Khamis, 18 Julai 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Persenda Umat Islam Dan Gambar Bogel: Alvin, Vivian Didakwa Tiga Pertuduhan - Tidak dibenar ikat jamin

Posted: 18 Jul 2013 02:00 AM PDT


Alvin (kanan) dan pasangannya, Vivian.
KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yangbertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal.
Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan mempamer gambar lucah, menerbitkan satu penerbitan menghasut serta memuat naik kandungan itu di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Mereka yang mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi semua tuduhan itu. 
Berdasarkan tuduhan pertama, Alvin atau Tan Jye Yee, 25, dan Vivian, Lee May Ling, 24 didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman muka buku (Facebook) "Alvin dan Vivian-Alvivi" iaitu satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. Wangi, Enak, Menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal serta ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka juga didakwa memuat naik kandungan itu sehingga berkemungkinan menyebabkan rasa permusuhan atas alasan agama antara orang yang menganut agama berlainan.

Sementara itu, mereka turut didakwa mempamerkan gambar didapati lucah di laman sosial mengikut Akta Penapisan Filem.

"Hantu" terperangkap 7 jam

Posted: 17 Jul 2013 11:59 PM PDT

Beijing: Seorang wanita di timur China yang ingin melalui jalan pintas untuk pulang ke rumah terperangkap dalam sebuah tembok selama tujuh jam kerana penduduk menyangkanya hantu.
Jalan susur itu bagaimanapun menjadi sangat sempit menyebabkan dia tersepit di dalamnya, lapor televisyen kerajaan CCTV.

Disebabkan jalan untuk berpatah balik terlalu jauh, wanita dari wilayah Anhui, China itu memilih laluan itu sebelum terperangkap dalam tembok konkrit berkenaan.
Jeritannya tidak membantu kerana penduduk menyangka ia suara hantu.

Akhirnya, seorang penduduk yang melalui kawasan itu menyedari bahawa jeritannya itu benar-benar suara manusia sebelum menghulurkan bantuan.

Dalam rakaman video, anggota bomba dilihat memecahkan bahagian dalam tembok konkrit itu bagi mengeluarkan wanita berkenaan. Menurut laporan media tempatan, operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit. - Agensi
Foto
GAMBAR mengikut turutan menunjukkan bagaimana anggota bomba berusaha mengeluarkan wanita yang terperangkap dalam sebuah tembok.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRK Kuala Besut: Nik Aziz gesa pengundi pilih PAS

Posted: 18 Jul 2013 04:33 PM PDT


Calon PAS Kuala Besut, Che Long berbual dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika kempen PAS pada 18 Julai. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Julai, 2013.Calon PAS Kuala Besut, Che Long berbual dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika kempen PAS pada 18 Julai. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Julai, 2013.Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut dihangatkan lagi dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut membantu kempen calon parti Islam itu, Endut@Azlan Yusof.
Nik Aziz dalam ceramah kempennya malam tadi menggesa pengundi Kuala Besut memilih parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berkenaan, kerana Umno jelasnya menolak Islam dengan memilih semangat kebangsaan.
"Umno tolak Islam ambil kebangsaan, bela orang Melayu boleh bawa ke akhirat ke? Kalau Melayu boleh jamin masuk syurga ke?" katanya ketika berceramah di hadapan hampir 800 penyokong PAS selepas selesai solat Terawih semalam.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut membabitkan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan Azlan, calon PAS yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long oleh penduduk tempatan.
Kerusi itu mengalami kekosongan ekoran kematian penyandangnya, Dr Ab Rahman Mokhtar, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari mengundi.
Nik Aziz dalam ceramahnya juga menegaskan bantuan membina masjid yang dihulurkan Umno menjadikan umat Islam semakin kedekut dan melupuskan budaya menderma.
Oleh itu, jelas veteran PAS itu,  kerajaan Kelantan yang pernah ditadbirnya sebelum ini tidak membina masjid, sebaliknya hanya memberikan bantuan kepada pembinaan masjid, supaya rakyat menderma untuk membina rumah Allah itu.
"Umno suruh buat masjid, dia sendiri tidak sembahyang. Umno buat masjid, buat surau orang Kelantan jadi kedekut, cari duit buat rumah, masjid tidak buat," katanya.
"Jahat Umno ini takut cakap benda betul, cakap perkara salah," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

ERDOGAN DAN TURKI TEGAS TOLAK KERAJAAN KUDETA MESIR

Posted: 18 Jul 2013 04:20 PM PDT

Lupakanlah wahai El Baradei!

Sampai kepadaku semalam satu mesej dari seorang individu namanya El Baradei.

Beliau menyatakan rasa tidak senang dan terkilan terhadap respon dan kenyataan- kenyataan dari kerajaan Turki terhadap apa yg berlaku di Mesir.

Katanya :"Dan sesungguhnya Negara Turki mempunyai seorang perdana menteri yang sangat kami sanjungi dan hormati. Dan sekiranya kerajaan Turki memerlukan apa jua pertolongan dari kami, kami bersedia dan hubungilah kami".

Wahai hadirin sekalian..
Apakah perlu kita ketawa atau menangis atas kelucuan ini?
Bagaimana boleh aku berurusan dan berbicara dgn orang seperti kamu sedangkan kamu bukanlah menteri pilihan rakyat bahkan dipilih sewenang-wenangnya oleh pihak kudeta.
Individu yang menghantar mesej kepadaku iaitu El Baradei ini, pada beberapa minggu lalu berkata bahawa pendiriannya ialah Anti Kudeta. Namun pabila dijanjikan kepadanya jawatan Presiden atau Perdana Menteri terus ia merubah pendiriannya bersama dgn kudeta dan rampasan kuasa.
Dan akhirnya beliau kini dilantik menjadi Timbalan Presiden (bagi Hubungan Luar) dan cuba tanpa segan silu ingin berurusan dengan kami.
Lupakanlah wahai El Baradei !!

Basmi kemiskinan kajian angka atau realiti?

Posted: 18 Jul 2013 03:57 PM PDT

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini meluluskan penubuhan beberapa jawatankuasa terpilih yang akan bertindak sebagai 'check and balance' terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Antaranya Jawatankuasa Terpilih Pembasmian Kemiskinan Selangor ditubuhkan julung kalinya untuk mengkaji keberkesanan program pembasmian kemiskinan yang telah dan sedang dilaksanakan bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak tahun 2008.

Hasil kajiannya diharapkan dapat menyumbang kepada usaha menangani isu kemiskinan di Selangor terutamanya kemiskinan tegar dengan lebih berkesan.

Institut Rakyat merakamkan tahniah kepada kerajaan negeri atas langkah yang baik dan progresif ini.

Namun ia tidak seharusnya berhenti pada tahap mengkaji keberkesanan program dari segi peningkatan pendapatan, tetapi selanjutnya harus mengkaji bagaimana sesebuah isi rumah boleh 'graduate' atau lulus dalam program yang disertai; dan bukannya terperangkap dalam stigma berkaitan kemiskinan ataupun sindrom kebergantungan berlebihan.

Artikel ini mencadangkan agar kajian yang bakal dijalankan oleh Jawatankuasa Terpilih Pembasmian Kemiskinan Selangor bukan setakat mengkaji hasil kuantitatif dari segi peningkatan pendapatan, malah aspek lain yang turut menyumbang kepada 'graduation': akses pendidikan secara umum dan peluang melanjutkan pelajaran; kedudukan dan hak wanita serta taraf kesihatan.

Institut Rakyat ingin menegaskan bahawa kajian kemiskinan yang hanya bersandarkan peningkatan
pendapatan semata-mata tidak holistik atau mencerminkan gambaran sebenar kejayaan sesuatu program membasmi kemiskinan.
Read More / Baca Lagi >>

Surat Jusuf Kalla Kepada Ketua Pengarang Berita Harian Sahkan Bahawa Akhbar Perdana Fitnah Anwar

Posted: 18 Jul 2013 03:56 PM PDT



Sebelum ini...


KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.

"Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah," kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Hasutan 1948: Hanya Retorik Politik

Posted: 18 Jul 2013 03:55 PM PDT

Oleh Haris Zuan
1948 – pada waktu itu pengaruh golongan kiri amat kuat, malah beberapa bulan sebelum itu – tepatnya 20 Oktober 1947 – rakyat di Semenanjung Tanah Melayu, tanpa mengira warna kulit, telah menunjukkan setiakawan yang tinggi untuk Merdeka bersama PUTERA-AMCAJA dengan melancarkan Hartal, salah satu bentuk keingkaran awam (civil disobedient) kerana membantah Perlembagaan Persekutuan yang disediakan oleh penjajah British

Tidak lama kemudian, pada Jun 1948, apabila bantahan terhadap pemerintahan British di Tanah Melayu semakin kuat, Darurat diisyitharkan; parti yang dilihat radikal ditahan, sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri dan hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.
Pada tahun yang sama, British memperkenalkan Akta Hasutan bagi membolehkan sesiapa sahaja yang dianggap menyebarkan elemen subversif ditahan – pada waktu itu, seruan Merdeka dianggap radikal, malah UMNO sendiri menggunakan slogan Hidup Melayu, bukan Merdeka pada ketika itu. Malangnya, setelah Darurat 1948 tamat pada tahun 1960 (ya, kita Merdeka pada tahun 1957, pada tempoh Darurat) Akta Hasutan ini tidak dihapuskan sama dan kekal hingga kini.
Baik, kini kita telah faham konteks Akta Hasutan ini diwujudkan. Kini, Chin Peng telah lama tiada dan Komunis bukan lagi ancaman sejak runtuhnya Tembok Berlin yang mahsyur itu, malah negara China juga telah membuka pasarannya kepada dunia. Namun, akta ini tetap dipakai dan sering didakwa digunakan untuk menahan mereka yang mengancam status quo parti pemerintah – tindakan yang dilihat sebagai anti-kebebasan bersuara yang menjadi asas kepada demokrasi.
Terbaru, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melenting apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mengusulkan sebuah Rang Undang-Undang Ahli Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Hasutan (Pemansuhan) 2013. Malah Zahid Hamidi mengutuk hasrat untuk memansuhkan akta ini kerana menurutnya, jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, Raja dan keistimewaan Orang Melayu, yang termaktub dalam Perlembagaan akan dipersoalkan semahunya. Tambah beliau lagi, beliau tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara tersebut. Lagak hero!
Malangnya, hero Melayu-Islam ini mungkin terlupa, kerana orang pertama yang harus Zaid Hamidi herdik adalah Perdana Menteri beliau sendiri, Najib Razak. Sebagaimana yang dikutip dalam kenyataan media Nurul Izzah, hampir setahun lalu, pada 11 Julai 2012, dalam sebuah majlis makan malam Pejabat Peguam Negara, Najib Razak telah mengumumkan keputusan kerajaan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Berkecamuk
Read More / Baca Lagi >>

The fight is not with me, I'm doing my job - Rafizi ticks off EC, BN

Posted: 18 Jul 2013 03:51 PM PDT

PRK Kuala Besut: Kempen BN masih di takuk lama

Posted: 18 Jul 2013 03:20 PM PDT

Oleh: Mohd Nasir Awang
Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut, Terenganu semakin menuju kemuncak. Kedua-dua parti bertanding, Barisan Nasional (BN) dan PAS semakin merancakkan gerakerja kempen masing-masing.
Setakat ini belum ada apa-apa yang boleh disifatkan sebagai pendekatan baru dalam kempen BN. Selaku parti pemerintah yang memiliki berbagai kelebihan berbanding PAS, BN nampaknya kekal selesa memanfaatkan kaedah dan taktik lama


Kesemua taktik dan pendekatan itu berkait rapat dengan tabiatnya memanipulasi kuasa dan kewangan kerajaan untuk kepentingan politik partinya.
Pertama, BN terus memancing undi rakyat dengan menabur janji pembangunan dan pelaksanaan projek segera. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turun sebagai Timbalan Perdana Menteri merasmikan peletakan batu asas dan pecah tanah projek pembinaan 72 unit pangsapuri empat tingkat, di Kampung Lay Out Tok Saboh.
Dengan kos pembinaan RM10.35 juta, projek itu akan menjadi tempat tinggal 72 keluarga, termasuk 46 keluarga mangsa air pasang dan ombak besar di Dun berkenaan. Setiap unit bernilai RM100,000 itu akan diberikan kepada setiap keluarga secara percuma.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula meluluskan pembinaan pasar nelayan di Jeti Kuala Besut, yang sekali gus menjadi pasar pertama seumpamanya di Terengganu. Menterinya yang turun menabur janji itu mengatakan kerajaan akan membina pasar dengan kos RM200,000 itu dalam masa terdekat.
Di tengah-tengah kerancakan kempen inilah juga Menteri Pendidikan II mendapat idea memilih dua sekolah di Kuala Besut untuk program integrasi kementeriannya dengan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, yang dipanggil Brain Bee.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Kedudukan 16-16, Jadikanlah Ia Kenyataan

Posted: 18 Jul 2013 03:17 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Pilihanraya kecil DUN Kuala Besut mula membahang panas kempennya. Tidak saja panas dengan isu tempatan dan pembangunan segera yang didatangkan ke kawasan itu, malah isu-isu peribadi turut mula mengambil tempatnya. Tidak dipedulikan sama ada bulan Ramadan atau tidak, kempen pilihanraya tetap sama rentak dan iramanya selagi matlamatnya ialah untuk mencari kemenangan.


Di Kuala Besut ini, tidak saja BN yang mula menggunakan kelemahan peribadi dan keluarga calon lawan sebagai bahan kempen, sebaliknya Pas juga turut mengguna kelemahan dan sisi tidak baik calon BN untuk mencari kemenangan. Hakikatnya, kedua-dua pihak lebih kurang sama dalam strategi kempennya.

Tetapi yang paling menarik ialah berkenaan dengan kedudukan kerusi di DUN Terengganu jika Pas berjaya memenangi pilihanrayaa kecil ini. Dalam pilihanraya lalu BN memenangi 17 kerusi manakala PR menang 15 dan dalam pilihanraya kecil ini Pas berusaha untuk memenanginya bagi menjadikan kedudukan 16-16.

Kedudukan jumlah kerusi seri tidak pernah berlaku sebelum ini di mana-mana negeri. Ramai yang ingin tahu apa akan berlaku selepas itu. Apakah Menteri Besar akan bertukar? Apakah Sultan Terengganu boleh menentukan siapa Menteri Besar pilihan baginda? Atau adakah kedudukan DUN Terengganu akan tergantung? Mungkinkah pilihanraya negeri akan diadakan untuk mencari pemenang sebenar?

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku bila kedudukan menjadi 16-16 tetapi sehingga ini tiada siapa yang pasti apa keadaannya yang sebenar. Sementara Pas menjadikan 16-16 Terengganu Baru sebagai antara bahan kempennya, BN pula nampaknya sangat berusaha keras untuk memastikan Kuala Besut ini kekal ditangan mereka dan kedudukan kekal 17-15.

Pas melalui Naib Presidennnya, Sallahuddin Ayub menaruh keyakinan bahawa kedudukan Menteri Besar akan bertukar tangan dan memihak kepada mereka jika kedudukan menjadi 16-16. Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai perkara itu, cuma memberi jaminan jika kerusi Menteri Besar berjaya diperolehi banyak permasalahan tanah di negeri itu akan diselesaikan.

Tetapi bagi Idris Jusoh, Ketua UMNO Besut dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Kuala Besut pula mempunyai tafsiran lain. Beliau berkata, jika kedudukan 16-16, kerusi Menteri Besar akan kekal ditangan BN kerana kelebihan undi Speaker yang memihak kepada mereka. Namun hujah itu ditentang oleh Dr Zulkifli Ahmad dari Pas yang menyatakan undi Speaker tidak boleh dipakai dalam penentuan kedudukan Menteri Besar.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Kuala Besut: Lensa Ceramah Perdana Di Kg Beris Pak Abu.

Posted: 18 Jul 2013 03:11 PM PDT

PRK Kuala Besut: Maaf Mek, Ayoh, Oghe malu

Posted: 18 Jul 2013 02:47 PM PDT

PRK Kuala Besut: Dewan Orang ramai Jadi Hotel Milik Peribadi Pemimpin Umno

Posted: 18 Jul 2013 02:44 PM PDT

PRK Kuala Besut : PAS Tetap Dengan Pendirian Parti - Nik Aziz

Posted: 18 Jul 2013 02:42 PM PDT

PRK Kuala Besut: Kemampuan Sebagai Pemimpin Dan Usahawan Che Long Terserlah...

Posted: 18 Jul 2013 09:05 AM PDT


Walaupun hanya berkelulusan SPM, calon PAS Kuala Besut Endot@Azlan Yusof mendakwa beliau merupakan antara kontraktor terbaik di Kelantan. "Saya berkelusan SPM sahaja tetapi sijil bukan penentu segala-galanya. 
Bukan sijil jadi ukuran, bukan wajib ada. Saya tak sekolah tetapi boleh menjadi kontraktor terbaik di Kelantan. "Buat tahfiz sains RM11 juta, buat dulu 100%, baru kerajaan bayar secara berperingkat.
"Orang ngaji sekolah tinggi, ada kontraktor macam saya, satu dua projek fail (gagal), dia ngaji Amerika," katanya. 
Bendahari PAS Besut itu akan menentang calon BN Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman pada 24 Julai ini. 
Dalam pada itu, Che Long menambah, beliau berjanji akan berkhidmat kepada rakyat jika menang pada 24 Julai ini. 
"Saya berjanji kepada parti, jika dipilih, jika menang saya akan berkhidmat kepada rakyat. "Che Long tidak mahu menjadi wakil rakyat yang berdosa," katanya lagi.

Keadaan Di Mesir Pada Rabu Dan Khamis....

Posted: 18 Jul 2013 08:56 AM PDT

(Keganasan polis di Mesir, 16/7/13)
Seorang pemuda pro-Morsi dibawa ke hospital rakyat dibuat oleh penyokong Morsi kerana hospital kerajaan tidak menerima pendemo pro-Morsi yang cedera parah.
Polis Mesir zalim terhadap pro-Morsi.
Kenapa mereka menyokong Morsi dan sanggup mati untuk Presiden sah mereka?
Anak muda sanggup mati untuk mengangkat kembali Presiden Morsi menjadi Presiden Mesir. KENAPA?

Isu pendatang perlu ditangani di semua negeri

Posted: 18 Jul 2013 08:47 AM PDT

Suhakam KOTA KINABALU - Seorang bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan agar masalah pendatang tanpa izin di Sabah ditangani secara adil di semua negeri di negara ini.
  
Memberi keterangan kepada Inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Asing di Sabah, Tan Sri Simon Sipaun berkata isu tersebut telah menjadi isu nasional dan tidak adil kepada rakyat di Sabah menanganinya sahaja.
  
Merujuk kepada pemberian kad pengenalan (IC) Malaysia kepada orang luar, beliau berkata kerajaan mesti mengeluarkan formula yang perlu diguna pakai kepada pendatang termasuk mereka yang tidak bernegara.
  
"Kerajaan perlu terlebih dahulu proaktif. Perlu ada kesanggupan politik yang kuat untuk menangani isu yang berpanjangan ini," katanya.
  
Beliau memberitahu inkuiri, penarikan dan pemberian semula IC di Sabah merupakan cadangan yang baik kerana ia memerlukan setiap orang disaring bagi memastikan mereka rakyat yang tulen.
Read More / Baca Lagi >>

Antara Dua Darjat : PRK Kuala Besut Dan PRK Tenang....

Posted: 18 Jul 2013 08:20 AM PDT

Istimewanya Calon BN...Isteri boleh turun berkempen dan cuti hampir 2 minggu dari masuk kelas...!!! Tak Salah eh..????

Suami Cikgu Mala Bercuti Sakit Semasa PRK Tenang dikenakan tindakkan tukar sekolah..!!! Cikgu Maarof Salah eh sebab sakit masa PRK...!!!

PRK KUALA BESUT: RUMAH DIBINA DALAM TEMPOH 7 HARI SIAP!!..BURUH BINAAN DIKERAH BEKERJA SIANG MALAM!

Posted: 18 Jul 2013 08:12 AM PDT


Kalau bukan kerana PRK, taubat lahomlah rakyat Besut yang rumahnya terbakar akan mendapat pembelaan sebegini punya perihatin dan pantas.

Kerana PRK DUN N01 Kuala Besut maka tuah hinggap menyelubungi dibadannya...Rumahnya yang kebakaran mendapat pembelaan dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat.

Dibina semula rumah tersebut dengan guna pakai teknologi Jepun.

Nak tunjuk kepada rakyat betapa perihatinnya kerajaan UMNO/BN kepada rakyat yang menimpa kesusahan maka, kerajaan UMNO berjanji akan siapkan rumah itu sebelum tarikh pembuangan undi.

Projek bermula 13hb Julai 2013 dan dijanjikan siap untuk didiami pada 23hb Julai 2013.

Tinjauan dapati para pekerja bekerja siang malam untuk memastikan projek ini siap sebelum tarikh pembuangan undi.

Itulah untungnya ada PRK...Kalau sikap sebegini dijadikan amalan harian oleh Kerajaan UMNO/BN tanpa menuggu adanya PRK, alangkah baik dan murni sekali.

Jadi persepsi rakyat yang terbentuk dalam minda mereka ialah, tiada langsung keikhlasan kerajaan UMNO dalam membela nasib rakyat.

Pembelaan dilakukan bersebab dan bermusim.

FELDA LANTIK INDIVIDU YANG MEMILIKI PhD YANG TIDAK DI IKTIRAF SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) BARU FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BHD!!

Posted: 18 Jul 2013 08:10 AM PDT



Baru dua hari memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd, namun Mohammed Emir Mavani Abdullah kini terpaksa berkira-kira berapa lama beliau boleh tahan di situ.

Ini ekoran laporan beliau mendapat PhD dari universiti yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Mohammed Emir mengambilalih jawatan CEO FGVH dari Tan Sri Sabri Ahmad Selasa lepas.

Beliau mendapat PhD dari Warnborough Universiti di United Kingdom pada tahun 2008, lapor Business Times.

Beliau menafikan lembaga pengarah FGVH sedang mempertimbangkan semula perlantikannya.

"Saya memang ada PhD tetapi ia tidak diiktiraf...ia ijazah yang sebenar dari universiti yang sememangnya wujud. PhD bukan kriteria yang menyebabkan mereka memilih saya tetapi berdasarkan kemampuan saya. Isu ini tidak ada kaitan dengan saya mendapat pekerjaan ini," kata Mohammed Emir sebagaimana dilaporkan Reuters.

Namun laporan itu juga menyebut, Mohammed Emir diberikan enam bulan untuk meninggalkan FGVH.

Dakwat kekal yang baru ada "Kuasa Magic" ni tentu dapat petua dari david copperfield.............

Posted: 18 Jul 2013 08:08 AM PDT

Kuala Besut: Warna dakwat kekal 'muncul' semula walau dicuci, kata SPR
Selepas berlaku beberapa insiden dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang mudah dibersihkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan, dakwat kekal yang bakal digunakan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut akan "muncul semula walaupun dicuci."

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagi membolehkan kesan dakwat kekal pada jari, pengundi dinasihatkan untuk memastikan jari mereka tidak berminyak.

"Setelah dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering. SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya dalam satu kenyataan selepas simulasi penggunaan dakwat kekal dijalankan di Bangunan Majlis Daerah Besut sebentar tadi.

Sebelum PRU13, Abdul Aziz pernah memberi jaminan dakwat kekal boleh tahan selama tujuh hari. Tetapi, sebaliknya yang berlaku.

Simulasi berkenaan diketuai Pengarah Akademi Pilihan Raya, Abdullah Jusoh.

Ketika PRU13 lalu, ramai pengundi yang mengadu dakwat kekal yang digunakan ketika mengundi mudah ditanggalkan apabila dibasuh, dan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) menyelar SPR atas perkara itu.

SPR pula sebagai respon balas menyatakan dakwat berkenaan tidak menggunakan kandungan nitrat perak, sebaliknya hanya menggunakan pewarna makanan.

"Bagi maksud digunakan untuk pengundian pada PRK Kuala Besut, SPR menghantar contoh dakwat kekal kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk diuji daripada aspek kandungan bahan yang digunakan di dalam dakwat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Young Syrian refugees battling depression

Posted: 18 Jul 2013 08:04 AM PDT

UN: Syria children risk being radicalised

Posted: 18 Jul 2013 08:01 AM PDT

Al Jazeera talks to Amnesty about abuse claims in Egypt

Posted: 18 Jul 2013 07:58 AM PDT

Kes Anthony Loke Didakwa : Umno-BN Amalkan Pendakwaan Terpilih

Posted: 18 Jul 2013 07:54 AM PDT

Anthony Loke_polis
KUALA LUMPUR 18 JULAI : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi mendakwa kerajaan persekutuan Umno-BN mengamalkan pendakwaan terpilih apabila pemimpin Pakatan diheret ke mahkamah tetapi pemimpin Umno-BN yang terpalit dengan kes rasuah dibiarkan.
Kali ini, Pakatan berkata MP Seremban Anthony Loke Siew Fook didakwa di mahkamah pada 24 Julai di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA2012), kerana penganjuran satu perhimpunan di Negeri Sembilan.
Akan tetapi, menurut MP Rasah Teo Kok Seong Kerajaan Persekutuan mengambil sikap yang berlainan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan sendiri Datuk Seri Mohamad Hassan yang pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).
"Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Hassan pernah terlibat dengan kes wang RM 10 juta yang dipindah ke London tiga tahun lalu dan perkara ini dah dibawa ke Parlimen.
"Bila ditanya status siasatan, jawapannya sudah selesai dan SPRM sudah hantar laporan ke Peguam Negara tetapi setakat ini tiada tindakan. Mohd Hassan pula kekal sebagai Menteri Besar," dakwanya di dalam satu sidang media di Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Hadiah PRU13: Tarif elektrik mungkin dinaikkan...

Posted: 18 Jul 2013 07:44 AM PDT

 Leo Moggie KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.
  
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
  
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
  
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
  
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
  
Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwat Tak Kekal: Rafizi Bersedia Jika SPR Mahu Menyamannya

Posted: 18 Jul 2013 07:43 AM PDT

Rafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat

MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.

Rafizi mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat hari ini setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah strategi PKR itu juga berkata beliau akan memfailkan satu usul khusus berhubung dakwaan tersebut.

Rafizi dalam sidang medianya mendakwa, syarikat yang mendapat kontrak membekalkan topi kepada SPR juga mempunyai kaitan dengan syarikat didakwa sebagai pembekal dakwat kekal, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, syarikat pembekal topi kepada SPR, Nash Ventures Sdn Bhd – salah satu syarikat yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ucapan di Dewan Rakyat semalam – mempunyai pertalian dengan pengarah Integrated Challenger.

"Salah seorang pengarah syarikat (Nash Venture) adalah pemegang syarikat dan pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembekalan dari Kementerian Pertahanan.

"Pemegang saham lain dan pengarah syarikat Allisons Corp Sdn Bhd adalah Mohamed Salleh Mohamed Alli.

"Mengikut nombor kad pengenalan, pengarah itu turut lahir di Singapura dan lahir pada tahun sama dengan Mohamed Salleh yang memungkinkan mereka adalah kenalan lama. Alamat rumah kediaman untuk pengarah itu dan Mohamed Salleh adalah sama. Besar kemungkinan mereka ada pertalian suami isteri," kata Rafizi.|

Sementara itu, Rafizi ketika diminta menjelaskan mengenai pertalian pegawai tertinggi SPR dengan syarikat pembekal dakwat kekal hanya berkata: "Saya sentiasa katakan, ia melibatkan kepimpinan SPR termasuk pengerusi dan timbalan SPR.

"...Jangan gaduh dengan saya, perkara utama ialah untuk mengesahkan nama (syarikat) itu. Kalau tak ada benda nak disembunyi terus terang sahaja," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Alvin, Vivian DIDAKWA HARI INI. TIADA IKAT JAMIN.ADALAH KUFUR JIKA SEORANG MUSLIM MEMBENARKAN AGAMANYA DIHINA

Posted: 18 Jul 2013 04:14 AM PDT


Malaun 2 ekoq ni hasil didikanMCA rasanya. Kalau yang sokong DAP ni cerdik sikit.Aku tak tau la kot adakaitan denganketua parti tu.

Kalau gambar bogel boleh tayang kepada orang satu dunia , tanpa ikatan, bukan sahaja memalukan negara di luar negara , malahan perbuatan mereka danjuga keseronokanmereka ini mengundang pembalasan.KASI DUDUK DALAM 2 TAHUN. MAMPOIH LA HANG BANDUAN DIDALAM DOK TUNGGU. HANGPA TAU KA..DIDALAM PENJARA SANA SEDANG MENUNGGU KEMASUKKAN 2 EKOQ NI.SATU WANITA DAN SATU LAGI LELAKI.SAKIT...SAKIT




Hina Islam: Kerajaan jangan pilih kasih


KUALA LUMPUR: Kemarahan umat Islam terhadap pasangan Alvin dan Vivian yang menghina agama Islam sebelum ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya tanpa ada pilih kasih.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar), berkata masyarakat hari ini mudah menjadi marah apabila berlaku hinaan ke atas agama Islam oleh bukan Islam.
Sebaliknya, hanya berdiam diri apabila terdapat orang Islam sendiri yang menghina Islam dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum Islam itu.
"Ya, memang wajar umat Islam marah apabila ada bukan Islam menghina Islam. Tapi anehnya, apabila ada orang Islam yang jelas menghina agama, tiada pula yang marah," kata beliau ketika diminta mengulas tindakan pasangan tersebut.