Nuffnang

Pengikut

Justice For All

0
sumber :-

Justice For All


scandalp

Posted: 16 Sep 2013 12:02 PM PDT


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bakar rumah taktik halau setinggan Batu Sapi?

Posted: 16 Sep 2013 08:55 PM PDT


PADANG JARAK...lebih 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

SANDAKAN: Setiap kali penduduk setinggan atau tanah teroka diarah berpindah akan berlaku insiden kebakaran misteri yang menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa.

Kejadian ini lazimnya terjadi selepas keengganan penduduk menuruti arahan kerana tidak berpuas hati dengan tempat tinggal baru yang disediakan termasuk pampasan rendah yang dijanjikan.

Demikian kata pengasas PAS Sabah yang juga Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Hamzah Abdullah, 7 September lalu kepada  kami -- saya dan Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman -- ketika berkunjung ke tempat kejadian, dekat Sandakan baru-baru ini.

Harakah dibawa melihat sebahagian rumah atas air Kampung Cenderamata, Batu Sapi, yang musnah dijilat api pada hari pertama Syawal lalu. Rombongan kami, yang kebetulan lewat tiba, ketika azan Maghrib hampir berkumandang, disambut penuh harapan.

Jelas sekali impian besar mereka mahu masalah yang menghimpit dapat diberi liputan meluas oleh pihak media, khususnya Harakah, agar penyelesaian tuntas dapaty disegerakan.

Seorang maut susulan kebakaran besar itu manakala lebih 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan terpaksa menetap di khemah sementara dan garaj kereta yang dibina berhampiran tempat kejadian.

Kata Hamzah, beberapa kes sama telah berlaku membabitkan setinggan, namun sehingga kini masih tidak ada tindakan daripada pihak berkuasa dan agensi kerajaan.

Bagi seorang penduduk, Edi Sumardi Jaffar, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

Pada hari kejadian katanya, sepasang suami isteri dilaporkan bergaduh dan si suami dikatakan bertindak membakar rumahnya sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi bakal menentang Khairy Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda Umno

Posted: 16 Sep 2013 08:14 PM PDT

PETALING JAYA: Hasrat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda pada 12 Oktober depan tidak tercapai apabila anak bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid dijangka mencabarnya.
Anak Sanusi, Akhramsyah Muamar Ubaidah, adalah anak Sains MARA dan juga ahli setia UMNO (no 01827033, Bendang Baru, Langkawi).

Berijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia dari Imperial College, London, dan aktif mengasas, mengerak dan menghidupkan NGO sejak zaman universiti lagi. Kini diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) sesi 2010-2012.

"Saya ingin mengabdikan diri, berganding bersama kawan-kawan, untuk mengembalikan kegemilangan ke Pergerakan pemuda Umno Malaysia berlandaskan nilai-nilai keikhlasan dalam perjuangan serta bersatu dalam melaksanakan agenda," tulisnya dalam blognya Tangents:Restless musings of a Malay mind pada 14 September lalu.

Beliau akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.
Pada tahun 2009, Khairy ditentang anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datukl Mukhriz dan Datuk Dr Khir Toyo dalam pertandingan tiga penjuru. Tetapi kall ini Khairy ditentang anak Sanusi yang kebetulan pula Sanusi adalah kawan rapat Dr Mahathir.

Anak Bapak: Mukhriz mungkin rebut jawatan naib presiden Umno, ganggu status quo....

Posted: 16 Sep 2013 08:11 PM PDT

Dalam beberapa hari lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menghantar risikan kepada perwakilan parti dan broker kuasa: beliau lebih suka barisan naib presiden Umno dikembalikan pada pemilihan parti akan datang.
Tetapi, perancangan kemas untuk membantu Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk kekal dalam jawatan mereka nampaknya sedikit kacau dengan keputusan hampir pasti Datuk Mukhriz Mahathir dalam keputusannya malam ini untuk bertanding merebut salah satu ruang dalam tiga jawatan naib presiden itu.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Umno di Kedah dan dijangka membuat pengumuman mengenai cita-citanya dalam parti.
Keputusannya untuk masuk dalam perebutan jawatan itu akan meletakkan Najib dalam keadaan kurang selesa. Jika presiden parti pada masa ini kekal neutral, ia kelihatan sepupunya, Hishammuddin, mungkin menjadi orang yang tewas apabila undi diselaraskan.
Jika pegawai khas dan operasinya terus membuat rondaan dan memberi petunjuk bahawa beliau mahu status quo itu dikekalkan, beliau mungkin boleh menyebabkan kem Dr Mahathir marah.
Beberapa minggu lalu, blogger yang pro kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir kerap menulis mengenai peluang Mukhriz untuk mendapatkan tempat di antara tiga jawatan naib presiden – yang dilihat sebagai satu langkah hampir untuk berada di puncak kepimpinan parti.
Mukhriz, 48, dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selepas memenangi kerus dewan undangan negeri pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dan blogger pro-Umno berpendapat beliau patut merebut peluang untuk mencuba nasib mendapatkan jawatan naib presiden atau beliau akan hilang senioriti kepada pemimpin akan datang dalam Umno.
Antara pencabar lain merebut jawatan naib presiden ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, walaupun mereka dikatakan ditawarkan kedudukan senator dan jawatan korporat yang menguntungkan jika menarik diri daripada perlawanan itu.
Ali disingkirkan daripada perebutan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti pada 2009 selepas didakwa terbabit dengan politik wang.
Dr Mahathir bercakap mengenai keperluan parti terhadap pemimpin muda sebagai pembaharuan parti, dan ini dilihat sebagai pesanan kepada veteran parti untuk membenarkan Mukhriz dan mereka  yang berada dalam lingkungan usianya diberikan peluang mendaki dalam kepimpinan parti.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir diselar pengampu Najib kerana kenyataan Umno “bakal mati”

Posted: 16 Sep 2013 08:08 PM PDT

Ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) yang mendakwa Umno kini "sudah tua dan bakal mati" ditempelak pemimpin parti itu dan enggan menerima kenyataan yang dibuat di akhbar Utusan Malaysia itu.
Mereka berkata, perdana menteri paling lama berkhidmat yang bersara pada 2003 itu seharusnya sedar Umno kini dalam proses transformasi dan pembaharuan.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi melihat permasalahan yang dilontarkan Dr Mahathir berlaku sejak zaman bekas perdana menteri itu menjadi presiden Umno dari  1981 hingga 2003.
"Umno wujud dari dahulu lagi dan terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui Umno dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu," kata Dr Mohd Puad kepada The Malaysian Insider.
Katanya, antara gejala dalam Umno adalah perpecahan, tidak meletakkan keutamaan kepada parti dan politik wang.
Dr Mohd Puad berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak boleh diterima apabila mengatakan Umno akan mati sedangkan kepimpinan parti sedang gigih merawat kepincangan yang berlaku.
"Selagi Umno tidak lari dari masalah dan memegang prinsip kesederhanaan, menyeluruh dan keadilan untuk semua kaum, Umno akan selamat," katanya.
Dalam sebuah rencana yang disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia, Dr Mahathir menasihati Umno supaya melantik pemimpin muda kerana parti itu sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Pembunuh: Perbezaan pengganas PKM dengan Perasuah Negara

Posted: 16 Sep 2013 08:00 PM PDT

Pengerusi Parti Komunis Malaya yang di haramkan, Chin Peng, telah mati di Bangkok pada Hari Malaysia, 16hb September 2013. Kematiannya telah menjadikan ahli politik mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membuat kenyataan yang garang-garang terhadap orang yang telah mati dan tidak bernyawa itu.
Ada pemimpin UMNO dan NGO yang dahagakan isu untuk di sebut menggunakan kematian Chin Peng ini untuk menempelkan rasa sayang dan cintakan negara dengan meminta mayatnya tidak dikebumikan di negara ini kerana tindakan parti itu masuk kehutan dan menjadi pengganas kepada negara.
Saya tidak mahu memberikan komen tentang kematian Chin Peng ini kerana dia telah meninggal dunia dan ramai orang tidak sedar pun yang Chin masih hidup sehingga mendapat berita tentang kematiannya pada 16hb September yang lalu.
Saya lebih cenderung untuk memberikan ulasan tentang kenyataan-kenyataan yang 'made belief heroes' dalam UMNO dan beberapa orang pemimpin NGO yang sibuk untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membidas orang yang telah mati itu.
Benar Chin Peng telah membunuh dan menyeksa ramai rakyat yang bertuankan British semasa parti itu masuk kehutan dahulu. Tetapi kita jangan lupa yang keganasan Chin Peng itu tidak ada bezanya dengan parti dan pemimpin yang merosakkan negara melalui tindakan rasuah dan menyalahgunaan kuasa.
Pemberontakan Chin Peng itu menghasilkan kematian banyak tubuh dan jasad manusia tetapi sikap rasuah yang menjahanamkan negara juga telah banyak menindas perasaan dan membunuh jiwa rakyat yang berjuta bilangannya dinegara ini.
Pendeknya Chin Peng telah membunuh tubuh ribuan manusia tetapi sikap rasuah dan salahguna kuasa pemimpin itu telah membunuh keseluruhan sistem kerajaan dan demokrasi negara kita. Rasuah telah membunuh jiwa berjuta rakyat negara ini. Kerajaan yang rasuah dan menggunakan kuasa telah merobohkan segala sistem dan 'fabric' politik dan kenegaraan kita dan itu sangat membunuh perasaan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Pemerhati undang2 antarabangsa ikuti rayuan pendakwa kes Fitnah Liwat II

Posted: 16 Sep 2013 07:56 PM PDT

Mark Trowell QCKUALA LUMPUR 17 SEPTEMBER: Pemerhati antarabangsa Mark Trowell akan hadir ke rayuan perbicaraan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didengar Mahkamah Rayuan Putrajaya dari 17 hingga 18 September.
Trowell (gambar) ialah pengerusi bersama jawatankuasa tetap undang-undang jenayah Lawasia dan berpengalaman untuk kes penting di Australia, bukan sahaja sebagai peguam bela tetapi mendakwa bagi pihak pendakwaraya.
Trowell turut tampil sebagai peguam dalam pelbagai Suruhanjaya Diraja dan inkuiri khas antaranya Suruhanjaya Jenayah Australia (ACC) dan Suruhanjaya Jenayah & Rasuah (CCC).
Sejak 2002 Trowell bertindak sebagai pemerhati antarabangsa beberapa pertubuhan termasuk Bar Association Australia, Lawasia, International Commission of Jurists, Commonwealth Lawyers Association, Union Internationale des Advocates dan Inter-Parliamentary Union (IPU).
Awal tahun ini beliau mewakili IPU di perbicaraan jenayah beberapa anggota UDD (dikenali kumpulan baju merah) yang didakwa memberontak di Thailand.
Trowell akan mewakili IPU di Geneva, pertubuhan antarabangsa parlimen mewakili lebih daripada 162 parlimen berdaulat seluruh dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Tribunal Rakyat bermula esok tanpa penyertaan SPR, polis

Posted: 16 Sep 2013 04:18 PM PDT

Tribunal Rakyat yang dibentuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menyiasat rungutan berlakunya kesalahan ketika pilihan raya umum pada 5 Mei akan mendengar testimoni kira-kira 30 saksi pada pendengaran pertama esok.
Ahli Jawatankuasa Penganjur Tribunal Rakyat, Ivy Josiah berkata, selain pengundi, ahli akademik dan wakil badan bukan kerajaan, jemputan turut dihantar kepada polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Polis memaklumkan mereka tidak akan menghantar wakil," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kepada The Malaysian Insider bahawa SPR tidak akan menyertai tribunal berkenaan kerana tiada sebarang peruntukan undang-undang memerlukan mereka menyertai tribunal sedemikian.
Penyertaan BN masih samar-samar namun ruang disediakan untuk menempatkan mereka, kata Josiah.
Bermula 18 September, tribunal yang berlangsung selama lima hari itu akan menyiasat dakwaan ketidakadilan dalam pilihan raya umum ke-13.
Antaranya adalah integriti daftar pemilih yang digunakan SPR dan sama ada dana berlebihan digunakan untuk menarik pengundi.
Menegaskan mereka tidak akan menghentam pihak berkuasa, Josiah berkata, mereka akan mendedahkan bukti dengan cara yang bertanggungjawab.
"Atas sebab itu kumpulan perundangan seramai 30 orang menyemak bukti dan menjadikannya perakuan bersumpah," katanya.
Josiah berkata, inkuiri berkenaan amat signifikan kerana ia adalah mahkamah rakyat untuk mencari kebenaran.
"Ia tribunal rakyat untuk rakyat, bagi mencari kebenaran dan semangat cintakan tanah air," katanya kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Chin Peng tetap ketua pengganas, kata Zahid Hamidi

Posted: 16 Sep 2013 04:15 PM PDT

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa agar rakyat Malaysia tetap menganggap Chin Peng sebagai seorang ketua pengganas dan mengatakan anggota keselamatan negara masih tidak dapat melupakan peristiwa hitam bergelut dengan keganasan Parti Komunis Malaya (PKM).
Bekas Setiausaha Agung PKM itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
"Saya pinta agar Chin Peng tetap dianggap sebagai ketua pengganas dan anggota keselamatan seperti polis dan tentera masih belum dapat melupakan dan memaafkan keganasan pemimpin PKM itu," kata Menteri Dalam Negeri itu apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Menurut Ahmad Zahid, ramai anggota keselamatan telah mati berperang dengan PKM.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya.
Anggota PKM lain seperti Rashid Maidin, Abu Samah Mohamad Kassim, Shamsiah Fakeh dan Suraini Abdullah dibenarkan pulang akan tetapi sesetengah daripadanya memilih untuk tidak pulang.

Abu mayat Chin Peng pun tak dibenarkan ke Malaysia – Najib

Posted: 16 Sep 2013 04:10 PM PDT

PM Malaysia, Najib Razak berkata kerajaan Malaysia tak akan terlibat sama sekali berkaitan urusan pengebumian mayat Chin Peng. Najib juga percaya urusan pengebumian bekas SU Agung PKM itu akan dilakukan di Thailand.
"Kerajaan tidak akan membenarkan mendiang dikebumikan di Malaysia atas faktor sejarah dan kekejaman yang dilakukannya," katanya pada sidang media.
Bukan setakat mayat, abu mayat Chin Peng juga tak dibenarkan dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta ahli keluarga mendiang.

Kudeta: Lanjutan Darurat Untuk Kembalikan Rejim Mubarak, Jutaan Rakyat Mesir Teruskan Demontrasi

Posted: 16 Sep 2013 04:06 PM PDT



Ikhwanul Muslimin pada hari Ahad kelmarin (15/9/2013) mendakwa bahawa lanjutan tempoh darurat selama dua bulan lagi hanya akan mengembalikan semula rejim Hosni Mubarak dan menterbalikkan prinsip-prinsip dan tujuan dari Revolusi 25 Januari.

Di dalam satu kenyataan yang diterbitkan di halaman Facebook mereka, Ikhwan mengkritik Presiden sementara Adly Mansour yang telah melanjutkan tempoh darurat, mendakwa bahawa langkah itu sepatutnya dikenakan hanya dalam tiga situasi: semasa perang, serangan wabak atau perselisihan awam.

"Kami tidak tahu alasan apa ketika ini yang membuat hakim menandatangani keputusan melanjutkan keadaan darurat," tambah Ikhwan.

Selanjutnya, kenyataan itu juga mengkritik apa yang dianggap mereka sebagai ketidakpedulian pengambil keputusan dengan kondisi ekonomi Mesir yang mengerikan ketika ini.

Presiden sementara Mesir Adly Mansour pada hari petang Khamis minggu lalu memutuskan untuk melanjutkan keadaan darurat selama dua bulan.
Read More / Baca Lagi >>

CHIN PENG VS HENRY GURNEY - ZAHID "MULIA"KAN PENEGAK NEGARA YAHUDI

Posted: 16 Sep 2013 04:06 PM PDT

 SHAH ALAM – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi menegaskan kematian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang hidup dalam buangan di Thailand tidak akan memadamkan rasa kebencian dalam kalangan balu polis dan tentera yang telah mengorbankan ramai pejuang negara.


Sehubungan itu, tegasnya adalah tidak wajar sekiranya mayat mendiang dibawa pulang ke Malaysia untuk disemadikan.


Menurut beliau, Chin Peng tidak layak menerima penghargaan dan penghormatan kerana mendiang bukanlah seorang pejuang kemerdekaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.


"Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia.


"Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan beberapa pihak termasuk parti politik, NGO atau individu tertentu, beliau tetap ketua pengganas komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini," katanya yang dipetik daripada mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), hari ini. 
Read More / Baca Lagi >>

Ust. Hanif - Wajibkah Sokong Niat Berjalan Kaki Jika UMNO Menang Pilihanraya

Posted: 16 Sep 2013 03:46 PM PDT

Zaid: Anwar wouldn't be free if Pak Lah wasn't PM

Posted: 16 Sep 2013 03:44 PM PDT

Awakening: Pak Lah wanted reforms

Posted: 16 Sep 2013 08:32 AM PDT

Jelajah bantah TPPA 14 lokasi seluruh negara bermula 17 September

Posted: 16 Sep 2013 08:25 AM PDT

TPPAKUALA LUMPUR 16 SEPTEMBER: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (BANTAH) mengadakan siri ceramah di 14 lokasi di seluruh negara.
Ceramah membantah TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) akan bermula di lokasi pertamanya di Taman Melati, Gombak pada hari Selasa, 17 September bermula jam 8.30 malam.
Antara barisan penceramah ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, penyelaras SAMM Kebangsaan, CheguBard, aktivis politik Hishamuddin Rais dan wakil mahasiswa Adam Adli.
SAMM dalam kenyataan sebelum ini menyatakan rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa perjanjian TPPA adalah 'keganasan ekonomi' oleh konglomerat bertaraf dunia.
"Kerajaan sebelum ini mengumumkan perjanjian TPPA tidak akan ditandatangani ketika kedatangan Presiden (Amerika Syarikat) Obama di Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan pada bulan depan.
"Namun ramai yang tidak sedar proses metrai perjanjian TPPA hanyalah satu penangguhan.
"Ia tetap akan berlaku setelah pasukan perunding mencapai 'kata sepakat' yang dinafi dari pengetahuan umum.
"Jelajah #bantahTPPA berbentuk ceramah umum merangkumi 13 lokasi di seluruh negara dengan agenda utama memobilisasi satu demonstrasi besar di KLCC pada 11 Oktober depan," kenyataan SAMM dipetik.
Berikut senarai jelajah Bantah TPPA:
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama tingkat sokongan kepada PAS - Mahfuz

Posted: 16 Sep 2013 08:15 AM PDT


KUALA LUMPUR: Keputusan mengadakan kerjasama dengan parti-parti lain bukan sahaja tidak merugikan malah meningkatkan sokongan kepada PAS, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Dengan mengambil kira kejayaan tersebut, beliau menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mahu memperkuatkan lagi pakatan politik di dalam Pakatan Rakyat.

Sambil menyifatkan pendirian kedua-dua mereka sebagai pendirian yang jelas, Mahfuz berkata, sejak tahun 1990 lagi, di mana kerjasama PAS dengan Semangat 46 berjaya mengambil alih pemerintahan Kelantan dari Barisan Nasional (BN).


Beliau berkata, tindakan PAS mengadakan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan parti-parti lain lebih banyak menguntungkan PAS.

"Kalau neraca untung rugi yang mahu digunakan, amat jelas tahaluf siyasi menguntungkan perjuangan PAS seperti yang dihuraikan oleh kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai perkara itu sebelum ini.

"Malah, dalam pilihan raya lalu pun, melalui sikap pro-perpaduan yang ditunjukkan oleh PAS, sama ada perpaduan antara kaum atau perpaduan antara parti, jangan dilupakan aspek positif yang diperolehi dalam pilihan raya tersebut di mana PAS berjaya meningkat penguasaannya di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di mana kita memperolehi 85 kerusi berbanding 83 kerusi pada pilihan raya umum 2008," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Read More / Baca Lagi >>

Dakwah PAS mesti ‘masuk’ rumah Melayu tradisi - Dr Dzulkefly

Posted: 16 Sep 2013 08:14 AM PDT


BINTULU: Dakwah PAS mestilah 'menerobos' rumah pengundi tradisi Melayu untuk menarik sokongan mereka, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. 
Beliau berkata, ini kerana sifat golongan tradisi Melayu itu sukar untuk mengubah sokongan mereka daripada parti kerajaan kepada pembangkang. Justeru, katanya PAS yang sentiasa berdepan dengan mereka pada pilihan raya seharusnya memastikan dakwah yang dijalankan dapat memasuki rumah golongan itu. 
"Siasah kita bermula dengan dakwah, kita bukan siasah sahaja, siasah dan berdakwah," ujarnya ketika membentangkan kertas kerja 'Pengalaman Kekalahan' pada Ijtimak PAS Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini, petang semalam.
Tambahnya, di samping melaksanakan aktiviti dakwah, PAS perlu mengatur strategi siasah kepada mereka. Beliau menambah, PAS perlu melaksanakannya serentak kerana PAS adalah parti siasah dan dakwah.
Berkongsi pengalaman sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor sebelum ini, katanya walau bagaimana pun perkhidmatan yang diberikan kepada mereka, belum tentu dapat menarik sokongan Melayu tradisi pada pilihan raya berikutnya.
Ini, ujarnya kerana sebahagian besar Melayu tradisi mudah dibeli oleh Umno apabila menjelang pilihan raya sehingga mereka takut untuk memberikan sokongan kepada PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Pusat Perlu Tegas Bantah Kekejaman Di Mesir Dan Syria

Posted: 16 Sep 2013 08:09 AM PDT

Shamsul Iskandar: Kita Tak Akan Berhenti, Kita Mesti Lawan

Posted: 16 Sep 2013 08:07 AM PDT

War Dividend: US arms firms ready to cash in if Syria attacked

Posted: 16 Sep 2013 08:07 AM PDT

Kerry Issues Warning to Assad on Arms Deal

Posted: 16 Sep 2013 08:06 AM PDT

UN probe finds 'clear evidence of sarin gas on large scale' in Syria

Posted: 16 Sep 2013 08:06 AM PDT

'Judges had more guts under Pak Lah'

Posted: 16 Sep 2013 08:05 AM PDT

Najib tak benar bawa pulang mayat Chin Peng

Posted: 16 Sep 2013 07:28 AM PDT

KOTA KINABALU - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
  
Perdana Menteri berkata bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok hari ini akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
  
Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand.
  
"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.
  
"Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," kata Najib pada sidang akhbar di sini ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbang sekiranya anggota keluarga Chin Peng memohon untuk melakukan urusan pengebumiannya di Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

PEMBUNUH SENYAP INI MUNGKIN BERADA DIDALAM KERETA ANDA..!!

Posted: 16 Sep 2013 07:27 AM PDT


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DEWAN ULAMA PATUT BUANG RESOLUSI 5 DAN 7-MSO

Posted: 16 Sep 2013 07:06 AM PDT

 BACA MSO

 
1- Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dgn lebih berkesan sebagai pemimpin politik yg menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam. 

2- Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerakerja, antaranya ;
i- mengukuhkan gerakerja tarbiyah 
ii- mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yang menjadi tunjang utama kepada PAS. 
iii-memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan

3- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yg merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam. 

4- Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada Pas Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi pru 13 untuk lonjakan pru 14.

5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah. 

6- Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kpd semua kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulamak haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.



7- Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

 
8. Multaqa Ulamak Se Malaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU14 ke arah perlaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.


Apakah Harun Taib hanya ingin PAS jadi pembangkang sampai kiamat? – Shahbudin Husin

Posted: 16 Sep 2013 06:30 AM PDT

Apakah Harun Taib hanya ingin PAS jadi pembangkang sampai kiamat? – Shahbudin Husin

September 16, 2013
Latest Update: September 16, 2013 
 
Sudah banyak yang ditulis mengenai keputusan Multaqa Ulama PAS yang antara lainnya memutuskan supaya dikaji semula tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan Pakatan Rakyat terutama PKR yang dianggap merugikan parti itu. Kekurangan sokongan pengundi Melayu, isu Kota Damansara dan pertindihan di Labuan dalam pilihanraya umum lalu, menjalarnya elemen Anwarisme dalam PAS dan berbagai lagi dijadikan sandaran sebagai justifikasi kepada perlunya kajian itu.

Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib lantas turut diserang dan dilabel dengan pelbagai gelaran berikutan pengumuman ini dianggap meletakkan ulama PAS seolah-olah tidak memahami realiti masyarakat di negara ini, mempunyai pemikiran gaya lama, tidak terbuka dan berbagai lagi.

Dalam PAS sendiri terlihat reaksi yang berbagai. Rakyat yang mahukan perubahan pula jelas tidak gembira dengan keputusan itu. Umno pula mungkin tersenyum lebar kerana Dewan Ulama seolah-olah suara parti itu dan menjadi "trojan horse" terbaru selepas Nasharudin Mohd Isa dan Dr Hassan Ali yang begitu anti dengan PKR dan Anwar Ibrahim.

Beliau juga mengatakan bahawa PAS wajib melangkah ke hadapan dengan memahami keadaan politik di Malaysia dan mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik untuk masyarakat majmuk selagi tidak melanggar hukum dan syariat serta tidak mengurung diri dalam pemikiran yang dicipta sendiri.

Jelas bahawa Nik Aziz berbeza dengan Harun Taib. Kewarakan dan ilmu Nik Aziz sesuai dengan keperluan politik Malaysia walaupun dari segi zahirnya beliau kelihatan tua dan mempunyai stail lama. Sambil mempertahankan hukum dan syariat, Nik Aziz bergerak komtemporari dan selari dengan zaman. Sebab itu, di antara sekian ramai pemimpin PAS, Nik Aziz bukan saja disukai oleh golongan lama dan tua, bahkan golongan muda lebih ramai yang tertarik kepadanya.

Memang wujud golongan dalam masyarakat seperti NGO, pensyarah atau ahli akademik yang menyarankan supaya PAS berjuang bersendirian dan meninggalkan rakan-rakan dalam PR kononnya agar lebih dihormati oleh pengundi Melayu dan Islam dengan pelbagai hujah dan alasan. Nampak macam mereka turut berjiwa Islam dan menyokong ketulenan PAS tetapi sebenarnya mereka inilah golongan yang mahu melihat Umno dan BN kekal berkuasa sampai bila-bila.

Mereka tahu apabila PAS boleh bekerjasama dengan parti dan kaum lain, ia adalah petanda awal bahaya kepada Umno dan BN.

Dalam realiti masyarakat negara ini, PAS tidak boleh mengelak untuk berkerjasama dengan parti-parti lain dari berbagai kaum. Ia sama seperti Umno tidak mungkin mampu berkuasa tanpa bantuan MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya. Mungkin hubungan dengan PKR ada masalahnya tetapi ia belumlah menjadi barah atau kecncing manis yang serius sehingga perlu dipotong kaki dan sebagainya.

Kekurangan sokongan pengundi Melayu dan kurangnya kerusi Parlimen yang dimenangi oleh PAS bukanlah disebabkan kerjasama dengan PKR atau penolakan rakyat terhadap kerjasama itu tetapi kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi PAS musuhnya ialah Umno. Umno pula sebagai teras kerajaan mempunyai lebih keupayaan dari segi wang, jentera dan sebagainya untuk mengalahkan PAS.

Berbeza dengan pengundi bukan Melayu, pengundi Melayu majoritinya masih terkepung, totok dan tidak terbuka, terutama yang tinggal di kampung-kampung. Golongan ini dapat sekampit beras, kain batik dan kain pelikat pun akan menyokong Umno dan mengundi BN sampai mati. Mereka ini tidak tahu isu, tidak faham rasuah, jauh sekali untuk faham skandal Scorpene dan rasuah RM500 juta. Yang mereka faham Umno itu kerajaan dan kerajaan itu Umno, dan pihak inilah yant selama ini membina sekolah, jalan, kemudahan awam dan lain-lain.

Golongan ini juga mudah ditakut-takutkan dengan DAP yang dikaitkan dengan komunis, sentiasa dilagukan bahawa Cina akan berkuasa jika Umno kalah, kembali kepada zaman makan ubi kayu dan macam-macam lagi kempen ciptaan yang menakutkan.

Di sinilah cabaran PAS sebenarnya yang menyebabkan ia kalah banyak kerusi, bukan kerana kerjasama dengan PKR merugikan dan menyebabkannya hilang banyak kerusi. Tetapi keadaan ini akan beransur-ansur lupus apabila golongan totok ini makin berkurangan, kemajuan semakin datang, celik maklumat bertambah dan bandar-bandar baru lebih banyak diwujudkan.

Dalam hal ini, Dewan Ulama yang sepatutnya lebih memahami Islam haruslah bersabar dan tidak melihat faktor rugi semata-mata. Sambil melihat kerugian, mereka juga harus melihat apa untungnya tahaluf siyasi itu seperti semakin banyaknya kerusi – yang selama ini begitu asing – kini sudah boleh dimenangi seperti di Selangor, Pahang dan Johor. Bahkan di Selangor, yang dulunya asing bagi PAS, kini mereka sudah memperolehi jumlah kerusi majoriti.

Dengan adanya kerjasama politik bersama PR, PAS juga akan menerima lebih sokongan daripada pengundi celik di bandar yang berpendidikan serta golongan muda. Mereka ini mahu kepada Islam tetapi Islam yang dikehendaki mereka ialah Islam yang terbuka, kontemporari dan boleh bergaul serta menerima golongan lain. Golongan ini amat meminati Nik Aziz yang mempunyai pemikiran selari dengan mereka.

Dalam PAS meneroka hari-hari mendatang, walaupun Dewan Ulama ini hanyalah sekadar sayap dalam PAS, mereka seharusnya juga membuat keputusan yang mengambil kira demografi politik, masyarakat, keuntungan jangka panjang, keterbukaan dan seumpamanya. Haruslah disedari bahawa Malaysia bukanlah macam Kelantan atau Terengganu yang hampir seratus-peratus pengundinya Melayu dan Islam.


Kerjasama politik dengan parti-parti lain sudah menjadi suatu keperluan. Masalah haruslah dihadapi dan diselesaikan dengan perundingan serta lapang dada, bukannya dengan mencampak aturcara rundingan ke dalam sungai. Pendirian Dewan Ulama dan kepimpinan Harun Taib mungkin sudah ketinggalan dengan jalur zaman. Ia tidak sesuai dengan realiti semasa dan hakikat di Malaysia.

Lainlah jika PAS hanya ingin jadi pembangkang saja sampai kiamat.



Tukar Tiub

0
sumber :-

Tukar Tiub


RUMAH TERBUKA UNTUK YANG TAK BERUMAH

Posted: 16 Sep 2013 07:00 PM PDT





RUMAH TERBUKA
UNTUK WARGA TANPA RUMAH
 Pesta Rumah Terbuka untuk penghuni jalanan
Di kala penghuni kota enak tidur atas katil bertilam empuk, dia cuma beralaskan kotak yang biasanya dikutip di belakang kedai. Percaya atau tidak, rumahnya semenjak beberapa tahun lalu hanya di kaki jalan kedai sekitar Pudu Sentral. Panas atau hujan, disitulah tempat dia berteduh.
Dalam tempoh lima tahun berkelana di bandar Kuala Lumpur, pelbagai pekerjaan dilakukan dari kerja sebagai pengawal keselamatan hinggalah di restoran.
Bagaimanapun nasib tidak begitu menyebelahi lelaki berusia 32 tahun itu apabila  pekerjaan yang dilakukannya sering kali tidak pernah kekal.

baca seterusnya disini:

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rumah-terbuka-untuk-penghuni-jalanan


TIDUR DAN MAKAN
DI JALAN

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

SALUT DAN TABIK UNTUK KAWAN CHIN PENG

Posted: 16 Sep 2013 06:30 PM PDT





SALUT DAN TABIK UNTUK
KAWAN  YANG GAGAH BERANI

Walaupun dah pergi, tetapi tetap bersama rakyat buat selama-lamanya
Dengan kesedihan yang mendalam , kami mengumumkan pemergian pemimpin kami yang tercinta dan rakan seperjuangan yang dikasihi 
KAWAN CHIN PENG  ( ONG BOON HUA ) yang meninggal dunia dengan aman, berusia 89 tahun pada 16hb September 2013, pukul 6:20 pagi (waktu Malaysia pukul 7:20 pagi) di Bangkok, selepas sekian lama melawan penyakit.


Dengan ini, tamatlah hidup beliau yang gilang gemilang, yang penuh dengan peristiwa-peristiwa perjuangan.  Beliau telah meninggalkan kompatriot dari semua kaum, rakan-rakan dalam perjuangan bersenjata, saudara-mara dan sahabat-sahabat serta tanah air tercinta dan juga perjuangan rakyat , yang mana menjadi tumpuan sepanjang hidupnya ini.

Perjuangannya terhadap penyakit menunjukkan personal yang kuat, sama seperti dalam hidupnya, dalam menentang semua dugaan dan menghadapi apa yang tidak dapat dielakkan. Beliau telah berjuang dengan kesungguhan, keberanian dan, yang paling penting, dengan ketenangan yang disemai dengan kebijaksanaan, tanpa mengenal kalah dalam sepanjang "pertempuran" beliau.


Malangnya, hal-ehwal yang tidak dapat dielakkan telah mendatang : Beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya . Mungkin , bagaikan seorang yang balik keluar dari peperangan yang panjang, beliau perlu rehat. Jadi , REHATLAH , kawan seperjuangan kami tersayang.


Beliau telah meninggalkan kita , tetapi semangat beliau masih bersama kita, tertanam dalam sanubari setiap orang.


Tiada apa yang boleh menggantikan setiakawan yang telah mengikat kami. Dulu, kami berjuang mati-matian untuk mempertahankan negara kita daripada pencerobohan asing. Kami sama-sama mengumpulkan keberanian untuk melawan kuasa-kuasa jahat dan ketidakadilan dalam masyarakat. Dan kami sama-sama mencabar semua musuh yang hanya pandai membuli si-lemah dan kaum tertindas.

Kita memiliki cita-cita yang sama. Kepercayaan politik yang sama telah mengikat kita sepanjang umur. Kita sama-sama inginkan satu dunia yang lebih baik . Kita telah menunjukkan kepada generasi mendatang bahawa jalan perubahan adalah panjang dan rumit . Kita adalah sekumpulan manusia yang berani berjuang dan berani berkorban untuk kebaikan umat manusia.


Kami memahami hasrat terakhir beliau yang ingin mengembalikan jasadnya kepada anak-anak beliau yang tidak pernah beliau bela sendiri. Rintihan hati anak-anak beliau dan beliau sendiri mungkin tidak dapat difahami atau dirasai oleh orang lain. Dalam hal ini, beliau telah menunjukkan kepada dunia bahawa beliau hanyalah seorang manusia, yang penuh dengan nilai-nilai dan sensitiviti merendah diri dan kemanusiaan. Kami tabik kepadanya. Kami juga tabik kepada anak-anak dan keluarga beliau . Dan kami menyampaikan ucapan takziah kepada mereka.

Beliau amat mencintai kepada negara ini- tanah tumpah darahnya. Dengan kebijaksanaan dan keberaniannya, beliau telah mendatangkan perdamaian kepada negara kita. Beliau telah memberikan sumbangan yang bernilai, namun beliau dilarang kembali ke tanah air tercintanya. Sejarah akan menggugat  mereka yang mungkir janji. Apapun yang terjadi, rakyat jelata tidak buta. 


Selamat tinggal, Kawan Chin Peng - pemimpin yang kami cintai , kawan kami, wira kebebasan yang berani !  

Abdullah CD , rakan seperjuangan akrap Kawan Chin Peng,
Ban Chulabhorn Pattana Ke-9 (Kampung Perdamaian Banglang)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-10 (Kampung Perdamaian Betong)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-11 (Kampung Perdamaian Yaha)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-12 (Kampung Perdamaian Sukhirin)
Persatuan Abad Ke-21 Malaysia
Persatuan Perdamaian Hadyai
Persatuan Perdamaian Kampung Perdamaian Banglang 

Tarikh: 16hb September, 2013

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

DAYAK BANGUN MELAWAN

Posted: 16 Sep 2013 06:00 PM PDT



DAYAK BANGUN MELAWAN
28 SEPTEMBER 2013
PADANG MERDEKA
KUCHING

Protes Anti Kenaikan Harga Minyak: Walk Against 20sen

Kenaikan harga Petrol/Diesel yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini pastinya membebankan rakyat Malaysia khususnya  golongan yang berpendapatan rendah.Kenaikan ini juga pasti akan membawa kepada kenaikan harga barangan keperluan harian seterusnya meningkatkan kos sara hidup yang telah pun tinggi terutamanya bagi mereka yang  tinggal di kawasan pedalaman Sarawak.
 
Hakikatnya, mereka yang tinggal di pedalaman terpaksa membayar kos yang tinggi untuk pengangkutan utama seperti bot untuk mereka ke bandar/pekan berdekatan.Selain itu,kos penghantaran barang keperluan ke kawasan luar bandar dan pedalaman adalah tinggi dan di kawasan tertentu, penduduk terpaksa membeli minyak dengan harga yang tinggi daripada orang ketiga. Justeru itu, kenaikan harga minyak akan menambah beban penduduk di kawasan pedalaman.
 
Justeru  itu,kita akan mengadakan 'Walk Against 20cent' sebagai simbolik bantahan terhadap perkara tersebut.Butiran lanjut adalah seperti berikut:
 
Tarikh:
28.9.2013/sabtu
(1 petang)
 
Tempat:
Berkumpul di checkpoint yang akan di tentukan dan bergerak ke Padang Merdeka,Kuching.
 
Tuntutan:
1) Penurunan kembali harga minyak,
2) Pengembalian subsidi rakyat dan mengurangkan
     subsidi Korporat.

Oleh itu, kami berharap rakan seperjuangan NGO di seluruh Malaysia akan menyokong tuntutan kami dan rakyat yang prihatin akan turut hadir bersama kami pada waktu dan masa yang ditetapkan. Harapan kita agar pihak kerajaan lebih peka kepada beban rakyat Malaysia.
 
Disediakan oleh:
Gabungan NGO Bantah Kenaikan Harga Minyak
 
Disokong oleh:
1.    Pusat Teori Timur
2.    Sarawak Youth For Change
3.    SAMM Sarawak
4.    Sarawak student Progressive Movement
5.    Geng Kotak
6.    Pemuda Sosialis
7.    Parti Sosialis Malaysia
8.    Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
9.    Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
10.  Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC)
11.  Democratic Student and Youth Movement (DEMA)
12.  Student Progressive Front Universiti Putra Malaysia
13.  Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia
14.  Student Progressive Front Universiti Utara Malaysia
15.  Student Progressive Front Universiti Malaysia Sarawak      

Disediakan oleh:
Gabungan NGO Bantah Kenaikan Harga Minyak (BANTAH)             

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tingga
-----------

PESTA DAPUR JALANAN

Posted: 16 Sep 2013 05:17 AM PDT



GAMBAR GAMBAR 
untuk ingatan
parti jalanan pertama di kuala lumpur
projek dapur jalanan
15/september/2013
dimana jalan telah dibebaskan
untuk dijadikan ruang santai


MAKAN DI TEPI JALAN

URBAN SETTING

NASI LEMAK
DARI FAZLY


SAHABAT SETIA KAWAN

PENGHIBUR

LODEH DARI 
BANGSAR UTAMA

SEMUA DATANG
 MEMBANTU

URBAN SETTING

SATU KELUARGA 
DARI PANDAN

BANTU MEMBANTU

BANTU MEMBANTU

BILA GELAP  DATANG

ORANG PENANGGAH
BUAT SIBUK
 SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-------

SATU INGATAN DARI SEORANG KAWAN

Posted: 15 Sep 2013 09:41 PM PDT


NOTA
kakak sabariah ini
ialah awek syed husin
syed jumpa dia masa kat universiti 
jadi geng kami

kakak sabariah wafat hari jumaat lalu
ini ingat-ingatan dari  seorang kawan

KAK SABARIAH DALAM KENANGAN

September 15, 2013 at 9:06pm
Hari Sabtu 14 haribulan September 2013. Jam kira-kira pukul 12.00 tengahari. Kami berada di tanah perkuburan di Kota Damansara, Selangor.  Hari cerah dan panas. Tapi aku melihat di hujung langit ada awan mendung. Tanda hujan mungkin akan turun.

Tanah perkuburan itu di atas bukit. Ia cantik dan aman sekali. Kubur-kubur tersusun teratur dan di kelilingi oleh pohon-pohon hijau lebat merimbun, hutan dara. Aku mengharap kehijauan itu dikekalkan. Pembangunan konkrit-konkrit batu hendaklah jauh dari situ. Biarkanlah tempat  persemadian orang-orang yang kami sayangi ini dilindungi.

https://www.facebook.com/notes/hassan-karim/kak-sabariah-dalam-kenangan/637938832905597

--------

SALUT MON KAMARADE

Posted: 15 Sep 2013 09:22 PM PDT




SALUT
 SALUT MON KAMARADE

  • Chin Peng meninggal dunia di Bangkok
  • Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok pagi ini.

-----------

BERAYA DENGAN WARGA TANPA RUMAH

Posted: 15 Sep 2013 09:08 PM PDT





PETANG KELMARIN
dari jam 5:30
tamu vvip   mula datang

tamu vvip dapur jalanan ialah:
 warga miskin kota
warga kota tanpa tempat tinggal
warga kota penduduk tebing sungai klang
warga kota wilayah jejembat
warga kota kerusi batu road
warga kota rumah kotal

mereka awal telah datang beratur

MUSIK BERMULA
kak maria dan abang azmi
dari persatuan orang buta brickfeilds
mula bermusik dan menyanyi
lagu raya
lagu anak muda
lagu berjoget dan bertandak
suasana paling cool

kita rampas kembali jalan
untuk kita berpesta
untuk kita bersama merayakan
hidup dalam kota

anak anak muda makin ramai datang
entah dari mana mereka datang
semua datang  buat ramai

tamu yang tak pernah kami kenali sampai
gedebe pun ada yang datang
yb syed sahir
yb eli wong
yb tian chua

tim pas dari bukit bintang datang full force
bukan saje dengan badan 
 datang bawa makanan
gulai ikan patin tempoyak
gulai cendawan kukur dg petai
dan 
paling kampong 
paling air liur meleleh
paling eksotik
 goreng ikan pekasam dari sungai pahang

ada satu keluarga dari kg pandan
dapat tahu dari membaca tukar tiub
datang membawa mee hoon goreng

mas  ngo wartawan bukan wartawan
datang dengan kueh masak dirumah

py dari kill the bill datang 
dengan
kueh kueh nyonya melaka

eli bawa buah mangga
dari pokok sendiri

tim himpunan hijau
datang untuk ambil tanda tangan

makanan ori dari dapur jalanan
lodeh nasi impit dan satay
memang tak cukup 
nasib baik ramai yang datang bawa makanan
lebih dari 300 datang makan

kami dapat bantuan leterik
dari rumah seni jalan panggung
mereka juga pinjamkan meja

pak cik jual mee hailam tepi jalan
depan gudwara sikh
 datang meminjamkan meja dan kerusi

tuan tuan punya kedai dijalan panggung
menyokong dapur jalanan 
tanpa mereka susah nak berjaya

KAKAK NASHITA MAT NOR
suami kena penjara di tapah
datang dengan anak-anak

kartonis azam mat nor
datang ambil gambar


KEMUDIAN 
kah kah kah
kita bertandak dan berjoget
pyan habib buat rock baca sajak
ronasina pun menyanyi
dr ian dari bangi main gitar dan menyanyi
ben ali pakai topeng baca sajak
wak kang dan orkes rakyat tertindas buat persembahan
nik jidan main joget pahang
lalu joget lambak dibuka
tradisi melayu asli
dihidupkan kembali
pada malam kelmarin

ada anak muda dari tim kotak
dari tim sang saka
datang
tapi paling banyak anak muda dari
kumpulan gagalis tegar
kah kah kah

lagu suara rakyat didengarkan kembali
kita nyanyi ramai ramai
mula ingatkan pesta dah selesai
vvip  ramai telah beredar 
jam 9:00 malam 
tapi
tim penangah  meneruskan pesta
bergendang dan bertandak

pesta dapur jalan berhenti
jam 10:00 malam

PEWARIS
ada sosok sosok ubu ori yang datang
mereka datang dengan  anak
ada dah lima tahun
ada baru dua tahun
ramai berkeliran

anak anak kecil ini  menjadi saksi
waktu beredar
20  tahun dari petang kelmarin
jika warga tanpa tempat tinggal masih wujud
maka merekalah
menjadi pewaris
dapur jalanan

AHAD DEPAN
 jam 6:00 petang
dapur jalanan 
akan membuat apa yang telah dibuat
pada petang ahad
sesiapa  yang ingin datang 
dijemput datang

TERIMA KASEH
pas bukit bintang
pkr lembah pantai
pkr bukit lanjan
dap bukit bintang

NOTA
ada seorang minah cun sampai
siapa minah cun ini?
tunggu dan nanti
berita menyusul
kah kah kah
NOTA
satu tim anak muda
di pulau pinang juga
telah memulakan
dapur jalanan


TIM AWAL DAPUR JALANAN
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

SATU PROJEK GAGAL

Posted: 15 Sep 2013 07:15 PM PDT



ANAK MUDA
MEMBAWA KESEDRAN BARU

Selepas 50 tahun, berjayakah Malaysia sebagai negara?

Hari ini, genaplah 50 tahun usia Malaysia. Sudah separuh abad negara berdiri selepas Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menubuhkan Malaysia pada 16 September, 1963.
Pada tanggal keramat ini 50 tahun lalu, Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman berucap di Stadium Merdeka sempena penubuhan Malaysia.
Bagaimana pula hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama?
Aktivis dan pemerhati politik Hishamuddin Rais (gambar, kanan) mengatakan selepas 50 tahun, Malaysia masih lagi gagal sebagai sebuah negara bangsa kerana Perlembagaan Negara tidak menawarkan penyelesaian ........

baca seterusnya...
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-50-tahun-berjayakah-malaysia-sebagai-negara

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
-----------

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT