Selasa, 25 Jun 2013

dollah yankee

dollah yankee


Berposing seksi ..

Posted: 24 Jun 2013 09:19 PM PDT

dollah yankee -
Pose istimewa dari Nazri Aziz sempena pembukaan parlimen kelmarin ...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Almarhum Ustaz Fadzil Noor - 11 tahun berlalu

Posted: 25 Jun 2013 09:15 PM PDT

Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor (1937-2002)





Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato' Haji Fadzil Mohd Noor.
Read More / Baca Lagi >>

Al Fatihah: Adun BN Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar Meninggal Dunia

Posted: 25 Jun 2013 08:37 PM PDT

http://3.bp.blogspot.com/-e48dwgW6_Zg/UcpW0su46fI/AAAAAAAAlKE/-OXKfA2QBTg/s1600/dr-a-rahman.png
Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ.

Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu.

Sema-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Dewan Rakyat 26 Jun 2013 - Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2)

Posted: 25 Jun 2013 08:26 PM PDT

Dewan Rakyat 26 Jun 2013 - Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)

Posted: 25 Jun 2013 08:25 PM PDT

Operasi Daulat Pun Akan Ditamatkan ..???

Posted: 25 Jun 2013 06:01 PM PDT

Menteri Pertahanan Hishmuddin Hussein membayangkan Operasi Daulat di Lahad Datu Sabah akan ditamatkan sekiranya keselamatan di kawasan ESSCOM itu kembali pulih. Pengumuman akan dibuat sempena lawatan bersama Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid ke kawasan itu tidak lama lagi.

Apa dibayangkan Hihsmuddin itu sudah diduga awal-awal. Operasi Daulat tidak selamanya di situ dan ia akan dihentikan sebaik saja pilihan raya umum selesai. Sekiranya Operasi bersama tentera dan polis itu dihentikan maka jelas dakwaan umum, yang operasi tersebut diadakan semata-mata untuk memastikan UBN menang di Sabah, tidak lebih dari itu.

Saya sejak awal-awal membuat kesimpulan tindakan polis dan askar di Lahad Datu itu tidak lebih dari satu provokasi semata-mata untuk memastikan Sabah berada dalam tangan UBN. Operasi Lahad Datu adalah talian hayat untuk UBN menang di Sabah.

Walaupun peristiwa di Lahad Datu itu benar, ada kematian, pertumpahan darah tetapi ada kesempatan di ambil atas takdir itu. Tindakan politi yang tidak pernah ada mata, telinga dan perikemanusiaan berlaku di Lahad Datu.

Jadi apa-apa yang berlaku atau dilakukan oleh kerajaan dalam apa juga aspek ia mengambil kira untung dan rugi UBN terlebih dahulu manakala soal ia relevan untuk rakyat itu belakang kira.

Saya yakin Hishmuddin dan Zahid selepas ini akan mengumumkan operasi daulat itu dibubarkan dan sebahagian besar anggota tentera yang berkampung di Sabah akan dibawa pulang ke Semenanjung. Masakan kerajaan sanguup membiayai peruntukan begitu banyak sedang apa diharapkan sudah tercapai.

Pertanyaan cepu emas untuk Zahid bilakah pemimpin pembangkang yang terlibat dengan pencerobohan di Lahad Datu akan dihadap ke mahkamah?

MSO

Syed Hamid Nak Tembak Ghani Atau Najib?

Posted: 25 Jun 2013 05:55 PM PDT

Dengan tidak semena-mena, malah dari celahan kabus jerebu, tiba-tiba Syed Hamid Albar bersuara mengenai tindakan bekas MB Johor, Ghani Othman yang bertanding dan kalah di Gelang Patah melawan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang yang disifatkannya telah memalukan UMNO Johor.

Menurut bekas menteri itu, sepatutnya biar orang lain saja yang bertanding di Gelang Patah itu kerana kekalahan Ghani itu telah menyebabkan UMNO Johor ditimpa malunya.

Tindakan Syed Hamid menyerang Ghani secara tiba-tiba ini menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Kenapa setelah Ghani kalah baru beliau bersuara sedangkan sebelum pilihanraya dulu, suaranya hilang entah ke mana? Sebagai salah seorang pemimpin UMNO Johor, sepatutnya beliau bersuara mengenai perkara ini sebelum pemilihan calon dulu lagi dan bukannya sekarang?

Selain itu, sebagai seorang bekas menteri dan Ahli MT UMNO, Syed Hamid juga sepatutnya tahu bahawa pemilihan calon di peringkat Parlimen bukannya diputuskan oleh Ghani secara individu tetapi kata akhirnya ditangan Najib selaku Pengerusi BN.

Walaupun Syed Hamid adalah anak singa UMNO iaitu Syed Jaafar Albar yang terkenal kerana garang dan tegasnya sebagai pemimpin tetapi dalam UMNO sepanjang menjadi pemimpin dan menteri, Syed Hamid hampir tidak mewarisi semangat bapanya. Beliau, malah lebih dikenali sebagai singa jinak dalam UMNO kerana sifatnya yang mudah akur dan mengalah.

Tetapi bila tiba-tiba suaranya kedengaran nyaring setelah pencen ini, pelbagai persoalan dan tanda-tanya timbul.

Read More / Baca Lagi >>

Malaysia masih gagal laksana '0 keciciran' OKU

Posted: 25 Jun 2013 05:48 PM PDT


KUALA LUMPUR: Meneliti keseluruhan titah pembukaan penggal pertama, Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong, mahu tidak mahu setiap rakyat termasuk orang kelainan upaya (OKU) menaruh harapan untuk kelangsungan hidup yang lebih baik pada masa mendatang.

"Dalam mencapai impian tersebut, beberapa perkara harus diberi perhatian oleh pihak kerajaan, sesuai dengan keperluan semasa OKU," ujar Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU, Mohammad Faizal Che Yusof.

Katanya, antara cabaran bila mana disasarkan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020, perlu diinsafi masih ramai OKU yang masih tercicir dari mendapat pekerjaan seterusnya menikmati pendapatan yang mencukupi.

Begitu juga, ujarnya Malaysia yang disebut sebagai kerajaan yang dapat menyediakan suasana yang kondusif kepada sektor swasta.

Beliau berkata, perlu juga diberi perhatian agar suasana kondusif turut perlu disediakan kepada OKU yang mahu berniaga dan tidak lagi diberikan tempat yang sukar dikunjungi oleh para pelanggan sebagaimana kebiasaannya.
Read More / Baca Lagi >>

Kiraan detik keputusan Kugan, Ketua Polis Negara jadi tumpuan

Posted: 25 Jun 2013 05:47 PM PDT

Hari ini rakyat Malaysia akan mendengar keputusan bersejarah kes mahkamah yang telah menarik perhatian umum semenjak empat tahun lalu.
Yang menjadi tumpuan dalam kes ini, tidak lain tidak bukan adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V. T. Singham akan menyampaikan penghakimannya hari ini berhubung saman kecuaian oleh keluarga A. Kugan, yang mati semasa dalam tahanan polis pada 2009.
Khalid yang merupakan ketua polis Selangor pada ketika itu menerima banyak tekanan selepas dituduh "menyembunyikan" kes kematian dalam tahanan.
Semasa perbicaraan, hakim mengatakan Khalid seharusnya mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan perkara-perkara kematian Kugan.
Khalid dalam sidang akhbar pertama mengatakan Kugan mati disebabkan terdapat cecair dalam paru-parunya. Akan tetapi bedah siasat kedua mendedahkan Kugan, 22, dipukul teruk, kebuluran di dalam tahanan dan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.
Mahkamah juga diberitahu Khalid tidak mengadakan satu lagi sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini dan tidak mencadangkan inkues diadakan. Tidak terdapat juga siasatan dalaman oleh pihak polis.
Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.
Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.
Read More / Baca Lagi >>

Isyarat Kompilasi Orang Orang AMNO..

Posted: 25 Jun 2013 07:36 AM PDT

Dari Pemimpin Turun Ke Penyokong...Dari Penyokong Turun Ke Rakyatnya...

Inilah "Bahasa" Mulia Pemimpin Malaysia....Isyarat yang terbaik.. Huhu Kesian pada Mereka yang taksub kepada pemimpin ..Jadikanlah dirianda orang yang punyai Akhlak yang mulia..

‘Ghani telah malukan Umno Johor’ - Syed Hamid

Posted: 25 Jun 2013 07:28 AM PDT


Bahagian 1 dari 3 bahagian
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah,  kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah, kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Menurut, Syed Hamid yang juga anak pejuang Umno Tan Sri Jaafar Albar, biar orang lain sahaja yang bertanding menentang tokoh DAP, Lim Kit Siang pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Menurut, Syed Hamid yang juga anak pejuang Umno Tan Sri Jaafar Albar,  biar orang lain sahaja yang  bertanding menentang tokoh  DAP, Lim Kit Siang pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
"Umno sudah malu kerana Abdul Ghani kalah kepada Kit Siang," kata tokoh berpengalaman Umno itu yang kini menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Ghani kalah kepada Kit Siang dengan majoriti lebih 10, 000 undi – satu keputusan yang dianggap luar dugaan.
Pakatan Rakyat menang lima kerusi parlimen serta 18 kerusi negeri di Johor – terburuk bagi Barisan Nasional di negeri itu sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955.
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata beliau tidak pernah membayangkan pembangkang mempunyai 18 kerusi dewan undangan negeri di Johor.
Menurut Ketua Umno bahagian Kota Tinggi itu, BN Johor kalah kerana kerusi diberi kepada parti yang sudah ditolak pengundi.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu menamakan parti berkenaan namun sebuah parti komponen BN  kalah teruk di Johor.
'Orang Melayu Johor sokong Umno'
"Di Johor, Umno mendapat sokongan dari orang Melayu, Umno kukuh dan kuat, manakala orang Cina Johor tidak ada sikap perkauman.
"Ini isyarat untuk kita tengok balik apa yang berlaku dalam kempen pilihan raya ke 13," tambah beliau.
Berikutan itu, Syed Hamid berkata, jawatan pengerusi Umno negeri yang disandang Ghani sepatutnya diserahkan segera kepada Menteri Besar Johor yang baru iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Bagaimanapun,  Ghani tidak boleh menyerahkan jawatannya sekarang kerana perlembagaan Umno hanya membenar pertukaran jawatan hanya boleh dibuat dalam perhimpunan agung parti.
Umno akan mengadakan perhimpunan hujung tahun ini – dijangka November atau pun Disember.
Syed Hamid menambah, Umno negeri Johor membawa banyak kemenangan tetapi MCA dan Gerakan tidak disokong oleh pengundi kaum Cina.
Katanya,  Umno juga perlu merapatkan kerjasama  dengan parti-parti itu dan dengan semangat untuk menyakin orang Cina kepada Umno.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah,  kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar. - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah,  kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar. - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf
Bahagian 1 dari 3 bahagian
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah,  kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf
Bahagian 1 dari 3 bahagian
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah,  kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf

"Umno sudah malu kerana Abdul Ghani kalah kepada Kit Siang," kata tokoh berpengalaman Umno itu yang kini menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Ghani kalah kepada Kit Siang dengan majoriti lebih 10, 000 undi – satu keputusan yang dianggap luar dugaan.
Pakatan Rakyat menang lima kerusi parlimen serta 18 kerusi negeri di Johor – terburuk bagi Barisan Nasional di negeri itu sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955.
Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata beliau tidak pernah membayangkan pembangkang mempunyai 18 kerusi dewan undangan negeri di Johor.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada yang tidak berjerebu, semuanya berjerebu

Posted: 25 Jun 2013 07:18 AM PDT

Jerebu semakin hari semakin menebal. Walaupun berkurangan di selatan tanah air tetapi ia menebal di Kuala Lumpur dan Selangor. Bacaan API ialah diantara bahaya kepada amat merbahaya. Pengalaman jerebu 1997 dahulu sangat menyakitkan kehidupan kita. Sekarang keadaan itu berulang dan semua tahu sebab ia berlaku.
Dari tingkap rumah saya semalam sehingga pagi tadi masih lagi nampak dengan jelas bangunana Hotel Summit yang jauhnya hanya empat ratus meter sahaja dari rumah saya. Tetapi sewaktu saya menulis ini bangunan Hotel itu sudah diliputi sepenuhnya oleh jerebu itu. Saya tidak pandai menilai tahap jerebu secara saintifik. Saya hanya melihat bangunan Hotel Summit itu sahaja. Jika bangunan Hotel itu tidak kelihatan lagi ia bermakna jerebu semakin serius.
Tahun ini sememangnya kita tahu berjerebu. Suasana semuanya penuh dengan jerebu. Keadaan udara kita berjerebu, entah bilakan selesai. Politik juga berjerebu. Semuanya berjerebu. Himpunan 505 juga berjerebu. Pentadbiran kerajaan berjerebu dan parti-parti politik juga dihinggapi jerebu dengan dahsyatnya.
Akhirnya pemikiran rakyat sendiri berjerebu dan sudah tidak nampak arah yang mereka perlu lalui. Mengikut BN itu adalah melalui jerebu. Hendak ikut Pakatan Rakyat pun berjerebu juga.
Kalau kita pandang dan lihat jauh kehadapan apa pelan pembaharuan oleh BN kita sudah hendak melihatnya kerana terlalu berjerebu dihadapannya. Tidak nampak dengan jelas apa pembaharuan yang akan dilakukan oleh BN. Dihadapannya terlalu tebal jerebu yang menyelubungi dan kita tidak nampak dengan jelas apa akhirnya program pembaharuan yang bakal dilakukan oleh BN itu.
Read More / Baca Lagi >>

Saya sedia ke balai polis, tak perlu tangkap - Husam

Posted: 25 Jun 2013 07:15 AM PDT

Seramai 18 anggota dengan lima kereta polis mengiringi Datuk Husam Musa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu malam 22 Jun lalu.
Naib Presiden PAS itu berkata, beliau "dilayan" seperti pembesar pula dengan diiringi begitu ramai anggota polis.
Namun katanya, apa yang lebih pelik apabila polis terbabit melalui jalan yang jauh dengan berpusing ke beberapa jajahan sebelum sampai di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu jam 1.30 pagi.
"Polis buat habis minyak kereta sahaja dengan berpusing-pusing ke merata tempat sebelum sampai di IPD di Pengkalan Chepa," katanya pada ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi.
Program tersebut dianjurkan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), diketuai Nazri Deraman.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA tidak realistik untuk Malaysia, kata DPMM

Posted: 25 Jun 2013 07:11 AM PDT


 


Pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian besar kerana negara ini masih lagi mempunyai perusahaan kecil dan sederhana (SME) kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu (DPMM). Datuk Syed Ali Mohamed Alattas (gambar) bagaimanapun berkata Malaysia masih boleh mempertimbangkan perjanjian tersebut sekiranya sudah mencapai status negara maju.

"Satu-satunya perkara yang paling penting kita mesti sedar maruah negara kita, bangsa kita, saya khuatir ini penjajahan baru.

"Kita sudah ada perjanjian dengan negara-negara lain. Jangan kita terperangkap dengan agenda luar, kita perlu ada agenda kita," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DPMM di sini.

"Masanya jauh lagi untuk Malaysia, kita masih lagi di tahap transformasi," katanya, dan menambah DPMM akan membawa isu tersebut ke sesi meja bulat berhubung perjanjian TPPA anjuran dewan berkenaan pada 6 Julai depan.

TPPA menerima kritikan banyak pihak termasuk anggota Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kerana kerajaan tidak mendedahkan secara terperinci butiran perjanjian tersebut.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata PR tidak menolak TPPA secara terus sebaliknya beberapa aspek perlu diambil kira sebelum ianya dimuktamadkan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan mesti berikan yang terbaik - Nik Abduh

Posted: 25 Jun 2013 07:08 AM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai harapan besar agar ahli parlimen benar-benar berperanan baik sama ada pembangkang ataupun kerajaan.

Beliau yang merupakan muka baru di dalam Dewan Rakyat pada penggal ke-13 ini, berkata harapan baginda amat besar yang diletakkan kepada mereka semua.

"Kita harapkan sebagaimana baginda bertitah iaitu kita benar-benar berperanan di kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang untuk memberikan yang terbaik," katanya kepada wartawan sebaik selesai majlis perasmian parlimen hari ini.

Ketika disoal apakah pembangkang perlu berkesan di dalam parlimen, Nik Abduh turut menegaskan bukan sahaja pembangkang yang berkesan tetapi kerajaan mesti lebih berkesan.

"Kerajaan perlu lebih berkesan daripada pembangkang. Kedua-dua pihak kena lihat pada diri masing-masing," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan: Tanpa perkongsian maklumat, ‘kabinet bayangan’ tidak berguna

Posted: 25 Jun 2013 07:07 AM PDT


 
Pakatan Rakyat (PR) menyambut baik cadangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Speaker)  Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya penubuhan "Kabinet Bayangan" tetapi menyifatkan ia tidak berguna selagi tiada perkongsian maklumat dengan kementerian-kementerian dalam kerajaan.
Dalam ucapan pemasyhuran semalam, Pandikar memberikan amanat kepada ahli-ahli Parlimen supaya berubah dan langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan "kabinet bayangan" bagi memudahkan proses perdebatan dalam sidang Dewan Rakyat.
"Tidak ada perkongsian maklumat, kami tidak diberi maklumat dan boleh memperolehnya menerusi pertanyaan soalan di dalam Dewan Rakyat sahaja.
"Jadi, macam mana nak jadi menteri dalam 'Kabinet Bayangan' yang berkesan?" soal ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok kepada The Malaysian Insider selepas selesai majlis mengangkat sumpah di Parlimen semalam.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu juga mempertikaikan layanan tidak adil yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang oleh Putrajaya sebagai salah satu faktor cadangan Pandikar tidak akan berjaya dicapai selagi sistem tersebut tidak diubah oleh kerajaan.
"Kalau di luar negara dalam sistem mereka sangat hormat kepada MP alternatif, walaupun bukan dalam kerajaan... Bukan macam disini, peruntukan kepada MP pembangkang pun tidak ada.
"Ini salah satu contoh saja, kami dipinggirkan begitu sahaja dan tidak diberikan maklumat. So, macam mana nak mainkan peranan? So ini nanti tinggal hanya nama sahaja," katanya lagi.
Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad juga senada dengan Teresa kerana menyifatkan sesebuah "kabinet bayangan" sewajarnya dibekalkan dengan maklumat-maklumat daripada kementerian kerajaan kerana setiap anggota Dewan Rakyat perlu mengetahui tentang isu dan perkara yang berlaku dalam sesuatu kementerian.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas dipindah, lagi hukuman tunggu Major Zaidi kerana lapor polis "Dakwat Tidak Kekal"

Posted: 25 Jun 2013 07:04 AM PDT



PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skudron 12 Pengkalan Tentera Udara Malaysia Butterworth Major Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis kes dakwat tidak kekal kini berhadapan dengan satu lagi tindakan iaitu melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972.

(Major Zaidi, isteri dan rakannya selepas membuat laporan polis apabila mendapati dakwat kekal tidak kekal. Kerananya, pelbagai masalah ditujukan kepada beliau)

Jika sabit kesalahan beliau akan kehilangan kelayakan untuk terus menerima elaun penerbangan sebanyak RM4000 sebulan.

Major Zaidi, isterinya, Puan Shafinah Abdul Hamid serta Juruteknik TUDM Butterworth, Jamal Ibrahim tampil membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD) Kepala Batas Pada 1 Mei lalu iaitu selepas mengundi awal pada Pilihanraya Umum ke 13.
Read More / Baca Lagi >>

TPPA: Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

Posted: 25 Jun 2013 06:59 AM PDT

Oleh Mohammad Agus Yusoff.
TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi. 

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?

Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?
Read More / Baca Lagi >>

Pesanan Pemuda Pas untuk Pandikar

Posted: 25 Jun 2013 06:58 AM PDT

Pandikar SHAH ALAM – Pemuda Pas meminta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah dan adil kepada semua pihak.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, Pemuda Pas yakin semua ahli Parlimen akur dengan pelantikan beliau dalam proses pemilihan yang berlangsung semalam meskipun berlaku kekecohan.
"Beliau telah terpilih melalui undian dan suratan menentukan sekali lagi beliau menjadi Yang Di Pertua buat penggal keduanya berturut-turut.
"Dalam komposisi ahli Parlimen PR, meningkat menjadi 89 orang manakala ahli Parlimen BN merosot menjadi 133 orang, seharusnya beliau melihat semua ahli Parlimen dengan pandangan yang adil tanpa melebihkan satu-satu pihak.
"Semua Ahli Parlimen perlu diberikan ruang berbahas mengenai sesuatu perkara dan mana-mana pihak yang melanggar peraturan perlu diambil tindakan meskipun ia datangnya dari ahli Parlimen parti beliau sendiri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Penangkapan Husam, Rancangan Awal UMNO -Dr Mohd Fadhli

Posted: 25 Jun 2013 06:55 AM PDT

KOTA BHARU: Dengan didengari oleh ribuan orang yang memenuhi sebuah dewan di sebuah sekolah, Umno didakwa terlibat dalam insiden penangkapan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan mendakwa insiden penahanan Husam merupakan antara permulaan perancangan Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum keempat belas (PRU-14).

Bagi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu tidak sepatutnya ditahan.
"Dengan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Husam itu, dia tak sepatutnya ditahan.  Cukuplah dia dipanggil untuk memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya.

Ketua Penerangan PAS Kelantan itu bercakap pada majlis ceramah perdana sempena pembebasan Husam di Dewan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Ma'rif, Pasir Tumboh malam tadi.



Datuk Dr Fadhli berucap di majlis ceramah Free Husam malam tadi

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Nazmi: Aktivis hanya luah ‘rasa prihatin’

Posted: 25 Jun 2013 06:51 AM PDT

SHAH ALAM - PKR hari ini menggesa supaya pendakwaan terhadap aktivis yang memperjuangkan demokrasi dihentikan serta merta ekoran penahan yang dilakukan oleh penguatkuasa semalam.

Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan aktivis tersebut hanya ingin menunjukkan rasa prihatin terhadap sistem demokrasi yang didakwanya sebagai  "tempang".

"PKR mengutuk sekeras-kerasnya penahanan aktivis di luar bangunan Parlimen yang membantah perjalanan PRU 13 yang tidak adil.

"Aktivis-aktivis tersebut hadir sebagai melahirkan rasa prihatin mereka terhadap institusi demokrasi di negara kita yang sudah tempang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim adalah antara 32 peserta 'Black 505' termasuk tiga wanita yang ditahan polis kerana merempuh kawalan polis di pintu masuk bangunan Parlimen.

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Terima Keputusan PRU-13, Tolak Penyelewengan Pengendalian PRU

Posted: 25 Jun 2013 06:48 AM PDT

Rafizi Ramli Konvensyen Pendidikan Unisel 2013
KUALA LUMPUR, 25 JUN : Walaupun Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei lalu, gagasan itu tetap membantah penyelewengan dan kepincangan yang didakwa berlaku di dalam sistem pilihan raya.
Malah bukan sahaja Pakatan yang memfailkan petisyen mahkamah terhadap keputusan pilhanraya, Umno-BN juga telah memfailkan petisyen terhadap keputusan di dalam 21 kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
MP Pandan, Rafizi Ramli berkata, Pakatan sentiasa menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka, namun ia tidak bermakna gabungan itu perlu berdiam diri dan akur sepenuhnya terhadap pengendalian sistem pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR menegaskan, tindakan memfailkan petisyen yang dilakukan Pakatan pada awal Jun lalu bagi memastikan sistem pilihan raya tidak akan terjejas di masa akan datang.
"Menerima keputusan PRU tidak bermakna kita mengabaikan dan menutup sepenuhnya bab pilihan raya ini tetapi pendedahan mengenai penyelewengan sistem PRU harus diteruskan.
"Ini bukan sahaja mengenai PRU yang lalu, tetapi mengenai integriti sistem pilihan raya di masa akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Penahanan aktivis 24 Jun satu lagi episod gelap demokrasi negara

Posted: 25 Jun 2013 06:47 AM PDT

demoSolidariti Anak Muda Malaysia Daerah Muar (SAMM Muar) mengutuk penahanan Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin (Che'gu Bard) dan ramai lagi aktivis  rakyat semasa siri bantahan penyelewengan Pilihan Raya Umum ke-13 yang diadakan di jalan masuk ke Parlimen Malaysia pada hari Isnin, 24 Jun 2013.
Kemalapan demokrasi negara yang bermula semenjak PRU 13 lalu kini semakin berjerebu dengan siri-siri tangkapan aktivis-aktivis rakyat dalam pelbagai himpunan aman menuntut agenda Demokrasi dipulihkan bagi memastikan masa depan negara akan terus bersinar dengan pemurnian cita-cita perjuangan Demokrasi yang tulin.
Malahan, hari ini (semalam) turut mencatatkan satu lagi episod kesuraman demokrasi negara apabila bukan sahaja tahanan beramai-ramai aktivis rakyat tetapi terdapat juga beberapa aktivis yang mengalami kecederaan sehinggalah ada yang patah kaki.
Beberapa persoalan timbul ekoran daripada kejadian di hadapan jalan masuk ke Parlimen Malaysia itu.
1. Mengapakah begitu ramai anggota polis beserta dengan penghadang jalan ditempatkan di jalan masuk ke Parlimen Malaysia?
2. Mengapakah rakyat dihalang dari menzahirkan tunjuk rasa kepada semua wakil – wakil rakyat yang telah dipilih itu. Sebelum ini, dalam sidang Parlimen Ke 12, banyak siri bantahan dan tunjuk rasa oleh pelbagai lapisan rakyat berhubung pelbagai isu diadakan secara aman berhampiran pintu masuk utama Parlimen tanpa ada sekatan maksima pihak polis.
Read More / Baca Lagi >>

Bantah penipuan PRU13, beri hak rakyat bersuara

Posted: 25 Jun 2013 06:46 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) melalui undang-undang kerana undang-undang memberi peruntukan untuk berbuat demikian, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Siti Mariah berkata, rakyat berhak bersuara mengikut lunas undang-undang bagi membetulkan kepincangan sistem pilihan raya.

"Kita menghormati keputusan pilihan raya tapi undang-undang memberi ruang untuk kita membantah dan untuk mereformasi sistem yang tidak berapa sempurna.

"Tidak bermakna bila kita mematuhi maka kita akur dan tidak membuat apa-apa teguran. Kita harus menyuarakan walapun nampak lantang tapi untuk kebaikan negara," kata beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah agar semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.
Read More / Baca Lagi >>

33 aktivis baring dibebas, tapi mahu demo lagi

Posted: 25 Jun 2013 05:44 AM PDT

Pembebasan Dato Husam Musa | 24 Jun 2013

Posted: 25 Jun 2013 05:42 AM PDT

GoMalaysian

GoMalaysian


[API Terkini] Bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) Di Malaysia Setakat Jam 7

Posted: 25 Jun 2013 05:31 PM PDT

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi:

(Kawasan Kritikal)

 

 

NEGERI / STATE                KAWASAN/AREA

Melaka                                 Bukit Rambai                      111*

Negeri Sembilan               Nilai                                       148*

Negeri Sembilan               Port Dickson                       105*

Negeri Sembilan               Seremban                           118*

Perak                                    S K Jalan Pegoh, Ipoh     118*

Perak                                    Seri Manjung                     137*

Perak                                    Tanjung Malim                  110*

Selangor                              Banting                                 114*

Selangor                              Kuala Selangor                  134*

Selangor                              Pelabuhan Kelang            140*

Selangor                              Petaling Jaya                      111*

Selangor                              Shah Alam                           118*

Wilayah Persekutuan     Putrajaya                             112*

 

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MALAYSIA PENGEKSPOT KANG KONG

Posted: 25 Jun 2013 07:00 AM PDT



EKSPOT KANG KONG
TERBAIK
Pensyarah M'sia mengaku salah tuduhan rasuah
Seorang bekas pensyarah warga Malaysia mengaku bersalah menambah markah peperiksaan pelajar yang sepatutnya gagal di Curtin University, Australia Barat.

Foong Tuck Cheong, 54, membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret Perth pada Isnin terhadap tiga pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan sogokan susulan siasatan oleh Suruhanjaya Rasuah dan Jenayah membabitkan kesalahan yang dilakukan pada 2012.

Menurut laporan Australian Associated Press, Foong didakwa menambah markah peperiksaan dua pelajar yang sepatutnya gagal subjek sains gunaan dalam unit pengurusan pembinaan.

Seorang pelajar didakwa membayar tertuduh A$3,000 dan seorang lagi membayar A$1,500 sebagai dorongan untuknya berbuat demikian. (A$1 = RM2.96 sekarang)

Foong juga didakwa menambah markah pada satu tugasan    dan memberi markah lulus untuk satu projek lain bagi pelajar ketiga, sekalipun tugasan itu tidak dihantar pelajar terbabit.

Foong dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu hukuman diputuskan.Tiewnama

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MALAYSIA TELAH  JADI PEMAIAN  GLOBAL... kah kah kah..

kah kah kah... MALAYSIA  TELAH MELAHIRKAN  PAKAR YANG BIJAK.... kah kah kah...

kah kah kah... NEGARA SUNNAH WAL RASUAH TELAH MENGEKSPOT KANG KONG.. kah kah kah..

kah kah kah... YANG CEKAP EKSPOT RASUAH... kah kjah kah..

NOTA
bagaimana agaknya
ijazah dalam negara ini
patutlah bangunan runtuh rantah
kah kah kah


JEMPUTAN 
MALAM ESOK
DEWAN CHINA
----------

BUKAN SELIPAR SIAPA - TAPI SIAPA YANG UPAH

Posted: 25 Jun 2013 02:02 AM PDT




ALTANTUYA DI BUNUH
KETIAK KHAIRY PENUH KUASA
APA YANG KHAIRY TAHU?

Kes Altantuya: Peguam persoal siapa pemilik selipar

Muhammad Faizal25 Jun 2013
PUTRAJAYA:Peguam Kamarul Hisham memberitahu terdapat isu-isu yang pada mahkamah merupakan isu-isu penting terutamanya isu selipar yang ditemui gagal dijawab oleh pihak pendakwaan.

KES NAJIB DI PARIS
MASIH BERJALAN

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH'


woit... KES INI  MEMANG DI RANCANG SESUDAH PRU13... kah kah kah..

kah kah kah.,..BERTUJUAN UNTUK SELAMATKAN MAT MONGOL.... kah kah kah..

kah klah kah... MAKA DIBUKA ISU YANG TAK FUNDUMENTAL... kah kah kah..

woit... ISU SELIPAR JEPUN....kah kah kah...

kah kah kah...ADA ISU YANG LEBIH PENTING.... kah kah kah...

kah kah kah... DALAM SEMUA KES BUNUH YANG PENTING IALAH MOTIF... kah kah kah...

kah kah kah.,..MOTIF IALAH TUJUAN PEMBUNUHAN ITU DILAKUKAN.... kah kah kah...

kah kah kah...KALAU TAK ADA MOTIF... ITU TAK SENGAJA.... kah kah kah....

woit... SIRUL DALAM AKUAN BERSUMPAH MENGAKU DIA DI UPAH UNTUK MEMBUNUIH...kah jkah kah...

kah kah kahg... KENAPA TAK  TANYA ... SIAPA UPAH SIRUL... kah kah kah..

kah kah kah...PASAL APA SIBUK PASAL SELIPAR JEPUN.... kah kah kah....

woit... SELIPAR...POOOOORAH.... kah kah kah



BUKAN SELIPAR SIAPA
tapi
SIAPA YANG UPAH

--------

ANAK MUDA KIBAR SANG SAKA

Posted: 24 Jun 2013 10:31 PM PDT




ANAK MUDA  
ke DATARAN PADANG MERBOK
MENGKIBARKAN SANG SAKA RAKYAT
 Pihak berkuasa perlu bertindak tegas
KUALA LUMPUR 23 Jun - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertindak mengibarkan bendera merah putih sewaktu perhimpunan haram di Padang Merbok di sini semalam.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Dr. Kamaruddin Kachar berkata, tindakan biadab itu memperlihatkan mereka seolah-olah tiada semangat jati diri sebagai rakyat Malaysia.

"Perbuatan mereka amat memalukan kerana telah mencapai tahap mencabar kedaulatan negara dan martabat rakyat.

HANYA YANG BANGANG DAN BEBAL
TIDAK TAHU SEJARAH
TIDAK TAHU SALASILAH SANG SAKA
TIDAK TAHU TEROMBA SANG SAKA
atau 
MALU KERANA BENDERA
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION
ialah
SANG SAKA

dari arkib berita


KUALA LUMPUR, 4 Sept — Gabungan Janji  memuji dua anak muda yang mengakui bahawa mereka mengibarkan bendera kontroversi Sang Saka Malaya.
Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider, ini bertujuan untuk mengingati kembali sejarah para pejuang kemerdekaan yang telah dilupakan.
"Gabungan Janji menyeru semua ahli politik dan media terutama Utusan Malaysia untuk memberhentikan perangai bodoh mengancam anak-anak muda yang berani ini," katanya dalam kenyataan media.
Gabungan Janji menggesa agar segala ancaman, gangguan dan tohmahan terhadap Janji Demokrasi dihentikan.
"Kedatangan orang ramai adalah bukti cinta  mereka kepada negara.
"Mereka hadir ke Dataran Merdeka kerana mereka sedar banyak janji-janji kerajaan masih  tidak ditunaikan.
"Gabungan Janji ingin sekali kali memberitahu bahawa Janji Demokrasi  masih lagi menunggu janji-janji yang masih belum ditunaikan, seperti keluhuran perlembagaan,  hukum perundangan yang lebih adil seperti  menyokong hak kebebasan dan hak individu bersuara,  menghapuskan semua undang-undang zalim, kebebasan media, dan pilihan raya yang bebas dan bersih."
Gabungan Janji berkata, pada ambang merdeka, warga Malaysia yang berhimpun dan membuat tuntutan secara aman dan menurut mereka, ini diakui oleh Ketua Polis  Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.
"Tetapi peranan jahat untuk memulakan gangguan dan ancaman dimulakan oleh pihak kerajaan dan Utusan Malaysia.
"Pak Samad (Datuk A Samad Said) telah menulis sebuah sajak bernama "Janji Demokrasi" dan dibacakan pada malam ambang Merdeka 30 Ogos.
"Gabungan Janji meminta pihak polis dan kerajaan hentikan membuat perangai bodoh mengancam dan mengganggu ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...TAHUN INI TER BEST.... kah kah kah

kah kah kah... TIAP TAHUN TUKAR TIUB AKAN BUKA KESAH SANG SAKA PADA BULAN OGOS.... kah kah kah..

kah kah kah..TIAP TAHUN TUKAR TIUB AKAN BUKA  KESAH MEMULA MOON PADA BULAN OGOS.... kah kah kah..

woit... TAHUN INI KITA AWAL KAN.... kah kah kah..

kah kah kah... HARI MALAPETAKA 31 OGOS JAUH LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah... TAPI DEBAT DAN WACANA SANG SAKA SAMPAI AWAL  TAHU INI...kah kah kah..

kah kah kah...TAHNIAH ANAK MUDA... TAHNIAH MEREKA YANG BERANI... kah kah kjah..
NOTA
gerombolan tak suka demo
kita demo
gerombolan tak suka memula moon
kita mainkan memula moon
gerombolan tak suka sang saka
kita kibarkan sang saka

apa yang geromboanm suka

adalah salah
apa yang gerombolan tak suka
itulah yang betul

            TERANG BULAN  
DATANG AWEAL TAHUN INI
                 kah kah kah 

------

ANAK MUDA KIBARKAN BENDERA SANG SAKA

Posted: 24 Jun 2013 08:39 PM PDT


KOMENTAR TUKAR TIUB

sang saka rakyat akan terus berkibar
inilah bendera yang wajib dijadikan
bendera  malaysia baru

bendera yang ada sekarang
adalah ciplakan dari bendera amerika

sang saka rakyat memiliki sejarah
memiliki motif nusantara

anak anak muda telah mula sedar
bahawa selama ini mereka telah ditipu
selama ini united malays national organiation
telah menggelapkan fakta sejarah
bahawa sang saka ini adalah warisan bangsa


NOTA
31 ogos hari malapetaka
anak anak muda wajib
kibarkan sang saka rakyat
NOTA
lagi mereka tak suka
lagi kita buat
apa yang mereka suka itu tak betul
apa yang mereka tak suka
itu adalah betul

Penyokong pembangkang arak bendera merah putih

KUALA LUMPUR 22 Jun - Perhimpunan haram tajaan   di sini hari ini sekali lagi menyaksikan kebiadaban beberapa penyokong pembangkang mengarak bendera merah putih yang dikaitkan dengan usaha menukar Jalur Gemilang.

Sebelum ini pengibaran bendera itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa pemuda mengibarkannya ketika menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos tahun lalu. Malahan bendera yang sama juga turut dijumpai dipasang di beberapa jalan di Shah Alam, Selangor selepas itu.

Kemunculan bendera itu telah mewujudkan tanggapan bahawa penyokong pembangkang berhasrat menukar sistem negara ini kepada sistem republik.

Pada 3 September tahun lalu, portal pembangkang The Malaysia Insider menyiarkan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang mempertahankan tindakan beberapa pemuda mengibarkan bendera tersebut dan menganggap ia bendera Sang Saka Malaya yang merupakan sebahagian daripada sejarah.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAMPAK SANGAT BANGANG.... kah kah kah..

kah kah kah....NAMPAK SANGAT BEBAL... TAK TAHU SEJARAH.... kah kah kah..

kah kah kah... BENDERA MERAH PUTEH?... kah kjah kah..

kah kah kah...TAK BERANI SEBUT NAMA.... kah kah kah

kah kah kah...TUDUH BENDERA KERAMAT  INI  DARI NEGARA JIRAN.... kah kah kah..

woit... TENGOK BENDERA PARTI ISLAM MALAYSIA.... kah kah kah..

kah kah kah...TENGOK BENDERA UNITEFD MALAYS NATIONAL ORGANISATION... kah kah kah...

kah kah kah...SEMUA INI ADALAH SANG SAKA.... kah kah kah..

woit...SEMUA MEMILIKI MOTIF NUSANTARA..... kah kah kah

BENDERA AMERIKA
YANG DI KUTUK DUNIA

----------