Sabtu, 22 Jun 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


LAPURAN BLOGGER UMNO #BLACK505 DI PADANG MERBOK DINAFIKAN OLEH AKHBAR SINAR....

Posted: 22 Jun 2013 06:45 PM PDT

Lapuran dari Blogger Pro UMNO : 


TERKINI! Gambar Dari Padang Merbok Tempat Beruk Hitam Akan Berhimpun! #Black505

Gambar terkini dari tempat beruk-beruk akan berhimpun. Mari kita tengok, ada beruk tak lagi di sana.




Cuma ada polis? mana beruk hitam?

masih kosong?

Aik? Selalunya walaupun acara mula petang, patutnya sudah ada beruk hitam yang akan berkumpul kat sana. Tapi hari ni takdak la pulak!!
err.. Safwan Anang kata dia nak berkhemah dengan isteri dia.. err.. ada nampak khemah tak? Atau sembang saja lebih.. he he..



LAPURAN SINAR HARIAN, BUATKAN BLOGGER UMNO BENGKAK.........


GAMBAR KEADAAN SEBENAR DI LOKASI YANG DISEMBUNYIKAN DARI MEDIA UTAMA DI NEGARA MAJU YANG DICANANG-CANANG......


Sebagai rakyat yang cuba nak ambil hati para pemimpin UMNO agar mereka tidak melenting naik angin satu badan maka menjadi kewajipan untuk menyejukkan mereka dengan memberi khabar yang indah-indah untuk didengar serta berita yang mau didengar.

Perhimpunan Black 505 Padang Merbok dianggap gagal kerana langsung tiada sambutan...habis semua blog pro UMNO buat kisah di blog mereka dengan merakamkan gambar ketika waktu pagi dimana lokasi-lokasi berkumpul masih lenggang dan Padang Merbok masih belum diisi dengan peserta.

Blogger-blogger UMNO ini ingat rakyat jenis bahalol macam penyokong partinya.

Sebab itu tidak hairan mengapa para blogger UMNO gagal nak tawan jiwa dan hati anak-anak muda serta kilas apa jua fakta yang dikemukakan oleh para pejuang siber Pakatan Rakyat.

Nak lawan blogger PR kena dengan fakta bukannya dengan fitnah auta.

Faekah : Media Arus Perdana Sudah Tidak Mewakili Suara Rakyat

Posted: 22 Jun 2013 06:42 PM PDT


KUALA SELANGOR 22 JUN : Peranan dan pengaruh surat khabar dan televisyen "arus perdana" di kalangan rakyat semakin berkurangan ekoran jumlah pembaca yang berkurangan berbanding media sosial dan media internet.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin berkata dengan perkembangan itu media arus perdana tidak boleh lagi bermegah dan mendakwa mereka adalah media yang mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.
faekah purple wacana sinar red 01Malah, katanya, rakyat juga sukar mempercayai laporan berita media arus perdana.
"Arus perdana bermakna satu media yang diterima pakai sebagai fikiran kebanyakan rakyat Malaysia. Nak tentukan media perdana atau tidak ada dua cara iaitu jumlah pengedaran media cetak sehari di dalam negara.
"Macam Utusan Malaysia sekurang-kurangnya 50,000 naskah diedarkan ke jabatan kerajaan itu maknanya dah kira wajib. Yang nak jadi media arus perdana dan dikira adalah yang dijual di pasaran seperti kedai mamak.
"Manakala media elektronik atau siber dilihat dari berapa jumlah pembaca.
"Kalau dilihat perkembangan maka jumlah pembaca itulah yang memnggambarkan arus perdana," katanya ketika menjadi panelis dalam wacana bertajuk "Media Arus Perdana : Apa Nasib Pakatan Rakyat?.
Read More / Baca Lagi >>

A night with protestors at Padang Merbok

Posted: 22 Jun 2013 06:30 PM PDT

Daybreak. And the mild Malaysian sun greets a picture never seen before at Padang Merbok.
Tents dot the green. Young people inside them, awake. They stretch, they smile, they crawl out to greet others who slept under the moon to enjoy the cool weather.
They all start thinking of breakfast.
About 300 or so students and youth have been here since yesterday's political rally, which drew tens of thousands who believe there was election fraud at General Election 2013 and want the election commission to resign. Those who spent the night here have declared they WILL camp it out until the 13th Parliament of Malaysia sits tomorrow to make their point. They want change.
The activists include members of Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) but many others are young people who want to make their point that they have the resolve to see things through. Many have struck friendships here with those who were strangers just a day before.
The Malaysian Insider spent the night with them and found a scene filled with laughter, song, even little children scampering around screaming and squealing as they enjoyed an unorthodox weekend.
Enterprising traders had set up stalls at the padang to keep the protesters company and make a few ringgit selling drinks, finger food and burgers. There were also Blackout 505 badges, T-shirts and more of such to mark the occasion.
The secretariat too had set up shop, so to speak, on a pickup truck equipped with loudspeakers. Regular calls were made to reps from each tent to pick up free food and drinks.
A group of youth gathered around a friend who had brought a guitar and their raucous singing mocking the Election Commission brought rounds of applause from others.
A police patrol car passed through the Padang Merbok car park occasionally to make sure that the situation was safe and secure but otherwise did not interfere.
Marshals walked around to ensure those with nifty fingers did not cause any losses to the activists or curious passers-by.
A surprise visit from ABU leader Haris Ibrahim, who dropped by Padang Merbok at 1.05am, was warmly greeted by campers who had their pictures taken with him individually and in groups.
Haris told The Malaysian Insider that it was good to see everyone in a lighthearted mood and clearly enjoying themselves.
It was that, all right.
It did not start off that way when the first tents went up yesterday afternoon. There were scuffles when City Hall officers attempted to make them take down the tents. Padang Merbok comes under the control of City Hall and its own officers have powers to enforce the rules.
Read More / Baca Lagi >>

Dengarnya ada berita baik untuk negara, betul ke?

Posted: 22 Jun 2013 06:22 PM PDT

Waktu dan zaman berubah. Ia juga membawa perubahan kepada keadaan sesebuah negara termasuk politiknya sendiri. Negara kita tidak terkecuali dari melalui perubahan ini. Tidak mungkin keadaan sekarang mampu memberikan satu kerajaan yang benar-benar stabil dan berkesan.

Baik dari pihak kerajaan dan pembangkang, roh politik yang sebenarnya secocok dengan kehendak rakyat dan negara sudah tidak dapat di perkasakan lagi. Tidak mungkin kita akan mengalami satu keadaan yang pernah kita alami dahulu jika keadaan sekarang berterusan berlaku.
Ramai rakyat yang berfikir, dan ada juga pemimpin yang mencari jalan penyelesaian terhadap kecelaruan politik negara kita ini. Tentunya penyelesaian itu terbit dari pemikiran manusia yang insaf dan tekun mengamalkan introspeksi terhadap kecelaruan ini. Yang berfikir dengan bertanggungjawab akan sentiasa mencari kaedah untuk memperbaiki keadaan negara dan diri sendiri.
Di akhir-akhir ini ada kedengaran usaha beberapa pemimpin dikalangan ahli-ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan keadaan yang ada sekarang ini dan formula baru nampaknya sudah mula bertunas. Samada ia akan berjaya dilakukan, itu juga adalah ketentuan dari Tuhan Maha Esa. Seperti biasa keresahan dikalangan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli legislatif itu akan membawa perubahan dan gerak ini diharapkan adalah gerak yang diredhai Tuhan.
Kedengaran yang mereka bersungguh-sungguh mahukan perubahan ini dilakukan sekarang juga dan sambil itu melakukan transformasi yang sebenarnya yang diperlukan oleh negara dan rakyat. Jika gerakan ini menghasilkan perubahan kepada negara ia perlu mendapat sokongan semua pihak agar impian rakyat untuk hidup dalam 'environment' politik yang baru dan kesejukan siasah negara dapat dirasakan semua.
Kita mahukan sebuah negara baru, seperti yang selalu disebutkan oleh blog ini. Kita mahukan dasar yang baik perlaksanaannya. Kita mahukan imej rasuah yang tertempel kepada kerajaan hari ini dihapuskan dan 'stigma' BN itu rasuah, rasuah itu BN wajib dilenyapkan.
Imej ini tentulah datang bersama dengan manusia yang memimpinnya. Seperti yang blog ini selalu tekankan, tiada siapa dikalangan ahli-ahli kabinet sekarang berkemampuan untuk membawa perubahan ini kerana mereka semuanya terlibat dengan isu rasuah ini, setidak-tidaknya dalam erti kata 'collective responsibility' jemaah menteri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas dua tahun Akta Darurat dimansuhkan, perdebatan muncul kembali

Posted: 22 Jun 2013 06:18 PM PDT

Dua tahun selepas pemansuhan Akta Darurat (EO) penggubal undang-undang masih lagi belum pasti sama ada ianya langkah tepat dalam usaha untuk memerangi jenayah.
Pemansuhan dianggap sebagai baik atau buruk, bergantung kepada siapa anda bertanya.
Seorang peguam jenayah mengatakan sebagai seorang profesional, beliau bersetuju undang-undang pencegahan itu tidak diperlukan kerana menentang penahanan tanpa bicara.
Akan tetapi, sebagai seorang rakyat biasa, beliau bersimpati dengan polis yang telah mengatakan secara terbuka mereka bergantung kepada Akta Darurat apabila gagal untuk mendapatkan cukup bukti bagi mendakwa penjenayah tegar dan ketua sindiket.
Ini adalah pendirian seimbang diambil oleh peguam M. Athimulan apabila diminta memberikan komen terhadap laporan The Malaysian Insider di mana beberapa pegawai polis kanan menyalahkan peningkatan jenayah ganas disebabkan pemansuhan Akta Darurat pada tahun 2011.
Penasihat Yayasan Pencegahan Jenayah Selangor Tan Sri Ramon Navaratnam pada Julai tahun lepas mengatakan pemansuhan Akta Darurat menyebabkan seramai 2,000 bekas tahanan di Selangor bergerak bebas.
"Sebagai seorang rakyat saya akan kata EO mungkin diperlukan, akan tetapi perlu ada semak dan imbang untuk memastikan tiada penyalahgunaan oleh polis," katanya.
Seorang lagi peguam terkemuka Amer Hamzah Arshad bagaimanapun merasakan EO digunakan oleh polis sebagai alasan mudah untuk "melepaskan diri."
"Bagaimana mereka boleh kaitkan pemansuhan EO dengan peningkatan dalam kadar jenayah?
"Bagaimanapun, mereka tidak boleh membuat keputusan tanpa kajian terperici sebelum bercakap tentang ini?" soal beliau.
Beliau mengatakan polis seharusnya menyelesaikan kes jenayah dengan menyiasat kes dan menahan suspek hanya apabila mereka mempunyai bukti.
Amer mengatakan di bawah EO, polis akan menahan suspek di bawah EO.
"Dua tahun selepas itu mereka dibebaskan. Lepas tu apa? Soal beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Husam ditahan kerana ucapan ini?

Posted: 22 Jun 2013 06:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Adakah kerana ucapan pada perhimpunan aman Black 505 yang diadakan di Ketereh pada 12 Jun lalu menyebabkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan semalam?

Berikut adalah rakaman dan trasnskrip ucapan beliau pada himpunan aman itu.




Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarokatuh.

Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillahiwakafa Wassolatiwassalam wa'alalmustafa. Innallahayakmurkum bil'adil walehsan.

Allah berfirman, Allah memerintahkan kamu melakukan keadilan dan juga ehsan.

Sadakallahul'azim.

Yang berbahagia saudara Pengerusi, yang dikasihi Dato' Seri, yang dikasihi Dato' Haji Mohammad Yaakob, saudara Mat Sabu & semua Pimpinan yang hadir Hadirin Hadirat sekelian.

Saya lebih dulu ucap terima kasih pada Pihak Polis yang berikan kita Permit untuk berhimpun pada malam ini.

Maknanya Perhimpunan kita #Blackout505 adalah Perhimpunan Aman.

Kita bukan berhimpun nak gulingkan Kerajaan. Tapi kalau Kerajaan tu lemah sangat dia terguling dengan sendiri... Alhamdulillah... Tak de masalah.

"Sebab apa kita berhimpun..? Pada pendapat saya ada 2 sebab utama... Pertama adalah meraikan kekecewaan orang ramai terhadap Perjalanan Pilihanraya... Yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Kenapa mereka kecewa..? Mereka 100% yakin Pakatan Rakyat harus ataupun telah memenangi Pilihanraya PRU yang ke-13 dan mentadbir Putrajaya...

Kenapa kita kalah..? Dari segi undi, undi kita lebih besar daripada undi Barisan Nasional... Kenapa kita tak boleh mentadbir Putrajaya..? Kerana penipuan Pilihanraya. Jadi yang kecewa adalah Rakyat Jelata... Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) tidak boleh membentuk Kerajaan bagi membawa Malaysia yang lebih baik.

Bila mereka kecewa... Apa salahnya kita meraikan kekecewaan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan memberikan ucapan dan berhimpun bersama..?
Read More / Baca Lagi >>

Husam dibawa ke mahkamah majistret pagi ini

Posted: 22 Jun 2013 06:08 PM PDT


Isteri dan keluarga terdekat beserta orang ramai menunggu ketibaan Husam di IPD Pengkalan Chepa, malam tadi.

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu kira-kira jam 9.00 pagi ini oleh pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Mohd Hisyam Fauzi memberitahu, beliau yang bertindak sebagai peguam kepada Husam akan hadir untuk membantah penahanan itu.

Ini kerana, tegasnya alasan untuk mengambil tindakan tahanan reman tidak wajar memandangkan ucapan Husam sebelum ini belum dapat ditentukan adakah ia benar berkaitan dengan akta hasutan.

"Jadi kita akan membantah hasrat untuk tahanan reman itu apa lagi kes ini tidak begitu kompleks," ujarnya.

Hisyam seterusnya memberitahu Husam sendiri memberi kerjasama yang baik berhubung siasatan yang dilakukan terhadapnya.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Kelantan Berhimpun Tuntut Husam Dibebaskan

Posted: 22 Jun 2013 06:07 PM PDT


Malam Tadi Di Pengkalan Chepa Kelantan... # Bebaskan Husam Musa...

Take Note !!! : Penahanan Husam disabitkan dgn tuduhan akta hasutan bertujuan utk menghalang beliau menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013.....-fb

Update Info : Keputusan di IPD Kota Bharu (Pengkalan Chepa), Dato Husam Musa di tahan dalam lokap malam tadi untuk membantu siasatan....

Kita semua diminta berkumpul ESOK@AHAD jam 8.30pagi di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu....




Ambiga: SPR perlu jawatan letak kerana persempadanan semula dijalankan hujung tahun ini

Posted: 22 Jun 2013 06:05 PM PDT


Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan secara serta merta kerana persempadanan semula akan dijalankan hujung tahun ini.
Menurut Ambiga, dalam masa dua-tiga bulan ini jika kepimpinan SPR masih sama, tidak akan berlaku pembersihan dalam daftar pemilih.
"Ia tidak boleh diteruskan tanpa pembersihan daftar pemilih," kata pengerusi bersama Bersih 2.0 itu merujuk kepada proses persempadanan semula.
"Mereka bertanggungjawab terhadap daftar pemilih yang tidak bersih, mereka bertanggungjawab dalam dakwat kekal dan mereka bertanggungjawab dalam PRU yang paling kotor dalam sejarah," tambahnya.
Bersih 2.0 telah menganjurkan tiga perhimpunan untuk menuntut reformasi pilihan raya semenjak 2007.
Ketiga-tiga perhimpunan Bersih sebelum ini kesemuanya berakhir dengan keganasan polis.
Bersih juga sebelum ini juga mengumumkan akan mengadakan Tribunal Rakyat untuk menyiasat dakwaan kecurangan dan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu. - 22 Jun, 2013.

Letak Jawatan: Apa kata jika pimpinan SPR berkorban untuk kebaikan negara pula?

Posted: 22 Jun 2013 06:01 PM PDT

Shahbudin Husin

Perhimpunan aman di Padang Merbok sudah pun berakhir dengan aman dan tanpa sebarang kejadian buruk. Tetapi masih ada sekumpulan pendemonstrasi yang mahu terus kekal di Padang Merbok. Ada yang mahu berkhemah sehingga hari Isnin iaitu hari pembukaan sessi Parlimen baru yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong manakala yang lainnya pula mahu berkhemah sehingga Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan. Antara yang mahu berkhemah sehingga kedua pimpinan tertinggi SPR itu berundur ialah Tian Chua, Ahli Parlimen Batu.
Sehingga ini dilaporkan hampir 50 khemah-khemah kecil didirikan di kawasan Padang Merbok itu. Jumlahnya mungkin bertambah dengan penyertaan kumpulan anak-anak muda yang lain pula. Tetapi mereka yang berkhemah itu mungkin juga berhadapan dengan tindakan keras pihak berkuasa seperti DBKL dan polis atas kesanggupan berkhemah itu. Mungkin mereka bakal diangkut ke lokap polis atau khemah dirobohkan di tengah-tengah malam.
Walau apa pun risikonya, ternampak bahawa anak-anak muda berhati waja ini sedia menghadapi apa saja. Melihat kesediaan mereka jni, ternampak bahawa ia sudah mirip demonstasi yang berlaku di beberapa negara Arab sebelum ini di mana ada yang sanggup tidur di jalanraya sehinggalah tuntutan mereka dipenuhi.
Read More / Baca Lagi >>

Chegu Bard : SPR Penipu!!! - Blackout Pdg Merbok

Posted: 22 Jun 2013 05:55 PM PDT

Mat Sabu BLACK505 : Isu Perkauman Resipi Umno-BN Untuk Menang PRU-13

Posted: 22 Jun 2013 05:55 PM PDT

Ambiga : Tidak Boleh Adakan Persempadanan Semula Tanpa Pembersihan SPR

Posted: 22 Jun 2013 05:54 PM PDT

Anwar Black505 : PRU-13 Belum Selesai

Posted: 22 Jun 2013 05:54 PM PDT

Blackout505.Masjid Negara - Dr Dzul

Posted: 22 Jun 2013 05:53 PM PDT

Suasana Himpunan Black505 Di Padang Merbok

Posted: 22 Jun 2013 09:00 AM PDT

Black 505: Kita akan terus bantah secara aman

Posted: 22 Jun 2013 09:00 AM PDT

Anwar Black505 : Calon Speaker Dewan Rakyat Pakatan Tak Berat Sebelah

Posted: 22 Jun 2013 08:59 AM PDT

When the crowd comes marching in - Padang Merbok June 22, 2013

Posted: 22 Jun 2013 08:59 AM PDT

Anwar Black505 : Menang Minoriti Tapi Berlagak Besar

Posted: 22 Jun 2013 08:59 AM PDT

Black 505: Orang Asal Pun Ikut Sama

Posted: 22 Jun 2013 08:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 Orang Asal dari Tapah turut hadir dalam himpunan aman Black 505 di Padang Merbok bagi membantah penipuan Pilihan raya Umum ke-13 lalu.

Mereka telah disekat untuk keluar mengundi dan diberi rasuah kepada Orang Asal.

Nama mereka juga tiada dalam senarai pengundi.

"Kami turun bukan untuk huru hara tetapi untuk menuntut hak mereka.

"Hak kami telah dinafikan, kami datang untuk mengundi tetapi disekat. Kami bukan nak membunuh," kata Bahilit, 50, seorang wakil Orang Asal ketika berucap di hadapan Dataran Merdeka.

Mereka kesal kerana BN meminggirkan mereka sedangkan mereka berasal dari negara ini daripada generasi nenek moyang mereka.

BANTAHAN TERHADAP SPR DITERUSKAN , ANAK MUDA DIRI 100 BUAH KHEMAH...

Posted: 22 Jun 2013 08:54 AM PDT



Padang Merbok yang menjadi tempat himpunan Blackout 505 hari ini mula dibanjiri kira-kira 40 khemah yang didirikan peserta sebaik himpunan selesai kira-kira jam 6 petang tadi.

Ia adalah inisiatif NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan sebahagian daripada penganjur himpunan petang tadi.

SAMM sebelum ini bercadang memanjangkan protes terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama dua hari lagi sehingga ke hari anggota parlimen mengangkat sumpah Isnin depan.

kl black505 event camping 220613  Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Redzuan berkata mereka berusaha untuk menyediakan tandas kepada peserta perkhemahan tersebut.

Katanya, kemudahan tandas berdekatan tapak perkhemahan tersebut didapati dikunci kemas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Di sekeliling tapak khemah juga sudah mula kelihatan bendera-bendera SAMM dipacak membentuk satu perimeter.

Read More / Baca Lagi >>

Black 505 kemuka 3 tuntutan - Khalid Samad

Posted: 22 Jun 2013 08:47 AM PDT

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendakwa tujuan himpunan Black505 adalah untuk membuktikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa rakyat bersama PR membantah keputusan PRU13.

"Kita tidak rela ditipu oleh SPR, kita mahu pengerusi dan timbalan pengerusi SPR letak jawatan," katanya ketika memberi ucapan sempena himpunan Black505 di Padang Merbok.

Beliau pada masa sama menolak kenyataan bahawa himpunan berkenaan bertujuan untuk mewujudkan suasana huru hara dan cuba mencetuskan provokasi di Kuala Lumpur.

"Mereka kata akan berlaku huru hara, tetapi kita lihatlah sendiri hari ini, suasananya sungguh aman dan tenang," katanya.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor turut menyatakan bahawa kuasa rakyat sudah diiktiraf kerana rakyat dibenarkan secara aman untuk berhimpunan di Padang Merbok.

"Bila mereka membenarkan rakyat masuk dalam Padang Merbok, maknanya kuasa rakyat semakin diiktiraf.

Read More / Baca Lagi >>

Black 505: PR Mampu Perolehi 60 Peratus Undi Jika PRU-13 Bersih Dan Adil

Posted: 22 Jun 2013 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 JUN : Pakatan Rakyat berupaya memperoleh 60 peratus undi popular di dalam PRU-13 sekiranya pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan telus, tegas Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.
Beliau membidas kerajaan Umno-BN yang disifatkan lebih teruk daripada kerajaan junta Myanmar kerana tidak memberikan ruang yang mencukupi bagi liputan media di negara ini.
Anwar berkata bantahan terhadap keputusan PRU-13 adalah kerana wujudnya penyelewengan oleh calon gagasan Umno-BN.
"Inilah kecurangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional," kata Anwar dihadapan 50,000 peserta himpunan Black505 yang diadakan di Padang Merbok di sini.
Jelas Anwar, himpunan itu adalah untuk menghantar mesej jelas kepada kerajaan Umno-BN agar mengikut desakan rakyat dan merubah pentadbiran Suruhanjaya Pilihanraya dan pilihanraya.
Ujarnya, pimpinan SPR harus letak jawatan kerana gagal melaksanakan penggunaan dakwat kekal.
Sementara itu Anwar mengulangi pendirian Pakatan untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen kerana menghormati Yang Dipertuan Agong.
"Kita akan terus melaksanakan perubahan ini dengan secara aman, kita akan lawan sehingga rakyat bertakhta di dalam negara ini," kata Anwar.

Black 505: ‘Rosmah buka pintu’ cuit peserta himpunan

Posted: 22 Jun 2013 08:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jihad for Justice, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim mencuit perhatian para peserta himpunan aman Black 505 dengan dua buah lagi Tamil.

Beliau mendendangkan dua buah lagu yang bertajuk 'Umno curi' dan 'Rosmah buka pintu'.

Dalam kenyataan yang disiarkan KeadilanDaily sebelum ini, beliau berkata satu himpunan aman akan berlangsung di jalan masuk bangunan Parlimen anjuran Jihad for Justice pada jam 8 pagi, 24 Jun ini.

Menurutnya, himpunan berkenaan diadakan bersama 15 NGO lain untuk membuka mata kerajaan BN agar menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi menghentikan kejadian kekerasan anggota polis terhadap orang awam.

Berucap sebelum itu, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat kejutan mengumumkan kehadiran 'YAB Rosmah Mansor'.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: