Khamis, 18 Julai 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Persenda Umat Islam Dan Gambar Bogel: Alvin, Vivian Didakwa Tiga Pertuduhan - Tidak dibenar ikat jamin

Posted: 18 Jul 2013 02:00 AM PDT


Alvin (kanan) dan pasangannya, Vivian.
KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yangbertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal.
Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan mempamer gambar lucah, menerbitkan satu penerbitan menghasut serta memuat naik kandungan itu di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Mereka yang mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi semua tuduhan itu. 
Berdasarkan tuduhan pertama, Alvin atau Tan Jye Yee, 25, dan Vivian, Lee May Ling, 24 didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman muka buku (Facebook) "Alvin dan Vivian-Alvivi" iaitu satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. Wangi, Enak, Menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal serta ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka juga didakwa memuat naik kandungan itu sehingga berkemungkinan menyebabkan rasa permusuhan atas alasan agama antara orang yang menganut agama berlainan.

Sementara itu, mereka turut didakwa mempamerkan gambar didapati lucah di laman sosial mengikut Akta Penapisan Filem.

"Hantu" terperangkap 7 jam

Posted: 17 Jul 2013 11:59 PM PDT

Beijing: Seorang wanita di timur China yang ingin melalui jalan pintas untuk pulang ke rumah terperangkap dalam sebuah tembok selama tujuh jam kerana penduduk menyangkanya hantu.
Jalan susur itu bagaimanapun menjadi sangat sempit menyebabkan dia tersepit di dalamnya, lapor televisyen kerajaan CCTV.

Disebabkan jalan untuk berpatah balik terlalu jauh, wanita dari wilayah Anhui, China itu memilih laluan itu sebelum terperangkap dalam tembok konkrit berkenaan.
Jeritannya tidak membantu kerana penduduk menyangka ia suara hantu.

Akhirnya, seorang penduduk yang melalui kawasan itu menyedari bahawa jeritannya itu benar-benar suara manusia sebelum menghulurkan bantuan.

Dalam rakaman video, anggota bomba dilihat memecahkan bahagian dalam tembok konkrit itu bagi mengeluarkan wanita berkenaan. Menurut laporan media tempatan, operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 20 minit. - Agensi
Foto
GAMBAR mengikut turutan menunjukkan bagaimana anggota bomba berusaha mengeluarkan wanita yang terperangkap dalam sebuah tembok.

Tiada ulasan: