Ahad, 29 September 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Aaron Aziz Terlibat Kemalangan Maut Di Luar Negara - Isteri Nafi

Posted: 29 Sep 2013 10:21 PM PDT

Aaron Aziz bersama isterinya Diyana Halik
PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Aaron Aziz iaitu Diyana Halik, menafikan khabar angin yang mengatakan suaminya terlibat dalam kemalangan maut di Switzerland seperti mana dihebohkan di sebuah laman Facebook dan blog luar negara.
Sebaliknya, Diyana Halik, 30, berkata, Aaron kini berada dalam keadaan sihat dan sedang menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia 2 di Cape Town, Afrika Selatan.
"Saya baru terbaca berita ini dan terkejut kerana ia tidak benar sama sekali kerana suami saya kini berada di Cape Town dan bukannya di Switzerland seperti yang dilaporkan.
"Saya sudah bercakap dengan dia dan tiada apa-apa yang berlaku, sekarang dia sedang tidur," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Diyana berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita kemalangan yang dilaporkan sebuah agensi berita antarabangsa, Global Associated News, pada Isnin.
Berita tersebut melaporkan bahawa Aaron meninggal dunia selepas terjatuh ketika meluncur papan salji di sebuah resort di Zermatt, Switzerland.
Terdahulu, aktor kelahiran Singapura itu mengalami sakit sendi tengkuk (cervical Facet Arthritis) dan dirawat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Cape Town bagi menjalani penggambaran program Fear Factor Malaysia 2.
Aaron berlepas ke negara itu bersama kru produksi pada Jumaat lalu. - mStar


 
 
Berita Kematian, Isteri Aaron Aziz Beri Amaran
Baru sahaja minggu lepas peminat digemparkan dengan berita tentang Aaron Aziz yang tidak sihat dan mengalami sakit sendi tengkuk, hari ini timbul pula berita mengejutkan yang mengatakan pelakon itu maut akibat kemalangan selepas bermain ski di Switzerland.
Berita itu telah tersebar di laman blog luar negara dan Facebook sekaligus menimbulkan rasa tak percaya dan terkejut di kalangan peminat-peminatnya.
Bagaimanapun, isteri Aaron sendiri, Diyana Halik telah menafikan berita itu dan memberi amaran kepada individu yang bertanggungjawab ke atas berita palsu ini.
Berita Kematian, Isteri Aaron Aziz Beri Amaran
Penafian Diyana dikukuhkan lagi dengan gambar-gambar terbaru Aaron yang sedang dalam perjalanan ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Malaysia 2 dan bukannya ke Switzerland seperti dilaporkan.
Berita Kematian, Isteri Aaron Aziz Beri Amaran
Berita Kematian, Isteri Aaron Aziz Beri Amaran
Tidak pasti apakah motif berita palsu ini dikeluarkan, tetapi harapnya peminat Aaron kini boleh bertenang dan menarik nafas panjang selepas mengetahui hal sebenar

Hairie Othman, Warnida, Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hay, Wahida, Rabbani antara artis yang hadir di Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti,

Posted: 29 Sep 2013 04:30 PM PDT

Hairie Othman
KUALA LUMPUR: Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.
Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.
"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.
"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Ahmad Yakob memberi cenderamata kepada Hairie Othman
Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.
Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.
Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.
"Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.
"Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan," katanya.
Wardina
Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata, kapasiti sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah.
"Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya.
"Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah," katanya.
Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya akan merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni.
"Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni," katanya.
Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hay, Wahida, Rabbani dan Ainan Tasneen.

Remaja tawar khidmat seks RM50 - RM80

Posted: 29 Sep 2013 02:07 AM PDT

  • Remaja tawar khidmat seks RM50 - RM80Remaja berusia 16 tahun (kanan) ini ditahan ketika berpeleseran di sekitar pekan Kulim.
 1 / 1 
KULIM - Seorang remaja berusia 16 tahun, di sini, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya.
Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

"Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran," katanya.

Sinar Harian kemudiannya mendekati remaja terbabit dan bertanya sama ada masih bersekolah atau sebaliknya.
Remaja ini kemudiannya menyatakan dia tidak ke sekolah kerana tidak berminat dalam pelajaran.

Menurutnya, dia tinggal bersama beberapa rakan lain dan melakukan kegiatan pelacuran untuk menampung perbelanjaan.

"Ada kalanya saya tinggal di rumah rakan lelaki sehingga beberapa hari. Sepanjang bersama mereka saya akan diberikan makanan dan tempat tidur. 

"Sebelum ini saya pernah bekerja di Pulau Pinang bagaimanapun berhenti kerana jauh," katanya.

Ditanya mengenai pelanggannya, remaja ini menjelaskan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada mat motor.
"Mereka akan membawa saya balik ke rumah untuk melakukan hubungan seks.

"Walaupun terpaksa melayani beberapa lelaki dalam satu masa, saya tetap melakukannya kerana suka dengan layanan ketika melakukan hubungan seks," katanya.

Tambahnya, pelajar sekolah juga ada menggunakan khidmat seks daripadanya dan bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding pelanggan yang sudah bekerja.

Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang pernah menahannya kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran kerana ia dilakukan secara senyap.

Katanya, dia senang melakukan kegiatan itu kerana mudah mendapatkan wang.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Guru Tak Cukup: '1,000 graduan pendidikan Sabah tak diambil khidmat'

Posted: 29 Sep 2013 08:34 PM PDT

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mahu kerajaan, khususnya Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengkaji semula dasar berhubung pengiktirafan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang ditawarkan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini.

Naib presiden Pekadin Luis Lidong berkata kerajaan wajar memberi perhatian serius terhadap perkara itu berikutan keluhan lebih 1,000 graduan pendidikan dari Unitar cawangan Sabah yang tidak diambil berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.

"Difahamkan graduan Unitar ini membelanjakan puluhan ribu atau meminjam PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) untuk membiayai pengajian mereka selama tiga atau empat tahun tetapi akhirnya tidak berpeluang menjadi guru sekolah kerajaan.

"Bagaimana kerajaan melalui Agensi Kelayakan Malaysia boleh meluluskan kursus yang ia sendiri tidak iktiraf. Oleh itu, kami di Pekadin mahu kerajaan kaji semua dasar ini demi kebaikan dan keadilan graduan dan bakal graduan," katanya dalam kenyataan di Tuaran hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan bina Lebuh Rakyat awal tahun depan, selepas “ditipu” BN sejak 1980an

Posted: 29 Sep 2013 08:19 PM PDT


Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengumumkan pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang akan bermula awal tahun depan 2014 dan projek sejauh 73 kilometer tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Projek tersebut yang dirancang sejak tahun 1986 dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun tidak dilaksanakan sehingga sekarang, memaksa kerajaan PAS negeri tersebut mengambil inisiatif untuk menyiapkannya sendiri.
Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah (gambar), projek menelan belanja RM669 juta tersebut dengan kerjasama sebuah syarikat di Dubai diharap dapat menangani masalah kesesakan yang berlaku setiap kali musim perayaan.
Read More / Baca Lagi >>

Universiti wajib umum awal tarikh pilihan raya - Gamis

Posted: 29 Sep 2013 08:15 PM PDT

Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam kenyataannya hari ini mendesak supaya Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengumumkan tarikh pilihanraya kampus lebih awal supaya ia menjadi langkah kepada seluruh mahasiswa untuk bersedia berhadapan dengan pilihanraya kampus nanti.

Malangnya sehingga kini kebanyakan IPTA masih belum mengumumkan bila sebenarnya tarikh pilihan raya kampus akan berlaku walaupun sebahagian daripada MPP di universiti masing-masing sudah melangkaui setahun tempoh kepimpinan.

Preisden GAMIS, Muhamad Azan Bin Safar (Gambar) berkata perkara yang biasa berlaku untuk universiti mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam keadan yang tergesa-gesa dan sudah hampir dengan tarikh penamaan calon. Budaya sebegini tidak membantu untuk memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa termasuk mengurangkan partisipasi mahasiswa di dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar.

"Universiti harus menjadi contoh dan bukannya terikut-ikut dengan budaya politik di luar yang mana tarikh pilihan raya hanya dalam pengetahuan Perdana Menteri, dan tarikh hanya akan diumumkan apabila parti daripada kerajaan sedia ada sudah bersedia. Kebimbangan yang serupa juga berlaku di universiti apabila satu pihak yang mungkin ingin dimenangkan oleh HEP universiti dibiarkan bersedia terlebih dahulu daripada kumpulan mahasiswa yang lain ," Katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Zunar akan 'menconteng Lynas' di Kuantan

Posted: 29 Sep 2013 07:57 PM PDT


KUALA LUMPUR: Zunar dan beberapa kartunis tempatan yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI) akan menggunakan bakat mereka untuk membantu kempen anti-Lynas di Kuantan pada 5 Oktober depan.

Dalam program "Conteng-conteng Lynas" itu, mereka antara lain akan mengadakan demonstrasi melukis kartun, melukis karikatur, melukis atas kain rentang, peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan sebagainya.

Selain Zunar (gambar), kartunis lain yang akan mengambil bahagian ialah Megat, Jonos, Azman Matnoh, Baba, Shem dan Noky.

Acara tersebut akan diadakan pada jam 5 petang di Pantai Batu Hitam,  Balok (5-7) dan pada sebelah malam di Pantai Teluk Chempedak (bermula jam 9).
Read More / Baca Lagi >>

PRK Sungai Limau dijangka sengit

Posted: 29 Sep 2013 07:56 PM PDT


ALOR SETAR: Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad (gambar) menjangkakan pertandingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau berlaku dalam suasana sengit dan luarbiasa memandangkan keputusannya nanti akan menjadi 'testimonial' kepada Dato' Mukhriz Mahathir yang pertama kali menghadapi pilihan raya kecil (PRK)  sebagai Menteri Besar.

Justeru beliau yakin BN akan menggunakan apa saja cara untuk memenanginya.

"Sementara bagi PAS, Sungai Limau adalah kerusi tradisi yang mesti dipertahankan. Sejak PAS merampas kerusi tersebut dari BN melalui Ustaz Azizan pada PRU tahun 1995 hingga kini, kita tidak pernah kalah.

"Berdasarkan keputusan PRU13 lalu, Sungai Limau berada di kedudukan kedua terbaik selepas Tokai, jadi mahu tak mahu untuk PRK kali ini PAS Kedah akan pastikan bukan setakat menang mempertahankan kerusi tersebut tetapi juga mencatat keputusan lebih baik berbanding PRU13 lalu," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir gesa kerajaan BN kembalikan ISA untuk perangi jenayah berat

Posted: 29 Sep 2013 07:54 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengatakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah undang-undang paling relevan bagi menangani dan mencegah jenayah berat di negara ini.
Menurut bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu, ISA harus dikembalikan semula dalam usaha mencegah kegiatan jenayah berat di negara ini.
"Kita buang ISA, mereka menggunakan itu untuk melakukan jenayah yang dahsyat.
"Kerana itu, mahu atau tidak, kita perlu kembali kepada cara yang lama," katanya dipetik dari laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Dr. Mahathir diminta mengulas Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibacakan untuk kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu lalu.
Bacaan pertama pindaaan PCA dibacakan Ahmad Zahid minggu lalu di Dewan Rakyat bertujuan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Pindaan PCA untuk perangi jenayah terancang - Najib

Posted: 29 Sep 2013 07:52 PM PDT

Najib Tun Razak 
NEW YORK - Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang dicadangkan kerajaan adalah lebih khusus untuk memerangi jenayah terancang.

Perdana menteri berkata ia bukan hendak mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Najib berkata ISA berbeza daripada PCA kerana ISA memberi kuasa begitu luas untuk menahan seseorang individu tanpa proses mahkamah sebaliknya kuasa itu diberikan kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Tetapi kali ini (di bawah pindaan akta) keputusan akan dibuat oleh pihak hakim, jadi kalau polis menahan sesiapa, ia perlu menyakinkan pihak hakim bahawa individu tertentu ini perlu ditahan," kata Najib pada sidang akhbar sempena berakhir lawatan kerja beliau ke San Francisco dan New York, Amerika Syarikat, dari 22 September hingga semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Demensi Fikrah Almarhum Ustaz Azizan

Posted: 29 Sep 2013 07:34 PM PDT

Oleh Masyaal Hasbullah
 Detik 26 September 2013 kita kehilangan Almarhum (Tan Sri) Ustaz Azizan Abd Razak. Itulah sunnatullah yang dijanjikan oleh Allah, yang mana setiap insan pasti akan mengadap Ilahi. Kematian Almarhum sememang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira 'kiblat' politik.

Yang pasti. Almarhun adalah antara tokoh politik PAS yang telah mengabdikan diri dengan perjuangan menegakkan kebenaran. Almarhum telah menelusuri wasilah perjuangan yang didampari dengan pelbagai suka-duka, hambatan mehnah dan tribulasi sehingga akhirnya dianugerahkan penghormatan. Sejarah Terukir
Tahun 2008 sejarah terukir bagaimana Almarhum diangkat mengetuai sebuah kerajaan yang didokongi oleh parti yang Almarhum perjuangan iaitu PAS bagi kerajaan negeri Kedah ekoran kemenangan PAS pada pilihanraya ke-12. Walaupun terukir dalam tempoh lima tahun sahaja, namun ianya memberi pemahaman yang makro terhadap pemikiran dan sumbangan yang dicetuskan dan dilaksanakan oleh Almarhum. Pilihanraya 2013, menyaksikan Kedah kembali kepada BN.
Inilah merupakan antara detik sejarah bagi perjuangan PAS, khususnya PAS Kedah yang mana telah berjaya menawan Kedah daripada kerajaan BN. Sejarah ini secara beriringan juga memahatkan insan yang bernama Ustaz Azizan Abd Razak sebagai seorang individu daripada PAS bercarta nombor 3 sebagai Menteri Besar daripada PAS setelah kejayaan PAS membentuk kerajaan di Kelantan dan Terengganu sebelum ini. Tidak dapat tidak, Armarhum telah memaparkan sumbangan yang cukup bermakna buat parti dan juga rakyat negeri Kedah.
Amanah Terpikul
Ketika diamanahkan menjawat sebagai Menteri Besar Kedah, Almarhum secara peribadi mengakui bahawa amanah yang dipikul amat besar sekali. Pertamanya rakyat Kedah akan menilai kewibawaan dan kemapuan parti PAS sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir. Kedua,cabaran mengurus kepelbagaian fikrah dalaman disebabkan ketika ini 'aura' Pakatan Rakyat sebagai bakal kerajaaan amat tinggi dan popular.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas pengiring anggap Ust Azizan seperti bapa

Posted: 29 Sep 2013 07:33 PM PDT

Bekas pengiring anggap Azizan seperti bapa  
Shahril memimpin tangan Ustaz Azizan ketika melaksanakan tugasnya sebagai pengiring peribadi Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah itu.
ALOR SETAR - Kesederhanaan cara hidup bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak banyak memberi pengajaran dan pengalaman kepada bekas pengiring peribadinya, Koperal Shahril Rizal Ismail, 33.

Bahkan beliau turut menganggap Azizan seperti bapanya sendiri.

Menceritakan pengalaman ke sana ke mari bekerja dengan pemimpin itu yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Azizan, Shahril berkata, pemikiran Ustaz Azizan dalam sesuatu perkara sukar untuk dibaca dan dijangka.

Menurutnya, keperibadian Ustaz Azizan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu, akan menyentuh hati sesiapa sahaja terutama bagi mereka yang baru kenal dan rapat dengan kehidupannya.

"Walaupun sebagai menteri besar, kehidupan Ustaz Azizan adalah biasa dan mudah dari aspek keperibadiannya. Makan-minum, pakai, bahkan tidurnya juga sekadar berbaring di atas sofa.

"Kalau hari tak ada tugasan rasmi, ustaz akan habiskan masa duduk di atas sofa di rumahnya. Baca buku, kitab, surat khabar atau menonton televisyen, jika ada kawan-kawan mahu berjumpa pun ustaz lebih suka orang datang ke rumah," katanya ketika diminta menyingkap kembali nostalgia bersama Ustaz Azizan.

Read More / Baca Lagi >>

CEC: Tahniah Liew Chin Tong

Posted: 29 Sep 2013 07:31 PM PDT

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Liew Chin Tong (LCT), seorang penggubal undang-undang dari DAP kerana mendapat undi tertinggi dalam pemilihan CEC parti itu semalam. Beliau mendapat 1438 undi mengatasi undi Lim Kit Siang sebanyak dua undi. LKS mendapat sebanyak 1436 undi dan ia menunjukkan kemerosotan jika dibandingkan dengan undi yang diperolehinya semasa pemilihan CEC yang terbatal Disember lepas.

LCT juga mendahului undi Lim Guan Eng (LGE) yang hanya mendapat tempat kelima dengan 1304 undi sahaja. Pemimpin yang mempunyai cita-cita menjadi Setiausaha Agong DAP, Loke Siew Fook mendapat tempat ketujuh dengan memperolehi sebanyak 1263 undi.Kemerosotan undi dan sokongan LGE itu jelas telah di pengaruhi oleh keadaan tidak menentu parti itu semasa berhadapan dengan isu pembatalan keputusan pemilihan parti itu Disember lepas.

Semua yang terpilih pada Disember tahun lepas kembali menduduki CEC itu dan ia bermakna tidak ada perubahan dalam struktor pemgimbang dalam isu penyertaan semua kaum seperti yang terkandung dalam perlembagaan parti itu. Hanya, jika kita semua mengiktiraf Zairil sebagai Melayu maka hanya seorang sahaja Melayu yang terpilih dalam barisan kepimpinan parti itu. Dalam usia hampir setengah dekad itu hanya 5 peratus sahaja penyertaan kaum Melayu dalam kepimpinan parti itu. Jika ini pun kita bersetuju untuk mengakui satu kejayaan DAP, maka berjayalah parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kesenjangan Pendapatan: Mahakaya Dan Papa Kedana

Posted: 29 Sep 2013 04:56 PM PDT

Dalam wacana bersama Al Gore dan Mary Robinson di New York 2 hari lalu, persoalan melebarnya pendapatan kelompok kecil mahakaya dan majoriti miskin turut dibahaskan. Tokoh ekonomi, Laura Dyson mendedahkan hasil kajian terkini bahawa pertumbuhan ekonomi 2010-2012 di Amerika Syarikat bermanfaat besar kepada golongan mahakaya. Malah, 95 peratus dari keseluruhan hasil pertumbuhan tersebut di bolot oleh hanya 1 peratus rakyat terkaya. Nasib pekerja, rakyat miskin tidak dihiraukan. Rakyat di beban dengan harga barang keperluan yang meningkat dan kemungkinan memperolehi rumah mampu milik luput sama sekali.
Selain dari retorik membela nasib rakyat, tidak ada sebarang langkah tegas dan berkesan yang membuktikan kepedulian terhadap kegelisahan rakyat. Kejutan rakyat membantah dasar ekonomi yang hanya memperkaya kelompok kecil dalam gerakan Occupy Wall Street kian pudar dan tewas kepada penguasa kaya!
Read More / Baca Lagi >>

PRK Dun Sungai Limau ditentu Khamis ini

Posted: 29 Sep 2013 04:48 PM PDT

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis depan (3 Oktober) di ibu pejabatnya di sini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, Kedah.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dun N20 Sungai Limau daripada Dun Kedah, semalam.

"Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mempengerusikan mesyuarat khas  yang membincangkan tarikh seperti hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian biasa dan daftar pemilih yang akan digunakan.

"Selepas itu diikuti dengan satu sidang media oleh Pengerusi SPR," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kerusi Dun itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Hairie Harap K'tan Dapat Bantu Artis-artis..

Posted: 29 Sep 2013 04:39 PM PDT


Hairie Othman
KUALA LUMPUR: Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.

Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.
"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.

 
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Ahmad Yakob memberi cenderamata kepada Hairie Othman
Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.
Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.
Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.

"Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.
"Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan," katanya.Read More / Baca Lagi >>

Bekas KPN Musa Hassan tak setuju polis sebabkan kegagalan EO

Posted: 29 Sep 2013 04:24 PM PDT


Musa Hassan tidak bersetuju polis menjadi penyebab EO gagal. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 September, 2013.Musa Hassan tidak bersetuju polis menjadi penyebab EO gagal. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 30 September, 2013.Tan Sri Musa Hassan mempertahankan polis daripada tuduhan Ketua Pemuda MIC T. Mohan yang meletakkan kegagalan Akta Ordinan Darurat (EO) disebabkan polis menerima rasuah dari tahanan yang menjalani hukuman di bawah akta tersebut.
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu berkata selepas seseorang ditahan di bawah EO, mereka dijaga oleh pihak penjara dan polis sudah tidak ada kena mengena lagi.
"Polis tidak melepaskan warden yang terlibat menerima rasuah dari tahanan. Namun perkara ini dapat dikawal. Kegagalan EO bukanlah disebabkan perkara tersebut tetapi kelemahan teknik pemulihan yang diberikan kepada tahanan.
"Kita harus faham pemulihan dilakukan oleh pegawai penjara. Masyarakat juga jangan mudah salahkan kerajaan kerana apabila mereka dibebaskan, adakah masyarakat mahu menerima mereka? Jadi jangan salahkan kerajaan jika mereka kembali ke kegiatan lama," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di Petaling Jaya semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Wang Rakyat dibelanjakan semasa Pemilihan UMNO?

Posted: 29 Sep 2013 04:22 PM PDT

Polis Diraja Malaysia akan mengawal kertas-kertas Undi Pemilihan UMNO dengan jumlah keseluruhan kertas undi 14.6 juta

Pihak Polis yang bermenterikan pemimpin UMNO secara terang-terang menyalahgunakan harta kerajaan demi kepentingan parti UMNO apabila PDRM diarahkan utk mengawal 4 juta kertas undi pemilihan UMNO pada bulan depan,atas alasan apa?adakah utk menjaga Keselamatan atau Penipuan,selama ini UMNO menipu majority pengundi dinegara ini dengan pelbagai helah dan agenda,kini UMNO seperti takut kepada bayang-bayang sendiri,

Bagaimana dengan penggunaan Dakwat Kekal yang dibanggakan sebelum ini, kelakar rasanya apabila Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tidak mempercayai sepenuhnya "dakwat kekal yang tidak kekal",malah menggunakan system yang lebih Advance dari SPR(Suruhanjaya Pilihanraya) bukan topic ini yang admin ingin panjangkan bagi admin lantaklah apamcm pun pemilihan,pengiraan undi akan dibuat,itu hak UMNO,apa yang ingin dikongsi adalah salah guna wang rakyat oleh UMNO semasa "PAU"

Wang Rakyat kesekian kalinya disalahgunakan oleh Parti yang kononnya berjuang demi Bangsa,Islam dan Negara.seperti biasa pembaziran,ketirisan,keborosan wang rakyat dibelanjakan ditempat yang tidak sepatutnya.Admin juga berharap pihak PDRM akan membuat kenyataan akhbar berapa Kos yang ditanggung oleh PDRM dalam menguruskan 4 juta kertas undi Pemilihan UMNO tersebut..

4 juta kertas undi dikeluarkan bagi pemilihan jawatan utama Majlis Tertinggi parti melibatkan Timbalan Pengerusi Tetap, tiga Naib Presiden dan 25 anggota MT.

"Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusof berkata kertas undi berkenaan akan diasingkan mengikut jumlah perwakilan bahagian dan dihantar dengan bantuan kawalan Polis Diraja Malaysia ke tempat pemilihan."
Read More / Baca Lagi >>

Dr Ariffin dilantik Naib Pengerusi DAP

Posted: 29 Sep 2013 04:06 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dr Ariffin Omar dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP bagi sesi 2013-2016 selepas Kongres Khas yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.

Ibu pejabat DAP memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau adalah antara 10 orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang dipilih pada kongres itu yang mengadakan mesyuarat setelah keputusan pemilihan diumumkan, malam ini.

Berikut ialah senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2013-2016
Read More / Baca Lagi >>

Many rebel groups join forces in Syria

Posted: 29 Sep 2013 03:46 PM PDT

Kenya government faces siege questions

Posted: 29 Sep 2013 03:45 PM PDT

Leaked document places doubt on Kenyan security preparation

Posted: 29 Sep 2013 03:45 PM PDT

PRU 14: Nasib UMNO Bergantung Kepada PAS

Posted: 29 Sep 2013 08:13 AM PDT

Oleh Khalid Samad

Semasa berhari-raya, adik saya telah bertemu dengan seorang pemimpin UMNO/BN. Dia bertanya kepada pemimpin itu, "macam mana PRU ke-14 yang akan datang ni?..." Adik saya agak terkejut apabila dijawab oleh pemimpin UMNO/BN berkenaan, "semuanya bergantung pada PAS, samada masih berada bersama PR atau tidak. Ada golongan muda, kopiah putih, yang ingin membawa PAS keluar dari PR..."

Saya kemudianya dimaklumkan tentang perkara ini dan berpendapat bahawa sebenarnya inilah satu-satunya harapan untuk UMNO/BN untuk survive di dalam PRU akan datang. PAS mesti dikelirukan, melalui pujian dan sentimen, sehingga keluar dari PR! Tiada yang lebih mudah dikelirukan sedemikian rupa selain yang muda (bukan Pemuda ya), yang bersemangat tetapi tidak berpengalaman, yang ada ilmu tetapi kurang kematangan serta hikmah dan yang gelojoh.

Istilah kopiah putih bagi saya dimaksudkan jenis ahli PAS yang lurus bendul; inginkankan kemurnian dalam erti-kata tidak mahu bersama dengan yang 'kurang atau diragui kejernihan fahaman Islamnya'. Mereka golongan 'puritans' atau 'bersih dan jernih' yang mudah diperalatkan UMNO dengan dipersoalkan hubungan PAS dengan DAP atau PKR. Mereka tidak semestinya ustaz tetapi adalah golongan yang berfikiran 'simplistik' dan tidak menjiwai konsep "PAS for all" serta Tahalluf Siyaasi dengan PR.
Pandangan pemimpin UMNO tersebut bahawa nasib UMNO/BN semasa PRU ke 14 adalah bergantung kepada PAS tidak menghairankan. Populariti UMNO/BN semakin merosot dan tidak ramai lagi pengundi yang mempunyai 'mentaliti zaman Jepun'. PR pula merupakan kerajaan gabungan atau pakatan yang mampu menggantikan BN.

Tiba-tiba dalam keadaan UMNO/BN begitu terdesak, ada terdengar pula ada yang ingin bawa PAS keluar PR?! Setelah PR mencapai kejayaan demi kejayaan! Setelah UMNO semakin tertekan dan PR, termasuk PAS, semakin kukuh. Pelik bin Ajaib.
Read More / Baca Lagi >>

Hadiah Amalan/Doa Kepada Si Mati..'Nak Baca Ayat Al Quran Ngaji Dulu!' - UAI

Posted: 29 Sep 2013 08:09 AM PDT

Salam Tahiyyat Akhir Putus-putus Membatalkan Solat? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Sep 2013 08:08 AM PDT

Hukum Makan Guna Garfu/Sudu Perak - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Sep 2013 08:06 AM PDT

Maksud 'MAMPU' Dalam BERPOLIGAMI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Sep 2013 08:05 AM PDT

Berhenti Solat Kerana Lupa Buka Kipas - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 Sep 2013 08:05 AM PDT

GoMalaysian

GoMalaysian


Pemilihan Jawatankuasa Pusat DAP

Posted: 29 Sep 2013 05:43 PM PDT

Pemilihan Jawatankuasa Pusat DAP:

Name seperti dibawah:

LIEW CHIN TONG 1438
LIM KIT SIANG 1436
KAPAL SINGH 1421
GOBIND SINGH 1409
LIM GUAN ENG 1304
CHONG CHIENG JEN 1294
LOKE SIEW FOOK 1263
CHOW KON YEOW 1203
FONG KUI LUN 1193
TENG CHANG KHIM 1164
TONY PUA 1158
ZAIRIL KHIR JOHARI 1132
TERESA KOK 1127
CHONG ENG 1111
KULA 1088
TAN KOK WAI 1088
TEO NIE CHING 1081
BOO CHENG HAU 961
NGA KOR MING 956
NGEH KOO HAM 809

Komentar Kini

Komentar Kini


Perlukah umno di remajakan

Posted: 29 Sep 2013 01:26 AM PDT

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan umno sudah tua, tenat dan akan mati.Maka berkatalah sesetengah orang umno, umno perlu di remajakan.

Atas sebab itulah, Mukhriz anak Tun Dr Mahathir yang kalah merebut jawatan pergerakan Pemuda masuk bertanding merebut jawatan naib presiden dalam perhimpunan Agung tahunan yang akan diadakan pada Oktober ini.

Tiga orang yang akan bertanding jawatan tersebut, Mukhriz salah seorang menteri besar yang mecuba nasib disamping dua nama yang sudah tua, itu Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Isa Samad.

Kedua dua tokoh yang mencuba nasib kali ini terdiri yang pernah terbabit dengan rasuah punca masing masing tidak layak bertanding.

Datuk Seri Ali Rustam bekas Ketua menteri Melaka itu tidak dikenakan tindakan dan Datuk Seri Isa Samad di kenakan tindakan, sekarang sudah bebas dan layak bertanding.

Persoalan yang timbulkan, perlukah umno di remajakan kerana di pimpin oleh mereka yang sudah tua dan tenat akan mati.

Apakah remaja tidak tenat dan tidak mati? Remaja tidak boleh dijadikan ukuran yang mereka tidak tenat dan tak mati. Malahan remaja hari ini memang merupakan manusia yang tidak boleh diharap untuk memimpin.

Oleh itu, jika umno diremajakan ia berada dalam keadaan yang lebih buruk berbanding ia di pimpin oleh orang tua yang dikatakan sudah tenat dan akan mati itu.

Remaja dalam umno memang merupakan manusia yang tidak terlepas daripada terbabit dengan pelbagai kejahatan, termasuk melakukan jenayah berat yang boleh menghancurkan Negara.

Jika umno yang dipimpin oleh orang tua dan tenat ini boleh menghacurkan Negara. Apatah lagi jika ia di pimpin oleh golongan remaja.

Lebih lebih lagi kebanyakan mereka itu akan terbabit dengan jenayah rasuah kesenambungan yang mahu tidak mahu pasti akan berlaku terus menerus.  




Tukar Tiub

Tukar Tiub


TOK ARAB KAKI KELENTONG

Posted: 29 Sep 2013 06:30 PM PDT




Female drivers 'may damage ovaries'

Female Saudi motorist
Leading Saudi cleric's comments aimed at activists protesting against Islamic kingdom's male-only driving rules


Driving damages women's ovaries: Saudi cleric

One of Saudi Arabia's top clerics has said women who drive risk damaging their ovaries and bearing children with clinical problems, countering activists who are trying to end the medieval-styled kingdom's male-only driving rules.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...MACAM MACAM DIBUAT OLEH TOK ARAB SAUDI... kah kah ..

kah kah kah.. SEMUA NAK KONTROL PEREMPUAN... kah kah kah...

kah kah kah...ADA PAKSA JADI NINJA.... kah kah kah

woit...YANG INI PECAH TELOOOR ... kah kah kah..

kah kah kah... TAK MASUK AKAL CAKAP TOK ARAB NI... kah ..

kah kah kah... KALAU PECAH TELOOO..kah kah kah...

kah kah kah.... MACAM MANA  PEREMPUAN MELAYU DAPAT ANAK...kah ...


--------

TAMAROD DI TUNISIA

Posted: 29 Sep 2013 06:00 PM PDT






KOMENTAR TUKAR TIUB
inilah contoh yang wajib dikuti
inilah cara partu politik
yang demokratik
inila tanda tamadun madani

bila rakyat keluar ke jalan raya
bila rakyat benci 
bila rakyat tuntut pilihan raya
maka tunaikan lah tuntutan rakyat

RAKYAT TUNIS BERJAYA
Parti pemerintah Tunisia setuju undur, bincang
TUNIS 29 Sept. - Parti pemerintah Tunisia, Parti Ennahda bersetuju untuk berundur dan melepaskan kuasa bagi mengadakan perbincangan dengan pembangkang minggu depan.
Jurucakap kesatuan buruh berkata, persetujuan itu dicapai selepas berbulan-bulan berunding dengan kerajaan pimpinan pergerakan Islam itu.

Persetujuan tersebut akan memberi laluan kepada pembentukan kerajaan sementara sebelum pilihan raya baharu diadakan. - AGENSI


---------

MARI KITA KETAWA PETANG INI

Posted: 29 Sep 2013 01:48 AM PDT



PADA PERANG AHAD YANG PANAS
MARI SEMUA BERHIBUR
DENGAN LAGU INI
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH
-------

NASIONALISMA DAYAK MULA MEREBAK

Posted: 29 Sep 2013 01:33 AM PDT



JALUR TEMBERANG
SENGAJA DI TERBALIKAN
KAH KAH KAH


Jalur Gemilang dikibar secara terbalik

Jabatan kerajaan tidak prihatin kedudukan bendera ketika ia dikibarkan 

MIRI: Agak mengejutkan apabila mendapati ada jabatan kerajaan tidak prihatin dengan kedudukan bendera negara, Jalur Gemilang apabila ia dikibarkan secara terbalik.

Tindakan tersebut yang bukan sahaja membuktikan kurangnya kepekaan malah semangat patriotisme di kalangan kakitangan yang bertugas di pejabat berkenaan tetapi telah menarik perhatian orang awam yang lalu-lalang di hadapan pejabat berkenaan.

Malah ada yang lebih prihatin, telah bertindak membuat aduan ke pejabat akhbar ini semalam, meminta supaya perkara itu ditegur dan jangan diulangi, kerana bimbang ia diambil kesempatan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab walaupun kesilapan itu tidak disengajakan.

Menurut seorang pengadu yang memberitahu Utusan Borneo di sini semalam, beliau terkejut apabila ternampak Jalur Gemilang di pekarangan salah sebuah pejabat milik jabatan kerajaan dikibarkan terbalik.

"Saya bukan sahaja terkejut mendapati mereka mengibarkan Jalur Gemilang terbalik tetapi agak terkilan kenapa mereka tidak sedar ketika menaikkan bendera berkenaan.

"Justeru saya menghubungi pejabat Borneo Post untuk memaklumkan dan menunjukkan bahawa ada orang yang masih tidak sedar nilai-nilai dan sentimen terhadap Jalur Gemilang," katanya yang enggan mendedahkan namanya.

Bagi membuktikannya, beliau mengambil gambar situasi tersebut.

"Malah kalau terbalik secara tidak sengaja pun, mereka perlu menukar atau memperbetulkannya dengan segera dan bukan hanya membiarkan ia terus berkibaran sepanjang hari dalam keadaan terbalik, seolah-olah tiada semangat patriotik," ujarnya.
Sementara itu, seorang ketua masyarakat di sini, Penghulu Samion Gani turut melahirkan rasa kesal dengan keadaan tersebut, yang dianggapnya tidak patut berlaku sama ada sengaja ataupun tidak.

"Malah pihak yang bertanggungjawab melakukan tugas menaikkan bendera tersebut perlu peka dan tahu kedudukan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sarawak yang betul.

"Agak mengecewakan, masih ada pihak yang tidak prihatin dengan keadaan Jalur Gemilang yang merupakan maruah negara, malah ia adalah imej dan simbol negara," tambahnya.
Samion berkata tindakan seperti itu perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa dengan mengedar surat pekeliling agar semua jabatan kerajaan dan agensinya mengibarkan bendera dengan betul.


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/09/26/jalur-gemilang-dikibar-secara-terbalik/#ixzz2gGH7YD84


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAK KAN TAK FAHAM.... kah kah kah..

kah kah kah..TAK KAN TAK TAHU MAKNANYA... kah kah kah..

kah kah kah..MUSTAHIL TAK TAHU TERBALIK.... kah kah kah..

kah kah kah... MUSTAHIL BILA DAH PASANG TAK NAMPAK...kah kah kah..

woit.... INI TANDA NYA DAYAK DAH BOSAN... kah kah kah

woit... TAK FAHAM LAGI KE?.... kah kah kah

ADAKAH INI MENGHINA
atau
MEMBERAHIKAN
kah kah kah

----------

SURAT SURAT TERBAIK

Posted: 28 Sep 2013 10:30 PM PDT





 KIBARKAN SEJARAH BANGSA


BENCI JADI MELAYU
Dunia amat terus terang sekarang ni......aku duduk minum di kedai kopi dekat PWTC...seorang enginear asal ampang avenue condo dengan bangga dan geram besuara ....AKU BENCI JADI MELAYU...sebanyak 3 kali....tak tahulah dia nak jadi apa gaknga.....dalam hati aku....DIA NI NAK JADI BERUK KOT.....heheheeheheh on DEMO ANTI AMERIKA JUMAAT 11` OKTOBER
DDKB
on 9/25/13
SEJARAH MELAKAR SEJARAH
ORANG BAIK TAK BUAT APA APA
Buatlah apa yang patut TT. Dunia yang didiami ni makin bahaya bukan kerana wujudnya ramai orang jahat tapi adanya ramai orang baik-baik tak berani nak buat apa2. Biaqlah kita yang jahat ni melawan arus. Orang kata A kita kata C. Biar semua pakat cangak!! Bagi trigger trap sampai anak-anak muda boleh buat U turn.

The one n only TT. Kita hormat, cium tangan, cium kaki mak bapak kita saja..yang lain kita nak takut apa!! Membujur lalu melintang patah. Zaman laa ni Melayu dah tak dak Mat Kilau, Mat Indera, Hang Jebat. Pedang pun kongsi gelap yang punya. Tinggal Pena TT melakar sejarah berani buat berani tanggung. Nak harapkan ulamak muda-muda, kenaikan harga barang ketetapan Allah.

Arwah mak selalu bercerita perjuangan Syamsiah Fakeh. Berbanding dengan Rosmah, patutkah kita orang melayu mencium tangan, tunduk hormat pada wanita yang memperjuangkan Permatalah sangat. Kalau setakat sayang sangat kat duit dengan mengguna manusia, dia lebih kejam dari Chin Peng. Cuba pi tanya sat on SAKEPING GAMBAR CULT - SEJARAH DARAH BANGSA
Publish | Delete | Spam
Qaseh Bonda
on 9/25/13
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal


-----------

TAYAR DAH FULLL TAK KASI

Posted: 28 Sep 2013 09:00 PM PDT






KOMENTAR TUKAR TIUB
lagi dekat muktamar pas
akan banyak lagi kenyatan saperti dibawah ini

dengan menggunakan istilah arab
bengolan-bengolan ini cuba mengkaitkan dengan agama
ini adalah taktik dari zaman berzaman
ini taktik dan cara menjual agama

perkatan arab diselit kan disana sini
ini untuk diperlihatkan pekara itu suci

tapi di negara arab
taktik ini tidak laku
kerana semua orang  tahu berbahasa arab
perkattgaan itu terus jadi perkataan
tidsask ada apa apa yang suci
atau bersangkutan dengan  agama

ini sama juga dengan politikus yang ramai
untuk menunjukan hebat masukan juga
beberapa patah perkataan inggeris
untuk  dilihat hebat lagi 
masukan perkatan peranchis atau german

NOTA
yangkena kelentong
ialah mak cik dan pak cik felda
yang kena tipu ialah orang kampong
kah kah kah

SUCI LAH PERJUANGAN
 MENENTANG ZIONIS

Tahaluf siyasi perlu dipercepat

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Cadangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib supaya mengkaji semula tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang perlu diperhalusi dan dipercepatkan oleh pemimpin tertinggi demi kepentingan parti tersebut.

Ahli Pas Cawangan Repuh, Arau, Hussin Hassan berkata, cadangan itu perlu dikaji semula untuk melihat apabila Pas berganding dengan DAP, adakah akan memberi jaminan bahawa mereka juga mementingkan Islam.

''Ini kerana kita sentiasa mementingkan perhubungan dalam Islam dan bagi memastikan parti DAP membantu dalam isu yang baik, maka tahaful siyasi ini wajar diadakan segera.

''Saya menyokong sepenuhnya cadangan tersebut dan berharap perkara ini akan diusulkan pada Muktamar Pas demi kebaikan parti," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucaptamanya mencadangkan agar Pas segera menubuhkan sebuah jawatan kuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi parti itu serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BENDA APA TAYAFUL TAK KASI INI.... kah kah kah..

kah kah kah..INI MACAM  TAK KASi PROJEK KE?.... kah kah kah..

kah kah kah.... YANG MANA SIAL YANG  MANA  DAH BASI ... kah kah kah..


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.. KOMEN INI HANYA DARI AHLI PARTI.... kah kah kah..

kah kah kah... INI BETUL TAYAR FULL TAK KASI  PROJEK... kah kah kah..

 kah..KALAU GEDEBE PAS ..ATAU KETUA BAHAGAIN OK JUGA... kah..

kah kah kah..INI MALAON MANA NI?... kah kah kah..

kah kah kah...MALAON NI BAKAL PEMENANG HADIAH NOBEL KE?... kah kah kah


---------