Khamis, 27 Jun 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dakwat "Pewarna Makanan" akan digunakan dalam PRK Kuala Besut.....

Posted: 27 Jun 2013 08:23 PM PDT


Walaupun semalam Nurul Izzah Anwar dan pembangkang mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal, SPR mengatakan ianya akan tetap digunakan dalam pilihan raya kecil Kuala Besut tidak lama lagi.
"Ya dakwat kekal akan digunakan," kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.
"Kita akan bincangkan minggu hadapan sama ada kita akan gunakan dakwat sama dengan PRU13 atau tidak," tambah beliau merujuk kepada mesyuarat SPR minggu hadapan berhubung PRK Kuala Besut. DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pagi semalam akibat kanser paru-paru.
Pakatan Rakyat (PR) turut mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang untuk memastikan keseluruhan kepimpinan SPR dipecat.
"Kita akan mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara ini," kata ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
"Mengapa kita boleh biarkan mereka terlepas begitu sahaja? Kami, pemimpin Pakatan Rakyat akan memastikan pegawai SPR yang curang dan diragui berhadapan dengan tindakan undang-undang. Ini adalah perkara asas dan penting."
PR juga menuntut pasukan baru SPR menguruskan pilihan raya kecil itu. Ahli Parlimen itu juga menambah pasukan SPR yang sedia ada mempunyai masa untuk melakukan reformasi selama lima tahun tetapi gagal.
"Mengapa kita perlu biarkan mereka menggunakan dakwat sama apabila ianya telah mengecewakan satu negara?" soal beliau.
Dakwat kekal telah menjadi isu panas semenjak hari pertama ianya diumumkan akan digunakan. Semasa hari mengundi pada 5 Mei, dakwat kekal menggemparkan negara apabila ianya tidak kekal dan mudah dibasuh.
Read More / Baca Lagi >>

PR gesa tubuh Majlis Penasihat Petronas

Posted: 27 Jun 2013 07:59 PM PDT

Sultan Selangor: 'Bersatu walau berlainan ideologi politik'

Posted: 27 Jun 2013 07:51 PM PDT

Sultan: 'Bersatu walau berlainan ideologi politik'
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Upacara Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Ke-13, di Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.
 
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak supaya memberikan kerjasama dengan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PR tanpa mengira ideologi politik dalam membangunkan negeri ini.

Tuanku juga menggesa mana-mana pihak khususnya Adun Selangor supaya menghormati sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

"Beta berharap janganlah ada pihak yang menyalahtafsirkan peruntukan undang-undang itu untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

"Ahli-ahli Yang Berhormat dan Adun perlulah mematuhi peraturan mesyuarat tanpa mengira ideologi politik masing-masing," titah baginda yang berkenan merasmikan Upacara Pembukaan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13, di sini, hari ini.

DAKWAT "KEKAL": Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket

Posted: 27 Jun 2013 07:46 PM PDT

DAKWAT "KEKAL": Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongketMenteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa Malaysia tidak memerlukan dakwat kekal sebagai sebahagian proses pilihanrayanya kerana Malaysia bukanlah sebuah negara dunia ketiga.
Ketika ditemui wartawan di hadapan Parlimen hari ini, Tengku Adnan mendakwa bahawa penggunaan dakwat kekal disetujui Parlimen hanya kerana ia didesak oleh Pembangkang.
"Mereka mendesak supaya kita memakainya, jadi Parlimen terima. Namun demikian, jikalau dakwat itu mengandungi terlalu banyak bahan kimia, ia akan memudaratkan orang ramai," kata beliau.
"Di India, dakwat yang digunakan kekal untuk satu sehingga dua bulan. Ini amat memudaratkan kesihatan," beliau menambah.
Dakwat kekal digunakan buat kali pertama di dalam Pilihanraya ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013. Namun demikian, penggunaan dakwat ini diselubungi kontroversi setelah pelbagai aduan dibuat mengenai betapa mudahnya dakwat yang digunakan dapat dihilangkan walaupun hanya disapu beberapa jam yang lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya mengakui semalam bahawa dakwat yang digunakan pada PRU13 tidak kekal kerana ia tidak mengandungi kandungan Perak Nitrat yang mencukupi manakala kandungan utamanya adalah pewarna makanan.

RM7mil for 'food-dye'? EC told to explain cost of 'indelible' ink

Posted: 27 Jun 2013 07:44 PM PDT

RM7mil for 'food-dye'? EC told to explain cost of 'indelible' ink
The Election Commission (EC) has to explain the RM7.1 million spent for the "delible" ink used for the polls in May and disclose the suppliers, who mixed food colouring with the ink.
Anthony Loke Siew Fook (Seremban-DAP) said for the 12th General Election in 2008, the EC spent RM2.4 million for the indelible ink, although it was not used for the polls. He then questioned the cost of the indelible ink which was used during the recent elections.
He said in 2013, there was a 20% increase in voters from 2008, but the cost of the indelible ink "increased 30%" from 2008.
"There was 10,922,139 voters in 2008 while in 2013 there was 13,268,002. Why then did the cost of the ink increase three-times more?" he said.
Loke also compared the RM7.1 million spent in Malaysia to the RM2.8 million spent for the indelible ink used in the Cambodian general election.
"The number of voters in Malaysia this year was 13 million while Cambodia has over nine million voters," he told a press conference today.
Read More / Baca Lagi >>

Is EC's Wan Ahmad calling Minister in the PM's Dept a LIAR?

Posted: 27 Jun 2013 07:42 PM PDT

Is EC's Wan Ahmad calling Minister in the PM's Dept a LIAR?
The controversy surrounding the 'indelible' ink used by the Election Commission on voters' fingers in the recent general election looks set to continue as the commission and two cabinet ministers came out with contrasting explanations.
EC deputy chief Wan Ahmad Wan Omar today denied a parliamentary reply by minister in the Prime Minister's Department Shahidan Kassim that the ink did not contain silver nitrate, the ingredient needed to make it stay on the skin.
"There is indeed silver nitrate," Ahmad was quoted by Malay Mail online as saying. "It's just that the EC is currently investigating the level of silver nitrate that was used by our supplier when the consignment bottles were sent to us."
Even as he tried to convince the public, UMNO secretary general Tengku Adnan Tengku Mansor, now the Federal Territories minister, said there was no need for indelible ink because "Malaysia is not a third world country".
Shahidan yesterday claimed there was no chemical ingredient, only food colouring, in the ink, which was purchased by the government at RM7.1 million for the recent election.
Read More / Baca Lagi >>

Apa yang mendorong aktivis mahasiswa ini?

Posted: 27 Jun 2013 07:40 PM PDT


Adam Adli ketika berucap disebuah forum di Kuala Lumpur baru-baru ini. - Gambar The Malaysian Insider. Gerakan aktivis yang mula menonjol selepas Pilihan Raya 2008, apabila tsunami politik mula melanda tanah air yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengalami kejutan selepas hilang majoriti dua pertiga Parlimen kepada Pakatan Rakyat (PR).
Gerakan-gerakan berkenaan kemudiannya melahirkan tokoh aktivis daripada pelbagai cabang termasuk gerakan mahasiswa yang bangkit menentang kepincangan polisi kerajaan, yang menurut mereka tidak berfungsi sebaik mungkin.
Adam Adli Abdul Halim, 24, pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengakui kesedaran gerakan aktivis timbul ketika menuntut di institusi pengajian tinggi, selepas merasakan polisi-polisi yang dibentuk pentadbiran universiti tidak menepati suara dan kehendak mahasiswa.
"Kita tiada persatuan pelajar yang bebas dan memperjuangkan hak mahasiswa," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Kita mempunyai banyak saluran bagi kami menyuarakan pendapat, namun saluran itu semua tidak pernah berfungsi ... AUKU umpamanya, membunuh potensi dan autonomi pelajar universiti," katanya merujuk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti yang kini telah dipinda dan membenarkan mahasiswa menyertai politik.
Adam sebelum ini menggemparkan negara kerana tindakannya menurunkan kain rentang wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berdemo di Ibu Pejabat Umno di PWTC, pada Disember 2011, dan sedang digantung selama tiga semester.
Gerakan-gerakan seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Solidariti Anak-Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), dan banyak lagi kemudiannya lahir seiring dengan tsunami politik negara yang turut menyaksikan pertembungan merebut Putrajaya antara BN dan PR.
Daripada gerakan-gerakan seperti itu kemudiannya muncul demonstrasi mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) membantah tindakan penggantungan terhadap Prof Dr Abdul Aziz Bari pada 2011, yang kemudiannya dilihat semakin kerap demonstrasi dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Keputusan kes mahkamah KPN ganggu moral pasukan polis

Posted: 27 Jun 2013 07:38 PM PDT


Moral pasukan polis daripada peringkat bawahan hingga ke ibu pejabat di Bukit Aman terganggu ekoran berita muka hadapan sepanjang tempoh dua hari ini membabitkan Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri yang terlibat dalam melakukan kesalahan.
Segenap pangkat malahan pegawai kanan juga mahu mendengar daripada ketua mereka sendiri mempertahankan diri ke atas pertuduhan yang dihadapinya, terutamanya KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar).
"Bukan mudah menjadi seorang anggota polis dan permintaan umum sentiasa tinggi. Tapi saya sangat tidak percaya selepas membaca penemuan dalam kes Kugan," kata seorang anggota Lans Koperal yang enggan namanya didedahkan, merujuk kepada penghakiman dua hari lalu apabila hakim mengatakan Khalid bertanggungjawab ke atas tahanan yang mati di dalam lokap.
Tahanan, A. Kugan telah ditahan di balai polis Taipan Subang dan kemudiaanya telah dibelasah oleh polis serta mengalami 45 kecederaan luaran dan di bahagian dalam badan. Mangsa mati selepas buah pinggangnya tidak berfungsi akibat pukulan.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga berhadapan tekanan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan beliau berhadapan kes untuk dibicarakan akibat tuduhan menyerang seorang lelaki yang cuba memikat anak perempuannya.
Read More / Baca Lagi >>

Kami Tidak Tolak Keputusan, Tapi Tolak Penipuan Dan Manipulasi PRU13 - MP Temerloh 27/6/2013

Posted: 27 Jun 2013 07:32 PM PDT

Kit Siang : Benci Sesama Sendiri Tidak Boleh Jadi Warganegara

Posted: 27 Jun 2013 07:29 PM PDT

UMNO MENGEKALKAN TRADISI PERPECAHAN

Posted: 27 Jun 2013 07:28 PM PDT

UMNO PUNCA PEPECAHAN POLITIKKAN TAPAK BAZAR RAMADHAN

Posted: 27 Jun 2013 07:27 PM PDT

Agus - Bahana apabila kita ada yb & menteri 'dungu' dalam negara..!!

Posted: 27 Jun 2013 08:41 AM PDT

Mohammad Agus Yusoff
KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.
HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.
Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>

SMM Tetap Mahu SPR Letak Jawatan

Posted: 27 Jun 2013 08:36 AM PDT

Dua hari lalu, pada tarikh 24 Jun 2013, Solidariti Mahasiswa Malaysia bersama-sama kumpulan NGO anak muda yang lain secara nekad telah menunjukkan jalan terakhir bagi membantah isu penipuan pilihanraya dengan mengadakan himpunan aman tepat di hadapan parlimen.
Ya, memang mahasiswa yang nekad dan mula berbaring di hadapan parlimen dalam protes tersebut.
Tujuan kami jelas, kami ingin mengajak semua ahli parlimen terutamanya daripada Pakatan Rakyat supaya bersolidariti bersama kami menunjukkan protes terhadap isu pilihanraya.
Jalan yang kami pilih adalah dengan meminta supaya mereka memboikot majlis angkat sumpah yang hanyalah berlaku di hadapan Speaker Dewan, dan bukan di hadapan YDPA, bahkan jauh sekali bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.
Sudah dijelaskan sebelum ini isu boikot majlis angkat sumpah bukanlah sekali gus menafikan tanggungjawab dan amanah mereka yang dipilih oleh rakyat ini secara total.
Namun ialah adalah simbolik kepada solidariti mereka terhadap hasrat anak muda dan mahasiswa seperti kami yang memprotes penipuan pilihanraya.
Namun, apa yang berlaku adalah amat mendukacitakan kami selaku mahasiswa dan anak muda apabila hasrat kami tidak disambut dengan baik walaupun akhirnya memorandum bantahan kami diterima oleh YB Khalid Samad di penghujung himpunan.
Read More / Baca Lagi >>

PM, Menteri Dalam Negeri harus buktikan kejujuran pemansuhan ISA

Posted: 27 Jun 2013 08:32 AM PDT

Di sebalik pelbagai janji transformasi politik dan undang-undang oleh PM Najib sebelum PRU-13, pelbagai bentuk undang-undang yang menyekat kebebasan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini dan disalahgunakan saban hari untuk melindungi elit penguasa, sebagai contoh Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman, Akta Rahsia Rasmi dan lain-lain. Ketidakjujuran kerajaan dan sikap membisu PM dalam usaha transformasi palsu ini amat menjengkelkan terutamanya apabila diberitakan masih ada 14 tahanan masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menteri Dalam Negeri pada 18 Jun 2013 dilaporkan berkata bahawa semua 14 tahanan akan dibebaskan serta-merta tetapi tidak menetapkan sebarang tarikh untuk pembebasan tersebut. Kenyataan ini hanya menyerlahkan sikap selektif Menteri Dalam Negeri yang dalam masa sama begitu agresif menangkap rakyat yang berhimpun secara aman dan melaksanakan Akta Hasutan terhadap ahli politik Pakatan dengan begitu tegas, tetapi tidak berpendirian dan tidak komited langsung dalam isu ISA. Sewajarnya seorang yang bertaraf menteri harus memberikan komitmen penuh untuk membebaskan kesemua tahanan ISA serta-merta tanpa syarat dan menutup segera Kem Tahanan Kamunting yang merupakan simbol kezaliman ISA. Sampai bila lagi tahanan-tahanan ini harus meringkuk di bawah cengkaman ISA akibat kelewatan Menteri Dalam Negeri bertindak?
Read More / Baca Lagi >>

Kehilangan 2 pegawai kanan, EAIC telur di hujung tanduk

Posted: 27 Jun 2013 08:24 AM PDT


KUALA LUMPUR: Selepas pendedahan demi pendedahan, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Nor Afizah Hanum Mokhtar dan pegawai penyiasat kanannya, Nadzri Ibrahim ditukarkan serta merta.

Ekoran itu, EAIC disifatkan umpama telur di hujung tanduk oleh dua anggota Parlimen DAP, Steven Sim Chee Keong (gambar kanan), Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Zairil Khir Johari (gambar kiri), Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam kenyataan mereka.

Media melaporkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Nor Afizah Hanum Mokhtar, telah digugurkan dan ditukar ke agensi lain serta-merta, tanpa sebarang alasan jelas.

Tindakan ini berikutan pengguguran pegawai penyiasat kanan Mohd Nadzri Ibrahim daripada pasukan petugas menyiasat kematian dalam tahanan selepas mereka berdua mendedahkan bahawa beliau terlibat dalam kes Teoh Beng Hock.

Dalam kata lain, dalam masa sesingkat satu minggu, dua orang pegawai kanan EAIC mengalami pertukaran jawatan secara mengejut.

"Bagaimanakah mungkin AEIC melaksanakan tugasnya dengan sempurna dengan pentadbiran caca-merba ini?" kata mereka berdua dalam kenyataannya hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dari Pdg Merbok ke Parlimen: SAMM ambil tanggungjawab penuh

Posted: 27 Jun 2013 08:22 AM PDT

Berkenaan protes berkhemah di Padang Merbok dan protes di depan Parlimen, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab penuh dengan beberapa ketegasan, adalah seperti berikut;

1. Aksi protes bermula di Padang Merbok selepas himpunan Black505 dan kemuncaknya di depan Parlimen pada pagi 24 Jun 2013 ini tidak ada kena mengena dengan boikot angkat sumpah. Pihak media telah mengalih isu sebenar iaitu Protes mendesak  SPR meletak jawatan.

2. Tujuan utama aksi depan parlimen ialah untuk asak ahli parlimen secara serius membawa isu penipuan SPR, SPR harus dibubarkan dan SPR baru harus ditubuhkan di bawah Parlimen dan bukan lagi sekadar kakitangan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

3. Sebaik sahaja himpunan KL622 yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dan Gabungan NGO Suara Rakyat 505 tamat sekitar jam 6 petang, SAMM bersama beberapa NGO dan kumpulan anak muda, mahasiswa telah memutuskan untuk berkhemah di Padang Merbok bagi memanjangkan protes seterusnya memperhebat tekanan terhadap SPR supaya undur. Semuanya berjalan dengan baik, aman, bersih dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

4. Segalanya berjalan lancar, pihak organisasi dan individu menjalin kerjasama yang baik demi matlamat SPR letak jawatan, sehinggalah pada malam kedua jam 4.30 pagi, ratusan anggota DBKL bersama sejumlah anggota polis bersenjata automatik telah menyerang, merampas khemah termasuk barang-barang yang ada di dalam khemah ketika ada yang sedang tidur di dalamnya. Ada yang ditendang dan dikasari. Namun tahniah kepada semua kerana mengikut arahan untuk tidak melawan dan menyerahkan khemah dengan aman kerana fokus utama bukan DBKL atau polis tetapi SPR.

5. SAMM pelik mengapa kejadian ini boleh berlaku sedangkan sekitar jam 1 pagi sebelum itu saudara Arulchelvam,setiausaha PSM selaku wakil perunding telah mendapat persetujuan dari penguatkuasa untuk mengosongkan Padang Merbok pada jam 8 pagi tersebut (24 Jun). Ketika khemah dirampas semua terkejut namun semua bersikap tenang dan hampir 500 orang bertahan di Padang Merbok hingga pagi.

6. Tepat jam 8.45 pagi, semua peserta protes bergerak menuju ke Parlimen membawa pelbagai sepanduk. Ketika sampai di jalan masuk Parlimen, kelihatan OCPD Dang Wangi dan sejumlah anggota polis yang agak ramai telah bersedia. Protes diputuskan dalam bentuk duduk dan bantah. Mahasiswa diketuai Safwan telah putuskan melahirkan rasa kecewa dengan berbaring di tepi jalanraya beramai-ramai.Read More / Baca Lagi >>

Dr Nasir : PAS dan PSM Tidak Bercanggah

Posted: 27 Jun 2013 08:21 AM PDT

KLSCAH 01
KUALA LUMPUR 27 JUN : Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PAS dilihat mempunyai persamaan dalam perjuangan apabila menitikberatkan kebajikan rakyat dan membela pihak yang tertindas akibat kerakusan pemerintah mengekalkan kuasa.
Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim berkata, parti tersebut yang berteraskan fahaman sosialis bergerak demi menegakkan nasib rakyat yang dinafikan hak yang sepatutnya menjadi milik mereka.
"Kita sebagai sosialis memperjuangkan hak dan keadilan. Kita tidak membenarkan sesiapa menindas sesiapa. Asas kami adalah kasih sayang.
KLSCAH 02"Dari situ kita dapat keadilan, keharmonian dan atasi pelbagai perkara lagi. Bermakna kita hormati rakyat dan maju ke depan selain memperkasakan mereka," katanya sebagai panelis dalam wacana "Islam, Sosialis, Liberal! PAS Di Mana? anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) di sini semalam.
Panelis lain ialah Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Pengarah Eksekutif Middle Eastern Graduate Center (MEGC), Al-Mustaqeem Mahmod Radhi dan aktivis politik, Hishamuddin Rais.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwat kekal: Tengku Adnan tak faham perlembagaan

Posted: 27 Jun 2013 07:32 AM PDT

ShamsulKUALA LUMPUR, 27 JUN: Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan gagal memahami aspek sebenar penggunaan dakwat kekal, iaitu bagi memastikan prinsip perlembagaan persekutuan 'satu orang, satu undi' dicapai.
"Pendedahan demi pendedahan dalam petisyen menunjukkan berlakunya isu pengundi hantu dan pengundi mengundi lebih daripada sekali.
"Ini bertentangan dengan semangat perlembagaan yang kita dokong selama ini iaitu 'satu orang, satu undi," katanya kepada Keadilandaily.
Beliau mengulas kenyataan Adnan bahawa Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal kerana negara ini bukannya seperti 'negara dunia ketiga' lain.
Justeru, Shamsul menegaskan, kenyataan Adnan hanya alasan melepaskan diri dan mempertahankan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Sekarang timbul pula isu kononnya dakwat tidak kekal kerana bahannya memudaratkan kesihatan," kata Shamsul.
Mengulas isu pewarna makanan digunakan dalam dakwat kekal, pengerusi KEADILAN Melaka itu menambah, kementerian dalam kerajaan tidak konsisten memberikan jawapan.
"Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini sahkan dakwat kekal selamat digunakan dan tidak mendatangkan impak kesihatan. Jabatan Agama mengharuskan penggunaannya dari segi syarak.
"Ini satu pembodohan kepada sistem pilihan raya dan juga pembaziran wang rakyat," ujarnya.

KEADILAN desak kerajaan segera tubuhkan IPCMC

Posted: 27 Jun 2013 07:30 AM PDT

Nik NazmiKEADILAN mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kematian A Kugan.
Saya yakin semua rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan tidak boleh menafikan bahawa keluarga Kugan berhak mendapat keadilan dan kebenaran di dalam tragedi malang ini.
Saya juga ingin memuji rakan seperjuangan saya, Naib Presiden KEADILAN, YB N Surendran di atas usaha gigihnya demi keadilan di dalam kes ini dan juga pelbagai kes-kes lain.
Kami berharap Kerajaan Persekutuan akan memastikan gantirugi  diberikan kepada keluarga beliau di samping keluarga-keluarga yang terjejas dengan kematian dalam tahanan yang menjadi-jadi di negara ini.
Pada masa yang sama, keputusan ini membangkitkan persoalan yang serius dan berterusan mengenai integriti PDRM dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mana ketika menjadi Ketua Polis Selangor didapati bertindak tidak wajar di dalam kes Kugan.
Kami mendesak Kerajaan Persekutuan dan PDRM untuk memandang serius gesaan Hakim V. T. Singham untuk ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagaimana dicadangkan Suruhanjaya Tun Dzaiddin Abdullah, malah mempercepatkan penubuhan institusi tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA: Kerajaan enggan dedah maklumat bawa risiko

Posted: 27 Jun 2013 07:26 AM PDT

PC RafiziKUALA LUMPUR, 27: Sikap kerajaan Umno BN berdegil tidak membentangkan maklumat berhubung rundingan Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik (TPPA) akan membawa risiko yang besar kepada kedaulatan dan ekonomi negara.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, isu kritikal seperti ini wajar dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan dari segi pendekatan, pendirian, sektor yang terlibat dan peluang bakal diperoleh daripada negara ahli yang lain.
"Tetapi kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed menunjukkan sikap keras kerajaan tidak membentangkan sebarang maklumat mengenai TPPA.
"Kalau maklumat TPPA pun kita tidak tahu, bagaimana nak pastikan rundingan boleh diteruskan dengan risiko yang minimum?," katanya kepada Keadilandaily.
Kata Rafizi, berdasar rekod Malaysia tidak mempunyai pengalaman yang kuat untuk berhadapan dengan negara lain dalam perundingan diperingkat antarabangsa.
Read More / Baca Lagi >>

Kroni Lagi: Kerajaan lulus sukuk RM580 juta kepada Syed Mokhtar

Posted: 27 Jun 2013 07:25 AM PDT

smabKUALA LUMPUR, 27 JUN: Kerajaan meluluskan sukuk berjumlah RM580 juta kepada syarikat milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary, dedah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Suruhanjaya Security (Security Council) mengambil langkah pertama, dua hari selepas pilihan raya iaitu meluluskkan sukuk RM580 juta kepada syarikat atas permohonan Tan Seri Syed Mokhtar," kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika menyambung perbahasan menjunjung titah DYMM Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
Namun, Anwar yang juga ahli parlimen Parmatang Pauh belum mendedahkan nama syarikat tersebut.
Tegas Anwar, tidak ada negara di dunia diberi kelulusan semudah itu kepada sebuah syarikat dan menguasai puluhan industri dan kepentingan strategik negara.
"Kalau ditegur, mereka (BN) bertanya, mengapa Permatang Pauh persoalkan anugerah kepada orang Melayu.
"Ini bukan isu orang Melayu, tetapi kerana ada unsur rasuah, penyelewengan dan penggondolan oleh syarikat kroni. Apakah ini sahaja Melayu yang dipelihara?, kata Anwar
Anwar turut mendedahkan kerajaan menganugerah lapangan minyak kepada tauke syarikat judi, Ananda Krishnan di Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Kroni Lagi: ABN News dapat pinjaman mudah Bank Pembangunan RM500 juta

Posted: 27 Jun 2013 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, ahli perniagaan Tan Seri Kenneth Eswaran mendapat pinjaman mudah dari Bank Pembangunan berjumlah RM500 juta.
eswaran
K Eswaran, pemilik ABN News
Katanya, K Eswaran turut mendapat lesen siaran bagi Asian Broadcasting Network Sdn Bhd untuk melancarkan jenama televisyen berbayar yang baru, ABN Media Group.
"Ini seorang peniaga baru yang rapat dengan pemimpin negara ini. Bagaimana boleh mendapat pinjaman mudah tanpa proses yang jelas?
"RM500 juta dari Bank Pembangunan kepada syarikat tauke kaya kroni berbanding ribuan usahawan kecil Melayu bumiputera yang menyokong (kerajaan) tidak diberi pertimbangan?, kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Persempadanan: Sila lukis dengan betul!

Posted: 27 Jun 2013 07:21 AM PDT

Oleh Selena Tay
Jika keadaan negara ini terutamanya dengan media arus perdananya terus dikawal oleh kerajaan, maka demokrasi negara ini boleh dianggap sebagai demokrasi yang tempang.

Tetapi apa yang sedang berlaku ialah kerajaan sedang mencuba sedaya-upaya untuk memberikan satu gambaran bahawa di Malaysia wujudnya demokrasi yang sihat dengan sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih. Oleh itu, kerajaan juga harus memberi perhatian yang serius dan menyeluruh kepada sistem pilihanraya yang masih tidak memuaskan ini.

Satu daripada faktor yang amat tidak memuaskan dan tidak betul ialah berkenaan dengan persempadanan kawasan Parlimen serta kerusi yang berkaitan. Umum perlu mengetahui bahawa jumlah kerusi tidak pernah ditambah di kawasan pembangkang misalnya di negeri Kelantan sejak PAS mentadbir negeri tersebut manakala banyak kerusi-kerusi diwujudkan di kawasan kubu kuat BN.

Read More / Baca Lagi >>

Kes Kugan: Gobind desak kerajaan ambil tindakan terhadap KPN

Posted: 27 Jun 2013 07:15 AM PDT


Ahli Parlimen Puchong dari DAP Gobind Singh Deo hari ini membawa usul untuk mendesak perdana menteri dan Kabinet untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengatakan beliau bertanggungjawab terhadap kematian A. Kugan.
Demi kepentingan umum, Gobind mengatakan Dewan Rakyat seharusnya diberikan peluang untuk perkara ini didebatkan, sama ada KPN layak untuk terus memegang jawatannya.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Khalid, semasa bertugas sebagai Ketua Polis Selangor bertanggungjawab terhadap kematian Kugan.
Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.??
Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, ditemui mati pada 20 Januari.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham semalam mengatakan, Khalid cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.??
Keputusan itu dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.?
"Oleh kerana penemuan mahkamah dilindungi oleh media secara meluas, persoalannya timbul sama ada Khalid masih layak untuk terus memegang jawatannya, atau dia boleh dipecat atau digantung serta-merta," kata Gobind dalam satu kenyataan.
"Adalah jelas ini adalah kepentingan umum dan perlu ditangani segera."

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


M-C-M': Utopia Milik Siapa? by Boon Kia Meng VIDEO

Posted: 27 Jun 2013 04:22 AM PDT


Anwar pertimbang bawa isu kecurangan PRU kepada Agong

Posted: 27 Jun 2013 04:02 AM PDT

Anwar pertimbang bawa isu kecurangan PRU kepada Agong

(Oleh Mohd Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 25 JUN: Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ucapan titah Yang Dipertuan Agong (YDPA), Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ketika perasmian pembukaan Dewan Rakyat adalah titah yang diusulkan Perdana Menteri dan bukan satu arahan.
Katanya, ucapan itu lebih menjurus kepada perbahasan terbuka dalam Parlimen seperti yang terkandung dalam Konvensyen Demokrasi Berparlimen.


Anwar Parlimen"Titah Tuanku itu adalah titah Diraja atas usul Perdana Menteri bagi pihak kerajaan dan itu untuk membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan. Ini adalaha malan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen,"


"Maknanya kalau pidato titah Tuanku itu sebagai arahan, (maka) tidak ada perbahasan.
"Hal ini kerana prinsip konvensyen dalam negara demokrasi ialah asas itu (titah Diraja) untuk dibahaskan, bukan arahan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan pertama Parlimen ke-13 hari ini.


Beliau mengulas titah Tuanku yang menyeru kepada semua pihak supaya menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menimbang untuk satu langkah sesuai supaya Agong turut sama memperoleh maklumat penipuan sepanjang proses pilihan raya lalu.


"Saya mempertimbang satu usaha untuk memastikan Tuanku juga mendapat maklumat berhubung penipuan dan kecurangan besar dalam PRU lalu," kata Ketua Umum KEADILAN itu lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak menolak teks ucapan YDPA meminta semua pihak menerima keputusan PRU lalu itu disediakan oleh Perdana Menteri.


"Wujud satu usaha untuk mengheret nama baik Agong dalam isu ini. Ini adalah soal kredibiliti, legitimasi dan saya cenderung melihat ini sebagai masalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Umno," ujar Pengarah Strategi KEADILAN itu.


Rafizi berkata, KEADILAN dan Pakatan tetap akan meneruskan usaha untuk memikul tanggungjawab bagi membersihkan senarai pengundi dan proses pilihan raya.



Afidavit palsu dalam kes Fitnah II, Najib perlu disiasat

Posted: 27 Jun 2013 04:01 AM PDT

Afidavit palsu dalam kes Fitnah II, Najib perlu disiasat

(Oleh Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 27 JUN: Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung afidavit palsu dalam kes Fitnah II yang difailkan pada 21 dan 23 September 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Dalam laporan itu, beliau menggesa polis menjalankan siasatan kerana Najib dalam afidavit berkenaan telah membuat kenyataan bersumpah menggunakan nama penuh sebagai 'Najib bin Tun Hj. Abdul Razak'.
Manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga ada membuat afidavit pada 21 September 2011 dan menyatakan secara bersumpah juga bahawa nama penuh suami beliau ialah Najib dan bukan Mohd Najib.
Bagaimanapun menurut Fariz, semasa hari penamaan calon 20 April lalu, Najib telah mendaftarkan nama penuhnya sebagai Mohd Najib dan diterima oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kawasan Parlimen Pekan.


afidavit



Ini bercanggah dengan nama yang difailkannya dalam afidavit kes Fitnah II, yang kini di peringkat rayuan.
"Saya mempunyai sebab untuk mempercayai Pengerusi SPR sendiri telah mengetahui perkara ini sebelum hari penamaan calon dan boleh menjangka percanggahan berkaitan nama sebenar Najib akan berlaku," kata Fariz kepada pemberita selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.


Beliau dalam laporannya turut merujuk dua artikel bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang disiarkan Free Malaysia Today – 'Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib' yang disiarkan pada 17 Jun lalu dan 'Pencalonan Najib dalam PRU 13 ditolak?' pada 15 April lalu.
Mat Zain dalam surat terbukanya berkata, kes sama pernah terjadi dalam sejarah undang-undang Malaysia apabila seorang wanita – Sharma Kumari Shukla dijatuhkan hukuman penjara enam tahun setelah didapati bersalah membuat dua afidavit palsu berkaitan dengan nama penuh beliau.


"Najib tidak boleh mengatakan beliau tidak dinasihatkan berkaitan peraturan ini, memandangkan salah seorang peguam beliau yang menyediakan afidavit-afidavit tersebut, merupakan bekas Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan
kes Sharma Kumari dalam tahun 2000," kata Mat Zain yang dipetik dari surat terbukanya itu.
Sehubungan itu, Fariz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, menggesa polis menyiasat Najib kerana dikatakan telah membuat afidavit palsu dalam perbicaraan kes Fitnah II dan dengan menggunakan nama berlainan semasa mengisi borang pencalonan PRU 13.



"Saya juga menggesa polis menyiasat tindakan Pengerusi SPR kerana cuba bersubahat dengan Najib menyorokkan maklumat penting, iaitu mengenai pembikinan afidavit palsu dan pencanggahan antara nama dalam afidavit dan nama dalam borang pencalonan, daripada pengetahuan calon lawan dan pengundi kawasan Pekan," kata calon KEADILAN bagi Parlimen Pekan pada PRU lalu itu.



"Perbuatan menyorokkan maklumat mustahak seperti di atas boleh dikatakan sebagai perbuatan menipu," tegas Fariz.



ABN News dapat pinjaman mudah Bank Pembangunan RM500 juta

Posted: 27 Jun 2013 03:59 AM PDT

ABN News dapat pinjaman mudah Bank Pembangunan RM500 juta

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, ahli perniagaan Tan Seri Kenneth Eswaran mendapat pinjaman mudah dari Bank Pembangunan berjumlah RM500 juta.

eswaran
K Eswaran, pemilik ABN News


Katanya, K Eswaran turut mendapat lesen siaran bagi Asian Broadcasting Network Sdn Bhd untuk melancarkan jenama televisyen berbayar yang baru, ABN Media Group.

"Ini seorang peniaga baru yang rapat dengan pemimpin negara ini. Bagaimana boleh mendapat pinjaman mudah tanpa proses yang jelas?

"RM500 juta dari Bank Pembangunan kepada syarikat tauke kaya kroni berbanding ribuan usahawan kecil Melayu bumiputera yang menyokong (kerajaan) tidak diberi pertimbangan?, kata Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

"Tetapi Kenneth Eswaran, seorang tauke kaya diberi pinjaman RM500 juta untuk satu saluran televisyen yang baru," kata Anwar.


Anwar menegaskan, tindakan tersebut bertentangan dengan slogan membela orang Melayu seperti yang dilaungkan Umno-BN.
"Ini kelulusan terbesar yang ketiga (selepas PRU-13)," katanya.

Sebelum ini dilaporkan K Eswaran adalah ahli perniagaan yang berada di belakang stesen TV berbayar baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di bawah syarikat Nilamas Corporation Sdn Bhd.




dollah yankee

dollah yankee


Siapa akan cantas siapa?!

Posted: 27 Jun 2013 04:29 AM PDT

Bila presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (Dato'Fadil Hasan) buat kunjungan terhadap Guan Eng, dia tak ajak timbalan dia (Dato'Izham Omar) untuk ikut sekali.
"...Ada lori ada bas, ada hari aku akan balas..."
Begitu juga dengan Timbalan Presiden PKMM Pulau Pinang, bila 'time' dia pula pergi jumpa Guan Eng, dia pula tak beritahu Presiden, dia sudah pergi secara senyap-senyap ... Kah..Kah..Kah.. ini sudah menunjukan yang mereka berdua memang tidak dapat bekerjasama. Bila tak dapat bekerjasama, apa yang akan berlaku? Maka akan berlakulah tendang terajang, guling mengguling, cantas mencantas ...
Kah..Kah..Kah.. yang kenyang nanti ialah ahli-ahli persatuan ... yang sakit kepala nanti pula ialah Guan Eng.. Kah..Kah..Kah..

Izham nafi mahu guling YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang
dollah yankee -
Undi lah Syed Sagaf untuk jawatan Timbalan Presiden .. (Kah..Kah..Kah.. mahukan jawatan tapi duit tak mahu keluar)

Kuala Besut: Badan di Terengganu,Jiwa diKelantan ..

Posted: 27 Jun 2013 03:19 AM PDT


Apa yang gurkah-gurkah di'port' ini paham tentang orang-orang Kuala Besut ialah, biarpun mereka tinggal di dalam negeri Terengganu tetapi jiwa mereka, budaya mereka dan roh mereka ada lah lebih kepada Kelantan.

Biarpun pilihanraya umum 5 may lepas umno telah menang dengan majority 2 ribu lebih undi dan mendakwa yang Kuala Besut @ N1 adalah kubu kuat mereka namun harus diingat yang 'bola itu bulat' dan macam-macam boleh jadi ...

Kalau lah pilihanraya kecil ini telah ditakdirkan pada bulan Ramadan, ini bermakna jenuh lah 'habuan' dan 'gula-gula' yang bakal diterima olih pengundi-pengundi Kuala Besut yang akan Najib 'buang' dan akan Najib 'tabur' habis-habisan untuk memastikan majority 2 ribu lebih undi yang dimenangi itu akan dipertahankan. 

Perkataan 'Galau' dalam bahasa Indonesia bermaksud lebih kurang 'qhaplah' atau jiwa kacau. Itu lah yang sedang dialami olih BN setelah menerima berita pilihanraya kecil itu sehingga saat tadi kerana jika mereka gagal (mereka akan gagal !) mempertahankan kerusi itu ini bermakna kedudukan menjadi akan menjadi tergantung, dan jika tergantung bermakna sultan akan mempunyai kuasa untuk memilih siapa yang patut menjadi Menteri Besar ...

Jika DUN tergantung ... memang merupakan satu tragedi dan akan menjadi satu krisis.

dollah yankee -
Berlori-lori 'habuan' sedang menunggu orang Kuala Besut

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KENYATAAN ANAK MAHASISWA

Posted: 27 Jun 2013 06:00 PM PDT


SMM Tetap Mahu SPR Letak Jawatan

Dua hari lalu, pada tarikh 24 Jun 2013, Solidariti Mahasiswa Malaysia bersama-sama kumpulan NGO anak muda yang lain secara nekad telah menunjukkan jalan terakhir bagi membantah isu penipuan pilihanraya dengan mengadakan himpunan aman tepat di hadapan parlimen.

Ya, memang mahasiswa yang nekad dan mula berbaring di hadapan parlimen dalam protes tersebut. Tujuan kami jelas, kami ingin mengajak semua ahli parlimen terutamanya daripada Pakatan Rakyat supaya bersolidariti bersama kami menunjukkan protes terhadap isu pilihanraya. Jalan yang kami pilih adalah dengan meminta supaya mereka memboikot majlis angkat sumpah yang hanyalah berlaku di hadapan Speaker Dewan, dan bukan di hadapan YDPA, bahkan jauh sekali bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.

Sudah dijelaskan sebelum ini isu boikot majlis angkat sumpah bukanlah sekali gus menafikan tanggungjawab dan amanah mereka yang dipilih oleh rakyat ini secara total. Namun ialah adalah simbolik kepada solidariti mereka terhadap hasrat anak muda dan mahasiswa seperti kami yang memprotes penipuan pilihanraya.

Namun, apa yang berlaku adalah amat mendukacitakan kami selaku mahasiswa dan anak muda apabila hasrat kami tidak disambut dengan baik walaupun akhirnya memorandum bantahan kami diterima oleh YB Khalid Samad di penghujung himpunan. Pun begitu, kami merasakan bahawa isu penipuan pilihanraya yang telah diheret sekian lama telah berjaya ditutup dan dilenyapkan terus dari mulut-mulut rakyat kebanyakan hasil daripada tindakan semua ahli-ahli parlimen yang telah selamat mengangkat sumpah, tidak terkecuali walaupun seorang. UMNO BN terus bertepuk tangan.

Melihat kepada perkembangan terkini, semalam kenyataan daripada salah seorang menteri UMNO semakin memperlihatkan bukti yang jelas bahawa memang berlaku penipuan dan penyelewengan dalam PRU ke-13 lalu. Kenyataan terbaru ini cukup bercanggah dengan kenyataan SPR dan menteri kesihatan mengenai kandungan dalam dakwat kekal yang digunakan dalam proses pengundian tempoh hari. Kami melihat perkara ini adalah kenyataan yang telah mempermain-mainkan dan terus memperbodohkan rakyat kebanyakan yang sememangnya sudah tidak mempunyai kepercayaan terhadap SPR.

Bahkan kenyataan terkini daripada menteri wilayah bahawa sebenarnya tidak perlu penggunaan dakwat kekal menunjukkan bahawa kerajaan hanya memperolok-olokkan dalam melaksanakan reformasi terhadap sistem pilihanraya di Malaysia.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pilihanraya di Malaysia masih belum telus, bersih dan adil. Bahkan SPR penuh dengan taktik kotor bagi memenangkan regim yang takut kepada kuasa rakyat.

Pendirian SMM adalah cukup jelas dan tegas bahawa SPR perlu berundur segera. Letak jawatan segera kerana SPR telah mencemarkan sebuah badan yang seharusnua bebas dari mana-mana kepentingan. SMM sedang membawa perkara ini kepada sebuah badan pemantau di peringkat antarabangsa bagi memberikan gambaran jelas kepada mereka mengenai wajah demokrasi sebenar di Malaysia dan siapa yang sedang bersekongkol di sebalik kepincangan yang telah berlaku. Perkara ini bakal memalukan negara kerana tangan-tangan kotor mereka. Mahasiswa dan anak muda tetap akan terus bangkit melawan!

Disediakan oleh:

Safwan Anang
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)


------------

RAKYAT TIDAK PUAS HATI

Posted: 27 Jun 2013 07:30 AM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
orang ramai  tak puas hati
anak muda tak puas hati
rakyat tak puas hati

jangan buat kerja setengah jalan


Anwar pertimbang bawa isu kecurangan PRU kepada Agong »

Anwar Parlimen
"Saya mempertimbang satu usaha untuk memastikan Tuanku juga mendapat maklumat berhubung penipuan dan kecurangan besar dalam PRU lalu…

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... TAK PERLU PERTIMBANG... kah kah kah..

kah kah kah..RAKYAT SEDANG MENUNGGU... kah kah kah

kah kah kah...ANAK MUDA SEDANG MENUNGGU... kah kah kah..

kah kah kah..TIMBANG TIMBANG NAK BUAT APA?.... kah kah kah...

kah kah kah...KETIKA SPR MENIPU.... SPR TAK TIMBANG TIMBANG... kah kah kah..

kah kah kah...KENAPA YANG YANG KENA TIPU PERLU TIMBANG TIMBANG...kah kah kah


MAT LANCHOW INI
WAJIB DI BURU
SAMPAI TERSUNGKUR

-------

MUHYIDDIN MULA DAPAT IDEA

Posted: 27 Jun 2013 06:00 AM PDT


NOTA
idea idea idea
kah kah kah
kah kah kah
canteeeek


Julia Gillard kalah

Julia Gillard kalah

Komen Galeri Foto
Sydney: Bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyingkirkan Perdana Menteri Julia Gillard sebagai ketua Parti Buruh Australia dalam satu undian kepemimpinan semalam. Gillard akan meletak jawatan ....


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI BAGI IDEA PADA MALIKUL SEMBAB... kah kah kah..

kah kah kah.... BILA BACA BERITA INI PASTI NAIK STIM... kah kah kah..

kah kah kah...BILA LAGI?.... mkah kah kah


TUNKU FRAUD INI
TIM SIAPA?

----------

MACAM MACAM TERLAMPAU TERLAMPAU

Posted: 27 Jun 2013 02:43 AM PDT


DI MALAYSIA INI ADA
 BANYAK KES TERLAMPU

Janda Terlampau | Blog Berita Online

wowberita.org/search/janda-terlampau


Teruna Terlampau Curang | Facebook

https://ms-my.facebook.com/teruna.curang

Teruna Terlampau Curang berada dalam Facebook Sertai Facebook untuk berhubun

Pramugari yang terlampau - YouTube

www.youtube.com/watch?v=Oxqz3qobooE

Translate this page
Mar 7, 2009 – ... basah polimas mat minah rempit felda kelapa sawit uitm i

APA PRESIDEN BAMBANG KATA TENTANG PRU13

dalam pertemuan antara anwar ibrahim
ketua pembangkang parlimewn malaysia
dengan presiden bambang susilo
sang presiden telah berkata:

' kecurangan yang terlampu....'

kah kah kah 
kah kah kah
kah kah kah

NOTA
itu pasal najib hanya
pukul talipon tak berani
nak jumpa susilo
kah kah kah.....

-------

HOT HOT HOT - TER NOW!

Posted: 26 Jun 2013 10:20 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
kumpulan  TNS - terajang najib sekarang
rupa rupanya masih aktif

sekarang jelas kenapa najib
gila babi datang ke jakarta
gila gila nak jumpa anwar
gila gila dengan yusof kala
merayu dan meraung
nak jumpa anwar

rupa-rupanya
najib nak kena terajang

 LIHAT MATA
MALIKUL SEMBAB
apa agaknya
dalam kepala malikul?
kah kah kah
Presiden, Timbalan Presiden Umno Boleh Dicabar - Ku Nan
KUALA LUMPUR: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno akan dipertandingkan dalam pemilihan parti itu tahun ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... AKAN DIPERTANDINGKAN... kah kah kah...

kah kah kah...KUNCINYA  PERKATAAN AKAN.... kah kah kah..

woit... MANA KADIR JASIN?... kah kah kah..

kah kah kah...MANA ZAINUDDIN MAIDIN?.. kah kah kah..

kah kah kah...APA SUDAH JADI?.... kah kah akh..

JENG JENG JENG
JENG JENG
JENG

NOTA
ku li jangan mimpi
ku li jangan angan angan

kerana dalam perlembagaan
gerombolan yang baru
ada tertulis: hanya yang telah
menjadi ahli majlis tertinggi sahaja
yang boleh menawarkan diri
untuk bertanding  jawatan presiden/tim. presiden

syarat yang ini 
ramai yang tak tahu
kah kah kah
kantoi lagi ghurkha kita
kah kah kah


JANGAN LUPA
MAT LANCHOW INI
BURU SAMPAI TERSUNGKUR
-------

LIHAT DAN TUNGGU - HINDU POWER

Posted: 26 Jun 2013 09:23 PM PDT



BERSEMADI LAH

Ibu Kugan menang saman

 anak mati dalam lokap

Kuala Lumpur: Ibu A Kugan, tahanan polis yang mati di lokap Balai Polis Taipan, Subang Jaya, berjaya dalam saman terhadap Timbalan Ketua Polis Negara dan empat lagi, yang cuai ketika menjaga keselamatan anak lelakinya. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham yang membenarkan tuntutan saman N Indra (plaintif), memerintahkan lima defendan membayar ganti rugi serta kos RM851,700 kepada plaintif, selepas mendapati beliau berjaya membuktikan tuntutannya
.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KITA TUNGGU DAN LIHAT.... kah kah kah..

kah kah kah...NAJIB MERAYU ATAU TAK MERAYU.... kah kah kah..

kah kah kah..SELALUNYA  AKAN MERAYU ...WALAU PUN KALAH...kah kah kah..

kah kah kah..MAHKAMAH RAYUAN AKAN TERBALIKKAN HUKUMAN..... kah kah kah..

kah kah kah..YANG MENANG SAMAN ...KENA BAYAR MAHKAMAH.... kah kah kah..

kah kah kah...KALIN INI KALAU TAK RAYU.... ERTINYA SUDAH TAKUT DENGAN HINDU POWER.... kah kah kah...

kah kah kah...LONG LIVE HINDU POWER.... kah kah kah


DIMANA HILANGNYA
TIGA PEJUANG MELAYU
MB BESAR MELAKA TELAH DI GERTAK CUKONG
GERAKAN HINDU POWER 
TELAH MENANG BICARA
mana dia pejuang melayu
mana dia pejuang islam
mana dia pendukong raya
habislaaa melayu
kah kah kah

NOTA
padan muka
kah kah kah
kah kah kah

--------

PADAN MUKA KENA GERTAK KECUT TELOOO

Posted: 26 Jun 2013 08:52 PM PDT




MELAYU KANTOI

NOTA
padan muka
baru tahu
cukong power

apa punya mb ini?
apa punya melayu ini?
kena gertak dah takut?
padan muka
kah kah kah


  • KM: 300 peniaga Jonker Walk boleh berniaga seperti biasa
  • NONEKetua menteri Melaka itu berkata, arahan penutupan gerai yang kebanyakkannya menjual cenderamata di Jonker Walk itu hanya salah faham, sebaliknya penutupan itu hanya melibatkan laluan kenderaan di kawasan berkenaan



  • Isu Jonker Walk: MP kata Idris bohong
  • NONEMP Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Ketua Menteri Melaka  Idris Haron berbohong apabila menyatakan bahawa Jonker Walk hanya akan ditutup selama empat minggu untuk tempoh percubaan.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...MANA  PERGINYA  PUKISA.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA PERGINYA PUKIPM.... kah kah kah..

kah kah kah...MANA PERGINYA PUKIDA.... kah kah kah..

kah kah kah..MANA LAPORAN  UTUSAN MELOYO.... kah kah kah..

kah kah kah..PASAL APA TAK TANYA... APA LAGI CHINA MAU.... kah kah kah

woit...MANA PERGI MELAYU MELAKA.... kah kah kah..

kah kah kah...MENTERI BESAR KENA KECING KAW KAW... kah kah kah...

kah kah kah...MANA PERGI KERIS TAMING SARI.... kah kah kah


MALAM INI
DEWAN CHINA KUALA LUMPUR

------

PENCERAHAN DARI PEMBACA

Posted: 26 Jun 2013 08:30 PM PDT



KENALI
INGATI
DUA MALAON INI ADALAH MUSUH
BURU SAMPAI TERSUNGKUR 

SATU CADANGAN PENCERAHAN
Buat sesuatu berulang kali dan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah gila menurut Albert Einstein. Parti-pati pembangkang dah sertai pru dari dulu tapi gagal untuk gulingkan umno. Demostrasi pun dah banyak kali buat tapi umno tak gak mampus. 

Pemberontakan bersenjata pernah di buat oleh Parti komunis Malaya juga gagal tumbangkan umno. Sekarang apa yang perlu kita buat untuk jatuhkan umno sapa ada idea. 

Apa yang Einstein kata tu ada kebenaran, pru dan demostrasi dah buat banyak kali tapi umno masih berkuasa, pemberontakan bersenjata buat sekali tapi gagal dan rakyat Malaysia nak duduk dalam keadaan aman tapi nak tukar kerajaan. 

Mana ada kerajaan dunia ketiga ditukar dalam keadaan aman semua ditukar dalam keadaan huru hara. Ada satu aje kita belum buat iaitu boikot. Kita kena boikot semua perkara yang berkaitan umno. Boikot semua perniagaan yang ada kaitan dengan umno contoh boikot roti gardenia makan roti mossimo,batalkan langganan astro,maxis,celcom,tm kalau boleh tnb beli genset on MEMAHAMI POLITIK JALAN RAYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous on 6/26/13


---------

SATU FORUM YANG AMAT PENTING -

Posted: 26 Jun 2013 07:45 PM PDT


JEMPUTAN
malam ini
di dewan china
 satu forum yang amat penting
membincangkan masa depan negara

apa itu TPPA

kenapa najib razak tak beri tahu rakyat?
kenapa rancangan TPPA ini di rahsiakan?
apa jadi apabila TPPA di kenakan kepada malaysia

bagaimana IMPERIALIS AMERIKA
bagaimana WTO
bagaimana BANK DUNIA
merancang untuk menjajah cara baru
bagaimana negara dunia ketiga dijajah kembali



sila datang 
buat ramai

radio bangsar 
akan membuat siaran langsung


STESEN PUNK ROCK
TERULUNG DI ASIA TENGGARA

KITA BERFORUM
tapi
JANGAN  KITA
LUPAKAN MAT LANCHOW INI
WAJIB BURU HINNGA TERSUNGKUR

---------------