Khamis, 11 Julai 2013

dollah yankee

dollah yankee


Ada kah ini juga disebabkan Ikan Belacak?!

Posted: 11 Jul 2013 05:37 PM PDT


Adakah kes ini juga disebabkan penangan dan akibat menggunakan 'Ikan Belacak' (dalam belangan ...) yang telah menyebabkan punai terpacak ...?

Tapi kalau dilihat pada fakta kes ini ...

Tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 hari ini masing-masing mengaku tidak bersalah di tiga Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya atas pertuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling itu, Khamis lepas.   
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara jam 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.    
Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pula pada jam 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.
... ini bermakna Leman Raja Lawak sudah cakap bohong sebab masa dia buat promosi jual "Minyak Ikan Belacak" ini, dia ada cakap yang kalau kita guna minyak ikan belacak ini, permainan kita boleh tahan lama. Tapi kenapa setiap orang yang kena tuduh ini  cuma main dan hanya mampu bertahan cuma 5 minit sahaja?? Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Leman Raja Lawak .. jangan marah noe?!

Ada kah sebab 'ikan belacak'?

Posted: 10 Jul 2013 10:40 PM PDT


Gurkah-gurkah politik di'port' yakin benar yang kes dibawah ini bukan lah disebabkan oleh pukulan atau penangan 'ikan belacak' (dalam belanga...) seperti yang dijual oleh Leman 'Raja Lawak', tetapi disebabkan memang sudah aslinya 'anu' mereka ini jenis yang 'besar dan berurat serta tahan lama dan memang kuat' ...
Kah..Kah..Kah..


dollahyankee -
Ayat-ayat yang sering keluar dari mulut mereka ... ini kalau kena boleh 'senak' ..

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PRIHAL Umno/Bn YANG TIADA TELINGA

Posted: 11 Jul 2013 04:23 AM PDT

Perihal UMNO/BN yang tidak ada 'telinga' Oleh Aliff Fikri
 July 2013
TELINGA adalah alat yang sememangnya cukup penting untuk mendengar. Seorang rakan yang belajar dalam bidang kedoktoran pernah mengatakan bahawa mengikut kalimat daripada doktor pakar telinga Perancis, pendengaran manusia berkembang hanya 12 minggu setelah terjadinya pembiakan. Pendengaran merupakan indera pertama manusia yang berfungsi dan terakhir sebelum tubuh kita mati.

Sebagai seorang yang menuju kedewasaan, kita mampu mendengar melalui seluruh tubuh kita. Kita mampu merasakan suara menjalar di permukaan otot, tulang dan kulit kita. Evelyn Elizabeth Ann Glennie, pemain percussion terkenal United Kingdom yang pernah berkoloborasi dengan Bjork pula mampu mendengar tanpa menggunakan telinganya sama sekali.

Banyak bukti keilmuan menunjukkan betapa unggulnya indera pendengaran manusia berbanding penglihatan. Mendengar merupakan cara utama manusia untuk merasakan aliran waktu sejak masa lalu hingga masa depan. Namun, manusia kini mula hilang kemampuan pendengarannya apabila semakin banyak mata yang digunakan berbanding pendengaran.

Kita barangkali secara tidak sedar, memiliki kemampuan mengenal pola suara. Kita masih mampu berbicara dengan seseorang di tengah majlis keramaian, konsert, gig serta ceramah paling riuh dengan gegak gempita laungan manusia. Kita mampu memisahkan antara kebisingan dan tanda suara yang diucapkan kawan kita. Kita memiliki kemampuan untuk menyaring satu suara daripada rimbunan suara lain. Kita pernah memiliki kemampuan berdiam cukup lama untuk menikmati indahnya suara yang mendekati tingkap rumah kita pada pagi dan malam hari. Sekarang, kebisingan merupakan musuh ketat kita.

Apa yang menyebabkan kita kehilangan kemampuan mendengar? Pertama, teknologi telah menemukan cara untuk merakam. Bermula daripada tulisan, rakaman audio, hingga video.

Kedua, dunia menjadi semakin bising. Mendengar kini menjadi pekerjaan yang amat memenatkan. Sebuah kajian dari luar negara menunjukkan bahawa kebisingan di kota besar termasuk Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar lain di seluruh dunia meningkat dua kali ganda setiap tahun.

Ia menyebabkan kebanyakan manusia bergantung kepada 'headphone' akibat daripada situasi kebisingan melampau ini. Akhirnya alat yang kita panggil 'headphone' ini kemudiannya membuat manusia semakin tidak mendengar antara satu sama lain. Setiap orang akhirnya hidup dalam gelombang suaranya sendiri.

Ketiga, manusia kini menjadi semakin tidak sabar. Kita tidak tahan mendengar pidato berjela-jela tanpa topik atau fokus yang jelas. Orang yang pergi ke acara bacaan puisi dan persembahan muzik pula datang hanya untuk menonton, mengambil gambar untuk dimuat naik ke laman sosial, bukan mendengar. Media pula berteriak dengan berita provokatif dan sensasi, seolah-olah itu satu-satunya cara yang mereka mampu lakukan untuk menarik perhatian.

Kini kita hanya boleh mendengar kata-kata kita sendiri. Semakin sedikit orang yang menaruh perhatian pada kesunyian, kelembutan suara, atau bisikan. Lama-kelamaan kita menjadi semakin tidak peka, semakin tidak manusiawi.

Kekuasaan tanpa batasan, dalam pelbagai bentuk seperti yang diamalkan pimpinan nasionalis Melayu palsu iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga merupakan penyebab seseorang itu hilang kemampuan mendengar. Penguasa bernama UMNO/BN di negara ini merupakan contoh terbaik dalam fenomena masalah pendengaran ini.

Kelompok ini tidak belajar daripada fakta yang ditunjukkan dengan sangat jelas oleh sejarah. 30 tahun terakhir ini, banyak rejim diktator yang mengamalkan cara sama 'tanpa telinga' tidak mahu mendengar tumbang satu persatu. Mereka melakukan pelbagai upaya untuk didengari tanpa mahu mendengar. Bagi mereka, pekerjaan tersulit adalah mendengar keluhan rakyat. Bagaimanapun mereka mahu rakyat mendengar apa yang mereka luah dn bohongkan.

Sebagai warga negara yang baik, tugas kita bukannya memilih pemimpin yang tidak mahu dan tidak mampu mendengar. Kita harus ingat bahawa selain puji-pujian, satu-satunya yang mereka ingin dengarkan daripada kita adalah suara yang kita serahkan atas nama mereka pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.

Penguasa semestinya tahu bahawa kehilangan pendengaran bukan masalah besar. Koklea yang tidak difungsikan adalah jalan pintas menuju pembodohan. Mendengar adalah akses utama manusia untuk saling memahami. Dunia di mana manusia tidak saling mendengar adalah tempat yang amat menyeramkan untuk didiami.

Berbicara mengenai perihal 'tanpa telinga' ini, baru-baru ini kita melihat pelbagai contoh betapa tidak punya telinganya UMNO/BN dalam kes seperti kekurangan alat rawatan di Sabah.

Seperti yang disebut Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Jimmy Wong bahawa sehingga kini hanya ada satu mesin radioterapi untuk merawat jutaan penduduk di Sabah yang jumlahnya seramai 2.7 juta. Namun tidak ada sebarang tindakan diambil, bukti nyata mereka tidak ada telinga.

Satu lagi contoh ketiadaan telinga ini juga berlaku di Borneo, iaitu di Sarawak. Di mana seorang kanak-kanak lelaki yang bakal menduduki peperiksaan besar dalam sejarah hidupnya bernama Lim Wang Chun dinafikan hak kewarganegaraan dengan tiba-tiba tanpa alasan kukuh daripada kementerian.
Desakan rakyat bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) agar Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatannya juga tidak langsung didengari malah ianya tidak langsung dipandang apatah lagi untuk didengar walaupun pelbagai bukti pendedahan dikemukakan. Ditambah pula dengan isu Jonker Street yang diputar belit dengan alasan yang pada kiraan saya langsung tidak masuk akal.


Contoh bencana ketidakadaan telinga ini mengingatkan saya pada novel bertajuk 1Q84 tulisan Haruki Murakami. Dalam novel itu, Murakami mengatakan bahawa kebanyakan orang di dunia ini tidak bersungguh-sungguh menggunakan kepalanya untuk berfikir dan orang yang tidak berfikir adalah orang yang tidak mahu mendengar suara orang lain.


Untuk melihat dengan pendekatan yang lebih surreal, sebuah tulisan daripada Seno Gumira Ajidarma berjudul Telinga yang dimuat dalam buku cerpen pendek 'Saksi Mata', menggambarkan dengan baik mengenai seorang lelaki yang setiap hari mengirim telinga dari medan perang kepada kekasihnya. Namun suatu hari dia tidak lagi mampu menemui telinga dan akhirnya mengirimkan kepala manusia kepada kekasihnya itu.


Bila membaca balik tulisan Seno itu, saya membayangkan lelaki yang setia kepada kekasihnya tadi sebenarnya memotong telinga pemerintah rakus satu persatu. Dia, seperti kita, marah kerana suaranya tidak didengari. -Roketkini.com


Hutang isi rumah semakin tinggi: Salah siapa?

Posted: 11 Jul 2013 04:15 AM PDT

Hutang isi rumah semakin tinggi: Salah siapa? Oleh Ibn Yusof
10 July 2013
HUTANG hasil pembelian rumah, kereta, pinjaman peribadi, kad kredit, pinjaman PTPTN dan pelbagai jenis hutang yang menjadi beban utama dalam keseluruhan hutang isi rumah. Peningkatan hutang isu rumah yang ditanggung rakyat kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, hutang isi rumah sudah mencecah RM800 bilion atau 89.2 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (2012: 80.5%, 2011: 76.6%, 2010: 75.8%). Ratio ini secara relatifnya antara yang tertinggi, berbanding negara serantau. Manakala purata pendapatan isi rumah terus lembab pada peningkaran sekitar 8% saban tahun (2012: RM5,000).
Abaikan fakta nombor dan angka itu, dalam erti kata lain, setiap isi rumah di Malaysia sekarang berhutang dan kebanyakannya melebihi daripada apa yang sepatutnya dan terjerat dalam hutang yang berpanjangan. Golongan berpendapatan rendah dan penjawat awam negara ini yang kini berada dalam nisbah hutang yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan bebanan keseluruhan isi rumah.  Awal tahun ini, ketika mengulas mengenai hutang isi rumah kepada KDNK, sesuatu yang lebih mengejutkan apabila dinyatakan satu daripada lima rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan (The Star, 27-02-2013).
Ya kita mengiktiraf usaha baik Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengambil pelbagai langkah awalan menyeluruh termasuk mengeluarkan beberapa garis panduan untuk mengawal aliran peningkatan hutang isi rumah. Contohnya, Garis Panduan mengenai Pembiayaan Bertanggungjawab yang berperanan agar pihak institusi kewangan tidak sewenang-wenangnya menawarkan pelbagai jenis produk pembiayaan yang sedap didengar hanya untuk melariskan produk mereka, dan juga Garis Panduan Kad Kredit untuk menggalakkan pemegang kad kredit mengamalkan amalan pengurusan kewangan berhemat, dan pelbagai rancangan lain BNM bagi memberi kesedaran awam dan celik kewangan.
Namun ironinya, saban tahun laporan ekonomi sentiasa mencatatkan 'ayat-ayat positif' daripada pihak bertangungjawab seperti, "masih belum sampai ke tahap kritikal", "pencegahan telah dilakukan sebelum bertambah parah", "masih dalam pemantauan", "akan mengarahkan institusi kewangan bersikap proaktif", "kita sudah memperkenalkan program pendidikan kewangan", "bahagian pemberian pinjaman isi rumah daripada jumlah pemberian pinjaman bank kekal stabil" dan lain-lain kenyataan.
Walhal, kita membicarakan tentang peminjaman isi rumah yang semakin meningkat sejak sepuluh tahun lalu, dan ayat positif sedemikian tidak langsung cocok dengan tahap keberhutangan isi rumah yang semakin meningkat saban tahun, ditambah pula harga rumah yang meningkat dan pertumbuhan kredit yang pesat.
Peningkatan harga rumah dan keberhutangan isi rumah boleh mengundang risiko kepada sektor kewangan. Kita dapat lihat pertumbuhan pantas dalam pinjaman perumahan yang meningkat pantas berbanding sewaan dan pendapatan dalam dua tahun kebelakangan ini. Menurut laporan BNM, ketika ini sektor perbankan terdedah kepada hutang isi rumah sebanyak 55%.
Walaupun institusi perbankan menjadi penyumbang utama kredit, wujud juga kebimbangan berkenaan kenaikan keberhutangan isi rumah membabitkan institusi kewangan bukan bank (IKBB). Justeru selain usaha yang dilakukan penyelia kepada institusi kewangan untuk mengekang peningkatan paras hutang yang ditawarkan institusi kewangan, kewujudan institusi lain seperti syarikat wang berlesen, koperasi dan IKBB seperti Malaysia Building Society Berhad (MBSB) atau AEON Credit Service (M) Bhd yang menawarkan pinjaman atau pembiayaan dengan tawaran yang menarik, namun institusi ini tidak berada di bawah pengawalan dan penyeliaan BNM.
Pengalaman daripada negara lain telah membuktikan bahawa antara punca utama krisis kewangan ialah apabila runtuhnya aktiviti perbankan. Para pelanggan akan mencari-cari pinjaman kredit yang lebih mudah daripada IKBB apabila perbankan sedia ada mula mengetatkan polisi untuk permohonan kredit.
Merujuk pada 2012 sahaja, peningkatan 30% dalam pinjaman peribadi sahaja diterajui IKBB yang mana 80% daripada pinjaman peribadi IKBB itu diberi kepada kakitangan kerajaan yang mempunyai akses kepada Kod Angkasa (The Edge, Financial Daily, 25-03-2013). Tambahan pula, Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2012 oleh BNM menyatakan bahawa IKBB serta institusi pembangunan kewangan (DFI), terbabit dalam 57% kemudahan pinjaman peribadi kepada isi rumah.
Kelebihan sesetengah IKBB menerima Kod Angkasa iaitu kebenaran untuk mengeluarkan pembiayaan peribadi kepada kakitangan kerajaan, antara punca mengapa perkhidmatan pinjaman peribadi menjadi lebih mudah. Dan dalam persekitaran yang kompetitif, apabila wujud syarikat kewangan yang merendahkan kadar faedah, ini sedikit sebanyak mempengaruhi institusi kewangan lain untuk turut berlumba-lumba merendahkan kadar faedah demi memperoleh pelanggan dan mencatat keuntungan.
Maka kita boleh lihat bagaimana pinjaman peribadi menjadi lebih mudah dan menjadi produk dan perkhidmatan yang mampu menjadi antara penyumbang utama kepada perolehan syarikat dan institusi kewangan tanpa mengambil kira fakta tahap keberhutangan isi rumah yang semakin meningkat.
Selain itu, peningkatan hutang isi rumah untuk sektor berpendapatan rendah ini dikatakan lebih menjurus kepada mereka yang berada di kawasan bandar, sektor berpendapatan rendah yang terpaksa menanggung hutang melebihi paras yang dianggap berhemat. Dan ini bertentangan dengan kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah, bahawa peningkatan hutang isi rumah tidak kritikal, antara alasan yang diberikan adalah kerana hutang itu mempunyai aset pendasar apabila merujuk kepada pinjaman dan pembiayaan harta tanah (The Star-StarBiz, 04-07-13).
Namun fakta yang dipersembahkan di atas menunjukkan antara punca peningkatan keberhutangan isi rumah lebih menjurus kepada peningkatan ketara dalam pinjaman atau pembiayaan peribadi syarikat kewangan seperti IKBB.
Justeru, cadangan atau solusi praktikal diperlukan untuk perhatian pihak bertanggungjawab. Peningkatan keberhutangan isi rumah sedikit sebanyak disebabkan oleh promosi terhadap kemudahan memperoleh pinjaman peribadi dengan pakej yang pelbagai sebagai tarikan utama seperti kadar faedah yang rendah serta tempoh pinjaman yang lebih lama.
Oleh itu, diharap pengenalan enakmen baru melalui Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dapat memastikan IKBB melaksanakan pembiayaan secara bertanggungjawab, sama seperti yang ditekankan BNM kepada semua institusi kewangan di bawah seliaan BNM. Peluasan skop pengawasan oleh BNM merangkumi penyeliaan kumpulan kewangan dan IKBB yang menjalankan aktiviti pengantaraan kewangan adalah jalan mudah mengawal aktiviti kumpulan kewangan dan IKBB, agar tidak menjadi potensi risiko kepada kestabilan kewangan negara.
Namun, selagi mana sistem kewangan sedia ada lebih banyak mendorong pasaran untuk terus bergantung hidup secara kredit atau hutang (secara berlebihan),  selagi itu juga kita akan mendengar ahli ekonomi berhujah hal sebegini akan membawa kepada krisis kredit yang berupaya merendahkan kuasa beli pengguna, sekaligus mengurangkan aliran tunai dan melembapkan ekonomi domestik.
Manakala ahli sosiologi pula menyuarakan kebimbangan dengan kewujudan krisis kredit yang boleh menyebabkan tekanan, depressi, masalah mental, bunuh diri dan pergaduhan serta perpisahan antara hubungan kekeluargaan. Dan pemerhatian makro perlu dibuat sebelum pergi pada kesimpulan mudah, bahawa kegagalan isi rumah dalam mengurus kewangan berhemat sebagai punca utama mereka terjebak dalam hutang yang berlebihan.-Roketkini.com

VIDEO: Jutaan Penyokong Mursi Solat Tarawikh Di Dataran Rabiatul Adawiyah

Posted: 11 Jul 2013 04:10 AM PDT

 

 

 

 

Jutaan Penyokong Mursi Solat Tarawikh Di Dataran Rabiatul Adawiyah

Di saat kita bergembira menyambut Ramadhan Al-Mubarak, saudara Islam kita di Mesir terus ditindas oleh Tentera negara mereka sendiri yang gilakan kuasa dan mengikut telunjuk Yahudi Zionist Laknatullah.

Mereka kebanyakan pengikut Ikhwan Muslimin terus bersolidariti di seluruh Mesir sehinggalah Dr Morsi dibebaskan dan diangkat kembali sebagai presiden. Kita sebagai Saudara seagama berbanyakkan berdoa untuk saudara kita di sana, semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada Ikhwan dan seluruh Mujahidin seluruh dunia.

Jutaan penyokong Mursi yang tidak berganjak dari Dataran Rabiatul Adawiyah melaksanakan solat terawih dan qiamulail di sana.

Mereka cekal mempertahankan hak mereka menuntut pembebasan Dr Mursi dan mengembalikan kuasa presiden kepada beliau walaupun peristiwa berdarah yang meragut nyawa puluhan penyokong Mursi yang sedang melaksanakan solat subuh masih menghantui fikiran semua penyokong Mursi di seluruh dunia.

Terbaru....Kesatuan Doktor Perubatan Mesir melaporkan jumlah kematian dalam tragedi berdarah "Solat Subuh" pagi kelmarin meningkat 84 orang, dua daripada mereka merupakan anggota kesatuan.

Sementara jumlah kecederaan pula melebihi 1,000 orang dan 7 orang daripada mereka merupakan doktor perubatan, antara mereka Dr.Yahya Musa (jurucakap media Kementerian Kesihatan)

Berikut adalah gambaran suasana sejam yang lalu (sebelum subuh). Para penyokong Dr Mursi qiamullail secara berjemaah di Medan Rabiatul Adawiyah.

TIGA SITUASI YANG MENGERUNKAN ASKAR DI RABA'AH MALAM INI

Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja,Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.

2) "Jabhah Ulamak Al-Azhar", sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Raba'ah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) Dr.Mustafa Mus'ad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP.

Saya yakin ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan "perampas" hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah.. -waksukalu


50 Kemusykilan Tentang Puasa Ramadhan

Posted: 11 Jul 2013 04:07 AM PDT

50 Kemusykilan Tentang Puasa Ramadhan

Selamat Berpuasa... semoga ibadah puasa kita kali ini lebih baik dari sebelumnya..Sempena bulan Ramadhan al-mubarak yang bakal tiba, elok rasanya, kita menambahkan ilmu tentang ibadah puasa. Semoga artikel ini memberi menafaat kepada pembaca dan mudah-mudahan, ibadah kita akan diterima Allah.. Di bawah ini ada 50 persoalan yang sering kali menjadi kemusykilan mengenai ibadat puasa.

1. Bolehkah seseorang itu berniat puasa selama sebulan kerana takut terlupa?
Pada hari pertama, boleh berniat puasa sebulan, boleh juga berniat setiap malam untuk menguatkan azam, untuk menempuh cabaran berpuasa.

2. Adakah boleh tidak bersahur disebabkan malas untuk bangun bersahur?
Yang membezakan puasa kita dengan puasa bangsa Yahudi ialan makan sahur. Seeloknya bangun sejam sebelum masuk waktu imsak. Lagi lewat kita bersahur lebih berkat.

3. Benarkah berdosa wanita yang tidak berpuasa kerana haid, makan diwaktu siang kerana tidak menghormati bulan Ramadan?
Tidak berdosa dan boleh makan pada waktu siang selagi wanita tersebut tidak makan dikhalayak ramai.

4. Apakah hukumnya seorang suami menjimak isterinya pada siang hari dalam bulan Ramadan dan apakah hukumnya?
Hukum bersetubuh di siang hari pada bulan Ramadan haram dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-

  • Memerdeka seorang hamba(sudah tiada)
  • Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
  • Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
  • Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut.

5. Bolehkah seorang wanita mengandung dan menyusukan anaknya tidak berpuasa kerana tidak berupaya?
Menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.

6. Adakah batal puasa bagi wanita yang bersolek di bulan Ramadan?
Tidak batal, asalkan gincu bibir yang dipakainya sederhana dan tidak mempunyai perasa ditakuti ketika menjilatnya lalu menelannya di anggap batal.

7. Adakah sah puasa sekiranya memberus gigi selepas azan subuh berkumandang untuk menunaikan solat subuh di dalam bulan puasa?
Sah puasa memberus gigi selepas azan subuh berkumandang. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa. Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari(selepas masuk waktu zohor)

8. Adakah terbatal puasa jika bermimpi jimak dan keluar air mani?
Bermimpi berjimak dan keluar air mani dalam berpuasa tidak membatalkan puasa kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.

9. Adakah muntah tidak membatalkan puasa?
Melakukan dengan sengaja membatalkan puasa. Sekiranya muntah tanpa kerelaannya sendiri dan tidak dapat menahannya, maka tidaklah batal puasa.

10. Benarkah tidur pada siang hari dalam bulan Ramadan itu dikira sebagai ibadah? Jika benar tidur yang bagaimana?
Tidur di siang hari pada bulan Ramadan itu ibadah dan dapat pahala. Tidur yang dimaksudkan itu ialah tidur kerana keletihan berpuasa. Ini bererti semua pancainderanya tidak melakukan sebarang kegitan yang dilarang oleh syarak.

11. Adakah batal puasa sekiranya terlalu lama mandi dan berkumur?
Mandi berlebihan batal puasa, tetapi memasukkan sedikit air kerana berkumur tidak batal puasanya, kecuali berkumur terlalu dalam secara berlebihan.

12. Adakah batal puasa sekiranya melakukan aktiviti renang?
Melakukan aktiviti renang dengan niat untuk menyejukkan badan adalah makruh. Tetapi apabila air tersebut masuk ke dalam rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan sebagainya, maka hukum puasanya adalah terbatal dengan sebab melakukan aktiviti renang dengan sengaja.

13. Adakah sah puasa bagi seseorang yang pitam?
Sah puasanya, kecuali pitam yang berpanjangan dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari.

14. Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan semasa berpuasa?
Hukumnya makruh.

15. Adakah melakukan pengubatan, misalnya suntikan ke tubuh badan dibolehkan?
Jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurat dan tidak membatalkan puasa.

16. Jika seseorang menunaikan puasa Ramadan tiba-tiba dia tidak dapat menahan rasa haus kerana cuaca teramat panas, bolehkan meminum sedikit air sekadar untuk membasahkan tekaknya?
Sekiranya orang yang berpuasa meminum air walaupun setitik atau seteguk, batal puasanya dan wajib baginya mengqadha puasanya itu.

17. Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?
Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.

18. Adakah sah puasa seseorang, ketika sedang bersahur terdengar azan subuh berkumandang?
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.

19. Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.
jangan tak puasa taw,,,

20. Apabila kita berpuasa dibulan ramadhan, dan melakukan onani, apakah kita perlu membayar fidyah/puasa berturut-turut seperti org yang melakukan persetubuhan. atau puasa tadi hanya perlu diganti satu hari sahaja.
Puasa wajib digantikan semula dengan berpuasa sebanyak mana hari yang ditinggalkan tersebut sahaja.

21. Batalkah puasa jika menggunakan ubat utk mata seperti EYE More semasa berpuasa?
Pesakit mata yang menggunakan ubat untuk mata seperti eye more dengan cara menitikkannya ke dalam mata semasa berpuasa, tidak batal puasa kerana ia bukan termasuk kategori anggota yang berongga.

22. Ada satu hadis mengenai jika kita berpuasa tanpa makan sahur adalah puasa kita menyerupai puasa orang yahudi, jadi adakah amalan puasa itu sia-sia dan tidak diterima Allah swt.
Bersahur adalah sunat dan merupakan sunnah nabi s.a.w. Jika kita tidak bersahur kita tidak dapat pahala sahur. Puasa yang dikerjakan tanpa bersahur akan diberi ganjaran oleh Allah juga.

23. Adakah sah bila kita niat puasa ganti wajib dengan niat bahasa melayu sahaja?
Sah puasa dengan hanya niat dalam bahasa Melayu sahaja.

24. Apakah perbezaan puasa antara kanak-kanak dan orang dewasa?
Kanak-kanak yang berpuasa akan diberikan ganjaran pahala manakala puasa bagi orang dewasa adalah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah SWT

25. Saya mempunyai penyakit 'asma' dan terpaksa menggunakan 'inhaler' untuk membantu pernafasan ketika diserang asma. Jika saya sedang berpuasa, adakah puasa saya sah?
Pesakit asma yang menggunakan inhaler untuk membantu pernafasan ketika diserang asma semasa sedang berpuasa adalah tidak terbatal puasanya. Mengikut pandangan ulama' zaman ini, inhaler tidak membatalkan puasa lebih-lebih lagi mereka yang menghidapi athma kronik yang memerlukannya setiap saat dan ketika. Keharusan itu bukan bermaksud wajib atau sunat tetapi sebagai rukhsah (kelonggaran) atas keperluan dan dharurat seseorang pesakit yang membolehkan pesakit athma terus berpuasa tanpa berbuka dan menyukarkannya untuk melakukan puasa berterusan di dalam bulan Ramadhan.Walau bagaimanapun seseorang yang jarang diserang athma dan tidakbergantung dengan inhaler, tiba-tiba athma menyerang ketika berpuasa, mereka juga diberi rukhsah (kelonggaran) dengan alasan sakit untuk berbuka dengan tujuan makan ubat dan sebagainya dan menggantikannya (qadha') di hari yang lain pula.

26. Seseorang yang berpuasa, kentut atau qada hajat didalam air, Adakah batal puasanya?.
Seseorang yang berpuasa, kentut atau qadha' hajat di dalam air puasa tidak batal sekiranya dia meyakini bahawa air tidak memasuki dubur dan qubulnya.

27. Saya di beritahu oleh seorang rakan yang waktu imsak hanya lah sebagai "amaran" yang waktu subuh akan tiba. Dia juga mengatakan yang kita masih boleh makan atau minum sebelum azan subuh bermula walaupun melewati waktu imsak. Dia juga memberitahu bahawa ada hadis yang menyatakan tentang perkara ini.
Waktu puasa yang sebenarnya ialah waktu naik fajar subuh hingga terbenam matahari atau hingga masuknya waktu maghrib. Harus bagi seseorang bersahur pada waktu imsak, tetapi sebaik-baiknya mengambil sikap ihtiyat (cermat) dengan menahan daripada makan dan minum beberapa waktu yang lebih awal untuk mengelakkan melampaui batas-batas yang diharuskan dan meragukan.

28. Suami saya langsung tidak mengerjakan solat wajib lima waktu apatah lagi solat sunat. Jauh sekali solat Jumaat. Apakah puasanya diterima?
Puasa adalah puasa, solat adalah solat kedua-duanya wajib disempurnakan secara bersama. Malahan semua Rukun Islam yang terdiri daripada sembahyang, puasa, zakat dan haji dikehendaki ditunaikan semuanya dengan sempurna.Sesiapa meninggalkan salah satunya tanpa uzur ia dianggap meninggalkan Rukun Islam.

Berpandukan pendapat ini orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat tanpa uzur yang munasabah dianggap lemah iman dan dibimbangi keimanannya. Jika ia berpuasa lengkap syarat dan rukunnya puasanya tetap sah sakalipun berdegil dengan solat terpulanglah kepada Allah SWT untuk mempertimbangkannya.

29. Benarkah pap smear tidak membatalkan puasa?
Batal puasa apabila memasukan sesuatu dalam rongga terbuka seperti kemaluan depan dan belakang.

30. Saya selalu selsema, selain menghembus saya juga tarik ke dalam, batalkah puasa saya?
Hingus yang keluar dari rongga hidung apabila disedut semula ke dalam hidung batal puasanya

31. Adakah boleh ambil darah semasa berpuasa?
Boleh ambil darah semasa berpuasa dan tidak membatalkan puasa hukumnya adalah makruh.

32. Apakah rongga terbuka yang boleh menyebabkan terbatal puasa seseorang jika dimasukkan sesuatu?
Yang dimaksudkan dengan rongga terbuka ialah hidung, mulut, telinga dan qubul dan dubur apabila dimasukkan sesuatu ke dalam rongga tesebut yang menyebabkan terbatal puasa.

33. Ketika kedua-dua suami isteri sedang berpuasa di bulan ramadan, suami menyuruh isteri memegang alat sulitnya tetapi tidaklah sehingga mengeluarkan air mani. Apakah status puasa kedua-duanya? perlukah membayar denda dsb?
Puasa bagi kedua-dua suami isteri sah dan tidak dikenakan apa-apa bayaran denda. Tuan puan dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara tersebut di siang hari pada bulan puasa kerana ia boleh mengurangkan pahala puasa.

34. Suami-isteri bercium pada hari berpuasa,adakah puasanya terbatal?
Suami isteri boleh bercium di pipi sahaja dan tidak batal puasa yang kita kerjakan.Tetapi sekiranya memasukkan lidah ke dalam mulut batal puasa yang dikerjakan.

35. Huraian berkenaan puasa dan rawatan pergigian (tampalan, cabutan, scaling dsb)?
Menampal, mencabut dan scaling gigi di siang hari Ramadhan adalah makruh hukumnya, tetapi boleh membatalkan puasa sekiranya tertelan darah dan bahan rawatan bersama air liur.

36. Sah atau tidak puasa seorang wanita yang tidak mandi hadas setelah habis haid pada malam sebelumnya?
Sah puasa bagi wanita yang telah kering haid pada malam hari tetapi belum mandi hadas sehingga siang hari Ramadhan.

37. Adakah batal jika kita mengorek hidung/telinga pada siang hari pada bulan ramadhan dengan sengaja?
Batal puasa yang dikerjakan bagi mereka yang megorek hidung atau telinga hingga ke dalam rongga.Tetapi mengorek di tepi hingga tidak sampai ke dalam rongga tidak membatalkan puasa.
38. Saya tak terbangun makan sahur dan niat puasa selepas waktu imsak adakah sah atau tidak ?
Sah puasa yang dikerjakan walaupun berniat selepas waktu imsak.

39. Apakah hukumnya makan pil perancang untuk melewatkan darah haid turun untuk meneruskan puasa di bulan puasa?
Dilarang kepada wanita memakan pil perancang dengan tujuan berkenaan kerana ia akan memberi kemudharatan kepada kesihatan inspanidu tersebut.

40. Saya membuat rawatan Hemodialisis. Adakah batal puasa saya?
Puasa pesakit tidak batal walau pun dia menerima rawatan hemodialisis/cuci darah.

41. Saya ingin tahu, adakah batal puasa jika menelan kahak yang sedia ada didalam tekak?
Kahak yang terdapat di dalam tekak jika tertelan tidak batal tetapi sekiranya kahak itu sudah berada di mulut sekiranya ditelan dengan sengaja maka batal puasa tersebut dan wajib qadha' puasa.

42. Batal kah puasa kita, jika kita memasukkan jari kedalam kemaluan belakang kita dengan niat ingin membersihkan dubur kita setelah membuang air besar?
Sekiranya perkara tersebut dilakukan semata-mata untuk membersihkan najis ia tidaklah membatalkan puasa.

43. Apa hukumnya bila seseorang itu memakai 'tindik lidah' dan ingin menjalani ibadah puasa. Adakah puasanya sah?
Islam adalah agama yang menitik beratkan akhlak dan budi pekerti. Meniru cara hidup atau budaya orang bukan Islam, tidak digalakkan. Justeru itu, panel menasihatkan supaya sesiapa yang memakai subang di lidah, hendaklah dibuka semasa berpuasa.

44. Apakah hukum puasa bagi mereka yang tidur sampai ke petang atau masuk waktu zuhur?
Sah puasa tersebut tetapi dihukumkan makruh.

45. Bagaimana sekiranya sahabat saya dalam keadaan sakit. Atas nasihat doktor, beliau tidak boleh berpuasa seumur hidupnya. Bagaimanakah beliau hendak menggantikan puasanya. Cukupkah dengan sekadar fidyiah. Dan berapakah sukatannya?
Cukup sekadar dia membayar fidyah untuk puasanya sehari bersamaan dengan satu cupak beras(675gram). Jadi, untuk bulan ramadhan, dia dikehendaki membayar 30 cupak beras

46. Adakah sepasang suami isteri dikira sebagai bersetubuh apabila perhubungan tidak sampai ke tahap jimak iaitu zakar dimasukkan ke dalam faraj ketika siang hari pada bulan puasa? Sebagai contoh, perhubungan yang hanya melibatkan pelukan atau ciuman sesama suami isteri.
Perhubungan yang melibatkan pelukan dan ciuman sesama isteri diwaktu siang hari pada bulan ramadhan adalah makruh.

47. Saya bekerja di stesen minyak, pada bulan puasa in kami membuka stesen mini mart stesen minyak kami dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa. apakah hukum kepada perkara tersebut?.
Mengenai hukum membuka mini mart dan menjual makanan kepada orang islam yang tidak berpuasa adalah haram hukumnya. Dihukumkan haram adalah kerana orang Islam diharamkan mengambil/memakan sebarang makanan dan minuman pada siang hari pada bulan ramadhan. Oleh yang demikian, menjual makanan kepada mereka yang diharamkan makan juga turut dihukumkan haram. Wallahu 'alam.

48. Jika seseorang berpuasa tetapi masih berpegangan tangan, berpeluk walhal masih belum berkahwin adakah puasanya terbatal?
Perbuatan berpegangan tangan berpelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah berdosa. Perbuatan tersebut boleh membawa kepada maksiat yang lebih besar iaitu zina. Jika mereka keluar mani hasil daripada perbuatan tersebut (berpegangan tangan dan berpeluk), maka puasa mereka batal dan mereka wajib menggantikan puasa yang batal itu.

49. Batalkah puasa iaitu, "Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu". Adakah seperti kita berniat puasa juga cuma bezanya ia adalah untuk membatalkannya? Atau adakah dengan lintasan dalam hati sahaja sudah cukup membuatkan puasa saya terbatal.?
Berniat untuk berbuka/membatalkan puasa tidak menyebabkan puasa seseorang itu terbatal. Puasanya akan terbatal sekiranya dia mengambil makanan ataupun melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.

50. Adakah dibolehkan melambatkan berbuka puasa?
Adalah baik sekiranya menyegerakan berbuka puasa dengan air manis dan sebiji kurma sebelum menunaikan solat Magrib.
_____________________________________
Sumber: JAKIM, Ustaz Cyber

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SENYUM SEBELUM SAHUR

Posted: 11 Jul 2013 08:30 AM PDT





 TIGA ORANG  MALAON 
INI
ANAK SIAPA?
Tiga atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) ketika diiring ke Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya pada Khamis. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol seorang pengiring berumur 20 tahun. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MASA MEROGOL ..BUKAN MAIN HEBAT.... kah ka kah..

kah kah kah...TUNJUKKAN PUNAI TERCACAK.... kah kahj kahj..

kah kah kah... SEKARANG KENAPA TAK NAK TUNJUK MUKA.... kah kah kah


NOTA
nak ikut rais yatim
ikut betul betul
lihat rais yatim
tak pernah sorok muka


-----------

IQRAK - RAJINLAH MEMBACA

Posted: 11 Jul 2013 07:30 AM PDT








DARI ARKIB
tulisan ini dikeluarkan sekali lagi
untuk memberikan latar
tentang apa yang sedang 
berlaku di timur tengah




SYRIA DAN  DEMOKRASI

Kuasa imperial Amerika syarikat  sedang merancang untuk  menyerang Iran atas alasan Iran sedang berusha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki  bom nuklear. Ini mungkin  agak susah  sadikit untuk difahami.

Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk difahami.  Justeru, apa yang berlaku di Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas ialah kejulingan intelektual dikalangan masyrakat Melayu.

Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir. Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat selidikan sendiri.

Kejulingan ini juga lahir kerana telah ditanamkam sikap 'budaya wajib mendengar'  dari bengolan-bengolan  yang dikatakan memiliki 'authoriti'. Bengolan-bengolan   yang tahu bahasa sekian sekian sahaja yang memiliki tauliah untuk bercakap. Bengolan-bengolan yang berat serbannya sekian sekian sahaja yang pandangan boleh didengar. Akhirnya tertanam sikap suka  mendengar. Sikap suka mendengar ini telah membunuh sikap  'suka membaca' dan 'suka mengkaji dan  menyelidik'.

Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya  telah lama pencen dari menggunakan akaliah dan fikrah mereka. Apabila telah pencen  maka apa yang tersimpan dibelakang dua telinga itu  tidak lagi memiliki  kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal. Kegersangan  untuk berfikir ini telah dilepaskan kepada bengolan-bengolan yang dikatakan bertauliah.

Biar saya jelaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan  Shiah. Bukan konflik  mahzab Alawite dengan Sunnah wal Jamaah. Atau konflik Islam dengan  Kristian.

Memang saheh,  wujudnya konflik antara Shiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar  ini tidak demokratik. Memang betul ada gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik di Syria sama saperti elit politik di Malaysia atau  elit politik dalam negara dunia. Mereka zalim, ganas, rasuah dan  rakus merembat harta kekayaan negara.  Kezaliman dan penyempitan  hak kebebasan  warga ini adalah watak elit politik dunia ketiga.

Memang betul pada awalnya ada kumpulan  yang menuntut agar kebebasan dan ruang demokrasi di Syrian diperluaskan. Ini sama saperti tuntutan warga  Malaysia yang mahu negara ini lebih bebas dan lebih demokratik.  Tidak mahu penipuan dalam pilihan raya. Semua ini adalah asas pejuangan warga dari negara Dunia Ketiga.

Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka minda pembaca untuk memahani teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam semula jadi. Ianya sama saperti  oxygen ertinya kontradiski  wujud bersama kita. Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud.   Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau penuh dengan  penganut Islam atau penuh dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan – kontradiksi terus wujud.

Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana kontradiksi.  Dalam kontradiksi ada pergeseran.  Pergeseran dan percanggahan inilah  yang mengerakan alam kita ini.

Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang  fudumental, ada yang tahap kedua dan ada  yang kurang penting. Kontradiksi ini berubah-ubah. Contoh terbaik  ialah dalam sejarah perjuangan  orang  yang terdahulu dari  kita ketika perang  dunia ke dua.  Ketika itu Tanah Melayu  sedang dijajah oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga Tanah Melayu dengan penjajah.

Tetiba Jepun datang menyerang.  British yang menjadi musuh utama  telah menjadi musuh ke dua.  Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama antara warga Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundumental : penjajah Jepun.

Bagitu juga di Syria sekarang. Pada awalnya kaum demokrat Syria telah bangun menuntut demokrasi. Tetapi ajenda suci rakyat Syria ini telah diambil alih oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Justeru kontradiksi yang wujud di Syria hari ini bukan antara Sunni dengan Shia.  Bukan antara Islam dengan Kristian. Bukan antara Presiden Bashar yang bermazhab Alawite dengan majoriti warga yang bermazhab Sunni.

Kontradiksi utama atau pegeseran utama pada ketika ini  ialah diantara  rakyat Syria dari semua  mahzab  agama dengan kuasa imperialis  Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundumental ini maka akan silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dlihat satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.

Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya  ialah kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisma ini  ialah tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh sistem kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis  yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan bahan mentah, buruh dan  pasaran.  Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun ini telah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol.  Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis akan runtuh berderai.

Justeru wajib disedari jika Iraq hanya pengekspot petai, jering dan cincalok pasti Iraq tidak akan diserang. Jika Iran  hanya memiliki budu dan tidak memiliki bahan bakar petrolium dan gas  maka Iran tidak akan diserang.

Pasti akan ada pembaca yang bertanya Saudi juga ada minyak kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang? Malaysia dan Berunai juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup senang. Rejim Arab Saudi  dan Qatar ini adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana terlaga minyak di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.

Bagitu juga Malaysia dan Berunai.  Dua negara Melayu ini adalah 'budak setia' kepada Amerika. Malah Malaysia  telah menghantar tentera ke Afghansitan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang cuba memadamkan  apa kebangkitan warga Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.

Tetapi Syria  tidak memiliki bahan bakar petrolium? Ini betul. Tetapi dalam strateji kuasa imperial Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh. Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Shiah tetapi  kerana Syria menyokong perjuangan Hisbulah dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.

Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman Presiden Hafeez al-Assad telah berkerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hisbullah dan Hamas.

Dari era Perang Dingin lagi  Syria telah dilihat amat sedia untuk bekerjasama  dengan USSR, kemudian dengan  Russia. Banyak kelengkapan persenjataan Syria  yang digunakan untuk melawan zionis  Isreal telah dibekalkan oleh Russia. Russia adalah sahabat Syria yang telah diduga. Hubungan intim dengan Russia  terjalin lama dan dibuktikan dengan wujudnya pengakalan tentera laut Russia di Tartus  semenjak tahun 1971. Tartus ialah   perlabuhan yang kedua terbesar di Syria.

Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan  sedang menjajah  wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967 dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.

Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Russia ini adalah satu pekara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan Clinton melihat bahawa kerjaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan strateji Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum serangan dapat dilakukan keatas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.

Disini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua Amerika. Saudi, Qatar dan Turkey. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan dana. Manakala Turkey menyedikan tempat di sempadan Turkey/Syria untuk melatih kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.

Hari ini telah diberitakan sebuah jet pejuang Turki telah jatuh ditembak oleh peluru berpandu Syria. Ini mungkin  sandiwara untuk mengolah persetujuan rakyat Turkey dan rakyat dunia.  Turkey kini memiliki cita-cita untuk sekali lagi – saperti zaman Ottoman dauhulu – untuk  dapat mempengaruhi Dunia Arab. Turkey memiliki nafsu besar, untuk menjadi kuasa besar. Nafsu besar ini muncul   kerana Turkey memiliki   viagra  yang bernama Nato.

Para pembaca wajib sedar bahawa dibelakang semua ini ialah kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar dan Turkey sebagai budak suruhan gerakan Zionist International.

Pada ketika  ini kuasa  dan pengaruh zionis Israel  cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut telunjuk Benjamin Natanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat – tahun pilihan raya -  dimana tidak ada bakal Presiden Amerika  yang berani bercanggah dengan Isreal.

Amerika , Saudi, Qatar dan Turkey semunya   sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal. Kita wajib sedar dan berwaspada kerana  dibelakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung  perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang sedang merancang untuk mendirikan New World OrderSatu  Dunia Baru – dimana semua harta kekayaan dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh senjata-senjata buatan  Amerika dan Nato.

Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini. Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Shiah. Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut kebebasan dan demokrasi.  Mungkin ada yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusha menaburkan demokrasi saperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq atau di Libya.

Kepada yang tidak yakin dengan tulisan saya, saya  cadangkan agar  mereka  pergi ke Kedutaan Saudi dan Qatar untuk  bertanya bila piliharaya akan diadakan  di Saudi Arabia dan Qatar? Khalas. (TT)

  
TULISAN INI
ada terkumpul
dalam buku
TIPU PILIHAN RAYA
turun
JALAN RAYA

--------------

SELAMAT BERBUKA PUASA

Posted: 11 Jul 2013 04:19 AM PDT



HUJAN MALAM
hujan pagi
pagi redup
nyaman saperti di gunung
hari ke dua yang lumayan

aku berbuka 
masih lagi dengan buah manggis
dengan buah mangga

aku setia dengan buah tempatan
aku setia dengan makanan tempatan


MENUJU KE BESUT
malam ini ke besut

apa ada di sana
pasti ada sata
ada ikan segar
ada daging segar

dan 

akan di cari
gulai itik serati

siapa tahu dimana
tempatnya 
dimana boleh ditemui
gulai itik



---------

NASI DAGANG DAN KEDAI BUNDLE

Posted: 11 Jul 2013 02:30 AM PDT




 TINGGAL KENANGAN


BUNDLE  TIDAK RARE
aiseh, lu pun 1 la sham, mana nak jumpa nasik dagang ikan tongkol fresh time sahur kat KL ni? lu pun main balun jgk la ni. mana instict lu as old timer? getting older instead of oldtimer, eh?

 isk isk isk.... bercerita tentang bundle, gua dah tak stim ngan bundle skarang compare ngan early to mid 90's dulu. 3 ciri penting bundle dulu lu tak jumpa dah sekarang. harga murah, barang betul2 'rare' ngan owner sendiri yang jadi tokey instaed of upah bangla! Sekarang ni, harga cam gampang nye mahal tapi barang langsung tak rare, barang tahapa2 pun leh mark up cam gampang. dulu kat bundle chowkit gua boleh beli kemeja flannel levis( capital E! ) tab putih $5 je selai ngan macam2 patern/ warna. 

sekarang kalau lu jumpa pun flannel sama tu, harga mark up bagai nak gila! tu pun kualiti dah jadi gred C--. huh! belum cerita pasal bangla pulak yang jual bundle instead of towkey melayu. Lu expect apa bila tanya LEVIS kepala kain kat bangla? huh! buang masa...Sapa2 kat sini pembaca TT tau mana leh on SELAMAT BERSAHUR DAN BERSUBUH
Publish | Delete | Spam
Jamie D

on 7/11/13

-------

APA MAKNA BERITA BERITA INI?

Posted: 10 Jul 2013 09:00 PM PDT






KOMENTAR TUKAR TIUB
apa makna semua berita ini?
apa yang sedang berlaku?


najib kata lain
zahid kata lain
ku nan kata lain
shahidan kata lain
nazri kata lain

jelas najib tidak memiliki kekuatan dalam kabinet
jelas najib tidak memiliki kekuatan dalam parti

jelas ada dua pertembungan
jelas ada dua garis politik
jelas ada dua kumpulan

jelas ada garis politik najib
ada garis  politik tendang najib
ada kumpulan nak tendang najib

kepala  yang nak tendang najib 
ialah anak lelaki iskandar kutty

lihat muhyiddin senyap bin sunyi
tidak keluar apa komen 
tentang hal akta hasutan

pemansuhan ini pasti telah dibincang dalam kabinet
malah najib telah mengumumakan
tapi siapa yang halang?

yang halang pastilah
anak lelaki iskandar kutty

dalam hal ini nazri cakap benar
yang lain cuba putar

zahid hamidi bukankah orang najib?
betul zahid pro najib
tapi zahid sedang digasak dengan kes pukul
maka zahid terpaksa dilihat melawan najib

dan paling menakutkan
ialah najib terus TIDAK bersuara
najib buat deek

najib tahu dia akan kena terajang
najib tahu  orang parti tak suka rosamah
najib tahu bila bila saja waran dari paris akan sampai 


  • Nazri: Mungkin Subra terlupa
  • NONEMenteri Pelancongan Datuk Seri Abdul Nazri Aziz hari ini berkata, kabinet telah bersetuju untuk memansuhkan Akta Hasutan dalam satu pertemuan yang diadakan tahun lalu.


KUALA LUMPUR 8 Julai - Akta Hasutan 1948 perlu dipertahankan supaya tidak timbul permasalahan kelak jika berlaku situasi yang boleh mengancam ketenteraman awam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk... 
Zahid tidak merasakan bercanggah dengan PM kekalkan pendirian mengenai Akta Hasutan
Menteri Dalam Negeri  Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan pendiriannya mengenai Akta Hasutan, mengatakan akta itu tidak akan dimansuhkan.

Menurut Ahmad Zahid, beliau tidak merasakan pendiriannya itu bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengatakan Kabinet juga tidak bersetuju ianya digantikan dengan akta baru akan tetapi bersetuju ianya perlu dikaji semula

  • Dr M: Jangan mansuh semata-mata desakan lawan
  • Mantan perdana menteri  Mahathir Mohamad berkata undang-undang termasuk Akta Hasutan 1948 tidak boleh dimansuhkan semata-mata kerana desakan parti lawan.

PM mansuh Akta Hasutan, gubal Akta Keharmonian Nasional





Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini





--------

NAJIB CETUS HURU HARA - ARKIB BERITA

Posted: 10 Jul 2013 07:44 PM PDT









 TAMAROD
GARIS POLITIK ANAK MUDA
Pembangkang 'Buat Kacau' Untuk Cetuskan Huru-Hara - Ku Nan
"Sekarang kita ada pembuat kacau dan pembangkang sedang cuba membangkitkan beberapa perkara sehingga negara bertukar menjadi huru-hara," katanya, sambil menambah undang-undang seperti Akta Hasutan masih diperlukan demi kepentingan keselamatan negara.
Beliau juga berkata, undang-undang pencegahan yang baharu diperlukan untuk menangani kadar jenayah yang semakin meningkat.
"Kita perlukan satu lagi rancangan untuk menggantikan Ordinan Darurat kerana kita agak bimbang dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.
"Kerajaan perlu meletakkan sesuatu di 'tempatnya sekali lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.
dari arkib berita

PM mansuh Akta Hasutan, gubal Akta Keharmonian Nasional
KUALA LUMPUR -  Najib  Razak malam ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini.
"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SILA BACA  BERITA   11 JULAI 2012..... kah kah kah..

kah kah kah...MAT MONGOL TELAH BUAT PENGUMUMAN.... kah kah kah..

kah kah kah...MAT MONGOL MAHU HAPUS AKTA HASUTAN..... kah kah kah....

woit... KALAU IKUT LOJIK TENGKU FRAUD... MAT MONGOL KEPALA HURU HARA.... kah kah kah

kah kah kah...MAT MONGOL ... KEPALA BUAT KACAU... kah kah kah

Add caption


----------