Wasatiyyah-UMNO....

Dah Jatuh Miskin Terpaksa Curi Bekalan Elektrik...!!!

Posted: 12 Oct 2013 06:33 AM PDT


Pinda Perlembagaan tetapi tidak ikut syariat Islam

Posted: 12 Oct 2013 05:46 AM PDT


SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Perlembagaan negara sering dipinda melalui Rang Undang-undang yang diluluskan di parlimen tetapi penggubalan tersebut tidak menjurus kepada syariah Islam yang menyeluruh.

Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan syariat Islam di negeri masing-masing tetapi ia tidak boleh mengatasi kekuatan Perlembagaan negara.

Sehingga katanya, Kelantan dan Terengganu (ketika memerintah) telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah bagi membolehkan hukuman itu dilaksanakan, namun ia terhalang dengan adanya sekatan dari kerajan Persekutuan.

"Kerajaan Persekutan menggunakan alasan Enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan," tegasnya ketika merasmikan Seminar Perlaksanaan Syariah Islam 56 Tahun Merdeka', di Unisel, Shah Alam.
Read More / Baca Lagi >>

Sungai Limau: PAS Kedah senarai pendek lapan calon

Posted: 12 Oct 2013 05:42 AM PDT

PAS Kedah menyenarai pendekkan lapan nama calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau untuk dipertimbangkan kepimpinan PAS Pusat.
  
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata calon PAS untuk PRK DUN Sungai Limau akan diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam 21 Oktober, di Pekan Sungai Limau, Yan.
  
"Difahamkan Barisan Nasional (BN) umum calon pada 21 Oktober sebelah siang. Kita pula sebelah malam. Kesemua lapan senarai calon kita berkelayakan. Kesemua mereka anak didik Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak)," katanya dalam sidang media di Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini.
  
Read More / Baca Lagi >>

Jentera PAS bersemangat pertahan Dun Sungai Limau

Posted: 12 Oct 2013 05:40 AM PDT


ALOR SETAR: PAS tidak mengganggap mempertahankan kemenangan N20 Dun Sungai Limau yang telah dimenangai PAS sejak 1995, satu perkara mudah walau pun banyak pihak melabelkan Dun berkenaan adalah kubu kuat PAS.

"Bagi kami ianya merupakan satu cabaran dan Umno Barisan Nasional juga akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam piliharaya kecil ini. Sejarah telah membuktikan kepada kita, sebelum 1995, kemenangan PAS dan Barisan Nasional silih berganti.

"Oleh itu, kami PAS khususnya dan jentera piliharaya Pakatan Rakyat amnya akan berusaha bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan N20 Dun Sungai Limau tetap menjadi hak milik PAS," ujar Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks PAS, sejurus selesai mesyuarat AJK Perhubungan PAS negeri.

Menurut beliau lagi, persiapan piliharaya kecil berkenaan telah disusun sehari selepas kematian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan penyusunan telah diatur dengan kemas dan terperinci.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor disaran mula pelaksanaan syariah Islam

Posted: 12 Oct 2013 05:39 AM PDT


SHAH ALAM: Isu tahaluf siyasi menjadi bahan utama ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi ia senyap apabila Pakatan Rakyat dapat mengekalkan kemenangan di Selangor.

Menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, begitu juga dengan isu perlaksanaan syariah Islam yang ditimbulkan akan selesai apabila Selangor memulakan langkah melaksanakan syariah Islam.

"Selangor negeri orang cerdik pandai, ada pakar-pakar duduk di sini, banyak universiti di sini, buat perlaksanaan Islam ini, Insya Allah berjaya," katanya ketika menutup Seminar Syariah Islam, di sini, petang ini.

Beliau turut menyentuh tentang kewajiban umat Islam perlu melaksanakan syariat Islam kerana ia menjadi `pasport' manusia untuk duduk di bumi ini.

"Mana-mana orang yang tidak redha dengan hukuman Allah, boleh pergi ke bumi Amerika, bumi Jepun tetapi semua bumi itu milik Allah," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

IS IGP TRYING TO SET UP SURENDRAN'S MURDER? Why ask for indemnity - Azmin

Posted: 12 Oct 2013 03:55 AM PDT

I refer to the IGP's challenge to KEADILAN Vice President, YB N. Surendran to accompany the police on a 'shoot out' with alleged criminals.
This is an irresponsible and unacceptable challenge by Tan Sri Khalid Abu Bakar to a sitting Member of Parliament who has raised legitimate concerns on the 'shoot first' policy of the Home Minister.
IS IGP TRYING TO SET UP SURENDRAN'S MURDER? Why ask for indemnity - AzminInstead of issuing such challenges, the IGP should address the concerns of all Malaysians over the shocking admissions made by Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi over the past week. His statements are tantamount to an admission that suspects were being deliberately shot dead by police.
Indemnity - what is this?
Further, it is very disturbing that the IGP has asked N. Surendran to sign an indemnity absolving the police for any 'mishaps' that may happen when he accompanies the 'shoot- out' team.
Is the IGP asking N. Surendran to sign his own death-warrant ? Why are the police so quick to absolve themselves of liability, although the IGP himself had made the offer to N. Surendran ?
Read More / Baca Lagi >>

Home Ministry: Bukit Aman to blame for fund shortage

Posted: 12 Oct 2013 03:42 AM PDT

Home Ministry says IPDs and IPKs have themselves to blame for the shortage of funds in their respective departments as all allocations have been forwarded to the police headquarters.

PETALING JAYA: The Home Ministry (KDN) has shifted the blame to Bukit Aman for the shortage of funds in police departments.
An officer told FMT that the ministry was not responsible for lack of funds in police departments, which had forced officers to foot fuel and repair bills out of their own pockets due to inadequate patrol cars.
"It is impossible. All the allocated funds from KDN have been channeled to Bukit Aman," a public relations officer, who only gave his name as Marwan, told FMT.
"Maybe it's taking a long time to process their claims. But there is no reason why they cannot claim from their respective IPDs (district police stations) and IPKs (state police contingents)," he added.
Yesterday, it was reported that many officers in the Klang Valley are dealing with challenging situations such as patrolling in damaged police cars and ill-equipped stations for lack of funds.
This is despite the announcement made by Prime Minister Najib Tun Razak that RM442 million would be allocated in Budget 2013 for the overall development of the police force.
Read More / Baca Lagi >>

Benarkah umat Islam tidak senstif isu rasuah?

Posted: 12 Oct 2013 03:41 AM PDT

Oleh MOHAMAD SABU
http://www.malaysia-chronicle.com/media/k2/items/cache/e43a58a1cd476ed6ddd50a7ff8ce1f51_XL.jpgMASJID Cordoba (atau Cordova) adalah masjid terbesar di dunia sebelum Masjidil Haram diperbesarkan. Sekarang masjid di Cordoba dan kerajaan Andalusia hanyalah menjadi bahan sejarah yang dicatat oleh ahli-ahli sejarah Timur atau Barat tentang kehebatan pentadbiran kerajaan Islam yang pernah menguasai rantau yang kini dikenali sebagai negara Sepanyol dan Portugal.

Tokoh terkenal seperti Al Farabi, Ibnul Rujh, Ibnu Khaldun adalah antara nama yang terukir dalam sejarah peradaban kerajaan Islam di Sepanyol. Kita yakin kerajaan yang boleh bertahan lebih 700 tahun itu, sudah tentu meninggalkan satu tatacara pemerintahan, integriti dan etika yang tinggi.

Begitulah juga kerajaan Islam di India, yang pernah memerintah lebih 700 tahun. Kejatuhan sesebuah kerajaan selalunya melalui ciri yang sama, seperti kejatuhan kerajaan Namrud, kejatuhan kerajaan Firaun, kejatuhan kerajaan Rom, kejatuhan kerajaan Islam juga tidak terkecuali melalui ciri dan tabiat yang sama.

Antaranya, pemerintah telah membuat perlonggokan harta kepada pemimpin dan keluarga pemimpin, manakala ulama atau pun golongan alim menjadi pengampu kepada pemerintah, rakyat sudah merasakan tidak terpanggil untuk mempertahankan pemerintah yang asyik mengumpulkan harta untuk pemimpin dan keluarga mereka.

Ini berlaku di zaman penghujung pemerintahan Islam di Sepanyol, pemerintahan Islam di India dan pemerintahan Uthmaniyah di Turki. Sebab itulah di Turki, peninggalan Istana To'kapi dan kemewahannya, manakala di India dengan Taj Mahal dan beberapa istana yang begitu hebat di tengah-tengah kemiskinan rakyat yang diperintah oleh mereka.

Al-Quran dan Hadis yang menjadi rujukan, iaitu dengan kata lain al-Quran dan Sunnah yang dirujukkan kepada umat Islam, dan juga untuk melahirkan hukum dan sebagainya melalui ijmak ulama dan qias, telah digunakan pakai oleh negara atau pun pemerintahan Islam sejak daripada kerajaan Madinah, kerajaan Khulafa Ar-Rashidin sampailah pemerintahan yang terakhir, iaitu kerajaan Uthmanyiah.
Read More / Baca Lagi >>

Prinsip “Check and Balance” perlu di antara SPRM dan Jabatan Peguam Negara

Posted: 12 Oct 2013 03:40 AM PDT

Lau Weng San

Kuasa pendakwaan harus terus diletakkan kepada Jabatan Peguam Negara sungguhpun terdapat kekurangan dalam penyampaian Jabatan Peguam Negara.

Permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM untuk menjalankan pendakwaan terhadap orang kena tuduh (OKT) yang melanggar undang-undang pencegahan rasuah tidak wajar kerana ini bercanggahan dengan prinsip "check and balance" atau prinsip penyemakan dan pemantauan terhadap agen penyiasatan.

SPRM ialah sebuah agen kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja penyiasatan kes jenayah rasuah manakala Jabatan Peguam Negara ialah sebuah agen kerajaan yang menjalankan tugas pendakwaan. Kedua-dua fungsi ini perlu diasingkan supaya tidak berlaku pertindihan dan pemusatan kuasa di satu-satu agensi kerajaan.

Kedua-dua fungsi ini juga perlu diasingkan supaya kuasa pendakwaan iaitu Jabatan Peguam Negara boleh melihat keseluruhan kes yang dibawa oleh kuasa penyiasatan dengan lebih menyeluruh, objektif dan professional supaya kes pendakwaan yang dibawa ke mahkamah ialah kes yang "water tight", iaitu kes yang mempunyai asas yang kukuh untuk menang di mahkamah (keupayaan Jabatan Peguam Negara untuk mencapai tahap ini merupakan satu lagi isu yang perlu dibincang secara berasingan).
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan Kos: Harga ais RM3 satu plastik

Posted: 12 Oct 2013 03:33 AM PDT

Harga ais RM3 satu plastik  
Pengusaha kilang ais kiub mengadakan mesyuarat bagi menyelaraskan harga ais di negeri ini.
KOTA BHARU - Persatuan Pengusaha Kilang Ais Kelantan menyelaraskan harga pasaran ais RM3 satu plastik di Kelantan sejak 5 Oktober lalu disebabkan beberapa faktor termasuk bahan api, gaji minimum dan kenaikan kos bahan plastik.

Pengerusi persatuan itu, Wan Rosdi Wan Yusoff berkata, penyelarasan harga ais itu mendapat persetujuan daripada 15 kilang di negeri ini dan kenaikan berkenaan berkuat kuasa kelmarin.

"Sabtu lalu, harga ais diumumkan naik sebanyak 50 sen di negeri ini, namun beberapa masalah timbul termasuk harganya tidak diselaraskan dan berbeza dengan jualan dari RM2.50 hingga RM3.

"Masalah kekeliruan ini masih berlaku dalam kalangan agen di kawasan Kota Bharu, Bachok dan Tumpat, manakala di tempat lain seperti Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah, masalah harga sudah selesai," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

Aset RM1 bilion: Siasat sumber kewangan anak Taib Mahmud

Posted: 12 Oct 2013 03:29 AM PDT

KUCHING 12 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat aset dimiliki Mahmud Abu Bekir, iaitu anak kepada ketua Menteri Sarawak, tegas Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng.
Ia ekoran pendedahan bekas isteri Mahmud, Shahnaz Majid bahawa anak Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu memiliki aset lebih RM1 bilion.
"RM1 bilion itu cukup besar dan menimbulkan persoalan dari mana Bekir mendapat aset sebanyak itu," kata Micheal kepada Suara Keadilan.
Semalam, Shahnaz dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa perkara itu diketahuinya melalui akauntan lantikannya.
Selain itu beliau juga mendakwa Bekir mempunyai pegangan dalam 49 syarikat di Malaysia dan 20 daripadanya sudah diaudit.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan lebihan di zaman Anwar, defisit teruk zaman Najib

Posted: 12 Oct 2013 03:27 AM PDT

AzrulPETALING JAYA 12 OKTOBER: Malaysia dilaporkan menikmati belanjawan lebihan (surplus) antara tahun 1993 hingga 1997, iaitu semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan, kata Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Beliau berkata, dalam tempoh itu negara berjaya mencatat lebihan RM6.6 bilion, iaitu nilai tertinggi yang pernah dicapai dalam bajet tahunan.
Bagaimanapun katanya, prestasi kewangan negara menjunam ke paras defisit yang teruk pada tahun 2009 semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan.
"Defisit paling teruk pernah dicatatkan pada tahun 2009 iaitu sejumlah RM47.4 bilion manakala dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah 9.7 peratus.
"Sejak 2009, kita lihat perbekalan tambahan paling kurang dua kali setahun hingga menyebabkan perbelanjaan keseluruhan meningkat hampir RM260 bilion sehingga kini," katanya, lapor Media Selangorku.
Azrul Azwar berkata demikian pada Forum Laporan Audit Negara: Kepincangan Urustadbir, Ketirisan dan Rasuah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi.
Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini menunjukkan beberapa pembaziran dan ketirisan melampau antaranya, projek menambahbaik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; projek mewujudkan Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; projek pembentungan negara dan kelewatan mengutip cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Read More / Baca Lagi >>

Pembaziran RM6.96 juta UTHM, apa tindakan..??

Posted: 12 Oct 2013 03:25 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, terdapat 3 projek yang gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecacatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210  kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan (DLP).

"UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini.

Menurutnya lagi, jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti  maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30,000 bagi setiap pelajar).

Jumlah itu, ujarnya cukup untuk membantu 1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5,000 setiap seorang, juga boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10,000 setiap seorang.

Berikut kenyataan beliau.

Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang  gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

Ahli politik antara punca budaya samseng.??

Posted: 12 Oct 2013 01:13 AM PDT

NGO Jingga 13 percaya kerajaan tidak akan mampu menangani jenayah yang semakin menakutkan itu.

Samseng mengapa berleluasa?

Oleh Fariz Musa
PETALING JAYA: Jingga 13 amat tertarik dengan situasi budaya samseng yang begitu menular di kalangan masyarakat Malaysia mutakhir ini.
Tidak sesiapa yang mampu menafikan antara faktor ialah masalah kenaikan sara hidup yang semakin meningkat ekoran kegagalan kerajaan Umno/BN mengawal kenaikan harga minyak, barangan makanan dan keperluan hidup malah pendapatan bulanan yang tidak setimpal.
Ia dibebani pula  isu pengangguran, kurangnya pendidikan yang berteraskan nilai dan moral, akhlak dan agama kerana kesibukan mengejar prestasi akademik dan realistik duniawi, serta kesibukan mencari pengisian harga kehidupan mampu menjana budaya samseng yang turut mengundang rasa sebal dan tidak selesa terutamanya keselamatan yang semakin tidak terjamin.
Namun ada lebih menyedihkan di antara ahli-ahli politik turut mendidik ke arah memupuk budaya samseng tanpa rasa kekok dan bersalah.Malah ada yang memperlihatkan gaya samseng dan kejam, mengugut, lebih ketara mengiktiraf kelompok dan kumpulan tertentu agar dilihat berkuasa dan kebal.
Tindakan ala samseng Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengugut dan 'menunjukkan kuasa'  terhadap wartawan dan media tempohari memberikan gambaran negatif seorang yang bergelar menteri yang sepatutnya tidak bertindak 'songsang' sedemikian rupa.
Sebagai Menteri Dalam Negeri seharusnya beliau adalah lebih bersikap profesional dan menunjukkan kredebiliti yang mampu mendidik rakyat bukannya bersikap seperti seorang 'ketua samseng'.
Budaya samseng
Jingga 13 yakin rakyat Malaysia menolak budaya ala samseng yang ditonjolkan oleh seorang yang bergelar menteri. Memperlihat itukah tahap kematangan seorang menteri khusus menjaga kementerian yang sangat penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara tetapi bersikap "tidak menghormati undang-undang" seperti diungkapkan oleh  pengarang veteran The Sun, R Nadeswaran dalam kolumnya .
Read More / Baca Lagi >>

Yang tidak diketahui Utusan mengenai DAP

Posted: 12 Oct 2013 01:03 AM PDT

Oleh Liew Chin Tong

dap utusan
PEMBOHONGAN dan logik merepek disuap kepada pembaca Utusan Malaysia dan penonton TV3 demi menghalang orang Melayu daripada memahami DAP. Di sini saya senaraikan beberapa hal yang UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 patut tahu mengenai DAP.
Pertama sekali, adakah sistem pemilihan UMNO itu lebih cemerlang berbanding DAP?
najibSangat kelakar melihat hamburan cercaan yang dilempar Utusan Malaysia dan TV3 baru-baru ini terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana tidak mendapat bilangan undi paling banyak pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan kenapa saya, calon yang menerima undi paling banyak, sepatutnya diberikan jawatan Setiausaha Agung serta merta.
Asas kepada sangkaan ini pastilah bahawa sistem pemilihan parti DAP itu cacat dan tidak demokratik. Namun sistem yang tidak sama dengan UMNO tidak semestinya rosak. Setiap jenis sistem pemilihan hadir dengan sebab tersendiri yang memerlukan analisis mendalam.
UMNO mempunyai sistem yang pura-pura membenarkan pemilihan jawatan penting. Di atas kertas memang ia kelihatan demokratik. Tetapi sejarah menunjukkan bahawa hanya dua kali Presiden UMNO harus berdepan pencabar; pada 1978 Tun Hussein Onn dicabar Sulaiman Palestine manakala pada 1987 Tun Dr Mahathir Mohamad dapat bertahan dengan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dengan kelebihan hanya 43 undi.
Sejarah Malaysia pastinya akan jauh berbeza sekiranya Tengku Razaleigh memenangi pemilihan UMNO. Atau sekiranya UMNO menyediakan jalan yang lebih mudah untuk mencabar presiden, beberapa pemimpin terbaik UMNO mungkin akan dapat bergilir memberi khidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri yang tidak kita dapatkan, antara lain kerana sistem pemilihan UMNO adalah sangat bias kepada penyandang jawatan Presiden.
Akhirnya Presiden UMNO hanya boleh digantikan melalui rampasan kuasa parti. Ternyata, Dr Mahathir ada peranan dalam mencurangi perkhidmatan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi. Tun Razak meninggal dunia terlalu awal sewaktu menjawat jawatan berkenaan. Kini kita menanti untuk melihat serangan Mahathir beralih kepada Datuk Seri Najib Razak, terutamnya kalau Datuk Mukhriz Mahathir gagal memenangi jawatan Naib Presiden.
Read More / Baca Lagi >>

Mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja

Posted: 12 Oct 2013 12:59 AM PDT

Keputusan pemilihan bagi sayap UMNO akan diketahui malam ini, mungkin lewat malam. Saya tidak sedar waktu dan hari pemilihan bagi sayap UMNO khususnya Pemuda berlaku hari ini. Pertandingan Pemuda tidak mendapat perhatian saya kerana umum sudah yakin yang Khairy Jamaluddin akan menang agak besar kali ini.

Saya menjangkakan kemenangan bagi Khairy ini dua bulan dahulu lagi. Khairy 'is the noticeable victor' dan itu pun yang sepatutnya berlaku. Justeru tidak payah memberikan komen panjang tentang pertandingan Pemuda. Bagi saya pada hakikatnya tidak ada pertandingan dalam sayap Pemuda itu.

Ramai Pemuda yang saya temui berkata, mereka sudah muktamad akan memberikan kemenangan kepada Khairy Jamaluddin. Proses pengundian hari ini hanyalah proses 'formality' sahaja. Khairy akan menang. Bak kata adat, 'perundingan berlaku dalam gelap, adat berlalu dalam terang'.

Saya tidak faham tentang apa yang berlaku dalam sayap Wanita. Ada yang mengatakan yang Shahrizat akan menang dan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Malaysia kerana beliau mendapat sokongan padu dari Perdana Menteri. Tetapi tidak kurang ramai yang mahukan kemenangan itu di perolehi oleh orang lain memandangkan Shahrizat mempunyai 'baggage' yang besar untuk di pikul bersama oleh parti dalam menghadapi pilihanraya nanti. Shahrizat bagi puak-puak ini adalah beban besar untuk parti.

Puteri UMNO sememangnya saya tidak dapat memberikan pandangan kerana sayap ini nampaknya ramai yang berbakat tetapi bakat mereka akan menjadi tumpul oleh kerana budaya negatif yang jelas dalam UMNO itu. Sayap ini sememangnya terlalu jauh dari mengetahui apakah dia UMNO itu dan apa yang perlu ada dalam parti itu. Diantara pemimpin Puteri yang jelas hanyalah perebutan jawatan dan tidak tahu samada mereka tahu apa dia perjuangan dan kehendak moral parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Umno memperguna staf dan pelajar UITM dalam pengundian pemilihan..

Posted: 12 Oct 2013 12:57 AM PDT

Kalau tak salah menggunakan hak rakyat bukan umnolah namanya... selagi boleh depa akan pulun habis..seolah-olah macam harta mak bapak depa yang punya...


Pensyarah,staf & pelajar UITM dipergunakn dalam pengundian pemilihan Umno hari ini

MP: K'jaan BN bazir RM6.5b berdasarkan laporan audit

Posted: 12 Oct 2013 12:54 AM PDT

Kerajaan mungkin telah membazirkan kira-kira RM6.5 bilion dalam 64 kes yang dikaji dalam laporan audit 2012, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.

"Berdasarkan 64 kes yang dikaji dalam laporan itu, saya telah mengambil beberapa angka dari laporan itu, dan saya ekstrapolasi yang lain, dan inilah anggaran yang saya perolehi," katanya dalam forum mengenai laporan audit di Petaling Jaya malam tadi .

NONEOng (kiri) berkata RM6.5 bilion yang telah dibazirkan oleh kerajaan itu adalah dua kali ganda jumlah dana yang kerajaan boleh jimatkan dengan mengurangkan subsidi harga petrol sebanyak 20 sen.

"Daripada jumlah ini, kira-kira RM5.7 bilion telah dibazirkan oleh kerajaan persekutuan, manakala RM0.8 bilion lagi dibazirkan oleh badan-badan berkanun kerajaan," katanya.

Menurutnya lagi, kira-kira RM30 bilion daripada bajet tahunan negara boleh dikurang dan dijimatkan jika kerajaan lebih berhati-hati dalam perbelanjaannya.

Sementara itu, ahli ekonomi dari Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata hubungan antara ahli politik dan ahli perniagaan biasanya mungkin menyumbang kepada pembaziran dan isu tirisan yang dibangkitkan setiap tahun dalam laporan audit.

"Kemungkinan besar pembaziran itu merupakan satu agenda untuk memberi balik kepada ahli perniagaan (oleh ahli politik) atas sumbangan ahli perniagaan kepada mereka sebelum ini," tegasnya.

Tambahnya, itulah sebabnya mengapa perlu ada proses yang lebih telus tentang bagaimana parti politik dibiayai di negara ini.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


HARI HARI AKHIR SAEKOR ISA

Posted: 12 Oct 2013 06:00 PM PDT


Blog pro Umno serang Isa, dakwa akan ada laporan polis

Peluang Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad (gambar) untuk memenangi jawatan naib presiden Umno semakin gelap apabila beliau diserang oleh blogger pro Umno, Rocky Bru hari ini. Rocky atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan satu laporan polis akan dibuat terhadap Isa atas...
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... SEKALI LAGI MAT ISA KENA TUNGGU DI PADANG MAHSYAR... kah kah .

kah kah kah...LAMA MENUNGGU NANTI.... kah kah kah...

 kah..TAPI TAK SELAMA MENUNGGU VIDEO MURTAD HASAN ALI... kah 

kah kah kah... KAT PADANG MAHSYAR PASTI JUMPA ZAHID HAMIDI... kah kah kah


----

BERAPA HARGA SEKILO UNDI

Posted: 12 Oct 2013 06:30 AM PDT






  • Penyokong Lokman Adam beralih sokongan?
  • Calon bagi jawatan naib ketua Pemuda Umno itu kecewa apabila mendakwa dimaklumkan bahawa ada kalangan bahagian yang sebelum ini bersamanya, dikatakan telah beralih sokongan kepada calon lain.

  • Lokman  mendakwa sistem pemilihan baru yang melibatkan 76,000 perwakilan di seluruh negara, akan memihak kepada mereka yang mempunyai sumber kewangan yang kuat.

    "Saya akan meneruskan perjuangan saya walaupun keputusan nanti tidak menyebelahi saya," tulisnya dalam SMS tersebut.

  • KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH

woit... APA SUDAH JADI.... kah kah kah..

kah kah kah... TAK KAN SHARUKH KHAN KITA INI KALAH... kah kah kah..

kah kah kah... DENGAR KHABAR DAH ABIS  200 RIBU RINGGIT ..kah kah kah..

woit... APA MAKNANYA ... KEWANGAN YANG KUAT... kah kah kah...

kah kah kah....KENAPA  PERLU SUMBER WANG?... kah kah kah..

kah kah kah... UNTUK  BELI UNDI KE?.... kah kah kah...

kah kah kah...BERAPA SEKILO HARGA UNDI?.... kah kah kah


---------

BILIK SULIT KE SELATAN

Posted: 12 Oct 2013 06:00 AM PDT




BILIK SULIT
 DI BATU PAHAT
MALAM SABTU 19 OKTOBER


BILIK SULIT 
DI JAY BEE
MALAM AHAD 20 OKTOBER
EMBRACE HALL - TAMPOI UTAMA

NOTA
akan ke utara
pulau pinang kepala batas dan ipoh
akan ke  kota bahru
ke kuala terangganu
ke kuantan
ke temerloh
sila tunngu dan nanti

--------------

CALON KETUA PEMUDA PAS

Posted: 12 Oct 2013 02:10 AM PDT




KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
12hb Oktober 2013

Mengapa Kementerian Tidak Bertegas Terhadap Kontraktor ?
Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang  gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut :
a.       Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3.46 juta atau 13.3%. Kos asal adalah RM25.95 juta meningkat kepada RM29.41 juta.
b.      Projek Fakulti Pengurusan Teknologi  dan Perniagaan(FPTP) melibatkan peningkatan kos sebanyak RM3 juta atau 9.8%. Kos asal adalah RM30.74 juta meningkat RM33.74 juta.
c.       Projek Kolam Renang  dan Blok Pentadbiran melibatkan peningkatan RM0.5 juta atau 2.3%.  Kos asal RM21.81 juta meningkat kepada RM22.31 juta.

Terdapat dua daripada tiga projek di atas mempunyai kelemahan yang cukup ketara iaitu Projek Pembinaan Masjid dan Pusat Islam dan Projek Kolam Renang serta Blok Pentadbiran.
Kelemahan Kontraktor MBN Consortium Sdn Bhd  dalam Projek Pembinaan Masjid & Pusat Islam adalah:
1.       Kelewatan selama 547 hari.
2.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 233 hari.
3.       Melibatkan 2 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT).
4.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 45% sahaja iaitu tidak sampai separuh siap.
5.       Berdasarkan  Laporan Prestasi Kontraktor , UTHM mendapati prestasi kemajuan kerja kontraktor  tidak memuaskan.
6.       Lewat mengemukakan permohonan tempoh lanjut masa (EOT) iaitu di antara 18 hingga 75 hari.

Kelemahan kontraktor(namanya tidak dijelaskan dalam laporan audit 2012) dalam Projek Kolam Renang dan  Blok Pentadbiran ialah :
1.       Kemudahan kolam renang belum boleh digunakan lagi sehingga sekarang.
2.       Melibatkan kelewatan selama 484 hari.
3.       Tidak siap selepas tempoh lanjut masa(EOT) selama 262 hari.
4.       Melibatkan 3 kali diberi tempoh lanjut masa (EOT)
5.       Pada tarikh asal siap projek hanya siap 71% sahaja.
6.       Mengemukakan insurans bagi EOT pertama hanya selepas 82 hari dari tarikh Sijil Perakuan EOT.

Kelemahan di pihak UTHM seperti yang dilapor oleh Audit adalah melibatkan masalah teknikal, perubahan kerja, rekabentuk & struktur, kelewatan kelulusan bahan binaan, pengurusan kontrak yang lemah, pemantauan di tapak kurang memuaskan, kekangan staf teknikal dan perancangan pembinaan yang kurang memuaskan.

Projek ini adalah di bawah  Inisiatif Pembiayaan Swasta(PFI) yang diuruskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) atau namanya sekarang Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Pihak UTHM hanyalah pihak yang menerima manfaat daripada PFI. Urusan penentuan kontraktor ditentukan oleh pihak kementerian. Persoalannya kenapa pihak kementerian tidak mengenakan tindakan yang tegas terhadap kontraktor kerana kecuaiannya yang akan meny ebabkan pembaziran dana kerajaan ? Apakah kerana kontraktor terbabit mungkin kroni kepada pemimpin politik tertentu sehingga kementerian tidak berani mengenakan tindakan tegas?  Apakah kerana kelemahan UTHM  sendiri sehingga Kementerian tidak bertindak kepada kontraktor terbabit ? Soalan ini perlu dijawab oleh Menteri  di Kementerian Pengajian Tinggi pada waktu itu Y.A.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin yang sekarang merupakan Menteri Besar Johor.

Berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecatatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210  kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan(DLP). UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM.

Anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini.  Jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti  maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30 ribu bagi setiap pelajar). Jumlah itu cukup untuk membantu  1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5 ribu setiap seorang.  Juga, ia  boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10 ribu setiap seorang.


SUHAIZAN BIN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS
NEGERI JOHOR


Suhaizan Kaiat dicalon ketua pemuda PAS

Pemuda PAS kawasan Batu Pahat sebulat suara bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada November ini.
Ketua pemuda PAS kawasan, Mohd Salleh Tamjis berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan Dewan Pemuda PAS kawasan Batu Pahat bagi sesi ini yang telah dijalankan pada hujung September lalu

-----------

SELAMAT MAKAN SUP TULANG

Posted: 12 Oct 2013 12:28 AM PDT





NOSTALGIA
bulan puasa  baru berlalu
tetiba raya haji sampai
selamat makan sup tulang
--------

LEMBU SHAHRIZAT AKAN MENANG

Posted: 11 Oct 2013 11:30 PM PDT



AKSI LEMBU

Maznah terima apa saja keputusan

MUADZAM SHAH: Calon Ketua Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan pasrah dengan apa saja keputusan yang bakal diterima dalam pemilihan UMNO kali ini. 


Katanya, namun beliau yakin semua perwakilan bijak memilih pimpinan untuk menerajuai perjuangan Wanita UMNO pada masa depan. 
Beliau ditemui selepas selesai mengundi kepimpinan Wanita UMNO Pusat dan bahagian di Dewan DARA, di sini.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI MAKNANYA KALAH... kah kah kah..

kah kah kah...LEMBU AKAN MENANG LAGI... kah kah kah..

kah kah kah..TERBAIK... KERANA LEMBU MASIH ADA...kah kah kah..

kah kah kah...BOLEH KEMPEN MAKAN RUMPUT... kah kah kah

TERBAIK
sekali ada lembu
selagi itu orang ramai  akan faham
apa  makna rasuah
apa makna kayakan  anak beranak

NASIB PAKATAN MEMANG BAIK
kalau lembu kalah
abis modal kempen

------

YAHUDI - 24 ORANG NABI YAHUDI

Posted: 11 Oct 2013 08:56 PM PDT



Syiah jadi alat gerakan Yahudi
BACHOK 9 Okt.- Puak Yahudi pernah menjadikan kumpulan Syiah sebagai alat bagi memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia merupakan antara negara yang turut menjadi sasaran puak tersebut.

Pengarah Dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim),  Zainal Abidin Abdul Kadir berkata, rancangan itu bagaimanapun gagal berikutan keberkesanan kepemimpinan negara melaksanakan pentadbiran berlandaskan prinsip keharmonian sejagat.

"Perangai Yahudi sangat bahaya. Mereka tidak mahu melihat negara Islam maju. Di sesetengah negara mereka gunakan puak Syiah untuk dijadikan drama bagi memecahbelahkan sesama umat Islam sebagaimana berlaku di negara-negara Arab.

"Suatu ketika dahulu semasa Malaysia sedang membangun, negara ini pernah menjadi sasaran dia (Yahudi) dan kita amat bimbang jika situasi sama berlaku dalam negara kita. Orang Syiah ini fikiran dia lain, mereka ingin hapuskan Sunni, mereka hendak memerintah bagi menghidup atau menyebarkan ajarannya," katanya ketika ditemui di sini kelmarin.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... SAJE NAK TANYA... kah kah kah..

kah kah kah...JANGAN MARAH... kah kah kah...

 kah... ADA 25 NABI WAJIB DI KENALI UNTUK PENGANUT ISLAM...kah ..

kah kah kah...HANYA MUHAMAD BANGSA ARAB.... kah kah kah..

kah kah kah... YANG 24 ORANG ITU BUKAN YAHUDI KE?... kah kah kah

kah kah kah... NABI ISA.. MUSA.. YAHYA.. YAHUDI KAN?... kah kah kah


NOTA
nak tanya lagi
dalam dunia ini
bangsa apa yang paling banyak
dapat hadiah nobel kerana ilmu pengetahuan?

jangan marah 
hanya nak tanya
kah kah kah

--------

BIAR KURANG OXYGEN

Posted: 11 Oct 2013 08:00 PM PDT







Kualiti pendidikan bertaraf dunia

Kuala Lumpur:  Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan komited dan serius membangunkan sistem pendidikan negara yang memenuhi keperluan pelajar dan juga negara. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi merealisasikan perkara itu, Kementerian Pendidikan menerapkan program dan inisiatif yang mampu meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas. 


KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. SAHEH... MEMANG BERTARAF DUNIA... kah kah kah...

kah kah kah..MEMANG WORLD CLASS... kah kah kah..

 kah kah...TAK ADA UNIVERSITI DALAM DUNIA BOLEH LAWAN... kah kah 

woit... YALE..OXFORD.. CAMBRIDGE... TAK LEH LAWAN... kah kah kah

NOTA
lihat dan saksikan
bukti pencapai universiti  di malaysia

UNGGUL SEDUNIA 
UNIVERSITI DONUT
terulung ketrampilan
hebat dan lebat

TAK ADA UNIVERSITI
dalam dunia yang hebat macam ini
desin lebih hebat dari prada
lebih hebat dari pikabo


KALAU INI BUKAN TARAF DUNIA
maka dunia ini leper
36 jam besenam non stop
adalah bukti kegemilangan 
intelektual melayu
--------