Isnin, 7 Oktober 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sah Akan Naik: Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata menteri BN...Terima Kasih Pengundi BN..!!

Posted: 07 Oct 2013 08:41 PM PDT



Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar).
Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.
"Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik daripada Berita Harian Online.
Tiga hari lalu Hasan dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) membayangkan kenaikan harga gula dan tepung bakal berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan Audit parah, bukti rompakan terancang – Anwar

Posted: 07 Oct 2013 08:39 PM PDT

PERMATANG PAUH 8 OKTOBER: Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan pembaziran, pemborosan serta pelbagai penyelewengan bukti kegagalan pemimpin dan Kerajaan BN yang memimpin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh pada 5 Oktober lalu.

Tegasnya, Laporan Audit tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 tidak banyak berbeza. Wujud kebocoran dan ketirisan berterusan yang membuktikan kegagalan kerajaan mengatasi masalah penyelewengan tersebut.

"Setiap tahun laporan demi laporan yang didedahkan, keadaan semakin parah. Ini bukti rompakan terancang kerana mencuri dengan cara senyap dan tersembunyi.

"Sebanyak 67.61 juta wang rakyat bagi Sambutan Hari Belia Negara tahun 2012, pembaziran yang amat besar. Bayaran kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sahaja RM1.6 juta.

"Wang ini boleh digunakan untuk pelajar-pelajar IPT membiayai pembelajaran mereka tanpa dibebankan hutang PTPTN," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiga Line: Pertubuhan Haram Yang Mendapat Restu UMNO..??

Posted: 07 Oct 2013 08:32 PM PDT

Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Umno yang melindungi kumpulan gangster salah di sisi undang-undang hanya kerana kaitannya dengan pemimpin parti tersebut.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu sebagai membimbangkan, kerana tidak menunjukkan sikapnya sebagai "seorang menteri".

Tiga Line merupakan salah satu daripada kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ogos lalu, ketika pihak berkuasa berjanji untuk membanteras kegiatan kumpulan itu.

Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita hari ini, Ahmad Zahid sebaliknya mempertahankan kumpulan bawah tanah itu akan tetapi tindakan tegas diambil ke atas kumpulan lain, memberi gambaran mereka "sebagai rakannya dan menggesa mereka untuk melakukan apa yang perlu".

Laman portal tersebut memperoleh pita rakaman ucapan Ahmad Zahid sepanjang 20 minit tersebut, ketika beliau sedang berucap dalam satu majlis kerajaan.

"Beliau seolah-olah memberikan mereka (Tiga Line) kebal daripada undang-undang," kata Loke.

"Ia adalah satu pengakuan yang sangat jelas bahawa kumpulan ini dikaitkan dengan Umno."

Naib presiden PKR, N Surendran juga senada, menegaskan Ahmad Zahid "penyokong kuat gengster pro-Umno berasaskan Melayu" yang pada awalnya diharamkan sendiri oleh kementeriannya.

"Ini adalah bertentangan dengan senarai yang dikeluarkan oleh kementeriannya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak layak pegang jawatan."
Read More / Baca Lagi >>

Tiga Line underworld group is MY FRIEND, admits Home Minister

Posted: 07 Oct 2013 08:28 PM PDT

Despite being listed as one of the unlawful secret societies last August, Tiga Line underworld group should find itself in relief after being declared and recognised as a friend to Home Minister Ahmad Zahid Hamidi by non-other than Zahid himself.
This was exposed by news portal Malaysiakini upon receiving a 20-minute recording of Zahid's speech at a security briefing with community leaders (Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat) in Ayer Keroh, Malacca last Saturday. A video was uploaded to show Zahid making the claim.
"The 6,171 Malays, they are not real thugs (samseng), they were Pekida members and were part of the Tiga Line group, Gang 30, Gang 7 - these are festivities (kenduri-kendara) gangsters...
"I tell our Tiga Line friends, do what should be done," Zahid was quoted as saying by Malaysiakini.
Earlier in his speech, Zahid said a recent crackdown on the underworld had detected a total 14, 511 secret society members comprised of 6,171 Malays, 1,701 Chinese, 3,685 Indians and 2,954 from the other races.
In the audio recording, Zahid had raised eyebrows by talking as if he was the spokesperson for Tiga Line by referring to it on a first person basis.
"We are not evil, I know, I have checked. We gather during festivals with our siblings, we gather when there are projects, never mind. I see here, the candidates here, all four of them are Tiga Line," said Zahid in jest.
He also referred to former Perlis Menteri Besar Shahidan Kassim as the biggest Tiga Line gangster, in joking manner.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan telah diperdaya isu pindaan PCA?

Posted: 07 Oct 2013 08:25 PM PDT


 
Anggota Parlimen Pakatan Rakyat merasa 'diperdaya' Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu 'kesediaan' kabinet mempertimbang semakan semula cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA).

Malah, kelulusan pindaan itu di kabinet Rabu lalu berbeza sama sekali dengan isyarat yang diterima wakil Pakatan sejak Isnin - bahawa kabinet mempertimbang menerima semakan mereka.

NONEPada Selasa, Azmin Ali (PKR-Gombak) bertemu speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menyatakan kebimbangan terhadap rang undang-undang itu dan dicadangkan bertemu Zahid untuk cuba menangguhkannya.

Beliau kemudian mengesahkan mendapat isyarat bahawa perbahasan akan dibuat sehingga Khamis, hari terakhir persidangan, dan 12 lagi rang undang-undang akan ditangguh.

Tetapi Zahid secara mengejut membuat penggulungan bacaan kedua pada Rabu petang dan rang undang-undang itu diluluskan pada tengah malam itu.

Ini berlaku apabila ramai anggota Parlimen Pakatan tidak hadir di dewan, atas anggapan peringkat jawatankuasa akan mengambil tempat pada Khamis. Hanya 66 anggota Parlimen pembangkang hadir.

Dalam ucapan penggulungan, Zahid menyentuh kebimbangan mereka dengan jawapan satu baris. Kesemua 10 semakan oleh Pakatan ditolak.

Pada Sabtu, beliau mencuri perhatian apabila berucap dalam sebuah acara di Melaka dengan menggelar PCA sebagai "undang-undang saya".

"Saya pakat dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Shahidan (Kassim) supaya tiba masanya, speaker Dewan Rakyat berada bersama dengan kita, setiausaha Dewan Rakyat bersama dengan kita jadi kita bentangkan," beliau direkod berkata kepada hadirin.

Dikompaun RM175 Ribu: Kerana Caj RM6 Ribu Untuk Sarapan Rombongan Pemilihan UMNO

Posted: 07 Oct 2013 08:06 PM PDT



  KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.
"Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit," katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. -8/10/13


P/s: Menurut laporan AA, rombongan itu terdiri daripada 100 orang bukannya 50 orang seperti yang dilaporkan oleh SH. AA juga melaporkan bahawa restoran itu dikompaun sebanyak RM175 ribu oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan atas pelbagai kesalahan.

Berdasarkan keterangan video di atas, rombongan VVIP itu dipercayai terdiri daripada pemimpin UMNO yang kini sibuk dengan pemilihan parti tersebut. Jika benar, maka restoran itu memang mencari nahas dengan mengenakan caj sebanyak RM60 bagi setiap ahli rombongan yang menikmati nasi berlauk ayam kampung di situ.

Bumbung masjid runtuh: JKR Masih tunggu laporan forensik

Posted: 07 Oct 2013 07:39 PM PDT

 
KUALA TERENGGANU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu masih menunggu laporan terperinci mengenai runtuhan bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tungal dari Unit Forensik JKR Pusat.

Pengarahnya, Datuk Shafii Mohamad berkata, pasukan forensik pusat telah diberikan tanggungjawab bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian melibatkan runtuhan bumbung masjid bagi mengetahui punca kejadian tersebut.

"Sehingga kini kita masih menunggu laporan dari Unit Forensik Pusat sebab siasatan terperinci dan menyeluruh perlu dilakukan. Namun kita berharap laporan akan diberikan secepat mungkin," katanya.

Dalam pada itu kata Shafii, pihaknya akan mengenal pasti masjid lain di negeri yang turut menggunakan reka bentuk serta kontraktor sama kerana mungkin turut berisiko," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tidak sampai empat bulan kejadian bumbung masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh iaitu 20 Mei, insiden sama berulang melibatkan Masjid Kampung Tebauk yang baru dua tahun digunakan sepenuhnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ini Harta UMNO Yang Punya: Umno perlu bertanggungjawab dapatkan kembali wang Tekun RM1 bilion

Posted: 07 Oct 2013 07:35 PM PDT

Kenyataan CEO Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan semalam bahawa tabung tersebut ditubuhkan hanya untuk ahli United Malays National Organization (Umno) membangkitkan persoalan yang menarik.
Ini kerana, mengikut laporan media Umno sendiri - Utusan Malaysia – bertarikh 9 Februari 2013, Tekun telah meminjamkan dana berjumlah RM2.42 bilion kepada 237,173 orang usahawan.
Dari jumlah ini, sebanyak RM1.6 bilion adalah dana yang diberi Kerajaan Pusat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 hinggalah awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.
Laporan ini apabila dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut membawa implikasi yang amat serius, di mana hampir 40.9% jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli-ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion.
Jika diambil secara purata, ini bermakna lebih RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli-ahli Umno melalui dana Kerajaan Pusat tidak lagi dibayar balik.
Jika dilihat dari segi dasar, sistem mikrokredit rata-rata diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.
Namun kita diingatkan bahawa jumlah penerima BR1M pada 2012 ialah 3.74 juta orang, manakala 3.99 juta orang telah menerima BR1M 2.0 pada 2013. Maka persoalannya adalah, adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa?
Akhir sekali, memandangkan CEO Tekun telah berkata ahli Umno lah yang paling layak untuk menerima bantuan Tekun, maka mengikut logik beliau ahli Umno jugalah yang paling layak memikul tanggungjawab mendapatkan kembali hampir RM1 bilion dana Tekun yang belum dibayar semula.
Maka saya mencadangkan agar Tekun dan CEOnya membuka kaunter kutipan hutang Tekun di Pemilihan Umno 19 Oktober nanti.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Jangan jual ‘tongkat’ nanti Kelantan jatuh..!!!

Posted: 07 Oct 2013 07:31 PM PDT

Mohd Sayuti Omar

Sungguhkah? Khabarnya hutan simpan di Chabang Tongkat Hulu Sat, Machang Kelantan seluas 35,000 ekar atau 14,432 hektar diluluskan kepada seorang individu yang memiliki syarikat dua ringgit sahaja. Kalau maklumat ini sahih ia sungguh malang dan mendukacitakan sekali. Tindakan ini menjadi indiktor yang kerajaan PAs Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz Nik Mat mulai celaru.

Hutan simpan itu katanya sungguh strategik sekali. Ia merupakan sebuah kawasan cantik dan menjadi kawasan tadahan hujan bagi penduduk sekitar. Kedudukannya dari Machang memanjang ke sempadan Pasir Puteh sampai ke Selising dan Jeram Pasu.

Hutan simpan berkenaan katanya sudah lama dipertahankan tetapi nampaknya akhirnya terpaksa dikorbankan juga?

Kalau ia benar terpaksa diluluskan juga mungkin untuk membiayai kewangan negeri? Apakah kewangan negeri begitu nazak sekali waktu ini sehingga terpaksa menjual tanah berkenaan? Atau pun kelulusan itu katanya kepada seorang individu yang pernah mengundang salah seorang pemimpin Kelantan makan kenduri di rumahnya itu untuk membantu mewujudkan seorang lagi jutawan tanah di Kelantan?

Dengan bayaran perimium katanya RM2,000 per ekar berapa sen sangatlah kerajaan Kelantan dapat menambah kewangan negeri. Sudah pasti tanah itu kemudian akan diapongkan kepada mana-mana syarikat di antara RM4,000 hingga RM6,000 seekar. Kalau untung RM3,000 per ekar pun dah cukup, boleh beli sebuah helikopter.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan 2014: Kelantan utamakan pendidikan

Posted: 07 Oct 2013 07:27 PM PDT


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan masih mengekalkan antara peruntukan yang tinggi kepada pendidikan melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik) sebanyak RM72 juta bagi tahun 2014.

Selain peruntukan itu, kerajaan negeri turut menyediakan sejumlah RM4 juta untuk projek pembangunan penyelenggaraan di samping pembinaan sebuah sekolah Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) dengan kos RM12 juta.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, ketika berucap membentangkan Belanjawan 2014, berkata kerajaan negeri juga sedang menaiktaraf 91 buah sekolah di bawah kelolaan Yik.

"Peruntukan ini diberikan kerana keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan infrastrktur dan kemudahan asas pelajar yang mendalami pengajian agama sentiasa diutamakan," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2014 negeri pada sidang Dun, semalam.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 91 buah sekolah agama termasuk dua daripadanya Maahad Tahfiz A-Quran dan empat buah Maahad Tahfiz Sains dikendalikan di bawah Yik.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia negara tanpa rasuah, bohonglah - Mahfuz

Posted: 07 Oct 2013 07:25 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dakwaan Perdana Menteri hendak menjadikan Malaysia sebagai negara tanpa rasuah boleh dianggap pembohongan semata-mata jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu lemah seperti sekarang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengakui begitu terganggu dengan pengakuan SPRM bahawa pihaknya hanya mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah ekoran kes yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Sebagai rakyat negara ini, saya sangat terganggu dengan pengakuan yang membuktikan kelemahan SPRM itu.

"Bayangkan betapa lemahnya SPRM apabila hanya dapat mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah sedangkan kerugian negara yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 dahulu bernilai puluhan bilion ringgit," kata Mahfuz.

Sebab itulah, katanya, beliau tetap meyakini bahawa kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang kononnya hendak menjadikan Malaysia sebagai negara tanpa rasuah sama sekali tidak bernilai dan sama dengan kenyataan-kenyataannya yang terdahulu.

"Slogan sahaja, cakap tak serupa bikin," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Najib, katanya, amat pandai bermain dengan kenyataan, slogan dan polemik.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Umno: Calon ugut calon...tak lama lagi lah tue...!!

Posted: 07 Oct 2013 07:21 PM PDT

Tengku Zainuddin 
MARANG - Umno Bahagian Marang mula bersengketa di luar gelanggang apabila Bendahari Umno Bahagian Marang, Datuk Tengku Zainuddin Datuk Tengku Zahid (gambar) didakwa telah diugut salah seorang daripada empat calon Ketua Umno Bahagian Marang.

Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin itu berlaku di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu apabila Tengku Zainuddin diugut akan ditampar selepas menegur dan menyapa calon terbabit.

Kedua-dua tokoh politik dari Marang itu dikatakan hadir pada sesi memperkenalkan calon pemilihan Umno 2013 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.

Difahamkan sebelum kejadian, Tengku Zainuddin menyapa dan menegur sambil meminta calon berkenaan agar bersalam dengan rakan Umno Bahagian Marang, namun dibalas dengan tudingan jari.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Umno memang berani bermain api perkauman sejak dahulu..!!!

Posted: 07 Oct 2013 06:26 PM PDT


Jika rakyat Malaysia tersinggung dengan kata-kata sampah yang dimuntahkan oleh orang seperti Zahid Hamidi, Ali Rustam dan ahli politik Umno lain yang bersaing berebut jawatan dalam pemilihan parti 19 Oktober ini, kini ada lagi berita yang lebih membimbangkan.
Merdeka Center baru-baru ini menjalankan pengundian terhadap 600 ahli Umno dan penyokongnya dan keputusannya mendedahkan gambaran tidak enak yang menunjukkan bahawa parti berlawan sesama mereka dan marah terhadap semua orang.
Beberapa soalan diberikan untuk mengukur persepsi semasa mengenai parti pemerintah itu oleh kumpulan kecil mereka sendiri.
Dalam maklum balas itu, kurang tiga perempat daripada mereka berkata Umno tidak patut terlalu mengalah terhadap permintaan bukan Melayu.
Sembilan daripada 10 responden percaya Umno patut memfokuskan tenaganya kepada membina lebih banyak sokongan di kalangan orang Melayu bagi persediaan pilihan raya umum akan datang.
Dan ini adalah yang paling mengejutkan. Selepas pelbagai perkara mengenai keuzuran parti ditulis, kekurangan pemimpin berintegriti  dan pemimpin yang hanya tahu bermegah diri dalam parti itu, hanya 17 peratus daripada ahli parti dan penyokong berpendapat masyarakat awam menyampah dengan Umno kerana pemimpinnya sudah menyimpang jauh daripada sasaran asalnya.
Mereka pada dasarnya berfikir Umno berada dalam keadaan yang baik dan hanya memerlukan penambahbaikan dengan meletakkan fokus kepada menjana lebih banyak sokongan daripada orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat kecam kenyataan Zahid Hamidi halalkan pembunuhan

Posted: 07 Oct 2013 06:14 PM PDT


zahid


KUALA LUMPUR, 7 OKTOBER: Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam keras kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan tindakan menembak suspek penjenayah adalah langkah paling terbaik.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, kenyataan itu jelas membuktikan beliau memberi lesen kepada polis untuk melakukan pembunuhan.
"Zahid perlu tahu bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan mahkamah. Beliau tidak boleh lakukan sebarang tindakan sesuka hati.
"Ini jelas salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor.
Ketua Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo pula menegaskan kenyataan terbuka itu memalukan dan pada masa sama amat membimbangkan.
"Kenyataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Menteri dan Ahli Parlimen.
"Zahid mesti menghentikannya dan tindakan perlu diambil terhadap beliau.Perdana Menteri mesti bertindak.
"Apakah Najib merestui kelakuan seperti itu? Jika tidak, beliau harus menyatakan kepada umum dan bertindak segera terhadap Zahid," ujarnya dalam kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

How does a cop lose a car?

Posted: 07 Oct 2013 06:05 PM PDT

Whether there is negligence or human error in the loss of guns and police cars as stated in the Auditor-General's Report, the IGP and Home Minister must take responsibility.

The police force lost RM1.3 million of weapons and equipment, including 29 cars, as revealed in the Auditor-General's Report 2012.
How does a policeman lose a car? Who has got the guts to go steal a police car? Is there no Standard Operating Procedure (SOP) to tell the policeman what to do when leaving his car unattended?
May I suggest the following SOP to stop the police force from losing more cars?
Protecting a police vehicle from theft
Never leave your cars unattended with the key in the ignition – even if you were discussing, negotiating and demanding to "selesai" a traffic offence committed by a motorist.
Never leave your car keys lying on a table or key hooks in the police station. If there are policemen who kill suspects in custody you can be sure that there are a few cops waiting for an opportunity to steal handphones, cameras, computers, radios, firearms and maybe even a car!
Do not park in unlit areas when carrying out any "cari makan" operation. You never know what lurks in the shadows.
Do not leave valuables in the car, including proceeds from "cari makan" operations when you step out of the vehicle.
Secure your vehicle. An engine immobiliser or a steering lock is an effective deterrent. If there is no engine immobiliser or a steering lock you should have another policeman seated in the car.
We have yet to hear of a police car being stolen when there is a policeman in it. A car thief's cardinal rule is to make sure there is no policeman in the car before stealing it.
What does a cop do when his car is stolen?
As everyone knows the first thing you do when your car is stolen is to report at the nearest police station.
Read More / Baca Lagi >>

Syiah adalah ahlul bid’ah, pelampaunya adalah kufur

Posted: 07 Oct 2013 06:02 PM PDT

Dr Mohd Khairudin Aman Razali

Pendirian saya tentang Syiah adalah jelas sejak dahulu hingga sekarang bahawa:

1. Syiah adalah satu aliran mazhab yang bercanggah dengan ahlu Sunnah wal Jamaah.

2. Pelampau Syiah boleh membawa kekufuran seperti mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan melampau dalam mengagungkan Ali r.a.

3. Atas kecelaruan dan kesesatan fahaman Syiah, ia tidak wajar dibiarkan tersebar di Malaysia. Pihak berkuasa perlu bertindak menurut lunas undang-undang bagi menyekat penyebaran fahaman ini.

4. Penjelasan tentang ajaran dan kesesatan Syiah mesti sentiasa dilakukan supaya tidak ada kalangan ahli Sunnah wal Jamaah yang terpengaruh sama ada pada pemikirannya atau pada fiqhnya yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis.

5. PAS sebagai gerakan Islam yang berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah tidak membolehkan ahlinya berfahaman Syiah.

Masa Tidak Menunggu PAS

Posted: 07 Oct 2013 06:00 PM PDT

Oleh Lim Hong Siang
Barangkali PAS perlu diasak dengan lebih keras untuk berdepan dengan dunia politik yang terpampang di depan matanya. Sudah tentu tempoh lima tahun terlalu lama buat sesebuah parti politik untuk terjerumus dalam lumpur polemik "muzakarah / muqabala", "kerajaan perpaduan (UG)", dan kini "kepimpinan ulamak / profesional". Muktamar, seminar politik (cadangan asalnya EGM), dan sebagainya telah dijadikan platform untuk merungkaikan pertikaian ini.

 Keputusan atau resolusi telah diluluskan, pendirian untuk bersama dengan Pakatan Rakyat ditegaskan oleh Presiden, dijamin berkali-kali oleh Mursyidul Am tetapi polemik tetap berlanjutan sehingga hari ini.
Sudah tentu pergelutan ini boleh dianalisa dengan hujah-hujah yang positif, misalnya ia memperlihatkan kedinamikan, penyuburan demokrasi dalam parti, kerana suara berbeza diizinkan. Namun dari kaca mata umum ia bukan "kedinamikan", tetapi pendirian yang tidak konsisten, flip-flop dan kecoh. Bukan kita mahu mematikan perbincangan supaya parti ini dilihat "bersatu-padu", tetapi mutu dan tahap perbahasan ini sendiri menjurus kepada persepsi bahawa perdebatan ini "tidak tentu pasal".
Biar kita berterus-terang, apakah perbahasan tentang "pro-UMNO / pro-Pakatan Rakyat" selama lima tahun ini membuahkan hasil yang lumayan, misalnya mencerahkan minda, atau menyuntik wacana baru yang segar di kalangan ahli PAS? Mungkin kita mengambil contoh PKR. Sudah menjadi rahsia terbuka bahawa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak sehaluan dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Tetapi apabila Azmin bersilat dengan Khalid, Dewan Undangan Negeri Selangor dijadikan gelanggangnya. Belanjawan Negeri dijadikan senjatanya. Sama ada ia memberi persepsi "bercelaru" atau tidak itu soal lain, yang penting rakyat tahu apa yang sedang berlaku, dan tidak menafikan bahawa ianya satu persaingan politik sihat yang gagal dielakkan. Sesiapa sahaja rakyat Malaysia boleh mencelah, atau memberi pandangannya kerana ia membabitkan soal pengurusan ekonomi, ketelusan, keberkesanan, keadilan pengagihan sumber dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Auditor General makes plain what Zahid and Shabery got wrong

Posted: 07 Oct 2013 05:56 PM PDT


The Auditor General has denied the Home Minister's claim that the police had explained to the Audit Department what happened to 44 missing guns and other gear. AG Tan Sri Ambrin Buang (pic) has said there was no such thing.
He also disputed former youth and sports minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek's claim that the money for bringing in three K-pop groups to Malaysia for World Youth Day came from sponsors.
On the missing guns and police gear worth RM1.3 million, Ambrin said there was no reply from the police on the issue of the missing items, which included 44 firearms, 29 vehicles, 26 walkie-talkies, 22 radios and other equipment.
Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi had earlier said the ministry had submitted a report to the AG with an explanation on the missing items but this explanation was not included in the 2012 Auditor General's Report.
"An explanation has already been given but it was not done on time to be included in the report. I want to ensure that there has been no misappropriation. That is the important thing in this matter," Ahmad Zahid had said.
For his part, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar had said that the missing guns may not have fallen into the hands of criminals but could have fallen into the sea from boats and the weapons could not be recovered.
He said each firearm carried an identification code and so far police had not come across any report of the missing weapons being used in any crime.
The AG responded to this, saying that what Khalid had said was only his own take on the matter.
"There was no mention about guns going missing in the sea in our report and there was no reply from the police on this issue either," he told The Malaysian Insider yesterday.
But he did not dismiss this explanation. "We can't discount the possibility when the police conduct operations or trainings at sea, the pistols may have fallen into the sea."
Read More / Baca Lagi >>

Tangkap Penjenayah boleh, Tangkap Perasuah Tak Boleh!

Posted: 07 Oct 2013 05:54 PM PDT

Minggu lalu parlimen telah meluluskan pindaan rang undang2 pencegahan jenayah. Parti pembangkang menentang pindaan ini kerana menyalahi perlembagaan Malaysia dan berlawanan dengan prinsip rule of law. Kita khuatir Parlimen akan menjadi suatu star chamber dimana ahli politik menyegerakan pembentangan undang2 untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
Menteri Dalam Negeri dan pihak Polis tidak berupaya mengemukakan bahan buktian, maka oleh yang demikian mereka mahukan satu undang2 yang memintas dan menutup kelemahan mereka. Oleh kerana BN mempunyai suara undi yang banyak, maka pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah diluluskan. Mari kita tengok sama ada kerajaan memilih milih untuk melaksanakan undang2 ini.
Kalau mengikut definisi undang2 baru ini, kerajaan patut menangkap Ibrahim Ali dan pertubuhan Perkasa diharamkan.
Whereas action has been taken and further action is threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia to cause, or to cause a substantial number of citizens to fear, organized violence against persons or property;
Demikian bunyinya mukaddimah pindaan rang undang2 tersebut.
Suatu tindakan telah diambil dan suatu tindakan diancam oleh orang2 dari pertubuhan untuk menyebabkan sebahagian masyarakat merasa cemas akan terjadinya kecederaan kepada orang2 dan harta benda.
Undang2 ini berkuatkuasa diseluruh Malaysia. Minggu lalu Ibrahim Ali mewakili Perkasa telah mengancam bahawa orang Melayu akan merusuh jika agihan kekayaan negara ini tidak diperbetulkan. Kita jangan lupa yang menyebabkan agihan kekayaan sebegini rupa ialah kerajaan BN. Ibrahim Ali telah melakukan suatu aksi- yakni mengeluarkan kenyataan yang bersifat suatu ancaman bahawa orang Melayu yang terpengaruh dengan hasutan puak2 tertentu akan melakukan rusuhan kaum yang akan menyebabkan kemusnahan harta benda dan nyawa.Zahid Hamidi semasa dalam parlimen bercakap mengenai 'roh' akta pencegahan jenayah- nah sekarang ini bersegeralah ambil tindakan keatas Ibrahim Ali, kerana 'roh' kenyataan2 nya ialah menghasut orang Melayu supaya mengamuk memusnahkan harta benda dan nyawa. Tunggu apa lagi DS Zahid?
Read More / Baca Lagi >>

Boleh Land: Restoran caj sarapan VVIP RM6,000

Posted: 07 Oct 2013 05:08 PM PDT


Restoran caj sarapan VVIP RM6,000

KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Pelaburan RM1b Khazanah tiada impak?

Posted: 07 Oct 2013 05:03 PM PDT

SEPERTI disebut dalam Laporan Audit Negara 2012, selain menguruskan pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) juga menerima geran daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan program atau projek yang diluluskan kerajaan.

Dari 2009 hingga Jun 2012, Khazanah menerima sembilan geran berjumlah RM984 juta daripada kerajaan bagi beberapa projek termasuk RM200 juta untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi graduan dan RM54 juta untuk projek ternakan udang di Setiu, Terengganu.

Namun menurut Laporan Audit Negara 2012, impak pelaksanaan geran itu tidak ditetapkan Khazanah, sekali gus menyukarkan penilaian prestasi dan keberkesanan geran tersebut.

"Sebagai contoh, pemberian geran KKU-Nursing adalah bagi mewujudkan pusat latihan jururawat tidak bermotifkan keuntungan di Koridor Utara. Bagaimanapun, tiada penetapan impak seperti sejauh mana pusat latihan ini sepatutnya memberi manfaat kepada industri penjagaan kesihatan di Malaysia," menurut laporan itu.

Khazanah dalam jawapan kepada Jabatan Audit Negara berkata, semua geran diberikan kepada Khazanah dengan mandat dan objektif tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Betulkah geng 3 line hanya samseng kenduri? atau gedebe tajaan parti politik..!!!

Posted: 07 Oct 2013 05:00 PM PDT

Bagaimana saya kenal geng tiga line ni?, betul macam kata-kata Zahid Hamidi bahawa mereka bukannya samseng atau gangster betul. Sebaliknya geng tiga line ini hanyalah samseng kenduri kendara.

Ya! melalui kenduri kendaralah saya mula mengenali geng tiga line ini. Mulanya rasa pelik bila ada di kalangan orang kampung yang punyai seperti satu ritual bila mengadakan kenduri kahwin. Antaranya adalah seperti:

    Memasang tanda tertentu pada jalan masuk ke rumah kenduri. Ada arrow yang diperbuat daripada daun kelapa dan sebagainya.
    Ada kenduri khas pada malam sebelum berlangsungnya kenduri yang betul. Dengan lauk pauk serta hidangan yang khas pula.
    Ada pondok khas pula untuk melayan para tetamu istimewa yang datang dari berbagai daerah serta negeri.
    Ada sumbangan khas dari merata negeri yang berupa bahan mentah makanan seperti lauk dan beras.

Mungkin ada lagi yang lain tapi saya tak ambil perduli sangat. Apa yang disenaraikan di atas sahaja sudah cukup memberikan kejutan budaya pada saya ketika melihat kesemua aktiviti tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Ini Harta UMNO Yang Punya: Bantuan persekutuan mesti dapat sokongan ketua Umno

Posted: 07 Oct 2013 04:58 PM PDT


KOTA BHARU: Biar pun Kelantan ditadbir PAS dan Pakatan Rakyat, namun pemimpin Umno masih berperanan bagi menyokong bantuan persekutuan (BP) yang diberi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Malah BP1 sehingga BP6 yang diberi kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disyarat mesti mendapat sokongan pemimpin tempatan persekutuan (PTP - Ketua Umno Bahagian).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peraturan itu mulai dikuatkuasa di Kelantan sejak 2008.

Katanya, ekoran penguatkuasaan peraturan tersebut yang ditetapkan kerajaan pusat menyebabkan ada projek di bawah PBT yang sepatutnya dapat dilaksanakan tertangguh kerana tidak mendapat persetujuan PTP.

Misalnya peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi Majlis Daerah Dabong untuk melaksanakan prasarana lambat dilaksanakan kerana PTP mempunyai cadangan lain.

"Sepatutnya perkara seperti itu dapat diselesaikan dengan mudah memandangkan PBT telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi dalam jawatankuasa yang dibentuk ketika sesuatu projek dirancang.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi Lagi: Ketua Audit Negara sangkal polis ada beri penjelasan, kumpulan k-pop tiada penaja...siapa tipu siapa..???

Posted: 07 Oct 2013 04:55 PM PDT


Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.
Ambrin turut tidak bersetuju  dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.
Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.
Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
"Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting," kata Ahmad Zahid.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Malaysia tarik semula fitnah Zul Noordin terhadap Aziz Bari

Posted: 07 Oct 2013 04:53 PM PDT



Saman fitnah bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari terhadap bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad selesai hari ini berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.
Persetujuan penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam semasa kes itu disebut di depan beliau.
Terdahulu, peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Abdul Aziz berkata kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu tanpa apa jua pengakuan liabiliti oleh defendan.
Beliau berkata Utusan Melayu bersetuju menarik balik perkataan yang ditutur Zulkifli dan diterbitkan semula oleh Utusan Malaysia pada 18 Oktober 2011. Perkara itu kemudian disahkan peguam T.K.B. Mohana Kumar yang mewakili Utusan Melayu.
Pada 22 Disember 2011, Abdul Aziz memfailkan saman menamakan Zulkifli, yang juga seorang peguambela dan peguamcara, Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Malaysia dan Akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak serta Utusan Melayu sebagai defendan.
Read More / Baca Lagi >>

dollah yankee

dollah yankee


Melayu umno mana ada baca pasal audit-meng'audit ni ..

Posted: 07 Oct 2013 06:02 PM PDT

Sampai pagi ini isu panas yang masih lagi dibincang olih rakyat Malaysia ialah tentang laporan dari Ketua Audit Negara. Tak perlu lah nak cakap apa benda yang telah disalah guna yang telah mereka guna wang yang di amanahkan olih kita.

Yang tak mahu bercakap dan tak ambil pot tentang perkara ini hanya lah ahli-ahli umno. Bila ditanya jawapan mereka cukup senang .. "mampoih pi laa, tu bukan duit kita, duit gomen!, kita cukup bulan dapat gaji, ada rumah, setahun sekali dapat BR1M 500, sudah cukup".

Gurkah-gurkah politik di'port' ingatkan orang-orang yang bagi jawapan ini hanya lah orang-orang melayu kampong, makcik pakcik kat felda, tetapi rupanya kat dalam bandar-bandar besar macam dalam Georgetown ni pun banyak. Rasanya di ibu kota pun lagi banyak kot, kalau tidak takkan lah Adnan Mansor boleh menang di Putrajaya.

Nampaknya Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Chegu Bard, Guan Eng, Elizabeth Wong (marka aku..Kah..Kah..Kah..) dan lain-lain pemimpin besar dalam Pakatan Rakyat kena perah sikit otak mereka dan cari jalan macam mana nak bagi 'mangkok-mangkok' diatas sedar diri tentang laporan Ketua Audit Negara itu.

Mereka kena kerja keras sikit turun padang untuk cuci kepala otak mangkok-mangkok ini supaya sedar yang Malaysia ini semakin kronik, hutang semakin banyak, semakin itu, semakin ini dan tidak mustahil negara boleh bankrap. Olih itu sudah tiba untuk umno berehat dan bagi peluang kepada Pakatan Rakyat buat kerja.

Yakinkan dan suruh mereka tengok macam mana kerajaan Selangor, Penang, Kelantan buat kerja. Kedah, Terengganu dan Perak walaupun cuma pemerintahan cuma sekejab tapi sruh mereka bandingkan. Suruh mereka celikkan mata besar-besar tengok macam mana Khalid Ibrahim buat kerja sampai boleh simpan tunai 3 billion. Boleh bagi bonus satu bulan gaji duit raya kepada anggota dan kakitangan kerajaan negeri sedangkan Persukutuan cuma mampu bagi 500 ringgit saja.

Kita kena kerap turun buat ceramah, buat forum, buat sesi penerangan untuk ahli-ahli umno yang bangang ni supaya mereka sedar, sebabnya mereka (ahli-ahli umno) ini tak pernah rasa ada tanggung jawab sebagai seorang rakyat Malaysia dalam perkara ini.

dollah yankee -
Tun Mahahthir kata penyokong umno ini semua bodoh pun, mereka masih tak sedar !

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GARANG DAK, TAPI MACAM TAK SUKA AKHBAR PORTAL.

Posted: 07 Oct 2013 01:42 AM PDT



 GARANG DAK, TAPI MACAM TAK SUKA AKHBAR PORTAL.








GURU HENTAM MUHYIDDIN

Posted: 07 Oct 2013 12:41 AM PDT

TERKINI. GURU PERLU MENJAWAB SOALAN KOMPETENSI.CUBA BUAT? 7 SOALAN PERTAMA MEMAKAN  MASA 40 MINIT. MAKNA NYA CIKGU-CIKGU PERLU MENJAWAB JAM 3 PAGI ...BARU SISTEM OK....KAH..KAH..KAH   ....SISTEM PUN SEMBAB.




Klik link di bawah untuk mulakan Ujian ICT anda!







Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang.

Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.

Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.

Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli.

Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar.

Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji.



Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan semakin terancam.

Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu masa untuk dimakamkan.

Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14.

Itu Najib Tun Razak.
Bagaimana pula dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang masih dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran? Mungkin kini beliau sedang berangan-angan di atas kerusi empuknya untuk mencipta kuasa enjin paling tinggi supaya guru-guru dapat menjadi "Transformers" paling lasak seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan.

optimus prime

Bezanya, Tranformers ini tidak melawan Megatron, tetapi "Transformers" yang ingin diciptakan Muhyiddin Yassin adalah transformers yang makanannya adalah lambakan fail, ribuan data dan ratusan 'evidence' PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).

Inilah Transformers impian Muhyiddin. Transformers yang mampu bekerja 24 jam tanpa berasa penat, tak perlu tidur, tak perlu makan dan tak perlu berehat.

lawak politik parlimen politik kotor

Adakah Muhyiddin tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru? Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk membuatkan tekak berasa loya dan mual.

Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.

Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan, melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti unit beruniform (contohnya kawad kaki).

megatron
Bukan itu sahaja, segala penat lelah, masa, kesungguhan dan wang ringgit ini dicurahkan dengan ikhlas demi kasih sayang kepada sekolah dan para pelajar tanpa mendapat satu sen pun elaun 'over time' atau tuntutan 'mileage' sebagaimana kakitangan awam yang lain.

Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin menjawab, "Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di tempat lain pun berlaku 'multi tasking'".

Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih, jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka.

Tetapi tahukah anda 'selama enggang mengeram selangkas betik berbuah' itulah yang kami lakukan saban hari? Jika dikaji baik-baik, 70 peratus daripada tugasan yang kami laksanakan adalah tugas-tugas di luar bidang pengajaran.

Saya, bagi pihak warga pendidik ingin menjelaskan sekali lagi, masalah kami bukannya 'multi tasking' kerana dari dulu lagi guru melakukan segala-galanya. Di sekolah, guru adalah kerani, supir (pemandu), jururawat, 'cleaner', tukang kebun, tukang cat dan segala-galanya.

Kalau masih tidak percaya lihat sahajalah pada hari sukan, yang tercegat di bawah matahari menjadi pengadil untuk pelbagai acara sukan adalah guru dan terbongkok,-bongkok mengutip sampah bersama pelajar selepas acara sukan juga guru.

Selain itu, guru jugalah tukang jahit maskot rumah sukan, tukang cuci berbelas-belas baju perbarisan, tukang masak, dan segalanya-galanya.

Tetapi ini bukanlah masalahnya. Masalah kami pada hari ini adalah tugas yang kami terpaksa laksanakan semakin bertambah dan terus bertambah di bawah pentadbiran Muhyiddin sehingga kami sudah tidak ada masa untuk menanda buku latihan dan kertas peperiksaan pun terpaksa ditanda ala kadar.

Lebih teruk lagi dengan adanya PBS, guru-guru makin tidak menang tangan sehingga terpaksa memberi latihan kepada para pelajar untuk dijawab di rumah.

Tidak kurang juga guru yang memberikan jawapan kepada pelajar dan yang paling membimbangkan apabila kesuntukan masa markah pelajar dimasukkan dalam SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara rawak atau 'pakai belasah'.

Pelaksanaan PBS yang tidak mengikut prosedur adalah rahsia terbuka di bilik guru. Jadi di manakah 'validity' PBS ini?

Ketiadaan 'validity' dalam PBS adalah antara punca mengapa PBS tidak diiktiraf oleh golongan pendidik dan ibubapa. Penolakan golongan pendidik terhadap sistem PBS juga terbukti apabila Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua masih dijalankan di sekolah bagi mencari pelajar terbaik untuk Hari Anugerah Cemerlang.

Sama ada Muhyiddin sedar atau tidak, guru-guru tanpa segan silu telah menyuarakan penolakan terhadap sistem PBS ciptaan Menteri Pelajaran itu bersama kroni-kroninya.

Sekiranya guru-guru mengiktiraf PBS, sudah tentu pelajar terbaik akan dipilih berdasarkan keputusan PBS tanpa perlu diadakan lagi Peperiksaan Akhir Tahun.

Terus terang saya katakan saya memang berasa bersalah dan berdosa kerana tidak dapat melaksanakan tugasan melibatkan PBS dengan baik dan kerana itulah saya tampil menulis surat ini.

Apa yang akan saya jawab pada Allah S.W.T nanti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan telus? Saya juga tidak mahu mengheret Muhyiddin bersama-sama saya di neraka kerana ketidaktelusan dalam PBS.

Jujurnya, kami, guru-guru terpaksa melakukan penipuan secara halus ini sejak PBS diperkenalkan kerana kami memang tidak menang tangan walaupun telah mengorbankan masa tidur dari tujuh jam menjadi tiga jam.

Apabila ramai warga pendidik meluahkan kekesalan terhadap bebanan tugas melampau di facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, kami dikatakan mengkhianati kerajaan.

Kami diambil tindakan tegas sedangkan kami hanya meluahkan perasaan kepada sahabat handai dan keluarga di laman sosial. Salahkah kami jika meluahkan perasaan terhadap bebanan kerja di sekolah yang membuatkan kami ditimpa pelbagai penyakit seperti darah tinggi, 'depression' dan 'migrain'?

Itu juga antara punca kebencian di hati warga pendidik sehingga mendorong kami meluahkan kekesalan di kertas undi dengan memangkah parti pembangkang.

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi haruslah mengambil iktibar kekalahan dua orang timbalan menterinya iaitu Dr Puad Zakarshi dan Datuk Saifuddin Abdullah.

Benarkah kejatuhan kedua-dua timbalan menteri ini adalah satu kebetulan? Atau mungkinkah kejatuhan dua nama besar ini disebabkan ketidakpuasan di hati rakyat, khususnya ibubapa dan guru-guru terhadap sistem pendidikan yang dilihat semakin bercelaru? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan tenung-tenungkanlah.

Saya secara peribadi berasa amat gembira jika benar apa yang dikatakan oleh Najib yang beliau mahu mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan pentadbirannya. Sememangnya inilah yang patut dilakukan dari dulu lagi dan bukannya mengambil tindakan apabila kakitangan kerajaan meluahkan rasa tidak puas hati.
Guru-guru yang ditangkap mengeluarkan kenyataan yang bersifat memprotes akan ditukar tempat kerja atau dibuang terus. Ini adalah satu tindakan bodoh kerana sudah tentu kebencian yang sedia ada akan bertambah dengan momentum protes yang lebih kencang.lawak politik najib haji

Kepada yang dibuang kerja bukan sahaja mendapat simpati, bahkan mempunyai lesen lebih besar untuk menghentam kerajaan kerana sudah tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Jika kita kaji betul-betul, PRU kali ini menyaksikan polarisasi kaum yang hebat. Majoriti kaum Cina dilihat lebih senang dengan parti pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Jika golongan guru yang majoritinya orang Melayu juga tidak menyokong kerajaan ke manakah halatuju dan masa depan Barisan Nasional pada PRU akan datang?

Jadi hargailah kaum guru dan jangan terlalu menindas kami kerana pada hakikatnya kebanyakan kami terdiri daripada orang yang sentiasa berdiri teguh di belakang pemimpin dan sentiasa mendukung agenda dan aspirasi kerajaan dalam memajukan bangsa dan negara.



Besarlah harapan kami, guru-guru di seluruh Malaysia agar Perdana Menteri dapat mengkaji semula sistem PBS yang pada pendapat kami, golongan pendidik, para ibu bapa dan pelajar tidak ada 'validity'.

Dalam kekalutan berhadapan dengan PBS, timbul ura-ura yang mengatakan pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan akan menjalani pentaksiran berpusat yang menyamai PMR untuk menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki aliran Sains, Perakaunan atau Sastera bagi kemasukan ke Tingkatan Empat. Pelbagai persoalan bermain di benak kami. Antaranya:

1. Mengapa perlu ada pentaksiran berpusat lagi setelah pemansuhan PMR (Penilaian Menengah Rendah)?

2. Mengapa kemasukan pelajar ke tingkatan 4 untuk aliran Sains, Perakaunan dan Sastera tidak dibuat berdasarkan keputusan PBS?

3. Adakah ini bermakna Kementerian Pelajaran juga tidak mengiktiraf PBS?

Nampaknya segala keringat yang dicurahkan oleh guru-guru siang dan malam sia-sia sahaja. Bukan sahaja golongan guru tidak mengiktiraf PBS malah Kementerian Pelajaran juga secara tidak langsung telah mengakui kesilapannya memperkenalkan PBS. Kini mereka sedang terkulat-kulat mencari idea untuk menutupi kelemahan PBS. Akhirnya 'back to square one' pentaksiran berpusat yang menyamai PMR terpaksa dijalankan.

Jelaslah, PBS adalah kutu yang disangkakan berlian. Ia dibawa masuk pihak-pihak tertentu setelah lawatan singkat ke luar negara. Parasit ini dibawa masuk atas slogan ingin menjana transformasi pendidikan negara.

Demi mendapatkan nama, apa-apa sahaja yang menampakkan berlakunya transformasi diserap tanpa diselidiki dan dikaji terlebih dahulu dan yang menjadi mangsa adalah para pelajar dan guru. Ingatlah, sistem pendidikan bukanlah bahan ujikaji.

Ianya harus diambil dengan serius dan tidak boleh dibuat main-main. PBS sangat tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia apatahlagi di peringkat sekolah menengah. Malah negara-negara maju juga telah banyak memansuhkan PBS.

Najib juga ada mengatakan untuk memberi perhatian segera dalam mengurangkan beban tugas guru melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Bagi guru-guru, setiap hari yang berlalu umpama memikul sederetan gunung di atas kepala dan tahun 2025 adalah penantian yang terlalu lama. Sementara mencari jalan penyelesaian terbaik, saya cadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling agar bilangan aktiviti dikurangkan dan diselaraskan di semua sekolah.


1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar '1 Murid, 1 Sukan' mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari di sebelah petang.

2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.

3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.

4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini sehingga kami terpaksa membeli 'broadband' semata-mata untuk kerja mengisi data.

Setiap unit di jabatan dan kementerian seperti berlumba-lumba untuk menampakkan kemantapan unit masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai pangkalan data diisi. Ada kalanya kami terpaksa mengisi data yang sama berulangkali untuk JPN dan PPD.

Apabila terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam pelbagai pangkalan data, maka berlakulah penipuan secara halus yang melibatkan angka-angka dan maklumat-maklumat rekaan. Bukan itu sahaja, adakalanya kami terpaksa meninggalkan kelas kerana mengejar tarikh tutup pengisian data. Ini berlaku apabila ada masalah 'network' di rumah dan data terpaksa dimasukkan di sekolah keesokan hari sebelum tarikh tutup.

Persoalannya, kami menerima arahan dari kementerian pendidikan untuk melindungi waktu P &P (pengajaran dan pembelajaran), jadi mengapa pada masa yang sama kami dibebani dengan kerja perkeranian yang tidak henti-henti sehingga adakalanya terpaksa meninggalkan kelas?
Jika data sangat diperlukan oleh JPN atau PPD, turunkanlah beberapa orang JPN atau PPD selama seminggu khusus untuk pengisian data. Guru-guru boleh membantu untuk mengagihkan borang-borang kepada pelajar dan selebihnya diuruskan oleh JPN dan PPD kerana sememangnya kami tahu, pegawai PPD dan JPN sukakan maklumat online kerana ianya memudahkan kerja mereka.
Jadi pegawai JPN dan PPD perlu bersama-sama membantu kami, bukan hanya tahu mencari kelemahan guru-guru dan memalukan kami di bilik mesyuarat apabila pencerapan dilakukan atau apabila keputusan peperiksaan tidak baik. Selamilah juga apa yang kami terpaksa lalui kerana anda juga adalah bekas-bekas guru.

Kami dipaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu hari. Jadi bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk mengajar dan menghasilkan keputusan yang cemerlang untuk sekolah?

Sesungguhnya, Najib tidak boleh mengambil masa terlalu lama dalam memikirkan penyelesaian terhadap bebanan tugas guru. Sekiranya, kerajaan tidak mampu menggaji kerani, pembantu guru atau kakitangan luar, sudah sampai masanya pihak kementerian mengurangkan bebanan guru dengan mengehadkan aktiviti di sekolah, menghentikan prosedur penilaian yang berasaskan sistem dokumentasi dan mengurangkan arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai jenis pangkalan data yang saya kira tidak praktikal kerana tanggungjawab seorang guru adalah mengajar dan bukannya meninggalkan kelas kerana kerja perkeranian.

5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.

Sudah sampai masanya PBS dihentikan dari terus manjadi bahan ujikaji untuk pelajar-pelajar lain. Jadilah kesilapan ini sebagai satu pengajaran agar pihak kementerian lebih berhati-hati dalam melaksanakan suatu sistem baru.

6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara penyediaan beratus 'evidence' yang perlu ditanda, difailkan dan kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar.

Demi kepentingan sistem pendidikan dan pelajar, saya cadangkan PMR dikembalikan semula dan PBS dikekalkan namanya tetapi diganti dengan kerja projek. Mungkin satu tahun pelajar boleh melaksanakan satu kerja projek yang menyumbang lebih kurang 30% dari markah keseluruhan PMR. Ini bermakna 10% markah diperuntukkan bagi satu kerja projek untuk satu tahun, bagi setiap matapelajaran.

Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan cadangan saya ini, saya yakin kualiti pengajaran guru-guru akan lebih baik dan sistem pendidikan akan gah semula. Apatah lagi semua ini tidak melibatkan apa-apa kos peruntukan. Jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti martabat guru di Malaysia juga akan meningkat secara mendadak seperti guru-guru pada zaman ayah dan ibu kita suatu ketika dahulu yang begitu dihormati dan disegani oleh masyarakat.

Kepada Muhyiddin Yassin, nasihat saya, janganlah asyik ke hulu ke hilir menjaja cerita yang kementerian Tan Sri sedang bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah bebanan guru. Kami sudah mula bosan dan putus asa dengan jawapan Tan Sri.

Sampai bilakah Tan Sri mahu bermesyuarat? Kalau Tan Sri dan pemimpin-pemimpin UMNO bertandang, kamilah orang pertama yang akan dikerah untuk memenuhi dewan. Berjam-jam lamanya terpaksa melangut dan menguap di situ. Sebetulnya, kami sudah jemu dan loya dengan ucapan Tan Sri. Kami sudah mula mual dengan janji-janji manis Tan Sri. Adakalanya terasa nak muntah dengan lambakan kerja yang Tan Sri dan anak-anak buah Tan Sri campakkan di atas muka kami.

Pada tahun 2010, Tan Sri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji bebanan tugas guru. Belum pun ada apa-apa penyelesaian terhadap isu yang dikekemukakan sebelum ini, timbul lagi kerja-kerja baru. Pada tahun 2012 Tan Sri perkenalkan pula PBS dan bermacam-macam lagi pangkalan data untuk diisi.


Bukan itu sahaja, pada tahun sama Tan Sri juga ada mencadangkan agar guru-guru bekerja mengikut waktu pejabat. Inikah penyelesaian yang Tan Sri mesyuaratkan selama ini? Perangai Tan Sri ini bertepatan sangatlah dengan kata pepatah "tahi yang dulu belum dicuci, kini membuat tahi yang baru". Jadi, bagaimanakah kami, warga pendidik mahu percaya kepada kata-kata dan janji-janji Tan Sri lagi?



Saya dan warga guru sandarkan harapan kepada Perdana Menteri agar dapat melakukan sesuatu dengan segera untuk mengurangkan bebanan tugas guru dan carilah pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mampu berfikir pada masa hadapan untuk menerajui sistem pendidikan dan bukannya pakai tangkap muat. Muhyiddin adalah salah satu contoh pemimpin yang hanya tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Sekiranya Muhyiddin lebih cerdik dari orang bawahannya, sudah pasti sistem-sistem mengarut dalam pendidikan kita tidak ada pada hari ini.- Oleh Guru Kecewa Harakhdaily BM