Jumaat, 23 Ogos 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak "kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi,

Posted: 23 Aug 2013 08:39 PM PDT

 Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak, akibat daripada tiada tindakan Undang-undang kerana pembunuh masih belum dikesan.


Anak Dedah Punca Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mati Di Tembak "kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi,"


Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

"Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.

"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya."Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat."Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga.

Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini," katanya kecewa.Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.

"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.

Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Ia merupakan spekulasi semata-mata," Ku dilaporkan berkata.Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".

Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. - TMI

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Penjual minyak wangi ‘Morsi’ ditahan

Posted: 23 Aug 2013 06:51 PM PDT

Penjual minyak wangi 'Mursi' ditahan  
Minyak wangi Mursi dirampas.
TULKAREM - PALESTIN . Pihak berkuasa Palestin menahan seorang rakyatnya kerana menjual minyak wangi menggunakan jenama Presiden Mesir Mohammed Mursi di Tebing Barat, semalam.

Abang mangsa, Abdel Fattah Badir berkata Islambuli Badir, 36, ditahan dalam di kedai minyak wanginnya di Bandar Tulkarem.

"Sekumpulan anggota keselamatan menyerbu kedai abang saya dan merampas semua botol minyak wangi menggunakan label 'Morsi'. Abang saya kemudian ditahan dan komputer riba  dirampas," katanya menurut laporan AFP.

Mesir: Himpunan Jumaat Syuhada

Posted: 23 Aug 2013 06:49 PM PDT

Himpunan Jumaat Syuhada  
Jutaan penyokong Mursi berhimpun di Fayoum sejak malam kelmarin
KAHERAH - MESIR - Selepas perhimpunan Jumaat Kemarahan minggu lalu, semalam selepas solat Jumaat, jutaan rakyat Mesir melakukan perhimpunan mega Jumaat Syuhada di bandar utama seluruh Mesir.

Kemarahan rakyat Mesir yang belum reda makin membara selepas Presiden sementara Adly Mansour, mengumumkan pembebasan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak yang kini diletakkan dalam tahanan rumah.

Kemarahan terus menguasai jutaan  penyokong Presiden Mohammed Mursi selepas lebih 100 pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin ditahan dalam operasi pembersihan sejak minggu lalu.

Media tempatan melaporkan, peguam penyokong legitimasi mengatakan, bilangan mereka ditahan meningkat kepada 10,000 orang dan 5,000 lagi syahid manakala lebih 10,000 cedera semenjak rampasan kuasa tentera berlaku pada 3 Julai lalu.
Read More / Baca Lagi >>

75 lagi ahli Ikhwanul ditahan oleh Regim Zionis As Sisi

Posted: 23 Aug 2013 06:47 PM PDT

KAHERAH - MESIR - Pasukan keselamatan Mesir menahan 75 lagi anggota kanan Ikhwanul Muslimin di Kaherah.

Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara, Mohamed Ibrahim berkata, tangkapan bersepadu itu dilakukan bagi menghalang rancangan anggota Ikhwanul dan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohammed Mursi untuk terus melakukan demonstrasi mega di beberapa wilayah di negara itu.

"Kami akan melakukan operasi pembersihan ahli Ikhwanul sehingga semuanya ditahan. Mereka adalah ancaman buat negara dan keselamatan awam," katanya dipetik Press TV

Menurutnya, kesemua mereka ditahan didakwa mengikut tuduhan hasutan hingga mencetuskan keganasan.

Ahli ditahan antaranya, Syeikh Baha Saber, Ustaz Khalid Yusuf, Al Haj Jaudah Muhammadain dan pegawai kanan di Kementerian Kehakiman Ustaz Majdi.

Read More / Baca Lagi >>

AES: BN ‘jilat' semula cadangan Pakatan

Posted: 23 Aug 2013 06:44 PM PDT


PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) kini terpaksa menjilat kembali pelbagai alasan mereka ketika menolak hujah Pakatan Rakyat yang menentang kuat langkah menyerahkan pelaksanaan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada pihak swasta di peringkat awal lagi.

Sekiranya, BN mengamalkan sikap terbuka untuk mendengar pendapat pemimpin Pakatan Rakyat dan masyarakat umum sebelum AES dilaksanakan, isu pengambilalihan operasi AES pasti tidak akan timbul sekaligus menyelamatkan wang rakyat.

Langkah pengambilalihan operasi AES seperti yang dinyatakan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini, pasti akan melibatkan pembayaran pampasan yang tidak sedikit kepada dua syarikat pengendali AES swasta.

Menurut Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerajaan sepatutnya menjalankan kajian dari semua aspek termasuk pandangan dari Pakatan Rakyat dan masyarakat awam dengan lebih mendalam sebelum melaksanakan sesuatu termasuk isu perlaksanaan AES ini.
Read More / Baca Lagi >>

WHY NO IMMEDIATE RE-ARREST? Azilah Hadri released from Kajang Prison

Posted: 23 Aug 2013 06:21 PM PDT


KAJANG: Prison Department director-general Datuk Zulkifli Omar confirmed that ex-police commando Chief Inspector Azilah Hadri who was this morning acquitted from the Altantuya Shaariibuu murder charge, was released from the Kajang Prison here at 12pm today.
Azilah, 34, had been transported back to the prison for documentation procedures, accompanied by one of his lawyers and his uncle after the Court of Appeal's verdict.
"After the documentation process was completed and his belongings were returned at about 11.45am, he left the prison complex," Zulkifli said.


Pembunuhan pegawai tertinggi Kastam berkaitan penyeludupan kereta di Langkawi, kata anak lelaki

Posted: 23 Aug 2013 06:17 PM PDT


Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
"Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.
Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.
"Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.
"Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir: Dr Asri belasah ulama muda Umno

Posted: 23 Aug 2013 06:14 PM PDT


Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohad Asri Zainul Abidin melalui twitternya hari ini telah  belasah "ulama" muda UMNO yang dikatakan memutar belitkan nas dan hukum secara khianat terhadap nas-nas Islam mengenai pergolakan yang sedang berlaku di Mesir.

Inilah dia apabila ilmu agama dijual kerana kejarkan jawatan.

Rakyat Mesir masih sayang Ikhwanul Muslimin

Posted: 23 Aug 2013 06:13 PM PDT



 MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Ikhwanul Muslimin masih disayangi oleh rakyat Mesir apabila partinya menang besar dalam pilihan raya yang diadakan di peringkat parlimen.

Beliau berkata Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan pada tahun 50-an tetapi kerja-kerjanya masih diteruskan oleh ahli-ahlinya.

"Ikhwanul Muslimin masih disayangi oleh rakyat negeri Mesir. Bila diumumkan demokrasi dan diadakan pilihan raya tiba-tiba mereka (Ikhwan) menang besar kerusi parlimen.

"Dibatalkan kemenangan menyebabkan Hosni Mubarak digulingkan dan buat pilihan raya semula tetapi menang Ikhwanul Muslimin juga kerana rakyat Mesir menyokongnya," kata beliau ketika berucap pada majlis ceramah Isu Mesir Berdarah di Dewan Tok Guru, Rusila malam semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Undang-undang apa perlu untuk buktikan pembunuh?

Posted: 23 Aug 2013 06:12 PM PDT


KUALA LUMPUR: Undang-undang apa yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka yang membunuh Altantuya Shaariibuu dibuktikan bersalah tanpa sebarang keraguan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.


"Sebelum ini, Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) berkata, beliau berharap dikembalikan dikembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) untuk membantu pihaknya menangani jenayah dengan lebih berkesan.

"Sekarang, apabila Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Altantuya, undang-undang apa, tatacara penyiasatan serta prosedur pertuduhan yang bagaimana pula yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka yang membunuh Altantuya Shaariibuu dibuktikan bersalah tanpa sebarang keraguan?" beliau mempersoalkan.

Read More / Baca Lagi >>

Adakah kelembutan kes Mesir kerana Obama mahu datang?

Posted: 23 Aug 2013 06:02 PM PDT

Benar bahawa Presiden Barack Obama dijadualkan akan membuat lawatan ke Malaysia untuk bersama di 'Fourth Global Entrepreneurship Conference' setelah selesai sidang Kemuncak Asean di Brunei, pada bulan 11 Oktober ini.
Benar, inilah kali pertama selepas 47 tahun, seorang Presiden Amerika Syarikat bakal membuat kunjungan ke negara ini. Kali terakhir seorang Presiden Amerika membuat kunjungan ke Malaysia adalah pada tahun 1966 yakni Presiden Lyndon Johnson.
Tentunya lawatan ini menjanjikan pelbagai ruang keemasan bagi Perdana Menteri DS Najib Tun Razak menjalinkan hubungan lebih baik dengan Negara kuasa dunia unipolar itu. Paling mutakhir yang menjadi agenda utama pastinya berkisar di sekitar Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPPA.
Pentadbiran Najib sangat berhajat untuk mengambil kesempatan lawatan ini bagi memperbaikki pelbagai hubungan dengan ekonomi terbesar dunia ini meskipun Amerika tidak bebas dari kemelut ekonomi serta krisis kewangannya sendiri.
Sementara itu, adalah cukup menasabah segala yang dihajatkan oleh Najib dan Umno serta kerajaan Barisan Nasional akan kunjungan Presiden Obama, seluruh Ummat Islam di negara ini khasnya dan rakyat Malaysia amnya, masih bingung dan pelik memikirkan mengapa Malaysia sehingga kini masih sepi dari memulakan tindakan yang lebih serius dalam pembunuhan kejam rakyat awam dalam pergolakan di Mesir.
Najib dan kerajaan Umno-BN mesti mengambil kira akan hancur luluh dan pilunya hati Ummat Islam di negara ini, ketika kerajaan ini lewat mewakili suara hati nurani mereka menyaksikan ribuan saudara seIslam mereka dibunuh dan cedera parah diperlakukan keparas tidak berperikemanusiaan bukan sahaja di Dataran Raba'ah, Nahdah, di Masjid Al-Fath, Ramsis dan terkini di bunuh dalam tahanan.
Sementara Ummat dan rakyat seluruhnya boleh memahami kepentingan kunjungan Presiden Obama, namum ummat Islam dan rakyat di Malaysia mahukan paling tidaknya kerajaan Malaysia rakamkan segera kecaman dan bantahan tegas Negara ini terhadap pembunuhan rakyat Mesir secara kejam itu.
Kekejaman di Mesir perlukan tindakan tegas dari pemimpin dunia termasuk Malaysia. 24 Ogos, 2013.Kekejaman di Mesir perlukan tindakan tegas dari pemimpin dunia termasuk Malaysia. 24 Ogos, 2013.Tidak dapat tidak wujud semacam tanggapan rakyat bahawa kerajaan Malaysia takut menyatakan kecaman kerana takut bertentangan dengan pendirian Amerika Syarikat yang selesa dengan sikap 'berkecuali'. Ataukah kita takut kehilangan 'goodwill' dalam perhubungan dengan Amerika atau atas perhitungan risiko politik dan ekonomi yang mungkin terjejas dalam hal perjanjian TPPA, meletakkan kerajaan Najib Umno-BN juga bertindak 'berkecuali' serta enggan mengutuk penggulingan sebuah kerajaan demokratik melalui satu rampasan kuasa tentera atau 'military coup detat'. Mengutuk pembunuhan dengan tidak langsung mempedulikan yang melakukan pembunuhan adalah sangat pelik dan membingungkan. Sangat malang kalau pendirian ini berterusan diambil kerajaan Malaysia!
Read More / Baca Lagi >>

Detektif Conan: Tiada keperluan panggil Musa beri keterangan, kata Peguam Negara

Posted: 23 Aug 2013 06:00 PM PDT


Walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan kegagalan memanggil timbalan supritendan Musa Safri, saksi penting dalam perbicaraan Altantuyaa Shariibu, melemahkan kes, Peguam Negara memutuskan beliau tidak penting dalam kes tersebut.
Tan Sri Abdul Gani Patail, yang tidak bersetuju dengan keputusan berkata, tiada keperluan memanggil Musa, yang juga bekas pembantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk merungkai kes pendakwaan.
"Menghormati Mahkamah Rayuan, Kamar Peguam Negara, bagi pendakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan tiada arah atau tersalah arahan oleh perbicaraan atau kesalahan pendakwaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Setakat pengetahuan DSP Musa Safri, kami kekal dengan keputusan testimoni tidak relevan untuk perbicaraan. Dan rayuan ke Mahkamah Persekutuan akan difailkan."
Mahkamah Rayuan pagi tadi membenarkan rayuan dua bekas polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar daripada membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam pendakwaan mereka, hakim tiga panel berkata kegagalan memanggil Musa menyebabkan pendakwaan kes terbatal.
Peguam, Karpal Singh yang menjadi pemerhati kepada keluarga Altantuya berkata beliau akan sapina Musa dan Najib sebagai saksi dalam saman sivil.
Bapa Altantuya, Setev Shariibuu memfailkan RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah, Sirul dan kerajaan disebabkan kematian anak perempuannya.
Abdul Razak turut didakwa atas kes pembunuhan namun dibebaskan pada 2008 tanpa dipanggil memberi keterangan mempertahankan diri.

Kerajaan pertimbang undang-undang wajib kibar Jalur Gemilang, kata Ahmad Shabery

Posted: 23 Aug 2013 05:59 PM PDT


Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan melihat keperluan untuk diwujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap premis dan bangunan kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata ini kerana masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta tidak peka akan kepentingannya sebagai melahirkan rasa menghargai dan kecintaan kepada negara.
"Sekarang ini kita masih belum sampai masa untuk mengenakan sebarang undang-undang kepada mana-mana premis atau bangunan kerajaan atau swasta... sekarang ini secara sukarela.
"Bagaimanapun, saya lihat masih banyak bangunan terutama milik swasta yang tidak memberi respon yang baik kerana masih banyak yang tidak berbuat demikian," katanya kepada pemberita pada program 'Pocket Show 2013' di Uptown Danau Kota malam tadi.
Turut hadir Ketua Setiuasaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.
'Pocket Show' merupakan program mengedarkan Jalur Gemilang di sekitar ibu negara anjuran Jabatan Penerangan.
Pada majlis itu, Ahmad Shabery menyerahkan Jalur Gemilang kepada pemimpin tempatan kawasan Wangsa Maju, wakil persatuan penduduk di sekitar Wangsa Maju dan Gombak, peniaga dan orang ramai di tempat tersebut.

World outraged at alleged Syria chemical attack

Posted: 23 Aug 2013 05:55 PM PDT

Dr Dzulkefly: BSKL jatuh,golongan bawahan terjejas

Posted: 23 Aug 2013 04:15 PM PDT

Horror after alleged chemical attack in Syria

Posted: 23 Aug 2013 04:10 PM PDT

New images of alleged chemical attack aftermath in Syria

Posted: 23 Aug 2013 04:09 PM PDT

Anti-military protesters march in Cairo

Posted: 23 Aug 2013 04:03 PM PDT

Egypt Full Circle: Mubarak release rubbishes 2 yrs of revolution

Posted: 23 Aug 2013 04:02 PM PDT

MESIR BERDARAH: CERDIKNYA FATHUL BARI...

Posted: 23 Aug 2013 04:01 PM PDT

Ethnic relations in Malaysia

Posted: 23 Aug 2013 03:59 PM PDT

Detektif Conan: Azilah, Sirul bebas dari tuduhan bunuh Altantuya, Siapa bunuh...tak tau...Siapa yang arah bunuh...tak tau...Macam mana dapat bom C4... tak tau...

Posted: 23 Aug 2013 08:27 AM PDT


Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Ini berikutan mahkamah dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pasangan itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.


altantuya trial 160707 azilahHakim Datuk Md Apandi Ali mengetuai panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut. 

Bagaimanapun, penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Seorang lagi anggota panel hakim tersebut ialah Datuk Linton Albert. 


Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.

Pendakwa akan merayu
 

Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Peguamcara Negara 111, Datuk  Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.

Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Menurut peguam, kedua-dua tertuduh mungkin dibebaskan dari penjara Sungai Buloh lewat hari ini.

Dalam mesej teks, Tun Majid berkata mereka akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini. 


Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa suasana di mahkamah senyap seketika semasa hakim menyampaikan penghakiman sementara Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan.
  
"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.
  
Kedua-duanya disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
  
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
  
Sebagai langkah segera, pihak pendakwa diketuai Peguam Cara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu pemberita Pejabat Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan dua anggota polis itu.
  
Dalam penghakiman, mahkamah mengemukakan lapan alasan bagi pembebasan Azilah dan Sirul Azhar.
  
Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu.
  
"Dalam penghakiman kami, ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan," katanya.
  
Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan log panggilan dan ramalan liputan.-malaysiakini


 

Kenyataan Terbuka
23 Ogos 2013

Pembebasan Azilah dan Sirul Sudah Dijangka, Beri 'Motivasi' Kepada Pihak Tertentu Untuk Terus Membunuh

Sememangnya dari awal kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihanraya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut. Kemenangan ini membolehkan kedua-dua 'pak sanggup' ini dibebaskan, hari ini.

Perihal ini sudah disebut dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.

Walaupun dalam kes yang berprofile tinggi, walaupun sudah mengaku melakukan pembunuhan malah menyebut diri sebagai 'kambing hitam' kerana menjadi pembunuh upahan, namun akhirnya dibebaskan. Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah.

Keputusan ini juga seharusnya memberikan 'motivasi' besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja 'black-ops' dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan. Pihak tertentu termasuk kemungkinan melibatkan anggota polis yang mengikut telunjuk atasan mampu berbuat apa sahaja kerja jahat, pasti akhirnya terlepas hukuman dan dibebaskan. Maka tidak hairanlah jika selepas ini lebih banyak kes pembunuh upahan. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar.

Pendedahan mengenai kematian tragis Altantuya telah di buat oleh SAMM dan banyak pihak lain khususnya apabila melibatkan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. che'GuBard sebelum ini pernah menulis dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'Siapa Arah Bunuh Altantuya'. Buku tersebut telah menyebabkan che'GuBard ditahan sebanyak enam kali dan rumah che'GuBard beberapa kali digeledah, namun tiada dakwaan terhadap che'GuBard. Malah ketika buku ini dilancarkan, rumah che'GuBard dibaling dengan bom botol.

Justeru itu, apakah konklusi paling tepat mengenai pembunuhan altantuya? Negara hari ini menjadi kartun apabila membayangkan 'sebenarnya' Altantuya membunuh dirinya sendiri, kemudian bangun dan meletupkan pula dirinya menggunakan bom C4 demi menghilangkan bukti.

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Ika Tiah - Pilihanraya sudah lepas mah.. masa utk tamatkan wayang.
 

Irene Bulan Kallang - the verdict was expected by everyone... what they were trying to prove is :----->Nobody killed Altantuya, she shoot herself in the head and die after shooting herself she found some explosive and blew herself up...or they are telling malaysian to stop imagining because Altantuya is a figment of imagination of all malaysians..nothing ever happened.. it is not real..

Ken Yip - kalau tak bebas hari ini pun tak ada org tau sebelum dan selepas dua org ni betul dipenjara atau makan angin diluar negara
 

Siva Kumar - Muka ditutup,sekarang dah dibebaskan,lepas ni jadi polis balik dan pergi bom lagi di tempat awak,cam mana awak nak tahu?

Rohaifi Azri - Tanpa motif, tanpa pesalah. Nampaknya Altantuya menyusup masuk ke Malaysia, kemudian meletupkan dirinya sendiri menggunakan C4.


 

Court frees Azilah and Sirul of Altantuya murder charge...

The Court of Appeal today freed Special Action Unit officers Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar of the charge of murdering Mongolian translator Altantuya Shaariibuu.

altantuya razak baginda murder 110707 sirul escortedThis followed the court's unanimous decision to allow the duo's appeal in the sensational case.

However, the prosecution has the opportunity to appeal with the Federal Court - the country's highest court.


As soon as the court's decision was read, the two accused said: "Thank you, your lordships."

While justice Md Apandi Ali led the three-member bench, justice Tengku Maimun Tuan Mat read out the judgment, which ruled there were serious misdirections by the High Court judge.


The misdirections included the failure to call Prime Minister Najib Abdul Razak's former aide de camp DSP Musa Safri and the failure to take into consideration the police station's diary, which stated that Azilah was at Bukit Aman at the time of the incident.

The other judges were justices Linton Albert and Tengku Maimon Tuan Mat.

Alibi not taken into consideration
 

Shah Alam High Court judge Md Zaki Yassin on April 2009 convicted the two of murder but acquitted Najib's close confidante, political analyst Abdul Razak Baginda (below), of abetting the murder.

abdul razak baginda altantuya mongolian case 040607 leadIn today's judgement, justice Tengku Maimun said the court did not find anywhere in the High Court's judgment about whether it had considered the alibi and the inconsistency in the telephone call logs of the accused.

"These include the police station's diary, which states that Azilah was at Bukit Aman and not at the crime scene.

"The learned trial judge had misdirected himself by way of non-direction in failing to consider the station's diary and in failing to make a finding whether the defence had cast a reasonable doubt in the prosecution's case," she said.

On the call logs, she said the court found inconsistencies in the testimonies of the telephone company's witnesses, which had put an issue on the accuracy of the calls in question and the coverage protection.

"In our judgment, it is essential for the trial judge to address his mind to the challenge raised by the defence on whether there was in fact alteration or tampering of the data and whether the authenticity of the data was questionable or otherwise.

"Regrettably, the judge failed to do so and this amounts to serious misdirection rendering the exhibits (the call logs) unsafe to be relied upon," she said.

Inconsistency in police testimonies
 

The court also ruled that there were inconsistencies in the testimonies of the police's prosecution witness leading to the discovery of the crime scene, where the High Court judge did not examine the credibility and did not address the defence's contention.

altantuya trial 160707 azilah"This has raised a doubt on the accuracy of the section 27 statements and whether the discovery was made exclusively as a result of the information supplied by the two appellants (the two accused) and not from other sources," said Tengku Maimun.

On the possession of explosives, Tengku Maimun said the High Court judge should have made a further finding to connect the explosives to the two accused.

"By not making any findings on possession by the appellants of the explosives used in the commission of the murder, the learned trial judge had failed to address his mind on this missing link, resulting in yet another misdirection," she said.

The defence had argued that the type of explosives used in the murder was not kept in the police armoury.


Tengku Maimum also ruled that the non-calling of Musa (Najib's aide de camp) was essential.

"This is to unfold the narrative upon which the prosecution's case is based on. 

"The failure of the prosecution to call or offer Musa for cross-examination in the circumstances of the evidence as a whole would have triggered adverse inference under section 114 (g) of the Evidence Act 1950 against the prosecution," she said.

The Court of Appeal also found that justice Md Zaki (High court) had failed to establish whether there was common intention.

"We find the judge made no findings on whether the prosecution had established that there was a pre-arranged plan by the appellants to commit murder and that murder was committed pursuant to the pre-arranged plan.

"In our judgment, the absence of such findings by the learned trial judge on the ingredient of common intention amounted to a misdirection by way of non-direction," Tengku Maimun ruled.


Blood-stained slippers and spent bullet

On the issue of the blood-stained slippers (allegedly Altantuya's) found in Sirul's car, the court ruled there was no nexus between the slippers and Sirul and the prosecution had not closed the gap.

There were questions about the blood-stained slippers as they were not Sirul's size and it was not ascertained who owned it.

altantuya and son 050309On the issue of a spent bullet found in Sirul's car, again the court found that there was a gap in the prosecution's case and the High Court judge had failed to direct his mind to the matter.

"It is our judgment the cumulative effect of the non-directions by the judge rendered the conviction unsafe. 


"We unanimously allow both appeals. Conviction and sentence are set aside. The appellants are acquitted and discharged," said Tengku Maimun. 

Azilah was represented by Hazman Ahmad and J Kuldeep Kumar, while Kamarul Hisham Kamaruddin and Hasnal Rezua Merican appeared for Sirul.

Deputy solicitor-general III Tun Abdul Majid Tun Hamzah led a team of prosecutors that comprised  DPP's Manoj Kurup and Noorin Badaruddin.

Altantuya (above) was murdered in the forest of Puncak Alam near Shah Alam between 10pm on Oct 19 and 1am on Oct 20, 2006.

According to the accuseds' lawyers, the two should be released from prison later today. 


Sirul is being held at Tapah prison while Azilah is at Kajang prison.-malaysiakini
 

 So, who killed Altantuya? And why...

Seven years on, no one has paid the price for the death of Altantuya Shaariibuu. And no one knows why the pretty Mongolian was killed one night in October 2006.

But today's Court of Appeal decision does not close the file on her mysterious murder.

Instead, the ruling to acquit former chief inspector Azilah Hadri and former corporal Sirul Azhar Umar raises more questions than ever.

 Who killed her? Why?
 

She was shot dead and C4 explosives were allegedly used to blow her to bits but both police commandos said they had no access to the explosives. So what happened? Were there others involved?

She came into the country but there were no immigration records with her name. Did she use another passport? Can the authorities explain this?

Some of these questions could have been answered if the likes of DSP Musa Safri had been called to give evidence.

The prosecution did not call him and the appeal court today allowed the appeal because material witnesses were not called to testify, including Musa.

Musa would have been able to say what sort of help political analyst Abdul Razak Baginda had asked of him to fend off Altantuya.

The interpreter had become Abdul Razak's lover but later hounded him. He had to hire private investigator P. Balasubramaniam to keep watch on her. When Altantuya turned up that fateful night on October 19, 2006, the policemen took her away and that was the last time she was seen alive.




What followed rocked Malaysia's political establishment. Abdul Razak was held in connection with the murder and both police commandos Azilah and Sirul were later charged for Altantuya's murder.

Their connection to each other was simply Musa, who was aide-de-camp to then deputy prime minister and defence minister Datuk Seri Najib Razak.

Now prime minister, Najib has denied any links to the case although Abdul Razak was closely associated with him. Will today's ruling provide closure for him too?

Will it also provide closure for Abdul Razak, who was the first to be acquitted of conspiring to kill Altantuya? He had admitted to fending her off but not asking for her death.

Interestingly, the prosecution never appealed his acquittal.

But the prosecution has said it would appeal today's ruling that freed Azilah and Sirul, both of whom were hooded and shielded from public view during their 159-day murder trial.

That again raises more questions. And endless possibilities.-malaysian insider


Ferdtan - So the Court of Appeal freed Special Action Unit officers Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar of the charge of murdering Mongolian translator Altantuya . So what happens next? Why didn't the police immediately, outside the court, re-arrest them for manslaughter instead of first degree murder in this case? It would be open-and-shut case as in the police report Sirul confessed that they were paid between RM50,000 to RM100,000 to kill Altantuya. The police frequently in the past were always ready to re-arrest suspects (not to their liking?) when freed by the judge outside the door of the courts? 

YF - Isn't this expected since the very beginning? These lawless folks are saying when you die of strangling means you cekik sendiri, when you fall of a building means you commit suicide, when you get c4ed you did it voluntarily. This is the world's best justice system so dont play play.

FairMind - It's all a sandiwara which the public had expected even before the trial began.
 

TakBolehTahan - Mr Shaariibuu, my apologies. Malaysia has failed you.

Headhunters - After this they may say its Anwar Ibrahim who was the murderer! They will also say Anwar sodomised Altantuya and then killed her and then C-4 her body. To support their claim, they will make it headline news for weeks until Malaysians especially the blind supporters of UMNO/BN believe it. Then they will arrest, detain and charge Anwar and force him to give his DNA or simply steal it from him and then put him on trial.......surprise? well thats their slogan to be officially launch soon: "Endless Opportunities!"

minahkerang - Najib says,"Malaysia the land of endless possibilities" Keputusan mahkamah ini salah satu daripada the endless possibilities!!!



 

 
 Malaysia the land of endless possibilities

Detektif Conan: Kontroversi, Wajarkah Altantunya Mati Tanpa Pembunuh..??

Posted: 23 Aug 2013 08:21 AM PDT

Lala, tunang bekas ketua inspektor Azilah Hadri di luar mahkamah selepas keputusan mahkamah membebaskan tunangnya daripada tuduhan membunuh Altantuya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Lala, tunang bekas ketua inspektor Azilah Hadri di luar mahkamah selepas keputusan mahkamah membebaskan tunangnya daripada tuduhan membunuh Altantuya. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.
Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.
Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?Siapa bunuh dia? Mengapa?
Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?
Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.
Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.
Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya.
Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah kali terakhir wanita itu dilihat hidup.
Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.
Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.
Sulaiman Daharun (bapa angkat anak Sirul) memeluk Shukri Azam (anak Sirul) di luar mahkamah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Sulaiman Daharun (bapa angkat anak Sirul) memeluk Shukri Azam (anak Sirul) di luar mahkamah. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 23 Ogos, 2013.Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?
Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya.
Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.
Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan' daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.
Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. Dan `endless possibilities'. 

Pasangan kekasih ditahan ketika proses dadah

Posted: 23 Aug 2013 08:07 AM PDT

Detektif Conan: Pembebasan Azilah, Sirul sudah dijangka - SAMM

Posted: 23 Aug 2013 07:38 AM PDT

SHAH ALAM, 23 OGOS: Penangguhan pembicaraan kes pembunuhan penterjemah warga Monggolia, Altantuya Shariibu yang sepatutnya dibicarakan sebelum PRU13 lalu sudah diduga keputusannya berikutan pembebasan Azilah dan Sirul oleh Mahkamah Rayuan hari ini.
Kenyataan media SAMM di sertakan.
Pembebasan Azilah dan Sirul Sudah Dijangka, Beri 'Motivasi' Kepada Pihak Tertentu Untuk Terus Membunuh.
Sememangnya dari awal kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihanraya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut. Kemenangan ini membolehkan kedua-dua 'pak sanggup' ini dibebaskan, hari ini.
Perihal ini sudah disebut dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.
Walaupun dalam kes yang berprofile tinggi, walaupun sudah mengaku melakukan pembunuhan malah menyebut diri sebagai 'kambing hitam' kerana menjadi pembunuh upahan, namun akhirnya dibebaskan. Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah.
Keputusan ini juga seharusnya memberikan 'motivasi' besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja 'black-ops' dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan. Pihak tertentu termasuk kemungkinan melibatkan anggota polis yang mengikut telunjuk atasan mampu berbuat apa sahaja kerja jahat, pasti akhirnya terlepas hukuman dan dibebaskan. Maka tidak hairanlah jika selepas ini lebih banyak kes pembunuh upahan. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar.
Read More / Baca Lagi >>

Di Bawah Lindungan Kerajaan UMNO..!!

Posted: 23 Aug 2013 07:32 AM PDT

Sekarang kalau kita membunuh orang, tapi pendakwa raya tidak dapat membuktikan ada niat, kita boleh lepas dari pertuduhan membunuh. Walaupun setelah kita tembak seseorang, kemudian menaruh bahan letupan dalam rongga dan tempat mana ada lubang dibadan dan letupkan- sehingga tulang belulang berkecai dan berterbangan- itu semua bukan pembayang ada niat membunuh. Kita ada perbuatan membunuh, tapi tidak ada niat itu tidak mengapa? System pengadilan apa yang kerajaan pimpinan UMNO bangsa Melayu kita ini amalkan?
Sungguh benar apa yang nyatakan oleh pendita Zaaba. Kezaliman keatas bangsa Melayu dilakukan oleh pemerintah dari bangsa Melayu itu sendiri.
Ini akan menghantar mesej kepada gangster dan pembunuh upahan, boleh letupkan sesiapa sahaja. Jika pembunuh Altantuya lepas dari tuduhan, ini membuktikan pasukan pendakwa raya sub-standard. Tugas pertama kerajaan baru yang akan ganti BN yang korap ini ialah mengadakan retrial dan panggil semua orang yang tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Hari ini hari malang untuk keluhuran undang2 di Malaysia. Kita tidak akan tahu siapa yang memerintah supaya Altantuya dibunuh. Lagi pun mengikut lojik soldadu UMNO- tidak mengapa Altantuya dibunuh kerana dia pelacur anatra bangsa yang telah memberi perkhidmatan istimewa kepada Razak Baginda dan mugkin juga pemimpin tertingi negara. Hal pantat memantat, pemimpin tertingi negara tidak kurang hebat nya.
Najib akan jual segala asset negara atas nama bangsa Melayu. Adakah kita percaya bahawa Najib berkata bahawa MAS tidak akan dijual? Sedangkan Dr Mahathir Mohamad sudah pun menyatakan ianya patut dijual dan dikendalikan oleh pihak swasta. Idris Jala menyebut perkara tersebut dalam suatu forum bersama dengan Tony Fernandez. Tony Fernandez mungkin menyatakan pandangan nya dalam konteks penglibatan kerajaan dalam system ekonomi pasaran bebas dan ingin melihat penglibatan kerajaan dikurangkan.
Read More / Baca Lagi >>

dollah yankee

dollah yankee


Umur masih panjang (buat masa ini lah..)

Posted: 23 Aug 2013 05:37 PM PDT


Gurkah-gurkah di'port' pun tak mau ketinggalan dan tak mau tertinggal bas nak ulas tentang betapa 'rezeki,ajal,maut' itu ditangan Allah SWT bila dua orang ini umur mereka masih panjang dan Malaikat maut masih belum bersedia mahu menjemput mereka.

Selepas tujuh tahun, tiada siapa yang dipertanggungjawab untuk menjadi 'kambing hitam' dan selepas tujuh tahun juga lah tiada siapa pun akan tahu mengapa pompuan cantik dan seksi dari Monggolia ini mati dibunuh dengan kejam sekali pada tengah malam itu.

Pun begitu, keputusan Mahkamah Rayuan kelmarin masih tidak dapat menutup fail pembunuhan misteri berprofail tinggi ini... apa lagi nak menutup mulut-mulut yang begitu banyak.

Kalau dah dua orang ini didapati tidak bersalah, siapa yang bersalah dan patut dipersalahkan? dan pasal apa pompuan cantik dan seksi ini dibunuh?

Sebelum dibom dengan C4, pompuan ini telah ditembak terlebih dulu. Tapi kedua-dua komando polis ini ada memberitahu dalam mahkamah yang mereka tidak mempunyai ekses kepada bahan letupan C4 itu. Apa yang terjadi sebenarnya? dan selain daripada mereka berdua ini, ada siapa lagi yang terlibat? (mana perginya bomoh-bomoh yang handal yang boleh guna ilmu 'scan' mereka?)

Pompuan cantik lagi seksi ini didakwa telah menjadi kekasih gelap Abdul Razak Baginda, dan selain dari Allah SWT hanya DSP Musa Safri sahaja yang tahu apa jenis pertolongan yang telah diminta olih Razak Baginda pada malam itu, dan apabila pompuan cantik yang seksi ini muncul pada malam yang malang itu, dua komando ini telah membawanya pergi.

Dan itu lah kali terakhir pompuan cantik, seksi dan mengancam ini dilihat masih hidup dan bernyawa.

dollah yankee -
Gurkah-gurkah di'port' mempunyai perasaan yang sangat kuat yang ajal dua orang ini akan datang juga, mungkin selepas PAU nanti bila pihak pendakwa akan merayu di Mahkamah Persekutuan ...