Sebuah NGO yang terlibat dengan penganjuran perhimpunan Black 505 Sabtu ini menyeru bantahan terhadap keputusan pilihan raya lalu dipanjangkan dengan terus berkhemah di Padang Merbok, sekurang-kurangnya untuk dua hari.

NONEPemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, untuk tujuan itu mereka menyediakan 150 khemah, selain menyeru orang ramai membawa khemah dan beg tidur sendiri.

"Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya (sehingga) tarikh 24 Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen Malaysia mengangkat sumpah (Isnin)," katanya.