Komentar Kini |
Posted: 29 Sep 2013 01:26 AM PDT Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan umno sudah tua, tenat dan akan mati.Maka berkatalah sesetengah orang umno, umno perlu di remajakan. Atas sebab itulah, Mukhriz anak Tun Dr Mahathir yang kalah merebut jawatan pergerakan Pemuda masuk bertanding merebut jawatan naib presiden dalam perhimpunan Agung tahunan yang akan diadakan pada Oktober ini. Tiga orang yang akan bertanding jawatan tersebut, Mukhriz salah seorang menteri besar yang mecuba nasib disamping dua nama yang sudah tua, itu Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Isa Samad. Kedua dua tokoh yang mencuba nasib kali ini terdiri yang pernah terbabit dengan rasuah punca masing masing tidak layak bertanding. Datuk Seri Ali Rustam bekas Ketua menteri Melaka itu tidak dikenakan tindakan dan Datuk Seri Isa Samad di kenakan tindakan, sekarang sudah bebas dan layak bertanding. Persoalan yang timbulkan, perlukah umno di remajakan kerana di pimpin oleh mereka yang sudah tua dan tenat akan mati. Apakah remaja tidak tenat dan tidak mati? Remaja tidak boleh dijadikan ukuran yang mereka tidak tenat dan tak mati. Malahan remaja hari ini memang merupakan manusia yang tidak boleh diharap untuk memimpin. Oleh itu, jika umno diremajakan ia berada dalam keadaan yang lebih buruk berbanding ia di pimpin oleh orang tua yang dikatakan sudah tenat dan akan mati itu. Remaja dalam umno memang merupakan manusia yang tidak terlepas daripada terbabit dengan pelbagai kejahatan, termasuk melakukan jenayah berat yang boleh menghancurkan Negara. Jika umno yang dipimpin oleh orang tua dan tenat ini boleh menghacurkan Negara. Apatah lagi jika ia di pimpin oleh golongan remaja. Lebih lebih lagi kebanyakan mereka itu akan terbabit dengan jenayah rasuah kesenambungan yang mahu tidak mahu pasti akan berlaku terus menerus. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan