RAKYAT MARHAEN |
- Sah Akan Naik: Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata menteri BN...Terima Kasih Pengundi BN..!!
- Laporan Audit parah, bukti rompakan terancang – Anwar
- Tiga Line: Pertubuhan Haram Yang Mendapat Restu UMNO..??
- Tiga Line underworld group is MY FRIEND, admits Home Minister
- Pakatan telah diperdaya isu pindaan PCA?
- Dikompaun RM175 Ribu: Kerana Caj RM6 Ribu Untuk Sarapan Rombongan Pemilihan UMNO
- Bumbung masjid runtuh: JKR Masih tunggu laporan forensik
- Ini Harta UMNO Yang Punya: Umno perlu bertanggungjawab dapatkan kembali wang Tekun RM1 bilion
- Jangan jual ‘tongkat’ nanti Kelantan jatuh..!!!
- Belanjawan 2014: Kelantan utamakan pendidikan
- Malaysia negara tanpa rasuah, bohonglah - Mahfuz
- Samseng Umno: Calon ugut calon...tak lama lagi lah tue...!!
- Pemimpin Umno memang berani bermain api perkauman sejak dahulu..!!!
- Pakatan Rakyat kecam kenyataan Zahid Hamidi halalkan pembunuhan
- How does a cop lose a car?
- Syiah adalah ahlul bid’ah, pelampaunya adalah kufur
- Masa Tidak Menunggu PAS
- Auditor General makes plain what Zahid and Shabery got wrong
- Tangkap Penjenayah boleh, Tangkap Perasuah Tak Boleh!
- Boleh Land: Restoran caj sarapan VVIP RM6,000
- Pelaburan RM1b Khazanah tiada impak?
- Betulkah geng 3 line hanya samseng kenduri? atau gedebe tajaan parti politik..!!!
- Ini Harta UMNO Yang Punya: Bantuan persekutuan mesti dapat sokongan ketua Umno
- Kantoi Lagi: Ketua Audit Negara sangkal polis ada beri penjelasan, kumpulan k-pop tiada penaja...siapa tipu siapa..???
- Utusan Malaysia tarik semula fitnah Zul Noordin terhadap Aziz Bari
Posted: 07 Oct 2013 08:41 PM PDT Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar). Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan. "Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik daripada Berita Harian Online. Read More / Baca Lagi >> |
Laporan Audit parah, bukti rompakan terancang – Anwar Posted: 07 Oct 2013 08:39 PM PDT PERMATANG PAUH 8 OKTOBER: Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan pembaziran, pemborosan serta pelbagai penyelewengan bukti kegagalan pemimpin dan Kerajaan BN yang memimpin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh pada 5 Oktober lalu. Tegasnya, Laporan Audit tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 tidak banyak berbeza. Wujud kebocoran dan ketirisan berterusan yang membuktikan kegagalan kerajaan mengatasi masalah penyelewengan tersebut. "Setiap tahun laporan demi laporan yang didedahkan, keadaan semakin parah. Ini bukti rompakan terancang kerana mencuri dengan cara senyap dan tersembunyi. "Sebanyak 67.61 juta wang rakyat bagi Sambutan Hari Belia Negara tahun 2012, pembaziran yang amat besar. Bayaran kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sahaja RM1.6 juta. "Wang ini boleh digunakan untuk pelajar-pelajar IPT membiayai pembelajaran mereka tanpa dibebankan hutang PTPTN," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Tiga Line: Pertubuhan Haram Yang Mendapat Restu UMNO..?? Posted: 07 Oct 2013 08:32 PM PDT Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Umno yang melindungi kumpulan gangster salah di sisi undang-undang hanya kerana kaitannya dengan pemimpin parti tersebut. Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu sebagai membimbangkan, kerana tidak menunjukkan sikapnya sebagai "seorang menteri". Tiga Line merupakan salah satu daripada kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ogos lalu, ketika pihak berkuasa berjanji untuk membanteras kegiatan kumpulan itu. Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita hari ini, Ahmad Zahid sebaliknya mempertahankan kumpulan bawah tanah itu akan tetapi tindakan tegas diambil ke atas kumpulan lain, memberi gambaran mereka "sebagai rakannya dan menggesa mereka untuk melakukan apa yang perlu". Laman portal tersebut memperoleh pita rakaman ucapan Ahmad Zahid sepanjang 20 minit tersebut, ketika beliau sedang berucap dalam satu majlis kerajaan. "Beliau seolah-olah memberikan mereka (Tiga Line) kebal daripada undang-undang," kata Loke. "Ia adalah satu pengakuan yang sangat jelas bahawa kumpulan ini dikaitkan dengan Umno." Naib presiden PKR, N Surendran juga senada, menegaskan Ahmad Zahid "penyokong kuat gengster pro-Umno berasaskan Melayu" yang pada awalnya diharamkan sendiri oleh kementeriannya. "Ini adalah bertentangan dengan senarai yang dikeluarkan oleh kementeriannya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak layak pegang jawatan." Read More / Baca Lagi >> |
Tiga Line underworld group is MY FRIEND, admits Home Minister Posted: 07 Oct 2013 08:28 PM PDT Despite being listed as one of the unlawful secret societies last August, Tiga Line underworld group should find itself in relief after being declared and recognised as a friend to Home Minister Ahmad Zahid Hamidi by non-other than Zahid himself. This was exposed by news portal Malaysiakini upon receiving a 20-minute recording of Zahid's speech at a security briefing with community leaders (Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat) in Ayer Keroh, Malacca last Saturday. A video was uploaded to show Zahid making the claim. "The 6,171 Malays, they are not real thugs (samseng), they were Pekida members and were part of the Tiga Line group, Gang 30, Gang 7 - these are festivities (kenduri-kendara) gangsters... "I tell our Tiga Line friends, do what should be done," Zahid was quoted as saying by Malaysiakini. Earlier in his speech, Zahid said a recent crackdown on the underworld had detected a total 14, 511 secret society members comprised of 6,171 Malays, 1,701 Chinese, 3,685 Indians and 2,954 from the other races. In the audio recording, Zahid had raised eyebrows by talking as if he was the spokesperson for Tiga Line by referring to it on a first person basis. "We are not evil, I know, I have checked. We gather during festivals with our siblings, we gather when there are projects, never mind. I see here, the candidates here, all four of them are Tiga Line," said Zahid in jest. He also referred to former Perlis Menteri Besar Shahidan Kassim as the biggest Tiga Line gangster, in joking manner. |
Pakatan telah diperdaya isu pindaan PCA? Posted: 07 Oct 2013 08:25 PM PDT Malah, kelulusan pindaan itu di kabinet Rabu lalu berbeza sama sekali dengan isyarat yang diterima wakil Pakatan sejak Isnin - bahawa kabinet mempertimbang menerima semakan mereka. Pada Selasa, Azmin Ali (PKR-Gombak) bertemu speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menyatakan kebimbangan terhadap rang undang-undang itu dan dicadangkan bertemu Zahid untuk cuba menangguhkannya. Beliau kemudian mengesahkan mendapat isyarat bahawa perbahasan akan dibuat sehingga Khamis, hari terakhir persidangan, dan 12 lagi rang undang-undang akan ditangguh. Tetapi Zahid secara mengejut membuat penggulungan bacaan kedua pada Rabu petang dan rang undang-undang itu diluluskan pada tengah malam itu. Ini berlaku apabila ramai anggota Parlimen Pakatan tidak hadir di dewan, atas anggapan peringkat jawatankuasa akan mengambil tempat pada Khamis. Hanya 66 anggota Parlimen pembangkang hadir. Dalam ucapan penggulungan, Zahid menyentuh kebimbangan mereka dengan jawapan satu baris. Kesemua 10 semakan oleh Pakatan ditolak. Pada Sabtu, beliau mencuri perhatian apabila berucap dalam sebuah acara di Melaka dengan menggelar PCA sebagai "undang-undang saya". "Saya pakat dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Shahidan (Kassim) supaya tiba masanya, speaker Dewan Rakyat berada bersama dengan kita, setiausaha Dewan Rakyat bersama dengan kita jadi kita bentangkan," beliau direkod berkata kepada hadirin. |
Dikompaun RM175 Ribu: Kerana Caj RM6 Ribu Untuk Sarapan Rombongan Pemilihan UMNO Posted: 07 Oct 2013 08:06 PM PDT KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam. "Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat. "Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan. "Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit," katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. -8/10/13 P/s: Menurut laporan AA, rombongan itu terdiri daripada 100 orang bukannya 50 orang seperti yang dilaporkan oleh SH. AA juga melaporkan bahawa restoran itu dikompaun sebanyak RM175 ribu oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan atas pelbagai kesalahan. Berdasarkan keterangan video di atas, rombongan VVIP itu dipercayai terdiri daripada pemimpin UMNO yang kini sibuk dengan pemilihan parti tersebut. Jika benar, maka restoran itu memang mencari nahas dengan mengenakan caj sebanyak RM60 bagi setiap ahli rombongan yang menikmati nasi berlauk ayam kampung di situ. |
Bumbung masjid runtuh: JKR Masih tunggu laporan forensik Posted: 07 Oct 2013 07:39 PM PDT Pengarahnya, Datuk Shafii Mohamad berkata, pasukan forensik pusat telah diberikan tanggungjawab bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian melibatkan runtuhan bumbung masjid bagi mengetahui punca kejadian tersebut. "Sehingga kini kita masih menunggu laporan dari Unit Forensik Pusat sebab siasatan terperinci dan menyeluruh perlu dilakukan. Namun kita berharap laporan akan diberikan secepat mungkin," katanya. Dalam pada itu kata Shafii, pihaknya akan mengenal pasti masjid lain di negeri yang turut menggunakan reka bentuk serta kontraktor sama kerana mungkin turut berisiko," katanya. Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tidak sampai empat bulan kejadian bumbung masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh iaitu 20 Mei, insiden sama berulang melibatkan Masjid Kampung Tebauk yang baru dua tahun digunakan sepenuhnya. |
Ini Harta UMNO Yang Punya: Umno perlu bertanggungjawab dapatkan kembali wang Tekun RM1 bilion Posted: 07 Oct 2013 07:35 PM PDT Kenyataan CEO Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan semalam bahawa tabung tersebut ditubuhkan hanya untuk ahli United Malays National Organization (Umno) membangkitkan persoalan yang menarik. Ini kerana, mengikut laporan media Umno sendiri - Utusan Malaysia – bertarikh 9 Februari 2013, Tekun telah meminjamkan dana berjumlah RM2.42 bilion kepada 237,173 orang usahawan. Dari jumlah ini, sebanyak RM1.6 bilion adalah dana yang diberi Kerajaan Pusat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 hinggalah awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik. Laporan ini apabila dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut membawa implikasi yang amat serius, di mana hampir 40.9% jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli-ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion. Jika diambil secara purata, ini bermakna lebih RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli-ahli Umno melalui dana Kerajaan Pusat tidak lagi dibayar balik. Jika dilihat dari segi dasar, sistem mikrokredit rata-rata diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperbaiki kedudukan ekonomi mereka. Namun kita diingatkan bahawa jumlah penerima BR1M pada 2012 ialah 3.74 juta orang, manakala 3.99 juta orang telah menerima BR1M 2.0 pada 2013. Maka persoalannya adalah, adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa? Akhir sekali, memandangkan CEO Tekun telah berkata ahli Umno lah yang paling layak untuk menerima bantuan Tekun, maka mengikut logik beliau ahli Umno jugalah yang paling layak memikul tanggungjawab mendapatkan kembali hampir RM1 bilion dana Tekun yang belum dibayar semula. Maka saya mencadangkan agar Tekun dan CEOnya membuka kaunter kutipan hutang Tekun di Pemilihan Umno 19 Oktober nanti. Fahmi Fadzil Pengarah Komunikasi KEADILAN |
Jangan jual ‘tongkat’ nanti Kelantan jatuh..!!! Posted: 07 Oct 2013 07:31 PM PDT Mohd Sayuti Omar Sungguhkah? Khabarnya hutan simpan di Chabang Tongkat Hulu Sat, Machang Kelantan seluas 35,000 ekar atau 14,432 hektar diluluskan kepada seorang individu yang memiliki syarikat dua ringgit sahaja. Kalau maklumat ini sahih ia sungguh malang dan mendukacitakan sekali. Tindakan ini menjadi indiktor yang kerajaan PAs Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz Nik Mat mulai celaru. Hutan simpan itu katanya sungguh strategik sekali. Ia merupakan sebuah kawasan cantik dan menjadi kawasan tadahan hujan bagi penduduk sekitar. Kedudukannya dari Machang memanjang ke sempadan Pasir Puteh sampai ke Selising dan Jeram Pasu. Hutan simpan berkenaan katanya sudah lama dipertahankan tetapi nampaknya akhirnya terpaksa dikorbankan juga? Kalau ia benar terpaksa diluluskan juga mungkin untuk membiayai kewangan negeri? Apakah kewangan negeri begitu nazak sekali waktu ini sehingga terpaksa menjual tanah berkenaan? Atau pun kelulusan itu katanya kepada seorang individu yang pernah mengundang salah seorang pemimpin Kelantan makan kenduri di rumahnya itu untuk membantu mewujudkan seorang lagi jutawan tanah di Kelantan? Dengan bayaran perimium katanya RM2,000 per ekar berapa sen sangatlah kerajaan Kelantan dapat menambah kewangan negeri. Sudah pasti tanah itu kemudian akan diapongkan kepada mana-mana syarikat di antara RM4,000 hingga RM6,000 seekar. Kalau untung RM3,000 per ekar pun dah cukup, boleh beli sebuah helikopter. Read More / Baca Lagi >> |
Belanjawan 2014: Kelantan utamakan pendidikan Posted: 07 Oct 2013 07:27 PM PDT KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan masih mengekalkan antara peruntukan yang tinggi kepada pendidikan melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik) sebanyak RM72 juta bagi tahun 2014. Read More / Baca Lagi >>Selain peruntukan itu, kerajaan negeri turut menyediakan sejumlah RM4 juta untuk projek pembangunan penyelenggaraan di samping pembinaan sebuah sekolah Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) dengan kos RM12 juta. Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, ketika berucap membentangkan Belanjawan 2014, berkata kerajaan negeri juga sedang menaiktaraf 91 buah sekolah di bawah kelolaan Yik. "Peruntukan ini diberikan kerana keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan infrastrktur dan kemudahan asas pelajar yang mendalami pengajian agama sentiasa diutamakan," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2014 negeri pada sidang Dun, semalam. Menurutnya, sehingga kini terdapat 91 buah sekolah agama termasuk dua daripadanya Maahad Tahfiz A-Quran dan empat buah Maahad Tahfiz Sains dikendalikan di bawah Yik. |
Malaysia negara tanpa rasuah, bohonglah - Mahfuz Posted: 07 Oct 2013 07:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Dakwaan Perdana Menteri hendak menjadikan Malaysia sebagai negara tanpa rasuah boleh dianggap pembohongan semata-mata jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu lemah seperti sekarang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Read More / Baca Lagi >>Beliau mengakui begitu terganggu dengan pengakuan SPRM bahawa pihaknya hanya mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah ekoran kes yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011. "Sebagai rakyat negara ini, saya sangat terganggu dengan pengakuan yang membuktikan kelemahan SPRM itu. "Bayangkan betapa lemahnya SPRM apabila hanya dapat mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah sedangkan kerugian negara yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 dahulu bernilai puluhan bilion ringgit," kata Mahfuz. Sebab itulah, katanya, beliau tetap meyakini bahawa kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang kononnya hendak menjadikan Malaysia sebagai negara tanpa rasuah sama sekali tidak bernilai dan sama dengan kenyataan-kenyataannya yang terdahulu. "Slogan sahaja, cakap tak serupa bikin," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Najib, katanya, amat pandai bermain dengan kenyataan, slogan dan polemik. |
Samseng Umno: Calon ugut calon...tak lama lagi lah tue...!! Posted: 07 Oct 2013 07:21 PM PDT MARANG - Umno Bahagian Marang mula bersengketa di luar gelanggang apabila Bendahari Umno Bahagian Marang, Datuk Tengku Zainuddin Datuk Tengku Zahid (gambar) didakwa telah diugut salah seorang daripada empat calon Ketua Umno Bahagian Marang. Read More / Baca Lagi >>Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin itu berlaku di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu apabila Tengku Zainuddin diugut akan ditampar selepas menegur dan menyapa calon terbabit. Kedua-dua tokoh politik dari Marang itu dikatakan hadir pada sesi memperkenalkan calon pemilihan Umno 2013 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin. Difahamkan sebelum kejadian, Tengku Zainuddin menyapa dan menegur sambil meminta calon berkenaan agar bersalam dengan rakan Umno Bahagian Marang, namun dibalas dengan tudingan jari. |
Pemimpin Umno memang berani bermain api perkauman sejak dahulu..!!! Posted: 07 Oct 2013 06:26 PM PDT Jika rakyat Malaysia tersinggung dengan kata-kata sampah yang dimuntahkan oleh orang seperti Zahid Hamidi, Ali Rustam dan ahli politik Umno lain yang bersaing berebut jawatan dalam pemilihan parti 19 Oktober ini, kini ada lagi berita yang lebih membimbangkan. Merdeka Center baru-baru ini menjalankan pengundian terhadap 600 ahli Umno dan penyokongnya dan keputusannya mendedahkan gambaran tidak enak yang menunjukkan bahawa parti berlawan sesama mereka dan marah terhadap semua orang. Beberapa soalan diberikan untuk mengukur persepsi semasa mengenai parti pemerintah itu oleh kumpulan kecil mereka sendiri. Sembilan daripada 10 responden percaya Umno patut memfokuskan tenaganya kepada membina lebih banyak sokongan di kalangan orang Melayu bagi persediaan pilihan raya umum akan datang. Dan ini adalah yang paling mengejutkan. Selepas pelbagai perkara mengenai keuzuran parti ditulis, kekurangan pemimpin berintegriti dan pemimpin yang hanya tahu bermegah diri dalam parti itu, hanya 17 peratus daripada ahli parti dan penyokong berpendapat masyarakat awam menyampah dengan Umno kerana pemimpinnya sudah menyimpang jauh daripada sasaran asalnya. Mereka pada dasarnya berfikir Umno berada dalam keadaan yang baik dan hanya memerlukan penambahbaikan dengan meletakkan fokus kepada menjana lebih banyak sokongan daripada orang Melayu. Read More / Baca Lagi >> |
Pakatan Rakyat kecam kenyataan Zahid Hamidi halalkan pembunuhan Posted: 07 Oct 2013 06:14 PM PDT Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, kenyataan itu jelas membuktikan beliau memberi lesen kepada polis untuk melakukan pembunuhan. "Zahid perlu tahu bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan mahkamah. Beliau tidak boleh lakukan sebarang tindakan sesuka hati. "Ini jelas salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor. Ketua Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo pula menegaskan kenyataan terbuka itu memalukan dan pada masa sama amat membimbangkan. "Kenyataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Menteri dan Ahli Parlimen. "Zahid mesti menghentikannya dan tindakan perlu diambil terhadap beliau.Perdana Menteri mesti bertindak. "Apakah Najib merestui kelakuan seperti itu? Jika tidak, beliau harus menyatakan kepada umum dan bertindak segera terhadap Zahid," ujarnya dalam kenyataan. |
Posted: 07 Oct 2013 06:05 PM PDT Whether there is negligence or human error in the loss of guns and police cars as stated in the Auditor-General's Report, the IGP and Home Minister must take responsibility. How does a policeman lose a car? Who has got the guts to go steal a police car? Is there no Standard Operating Procedure (SOP) to tell the policeman what to do when leaving his car unattended? May I suggest the following SOP to stop the police force from losing more cars? Protecting a police vehicle from theft Never leave your cars unattended with the key in the ignition – even if you were discussing, negotiating and demanding to "selesai" a traffic offence committed by a motorist. Never leave your car keys lying on a table or key hooks in the police station. If there are policemen who kill suspects in custody you can be sure that there are a few cops waiting for an opportunity to steal handphones, cameras, computers, radios, firearms and maybe even a car! Do not park in unlit areas when carrying out any "cari makan" operation. You never know what lurks in the shadows. Do not leave valuables in the car, including proceeds from "cari makan" operations when you step out of the vehicle. Secure your vehicle. An engine immobiliser or a steering lock is an effective deterrent. If there is no engine immobiliser or a steering lock you should have another policeman seated in the car. We have yet to hear of a police car being stolen when there is a policeman in it. A car thief's cardinal rule is to make sure there is no policeman in the car before stealing it. What does a cop do when his car is stolen? As everyone knows the first thing you do when your car is stolen is to report at the nearest police station. Read More / Baca Lagi >> |
Syiah adalah ahlul bid’ah, pelampaunya adalah kufur Posted: 07 Oct 2013 06:02 PM PDT Dr Mohd Khairudin Aman Razali Pendirian saya tentang Syiah adalah jelas sejak dahulu hingga sekarang bahawa: 1. Syiah adalah satu aliran mazhab yang bercanggah dengan ahlu Sunnah wal Jamaah. 2. Pelampau Syiah boleh membawa kekufuran seperti mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan melampau dalam mengagungkan Ali r.a. 3. Atas kecelaruan dan kesesatan fahaman Syiah, ia tidak wajar dibiarkan tersebar di Malaysia. Pihak berkuasa perlu bertindak menurut lunas undang-undang bagi menyekat penyebaran fahaman ini. 4. Penjelasan tentang ajaran dan kesesatan Syiah mesti sentiasa dilakukan supaya tidak ada kalangan ahli Sunnah wal Jamaah yang terpengaruh sama ada pada pemikirannya atau pada fiqhnya yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis. 5. PAS sebagai gerakan Islam yang berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah tidak membolehkan ahlinya berfahaman Syiah. |
Posted: 07 Oct 2013 06:00 PM PDT Oleh Lim Hong Siang Barangkali PAS perlu diasak dengan lebih keras untuk berdepan dengan dunia politik yang terpampang di depan matanya. Sudah tentu tempoh lima tahun terlalu lama buat sesebuah parti politik untuk terjerumus dalam lumpur polemik "muzakarah / muqabala", "kerajaan perpaduan (UG)", dan kini "kepimpinan ulamak / profesional". Muktamar, seminar politik (cadangan asalnya EGM), dan sebagainya telah dijadikan platform untuk merungkaikan pertikaian ini. Keputusan atau resolusi telah diluluskan, pendirian untuk bersama dengan Pakatan Rakyat ditegaskan oleh Presiden, dijamin berkali-kali oleh Mursyidul Am tetapi polemik tetap berlanjutan sehingga hari ini. Sudah tentu pergelutan ini boleh dianalisa dengan hujah-hujah yang positif, misalnya ia memperlihatkan kedinamikan, penyuburan demokrasi dalam parti, kerana suara berbeza diizinkan. Namun dari kaca mata umum ia bukan "kedinamikan", tetapi pendirian yang tidak konsisten, flip-flop dan kecoh. Bukan kita mahu mematikan perbincangan supaya parti ini dilihat "bersatu-padu", tetapi mutu dan tahap perbahasan ini sendiri menjurus kepada persepsi bahawa perdebatan ini "tidak tentu pasal". Biar kita berterus-terang, apakah perbahasan tentang "pro-UMNO / pro-Pakatan Rakyat" selama lima tahun ini membuahkan hasil yang lumayan, misalnya mencerahkan minda, atau menyuntik wacana baru yang segar di kalangan ahli PAS? Mungkin kita mengambil contoh PKR. Sudah menjadi rahsia terbuka bahawa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak sehaluan dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Tetapi apabila Azmin bersilat dengan Khalid, Dewan Undangan Negeri Selangor dijadikan gelanggangnya. Belanjawan Negeri dijadikan senjatanya. Sama ada ia memberi persepsi "bercelaru" atau tidak itu soal lain, yang penting rakyat tahu apa yang sedang berlaku, dan tidak menafikan bahawa ianya satu persaingan politik sihat yang gagal dielakkan. Sesiapa sahaja rakyat Malaysia boleh mencelah, atau memberi pandangannya kerana ia membabitkan soal pengurusan ekonomi, ketelusan, keberkesanan, keadilan pengagihan sumber dan sebagainya. Read More / Baca Lagi >> |
Auditor General makes plain what Zahid and Shabery got wrong Posted: 07 Oct 2013 05:56 PM PDT The Auditor General has denied the Home Minister's claim that the police had explained to the Audit Department what happened to 44 missing guns and other gear. AG Tan Sri Ambrin Buang (pic) has said there was no such thing. He also disputed former youth and sports minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek's claim that the money for bringing in three K-pop groups to Malaysia for World Youth Day came from sponsors. On the missing guns and police gear worth RM1.3 million, Ambrin said there was no reply from the police on the issue of the missing items, which included 44 firearms, 29 vehicles, 26 walkie-talkies, 22 radios and other equipment. "An explanation has already been given but it was not done on time to be included in the report. I want to ensure that there has been no misappropriation. That is the important thing in this matter," Ahmad Zahid had said. For his part, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar had said that the missing guns may not have fallen into the hands of criminals but could have fallen into the sea from boats and the weapons could not be recovered. He said each firearm carried an identification code and so far police had not come across any report of the missing weapons being used in any crime. The AG responded to this, saying that what Khalid had said was only his own take on the matter. "There was no mention about guns going missing in the sea in our report and there was no reply from the police on this issue either," he told The Malaysian Insider yesterday. But he did not dismiss this explanation. "We can't discount the possibility when the police conduct operations or trainings at sea, the pistols may have fallen into the sea." Read More / Baca Lagi >> |
Tangkap Penjenayah boleh, Tangkap Perasuah Tak Boleh! Posted: 07 Oct 2013 05:54 PM PDT Minggu lalu parlimen telah meluluskan pindaan rang undang2 pencegahan jenayah. Parti pembangkang menentang pindaan ini kerana menyalahi perlembagaan Malaysia dan berlawanan dengan prinsip rule of law. Kita khuatir Parlimen akan menjadi suatu star chamber dimana ahli politik menyegerakan pembentangan undang2 untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Menteri Dalam Negeri dan pihak Polis tidak berupaya mengemukakan bahan buktian, maka oleh yang demikian mereka mahukan satu undang2 yang memintas dan menutup kelemahan mereka. Oleh kerana BN mempunyai suara undi yang banyak, maka pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah diluluskan. Mari kita tengok sama ada kerajaan memilih milih untuk melaksanakan undang2 ini. Kalau mengikut definisi undang2 baru ini, kerajaan patut menangkap Ibrahim Ali dan pertubuhan Perkasa diharamkan. Whereas action has been taken and further action is threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia to cause, or to cause a substantial number of citizens to fear, organized violence against persons or property; Demikian bunyinya mukaddimah pindaan rang undang2 tersebut. Suatu tindakan telah diambil dan suatu tindakan diancam oleh orang2 dari pertubuhan untuk menyebabkan sebahagian masyarakat merasa cemas akan terjadinya kecederaan kepada orang2 dan harta benda. Undang2 ini berkuatkuasa diseluruh Malaysia. Minggu lalu Ibrahim Ali mewakili Perkasa telah mengancam bahawa orang Melayu akan merusuh jika agihan kekayaan negara ini tidak diperbetulkan. Kita jangan lupa yang menyebabkan agihan kekayaan sebegini rupa ialah kerajaan BN. Ibrahim Ali telah melakukan suatu aksi- yakni mengeluarkan kenyataan yang bersifat suatu ancaman bahawa orang Melayu yang terpengaruh dengan hasutan puak2 tertentu akan melakukan rusuhan kaum yang akan menyebabkan kemusnahan harta benda dan nyawa.Zahid Hamidi semasa dalam parlimen bercakap mengenai 'roh' akta pencegahan jenayah- nah sekarang ini bersegeralah ambil tindakan keatas Ibrahim Ali, kerana 'roh' kenyataan2 nya ialah menghasut orang Melayu supaya mengamuk memusnahkan harta benda dan nyawa. Tunggu apa lagi DS Zahid? Read More / Baca Lagi >> |
Boleh Land: Restoran caj sarapan VVIP RM6,000 Posted: 07 Oct 2013 05:08 PM PDT KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK). Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini. Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Pelaburan RM1b Khazanah tiada impak? Posted: 07 Oct 2013 05:03 PM PDT SEPERTI disebut dalam Laporan Audit Negara 2012, selain menguruskan pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) juga menerima geran daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan program atau projek yang diluluskan kerajaan. Dari 2009 hingga Jun 2012, Khazanah menerima sembilan geran berjumlah RM984 juta daripada kerajaan bagi beberapa projek termasuk RM200 juta untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi graduan dan RM54 juta untuk projek ternakan udang di Setiu, Terengganu. Namun menurut Laporan Audit Negara 2012, impak pelaksanaan geran itu tidak ditetapkan Khazanah, sekali gus menyukarkan penilaian prestasi dan keberkesanan geran tersebut. "Sebagai contoh, pemberian geran KKU-Nursing adalah bagi mewujudkan pusat latihan jururawat tidak bermotifkan keuntungan di Koridor Utara. Bagaimanapun, tiada penetapan impak seperti sejauh mana pusat latihan ini sepatutnya memberi manfaat kepada industri penjagaan kesihatan di Malaysia," menurut laporan itu. Khazanah dalam jawapan kepada Jabatan Audit Negara berkata, semua geran diberikan kepada Khazanah dengan mandat dan objektif tertentu. Read More / Baca Lagi >> |
Betulkah geng 3 line hanya samseng kenduri? atau gedebe tajaan parti politik..!!! Posted: 07 Oct 2013 05:00 PM PDT Bagaimana saya kenal geng tiga line ni?, betul macam kata-kata Zahid Hamidi bahawa mereka bukannya samseng atau gangster betul. Sebaliknya geng tiga line ini hanyalah samseng kenduri kendara. Ya! melalui kenduri kendaralah saya mula mengenali geng tiga line ini. Mulanya rasa pelik bila ada di kalangan orang kampung yang punyai seperti satu ritual bila mengadakan kenduri kahwin. Antaranya adalah seperti: Memasang tanda tertentu pada jalan masuk ke rumah kenduri. Ada arrow yang diperbuat daripada daun kelapa dan sebagainya. Ada kenduri khas pada malam sebelum berlangsungnya kenduri yang betul. Dengan lauk pauk serta hidangan yang khas pula. Ada pondok khas pula untuk melayan para tetamu istimewa yang datang dari berbagai daerah serta negeri. Ada sumbangan khas dari merata negeri yang berupa bahan mentah makanan seperti lauk dan beras. Mungkin ada lagi yang lain tapi saya tak ambil perduli sangat. Apa yang disenaraikan di atas sahaja sudah cukup memberikan kejutan budaya pada saya ketika melihat kesemua aktiviti tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Ini Harta UMNO Yang Punya: Bantuan persekutuan mesti dapat sokongan ketua Umno Posted: 07 Oct 2013 04:58 PM PDT KOTA BHARU: Biar pun Kelantan ditadbir PAS dan Pakatan Rakyat, namun pemimpin Umno masih berperanan bagi menyokong bantuan persekutuan (BP) yang diberi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini. Read More / Baca Lagi >>Malah BP1 sehingga BP6 yang diberi kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disyarat mesti mendapat sokongan pemimpin tempatan persekutuan (PTP - Ketua Umno Bahagian). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peraturan itu mulai dikuatkuasa di Kelantan sejak 2008. Katanya, ekoran penguatkuasaan peraturan tersebut yang ditetapkan kerajaan pusat menyebabkan ada projek di bawah PBT yang sepatutnya dapat dilaksanakan tertangguh kerana tidak mendapat persetujuan PTP. Misalnya peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi Majlis Daerah Dabong untuk melaksanakan prasarana lambat dilaksanakan kerana PTP mempunyai cadangan lain. "Sepatutnya perkara seperti itu dapat diselesaikan dengan mudah memandangkan PBT telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi dalam jawatankuasa yang dibentuk ketika sesuatu projek dirancang. |
Posted: 07 Oct 2013 04:55 PM PDT Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang. Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja. Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain. "Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting," kata Ahmad Zahid. Read More / Baca Lagi >> |
Utusan Malaysia tarik semula fitnah Zul Noordin terhadap Aziz Bari Posted: 07 Oct 2013 04:53 PM PDT Saman fitnah bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari terhadap bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad selesai hari ini berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak. Persetujuan penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam semasa kes itu disebut di depan beliau. Terdahulu, peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Abdul Aziz berkata kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu tanpa apa jua pengakuan liabiliti oleh defendan. Pada 22 Disember 2011, Abdul Aziz memfailkan saman menamakan Zulkifli, yang juga seorang peguambela dan peguamcara, Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Malaysia dan Akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak serta Utusan Melayu sebagai defendan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan