Ahad, 7 Julai 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


PAS sukar untuk menang di DUN Kuala Besut

Posted: 06 Jul 2013 10:52 PM PDT



Pada saya,kalah dan menang adalah hak Allah SWT. Kalau nak menang berusahalah bersungguh sungguh disamping jangan lupa berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT untuk di anugerahkan kemenangan dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

Mengikut sejarah PAS sukar untuk mendapat kemenangan di Besut ini, kerana orang orang PAS satu sama  lain tidak pernah boleh bersatu. Itulah fakta sebenar. Saya ada pengalaman selama 10 tahun.

Inilah punca sebenar PAS Besut sukar untuk menang kecuali PRU 10 (1999-2004) PAS menang kesemua DUN dan Parlimen atas nama undi protes.

Tengok DUN Jabi, walaupun tak duduk dalam Parlimen Besut, duduk dalam parlimen Setiu ia adalah orang Besut. Cakap pun pekat Besut.Kalah juga PRU 13 lepas kerana tak selari dan tak seirama atas nama PAS.

Itulah perkara buruk yang menjadi sebab PAS tak boleh menang di Besut Khusus di DUN Kuala Besut yang akan diadakan pilihanraya kecil kali pertama selepas PRU 13 nanti.

Calon tak usah cakaplah. Ustaz Nik Zawawi Salleh siapa tak kenal. Beliau bukan sebarang orang.bukan calang calang calon. Ada dua sarjana. Dari segi kelayakan sudah cukup layak mendapat undi berbanding Abdullah Che Muda dan Dr Abdul Rahman Mukhtar.

Walaupun Dr Abdul Rahman Mukhtar ada sarjana muda perubatan dan sarjana perubatan.  Tapi PAS DUN Kuala Besut dua kali kalah sehingga PAS letak calon muslimat pula untuk raih kemenangan.

Tak juga menang. Tapi boleh kurang sikit majoritinya berbanding PRU 12 2,631 undi kepada 2,434.
Majoriti undi 2,434 ini bukan suatu yang mudah untuk PAS memenangi kerusi DUN Kuala Besut miskipun umno ada dua puak berbanding PAS yang tak pernah sembuh berbalah sesame sendiri.

Umno hanya berpuak di negeri Terengganu, tetapi masih bersatu di kubu kuatnya berbanding PAS yang kelihatan masih bersatu padu dan berbalah macam  api dalam sekam, duri dalam daging sehingga hari ini.

Yang sangat buruk pada PAS ada ura ura PKR semacam nak cuba "kacau daun" kalau nak menang  kerusi DUN Kuala Besut calonnya bukan calon PAS.Sepatutnya PKR memberi bantuan semampu mungkin agar menang miskipun satu undi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim harus berkampung di Kuala Besut untuk memastikan pengaruh undinya yang mengatasi pengaruh undi Datuk Seri Najib Razak  pada PRU 13 lepas mencipta rekod dan bukti sejarah.


Tiada ulasan: