Ahad, 7 Julai 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


VIDEO: KENAPA MURSI DIGULINGKAN

Posted: 07 Jul 2013 01:46 AM PDT



 SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN




Politik anak beranak di Malaysia membimbangkan, kata penganalisis

Posted: 07 Jul 2013 01:37 AM PDT


Bahasa

Politik anak beranak di Malaysia membimbangkan, kata penganalisis

Oleh Hasbullah Awang Chik
July 07, 2013
Penganalisis politik dari Universiti Pengurusan Singapura Prof Madya Bridget Welsh melihat senario pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini cenderung mengamalkan politik keluarga apabila ada ahli Parlimen yang terdiri daripada kombinasi bapa dan anak.

Menurut Welsh, situasi ini sebagai satu hal yang tidak sihat dan memerlukan pembaharuan.
"Perkembangan ini dilihat sebagai satu situasi tidak sihat dimana bapa dan anak tidak sesuai jika digandingkan dalam satu sidang Parlimen bersama," jelas Welsh semasa melontarkan pendapatnya berhubung perjalanan PRU13 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar masing-masing merupakan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Lembah Pantai.

Selain itu Penasihat DAP Lim Kit Siang pula adalah Ahli Parlimen Gelang Patah sementara anaknya Lim Guan Eng adalah Ahli Parlimen Bagan.

Selain itu, Welsh melihat calon muda dan teknokrat tidak kira dari Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan peningkatan keanggotaan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen kali ini.
"Malaysia sebagai sebuah negara muda yang telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun telah menampilkan calon muda dan pertambahan calon wanita begitu menggalakkan serta mereka yang mewakili badan bukan kerajaan," jelas Welsh.

Penganalisis itu turut melihat Malaysia kini sebagai sebuah negara yang mempunyai minat yang tinggi terhadap politik apabila orang ramai dilihat gemar berbicara tentang isu politik setiap hari.
"Ketakutan kini seakan sudah lupus dalam hati rakyat Malaysia. Mereka cenderung membicarakan isu politik pada setiap hari.

"Jika dilihat bukan kaum Cina sahaja yang menuntut perubahan dalam PRU lalu tetapi kaum lain turut menyuarakan suara yang sama dengan dibahagikan mengikut pecahan undi di bandar dan luar bandar.
"Penduduk kampung dan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak cenderung mengundi BN namun pengundi bandar dilihat memilih PR," tambah Welsh.

Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Syed Arabi Idid pula berpendapat prestasi BN berterusan mencatatkan rekod buruk apabila BN telah hilang dua pertiga kerusi Parlimen dua kali berturut-turut. Beliau juga melihat tsunami Cina hanya berlaku di kawasan pengundinya majoriti berbangsa Cina.


"Pola pengundian tidak banyak terjejas dan tsunami Cina yang didakwa itu hanya berlaku di kawasan yang majoriti pengundinya Cina namun bagi kawasan Melayu tidak banyak perubahan direkodkan.


"Malaysia mengamalkan kemenangan parti dan bukanlah berlandaskan undi popular semata-mata. Imj BN dan Umno dilihat telah memperkukuhkan lagi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengundi kini telah melihat bahawa kini bukan BN sahaja satu-satunya parti yang boleh dipilih malah turut mempertimbangkan PR sebagai parti pilihan mereka berdasarkan PRU lepas.


"PR berjaya mengenegahkan isu jenayah dan rasuah manakala BN pula tidak dilihat sebagai juara dalam isu berkenaan," tambah Syed Arabi. - 7 Julai, 2013.




UGUT GURU. TAHNIAH PRESIDEN NUTP

Posted: 07 Jul 2013 01:23 AM PDT

Belum ada lagi menteri paksa dan ugut guru. Tapi sejak beerapa lama ini sikap menteri yang nak ugut kaum guru sebenarnya tak lama kekal dalam kabinet Malaysia. Sebab utamanya ialah kerana mulut yang capoi ugut guru ini , menteri yang tak berapa cerdik.
Dan selalunya juga Presiden NUTP belum pernah berani untuk mengeluarkan kenyataan sebegini berani.Tahniah ,anda mengekalkan keberanian dan juga kejujuran anda mewakili kaum guru.Jangan jadi macam yang dok ada sembah melutut membuta tuli.Harap Lok Yim Peng.Mampus la kaum Guru.Cakap tak serupa bikin,bikin tak serupa cakap.
Kalau nak dudk dalam kesatuan, mesti mau berani .Bukan beranbi membuta tuli , tetapi memperjuangkan hak kaum Guru.Ini jadi setiausaha , apa pun tak jalan....baik berhenti la lagi bagus.

TAHNIAH BUAT HASHIM ADNAN





Lt. Kdr. (B) Hashim bin Adnan
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia


Guru-guru tidak seharusnya "diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.

Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.

"Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional," kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau menambah: "Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.
"Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut."

Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.

"Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan," tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.

Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.

Gesaan Idris mengingatkan kembali mengenai pilihan raya kecil Tenang dahulu apabila pengarah pendidikan negeri Markom Giran dikatakan menyalahgunakan kuasa apabila mengarah guru-guru untuk memastikan kemenangan BN.

Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Dzulkefly Ahmad membuat laporan terhadap Makom kerana melawat sekolah di Labis dan Tenang menyuruh guru-guru memastikan kemenangan BN.


Dzulkefly turut menyerahkan klip video empat minit yang dimuat naik ke Youtube menunjukkan Markom memberikan ucapan kepada guru-guru. – 7 Julai, 2013.



RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Analisis 7,481 laporan dapati media Cina terkedepan dan terbuka

Posted: 07 Jul 2013 09:21 PM PDT



 
Analisis mendapati akhbar berbahasa Cina menjadi media paling adil dan berimbang sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Chang Peng Kee berkata, dapatan itu diperoleh daripada analisis terhadap 7,481 laporan di Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Berita Harian, Utusan Malaysia, Star, New Straits Times, Tamil Nesan dan Malaysia Namban.

NONEAnalisis itu dibuat antara tarikh penamaan calon pada 20 April sehingga hari pengundian pada 5 Mei, katanya dalam seminar bertemakan "nilai pelbagai kaum dalam pilihan raya" di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur semalam.

Chang (kanan) berkata, akhbar berbahasa Cina memberikan liputan wajar kepada semua pihak dan melaporkan dengan nada yang sama.

Manakala harian berbahasa Melayu mengambil pendirian pro-BN dan menghentam Pakatan Rakyat.

Harian berbahasa Inggeris dan Tamil pula pro-BN dengan kurang liputan negatif terhadap kempen Pakatan.

Bagaimanapun, kata Chang, data awal itu masih tertakluk kepada analsis lanjut.Read More / Baca Lagi >>

Calon Pas di PRK Kuala Besut: Antara Taukeh Ikan dan Kontrektor ..??

Posted: 07 Jul 2013 08:56 PM PDT

Malam ini Dewan Harian Pas Pusat akan bermesyuarat antara angendanya membincang mengenai pilihan raya kecil Kuala Besut yang penamaan calonnya akan diadakan 12 Julai. Perkara spesifik akan dibincangkan ialah mengenai calon Pas. Sebangat-bangatnya malam ini umum akan mengetahui siapakah yang akan diturunkan oleh Pas.

Zakaria disebut sebagai calon.

Terdapat tiga nama yang telah disenaraipendek untuk diserahkan tanggungjawab bagi merampas kerusi Kuala Besut dan seterusnya meletakkan keadaan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berseimbangan 16:16. Kedudukan hari ini Pas 15 dan UBN 15 selepas UBN kehilangan kerusi Kuala Besut apabila wakilnya meninggal.

Dengan kedudukan itu Pas meletakkan harapan besar untuk 'merenyok petuk'kan Dun Terengganu. Suka kita melihat keadaan itu nanti bagaimana penyelesaian dibuat sekiranya berlaku takdir demikian. Apakah Dun Terengganu akan dibubarkan bagi diadakan pilihan raya semula atau sebaliknya.

Bekas Pengerusi Umno Terengganu Idris Jusoh berkeras mengatakan UBN mempunyai kelebihan majoriti di DUN dengan adanya satu undi dari speaker. Belum ada precedent mengenai hal ini sebelum ini, jadi adalah elok juga kalau persimbangan itu diwujudkan.

Untuk menyaksikan situasi demikian kerusi Kuala Besut harus dimenangi oleh Pas. Sekiranya Pas menang pilihan raya kecil Kuala Besut satu senario baru selepas PRU-13 akan wujud. Senario itu juga akan mengubah perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

Berbalik kepada nama-nama yang disenarai-pendekkan, ada tiga nama itu iaitu; Nik Zawawi Nik Salleh iaini ahli jawatankuasa Dewan Ulamak, Zakaria Harun, seorang taukeh ikan di Kuala Besut dan Enduk@Azlan Jusoh yang dikenali dengan Che Long seorang kontrektor.

Read More / Baca Lagi >>

Protes berterusan di Mesir

Posted: 07 Jul 2013 08:46 PM PDT

Krisis Mesir KAHERAH - MESIR. Selepas Presiden Mohamed Mursi digulingkan, tunjuk perasaan di antara penyokong dan puak anti-Mursi terus-terusan mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Mesir.

Tunjuk perasaan diadakan semalam sebagai protes di atas pemilihan Mohamed El Baradei sebagai presiden interim menggantikan Mursi.

Setakat ini, 30 maut dan lebih 1,000 cedera dalam demonstrasi melibatkan penyokong Ikhwanul Muslimin dan pihak anti-Mursi.

Sementara itu, media tempatan melaporkan Menteri Keadilan Mesir, Ahmed Suleiman pula meletak jawatan semalam.

Mursi digulingkan sebagai Presiden Mesir minggu lalu oleh pihak tenteranya sendiri.

Buat masa ini, Baradei berperanan sebagai Presiden interim negara itu.

Pasca PRU13: 'Melayu harus dominasi kepimpinan politik'

Posted: 07 Jul 2013 08:26 PM PDT

Malaysia harus mengekalkan kepimpinan politik yang didominasi Melayu jika mahukan kestabilan, kadang ahli sains politik Wahabuddin Ra'ees.

NONE"Jika ini tidak berlaku, barangkali Malaysia akan menghadapi zaman mendatang yang sukar," katanya dalam seminar bertemakan "nilai pelbagai kaum dalam pilihan raya" di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur semalam.

Profesor madya UIA itu berkata, beliau agak terganggu terhadap penekanan berlebihan terhadap peranan PAS dan DAP dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya, yang kurang ditekankan, peranan PKR sebagai gam yang melekatkan kesemuanya dalam Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun berpendapat, parti berasaskan kaum tidak mempunyai harapan dalam politik Malaysia dan oleh itu mekanisme baru diperlukan bagi memastikan kepimpinan Melayu dalam parti pelbagai etnik.

Wahabuddin juga berkata, pandangannya itu tidak harus dianggap bermaksud bahawa bukan Melayu tidak akan mendapat kesaksamaan.

Polis perlu tingkat kecekapan cari bukti, henti tahan tanpa bicara

Posted: 07 Jul 2013 08:24 PM PDT

Polis perlu meningkatkan kecekapan mencari bukti kukuh sebelum membuat tangkapan dan pendakwaan di mahkamah, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Katanya, rakyat mahu profesionalisme polis dalam menangani jenayah, bukannya memberi kuasa berlebihan kepada pihak berkuasa itu untuk menahan suspek tanpa bicara.
Beliau menyifatkan saranan supaya Ordinan Darurat (EO) yang diamal sejak 42 tahun lalu melalui penahanan tanpa bicara. dilaksana semula membuktikan polis tidak berhasil mencari bukti.
"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar harus berhenti membuat tangkapan tanpa bicara. "Sebaliknya, memandang serius saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan polis mesti belajar mencari bukti kukuh sebelum membuat tangkapan dan mendakwa suspek di mahkamah.
Pua kesal kerana Zahid dan Khalid menyarankan EO dilaksanakan semula bagi mengurangkan kadar jenayah sedangkan Najib sudah mengumumkan pemansuhan Ordinan Darurat (EO)pada 2011.
Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri dilihat bertentangan dengan dasar pembaharuan politik Najib apabila menyatakan peningkatan kadar jenayah disebabkan kurangnya undang-undang pencegahan.
"Kita tidak harus membiarkan ketidakadilan berlaku lagi," katanya pada kenyataan media, hari ini sambil menambah, jenayah tetap boleh dilakukan pesalah melalui telefon bimbit sekalipun ditahan melalui EO.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Mesir: Satu pemerhatian ringkas

Posted: 07 Jul 2013 08:15 PM PDT

Oleh HARIS ZALKAPLI

Pada awal 2011, sejurus Presiden Hosni Mubarak dijatuhkan melalui kebangkitan massa, peringatan bahawa perjuangan sebenar baru bermula mungkin tidak benar-benar difahami ramai, sama ada yang terlibat mahu pun yang memerhati dari jauh.

Sentimen prodemokrasi yang berleluasa dan popular kelihatan telah membina pemahaman yang mengaitkan dengan terus perubahan yang dramatik dengan pendemokrasian, atau kejatuhan seorang pemimpin (atau rejim) dengan bermulanya era yang lebih demokratik.

Kuasa sebenar di Mesir, penguasa tentera, menunjukkan dengan tegas cabaran dihadapi dalam proses pendemokrasian, apabila melakukan tindakan yang menjatuhkan Presiden Mohamed Morsi dari kedudukan sebagai presiden, pada malam 3 Julai.

Tentera yang kelihatan agak kurang ke depan sejak Morsi memenangi jawatan presiden kini kembali menegaskan kuasanya, dengan kerjasama kelompok sekular dan juga liberal, dan menggunakan sentimen ketakutan terhadap "kecenderungan Islam" kelompok parti Islam dan gerakan Ikhwan al-Muslimin yang menjadi pemain penting politik Mesir masa kini.

Sifat Islamis dan implikasi negatif yang dikaitkan dengan Morsi dan kumpulan penyokongnya telah digambarkan dengan jelas sejak awal, dan sentiasa disebut-sebut sebagai satu kelemahan di pihak beliau.

Sentimen inilah - yang ada kalanya kelihatan diperbesarkan - yang mendorong kumpulan liberal memberi penentangan kuat kepada Morsi, malah turut sama menyokong tindakan tidak demokratik pihak tentera.

Kelompok liberal dalam hal ini kelihatan berlebihan dalam bermain politik dan menggunakan apa sahaja untuk mengkritik dan menjejaskan kredibiliti Morsi dan kelompok penyokongnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pesanan Ustaz Don Dari Mesir...

Posted: 07 Jul 2013 08:13 PM PDT

[Don Daniyal Bin Don Biyajid]
Assalamualaikum...
Alhmdhulillah..Segala pujian bg Allah.
Video ini d ambil d dalam Hospital Kanak-Kanak tempat isteri saya Husna Zahry Rafie n kawan2nya belajaq..
Video ini sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba..

Dikesempatan ini juga,saya sertakan juga Page FB yang dibawah pemantauan saya..iaitu..
1) Personal Page
https://www.facebook.com/daniyalbiyajid

2) Majikan KUISCELL
https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Don-Daniyal-Don-Biyajid-Solat-Selawat-Tour/303477549751709?ref=ts&fref=ts

3) TV Al-Hijrah 30MUD
https://www.facebook.com/30minitustazdon?ref=ts&fref=ts

4) Fan Page
https://www.facebook.com/UkhuwahDuniaDigital?ref=ts&fref=ts

Selain daripada yang empat ini, xda kena mengena dengan saya... :)
SELAMAT BERPUASA
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Don Daniyal Don Biyajid
El-Manial, Kaherah, Mesir

National Reconciliation: Nuremberg Revengeful Justice or RTC Restorative Justice?

Posted: 07 Jul 2013 08:11 PM PDT

I have to put up a caveat: this is my personal opinion as a writer and blogger. It is not Pakatan's official position.
PM Najib spoke about national reconciliation in parliament. Yes- he is becoming quite well known for coining big slogans. He started with all the GTP, ETP, EPP, NKRA, PDP etc. it must have become an addiction.
Now is National Reconciliation. Unfortunately his people in parliament take the National Reconciliation proposal as a means to do a Nuremberg kind of justice. Impose the victor's justice on the opposition representing 51% of the voting population. Move on means accepting BN victory and be quiet about it and allow the winner do what it pleases.
This time, Najib needs help from the opposition to ensure that his National Reconciliation isn't turned into another of his useless slogans. We are 89 strong.
He has only given but one precondition- that the results of GE 13 must be accepted by everyone. My reading of this is that he is willing to sit down and sort out contentious issues and to engage the opposition to hear out matters they feel strongly about.  
I think we should engage him. But then he has to offer something in return. Is he offering us a victor's justice/ the Nuremberg kind of Justice?
Most of us know what Nuremberg represented. It represented retributive justice. A court of justice was established by the victorious allies to try Nazi war criminals and other German military leaders after the 2nd world war. The allies called it de-nazification. Most of those tried were sentenced to death. It was justice imposed by the victors which was retaliatory and revengeful in nature.
Read More / Baca Lagi >>

Boneka AS kuasai Mesir

Posted: 07 Jul 2013 08:07 PM PDT

Boneka AS kuasai MesirAnne W PattersonSEJAK hari pertama penggulingan Presiden Mohamed Mursi, khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan nama ejen Amerika Syarikat (AS) Mohamed ElBaradei bakal tersenarai dalam kerajaan sementara Mesir sebagai Presiden atau Perdana Menteri.

Namun kini segalanya terus menjadi persoalan apabila pemenang Anugerah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu mungkin bergelar Perdana Menteri selepas berjaya dilobi AS dengan alasan untuk meredakan dan menangani krisis di negara itu selepas bergolak sepanjang minggu lalu.

Ketika perkara itu terus menjadi persoalan, Dataran Tahrir dan Dataran Raba'ah masih bermandi darah. Kumpulan anti Mursi didalangi pergerakan Tamarod yang suatu ketika dahulu pernah menggulingkan bekas Presiden diktator Hosni Mubarak pada 2011 meneruskan protes hingga puluhan nyawa terkorban dan ribuan cedera.

Agensi berita Mena dan beberapa sumber pegawai mengesahkan, pelantikan ElBaradei dibuat selepas Presiden sementara Adly Mansour mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin dalam barisan kerajaan sementara termasuk tentera semalam.

Penasihat dan jurucakap presiden sementara, Ahmed al-Muslimani yang baru dilantik kelmarin berkata, ElBaradei adalah pilihan logik dan terkuat," menurut laporan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir: Antara Morsi, Israel dan Rumah Putih

Posted: 07 Jul 2013 08:04 PM PDT


Sungguh terkilan melihat orang yang mewajarkan penggulingan Presiden Dr Mohamed Morsi melalui kudeta tentera. Ada yang malah bergelar "bapak ustadz", namun telahannya berkenaan peristiwa yang berlaku di Mesir kini tidak mencerminkan kepintarannya selaku orang alim. Mereka berhujah tindakan tindakan yang diambil oleh Dr Morsi semasa menjadi presiden adalah punca rakyat Mesir bangkit menentangnya dan pihak tentera Mesir hanyalah menjalankan tanggungjawab mereka dengan melindungi dan mengembalikan "hak" rakyat. Maka menafikannya sebagai kudeta. Mereka seolah olah percaya bahawa pihak tentera Mesir adalah neutral, tidak berkepentingan dan bersih dari dosa dan najis politik dalaman Mesir. Sungguh melucukan.

Antara tuduhan yang dilemparkan mereka terhadap Morsi adalah beliau bersikap damai dengan Israel dan Amerika sedangkan bersikap keras terhadap kerajaan muslim Syria dengan mengisytiharkan jihad terhadap kerajaan Assad. Mereka menyelar tindakan Morsi menutup kedutaan Syria di Kaherah, akan tetapi tidak pula menutup kedutaan Israel. Mereka mengatakan Ikhwanul Muslimin berjinak jinak dengan yahudi akan tetapi tega memerangi kerajaan orang Islam Syria, seolah olah mereka baru tiba dari planet Marikh dan tidak mengetahui khabar berita tentang apa yang dilakukan oleh kerajaan Syria terhadap rakyatnya. Sungguh menghairankan mereka yang melabelkan diri mereka sebagai Ahlus Sunnah ini mengambil sikap yang begini pelik. Bertambah pelik apabila mereka mencemuh kepimpinan Morsi yang baru dipilih sebagai presiden tahun lepas kerana tidak mampu mengembalikan kestabilan ekonomi, malah menjadikan keadaan ekonomi lebih parah. Di sini saya akan cuba meredakan jerebu yang melanda otak pemikiran mereka sehingga pandangan mereka kabur dan tersisih dari kebenaran.

Israel yang masih belum mengeluarkan sebarang reaksi terhadap penggulingan Morsi adalah antara pihak yang tersenyum lebar dengan perkembangan terkini negara jiran mereka itu. Akhbar akhbar Israel secara terang terangan menyatakan kegembiraan mereka terhadap pemberontakan puak sekular-liberalis yang menjatuhkan Morsi. Alasan mereka serupa, kejatuhan Morsi adalah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri serta percaturan politik Ikhwan yang tersilap langkah, menyebabkan rakyat bangkit memberontak, dengan pasukan tentera "terpaksa" bertindak. Skrip media Israel dan Barat inilah yang dijadikan pedoman oleh mereka yang mengutuk Morsi dan Ikhwan. Hakikatnya, pihak tentera lah yang menjadi teraju utama, didalangi Amerika dan Israel. Sudah menjadi pengetahuan umum, pihak tentera Mesir adalah belaan Rumah Putih. Pihak tentera lah yang mendesak hubungan intim dipelihara antara Kaherah, Washington dan Tel Aviv seperti yang dilaporkan oleh akhbar Israel Hayom:
Read More / Baca Lagi >>

ANAK PRESIDEN MESIR DR MOHAMMED MORSI AL HAFIZ, BERUCAP DIHADAPAN JUTAAN RAKYAT MESIR DI DATARAN RAB'AH!

Posted: 07 Jul 2013 08:03 PM PDT


["Bertahanlah wahai ayahku, sesungguhnya kami nazarkan dikau kepada tanah air ini, cukup lah Allah bagi kami"]
Usamah, anak kepada Presiden Dr. Muhammad Mursi berucap di hadapan jutaan penyokong di Dataran Rab'ah, menyatakan bantahan beliau terhadap rampasan kuasa: "Elakkan pertempuran atas nama Revolusi", menujukan ucapan kepada ayah beliau Dr Muhammad Mursi dengan berkata:

"Sesungguhnya aku tujukan seruan kepada ayahku , bertahanlah wahai ayahku, teruskanlah langkahmu dan jangan sesekali tunduk dengan mereka yang zalim, dan kami sekeluarga nazarkan dikau kepada kepada tanah air ini,cukup lah Allah bagi kami, dan janganlah terbeban Wahai Ayah terhadap dasar Revolusi kami"

Beliau juga dalam ucapannya di atas pentas Dataran Rab'ah menyeru Pakatan Nasional untuk mempertahankan syar'iyyah, "Aku katakan kepadamu Wahai ayahku, jika kamu dapat mendegarku sekarang, atau Allah pasti akan menyampaikannya kepadamu"
Read More / Baca Lagi >>

PEGAWAI TENTERA MESIR BERSAMA-SAMA DENGAN PARA PENYOKONG DR MOHAMMED MORSI AL HAFIZ MEMBANTAH KERAS RAMPASAN KUASA TENTERA!

Posted: 07 Jul 2013 08:02 PM PDT

Seorang anggota Tentera kelihatan bersama dengan para penyokong Presiden Mesir yang sah, Dr Mohammed Morsi Al Hafiz di  Bandar Minya, sambil didokong dengan memegang potrait Dr Morsi berkata:

"Saya tidak akan datang ke sini melainkan niatku hanyalah ingin mengikut syariat Allah"

Ini dilihat sebagai satu permulaan para anggota tentera bakal berpaling tadah dan menyokong kepimpinan Dr Mohammed Morsi Al Hafiz yang dipilih secara sah dan demokratik sebagai Presiden Mesir.

Memberi satu suasana dimana Dr Morsi diturunkan dari takhta kuasa dengan bantuan tentera dan beliau akan kembali semula berkuasa jua dengan bantuan tentera.

Seamoga impian ini menjadi kenyataan bagi menegakkan hak dan menentang kezaliman, penipuan dan penindasan.

Zahid ‘menunjuk-nunjuk’ ketegasan demi pemilihan Umno

Posted: 07 Jul 2013 08:00 PM PDT



 Individu paling tercabar dalam Umno hari ini ialah Naib Presiden, Datuk  Seri Ahmad Zahid Hamidi. Bukan sebagai seorang penunggang motosikal besar, Harley-Davidson miliknya tetapi sebagai Menteri Dalam Negeri yang percaya Akta Hasutan harus kekal, bukan dipinda seperti desakan aktivis kebebasan awam.
Menteri berusia 60 tahun itu ada alasan baik untuk berbuat demikian sehingga pemilihan Umno berakhir tahun ini.
Konsensus parti menetapkan dua jawatan tertinggi tidak dipertanding tetapi ia tidak membabitkan tiga naib presiden. Sedangkan desas-desus menyatakan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir bakal bertanding.
"Jangan harap Zahid berhenti bermain kontroversi depan ahli Umno yang tercari-cari kepimpinan dalam parti pada masa ini.
"Dan Zahid memberitahu parti yang beliau seorang pemimpin yang baik  berbanding orang lain dan wajar kekal sebagai naib presiden melalui  ketegasan pendiriannya," kata seorang pemimpin parti itu kepada The  Malaysian Insider.
Pemimpin itu menyedari Zahid mengasah imej sebagai pemimpin yang tegas sejak isu pencerobohan Sulu di Sabah Februari lalu ketika mengambil alih tugas sebagai Menteri Pertahanan manakala Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilihat lambat bertindak bagi menangani krisis berkenaan.
Penganalisis menunjukkan, Zahid dan Hishammuddin sebagai naib presiden selain Datuk Seri Shafie Apdal dan sebarang pertandingan bakal  menjejaskan kedudukan mereka.
"Shafie ada undi Sabah. Jadi ia bergantung kepada siapa lebih kuat dan  lebih tegas - Zahid atau Hisham - untuk kekal sebagai naib presiden jika ada pertandingan," kata penganalisis itu kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Menjelang PRK DUN Kuala Besut

Posted: 07 Jul 2013 07:57 PM PDT

Deadlock over Egypt's interim prime minister

Posted: 07 Jul 2013 07:56 PM PDT

Parliament Uncut: Government withdraws three conversion Bills

Posted: 07 Jul 2013 07:56 PM PDT

Ceramah Perisytiharan Calon PRK N01 Kuala Besut

Posted: 07 Jul 2013 06:28 PM PDT

Malam esok siapa calon yang mewakili Pas pada PRK N01 KUALA BESUT bakal terjawab.Dijangka calon akan diumumkan sendiri oleh Tuan Guru Presiden dalam ceramah di Kg Nail Kuala Besut.
Selain Tuan Guru,turut berucap antaranya Hj Mohamad Sabu,Hj Husam Musa,Hj Mustaffa Ali,Saifuddin Nasution dan Mohd Abdul Wahid Endut.
Sebagai pengundi dan jentera Pas Dun Kuala Besut tentunya aku mengharapkan yang terbaik menjadi calon untuk menang PRK ini dan sejarah 16 - 16 tercipta.
Walaubagaimana pun siapa saja yang dipilih pucuk pimpinan,aku akan bagi sokongan yang tak berbelah bagi.Aku dan rakan2 jentera pilihanraya akan bekerja semaksima mungkin.Semoga sejarah bakal tercipta.Doakan kejayaan kami

PRK Kuala Besut: Pemuda Pas yakin 16-16 berjaya

Posted: 07 Jul 2013 06:13 PM PDT

Yakin 16-16 berjaya KUALA TERENGGANU – Pemuda Pas yakin kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut dengan mengetengahkan motto '16-16' mampu menarik golongan pengundi termasuk orang muda beri kemenangan terhadap calon Pas.

Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perkembangan itu sesuatu yang baru dalam  politik di negara ini dan perkara itu sudah tentu menimbulkan perasaan ingin tahu ramai pihak.

Menurutnya, pihaknya juga akan terus mendekati anak muda dengan mesra bagi menarik mereka bersama-sama Pas beri kemenangan kepada calon parti itu, 24 Julai ini.

"Tumpuan Pemuda adalah anak muda di Kuala Besut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Forum Ambang Ramadan sempena Karnival Jom ke Masjid di Masjid Pengadang Baru, di sini, kelmarin.

Turut serta sebagai panel forum ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua  Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah.

Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang: Ada pihak mahu takutkan rakyat

Posted: 07 Jul 2013 06:11 PM PDT

Ada pihak mahu takutkan rakyat: Kit Siang GELANG PATAH - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan dakwaan di laman-lama sosial Pulau Pinang bakal dijadikan sebagai sebuah negeri Kristian selepas parti berkenaan memerintah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengakui penyebaran fitnah itu merupakan salah satu propaganda pihak tertentu untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu.

Menurutnya, pihak terbabit juga dakwanya semakin terancam apabila sokongan pengundi kepada PR begitu memberangsangkan ketika PRU13 sekali gus membuktikan rakyat inginkan perubahan ke arah politik lebih baik dan bebas daripada rasuah, kronisme dan salah guna kuasa.

"Ketika saya diumumkan bertanding di Gelang Patah, ada juga pihak yang meramalkan bakal berlaku konfrontasi kaum selain melabel DAP sebagai anti Melayu dan Islam. Sebaliknya lain pula berlaku ketika saya menang, ramai pengundi Melayu yang mengucapkan tahniah dan menyambut baik kemenangan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Transformasi BN hanya retorik kata ketua Cawangan Umno..!!

Posted: 07 Jul 2013 06:09 PM PDT

Transformasi BN hanya retorik
BATANG KALI - Pelan transformasi yang dibawa BN hanya dianggap retorik sekiranya kepincangan yang berlaku dalam parti komponen khususnya Umno ketika ini tidak dipedulikan.

Ketua Cawangan Umno Taman Kelisa, Hulu Yam Barat, Jafri Zainal berkata, hakikat transformasi itu tidak berlaku seperti digambarkan kerana wujud perpecahan, ketidaktelusan, kronisme dan momokan semata-mata.

"Tidak perlu pergi jauh, di cawangan saya saja dengan kapasiti ahli seramai 168 orang sudah dipecah dua yang pada awalnya dilakukan tanpa pengetahuan saya.

"Perpecahan ini membimbangkan. Saya lihat ini bukan transformasi tetapi ke arah memecahbelahkan parti dan sokongan rakyat terhadap Umno," katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Gugusan Umno Hulu Yam percaya, perpecahan bukan saja berlaku dalam cawangannya, tetapi melanda beberapa cawangan lain.

Namun, katanya, tiada sesiapa berani tampil menyuarakan permasalahan itu kerana momokan segelintir pemimpin dan bimbang tembelang mereka pecah.
Read More / Baca Lagi >>

Reporters under fire in Egypt

Posted: 07 Jul 2013 06:03 PM PDT

Pelantikan Pengerusi Tabung Haji oleh Najib undang kemarahan rakyat

Posted: 07 Jul 2013 04:56 PM PDT

Beliau seharusnya merayakan pelantikan sebagai pengerusi sebuah institusi yang dihormati, akan tetapi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim diserang dari pelbagai penjuru baik dari partinya sendiri mahupun daripada pembangkang.
Paling melukakan Ahli Parlimen Baling itu adalah serangan dari partinya sendiri.
Dari kaca mata ahli-ahli politik Umno, pilihan Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sesuatu yang tepat dari segi pengalaman, kelayakan dan kemampuan untuk memimpin organisasi – mempunyai dana RM35 bilion.
Kritikan paling keras terhadap ahli politik berumur 47 tahun itu adalah beliau hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah dan mendapat jawatan itu hanya kerana hubungan baik dengan keluarga Najib. Nama beliau juga dikatakan satu-satunya yang dihantar oleh perdana menteri ke Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri hal ehwal Islam untuk menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar disebut-sebut untuk jawatan itu.
Abdul Azeez sedar dengan rungutan mengenai pelantikannya dan beliau bukan pilihan popular. Akan tetapi, beliau percaya dirinya perlu diberi peluang.
"Saya merayu kepada semua yang kritik beri peluang kepada saya terlebih dahulu berkhidmat sebagai Pengerusi Tabung Haji sebelum membuat penilaian," kata beliau melalui perbualan telefon bersama The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Sejarah Suram Ikhwanul Muslimin

Posted: 07 Jul 2013 04:50 PM PDT

(ditulis oleh: Al-Ustadz Qomar ZA, Lc.)

Shufi, Syi'ah, Pluralisme, Mu'tazilah, dan lain-lain masing-masingnya jelas berbeda. Namun apa jadinya jika semua kelompok menyimpang ini dijadikan satu? Jadilah ia Ikhwanul Muslimin (IM).
Gerakan Ikhwanul Muslimin yang mendominasi dakwah pergerakan-pergerakan di Mesir, gaungnya tidak hanya terdengar di negeri asalnya. Namun "dakwah"-nya telah mendunia, masuk ke penjuru-penjuru negeri di hamparan bumi ini. Termasuk tanah air kita, Indonesia, meski tentu saja dengan nama yang berbeda.
Pemikiran dan buku tokoh-tokoh mereka, semacam Hasan Al-Banna, Sayyid Quthub, Said Hawwa, Fathi Yakan, Yusuf Al-Qardhawi, At-Turabi tersebar luas dengan berbagai bahasa, sehingga sempat mewar-nai gerakan-gerakan dakwah di berbagai negara.
Ikhwanul Muslimin, gerakan ini tidak bisa lepas dari sosok pendirinya, Hasan Al-Banna. Dialah gerakan Ikhwanul Muslimin dan Ikhwanul Muslimin adalah dia. Karismanya benar-benar tertanam di hati pengikut dan simpatisannya, yang kemudian senantiasa mengabadikan gagasan dan pemikiran Al-Banna di medan dakwah sepeninggalnya.
Untuk mengetahui lebih dekat hakikat gerakan ini, mari kita simak sejarah singkat Hasan Al-Banna dan berdirinya gerakan Ikhwanul Muslimin.
Kelahirannya
Hasan Al-Banna dilahirkan pada tahun 1906 M, di sebuah desa bernama Al-Mahmudiyyah, yang masuk wilayah Al-Buhairah. Ayahnya seorang yang cukup terkenal dan memiliki sejumlah peninggalan ilmiah seperti Al-Fathurrabbani Fi Tartib Musnad Al-Imam Ahmad Asy-Syaibani, beliau adalah Ahmad bin Abdurrahman Al-Banna yang lebih dikenal dengan As-Sa'ati.
Pendidikannya
Ia mulai pendidikannya di Madrasah Ar-Rasyad Ad-Diniyyah dengan menghafal Al-Qur`an dan sebagian hadits-hadits Nabi serta dasar-dasar ilmu bahasa Arab, di bawah bimbingan Asy-Syaikh Zahran seo-rang pengikut tarekat shufi Al-Hashafiyyah. Al-Banna benar-benar terkesan dengan sifat-sifat gurunya yang mendidik, sehingga ketika Asy-Syaikh Zahran menyerahkan kepemim-pinan Madrasah itu kepada orang lain, Hasan Al-Banna pun ikut meninggalkan madrasah.
Selanjutnya ia masuk ke Madrasah I'dadiyyah di Mahmudiyyah, setelah berjanji kepada ayahnya untuk menyelesaikan hafalan Al-Qur`an-nya di rumah. Tahun ketiga di madrasah ini adalah awal perke-nalannya dengan gerakan-gerakan dakwah melalui sebuah organisasi, Jum'iyyatul Akhlaq Al-Adabiyyah, yang dibentuk oleh guru matematika di madrasah tersebut. Bahkan Al-Banna sendiri terpilih sebagai ketuanya. Aktivitasnya terus berlanjut hingga ia bergabung dengan organisasi Man'ul Muharramat.
Read More / Baca Lagi >>

Konflik Mesir: Kenyataan Najib digemari barat

Posted: 07 Jul 2013 04:47 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal mengambil pendirian tegas berhubung konflik rampasan kuasa yang berlaku di Mesir, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agana (Bippa), Datuk Ahmad Kassim.
Sebaliknya, katanya, kenyataan Najib dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hanya menangguk di air keruh dengan menjadikan konflik itu sebagai amaran kepada rakyat Malaysia.
"Isu di Mesir adalah kudeta tentera yang tidak bersikap demokratik. Jika ini kayu ukur perubahan bagi Najib, jelaslah beliau gagal bersikap sebagai seorang negarawan Islam yang tulen kerana menolak perubahan dari kediktatoran Hosni kepada keterbukaan Presiden Dr Mohamed Morsi.
"Kenyataan Najib ini memang digemari negara Barat yang menolak kepimpinan Morsi. Sewajarnya Najib meniru Turki, Tunisia dan Iran yang tegas menolak kudeta," ujarnya kepada Suara Keadilan.
Najib baru-baru ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir kerana perubahan yang dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
"Akhirnya, rakyat sendiri yang menuntut perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya dipetik.
Najib juga menegaskan peristiwa yang berlaku di Mesir merupakan masalah dalaman negara itu, meskipun tidak menyokong sebarang usaha ketenteraan.
Mengulas lanjut,  Ahmad  berkata, pendirian pengecut Najib ini sekali lagi membuktikan beliau demokrat palsu seperti didakwa penulis makalah "A 21st-centruy checklist of the new autocrats", Mark Mackinnon tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Hubungan intim Dajjal dengan Fir'aun ...?

Posted: 07 Jul 2013 07:13 AM PDT

Hubungan intim Dajjal dengan Fir'aun ...?
Memang La'natullah ...?

Komentar Kini

Komentar Kini


PAS sukar untuk menang di DUN Kuala Besut

Posted: 06 Jul 2013 10:52 PM PDT



Pada saya,kalah dan menang adalah hak Allah SWT. Kalau nak menang berusahalah bersungguh sungguh disamping jangan lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT untuk di anugerahkan kemenangan dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

Mengikut sejarah PAS sukar untuk mendapat kemenangan di Besut ini, kerana orang orang PAS satu sama  lain tidak pernah boleh bersatu. Itulah fakta sebenar. Saya ada pengalaman selama 10 tahun.

Inilah punca sebenar PAS Besut sukar untuk menang kecuali PRU 10 (1999-2004) PAS menang kesemua DUN dan Parlimen atas nama undi protes.

Tengok DUN Jabi, walaupun tak duduk dalam Parlimen Besut, duduk dalam parlimen Setiu ia adalah orang Besut. Cakap pun pekat Besut.Kalah juga PRU 13 lepas kerana tak selari dan tak seirama atas nama PAS.

Itulah perkara buruk yang menjadi sebab PAS tak boleh menang di Besut Khusus di DUN Kuala Besut yang akan diadakan pilihanraya kecil kali pertama selepas PRU 13 nanti.

Calon tak usah cakaplah. Ustaz Nik Zawawi Salleh siapa tak kenal. Beliau bukan sebarang orang.bukan calang calang calon. Ada dua sarjana. Dari segi kelayakan sudah cukup layak mendapat undi berbanding Abdullah Che Muda dan Dr Abdul Rahman Mukhtar.

Walaupun Dr Abdul Rahman Mukhtar ada sarjana muda perubatan dan sarjana perubatan.  Tapi PAS DUN Kuala Besut dua kali kalah sehingga PAS letak calon muslimat pula untuk raih kemenangan.

Tak juga menang. Tapi boleh kurang sikit majoritinya berbanding PRU 12 2,631 undi kepada 2,434.
Majoriti undi 2,434 ini bukan suatu yang mudah untuk PAS memenangi kerusi DUN Kuala Besut miskipun umno ada dua puak berbanding PAS yang tak pernah sembuh berbalah sesame sendiri.

Umno hanya berpuak di negeri Terengganu, tetapi masih bersatu di kubu kuatnya berbanding PAS yang kelihatan masih bersatu padu dan berbalah macam  api dalam sekam, duri dalam daging sehingga hari ini.

Yang sangat buruk pada PAS ada ura ura PKR semacam nak cuba "kacau daun" kalau nak menang  kerusi DUN Kuala Besut calonnya bukan calon PAS.Sepatutnya PKR memberi bantuan semampu mungkin agar menang miskipun satu undi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim harus berkampung di Kuala Besut untuk memastikan pengaruh undinya yang mengatasi pengaruh undi Datuk Seri Najib Razak  pada PRU 13 lepas mencipta rekod dan bukti sejarah.