RAKYAT MARHAEN |
- Almarhum Ustaz Fadzil Noor - 11 tahun berlalu
- Al Fatihah: Adun BN Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar Meninggal Dunia
- Dewan Rakyat 26 Jun 2013 - Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2)
- Dewan Rakyat 26 Jun 2013 - Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1)
- Operasi Daulat Pun Akan Ditamatkan ..???
- Syed Hamid Nak Tembak Ghani Atau Najib?
- Malaysia masih gagal laksana '0 keciciran' OKU
- Kiraan detik keputusan Kugan, Ketua Polis Negara jadi tumpuan
- Isyarat Kompilasi Orang Orang AMNO..
- ‘Ghani telah malukan Umno Johor’ - Syed Hamid
- Tidak ada yang tidak berjerebu, semuanya berjerebu
- Saya sedia ke balai polis, tak perlu tangkap - Husam
- TPPA tidak realistik untuk Malaysia, kata DPMM
- Kerajaan mesti berikan yang terbaik - Nik Abduh
- Pakatan: Tanpa perkongsian maklumat, ‘kabinet bayangan’ tidak berguna
- Selepas dipindah, lagi hukuman tunggu Major Zaidi kerana lapor polis "Dakwat Tidak Kekal"
- TPPA: Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.
- Pesanan Pemuda Pas untuk Pandikar
- Penangkapan Husam, Rancangan Awal UMNO -Dr Mohd Fadhli
- Nik Nazmi: Aktivis hanya luah ‘rasa prihatin’
- Pakatan Terima Keputusan PRU-13, Tolak Penyelewengan Pengendalian PRU
- Penahanan aktivis 24 Jun satu lagi episod gelap demokrasi negara
- Bantah penipuan PRU13, beri hak rakyat bersuara
- 33 aktivis baring dibebas, tapi mahu demo lagi
- Pembebasan Dato Husam Musa | 24 Jun 2013
Almarhum Ustaz Fadzil Noor - 11 tahun berlalu Posted: 25 Jun 2013 09:15 PM PDT Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato' Haji Fadzil Mohd Noor. |
Al Fatihah: Adun BN Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar Meninggal Dunia Posted: 25 Jun 2013 08:37 PM PDT Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ. Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu. Sema-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. |
Dewan Rakyat 26 Jun 2013 - Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (2) Posted: 25 Jun 2013 08:26 PM PDT |
Dewan Rakyat 26 Jun 2013 - Sesi Pertanyaan Jawab Lisan (1) Posted: 25 Jun 2013 08:25 PM PDT |
Operasi Daulat Pun Akan Ditamatkan ..??? Posted: 25 Jun 2013 06:01 PM PDT Menteri Pertahanan Hishmuddin Hussein membayangkan Operasi Daulat di Lahad Datu Sabah akan ditamatkan sekiranya keselamatan di kawasan ESSCOM itu kembali pulih. Pengumuman akan dibuat sempena lawatan bersama Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid ke kawasan itu tidak lama lagi. Apa dibayangkan Hihsmuddin itu sudah diduga awal-awal. Operasi Daulat tidak selamanya di situ dan ia akan dihentikan sebaik saja pilihan raya umum selesai. Sekiranya Operasi bersama tentera dan polis itu dihentikan maka jelas dakwaan umum, yang operasi tersebut diadakan semata-mata untuk memastikan UBN menang di Sabah, tidak lebih dari itu. Saya sejak awal-awal membuat kesimpulan tindakan polis dan askar di Lahad Datu itu tidak lebih dari satu provokasi semata-mata untuk memastikan Sabah berada dalam tangan UBN. Operasi Lahad Datu adalah talian hayat untuk UBN menang di Sabah. Walaupun peristiwa di Lahad Datu itu benar, ada kematian, pertumpahan darah tetapi ada kesempatan di ambil atas takdir itu. Tindakan politi yang tidak pernah ada mata, telinga dan perikemanusiaan berlaku di Lahad Datu. Jadi apa-apa yang berlaku atau dilakukan oleh kerajaan dalam apa juga aspek ia mengambil kira untung dan rugi UBN terlebih dahulu manakala soal ia relevan untuk rakyat itu belakang kira. Saya yakin Hishmuddin dan Zahid selepas ini akan mengumumkan operasi daulat itu dibubarkan dan sebahagian besar anggota tentera yang berkampung di Sabah akan dibawa pulang ke Semenanjung. Masakan kerajaan sanguup membiayai peruntukan begitu banyak sedang apa diharapkan sudah tercapai. Pertanyaan cepu emas untuk Zahid bilakah pemimpin pembangkang yang terlibat dengan pencerobohan di Lahad Datu akan dihadap ke mahkamah? MSO |
Syed Hamid Nak Tembak Ghani Atau Najib? Posted: 25 Jun 2013 05:55 PM PDT Dengan tidak semena-mena, malah dari celahan kabus jerebu, tiba-tiba Syed Hamid Albar bersuara mengenai tindakan bekas MB Johor, Ghani Othman yang bertanding dan kalah di Gelang Patah melawan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang yang disifatkannya telah memalukan UMNO Johor. Menurut bekas menteri itu, sepatutnya biar orang lain saja yang bertanding di Gelang Patah itu kerana kekalahan Ghani itu telah menyebabkan UMNO Johor ditimpa malunya. Tindakan Syed Hamid menyerang Ghani secara tiba-tiba ini menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Kenapa setelah Ghani kalah baru beliau bersuara sedangkan sebelum pilihanraya dulu, suaranya hilang entah ke mana? Sebagai salah seorang pemimpin UMNO Johor, sepatutnya beliau bersuara mengenai perkara ini sebelum pemilihan calon dulu lagi dan bukannya sekarang? Selain itu, sebagai seorang bekas menteri dan Ahli MT UMNO, Syed Hamid juga sepatutnya tahu bahawa pemilihan calon di peringkat Parlimen bukannya diputuskan oleh Ghani secara individu tetapi kata akhirnya ditangan Najib selaku Pengerusi BN. Walaupun Syed Hamid adalah anak singa UMNO iaitu Syed Jaafar Albar yang terkenal kerana garang dan tegasnya sebagai pemimpin tetapi dalam UMNO sepanjang menjadi pemimpin dan menteri, Syed Hamid hampir tidak mewarisi semangat bapanya. Beliau, malah lebih dikenali sebagai singa jinak dalam UMNO kerana sifatnya yang mudah akur dan mengalah. Tetapi bila tiba-tiba suaranya kedengaran nyaring setelah pencen ini, pelbagai persoalan dan tanda-tanya timbul. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia masih gagal laksana '0 keciciran' OKU Posted: 25 Jun 2013 05:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Meneliti keseluruhan titah pembukaan penggal pertama, Parlimen ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong, mahu tidak mahu setiap rakyat termasuk orang kelainan upaya (OKU) menaruh harapan untuk kelangsungan hidup yang lebih baik pada masa mendatang. Read More / Baca Lagi >>"Dalam mencapai impian tersebut, beberapa perkara harus diberi perhatian oleh pihak kerajaan, sesuai dengan keperluan semasa OKU," ujar Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU, Mohammad Faizal Che Yusof. Katanya, antara cabaran bila mana disasarkan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020, perlu diinsafi masih ramai OKU yang masih tercicir dari mendapat pekerjaan seterusnya menikmati pendapatan yang mencukupi. Begitu juga, ujarnya Malaysia yang disebut sebagai kerajaan yang dapat menyediakan suasana yang kondusif kepada sektor swasta. Beliau berkata, perlu juga diberi perhatian agar suasana kondusif turut perlu disediakan kepada OKU yang mahu berniaga dan tidak lagi diberikan tempat yang sukar dikunjungi oleh para pelanggan sebagaimana kebiasaannya. |
Kiraan detik keputusan Kugan, Ketua Polis Negara jadi tumpuan Posted: 25 Jun 2013 05:47 PM PDT Hari ini rakyat Malaysia akan mendengar keputusan bersejarah kes mahkamah yang telah menarik perhatian umum semenjak empat tahun lalu. Yang menjadi tumpuan dalam kes ini, tidak lain tidak bukan adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V. T. Singham akan menyampaikan penghakimannya hari ini berhubung saman kecuaian oleh keluarga A. Kugan, yang mati semasa dalam tahanan polis pada 2009. Khalid yang merupakan ketua polis Selangor pada ketika itu menerima banyak tekanan selepas dituduh "menyembunyikan" kes kematian dalam tahanan. Semasa perbicaraan, hakim mengatakan Khalid seharusnya mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan perkara-perkara kematian Kugan. Khalid dalam sidang akhbar pertama mengatakan Kugan mati disebabkan terdapat cecair dalam paru-parunya. Akan tetapi bedah siasat kedua mendedahkan Kugan, 22, dipukul teruk, kebuluran di dalam tahanan dan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang. Mahkamah juga diberitahu Khalid tidak mengadakan satu lagi sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini dan tidak mencadangkan inkues diadakan. Tidak terdapat juga siasatan dalaman oleh pihak polis. Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan. Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan. Read More / Baca Lagi >> |
Isyarat Kompilasi Orang Orang AMNO.. Posted: 25 Jun 2013 07:36 AM PDT |
‘Ghani telah malukan Umno Johor’ - Syed Hamid Posted: 25 Jun 2013 07:28 AM PDT Bahagian 1 dari 3 bahagian PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah, kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar. - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah, kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar. Menurut, Syed Hamid yang juga anak pejuang Umno Tan Sri Jaafar Albar, biar orang lain sahaja yang bertanding menentang tokoh DAP, Lim Kit Siang pada pilihan raya umum 5 Mei lalu. Menurut, Syed Hamid yang juga anak pejuang Umno Tan Sri Jaafar Albar, biar orang lain sahaja yang bertanding menentang tokoh DAP, Lim Kit Siang pada pilihan raya umum 5 Mei lalu. "Umno sudah malu kerana Abdul Ghani kalah kepada Kit Siang," kata tokoh berpengalaman Umno itu yang kini menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Ghani kalah kepada Kit Siang dengan majoriti lebih 10, 000 undi – satu keputusan yang dianggap luar dugaan. Pakatan Rakyat menang lima kerusi parlimen serta 18 kerusi negeri di Johor – terburuk bagi Barisan Nasional di negeri itu sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955. Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata beliau tidak pernah membayangkan pembangkang mempunyai 18 kerusi dewan undangan negeri di Johor. Menurut Ketua Umno bahagian Kota Tinggi itu, BN Johor kalah kerana kerusi diberi kepada parti yang sudah ditolak pengundi. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menamakan parti berkenaan namun sebuah parti komponen BN kalah teruk di Johor. 'Orang Melayu Johor sokong Umno' "Di Johor, Umno mendapat sokongan dari orang Melayu, Umno kukuh dan kuat, manakala orang Cina Johor tidak ada sikap perkauman. "Ini isyarat untuk kita tengok balik apa yang berlaku dalam kempen pilihan raya ke 13," tambah beliau. Berikutan itu, Syed Hamid berkata, jawatan pengerusi Umno negeri yang disandang Ghani sepatutnya diserahkan segera kepada Menteri Besar Johor yang baru iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Bagaimanapun, Ghani tidak boleh menyerahkan jawatannya sekarang kerana perlembagaan Umno hanya membenar pertukaran jawatan hanya boleh dibuat dalam perhimpunan agung parti. Umno akan mengadakan perhimpunan hujung tahun ini – dijangka November atau pun Disember. Syed Hamid menambah, Umno negeri Johor membawa banyak kemenangan tetapi MCA dan Gerakan tidak disokong oleh pengundi kaum Cina. Katanya, Umno juga perlu merapatkan kerjasama dengan parti-parti itu dan dengan semangat untuk menyakin orang Cina kepada Umno. - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah, kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar. - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah, kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar. - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf Bahagian 1 dari 3 bahagian PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah, kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar. - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf Bahagian 1 dari 3 bahagian PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman tidak perlu bertanding di Gelang Patah, kerana kekalahannya telah memalukan Umno Johor, kata bekas menteri kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar. - See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/06/25/ghani-telah-malukan-umno-johor/#sthash.FynPBSG2.gc11m9TY.dpuf "Umno sudah malu kerana Abdul Ghani kalah kepada Kit Siang," kata tokoh berpengalaman Umno itu yang kini menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Ghani kalah kepada Kit Siang dengan majoriti lebih 10, 000 undi – satu keputusan yang dianggap luar dugaan. Pakatan Rakyat menang lima kerusi parlimen serta 18 kerusi negeri di Johor – terburuk bagi Barisan Nasional di negeri itu sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955. Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata beliau tidak pernah membayangkan pembangkang mempunyai 18 kerusi dewan undangan negeri di Johor. Read More / Baca Lagi >> |
Tidak ada yang tidak berjerebu, semuanya berjerebu Posted: 25 Jun 2013 07:18 AM PDT Jerebu semakin hari semakin menebal. Walaupun berkurangan di selatan tanah air tetapi ia menebal di Kuala Lumpur dan Selangor. Bacaan API ialah diantara bahaya kepada amat merbahaya. Pengalaman jerebu 1997 dahulu sangat menyakitkan kehidupan kita. Sekarang keadaan itu berulang dan semua tahu sebab ia berlaku. Dari tingkap rumah saya semalam sehingga pagi tadi masih lagi nampak dengan jelas bangunana Hotel Summit yang jauhnya hanya empat ratus meter sahaja dari rumah saya. Tetapi sewaktu saya menulis ini bangunan Hotel itu sudah diliputi sepenuhnya oleh jerebu itu. Saya tidak pandai menilai tahap jerebu secara saintifik. Saya hanya melihat bangunan Hotel Summit itu sahaja. Jika bangunan Hotel itu tidak kelihatan lagi ia bermakna jerebu semakin serius. Tahun ini sememangnya kita tahu berjerebu. Suasana semuanya penuh dengan jerebu. Keadaan udara kita berjerebu, entah bilakan selesai. Politik juga berjerebu. Semuanya berjerebu. Himpunan 505 juga berjerebu. Pentadbiran kerajaan berjerebu dan parti-parti politik juga dihinggapi jerebu dengan dahsyatnya. Akhirnya pemikiran rakyat sendiri berjerebu dan sudah tidak nampak arah yang mereka perlu lalui. Mengikut BN itu adalah melalui jerebu. Hendak ikut Pakatan Rakyat pun berjerebu juga. Kalau kita pandang dan lihat jauh kehadapan apa pelan pembaharuan oleh BN kita sudah hendak melihatnya kerana terlalu berjerebu dihadapannya. Tidak nampak dengan jelas apa pembaharuan yang akan dilakukan oleh BN. Dihadapannya terlalu tebal jerebu yang menyelubungi dan kita tidak nampak dengan jelas apa akhirnya program pembaharuan yang bakal dilakukan oleh BN itu. |
Saya sedia ke balai polis, tak perlu tangkap - Husam Posted: 25 Jun 2013 07:15 AM PDT Seramai 18 anggota dengan lima kereta polis mengiringi Datuk Husam Musa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu malam 22 Jun lalu. Read More / Baca Lagi >>Naib Presiden PAS itu berkata, beliau "dilayan" seperti pembesar pula dengan diiringi begitu ramai anggota polis. Namun katanya, apa yang lebih pelik apabila polis terbabit melalui jalan yang jauh dengan berpusing ke beberapa jajahan sebelum sampai di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu jam 1.30 pagi. "Polis buat habis minyak kereta sahaja dengan berpusing-pusing ke merata tempat sebelum sampai di IPD di Pengkalan Chepa," katanya pada ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi. Program tersebut dianjurkan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), diketuai Nazri Deraman. |
TPPA tidak realistik untuk Malaysia, kata DPMM Posted: 25 Jun 2013 07:11 AM PDT Pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian besar kerana negara ini masih lagi mempunyai perusahaan kecil dan sederhana (SME) kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu (DPMM). Datuk Syed Ali Mohamed Alattas (gambar) bagaimanapun berkata Malaysia masih boleh mempertimbangkan perjanjian tersebut sekiranya sudah mencapai status negara maju. "Satu-satunya perkara yang paling penting kita mesti sedar maruah negara kita, bangsa kita, saya khuatir ini penjajahan baru. "Kita sudah ada perjanjian dengan negara-negara lain. Jangan kita terperangkap dengan agenda luar, kita perlu ada agenda kita," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DPMM di sini. "Masanya jauh lagi untuk Malaysia, kita masih lagi di tahap transformasi," katanya, dan menambah DPMM akan membawa isu tersebut ke sesi meja bulat berhubung perjanjian TPPA anjuran dewan berkenaan pada 6 Julai depan. TPPA menerima kritikan banyak pihak termasuk anggota Parlimen Pakatan Rakyat (PR) kerana kerajaan tidak mendedahkan secara terperinci butiran perjanjian tersebut. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata PR tidak menolak TPPA secara terus sebaliknya beberapa aspek perlu diambil kira sebelum ianya dimuktamadkan. Read More / Baca Lagi >> |
Kerajaan mesti berikan yang terbaik - Nik Abduh Posted: 25 Jun 2013 07:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai harapan besar agar ahli parlimen benar-benar berperanan baik sama ada pembangkang ataupun kerajaan. Read More / Baca Lagi >>Beliau yang merupakan muka baru di dalam Dewan Rakyat pada penggal ke-13 ini, berkata harapan baginda amat besar yang diletakkan kepada mereka semua. "Kita harapkan sebagaimana baginda bertitah iaitu kita benar-benar berperanan di kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang untuk memberikan yang terbaik," katanya kepada wartawan sebaik selesai majlis perasmian parlimen hari ini. Ketika disoal apakah pembangkang perlu berkesan di dalam parlimen, Nik Abduh turut menegaskan bukan sahaja pembangkang yang berkesan tetapi kerajaan mesti lebih berkesan. "Kerajaan perlu lebih berkesan daripada pembangkang. Kedua-dua pihak kena lihat pada diri masing-masing," katanya. |
Pakatan: Tanpa perkongsian maklumat, ‘kabinet bayangan’ tidak berguna Posted: 25 Jun 2013 07:07 AM PDT Dalam ucapan pemasyhuran semalam, Pandikar memberikan amanat kepada ahli-ahli Parlimen supaya berubah dan langkah tersebut boleh dimulakan dengan penubuhan "kabinet bayangan" bagi memudahkan proses perdebatan dalam sidang Dewan Rakyat. "Tidak ada perkongsian maklumat, kami tidak diberi maklumat dan boleh memperolehnya menerusi pertanyaan soalan di dalam Dewan Rakyat sahaja. "Jadi, macam mana nak jadi menteri dalam 'Kabinet Bayangan' yang berkesan?" soal ahli Parlimen Seputeh (DAP), Teresa Kok kepada The Malaysian Insider selepas selesai majlis mengangkat sumpah di Parlimen semalam. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu juga mempertikaikan layanan tidak adil yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang oleh Putrajaya sebagai salah satu faktor cadangan Pandikar tidak akan berjaya dicapai selagi sistem tersebut tidak diubah oleh kerajaan. "Kalau di luar negara dalam sistem mereka sangat hormat kepada MP alternatif, walaupun bukan dalam kerajaan... Bukan macam disini, peruntukan kepada MP pembangkang pun tidak ada. "Ini salah satu contoh saja, kami dipinggirkan begitu sahaja dan tidak diberikan maklumat. So, macam mana nak mainkan peranan? So ini nanti tinggal hanya nama sahaja," katanya lagi. Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) Khalid Samad juga senada dengan Teresa kerana menyifatkan sesebuah "kabinet bayangan" sewajarnya dibekalkan dengan maklumat-maklumat daripada kementerian kerajaan kerana setiap anggota Dewan Rakyat perlu mengetahui tentang isu dan perkara yang berlaku dalam sesuatu kementerian. Read More / Baca Lagi >> |
Selepas dipindah, lagi hukuman tunggu Major Zaidi kerana lapor polis "Dakwat Tidak Kekal" Posted: 25 Jun 2013 07:04 AM PDT PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skudron 12 Pengkalan Tentera Udara Malaysia Butterworth Major Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis kes dakwat tidak kekal kini berhadapan dengan satu lagi tindakan iaitu melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Akta Angkatan Tentera 1972. (Major Zaidi, isteri dan rakannya selepas membuat laporan polis apabila mendapati dakwat kekal tidak kekal. Kerananya, pelbagai masalah ditujukan kepada beliau) Jika sabit kesalahan beliau akan kehilangan kelayakan untuk terus menerima elaun penerbangan sebanyak RM4000 sebulan. Major Zaidi, isterinya, Puan Shafinah Abdul Hamid serta Juruteknik TUDM Butterworth, Jamal Ibrahim tampil membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD) Kepala Batas Pada 1 Mei lalu iaitu selepas mengundi awal pada Pilihanraya Umum ke 13. |
TPPA: Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai. Posted: 25 Jun 2013 06:59 AM PDT Oleh Mohammad Agus Yusoff. TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi. Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan. Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia? Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui: i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti? Read More / Baca Lagi >> |
Pesanan Pemuda Pas untuk Pandikar Posted: 25 Jun 2013 06:58 AM PDT Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, Pemuda Pas yakin semua ahli Parlimen akur dengan pelantikan beliau dalam proses pemilihan yang berlangsung semalam meskipun berlaku kekecohan. "Beliau telah terpilih melalui undian dan suratan menentukan sekali lagi beliau menjadi Yang Di Pertua buat penggal keduanya berturut-turut. "Dalam komposisi ahli Parlimen PR, meningkat menjadi 89 orang manakala ahli Parlimen BN merosot menjadi 133 orang, seharusnya beliau melihat semua ahli Parlimen dengan pandangan yang adil tanpa melebihkan satu-satu pihak. "Semua Ahli Parlimen perlu diberikan ruang berbahas mengenai sesuatu perkara dan mana-mana pihak yang melanggar peraturan perlu diambil tindakan meskipun ia datangnya dari ahli Parlimen parti beliau sendiri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. |
Penangkapan Husam, Rancangan Awal UMNO -Dr Mohd Fadhli Posted: 25 Jun 2013 06:55 AM PDT KOTA BHARU: Dengan didengari oleh ribuan orang yang memenuhi sebuah dewan di sebuah sekolah, Umno didakwa terlibat dalam insiden penangkapan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Ketua Penerangan PAS Kelantan yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan mendakwa insiden penahanan Husam merupakan antara permulaan perancangan Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum keempat belas (PRU-14). Bagi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu tidak sepatutnya ditahan. "Dengan tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Husam itu, dia tak sepatutnya ditahan. Cukuplah dia dipanggil untuk memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya. Ketua Penerangan PAS Kelantan itu bercakap pada majlis ceramah perdana sempena pembebasan Husam di Dewan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Ma'rif, Pasir Tumboh malam tadi. Datuk Dr Fadhli berucap di majlis ceramah Free Husam malam tadi Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri. Read More / Baca Lagi >> |
Nik Nazmi: Aktivis hanya luah ‘rasa prihatin’ Posted: 25 Jun 2013 06:51 AM PDT Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan aktivis tersebut hanya ingin menunjukkan rasa prihatin terhadap sistem demokrasi yang didakwanya sebagai "tempang". "PKR mengutuk sekeras-kerasnya penahanan aktivis di luar bangunan Parlimen yang membantah perjalanan PRU 13 yang tidak adil. "Aktivis-aktivis tersebut hadir sebagai melahirkan rasa prihatin mereka terhadap institusi demokrasi di negara kita yang sudah tempang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Semalam, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim adalah antara 32 peserta 'Black 505' termasuk tiga wanita yang ditahan polis kerana merempuh kawalan polis di pintu masuk bangunan Parlimen. |
Pakatan Terima Keputusan PRU-13, Tolak Penyelewengan Pengendalian PRU Posted: 25 Jun 2013 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 JUN : Walaupun Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei lalu, gagasan itu tetap membantah penyelewengan dan kepincangan yang didakwa berlaku di dalam sistem pilihan raya. Malah bukan sahaja Pakatan yang memfailkan petisyen mahkamah terhadap keputusan pilhanraya, Umno-BN juga telah memfailkan petisyen terhadap keputusan di dalam 21 kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri. MP Pandan, Rafizi Ramli berkata, Pakatan sentiasa menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka, namun ia tidak bermakna gabungan itu perlu berdiam diri dan akur sepenuhnya terhadap pengendalian sistem pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR menegaskan, tindakan memfailkan petisyen yang dilakukan Pakatan pada awal Jun lalu bagi memastikan sistem pilihan raya tidak akan terjejas di masa akan datang. "Menerima keputusan PRU tidak bermakna kita mengabaikan dan menutup sepenuhnya bab pilihan raya ini tetapi pendedahan mengenai penyelewengan sistem PRU harus diteruskan. "Ini bukan sahaja mengenai PRU yang lalu, tetapi mengenai integriti sistem pilihan raya di masa akan datang. Read More / Baca Lagi >> |
Penahanan aktivis 24 Jun satu lagi episod gelap demokrasi negara Posted: 25 Jun 2013 06:47 AM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia Daerah Muar (SAMM Muar) mengutuk penahanan Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin (Che'gu Bard) dan ramai lagi aktivis rakyat semasa siri bantahan penyelewengan Pilihan Raya Umum ke-13 yang diadakan di jalan masuk ke Parlimen Malaysia pada hari Isnin, 24 Jun 2013. Kemalapan demokrasi negara yang bermula semenjak PRU 13 lalu kini semakin berjerebu dengan siri-siri tangkapan aktivis-aktivis rakyat dalam pelbagai himpunan aman menuntut agenda Demokrasi dipulihkan bagi memastikan masa depan negara akan terus bersinar dengan pemurnian cita-cita perjuangan Demokrasi yang tulin. Malahan, hari ini (semalam) turut mencatatkan satu lagi episod kesuraman demokrasi negara apabila bukan sahaja tahanan beramai-ramai aktivis rakyat tetapi terdapat juga beberapa aktivis yang mengalami kecederaan sehinggalah ada yang patah kaki. Beberapa persoalan timbul ekoran daripada kejadian di hadapan jalan masuk ke Parlimen Malaysia itu. 1. Mengapakah begitu ramai anggota polis beserta dengan penghadang jalan ditempatkan di jalan masuk ke Parlimen Malaysia? 2. Mengapakah rakyat dihalang dari menzahirkan tunjuk rasa kepada semua wakil – wakil rakyat yang telah dipilih itu. Sebelum ini, dalam sidang Parlimen Ke 12, banyak siri bantahan dan tunjuk rasa oleh pelbagai lapisan rakyat berhubung pelbagai isu diadakan secara aman berhampiran pintu masuk utama Parlimen tanpa ada sekatan maksima pihak polis. Read More / Baca Lagi >> |
Bantah penipuan PRU13, beri hak rakyat bersuara Posted: 25 Jun 2013 06:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) melalui undang-undang kerana undang-undang memberi peruntukan untuk berbuat demikian, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Read More / Baca Lagi >>Siti Mariah berkata, rakyat berhak bersuara mengikut lunas undang-undang bagi membetulkan kepincangan sistem pilihan raya. "Kita menghormati keputusan pilihan raya tapi undang-undang memberi ruang untuk kita membantah dan untuk mereformasi sistem yang tidak berapa sempurna. "Tidak bermakna bila kita mematuhi maka kita akur dan tidak membuat apa-apa teguran. Kita harus menyuarakan walapun nampak lantang tapi untuk kebaikan negara," kata beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah agar semua pihak menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13. |
33 aktivis baring dibebas, tapi mahu demo lagi Posted: 25 Jun 2013 05:44 AM PDT |
Pembebasan Dato Husam Musa | 24 Jun 2013 Posted: 25 Jun 2013 05:42 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan