Sabtu, 24 Ogos 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isu 'Cap Ayam': Deejay Era FM Diancam Bunuh

Posted: 24 Aug 2013 09:05 PM PDT

(dari kiri) Johan, Hanif dan Ray diarah mohon maaf.
MIRI: Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.
"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri pada Sabtu.
Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.
"Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.
Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.
Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.
Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.
Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio.
"Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan," katanya kepada Bernama.
Dalam perkembangan lain, Jake berkata peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini.
"Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang," katanya.
Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari.
Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. -BERNAMA

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mesir: 2 dibunuh samseng As Sisi pada himpunan Jumaat

Posted: 24 Aug 2013 09:12 PM PDT


MESIR: Sekurang-kurangnya dua lagi penyokong legitimasi terkorban dalam insiden serangan terbaru pihak samseng dan tentera pada himpunan anti kudeta di beberapa wilayah, Jumaat kelmarin.

Menurut sumber Ikhwan, di Delta Nil, Tanta, seorang lelaki dikenali sebagai Mohamed Abdullah Gad al-Rab telah dibunuh oleh samseng semasa mengambil bahagian dalam himpunan tersebut.

Jenazahnya telah dibawa ke Hospital Teba, dan kematian itu kemudian disahkan oleh Kementerian Kesihatan, yang menyatakan bahawa 35 orang lain juga turut cedera dalam serangan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kisah budak nakal kini menjadi bos DAP Sarawak

Posted: 24 Aug 2013 09:09 PM PDT


Chong dahulunya budak nakal. Kini merupakan bos DAP Sarawak. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013. 
Chong dahulunya budak nakal. Kini merupakan bos DAP Sarawak. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.

Chong Chieng Jen dikenali baru-baru ini sebagai orang yang mendakwa kejadian tembakan berlaku baru-baru ini sebagai satu drama Barisan Nasional (BN) untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO).
Chong, 42, merupakan Pengerusi DAP Sarawak yang mengambil alih jawatan itu daripada penyandangnya Wong Ho Leng atas sebab kesihatan. Beliau turut lantang mendedahkan dakwaan rasuah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.
"Saya tiada cita-cita semasa kecil dahulu. Saya seperti ahli politik 'bidan terjun' yang tidak diberi pilihan," katanya.
Beliau tertawa apabila menceritakan bagaimana beliau boleh terjebak ke kancah politik semasa pertemuan di antara pemimpin parti Lim Kit Siang dan bapanya yang turut terlibat dalam arena politik.
"Saya berusia 28 tahun semasa Lim berjumpa ayah. Lim ketinggalan pesawat ke Sibu jadi saya dan ayah bertemunya di sebuah hotel di Kuching.
"Mereka berbual sehingga jam 3 pagi dan pada akhir perbualan saya berasa minat dalam arena politik tanpa dipaksa.
"Saya tidak pernah berbicara tentang politik sebelum itu. Saya juga tidak terlibat dengan persatuan pelajar ketika itu dan tidak menyertai unit beruniform. Malah politik merupakan bahagian terakhir yang saya baca di surat khabar.
Bapa kepada tiga orang ini mendapati politik bukanlah sesuatu yang buruk tetapi bidang yang memberi peluang berjumpa masyarakat dan membetulkan perkara yang tidak kena dalam masyarakat.
"Saya bukanlah pelajar pintar di sekolah malah pernah terlibat dalam pergaduhan.
Beliau menuntut di Sekolah Menengah St Patrick dan ke Kolej Victoria di Singapura sebelum melanjutkan ke peringkat ijazah di Unversiti Kebangsaan Australia di Canberra.
Beliau mendapat dua ijazah iaitu dalam bidang undang-undang dan perdagangan.
"Saya gemar melepak bersama rakan-rakan di hostel malah sewaktu zaman universiti di Singapura beliau gemar berjaga malam dan menghabiskan masa di kelab malam.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas 100 hari mentadbir: MB Kelantan ikrar selesai masalah rakyat

Posted: 24 Aug 2013 09:08 PM PDT


Ahmad Yakub masih belum berfikir sama ada mahu bertanding dalam Muktamar PAS tahun ini. - Gambar-gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013. 
Ahmad Yakub masih belum berfikir sama ada mahu bertanding dalam Muktamar PAS tahun ini. - Gambar-gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Ogos, 2013.

Datuk Ahmad Yakub adalah Menteri Besar Kelantan. Pada 20 Ogos lepas, beliau baru melepasi 100 hari pertama sebagai pemimpin utama negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Pelbagai persepsi diberikan terhadap beliau berikutan kedudukan yang sangat tinggi telah dibuat oleh orang yang beliau gantikan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Wartawan The Malaysian Insider, Zulkifli Sulong dan Elizabeth Zachariah telah menemubual beliau di JKR 10, rumah rasmi Menteri Besar (MB) Kelantan pada awal minggu iniuntuk mendengar sendiri dari mengenai apa yang berlaku di Kelantan selepas beliau memimpin.
1) Macam mana ustaz boleh mula terlibat dalam politik?
Ahmad Yakub:  Saya sebenarnya anak seorang ahli politik, iaitu ulama tapi berkecimpungan politik peringkat guru pondok. Saya  belajar di sekolah agama aliran Arab dan guru-guru saya di zaman Datuk Asri (Muda) banyak terlibat dalam politik. Antara guru saya adalah Ustaz Yahaya Osman. Saya berhasrat untuk membantu jemaah Islam bila balik ke Kelantan di mana  ketika itu YAB Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dilantik menjadi Menteri Besar di Kelantan. Saya mula terlibat dalam PAS kawasan Tumpat sebagai bendahari. Itulah asalnya penglibatan saya dalam politik dari bendahari kawasan hingga ke hari ini.
2) Macamana boleh jadi Timbalan Menteri Besar dan seterusnya Menteri Besar?
Ahmad Yakub: Yang itu panjang ceritanya. Asasnya saya ini guru, tidak memikirkan banyak tentang menjadi ahli politik. Menjadi menteri besar pun tak pernah saya terfikir. Yang ada dalam kepala saya adalah untuk membantu perjuangan Islam. Saya dipilih sebagai MB dalam satu mesyuarat harian (Dewan Harian PAS Kelantan) pada 6 Mei sehari selepas pilihan raya ke 13 lalu.  YAB Tok Guru telah mendapat persetujuan daripada Presiden PAS terlebih dahulu rupa-rupanya. Nama saya disebut sebagai mengambil alih tempat beliau sebagai Menteri Besar. Nama saya satu orang sahaja disebut. Pada mulanya saya menolak balik supaya dapat ditentukan mana-mana sahabat lain yang layak kerana saya agak jauh dari segi kedudukan dengan Tok Guru..dari segi ilmunya, dari segi keupayaannya. Walau bagaimanapun, sebab oleh kerana ia keputusan syura, yang tidak diminta oleh saya sebagai ahli. Saya teringat satu hadis yang bermaksud, "Engkau jangan minta jawatan jadi pemimpin. Kalau kau minta jawatan pemimpin, orang akan tidak tolong. Tapi kalau kau dilantik menjadi pemimpin dengan tidak meminta, kau akan dibantu." Jadi atas dasar itu, saya harus terima.
3) Sekarang dah lebih 100 hari ustaz menjadi Menteri Besar. Jadi macam mana pengalaman setakat ini?
Ahmad Yakub: Pengalaman 100 hari jadi menteri besar ini amat-amat hebat, sebab kita dulu sebagai timbalan sahaja. Timbalan ini menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh ketua kita atau oleh menteri besar. Sekarang saya terpaksa menimbang sendiri. Saya menggunakan pendekatan kolektif ataupun melalui mesyuarat. Pada peringkat awalnya, saya masukkan semua program yang ditawarkan kepada rakyat, kita bincang dalam mesyuarat exco dahulu. Lebuhraya rakyat,  stadium dan kebajikan antara fokus kita. Ini adalah program yang telah diterima oleh kerajaan dan telah diputus oleh exco. Kita terus..apa cara sekalipun kita mesti terus. Cuma pada peringkat awal, ada isu-isu dan ia tertangguh jadi kita bincang..itu saja. Dari segi hasrat, ini harapan rakyat dan semua rakyat Kelantan terutamanya, anak Kelantan yang berada di perantauan sangat mengharap.  Apabila ramai orang beritahu bahawa jalan jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai, saya pun terus bertolak ke sana untuk mencubanya. Ia mengambil masa empat jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Ini membuatkan saya sedih dan ini merupakan satu cabaran yang besar untuk menyempurnakan kebajikan kepada rakyat dan supaya rakyat tidak tentekan dan menghadapi masalah. Saya akan bincang sekali lagi supaya lebuhraya ini benar-benar dapat dipercepatkan. Sama ada kita sendiri yang buat sebagaimana yang disaran dengan duit rakyat dimana kita telah kutip derma melebihi RM2 juta hingga kini atau kemungkinan kita gunakan cara lain. Sebab ini sebenarnya kewajipan kerajaan pusat.
4) Pencapaian projek ini setakat mana?
Read More / Baca Lagi >>

Obama mulls Syria options after 'gas attack'

Posted: 24 Aug 2013 08:58 PM PDT

Altantuya: Bawa saksi penting, baru kes selesai

Posted: 24 Aug 2013 06:37 PM PDT

SHAH ALAM -Sebaik dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang sebelum ini disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan, timbul persoalan siapa pembunuh sebenar wanita itu.

Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri disahkan telah meninggalkan penjara, pagi semalam .

Dalam rumusan penghakiman mahkamah memutuskan bahawa hakim telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

PKR antara parti yang konsisten membuat pelbagai pendedahan dalam isu wanita Mongolia ini mendesak agar kes dibuka dan disiasat semula bagi mencari pembunuh sebenar.

"Ini menunjukkan kegagalan Jabatan Peguam Negara dan juga Pendakwa Raya. Mereka harus jawab.

"Seolah-olah ada satu perancangan awal yang sengaja membolehkan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Altantuya ini, semua terlepas," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua kepada Sinar Harian Online.

Beliau turut menekankan soal kes yang kelihatan lemah ekoran bukan semua saksi terlibat dipanggil.

"Bukan semua yang terlibat sebagai saksi dipanggil. Jadi, ia menunjukkan seolah-olah kes ini lemah.

"Apabila Razak Baginda dibebaskan, Pendakwa Raya juga tidak merayu," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Altantuya: Keputusan Azilah, Sirul sebahagian proses keadilan

Posted: 24 Aug 2013 06:35 PM PDT

Prof Dr, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood  
Prof Dr, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood
SHAH ALAM – Keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada pertuduhan membunuh warga Mongolia, Altantuya
Shaariibuu, kelmarin, dianggap sebagai sebahagian daripada proses keadilan.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, semua orang perlu terima keputusan itu.

Menurutnya, selepas ini kita akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

"Hakikatnya, keputusan tersebut sukar diterima. Jabatan Peguam Negara akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

"Jika mengikut laporan akhbar, pembebasan kerana Mahkamah Tinggi melakukan kesilapan teknikal semasa perbicaraan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Altantuya: Keluarga Sirul harap tiada lagi umpat keji

Posted: 24 Aug 2013 06:33 PM PDT

Keluarga Sirul harap tiada lagi umpat keji 
 Ibu Sirul, Piah

TAIPING – Ahli keluarga Koperal Sirul Azhar Umar beranggapan pembebasan anggota polis itu daripada hukuman gantung, kelmarin akan menghentikan tohmahan yang dilemparkan orang ramai kepada keluarga itu sejak 2006 lalu.
Ibunya, Piah Ahmad, 70, berkata, selama ini mereka hanya bersabar dengan umpat keji masyarakat yang menganggap anaknya pembunuh.

Menurutnya, sikap saling mempercayai antara ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain membolehkan mereka berjaya menempuh kehidupan sepanjang lapan tahun kebelakangan ini.

"Makcik bersyukur kerana selama ini sokongan ahli keluarga amat kuat. Selama ini kami bersabar mendengar umpat keji orang. Jadi selepas ini, harap tidak ada lagi yang buruk sangka kepada kami," katanya ketika ditemui di kediamannya di Batu 8, Trong, di sini, semalam.

Bagaimanapun, kelibat Sirul Azhar, 42, anak keempat daripada lapan beradik itu, tidak kelihatan sepanjang kunjungan Sinar Harian ke rumah berkenaan.

Piah memaklumkan bahawa mereka sekeluarga belum mendapat perkhabaran terkini berkenaan tarikh sebenar Sirul Azhar akan pulang ke kampung.
"Mungkin dalam sehari dua lagi. Saya tidak kisah bila dia nak balik. Kami sekeluarga sentiasa menanti kepulangannya dan syukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa kami.

"Hari Sirul dibebaskan dari hukuman (kelmarin), adalah hari paling gembira untuk kami sekeluarga," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan DR M kepada Pak Lah, hanya gimik politik

Posted: 24 Aug 2013 06:31 PM PDT

DR MOHD AZIZUDDIN 
SHAH ALAM- Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang membuat kenyataan balas berhubung pernyataan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dimuatkan dalam buku The Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia sekadar gimik politik.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani bagaimanapun berkata, kenyataan Tun Mahathir itu bukan untuk mengajak 'bergaduh' sebaliknya normal bagi menjawab kenyataan Abdullah.

"Kenyataan balas Tun Mahathir tidak akan beri kesan apa pun, itu saya anggapnya sebagai lebih kepada gimik politik.

"Kalau mahu bercakap soal hubungan mereka, kita sedia maklum yang mereka berdua memang tidak sebulu," katanya kepada Sinar Harian.
Read More / Baca Lagi >>

Penagih La Plak..!!: EO tak membantu perangi jenayah, polis “ketagih” dengannya, kata Peguam Negara

Posted: 24 Aug 2013 06:29 PM PDT

Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam.
"Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya.
Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya.
Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini.
Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa.
Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun.
Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti.
Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis.
Read More / Baca Lagi >>

Syrian troops claim to find chemical agents used by rebels

Posted: 24 Aug 2013 06:23 PM PDT

Syria releases video of chemical agents as Obama meets with security team

Posted: 24 Aug 2013 06:23 PM PDT

Kerajaan BN lulus pemasangan peranti EMD..!!

Posted: 24 Aug 2013 09:47 AM PDT

UN Chemical experts push for access to Syria

Posted: 24 Aug 2013 07:55 AM PDT

Syrian army finds chemical agents as US navy expands presence in region

Posted: 24 Aug 2013 07:49 AM PDT

Senior U.N. official arrives in Syria seeking access for chemical inspectors

Posted: 24 Aug 2013 07:48 AM PDT

Egypt reopens border with Gaza Strip

Posted: 24 Aug 2013 07:39 AM PDT

Winners and losers in the Altantuya saga

Posted: 24 Aug 2013 07:38 AM PDT


The murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu has had more twists and turns than a drive up Cameron Highlands, the latest being Friday's acquittal of policemen Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar.
This has never been a simple criminal case, and today, The Malaysian Insider looks at those who have had their reputations hammered by the case and those who have been let off easy.
LOSERS
Malaysia
We know her name. We know that her son misses her. We know that some time in 2006 she came to Malaysia to claim US$500,000 from Abdul Razak Baginda, a one-time adviser to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
She allegedly became a nuisance and this led to her disappearance and death. We know that her immigration details were erased, leaving no trace of her entry into Malaysia. We know that her staying alive would have been untenable for an individual or individuals.
But Malaysia could not protect her or deliver justice for her family.
We may console ourselves by saying that her death galvanised the opposition and put the rich and connected in a tight spot but until the real story of the death of Altantuya Shaariibuu is known, Malaysia has failed her.
Najib Razak
This case will forever be a millstone around the neck of the prime minister. Mainly because the main actors in the case were connected or known to him.
Abdul Razak Baginda, Altantuya's boyfriend/lover, was his adviser, and Musa Safri, who introduced Razak to the policemen, was Najib's aide-de-camp.
And there was that unsavoury stuff surrounding the statutory declarations by the late P. Balasubramaniam (or PI Bala, as he was more popularly known), the private investigator hired by Razak to keep an eye on Altantuya. Bala alleged that he was bundled out of the country by Najib's associates and given funds by the PM's brother.
There is no evidence linking Najib to the murder but the fact that a couple of his friends and staff had seen her or heard about her presence in Malaysia before her death put the spotlight firmly on Najib.
And the glare of the spotlight continues to be bright seven years on.
Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail
Everyone has a set of target to meet, from the lofty to the lowly. Everyone except AG Gani Patail.
Under him, prosecutors have lost a whole bunch of high-profile cases.
But who cares and who is counting, right? He still has a powerful job.
Even a rookie lawyer could have seen that the case against the policemen would have been strengthened by showing their common intent and this could have been done by putting Musa Safri - the man who had contact with them - on the stand.
Gani said yesterday that he still firmly believes that Musa's testimony has no bearing on the case. But given his track record in the courtroom, why would we rely on his legal brain?
WINNERS
Read More / Baca Lagi >>

Bantah Sikap Lemah PBB Terhadap Mesir & Syria, Turki Tolak Bantuan Dana PBB

Posted: 24 Aug 2013 07:31 AM PDT


Turki kembali menunjukkan ketegasannya di depan masyarakat antarabangsa. Pemerintah Erdogan menolak bantuan dana PBB bagi program pencegahan kekerasan dalam rumah tangga. Program tersebut merupakan kerjasama Kementerian Agama dengan Kementerian Sosial.

Menteri Agama Turki, Profesor Mehmet Görmez, menyatakan bahawa sebelum mengurusi isu kekerasan rumah tangga, PBB harus lebih dahulu menghentikan pembantaian rayat yang tidak berdosa di Syria dan Mesir.

"Kami tidak akan mengambil satu sen pun wang PBB", tegasnya seperti dikutip Fimadani, Juma'at (23/8).

Sementara Menteri Sosial, Fatimah Sehin pula mengaku sangat terguncang dengan tindakan pembantaian dengan gas kimia rejim Bashar ke atas rakyatnya sendiri.

"Hari ini, tragedi kemanusiaan kembali terjadi 200 Km dari tempat kita berdiri. Namun kemanusiaan gagal kembali. Sama seperti Saddam yang tidak diketahui kuburannya, Al Assad akan bernasib sama," kecamnya.
Read More / Baca Lagi >>

ENDLESS POSSIBILITIES SLOGAN BARU NAJIB BUKAN DICIPLAK DARI ISRAEL TAPI KEMUNGKINAN BESAR DARI MONGOLIA!!

Posted: 24 Aug 2013 07:22 AM PDT


Apabila kecoh betapa slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" diumumkan secara tidak rasmi kepada negara maka heboh gegak gempita riuh rendahlan para pengampu pembodek Najib dari kalangan yang menggelarkan diri mereka bloggers berjiwa UMNO berhempas pulas bertungkus lumus membela Najib dengan cuba menyakinkan rakyat betapa kononnya slogan berbahasa Inggeris ini mula diumunkan oleh Najib Razak di Davos semasa World Economic Forum bulan Januari 2013 lalu dan bukan diciplak dari Israel sebaliknya Israel yang ciplak dari idea geliga Najib Razak.

Pergh!!!!... sama ada rakyat nak percaya atau tidak itu kisah nombor dua .. janji bela bos walaupun diri sendiri dijadikan bahan ketawa.

Oklah .. kerana nak sangat kononnya idea slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" datang dari kepala Najib sendiri maka kita ajak para pembaca dan pengkritik untuk menilai dan berfikir seketika dengan apa yang dikemukakan nanti.

Pertama slogan dan logo "ENDLESS POSSIBILITIES" dengan Mongolia Endless Possibilities semacam ada kaitan dan persamaan.

Lebih mengejutkan sekali betapa video youtube yang dimuat naik mengenai Mongolia Endless Possibilities bertarikh 19hb Febuari 2012.. lebih kurang setahun sebelum Najib Razak membuat pengumuman di Davos..

Jadi apakah Najib Razak cilok dan ciplak dari Kerajaan Mongolia?

Serahkan kepada para pembela Najib Razak untuk memberikan penjelasan yang menyakinkan rakyat.

Selangor: Perluas peranan polis bantuan untuk banteras jenayah

Posted: 24 Aug 2013 07:12 AM PDT

POLIS
Pemimpin Selangor mengulangi desakan supaya memperluas penubuhan dan peranan polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membanteras jenayah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata hanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diberi kelulusan untuk menubuhkan polis bantuan bagi menjaga keselamatan premis PBT itu.
"Tetapi dihad kuasa mereka hanya untuk jaga harta MBPJ sahaja. Tak guna kerana kita mahu kelulusan untuk jaga keselamatan awam, bukan jaga harta atau bangunan MBPJ," katanya.
Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) itu berkata demikian ketika mengulas isu berhubung polis bantuan di kawasan PBT negeri ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bukit Aman: 71% anggota geng adalah kaum India

Posted: 24 Aug 2013 07:10 AM PDT

 (Gambar Hiasan)


Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali mendedahkan bahawa 71 peratus daripadanya adalah kaum India.

Hari ini di Forum Pencegahan Jenayah, Hadi berkata senarai polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali sehingga 30 Julai menunjukkan 71 peratus adalah kaum India, 23 peratus Cina dan hanya bawah lima peratus Melayu.

Dalam pembentangannya, beliau berkata kumpulan India telah menggunakan selatan Thailand.

Zahid: Polis tiada taring tanpa undang-undang drakonian

Posted: 24 Aug 2013 07:07 AM PDT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui bahawa beberapa undang-undang yang telah dimansuhkan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) adalah drakonian, tetapi berkata Malaysia belum bersedia tanpanya.

Dengan membuat perbandingan dengan Jabatan Polis New York, beliau mendakwa ia mempunyai nisbah seorang anggota polis bagi setiap 35 penduduk dan kamera CCTV definisi tinggi di setiap sudut.

Di Malaysia, katanya, nisbahnya ialah seorang anggota bagi setiap 750 penduduk, dan mempunyai kurang CCTV yang juga "paling murah tetapi akhirnya ia tidak boleh digunakan."

"Terdapat jurang. Kita mahu perubahan, tetapi kita belum benar-benar bersedia. Inilah apa yang berlaku di negara ini... Pihak polis tidak bertaring tanpa undang-undang yang dipanggil drakonian ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Politik bukan perkauman

Posted: 24 Aug 2013 07:05 AM PDT


Dalam bukunya One man's view of the world, yang di tulis oleh Lee Kuan Yew, ada satu bab yang bertajuk Malaysia: A different path.
Dalam bab itulah Lee Kuan Yew menyatakan bahawa jangan letak harapan yang tinggi kepada pembangkang (PR) untuk melakukan perubahan kepada politik yang bersandarkan perkauman.
Ini konteks yang dipercakapkan oleh Lee Kuan Yew. Kepadanya, pihak pembangkang tidak mempunyai agenda besar bagaimana mahu menukar politk perkauman Malaysia.
Kepada Kuan Yew, penyatuan parti dalam PR adalah disebabkan oleh agenda asas untuk menggantikan BN sebagai kerajaan. Dan bila PR menjadi kerajaan, dasar politik perkauman yang mengutamakan orang Melayu akan terus dilaksanakan.
PAS dilihat oleh Kuan Yew sebagai parti yang akan berdepan dengan tekanan dari orang Melayu sebagaimana UMNO berdepan dengan nya.
Sebagaimana UMNO tidak berupaya membuat perubahan radikal kepada politik perkauman, PR juga akan beroperasi demikian. PR belum diuji dan bila ujian getir tiba, maka ia akan bertindak seperti UMNO dan BN.
Isu dasar disini ialah bukan siapa akan perintah atau tidak.
Isu dasarnya ialah adakah yang memerintah itu berdaya untuk melakukan perubahan kepada politik perkauman yang ada sekarang. Mengikut Lee Kuan Yew, politik perkauman yang diamalkan oleh Malaysia menyebabkan negara kita berada dalam keadaan tidak ada kelebihan.
Kenapa? Kerana dasar yang diamalkan oleh Malaysia akan meyebabkan kolam bakat atau "talent pool" untuk membangunkan negara menjadi semakin kecil. Faktanya, mana-mana negara pun memerlukan himpunan bakat dan kualiti manusia yang tinggi untuk membangun.
Amerika sebagai contoh membesarkan "talent pool" dengan kemasukan pelbagai bangsa kedalam negara itu yang dijadikan rakyat Amerika.
Akhbar perdana kita hanya menyebut bahawa pihak PR tidak akan mampu menjadi kerajaan Malaysia. Itu pandangan berat sebelah dari akhbar pertama yang melaporkan mengenai interpretasi dari buku Lee Kuan Yew tersebut.
Semua orang tahu apa Bernama lakukan dan kepentingan siapa mereka wakili. Jadi pandangan berat sebelah yang diberitakan oleh Bernama tidak menjadi suatu yang menghairankan.
Jika sesiapa membaca buku tersebut, mereka juga diberitahu oleh Lee Kuan Yew bahawa konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Najib tidak pratikal dan tidak akan berjaya.
Read More / Baca Lagi >>

Tembak Lagi: Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan

Posted: 24 Aug 2013 07:01 AM PDT


Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau, Temerloh malam tadi.
Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.
Katanya bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mendapati mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.
Isteri mangsa membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang selepas keluar rumah di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos dan menemui kereta suaminya di kawasan berdekatan pam pasir itu pada 21 Ogos, katanya.
Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata api yang digunakan. - Bernama

Dr M selamatkan hayat politik Najib

Posted: 24 Aug 2013 04:48 AM PDT

Oleh M FAQIH
DATO' Seri Najib Razak masih selamat biarpun prestasi Barisan Nasional (BN) lebih teruk berbanding pilihan raya umum 2008.

Sedangkan selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 suara nyaring mahu Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi berundur. Paling vokal suara itu turut diteriakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persoalannya sekarang mengapa Najib diselamatkan daripada situasi itu. Mengapa tiada pemimpin Umno yang berani menempelak Najib, sedangkan reputasinya jauh lebih teruk.

Tengok nasib MCA sekarang hanya tinggal enam kerusi Parlimen. Sedangkan pada 5 Mei lalu MCA mencuba nasib di 15 kerusi Parlimen. Gerakan pula tinggal kerusi tunggal di Simpang Renggam.
PPP langsung dibalut kisah sedih berpanjangan sejak 2008.
Tiada pengundi sudi yang memenangkan parti dipimpin Dato' Seri M Kayveas.
Calon tunggal PPP di Kelantan, Dato' Nik Sapeia Nik Yusoff juga gagal ketika mencuba nasib di Dun Guchil. Biarpun banyak duit ditabur, umpan berzat di mata kail, namun majoriti pengundi di Guchil masih mampu mempertahankan prinsip.
Bagaimanapun tidak semua pengundi Melayu mempunyai prinsip serupa pengundi di Guchil.
Di Parlimen Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang pengundi Melayu dikatakan mudah terumpan dengan 150 akujanji BN.
Semua media tanpa mengira milik kerajaan atau swasta mengulang tayangkan lagu-lagu  akujanji BN. Hasilnya pengundi Melayu di kampung-kampung dan kawasan Felda termakan hati.
BN ketika itu mengungkit janji 150 komitmen sekiranya diberi mandat baru.
Tanpa sedar 112 daripada akujanji tersebut sebenarnya agenda kerajaan yang telah dilaksanakan.
Paling melekat di jiwa pengundi Melayu ialah Bantuan Rakyat 1-Malaysia (BR1M). Bantuan wang rakyat sebanyak RM500 ternyata membuat orang Melayu menjadi lali.
Bukan sekadar makcik dan pakcik di kampung, pegawai kerajaan yang bergaji bawah RM3,000 sebulan juga sanggup beratur panjang mendapat baucer mereka.
Ternyatalah BR1M 1.0 dan 2.0 melenakan pengundi Melayu di luar bandar. Mereka menjadi lebih tidak keruan apabila janji BR1M disebut Perdana Menteri mahu dinaikkan kepada RM1,200 bagi setiap keluarga.
Selain itu RM600 (orang bujang). Baucer Buku 1-Malaysia juga dinaikkan RM300 dan Bantuan Persekolah RM150.
Kerajaan BN turut menjanjikan pengurangan harga kereta antara 20-30 peratus.
Selain itu, janji Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas dan sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 perumahan PR1MA. Di Sabah dan Sarawak pula dihiasi janji muluk membina Lebuh Raya Pan Borneo.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PKR gives the lowdown on ALTANTUYA DEBACLE: Cover-up too evident, RCI must be called

Posted: 24 Aug 2013 01:26 AM PDT



 Written by Sivarasa Rasiah, Tian Chua
















Tukar Tiub

Tukar Tiub


MAUT KERNA JALUR TEMBERANG

Posted: 24 Aug 2013 07:09 PM PDT






SANG SAKA
GANTIAN UNTU
JALUR TEMBERANGTUK MALAYSIA

JALUR TEMBERANG
TERBAIK UNTUK
ALAS KAKI


MAUT KERANA JALUR TEMBERANG
dgr cerita wartawan yg kena tembak di Somali dulu sbb penyerang sangka wartawan amerika sbb jip mengibarkan bendera Malaysia yg macam bendera amerika. lagipun mereka tak pernah lihat bendera Malaysia. bila nampak jalur merah putih tu penyerang sangka bendera amerika dan terus tembak. on TUKAR TIUB PEMECAH BERITA SEDUNIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 8/24/13

--------

TUTUP KILANG SANTAU RADIO AKTOF LYNAS

Posted: 24 Aug 2013 06:00 PM PDT





PENGHUMUMAN
himpunan hijau sedang mengumpul tanda tangan
kempen untuk menutup kilang santau radio aktif lynas
ada  40 stesen diseluruh negara
dimana anda boleh menanda tangani
memo anti lynas

WONG TUCK DARI KELMARIN
sedang berkhemah di tepi dataran merdeka
ramai aktivis himpunan hijau juga berkhemah sama
sila datang ke dataran merdeka
untuk menanda tangani
dan bersetia kawan

untuk yang ingin bermalam 
sila bawa tikar dan beg tidor

untuk yang pandai main gitar
sila bermusik
untuk yang pandai bermusik sila bergendang
untuk yang pandai bersajak
sila melagu

WONG TUCK
akan berada 24 jam di dataran merdeka
sahingga 1 juta tanda tangan dapat dikumpul

MALAM 30 OGOS
pada malam 30 ogos
ada himpuan di dataran merdeka
sila bawa sang saka

HIMPUNAN HIJAU
DI DATARAN MERDEKA

DARI FACE BOOK
siapa yang punya kelapangan, moleklah kalian singgah ke Dataran Merdeka untuk solidariti bersama rakan dari Himpunan Hijau bagi petisyen 1 juta tandatangan hentikan Lynas.

juga, teruslah menuntut bersama #ReclaimMerdekaPark bagi memastikan pengekalan kehijauan kawasan ini. semoga alam akan terus melindungi seluruh warganya.

TUKAR TIUB
TANDA TANGAN
DI DATARAN MERDEKA

MALAM 30 OGOS
BERHIMPUN 
DI DATARAN MERDEKA

-----------

SATU LAGI PROJEK PEMBODOHAN

Posted: 24 Aug 2013 07:00 AM PDT



KAH KAH KAH
ANAK MUDA MELAYU
DI BANGANGKAN
KAH KAH KAH

KUALA TERENGGANU 24 OGOS 2013 - Sebanyak 250 pelajar pelbagai jurusan Universiti Teknologi Mara Kampus Kuala Terengganu melakukan cubaan memecahkan rekod Malaysia Book of Records dengan menghasilkan alas meja batik sepanjang 359 meter di di sini hari ini. -
NOTA
inilah rekod dunia
rekod pembangan paling bangang

BERHIMPUN
DATARAN MERDEKA
MALAM 30 OGOS
KIBAR JALUR GEMILANG
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal



r
----------

NAJIB KENA TIBAI LAGI

Posted: 24 Aug 2013 05:30 AM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB
apa makna 
kenyaatan zahid
apa makna kenyataan
ngo melayu islam
apa makna
berita dari utusan melayau

moorthy di lantik oleh najib

jadi maknanya
najib salah pilih orang
najib salah lantik menteri

justeru
semua kenyatan ini'
sedang tibai najib

NOTA
malikul sembab senyap
dia senyum dalam ketawa
kah kah kah

NGO Melayu desak Waytha Moorthy letak jawatan

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menggesa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy (gambar) untuk meletak jawatan ekoran kenyataannya mempertikai tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... TUKAR TIUB MERAMALKAN TIDAK AKAN LETAK JAWATAN... kah kah kah

kah kah kah..AKAN KELUAR SATU KENYATAAN....kah kah kah..

kah kah kah... ATAS NASEHAT PUCUK PIMPINAN... TIDAK AKAN LETAK JAWATAN...kah kah kah

kah kah kah... SAYA DI LANTIK OLEH PM... kah kah kah..

kah kah kah...PM SAJE BOLEH BUANG SAYA.... kah kah kah..

woit... TUNGGU DAN LIHAT.... kah kah kah


BERHIMPUN
DATARAN MERDEKA
MALAM 30 OGOS
KIBNAR SANG SAKA
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

----------

TANGKAP JANGAN TAK TANGAKAP

Posted: 24 Aug 2013 01:00 AM PDT




JANTAN NIGERIA INI
TELAH LEPAS LARI
DARI LOKAP JINJANG
KERANA POLIS RASUAH
berapa banyak kes macam ini
orang ramai tidak tahu
ini adalah hama 
yang akan membawa barah
KOMENTAR TUKAR TIUB
selalunya langkah kerajaan ini hanya teater
hanya sandiwara
untuk jangan dilihat tak buat kerja

telah selalu sangat orang ramai ditipu

PERLU DI TANGKAP DAN HANTAR PULANG
1 - warga china 
berpuluh puluh mereka tidor ditepi tepi kedai
di merata kuala lumpur
bukan tidor di hotel
mereka datang dengan visa pelawat
malam menjaja dari meja ke meja di restoran
2 - perlu di tangkap warga pakistan
yang menjaja dari meja ke meja
3 - perlu ditangkap warga nigeria
yang menyamar sebagai pelajar
sebelum menjadi barah tangkap dan hantar pulang

TANGKAP DAN HANTAR PULANG
ini bukan jalan penyelesaian
padamkan sistem ambil visa dilapangan terbang

lihat contoh negara eropah
wajib ambil visa di negara asal
wajib buktikan ada tiket kapal terbang pulang balik
wajib buktikan ada hotel telah ditempah
wajib buktikan ada duit sekian sekian banyak

MALAYSIA TAK PERLUKAN
sistem mengambil pelajar luar ini
hanya mengkayakan kroni
hanya mengkayakan kolej swasta

majoriti yang datang dari nigeria 
dengan visa pelajar
majoriti yang datang dari afrika
dengan visa pelajar
adalah penipu
adalah bakal pencuri
adalah bakal penjual dadah

majoriti yang dari china  tanah besar
dengan visa pelajar
dengan visa pelawat
adalah pelacur

tak percaya
datang malam ini di pudu
datang malam ini ke brickfeild
lihat sendiri

mustahil polis tak nampak
mustahil jakim tak nampak
mustahil datuk zahid hamidi tak tahu
kalau tukar tiub tahu
mustahil polis tak tahu

HENTIKAN BARAH
hentikan barah
sebelum negara ini parah

NOTA
tak suka orang hitam
tak suka orang nigeria
bukan kerana kulit mereka hitam
ambiga poun hitam
suvarasa pun hitam
kita benci peangai dan watak jahat mereka
di eropah 
di amerika
kini mustahil warga nigeria dapat masuk
mustahil
mutahil yang di eja m-u-s-t-a-h-i-l



Gerakan Besar-Besaran Tangkap Pekerja Asing Tanpa Permit Kerja Mulai 1 September - Ahmad Zahid
BAGAN DATOH: Gerakan besar-besaran akan dilakukan mulai 1 September ini bagi menangkap pekerja asing tanpa permit kerja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata gerakan itu membabitkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan. "Kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja asing yang tidak ada permit di tempat kerja masing-masing. Pada waktu yang sama kita mahu lihat pihak majikan memberikan kemudahan perumahan, perubatan dan juga menjaga kebajikan mereka. "Ini bagi memastikan Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang memerlukan pekerja asing tetapi menjaga kebajikan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh di sini, Jumaat.
Katanya gerakan itu juga bagi memastikan kesemua pekerja asing yang berkerja di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini.

TUNJUKAN  KEMARAHAN
BERHIMPUN MALAM 30 OGOS
DATARAN MERDEKA
KIBAR SANG SAKA
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal

---------

JALUR TEMBERANG DI TOLAK ORANG RAMAI

Posted: 23 Aug 2013 11:00 PM PDT




 KOMENTAR TUKAR TIUB
sekali lagi pandangan tukar tiub
sekali lagi analisa tukar tiub 
tepat pada sasaran

JALUR TEMBERANG
buat
ALAS KAKI

RAKYAT TOLAK JALUR TEMBERANG
jelas rakyat menolak jalur temberang
jelas orang ramai tidak mahu ditipu
jelas orang ramai tidak mahu dibodohkan

wajib disedari bahawa
pakatan rakyat menang 52% undi seluruh negara
maknanya yang menolak
united malays nationbal organisation
adalah majoriti

suara yang menolak jalur temberang
adalah suaran majoriti

ANAK MUDA
PEMULA PERJUANGAN
  • K'jaan lihat keperluan wajib kibar Jalur Gemilang
  • Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.

  • KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
  • KAH KAH KAH

  • woit...KERANA TAK ADA SIAPA KIBAR JALUR TEMBERANG...kah kah kah

  • kah kah kah..BUAT HUKUM TANGKAP...kah kah kah..

  • kah kah kah...BUAT HUKUM PAKSA... kah kah kah..

  • kah kah kah..TAK KIBAR MASUK JIL.... kah kah

  • woit... SAPA NAK KIBAR JALUR TEMBERANG...kah kah kah..

  • kah kah kah..INI BENDERA CIPLAK DARI BENDERA AMERIKA...kah kah kah..


  • BERHIMPUN DATARAN MERDEKA
  • MALAM 30 OGOS
  • KIBARKAN JALUR GEMILANG
  • SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
    dana dari iklan akan di wakaf
    kepada dapor jalanan
    projek memberi makanan kepada
    warga kota tanpa tempat tinggal
----------



BERHIMPUN MALAM 30 OGOS DATARAN MERDEKA

Posted: 23 Aug 2013 08:30 PM PDT






 SEMUA BERHIMPUN
DATARAN MERDEKA
MALAM 30 OGOS 
AMBANG MALAPETRAKA

PENGUMUMAN SATU
sila berhimpun  di dataran merdeka
malam 30 ogos
sila bawa sang saka
sila kibarkan sang saka

PENGUMUMAM DUA
kerana ramai permintaan
maka sang saka  kini
bukan 25 ringgit
bukan 20 ringgit
tapi 15 ringgit sahaja
untuk sahelai

sila dapatkan sang saka
hantar email: 
sangsaka.benderarakyat@gmail.com


           SANG SAKA BENDERA RAKYAT
Kalau kita modify sangsaka rakyat malaya bintang 12 kepada sangsaka bulan bintang 14, bolehkah dipanggil sangsaka malaya lagi?, sebab bintang 14 dah termasuk sabah, sarawak dan wilayah ditolak negeri singapor. sabah dan serawak bukan malaya....sampai kiamat pun depa tu tak mengaku malaya....

jadi kalau bulan bintang 14 bukan lagi malaya...kalau nak bulan bintang gak, kenalah bintang 12 jugak iaitu 11 negeri di malaya dan 1 wilayah...ATAU bintang 11 je iaitu 11 negeri asal di malaya....walaupun bendera tersebut bendera kebangsaan malaysia, tapi nama bendera tu sang saka malaya....

kalau tak nak nama malaya, sbab takut nanti orang sabah-serawak berasa hati,...saya cadangkan 'sang saka rakyat' kerana itu lebih tepat dan lebih dekat dengan rakyat... on BERHIMPUAN PADA MALAM 30 OGOS
abang teleban
on 8/22/13
ANAK MUDA
SILA KIBARKAN SANG SAKA
 

31 OGOS MALAPETAKA
rasanya sang saka tiada bulan, hanya bintang 12 shj. kalau mahu melihat sejarah yang sebenar, bendera bulan dan bintang tak pernah ujud pun dlm sejarah malaya,. klu merah putih dan bintang itu mmg fakta pkmm, amcja-putera dan semasa persidangan komenwel digunakan.semasa tu.

 mana yg nak kembalikan sejarah sebenar kena baca dan faham bukan utk jadi cool dan akhirnya like2 byk dlm fb dan ikut2.. luar lebih dlm kosong sama je mcm umno.. akhirnya jadi lawak je kah..kah..kah on MELIHAT KEMBALI KITAB SEJARAH
Anonymous

on 8/21/13

JEMPUTAN FORUM
DEWAN  CHINA
SEJARAH PERJUANGAN BANGSA
semua di jemput buat ramai
radio bangsar akan buat siaran langsung
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
---------

PEGAWAI KASTAM BUNUH PEGAWAI KASTAM

Posted: 23 Aug 2013 07:30 PM PDT




SILA TONTON
FILEM CULT INI
UNTUK FAHAM APA 
YANG SEDANG BERLAKU
DI MALAYSIA

SATU LAGI KES ROSEMARY'S BABY
ini kes klasik
ini kers rasuah besar

seorang pegawai kastam jujur
ditembak mati

buat laporan polis
polis tak ambil pot

kepada anak arwah
sila tontonton rosemary's baby
untuk memahami jaringan penyembah setan

polis 
mahkamah
peguam
hakim
doktor
pegawai daerah 
semuanya penyembah setan

mustahil penyembah setan
akan tangkap seorang penyembah setan
ini tidak akan berlaku

NOTA
inilah yang dinamakan
peluang tak habis habis


Pembunuhan pegawai tertinggi Kastam berkaitan penyeludupan kereta di Langkawi, kata anak lelaki

Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
"Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.
Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.
"Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit..ENDLESS POSIBILITIES... JUTAAAN  PELUANG... kah kah kah..
kah kah kah.... PEGAWAI KASTAM JUJUR DI TEMBAK PEGAWAI KASTAM GELAP... kah kah kah..
kah kah kah... ANAK BUAT LAPORAN POLIS... AYAH MATI DIBUNUH.. kah kah kah..
kah kah kah...POLIS BUAT DEEEEK.... kah kah kah..
kah kah kah...POLIS BUT DONNNO.... kah kah kah...
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
woit.,...RUPA RUOANYA  POLIS  SAMA.... kah kah kah...
kah kah kah... POLIS PUN KAKI RASUAH JUGA.,... kah kah kah..
kah kah kah...TONTON LAAA  RFOSEMARY'S BABY.... kah kah kah...
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
------