RAKYAT MARHAEN |
- Mesir: 2 dibunuh samseng As Sisi pada himpunan Jumaat
- Kisah budak nakal kini menjadi bos DAP Sarawak
- Selepas 100 hari mentadbir: MB Kelantan ikrar selesai masalah rakyat
- Obama mulls Syria options after 'gas attack'
- Altantuya: Bawa saksi penting, baru kes selesai
- Altantuya: Keputusan Azilah, Sirul sebahagian proses keadilan
- Altantuya: Keluarga Sirul harap tiada lagi umpat keji
- Kenyataan DR M kepada Pak Lah, hanya gimik politik
- Penagih La Plak..!!: EO tak membantu perangi jenayah, polis “ketagih” dengannya, kata Peguam Negara
- Syrian troops claim to find chemical agents used by rebels
- Syria releases video of chemical agents as Obama meets with security team
- Kerajaan BN lulus pemasangan peranti EMD..!!
- UN Chemical experts push for access to Syria
- Syrian army finds chemical agents as US navy expands presence in region
- Senior U.N. official arrives in Syria seeking access for chemical inspectors
- Egypt reopens border with Gaza Strip
- Winners and losers in the Altantuya saga
- Bantah Sikap Lemah PBB Terhadap Mesir & Syria, Turki Tolak Bantuan Dana PBB
- ENDLESS POSSIBILITIES SLOGAN BARU NAJIB BUKAN DICIPLAK DARI ISRAEL TAPI KEMUNGKINAN BESAR DARI MONGOLIA!!
- Selangor: Perluas peranan polis bantuan untuk banteras jenayah
- Bukit Aman: 71% anggota geng adalah kaum India
- Zahid: Polis tiada taring tanpa undang-undang drakonian
- Politik bukan perkauman
- Tembak Lagi: Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan
- Dr M selamatkan hayat politik Najib
Mesir: 2 dibunuh samseng As Sisi pada himpunan Jumaat Posted: 24 Aug 2013 09:12 PM PDT MESIR: Sekurang-kurangnya dua lagi penyokong legitimasi terkorban dalam insiden serangan terbaru pihak samseng dan tentera pada himpunan anti kudeta di beberapa wilayah, Jumaat kelmarin. Menurut sumber Ikhwan, di Delta Nil, Tanta, seorang lelaki dikenali sebagai Mohamed Abdullah Gad al-Rab telah dibunuh oleh samseng semasa mengambil bahagian dalam himpunan tersebut. Jenazahnya telah dibawa ke Hospital Teba, dan kematian itu kemudian disahkan oleh Kementerian Kesihatan, yang menyatakan bahawa 35 orang lain juga turut cedera dalam serangan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Kisah budak nakal kini menjadi bos DAP Sarawak Posted: 24 Aug 2013 09:09 PM PDT Chong Chieng Jen dikenali baru-baru ini sebagai orang yang mendakwa kejadian tembakan berlaku baru-baru ini sebagai satu drama Barisan Nasional (BN) untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi menggantikan Ordinan Darurat (EO). Chong, 42, merupakan Pengerusi DAP Sarawak yang mengambil alih jawatan itu daripada penyandangnya Wong Ho Leng atas sebab kesihatan. Beliau turut lantang mendedahkan dakwaan rasuah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud. "Saya tiada cita-cita semasa kecil dahulu. Saya seperti ahli politik 'bidan terjun' yang tidak diberi pilihan," katanya. Beliau tertawa apabila menceritakan bagaimana beliau boleh terjebak ke kancah politik semasa pertemuan di antara pemimpin parti Lim Kit Siang dan bapanya yang turut terlibat dalam arena politik. "Saya berusia 28 tahun semasa Lim berjumpa ayah. Lim ketinggalan pesawat ke Sibu jadi saya dan ayah bertemunya di sebuah hotel di Kuching. "Mereka berbual sehingga jam 3 pagi dan pada akhir perbualan saya berasa minat dalam arena politik tanpa dipaksa. "Saya tidak pernah berbicara tentang politik sebelum itu. Saya juga tidak terlibat dengan persatuan pelajar ketika itu dan tidak menyertai unit beruniform. Malah politik merupakan bahagian terakhir yang saya baca di surat khabar. Bapa kepada tiga orang ini mendapati politik bukanlah sesuatu yang buruk tetapi bidang yang memberi peluang berjumpa masyarakat dan membetulkan perkara yang tidak kena dalam masyarakat. "Saya bukanlah pelajar pintar di sekolah malah pernah terlibat dalam pergaduhan. Beliau menuntut di Sekolah Menengah St Patrick dan ke Kolej Victoria di Singapura sebelum melanjutkan ke peringkat ijazah di Unversiti Kebangsaan Australia di Canberra. Beliau mendapat dua ijazah iaitu dalam bidang undang-undang dan perdagangan. "Saya gemar melepak bersama rakan-rakan di hostel malah sewaktu zaman universiti di Singapura beliau gemar berjaga malam dan menghabiskan masa di kelab malam. Read More / Baca Lagi >> |
Selepas 100 hari mentadbir: MB Kelantan ikrar selesai masalah rakyat Posted: 24 Aug 2013 09:08 PM PDT Datuk Ahmad Yakub adalah Menteri Besar Kelantan. Pada 20 Ogos lepas, beliau baru melepasi 100 hari pertama sebagai pemimpin utama negeri Che Siti Wan Kembang itu. Pelbagai persepsi diberikan terhadap beliau berikutan kedudukan yang sangat tinggi telah dibuat oleh orang yang beliau gantikan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Wartawan The Malaysian Insider, Zulkifli Sulong dan Elizabeth Zachariah telah menemubual beliau di JKR 10, rumah rasmi Menteri Besar (MB) Kelantan pada awal minggu iniuntuk mendengar sendiri dari mengenai apa yang berlaku di Kelantan selepas beliau memimpin. 1) Macam mana ustaz boleh mula terlibat dalam politik? Ahmad Yakub: Saya sebenarnya anak seorang ahli politik, iaitu ulama tapi berkecimpungan politik peringkat guru pondok. Saya belajar di sekolah agama aliran Arab dan guru-guru saya di zaman Datuk Asri (Muda) banyak terlibat dalam politik. Antara guru saya adalah Ustaz Yahaya Osman. Saya berhasrat untuk membantu jemaah Islam bila balik ke Kelantan di mana ketika itu YAB Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dilantik menjadi Menteri Besar di Kelantan. Saya mula terlibat dalam PAS kawasan Tumpat sebagai bendahari. Itulah asalnya penglibatan saya dalam politik dari bendahari kawasan hingga ke hari ini. 2) Macamana boleh jadi Timbalan Menteri Besar dan seterusnya Menteri Besar? Ahmad Yakub: Yang itu panjang ceritanya. Asasnya saya ini guru, tidak memikirkan banyak tentang menjadi ahli politik. Menjadi menteri besar pun tak pernah saya terfikir. Yang ada dalam kepala saya adalah untuk membantu perjuangan Islam. Saya dipilih sebagai MB dalam satu mesyuarat harian (Dewan Harian PAS Kelantan) pada 6 Mei sehari selepas pilihan raya ke 13 lalu. YAB Tok Guru telah mendapat persetujuan daripada Presiden PAS terlebih dahulu rupa-rupanya. Nama saya disebut sebagai mengambil alih tempat beliau sebagai Menteri Besar. Nama saya satu orang sahaja disebut. Pada mulanya saya menolak balik supaya dapat ditentukan mana-mana sahabat lain yang layak kerana saya agak jauh dari segi kedudukan dengan Tok Guru..dari segi ilmunya, dari segi keupayaannya. Walau bagaimanapun, sebab oleh kerana ia keputusan syura, yang tidak diminta oleh saya sebagai ahli. Saya teringat satu hadis yang bermaksud, "Engkau jangan minta jawatan jadi pemimpin. Kalau kau minta jawatan pemimpin, orang akan tidak tolong. Tapi kalau kau dilantik menjadi pemimpin dengan tidak meminta, kau akan dibantu." Jadi atas dasar itu, saya harus terima. 3) Sekarang dah lebih 100 hari ustaz menjadi Menteri Besar. Jadi macam mana pengalaman setakat ini? Ahmad Yakub: Pengalaman 100 hari jadi menteri besar ini amat-amat hebat, sebab kita dulu sebagai timbalan sahaja. Timbalan ini menerima apa-apa keputusan yang dibuat oleh ketua kita atau oleh menteri besar. Sekarang saya terpaksa menimbang sendiri. Saya menggunakan pendekatan kolektif ataupun melalui mesyuarat. Pada peringkat awalnya, saya masukkan semua program yang ditawarkan kepada rakyat, kita bincang dalam mesyuarat exco dahulu. Lebuhraya rakyat, stadium dan kebajikan antara fokus kita. Ini adalah program yang telah diterima oleh kerajaan dan telah diputus oleh exco. Kita terus..apa cara sekalipun kita mesti terus. Cuma pada peringkat awal, ada isu-isu dan ia tertangguh jadi kita bincang..itu saja. Dari segi hasrat, ini harapan rakyat dan semua rakyat Kelantan terutamanya, anak Kelantan yang berada di perantauan sangat mengharap. Apabila ramai orang beritahu bahawa jalan jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai, saya pun terus bertolak ke sana untuk mencubanya. Ia mengambil masa empat jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Ini membuatkan saya sedih dan ini merupakan satu cabaran yang besar untuk menyempurnakan kebajikan kepada rakyat dan supaya rakyat tidak tentekan dan menghadapi masalah. Saya akan bincang sekali lagi supaya lebuhraya ini benar-benar dapat dipercepatkan. Sama ada kita sendiri yang buat sebagaimana yang disaran dengan duit rakyat dimana kita telah kutip derma melebihi RM2 juta hingga kini atau kemungkinan kita gunakan cara lain. Sebab ini sebenarnya kewajipan kerajaan pusat. 4) Pencapaian projek ini setakat mana? Read More / Baca Lagi >> |
Obama mulls Syria options after 'gas attack' Posted: 24 Aug 2013 08:58 PM PDT |
Altantuya: Bawa saksi penting, baru kes selesai Posted: 24 Aug 2013 06:37 PM PDT SHAH ALAM -Sebaik dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang sebelum ini disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu dilepas dan dibebaskan Mahkamah Rayuan, timbul persoalan siapa pembunuh sebenar wanita itu. Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri disahkan telah meninggalkan penjara, pagi semalam . Dalam rumusan penghakiman mahkamah memutuskan bahawa hakim telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka. PKR antara parti yang konsisten membuat pelbagai pendedahan dalam isu wanita Mongolia ini mendesak agar kes dibuka dan disiasat semula bagi mencari pembunuh sebenar. "Ini menunjukkan kegagalan Jabatan Peguam Negara dan juga Pendakwa Raya. Mereka harus jawab. "Seolah-olah ada satu perancangan awal yang sengaja membolehkan suspek-suspek dalam kes pembunuhan Altantuya ini, semua terlepas," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua kepada Sinar Harian Online. Beliau turut menekankan soal kes yang kelihatan lemah ekoran bukan semua saksi terlibat dipanggil. "Bukan semua yang terlibat sebagai saksi dipanggil. Jadi, ia menunjukkan seolah-olah kes ini lemah. "Apabila Razak Baginda dibebaskan, Pendakwa Raya juga tidak merayu," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Altantuya: Keputusan Azilah, Sirul sebahagian proses keadilan Posted: 24 Aug 2013 06:35 PM PDT Shaariibuu, kelmarin, dianggap sebagai sebahagian daripada proses keadilan. Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr, Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, semua orang perlu terima keputusan itu. Menurutnya, selepas ini kita akan menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan. "Hakikatnya, keputusan tersebut sukar diterima. Jabatan Peguam Negara akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. "Jika mengikut laporan akhbar, pembebasan kerana Mahkamah Tinggi melakukan kesilapan teknikal semasa perbicaraan," katanya. |
Altantuya: Keluarga Sirul harap tiada lagi umpat keji Posted: 24 Aug 2013 06:33 PM PDT Ibunya, Piah Ahmad, 70, berkata, selama ini mereka hanya bersabar dengan umpat keji masyarakat yang menganggap anaknya pembunuh. Menurutnya, sikap saling mempercayai antara ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain membolehkan mereka berjaya menempuh kehidupan sepanjang lapan tahun kebelakangan ini. "Makcik bersyukur kerana selama ini sokongan ahli keluarga amat kuat. Selama ini kami bersabar mendengar umpat keji orang. Jadi selepas ini, harap tidak ada lagi yang buruk sangka kepada kami," katanya ketika ditemui di kediamannya di Batu 8, Trong, di sini, semalam. Bagaimanapun, kelibat Sirul Azhar, 42, anak keempat daripada lapan beradik itu, tidak kelihatan sepanjang kunjungan Sinar Harian ke rumah berkenaan. Piah memaklumkan bahawa mereka sekeluarga belum mendapat perkhabaran terkini berkenaan tarikh sebenar Sirul Azhar akan pulang ke kampung. "Mungkin dalam sehari dua lagi. Saya tidak kisah bila dia nak balik. Kami sekeluarga sentiasa menanti kepulangannya dan syukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa kami. "Hari Sirul dibebaskan dari hukuman (kelmarin), adalah hari paling gembira untuk kami sekeluarga," katanya. |
Kenyataan DR M kepada Pak Lah, hanya gimik politik Posted: 24 Aug 2013 06:31 PM PDT Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani bagaimanapun berkata, kenyataan Tun Mahathir itu bukan untuk mengajak 'bergaduh' sebaliknya normal bagi menjawab kenyataan Abdullah. "Kenyataan balas Tun Mahathir tidak akan beri kesan apa pun, itu saya anggapnya sebagai lebih kepada gimik politik. "Kalau mahu bercakap soal hubungan mereka, kita sedia maklum yang mereka berdua memang tidak sebulu," katanya kepada Sinar Harian. |
Penagih La Plak..!!: EO tak membantu perangi jenayah, polis “ketagih” dengannya, kata Peguam Negara Posted: 24 Aug 2013 06:29 PM PDT Buat pertama kalinya, peguam utama Putrajaya secara umum mengatakan tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namum polis menggunakannya kerana mereka "ketagih" dengannya. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kebanyakan suspek yang ditahan tanpa bicara akan dibebaskan namun tidak meningkatkan tahap keselamatan awam. "Ini kerana tahanan kembali kepada aktiviti lama mereka selepas dibebaskan," katanya kepada The Malaysian Insider selepas satu forum pencegahan jenayah semalam di Petaling Jaya. Beliau bagaimanapun berkata kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana mereka "ketagih" dengannya. Sejak menghentikan penggunaan EO, Bukit Aman menggesa penggunaan semula akta itu yang membenarkan tahanan tanpa bicara. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa pengenalan akta serupa bagi mengekang jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Sejak Mei, 35 kes tembakan dilaporkan diseluruh negara yang mengorbankan 24 nyawa. Melalui penggunaan semula EO, tahanan boleh ditahan di pusat tahanan sehingga dua tahun. Menteri Dalam Negeri boleh memperbaharui arahan penahanan selama dua tahun dan meneruskan kitaran berkenaan tanpa henti. Gani berkata kepada forum pihak berkuasa perlu memadamkan rekod tahanan tiga bulan selepas mereka dibebaskan daripada pusat tahanan di bawah EO dan ia bermakna tiada sebarang tindakan boleh dilakukan pihak polis. Read More / Baca Lagi >> |
Syrian troops claim to find chemical agents used by rebels Posted: 24 Aug 2013 06:23 PM PDT |
Syria releases video of chemical agents as Obama meets with security team Posted: 24 Aug 2013 06:23 PM PDT |
Kerajaan BN lulus pemasangan peranti EMD..!! Posted: 24 Aug 2013 09:47 AM PDT |
UN Chemical experts push for access to Syria Posted: 24 Aug 2013 07:55 AM PDT |
Syrian army finds chemical agents as US navy expands presence in region Posted: 24 Aug 2013 07:49 AM PDT |
Senior U.N. official arrives in Syria seeking access for chemical inspectors Posted: 24 Aug 2013 07:48 AM PDT |
Egypt reopens border with Gaza Strip Posted: 24 Aug 2013 07:39 AM PDT |
Winners and losers in the Altantuya saga Posted: 24 Aug 2013 07:38 AM PDT The murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu has had more twists and turns than a drive up Cameron Highlands, the latest being Friday's acquittal of policemen Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar. This has never been a simple criminal case, and today, The Malaysian Insider looks at those who have had their reputations hammered by the case and those who have been let off easy. LOSERS Malaysia We know her name. We know that her son misses her. We know that some time in 2006 she came to Malaysia to claim US$500,000 from Abdul Razak Baginda, a one-time adviser to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. She allegedly became a nuisance and this led to her disappearance and death. We know that her immigration details were erased, leaving no trace of her entry into Malaysia. We know that her staying alive would have been untenable for an individual or individuals. But Malaysia could not protect her or deliver justice for her family. We may console ourselves by saying that her death galvanised the opposition and put the rich and connected in a tight spot but until the real story of the death of Altantuya Shaariibuu is known, Malaysia has failed her. Najib Razak This case will forever be a millstone around the neck of the prime minister. Mainly because the main actors in the case were connected or known to him. Abdul Razak Baginda, Altantuya's boyfriend/lover, was his adviser, and Musa Safri, who introduced Razak to the policemen, was Najib's aide-de-camp. And there was that unsavoury stuff surrounding the statutory declarations by the late P. Balasubramaniam (or PI Bala, as he was more popularly known), the private investigator hired by Razak to keep an eye on Altantuya. Bala alleged that he was bundled out of the country by Najib's associates and given funds by the PM's brother. There is no evidence linking Najib to the murder but the fact that a couple of his friends and staff had seen her or heard about her presence in Malaysia before her death put the spotlight firmly on Najib. And the glare of the spotlight continues to be bright seven years on. Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail Everyone has a set of target to meet, from the lofty to the lowly. Everyone except AG Gani Patail. Under him, prosecutors have lost a whole bunch of high-profile cases. But who cares and who is counting, right? He still has a powerful job. Even a rookie lawyer could have seen that the case against the policemen would have been strengthened by showing their common intent and this could have been done by putting Musa Safri - the man who had contact with them - on the stand. Gani said yesterday that he still firmly believes that Musa's testimony has no bearing on the case. But given his track record in the courtroom, why would we rely on his legal brain? WINNERS Read More / Baca Lagi >> |
Bantah Sikap Lemah PBB Terhadap Mesir & Syria, Turki Tolak Bantuan Dana PBB Posted: 24 Aug 2013 07:31 AM PDT Turki kembali menunjukkan ketegasannya di depan masyarakat antarabangsa. Pemerintah Erdogan menolak bantuan dana PBB bagi program pencegahan kekerasan dalam rumah tangga. Program tersebut merupakan kerjasama Kementerian Agama dengan Kementerian Sosial. Menteri Agama Turki, Profesor Mehmet Görmez, menyatakan bahawa sebelum mengurusi isu kekerasan rumah tangga, PBB harus lebih dahulu menghentikan pembantaian rayat yang tidak berdosa di Syria dan Mesir. "Kami tidak akan mengambil satu sen pun wang PBB", tegasnya seperti dikutip Fimadani, Juma'at (23/8). Sementara Menteri Sosial, Fatimah Sehin pula mengaku sangat terguncang dengan tindakan pembantaian dengan gas kimia rejim Bashar ke atas rakyatnya sendiri. "Hari ini, tragedi kemanusiaan kembali terjadi 200 Km dari tempat kita berdiri. Namun kemanusiaan gagal kembali. Sama seperti Saddam yang tidak diketahui kuburannya, Al Assad akan bernasib sama," kecamnya. |
Posted: 24 Aug 2013 07:22 AM PDT Apabila kecoh betapa slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" diumumkan secara tidak rasmi kepada negara maka heboh gegak gempita riuh rendahlan para pengampu pembodek Najib dari kalangan yang menggelarkan diri mereka bloggers berjiwa UMNO berhempas pulas bertungkus lumus membela Najib dengan cuba menyakinkan rakyat betapa kononnya slogan berbahasa Inggeris ini mula diumunkan oleh Najib Razak di Davos semasa World Economic Forum bulan Januari 2013 lalu dan bukan diciplak dari Israel sebaliknya Israel yang ciplak dari idea geliga Najib Razak. Pergh!!!!... sama ada rakyat nak percaya atau tidak itu kisah nombor dua .. janji bela bos walaupun diri sendiri dijadikan bahan ketawa. Oklah .. kerana nak sangat kononnya idea slogan "ENDLESS POSSIBILITIES" datang dari kepala Najib sendiri maka kita ajak para pembaca dan pengkritik untuk menilai dan berfikir seketika dengan apa yang dikemukakan nanti. Pertama slogan dan logo "ENDLESS POSSIBILITIES" dengan Mongolia Endless Possibilities semacam ada kaitan dan persamaan. Lebih mengejutkan sekali betapa video youtube yang dimuat naik mengenai Mongolia Endless Possibilities bertarikh 19hb Febuari 2012.. lebih kurang setahun sebelum Najib Razak membuat pengumuman di Davos.. Jadi apakah Najib Razak cilok dan ciplak dari Kerajaan Mongolia? Serahkan kepada para pembela Najib Razak untuk memberikan penjelasan yang menyakinkan rakyat. |
Selangor: Perluas peranan polis bantuan untuk banteras jenayah Posted: 24 Aug 2013 07:12 AM PDT Pemimpin Selangor mengulangi desakan supaya memperluas penubuhan dan peranan polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membanteras jenayah. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata hanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diberi kelulusan untuk menubuhkan polis bantuan bagi menjaga keselamatan premis PBT itu. "Tetapi dihad kuasa mereka hanya untuk jaga harta MBPJ sahaja. Tak guna kerana kita mahu kelulusan untuk jaga keselamatan awam, bukan jaga harta atau bangunan MBPJ," katanya. Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) itu berkata demikian ketika mengulas isu berhubung polis bantuan di kawasan PBT negeri ini. Read More / Baca Lagi >> |
Bukit Aman: 71% anggota geng adalah kaum India Posted: 24 Aug 2013 07:10 AM PDT Pengarah Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata rekod polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali mendedahkan bahawa 71 peratus daripadanya adalah kaum India. Hari ini di Forum Pencegahan Jenayah, Hadi berkata senarai polis mengenai anggota kumpulan geng yang dikenali sehingga 30 Julai menunjukkan 71 peratus adalah kaum India, 23 peratus Cina dan hanya bawah lima peratus Melayu. Dalam pembentangannya, beliau berkata kumpulan India telah menggunakan selatan Thailand. |
Zahid: Polis tiada taring tanpa undang-undang drakonian Posted: 24 Aug 2013 07:07 AM PDT Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui bahawa beberapa undang-undang yang telah dimansuhkan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) adalah drakonian, tetapi berkata Malaysia belum bersedia tanpanya. Dengan membuat perbandingan dengan Jabatan Polis New York, beliau mendakwa ia mempunyai nisbah seorang anggota polis bagi setiap 35 penduduk dan kamera CCTV definisi tinggi di setiap sudut. Di Malaysia, katanya, nisbahnya ialah seorang anggota bagi setiap 750 penduduk, dan mempunyai kurang CCTV yang juga "paling murah tetapi akhirnya ia tidak boleh digunakan." "Terdapat jurang. Kita mahu perubahan, tetapi kita belum benar-benar bersedia. Inilah apa yang berlaku di negara ini... Pihak polis tidak bertaring tanpa undang-undang yang dipanggil drakonian ini," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 24 Aug 2013 07:05 AM PDT Dalam bukunya One man's view of the world, yang di tulis oleh Lee Kuan Yew, ada satu bab yang bertajuk Malaysia: A different path. Dalam bab itulah Lee Kuan Yew menyatakan bahawa jangan letak harapan yang tinggi kepada pembangkang (PR) untuk melakukan perubahan kepada politik yang bersandarkan perkauman. Ini konteks yang dipercakapkan oleh Lee Kuan Yew. Kepadanya, pihak pembangkang tidak mempunyai agenda besar bagaimana mahu menukar politk perkauman Malaysia. Kepada Kuan Yew, penyatuan parti dalam PR adalah disebabkan oleh agenda asas untuk menggantikan BN sebagai kerajaan. Dan bila PR menjadi kerajaan, dasar politik perkauman yang mengutamakan orang Melayu akan terus dilaksanakan. PAS dilihat oleh Kuan Yew sebagai parti yang akan berdepan dengan tekanan dari orang Melayu sebagaimana UMNO berdepan dengan nya. Sebagaimana UMNO tidak berupaya membuat perubahan radikal kepada politik perkauman, PR juga akan beroperasi demikian. PR belum diuji dan bila ujian getir tiba, maka ia akan bertindak seperti UMNO dan BN. Isu dasar disini ialah bukan siapa akan perintah atau tidak. Isu dasarnya ialah adakah yang memerintah itu berdaya untuk melakukan perubahan kepada politik perkauman yang ada sekarang. Mengikut Lee Kuan Yew, politik perkauman yang diamalkan oleh Malaysia menyebabkan negara kita berada dalam keadaan tidak ada kelebihan. Kenapa? Kerana dasar yang diamalkan oleh Malaysia akan meyebabkan kolam bakat atau "talent pool" untuk membangunkan negara menjadi semakin kecil. Faktanya, mana-mana negara pun memerlukan himpunan bakat dan kualiti manusia yang tinggi untuk membangun. Amerika sebagai contoh membesarkan "talent pool" dengan kemasukan pelbagai bangsa kedalam negara itu yang dijadikan rakyat Amerika. Akhbar perdana kita hanya menyebut bahawa pihak PR tidak akan mampu menjadi kerajaan Malaysia. Itu pandangan berat sebelah dari akhbar pertama yang melaporkan mengenai interpretasi dari buku Lee Kuan Yew tersebut. Semua orang tahu apa Bernama lakukan dan kepentingan siapa mereka wakili. Jadi pandangan berat sebelah yang diberitakan oleh Bernama tidak menjadi suatu yang menghairankan. Jika sesiapa membaca buku tersebut, mereka juga diberitahu oleh Lee Kuan Yew bahawa konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Najib tidak pratikal dan tidak akan berjaya. Read More / Baca Lagi >> |
Tembak Lagi: Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan Posted: 24 Aug 2013 07:01 AM PDT Penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau, Temerloh malam tadi. Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat. Katanya bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh mendapati mangsa mati akibat terkena dua das tembakan di kepala dan masing-masing satu das di dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan. Isteri mangsa membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang selepas keluar rumah di Taman Setia Temerloh pada 18 Ogos dan menemui kereta suaminya di kawasan berdekatan pam pasir itu pada 21 Ogos, katanya. Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan jenis senjata api yang digunakan. - Bernama |
Dr M selamatkan hayat politik Najib Posted: 24 Aug 2013 04:48 AM PDT Oleh M FAQIH DATO' Seri Najib Razak masih selamat biarpun prestasi Barisan Nasional (BN) lebih teruk berbanding pilihan raya umum 2008. Sedangkan selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 suara nyaring mahu Dato' Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi berundur. Paling vokal suara itu turut diteriakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad. Persoalannya sekarang mengapa Najib diselamatkan daripada situasi itu. Mengapa tiada pemimpin Umno yang berani menempelak Najib, sedangkan reputasinya jauh lebih teruk. Tengok nasib MCA sekarang hanya tinggal enam kerusi Parlimen. Sedangkan pada 5 Mei lalu MCA mencuba nasib di 15 kerusi Parlimen. Gerakan pula tinggal kerusi tunggal di Simpang Renggam. PPP langsung dibalut kisah sedih berpanjangan sejak 2008. Tiada pengundi sudi yang memenangkan parti dipimpin Dato' Seri M Kayveas. Calon tunggal PPP di Kelantan, Dato' Nik Sapeia Nik Yusoff juga gagal ketika mencuba nasib di Dun Guchil. Biarpun banyak duit ditabur, umpan berzat di mata kail, namun majoriti pengundi di Guchil masih mampu mempertahankan prinsip. Bagaimanapun tidak semua pengundi Melayu mempunyai prinsip serupa pengundi di Guchil. Di Parlimen Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang pengundi Melayu dikatakan mudah terumpan dengan 150 akujanji BN. Semua media tanpa mengira milik kerajaan atau swasta mengulang tayangkan lagu-lagu akujanji BN. Hasilnya pengundi Melayu di kampung-kampung dan kawasan Felda termakan hati. BN ketika itu mengungkit janji 150 komitmen sekiranya diberi mandat baru. Tanpa sedar 112 daripada akujanji tersebut sebenarnya agenda kerajaan yang telah dilaksanakan. Paling melekat di jiwa pengundi Melayu ialah Bantuan Rakyat 1-Malaysia (BR1M). Bantuan wang rakyat sebanyak RM500 ternyata membuat orang Melayu menjadi lali. Bukan sekadar makcik dan pakcik di kampung, pegawai kerajaan yang bergaji bawah RM3,000 sebulan juga sanggup beratur panjang mendapat baucer mereka. Ternyatalah BR1M 1.0 dan 2.0 melenakan pengundi Melayu di luar bandar. Mereka menjadi lebih tidak keruan apabila janji BR1M disebut Perdana Menteri mahu dinaikkan kepada RM1,200 bagi setiap keluarga. Selain itu RM600 (orang bujang). Baucer Buku 1-Malaysia juga dinaikkan RM300 dan Bantuan Persekolah RM150. Kerajaan BN turut menjanjikan pengurangan harga kereta antara 20-30 peratus. Selain itu, janji Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas dan sejuta rumah mampu milik termasuk 500,000 perumahan PR1MA. Di Sabah dan Sarawak pula dihiasi janji muluk membina Lebuh Raya Pan Borneo. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan