Khamis, 27 Jun 2013

dollah yankee

dollah yankee


Siapa akan cantas siapa?!

Posted: 27 Jun 2013 04:29 AM PDT

Bila presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (Dato'Fadil Hasan) buat kunjungan terhadap Guan Eng, dia tak ajak timbalan dia (Dato'Izham Omar) untuk ikut sekali.
"...Ada lori ada bas, ada hari aku akan balas..."
Begitu juga dengan Timbalan Presiden PKMM Pulau Pinang, bila 'time' dia pula pergi jumpa Guan Eng, dia pula tak beritahu Presiden, dia sudah pergi secara senyap-senyap ... Kah..Kah..Kah.. ini sudah menunjukan yang mereka berdua memang tidak dapat bekerjasama. Bila tak dapat bekerjasama, apa yang akan berlaku? Maka akan berlakulah tendang terajang, guling mengguling, cantas mencantas ...
Kah..Kah..Kah.. yang kenyang nanti ialah ahli-ahli persatuan ... yang sakit kepala nanti pula ialah Guan Eng.. Kah..Kah..Kah..

Izham nafi mahu guling YDP Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang
dollah yankee -
Undi lah Syed Sagaf untuk jawatan Timbalan Presiden .. (Kah..Kah..Kah.. mahukan jawatan tapi duit tak mahu keluar)

Kuala Besut: Badan di Terengganu,Jiwa diKelantan ..

Posted: 27 Jun 2013 03:19 AM PDT


Apa yang gurkah-gurkah di'port' ini paham tentang orang-orang Kuala Besut ialah, biarpun mereka tinggal di dalam negeri Terengganu tetapi jiwa mereka, budaya mereka dan roh mereka ada lah lebih kepada Kelantan.

Biarpun pilihanraya umum 5 may lepas umno telah menang dengan majority 2 ribu lebih undi dan mendakwa yang Kuala Besut @ N1 adalah kubu kuat mereka namun harus diingat yang 'bola itu bulat' dan macam-macam boleh jadi ...

Kalau lah pilihanraya kecil ini telah ditakdirkan pada bulan Ramadan, ini bermakna jenuh lah 'habuan' dan 'gula-gula' yang bakal diterima olih pengundi-pengundi Kuala Besut yang akan Najib 'buang' dan akan Najib 'tabur' habis-habisan untuk memastikan majority 2 ribu lebih undi yang dimenangi itu akan dipertahankan. 

Perkataan 'Galau' dalam bahasa Indonesia bermaksud lebih kurang 'qhaplah' atau jiwa kacau. Itu lah yang sedang dialami olih BN setelah menerima berita pilihanraya kecil itu sehingga saat tadi kerana jika mereka gagal (mereka akan gagal !) mempertahankan kerusi itu ini bermakna kedudukan menjadi akan menjadi tergantung, dan jika tergantung bermakna sultan akan mempunyai kuasa untuk memilih siapa yang patut menjadi Menteri Besar ...

Jika DUN tergantung ... memang merupakan satu tragedi dan akan menjadi satu krisis.

dollah yankee -
Berlori-lori 'habuan' sedang menunggu orang Kuala Besut

Tiada ulasan: