RAKYAT MARHAEN |
- Anwar Ibrahim: Yang Besar Sapu Submarine, Yang Tengah Sapu Lembu, Yang Bawah Sapu Jam
- Santai Ahad: Gambar terbaik Pemilihan Umno
- Pas belum boleh laksana hudud kerana penentu di tangan Kerajaan Persekutuan
- Pemilihan Umno Kecoh: Pengundi hantu dan wanita hempas mikrofon
- Berita Yang Disembunyikan Oleh TV3
- Kalau Umno, UiTM boleh bantu......
- Wanita UMNO Gua Musang Mengamok Baling Mikrofon
- Dah Jatuh Miskin Terpaksa Curi Bekalan Elektrik...!!!
- Pinda Perlembagaan tetapi tidak ikut syariat Islam
- Sungai Limau: PAS Kedah senarai pendek lapan calon
- Jentera PAS bersemangat pertahan Dun Sungai Limau
- Selangor disaran mula pelaksanaan syariah Islam
- IS IGP TRYING TO SET UP SURENDRAN'S MURDER? Why ask for indemnity - Azmin
- Home Ministry: Bukit Aman to blame for fund shortage
- Benarkah umat Islam tidak senstif isu rasuah?
- Prinsip “Check and Balance” perlu di antara SPRM dan Jabatan Peguam Negara
- Kenaikan Kos: Harga ais RM3 satu plastik
- Aset RM1 bilion: Siasat sumber kewangan anak Taib Mahmud
- Belanjawan lebihan di zaman Anwar, defisit teruk zaman Najib
- Pembaziran RM6.96 juta UTHM, apa tindakan..??
- Ahli politik antara punca budaya samseng.??
- Yang tidak diketahui Utusan mengenai DAP
- Mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja
- Umno memperguna staf dan pelajar UITM dalam pengundian pemilihan..
- MP: K'jaan BN bazir RM6.5b berdasarkan laporan audit
Anwar Ibrahim: Yang Besar Sapu Submarine, Yang Tengah Sapu Lembu, Yang Bawah Sapu Jam Posted: 12 Oct 2013 09:12 PM PDT |
Santai Ahad: Gambar terbaik Pemilihan Umno Posted: 12 Oct 2013 03:41 PM PDT Insiden baling mikrofon Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati. Gara-gara pencalonan ditolak empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh naik angin. "Sokmo tiap-tiap tahun mesyuarat agung lagu ni!", katanya sebelum mikrofon dibaling ke lantai. Sepatutnya dia baling ke arah sasaran!! |
Pas belum boleh laksana hudud kerana penentu di tangan Kerajaan Persekutuan Posted: 12 Oct 2013 08:50 AM PDT Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bidang kuasa yang terhad menyebabkan hasrat itu masih tertunda untuk ditunaikan. Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya PR menang di Putrajaya pada PRU13 Mei lalu walaupun ditentang parti komponennya, DAP. "Walaupun kita memerintah Kelantan dan Selangor serta pernah memerintah Terengganu, tetapi kuasa penentu masih di tangan Kerajaan Persekutuan. "Sebab itu kita perlukan semua kesepakatan dan syarat melaksanakan undang-undang Islam, ia mesti lengkap terlebih dahulu," katanya. |
Pemilihan Umno Kecoh: Pengundi hantu dan wanita hempas mikrofon Posted: 12 Oct 2013 08:27 AM PDT Pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno hari ini merakamkan peristiwa luar jangkaan apabila calon Ketua Wanita Bahagian Petaling Jaya Selatan, Norkhaila Jamaluddin mendakwa wujud pengundi hantu dalam pemilihan bahagian itu. Lawannya iaitu penyandang jawatan, Munaliza Hamzah menang jawatan tersebut dengan 198 undi berbanding Norkhaila yang mendapat 196 undi. Menurut Utusan, Norkhaila mendakwa jumlah kehadiran perwakilan adalah seramai 389 orang sedangkan jumlah undi yang diterima adalah 401 undi termasuk 7 undi rosak. "Jadi mana pengundi hantu itu dan saya kata ada penipuan besar di sini. "Jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan kerana dengan cara beginilah orang fed up (bosan) dengan Umno ini," katanya kepada pemberita. Beliau dilapor akan membuat bantahan pada malam ini untuk dihantar kepada Umno Selangor dan Umno Malaysia. Di Gua Musang pula, seorang perwakilan dalam pemilihan Wanita dilaporkan bertindak menghempaskan mikrofon ke lantai apabila senarai pencalonan cawangannya tidak diterima dan ditolak. Read More / Baca Lagi >> |
Berita Yang Disembunyikan Oleh TV3 Posted: 12 Oct 2013 07:24 AM PDT |
Kalau Umno, UiTM boleh bantu...... Posted: 12 Oct 2013 06:50 AM PDT |
Wanita UMNO Gua Musang Mengamok Baling Mikrofon Posted: 12 Oct 2013 06:37 AM PDT Inilah budaya wanita UMNO Gua Musang Kecoh Sebentar Tadi Sehingga Ada Perwakilan Baling Mikrofon Kepada Pengerusi Majlis sebab tak dapat 'meragut rumput' di padang Wasatiyyah-UMNO.... |
Dah Jatuh Miskin Terpaksa Curi Bekalan Elektrik...!!! Posted: 12 Oct 2013 06:33 AM PDT |
Pinda Perlembagaan tetapi tidak ikut syariat Islam Posted: 12 Oct 2013 05:46 AM PDT SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pemodalan Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Perlembagaan negara sering dipinda melalui Rang Undang-undang yang diluluskan di parlimen tetapi penggubalan tersebut tidak menjurus kepada syariah Islam yang menyeluruh. Read More / Baca Lagi >>Menurut beliau, walaupun kerajaan negeri diberi kuasa melaksanakan syariat Islam di negeri masing-masing tetapi ia tidak boleh mengatasi kekuatan Perlembagaan negara. Sehingga katanya, Kelantan dan Terengganu (ketika memerintah) telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah bagi membolehkan hukuman itu dilaksanakan, namun ia terhalang dengan adanya sekatan dari kerajan Persekutuan. "Kerajaan Persekutan menggunakan alasan Enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan negeri tidak boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan," tegasnya ketika merasmikan Seminar Perlaksanaan Syariah Islam 56 Tahun Merdeka', di Unisel, Shah Alam. |
Sungai Limau: PAS Kedah senarai pendek lapan calon Posted: 12 Oct 2013 05:42 AM PDT Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata calon PAS untuk PRK DUN Sungai Limau akan diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam 21 Oktober, di Pekan Sungai Limau, Yan. "Difahamkan Barisan Nasional (BN) umum calon pada 21 Oktober sebelah siang. Kita pula sebelah malam. Kesemua lapan senarai calon kita berkelayakan. Kesemua mereka anak didik Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak)," katanya dalam sidang media di Kompleks PAS Kedah dekat sini hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Jentera PAS bersemangat pertahan Dun Sungai Limau Posted: 12 Oct 2013 05:40 AM PDT ALOR SETAR: PAS tidak mengganggap mempertahankan kemenangan N20 Dun Sungai Limau yang telah dimenangai PAS sejak 1995, satu perkara mudah walau pun banyak pihak melabelkan Dun berkenaan adalah kubu kuat PAS. Read More / Baca Lagi >>"Bagi kami ianya merupakan satu cabaran dan Umno Barisan Nasional juga akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam piliharaya kecil ini. Sejarah telah membuktikan kepada kita, sebelum 1995, kemenangan PAS dan Barisan Nasional silih berganti. "Oleh itu, kami PAS khususnya dan jentera piliharaya Pakatan Rakyat amnya akan berusaha bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan N20 Dun Sungai Limau tetap menjadi hak milik PAS," ujar Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks PAS, sejurus selesai mesyuarat AJK Perhubungan PAS negeri. Menurut beliau lagi, persiapan piliharaya kecil berkenaan telah disusun sehari selepas kematian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan penyusunan telah diatur dengan kemas dan terperinci. |
Selangor disaran mula pelaksanaan syariah Islam Posted: 12 Oct 2013 05:39 AM PDT SHAH ALAM: Isu tahaluf siyasi menjadi bahan utama ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 tetapi ia senyap apabila Pakatan Rakyat dapat mengekalkan kemenangan di Selangor. Read More / Baca Lagi >>Menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, begitu juga dengan isu perlaksanaan syariah Islam yang ditimbulkan akan selesai apabila Selangor memulakan langkah melaksanakan syariah Islam. "Selangor negeri orang cerdik pandai, ada pakar-pakar duduk di sini, banyak universiti di sini, buat perlaksanaan Islam ini, Insya Allah berjaya," katanya ketika menutup Seminar Syariah Islam, di sini, petang ini. Beliau turut menyentuh tentang kewajiban umat Islam perlu melaksanakan syariat Islam kerana ia menjadi `pasport' manusia untuk duduk di bumi ini. "Mana-mana orang yang tidak redha dengan hukuman Allah, boleh pergi ke bumi Amerika, bumi Jepun tetapi semua bumi itu milik Allah," tegasnya. |
IS IGP TRYING TO SET UP SURENDRAN'S MURDER? Why ask for indemnity - Azmin Posted: 12 Oct 2013 03:55 AM PDT I refer to the IGP's challenge to KEADILAN Vice President, YB N. Surendran to accompany the police on a 'shoot out' with alleged criminals. This is an irresponsible and unacceptable challenge by Tan Sri Khalid Abu Bakar to a sitting Member of Parliament who has raised legitimate concerns on the 'shoot first' policy of the Home Minister. Instead of issuing such challenges, the IGP should address the concerns of all Malaysians over the shocking admissions made by Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi over the past week. His statements are tantamount to an admission that suspects were being deliberately shot dead by police. Indemnity - what is this? Further, it is very disturbing that the IGP has asked N. Surendran to sign an indemnity absolving the police for any 'mishaps' that may happen when he accompanies the 'shoot- out' team. Is the IGP asking N. Surendran to sign his own death-warrant ? Why are the police so quick to absolve themselves of liability, although the IGP himself had made the offer to N. Surendran ? |
Home Ministry: Bukit Aman to blame for fund shortage Posted: 12 Oct 2013 03:42 AM PDT Home Ministry says IPDs and IPKs have themselves to blame for the shortage of funds in their respective departments as all allocations have been forwarded to the police headquarters. An officer told FMT that the ministry was not responsible for lack of funds in police departments, which had forced officers to foot fuel and repair bills out of their own pockets due to inadequate patrol cars. "It is impossible. All the allocated funds from KDN have been channeled to Bukit Aman," a public relations officer, who only gave his name as Marwan, told FMT. "Maybe it's taking a long time to process their claims. But there is no reason why they cannot claim from their respective IPDs (district police stations) and IPKs (state police contingents)," he added. Yesterday, it was reported that many officers in the Klang Valley are dealing with challenging situations such as patrolling in damaged police cars and ill-equipped stations for lack of funds. This is despite the announcement made by Prime Minister Najib Tun Razak that RM442 million would be allocated in Budget 2013 for the overall development of the police force. |
Benarkah umat Islam tidak senstif isu rasuah? Posted: 12 Oct 2013 03:41 AM PDT Oleh MOHAMAD SABU MASJID Cordoba (atau Cordova) adalah masjid terbesar di dunia sebelum Masjidil Haram diperbesarkan. Sekarang masjid di Cordoba dan kerajaan Andalusia hanyalah menjadi bahan sejarah yang dicatat oleh ahli-ahli sejarah Timur atau Barat tentang kehebatan pentadbiran kerajaan Islam yang pernah menguasai rantau yang kini dikenali sebagai negara Sepanyol dan Portugal. Tokoh terkenal seperti Al Farabi, Ibnul Rujh, Ibnu Khaldun adalah antara nama yang terukir dalam sejarah peradaban kerajaan Islam di Sepanyol. Kita yakin kerajaan yang boleh bertahan lebih 700 tahun itu, sudah tentu meninggalkan satu tatacara pemerintahan, integriti dan etika yang tinggi. Begitulah juga kerajaan Islam di India, yang pernah memerintah lebih 700 tahun. Kejatuhan sesebuah kerajaan selalunya melalui ciri yang sama, seperti kejatuhan kerajaan Namrud, kejatuhan kerajaan Firaun, kejatuhan kerajaan Rom, kejatuhan kerajaan Islam juga tidak terkecuali melalui ciri dan tabiat yang sama. Antaranya, pemerintah telah membuat perlonggokan harta kepada pemimpin dan keluarga pemimpin, manakala ulama atau pun golongan alim menjadi pengampu kepada pemerintah, rakyat sudah merasakan tidak terpanggil untuk mempertahankan pemerintah yang asyik mengumpulkan harta untuk pemimpin dan keluarga mereka. Ini berlaku di zaman penghujung pemerintahan Islam di Sepanyol, pemerintahan Islam di India dan pemerintahan Uthmaniyah di Turki. Sebab itulah di Turki, peninggalan Istana To'kapi dan kemewahannya, manakala di India dengan Taj Mahal dan beberapa istana yang begitu hebat di tengah-tengah kemiskinan rakyat yang diperintah oleh mereka. Al-Quran dan Hadis yang menjadi rujukan, iaitu dengan kata lain al-Quran dan Sunnah yang dirujukkan kepada umat Islam, dan juga untuk melahirkan hukum dan sebagainya melalui ijmak ulama dan qias, telah digunakan pakai oleh negara atau pun pemerintahan Islam sejak daripada kerajaan Madinah, kerajaan Khulafa Ar-Rashidin sampailah pemerintahan yang terakhir, iaitu kerajaan Uthmanyiah. |
Prinsip “Check and Balance” perlu di antara SPRM dan Jabatan Peguam Negara Posted: 12 Oct 2013 03:40 AM PDT Lau Weng San Kuasa pendakwaan harus terus diletakkan kepada Jabatan Peguam Negara sungguhpun terdapat kekurangan dalam penyampaian Jabatan Peguam Negara. Permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM untuk menjalankan pendakwaan terhadap orang kena tuduh (OKT) yang melanggar undang-undang pencegahan rasuah tidak wajar kerana ini bercanggahan dengan prinsip "check and balance" atau prinsip penyemakan dan pemantauan terhadap agen penyiasatan. SPRM ialah sebuah agen kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjalankan kerja-kerja penyiasatan kes jenayah rasuah manakala Jabatan Peguam Negara ialah sebuah agen kerajaan yang menjalankan tugas pendakwaan. Kedua-dua fungsi ini perlu diasingkan supaya tidak berlaku pertindihan dan pemusatan kuasa di satu-satu agensi kerajaan. Kedua-dua fungsi ini juga perlu diasingkan supaya kuasa pendakwaan iaitu Jabatan Peguam Negara boleh melihat keseluruhan kes yang dibawa oleh kuasa penyiasatan dengan lebih menyeluruh, objektif dan professional supaya kes pendakwaan yang dibawa ke mahkamah ialah kes yang "water tight", iaitu kes yang mempunyai asas yang kukuh untuk menang di mahkamah (keupayaan Jabatan Peguam Negara untuk mencapai tahap ini merupakan satu lagi isu yang perlu dibincang secara berasingan). Read More / Baca Lagi >> |
Kenaikan Kos: Harga ais RM3 satu plastik Posted: 12 Oct 2013 03:33 AM PDT Pengerusi persatuan itu, Wan Rosdi Wan Yusoff berkata, penyelarasan harga ais itu mendapat persetujuan daripada 15 kilang di negeri ini dan kenaikan berkenaan berkuat kuasa kelmarin. "Sabtu lalu, harga ais diumumkan naik sebanyak 50 sen di negeri ini, namun beberapa masalah timbul termasuk harganya tidak diselaraskan dan berbeza dengan jualan dari RM2.50 hingga RM3. "Masalah kekeliruan ini masih berlaku dalam kalangan agen di kawasan Kota Bharu, Bachok dan Tumpat, manakala di tempat lain seperti Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah, masalah harga sudah selesai," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin. |
Aset RM1 bilion: Siasat sumber kewangan anak Taib Mahmud Posted: 12 Oct 2013 03:29 AM PDT KUCHING 12 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat aset dimiliki Mahmud Abu Bekir, iaitu anak kepada ketua Menteri Sarawak, tegas Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng. Ia ekoran pendedahan bekas isteri Mahmud, Shahnaz Majid bahawa anak Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu memiliki aset lebih RM1 bilion. "RM1 bilion itu cukup besar dan menimbulkan persoalan dari mana Bekir mendapat aset sebanyak itu," kata Micheal kepada Suara Keadilan. Semalam, Shahnaz dalam kes tuntutan mutaah RM100 juta memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa perkara itu diketahuinya melalui akauntan lantikannya. Selain itu beliau juga mendakwa Bekir mempunyai pegangan dalam 49 syarikat di Malaysia dan 20 daripadanya sudah diaudit. Read More / Baca Lagi >> |
Belanjawan lebihan di zaman Anwar, defisit teruk zaman Najib Posted: 12 Oct 2013 03:27 AM PDT PETALING JAYA 12 OKTOBER: Malaysia dilaporkan menikmati belanjawan lebihan (surplus) antara tahun 1993 hingga 1997, iaitu semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan, kata Pengarah Eksekutif Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin. Beliau berkata, dalam tempoh itu negara berjaya mencatat lebihan RM6.6 bilion, iaitu nilai tertinggi yang pernah dicapai dalam bajet tahunan. Bagaimanapun katanya, prestasi kewangan negara menjunam ke paras defisit yang teruk pada tahun 2009 semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan. "Defisit paling teruk pernah dicatatkan pada tahun 2009 iaitu sejumlah RM47.4 bilion manakala dari segi peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah 9.7 peratus. "Sejak 2009, kita lihat perbekalan tambahan paling kurang dua kali setahun hingga menyebabkan perbelanjaan keseluruhan meningkat hampir RM260 bilion sehingga kini," katanya, lapor Media Selangorku. Azrul Azwar berkata demikian pada Forum Laporan Audit Negara: Kepincangan Urustadbir, Ketirisan dan Rasuah di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini malam tadi. Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini menunjukkan beberapa pembaziran dan ketirisan melampau antaranya, projek menambahbaik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; projek mewujudkan Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; projek pembentungan negara dan kelewatan mengutip cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Read More / Baca Lagi >> |
Pembaziran RM6.96 juta UTHM, apa tindakan..?? Posted: 12 Oct 2013 03:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012, terdapat 3 projek yang gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Read More / Baca Lagi >>Menurut Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, berdasarkan kepada semakan Audit terhadap laporan kecacatan dan kerosakan, terdapat 107 daripada 210 kecacatan pada bangunan belum dibaiki setelah akhir tempoh tanggungan kecacatan (DLP). "UTHM bakal menanggung kos penyelengaraan yang tinggi selepas ini. Ini merupakan kos berpanjangan yang terpaksa ditanggung oleh UTHM," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, anak muda khususnya pelajar-pelajar UTHM adalah pihak yang menerima akibat secara langsung daripada kelemahan ini. Menurutnya lagi, jika duit RM6.96 juta digunakan untuk menanggung kos pembelajaran pelajar universiti maka seramai 232 orang dapat dibiayai (andaian RM30,000 bagi setiap pelajar). Jumlah itu, ujarnya cukup untuk membantu 1,392 pelajar kemahiran dengan andaian kos RM5,000 setiap seorang, juga boleh membantu 696 anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan andaian RM10,000 setiap seorang. Berikut kenyataan beliau. Dalam Laporan Audit 2012, terdapat 3 projek yang gagal dibangunkan dengan memuaskan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat sehingga melibatkan pembaziran RM6.96 juta. Projek tersebut adalah seperti berikut: |
Ahli politik antara punca budaya samseng.?? Posted: 12 Oct 2013 01:13 AM PDT NGO Jingga 13 percaya kerajaan tidak akan mampu menangani jenayah yang semakin menakutkan itu. Oleh Fariz Musa PETALING JAYA: Jingga 13 amat tertarik dengan situasi budaya samseng yang begitu menular di kalangan masyarakat Malaysia mutakhir ini. Tidak sesiapa yang mampu menafikan antara faktor ialah masalah kenaikan sara hidup yang semakin meningkat ekoran kegagalan kerajaan Umno/BN mengawal kenaikan harga minyak, barangan makanan dan keperluan hidup malah pendapatan bulanan yang tidak setimpal. Ia dibebani pula isu pengangguran, kurangnya pendidikan yang berteraskan nilai dan moral, akhlak dan agama kerana kesibukan mengejar prestasi akademik dan realistik duniawi, serta kesibukan mencari pengisian harga kehidupan mampu menjana budaya samseng yang turut mengundang rasa sebal dan tidak selesa terutamanya keselamatan yang semakin tidak terjamin. Namun ada lebih menyedihkan di antara ahli-ahli politik turut mendidik ke arah memupuk budaya samseng tanpa rasa kekok dan bersalah.Malah ada yang memperlihatkan gaya samseng dan kejam, mengugut, lebih ketara mengiktiraf kelompok dan kumpulan tertentu agar dilihat berkuasa dan kebal. Tindakan ala samseng Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengugut dan 'menunjukkan kuasa' terhadap wartawan dan media tempohari memberikan gambaran negatif seorang yang bergelar menteri yang sepatutnya tidak bertindak 'songsang' sedemikian rupa. Sebagai Menteri Dalam Negeri seharusnya beliau adalah lebih bersikap profesional dan menunjukkan kredebiliti yang mampu mendidik rakyat bukannya bersikap seperti seorang 'ketua samseng'. Budaya samseng Jingga 13 yakin rakyat Malaysia menolak budaya ala samseng yang ditonjolkan oleh seorang yang bergelar menteri. Memperlihat itukah tahap kematangan seorang menteri khusus menjaga kementerian yang sangat penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara tetapi bersikap "tidak menghormati undang-undang" seperti diungkapkan oleh pengarang veteran The Sun, R Nadeswaran dalam kolumnya . Read More / Baca Lagi >> |
Yang tidak diketahui Utusan mengenai DAP Posted: 12 Oct 2013 01:03 AM PDT Oleh Liew Chin TongPertama sekali, adakah sistem pemilihan UMNO itu lebih cemerlang berbanding DAP? Sangat kelakar melihat hamburan cercaan yang dilempar Utusan Malaysia dan TV3 baru-baru ini terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana tidak mendapat bilangan undi paling banyak pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dan kenapa saya, calon yang menerima undi paling banyak, sepatutnya diberikan jawatan Setiausaha Agung serta merta. Asas kepada sangkaan ini pastilah bahawa sistem pemilihan parti DAP itu cacat dan tidak demokratik. Namun sistem yang tidak sama dengan UMNO tidak semestinya rosak. Setiap jenis sistem pemilihan hadir dengan sebab tersendiri yang memerlukan analisis mendalam. UMNO mempunyai sistem yang pura-pura membenarkan pemilihan jawatan penting. Di atas kertas memang ia kelihatan demokratik. Tetapi sejarah menunjukkan bahawa hanya dua kali Presiden UMNO harus berdepan pencabar; pada 1978 Tun Hussein Onn dicabar Sulaiman Palestine manakala pada 1987 Tun Dr Mahathir Mohamad dapat bertahan dengan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dengan kelebihan hanya 43 undi. Sejarah Malaysia pastinya akan jauh berbeza sekiranya Tengku Razaleigh memenangi pemilihan UMNO. Atau sekiranya UMNO menyediakan jalan yang lebih mudah untuk mencabar presiden, beberapa pemimpin terbaik UMNO mungkin akan dapat bergilir memberi khidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri yang tidak kita dapatkan, antara lain kerana sistem pemilihan UMNO adalah sangat bias kepada penyandang jawatan Presiden. Akhirnya Presiden UMNO hanya boleh digantikan melalui rampasan kuasa parti. Ternyata, Dr Mahathir ada peranan dalam mencurangi perkhidmatan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi. Tun Razak meninggal dunia terlalu awal sewaktu menjawat jawatan berkenaan. Kini kita menanti untuk melihat serangan Mahathir beralih kepada Datuk Seri Najib Razak, terutamnya kalau Datuk Mukhriz Mahathir gagal memenangi jawatan Naib Presiden. |
Mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja Posted: 12 Oct 2013 12:59 AM PDT Keputusan pemilihan bagi sayap UMNO akan diketahui malam ini, mungkin lewat malam. Saya tidak sedar waktu dan hari pemilihan bagi sayap UMNO khususnya Pemuda berlaku hari ini. Pertandingan Pemuda tidak mendapat perhatian saya kerana umum sudah yakin yang Khairy Jamaluddin akan menang agak besar kali ini. Saya menjangkakan kemenangan bagi Khairy ini dua bulan dahulu lagi. Khairy 'is the noticeable victor' dan itu pun yang sepatutnya berlaku. Justeru tidak payah memberikan komen panjang tentang pertandingan Pemuda. Bagi saya pada hakikatnya tidak ada pertandingan dalam sayap Pemuda itu. Ramai Pemuda yang saya temui berkata, mereka sudah muktamad akan memberikan kemenangan kepada Khairy Jamaluddin. Proses pengundian hari ini hanyalah proses 'formality' sahaja. Khairy akan menang. Bak kata adat, 'perundingan berlaku dalam gelap, adat berlalu dalam terang'. Saya tidak faham tentang apa yang berlaku dalam sayap Wanita. Ada yang mengatakan yang Shahrizat akan menang dan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Malaysia kerana beliau mendapat sokongan padu dari Perdana Menteri. Tetapi tidak kurang ramai yang mahukan kemenangan itu di perolehi oleh orang lain memandangkan Shahrizat mempunyai 'baggage' yang besar untuk di pikul bersama oleh parti dalam menghadapi pilihanraya nanti. Shahrizat bagi puak-puak ini adalah beban besar untuk parti. Puteri UMNO sememangnya saya tidak dapat memberikan pandangan kerana sayap ini nampaknya ramai yang berbakat tetapi bakat mereka akan menjadi tumpul oleh kerana budaya negatif yang jelas dalam UMNO itu. Sayap ini sememangnya terlalu jauh dari mengetahui apakah dia UMNO itu dan apa yang perlu ada dalam parti itu. Diantara pemimpin Puteri yang jelas hanyalah perebutan jawatan dan tidak tahu samada mereka tahu apa dia perjuangan dan kehendak moral parti itu. Read More / Baca Lagi >> |
Umno memperguna staf dan pelajar UITM dalam pengundian pemilihan.. Posted: 12 Oct 2013 12:57 AM PDT |
MP: K'jaan BN bazir RM6.5b berdasarkan laporan audit Posted: 12 Oct 2013 12:54 AM PDT Kerajaan mungkin telah membazirkan kira-kira RM6.5 bilion dalam 64 kes yang dikaji dalam laporan audit 2012, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming. "Berdasarkan 64 kes yang dikaji dalam laporan itu, saya telah mengambil beberapa angka dari laporan itu, dan saya ekstrapolasi yang lain, dan inilah anggaran yang saya perolehi," katanya dalam forum mengenai laporan audit di Petaling Jaya malam tadi . Ong (kiri) berkata RM6.5 bilion yang telah dibazirkan oleh kerajaan itu adalah dua kali ganda jumlah dana yang kerajaan boleh jimatkan dengan mengurangkan subsidi harga petrol sebanyak 20 sen. "Daripada jumlah ini, kira-kira RM5.7 bilion telah dibazirkan oleh kerajaan persekutuan, manakala RM0.8 bilion lagi dibazirkan oleh badan-badan berkanun kerajaan," katanya. Menurutnya lagi, kira-kira RM30 bilion daripada bajet tahunan negara boleh dikurang dan dijimatkan jika kerajaan lebih berhati-hati dalam perbelanjaannya. Sementara itu, ahli ekonomi dari Institut Rakyat, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata hubungan antara ahli politik dan ahli perniagaan biasanya mungkin menyumbang kepada pembaziran dan isu tirisan yang dibangkitkan setiap tahun dalam laporan audit. "Kemungkinan besar pembaziran itu merupakan satu agenda untuk memberi balik kepada ahli perniagaan (oleh ahli politik) atas sumbangan ahli perniagaan kepada mereka sebelum ini," tegasnya. Tambahnya, itulah sebabnya mengapa perlu ada proses yang lebih telus tentang bagaimana parti politik dibiayai di negara ini. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan