Ahad, 9 Jun 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


GALAS mahu ISA dihidupkan semula

Posted: 09 Jun 2013 09:10 PM PDT


Mahu ISA dihidupkan semula
Sebahagian ahli-ahli pertubuhan yang hadir untuk membuat laporan polis di Balai Polis Trong.
 
TRONG – Pertubuhan Gabungan Panji Langkasuka Malaysia (Galas) menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihidupkan kembali dalam usaha membendung tindakan individu yang cuba menjatuhkan martabat institusi Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong.

Presidennya, Shahizan Sudin berkata, pihak pertubuhan turut menggariskan beberapa tindakan lain yang boleh diambil terhadap beberapa individu yang didakwa  menghina Yang Dipertuan Agong.

Menurutnya, antara lain, usaha mengkaji semula jenis dan bentuk hukuman yang setimpal seperti melucutkan kewarganegaraan dan dibuang negara.

"Kita juga berharap agar meletakkan kesalahan ini di bawah kuasa polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tujuan penguatkuasaan dan perlaksanaan," katanya  selepas membuat laporan polis di Balai Polis Trong,semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Mohd Azlan bin Mohd Sharif : Petisyen PRU13

Posted: 09 Jun 2013 08:25 PM PDT

Siaran media
Edaran segera

PETISYEN PILIHAN RAYA PERLU DITANGGUHKAN, BORANG 16 DI 727 KERUSI BUKTI UTAMA KESAHIHAN WARTA PRU13

Esok (10 Mei 2013) adalah hari terakhir kepada mana mana calon PRU13 yang berhasrat memfailkan petisyen pilihan raya di semua mahkamah tinggi di negeri masing masing. Pihak SPR telah mengeluarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013 dan memberi masa 21 hari daripada tarikh warta. Saya MOHD AZLAN BIN MOHD SHARIF telah membuat TUJUH (7) laporan polis pada 30 Mei 2013 dan 6 Jun 2013 di Balai Polis Klang bagi menyiasat undi hilang, salah kira undi, maklumat yang telah berubah,perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan dun, kerusi parlimen dan dun berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan, tindakan untuk anggota polis yang cuai dan kesilapan dalam warta corrigendum. Kemudian, warta corrigendum dikeluarkan pada 31 Mei 2013 dan hasil kajian saya kemudian mendapati terdapat TUJUH (7) kecacatan pada warta PRU13 iaitu:

1) 641 KERUSI YANG TERDAPAT PERBEZAAN MAKLUMAT ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS DIWARTAKAN CORRIGENDUM PEMBETULAN
2) 617 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUARKAN
3) 422 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUAR DAN DARI TIADA KEPADA ADA UNDI HILANG
4) 189 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUAR DAN UNDI HILANG
5) 40 KERUSI BERBEZA MAJORITI
6) 9 KERUSI BERBEZA PEMILIH
7) 36 KERUSI BERBEZA UNDI DIPEROLEHI CALON

Oleh itu, saya menggesa pihak SPR dan Pejabat Peguam Negara mengkaji semula tempoh masa petisyen bermula 31 Mei 2013 bermula tarikh corrigendum diwartakan bagi memberi masa kepada calon PRU13 membuat persediaan rapi. Sebenarnya warta PRU13 hanya boleh dibeli pada 27 Mei 2013 (6 hari menunggu mendapatkan warta rasmi dari 22 Mei 2013) dan warta corrigendum hanya mula dijual pada 5 Jun 2013 (5 hari menunggu dapat warta corrigendum dari 31 mei 2013). Oleh itu calon hanya ada 10 hari untuk bersedia berbanding 21 hari yang ditetapkan dalam undang undang.
Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: PAS sudah fail dua petisyen di Terengganu

Posted: 09 Jun 2013 08:22 PM PDT


KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu sudah memfailkan dua petisyen pilihan raya semalam di negeri ini iaitu untuk DUN Kuala Brang dan Hulu Besut.

Menurut sumber, satu atau dua petisyen lagi akan difailkan oleh PAS di Terengganu.


(Tun Salleh dan Datuk Wan Mutalib...dua peguam yang akan mewakili PAS dalam petisyen)

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS Shalahudin Jaafar kalah kepada calon BN, Nawi Mohamad sebanyak 1,570 undi di Dun Hulu Besut, Terengganu.

Shalahudin mendapat 6,314 undi manakala calon BN mendapat 7,884 undi manakala undi rosak adalah 170 dan peratusan keluar mengundi untuk Dun ini adalah 88 peratus.

Menurut peguam yang memfailkan kes ini, Saifudin Othman, pempetisyen kes ini adalah seorang pengundi bernama Mohamad Salleh bin Sidek.
Read More / Baca Lagi >>

Harun Taib: Kalau demo untuk revolusi saya tak setuju...jeng..jeng...!!!

Posted: 09 Jun 2013 08:04 PM PDT

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata, beliau akur dengan keputusan parti berhubung penyertaan dalam perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya 'Black 505' yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

NONEHarun (kanan) bagaimanapun berkata, kenyataannya sebelum ini yang mengatakan PAS tidak menganjur dan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut secara sukarela merupakan pendapat peribadi beliau.

Jelasnya, pendapat tersebut diberi sekiranya perhimpunan tersebut bertujuan untuk mengadakan revolusi.

"Saya kata kalau perhimpunan untuk revolusi itu saya tak setuju. Bercanggah dengan dasar parti.

"Tapi kalau perhimpunan aman dan ada ceramah. Itu tak apa. Kita memang kita dah biasa.

"Saya ikut keputusan parti. Keputusan saya sebelum ini pendapat saya sebelum parti ada keputusan. Jadi sekarang pendapat saya ialah ikut keputusan parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam dalam mesyuarat bulanan PAS, timbalannya Mohamad Sabu berkata, parti sebulat suara bersetuju untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat.

ELITE MAY RETAIN POWER IN UMNO: Like the Indians, Malays now behind the Chinese politically!

Posted: 09 Jun 2013 07:59 PM PDT

It is true that the 11 million Malay working class citizens of this country are living a struggle trying to match their stagnating salaries with the uncontrolled spiraling prices of goods and services that guarantee protection for the owners, stakeholders and investors.
It is even true that many of the 11 million Malays are resigned to living on a day-to-day budget, unable to even dream of month to month, let alone an annual plan of opportunities and financial progress.
ELITE MAY RETAIN POWER IN UMNO: Like the Indians, Malays now behind the Chinese politically!Meanwhile, even a one-eyed-man can figure out that the people within as well as those closely aligned with the UMNO barricades of power are living a lifestyle that mocks the Maharajas of bygone kingdoms.
Lamborghinis, banks and what-nots
Just try to make a list of all the UMNO political leaders' entourage of beneficiaries.
A VVIP's son drives a Lamborghini. Another makes millions even before he turned thirty. One easily shovels attractive oil contracts into his pocket leaving world renowned operators green in the eyeballs.
Another is milking the banking circuit – sending tentacles into numerous destinations in and outside this country almost overnight, while legacy-outfits meticulously and prudently managed over decades are still facing mountains of boulders in market capitalization. The list unending.
The Covenants of the Almighty Creator and as witnessed in the laws of order and nature, oppression has its limits. And Malaysians are very close to the edge now.
There is already an awakening among the masses. Alliances are being bridged cutting across race and religious barriers that were sealed in place by UMNO to protect all of its vested interests.
In the face of this growing realization even among the Malays who once were happy to be moored in the harbor of UMNO (Baru), the political architects and beneficiaries of UMNO are out to desecrate the social fabric of multi-racial Malaysia.
This they do by riling sentiments of fear and anger and envy by crucifying race against race.
Who will win?
Read More / Baca Lagi >>

IPCMC perlu untuk tangani kes kematian dalam tahanan – Sivarasa

Posted: 09 Jun 2013 07:58 PM PDT

sivarasaKUALA LUMPUR 10 JUN: Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) perlu bagi menangani kes kematian dalam tahanan serta mengembalikan kepercayaan rakyat kepada polis, kata Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah.
Beliau mengulas penolakan Menteri Kabinet berhubung cadangan pembentukan IPCMC dan mewujudkan Mahkamah Koroner bagi menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan.
Ahli Parlimen Subang itu berkata, perkembangan tersebut akan menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan membantutkan tuntutan penubuhan IPCMC akibat kegagalan memahami isu sebenar.
"Siasatan mahkamah bergantung kepada siasatan awal pihak polis. Masalah yang timbul dalam isu ini adalah kredibiliti polis, bukan mahkamah.
"Rakyat sudah tidak percaya kepada siasatan polis bila melibatkan kematian dalam lokap, maka suruhanjaya bebas ini bagi memastikan siasatan polis mempunyai sokongan kukuh sebelum dihantar ke mahkamah.
"Keengganan menteri membentuk suruhanjaya ini akan membuatkan rakyat berfikir menteri seolah-olah cuba melindungi kesalahan PDRM dan ini mengundang persepsi negatif pada pasukan itu," kata Sivarasa kepada Keadilan Daily.
Read More / Baca Lagi >>

STOP EVADING audits & disclosure on Petronas, 'Transparency Minister' Paul Low ticked off

Posted: 09 Jun 2013 07:55 PM PDT

The government and Petronas' responses to our call for audit of Petronas' businesses and tendering processes in Malaysia have been evasive at best and pathetic at worst. Evasive because they tried to deemphasize the real reason of our call for the audit of by putting blames on constraints in disclosing information about their international ventures. Pathetic because the way they responded gave an impression that it was not well-thought of. It has failed to give any good excuse why an audit is not needed; it has also failed to convince that Petronas upholds high level of integrity and transparency.
STOP EVADING audits & disclosure on Petronas, 'Transparency Minister' Paul Low ticked offOur new Minister in Prime Minister's Department, Datuk Paul Low has obviously not read well the 2013 Resource Governance Index (RGI) which is readily available on Revenue Watch Institute (RWI) website (http://www.revenuewatch.org/rgi/report) when he attributed Malaysia's ranking drop from 22nd spot in 2010 to 34th this year to Petronas' overseas agreements disclosures.
It is either that he has not understood the context of the report, or that he is trying to evade and deflect the entire issue by blaming governance or the lack of it in foreign countries Petronas has invested. In either case it is both embarrassing and disappointing, especially because the newly-minted minister has been helming Transparency International Malaysia in the past and is now expected to enhance integrity of a 'perceived' corruption-embattled administration.
Stop evading the key issues
The RGI is a country-by-country report card; it measures the quality of governance in the oil, gas and mining sector of 58 countries. It does not measure the quality of governance of a national oil company (NOC) of one country in another country. Via the Petroleum Development Act (PDA) 1974, Petronas is the de-facto owner, custodian, and regulator of upstream oil and gas in Malaysia; hence when one talks about governance and integrity of upstream oil and gas industry in Malaysia, it goes without saying that it is all about the governance and integrity of Petronas. In the context of RGI ranking, discussion about Petronas is essentially about its role within Malaysia; very little to do with its operations outside the country.
It is also extremely regrettable that even Tan Sri Shamsul Azhar Abas, the President of Petronas is unable to grasp the level of transparency required for a national oil company (NOC) with authority and monopoly such as Petronas, when all he aspires is to have the same disclosure standards as Exxon-Mobil or Shell. It has to be more than that. Reasons?
Actual performance
Well, Petronas being the sole custodian of this immense wealth is morally answerable to all its stakeholders, essentially every single citizen of Malaysia. It has various added responsibilities as a public listed company, which Exxon-Mobil and Shell do not have to bear. It has the obligation to ensure that it operates businesses in the most efficient way, with lowest total cost of ownership (not merely lowest initial capital expenditure of CAPEX) and highest yield amid fair and transparent contract distributions as well, as to enable grooming of local oil and gas service and technology providers to become global champions.
Read More / Baca Lagi >>

Punishing 51% of the electorate: Muhyiddin shows his LACK OF CLASS & BULLYING WAYS

Posted: 09 Jun 2013 07:53 PM PDT

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin should stop his "double-speak" as his open threat on Saturday of 47% minority government penalizing 51% majority of voters is the latest subversion and not defence of national institutions in the country.
It is surprising that Muhyiddin could be guilty or such "double speak" uttering totally contradictory sentiments at the same function, i.e. the BN thanksgiving function in Kundang Ulu, Johor.
Punishing 51% of the electorate: Muhyiddin shows his LACK OF CLASS & BULLYING WAYSAlthough Muhyiddin claimed that Malaysian voters have conveyed a clear message in the 13GE that they want the government to be more stern and bold in defending the important institutions in the country, "enforcing the law, upholding the country's
47% and Muhyiddin want to punish the remaining 51%
Constitution, and fighting crime effectively as well as eradicating corruption", Muhyiddin has completely nullified these high-sounding sentiments with his threat to discriminate and penalize 51% of the popular vote who supported Pakatan Rakyat and Datuk Seri Anwar Ibrahim in contrast to the 47% of the voters who supported Barisan Nasional and Datuk Seri Najib Razak.
Surely, Muhyiddin's declaration that the BN administration will direct "greater assistance" towards the communities that backed it during the general election, implying a punitive policy of neglect and discrimination for the 51% majority of the popular vote, is the most powerful proof that Najib has a long way to go to prove that he is Prime Minister of all Malaysians and not just 47% of Malaysians!
Or do we have a situation where we have Najib who wants to be Prime Minister of all Malaysians but Muhyiddin only wants to the Deputy Prime Minister for 47% of Malaysians?
When Muhyddin talked about the people's "clear message" in wanting the government to defend the important institutions in the country, he has missed the Elephant in the Room as it is UMNO/BN who must bear the full responsibility in the past three decades for undermining and subverting the key national institutions in the country.
Subversion & undermining
Read More / Baca Lagi >>

Rallies alone not enough

Posted: 09 Jun 2013 07:52 PM PDT

Public demonstrations aside, the rakyat must be made aware as to why wrongdoings by the BN government can no longer be ignored.

PKR strategy director Rafizi Ramli got it right when he said that the ruling coalition of Barisan Nasional is only capable of responding to "people power' and not 'intellectual arguments'.
Had 'intelligence' been BN's forte, the coalition would never have been desperate to win the once-in-five-years general elections.
And had BN been 'intelligent' enough to argue or debate, the fate of the nation would have been so much the better.
As such Rafizi is of the firm belief that public rallies are needed because it is the "only language" that the BN government  understands.
"BN does not respond to intellectual arguments. The same applies to the Elections Commission (EC).
Pakatan Rakyat had recently embarked on a series of 'Black 505′ rallies, claiming that BN had cheated its way into winning the recent general election.
Among their contentions were the indelible ink fiasco and the fact that they won 51% of the majority support but failed in their bid to wrest Putrajaya.
Rafizi also  said past incidents of public gatherings on issues pertaining to human rights abuse and the Internal Security Act (ISA) had shown that BN only responded to public rallies.
"BN knows that they can't pull off something like that. We don't give people money or  any publicity, yet hundreds of thousands of people participate in our rallies," Rafizi had said in an interview.
While the PKR leader feels public rallies are a good way for Malaysians to express their outrage over the fraudulent general election, Rafizi must bear in mind that rallies alone will not bring about the desired results.
Public demonstrations aside, the rakyat must be made aware as to why wrongdoings by the BN government can no longer be ignored.
Changing the people's mindset via a paradigm shift will do the trick and for that, besides organising big-time rallies, PKR and its partners DAP and PAS must continue to reach out to the rakyat at the grassroot level and educate them about the difference between 'manipulation' and 'fighting for their fundamental rights'.
Anger is good if used 'positively'
Read More / Baca Lagi >>

Selangor: Dr Dzulkefly dicadang wakili Pas di Pejabat MB

Posted: 09 Jun 2013 07:51 PM PDT


Dr Dzulkefly Ahmad SHAH ALAM – Pas Selangor mencadangkan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan parti dalam mesyuarat Pas Pusat dijalankan semalam.

Abdul Rani berkata, pelantikan Dzulkefly berdasarkan pengalaman beliau sebagai 'orang lama' dalam kancah politik di Selangor.

Menurutnya, Dzulkefly merupakan calon paling layak untuk memegang jawatan itu kerana sebelum ini beliau tahu mengenai apa berlaku di negeri ini.

"Kita dah bermesyuarat sebentar tadi dah memutuskan untuk mencadangkan Dzulkefly untuk memegang jawatan tersebut.

"Kita akan buat surat kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok (hari ini) berhubung perkara ini," katanya semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Selangor: DAP cadang Teresa jadi 'political laison'

Posted: 09 Jun 2013 07:50 PM PDT


Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok SHAH ALAM - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mencadangkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik Kerajaan Negeri Selangor (political laison).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan akhbarnya berkata, pelantikan Teresa adalah menyamai status dan syarat lantikan yang serupa dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

"Cadangan lantikan Teresa ini adalah bertujuan memastikan keseimbangan dan DAP adalah rakan kongsi sekata dalam Kerajaan Negeri PR.

"Dalam hal ini, Pas juga seharusnya diberi kelayakan sama dengan mempunyai seorang Pegawai Perhubungan Politik mewakili parti itu," katanya.

Terdahulu pada Kongres Nasional PKR ke-9 bulan lalu, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Saifuddin sebagai wakil Pegawai Perhubungan Politik kerajaan Selangor.

Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin betul-betul dalam dilema

Posted: 09 Jun 2013 07:48 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seruan untuk kedua-dua jawatan tertinggi Umno untuk tidak dipertandingkan betul-betul membuatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam dilema.

Menurut sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden Umno itu tidak berani menyambut seruan tersebut kerana terasa ada perangkap menantinya.

"Jika Muhyiddin sambut, bermaksud beliau tak akan mencabar bosnya (Datuk Seri) Najib (Razak). Tapi siapa yang boleh beri jaminan beliau tidak akan dicabar oleh (Datuk Seri) Ali Rustam dan (Tan Sri) Isa Samad.

"Jika Muhyiddin sambut sahaja, maka Najib sudah terselamat. Dan ini membuka peluang kepada semua musuhnya untuk menggulingkannya. Akhirnya seruan hanya akan tinggal seruan, hanya jawatan Presiden Umno tidak dipertandingkan," kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Semalam, Muhyiddin menegaskan bahawa hak menentukan pertandingan dua jawatan tertinggi Umno untuk berlangsung atau tidak, tidak terletak pada tangan individu pemimpin tapi ahli-ahlinya.

"Saya akan komen apabila tiba masa yang sesuai," kata Muhyiddin ketika ditanya samada beliau menyokong kedua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan.

Sebelum itu, Muhyiddin turut mengikut langkah untuk mematikan 1Malaysia Najib dengan mengisytiharkan bahawa (BN) akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO MUKA TAK MALU!!!!...SAMPAIKAN VAN JENAZAH UNTUK SURAU SUMBANGAN PIHAK LAIN PUN NAK MENGAKU DIA PUNYA!!

Posted: 09 Jun 2013 07:47 PM PDT


Apalah punya muka tak tau malu betul lah UMNO ni...sampaikan van jenazah sumbangan Bank Rakyat kepada Surau Nurul Amin, Kampong Banggol Pasir, Changkat Jering, Taiping, Perak, pun mengaku dia punya siap nak ada lambang UMNO terlekat di van tersebut.

Jelas Bank Rakyat dermakan kepada surau dan bukannya kepada UMNO...Yang UMNO dok pandai-pandai bubuh lambang dia kat van tersebut apa hal beb!!!!

Ingat Bank Rakyat tu kepunyaan UMNO ke?

Kalau sampai van jenazah pun UMNO berebut nak dapat nama walaupun bukan dari sumbangan parti tersebut, apa jaminan perkara lain.

Politik Ugut: Kerajaan paksa pengundi kembali ke BN dengan bantuan terpilih, kata Pakatan

Posted: 09 Jun 2013 07:41 PM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Jun – Barisan Nasional (BN) memaksa pengundi untuk kembali menyokong kerajaan dengan menghukum penyokong pembangkang menerusi bantuan terpilih, kata pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.
Khalid SamadGabungan pembangkang menghentam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji untuk memberi lebih banyak pertolongan kepada mereka ang menyokong BN pada Pilihan Raya 2013, menyifatkan langkah tersebut sebagai "memangsakan" pengundi dalam usaha mengekalkan dominan kuasa politik.
"Ia tidak memeranjatkan memandangkan perkara ini selalu menjadi cara BN yang suka menjadikan pengundi yang tidak memilih mereka sebagai mangsa dan hanya bantu pihak yang menyokong mereka," kata ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.
"Ini cara kekal berkuasa. Dengan menjadikan pengundi mangsa. Mereka akan mengekalkan keadaan ekonomi supaya Melayu akan terus menyokong mereka," kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.
Semalam,  Muhyiddin dilaporkan berkata akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum lalu, ia dilihat bertentangan dengan hasrat pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu mengadakan perdamaian kebangsaan.
"Mesej yang jelas adalah majoriti orang Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, masyarakat Siam serta orang-orang di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN.
"Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan," kata Muhyiddin dipetik semalam daripada agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.
Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: Jika MP PR takut kempunan, boleh sumpah hari lain

Posted: 09 Jun 2013 07:39 PM PDT

Sekumpulan NGO yang meragui ketelusan pilihan raya umum hari ini sekali lagi menggesa anggota Parlimen Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.

NONEJurucakapnya Badrul Hisham Shaharin (kanan) secara sinis berkata, jika ada wakil rakyat terbabit "takut kempunan memakai pakaian rasmi Parlimen" masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain.

"Mungkin akan ada yang berdegil atau takut kempunan memakai pakaian rasmi Parlimen, kamu boleh angkat sumpah di hari lain tetapi ambillah peluang untuk tunjukkan keberanian pada 24 Jun itu," katanya.

Badrul, pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tulang belakang dalam gabungan #SuaraRakyat505 berkata, gesaan ini juga merupakan ujian buat Pakatan sama ada benar ia sanggup bersatu bersama rakyat atau sekadar menggunakan nama rakyat bagi mendapat tempat.

Kumpulan itu pada 6 Jun lalu mengadakan sidang media mengumumkan akan memulakan kempen pemulauan majlis angkat sumpah dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik berkaitan supaya mengambil langkah itu pada minggu itu juga.

Mereka berpendapat, keraguan terhadap profesionalisme, ketelusan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta petisyen yang sedang berjalan membuatkan timbul syak berhubung keputusan pilihan raya.

Prof. Mohamad Agus: SPR FAILED!

Posted: 09 Jun 2013 08:51 AM PDT

Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.
Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.
Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.

Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR?
Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!

Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian:
(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan;
Read More / Baca Lagi >>

Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah lama tiada, kenapa disebut-sebut lagi?

Posted: 09 Jun 2013 07:33 AM PDT

Akhir-akhir ini ramai yang bercakap tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberikan keistimewaan untuk Bumiputra bagi membolehkan mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua bangsa dinegara ini. Matlamatnya hanya satu iaitu untuk mencapai perpaduan kaum kerana isu pembahagian kekayaan negara merupakan satu isu yang dilihat sebagai penyebab berlakunya tragedi 13 Mei empat puluh tiga  tahun dahulu.
Menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum serta menghapuskan cara mengenali sesuatu kaum itu melalui fungsi ekonominya merupakan teras DEB melalui tindakan 'social and economic engineering' yang teratur dan tersusun telah dilakukan dengan baik pada awalnya. Hasilnya tercapailah satu lagi matlamat untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan diantara yang berada dan tidak berada.
Selalu blog ini mengingatkan kejayaan awal itu. Dari 2.7 peratus pegangan kekayaan negara oleh Bumiputra pada tahun 1970 dahulu, orang Melayu telah mencapai ketahap 18.4 peratus kekayaan itu pada tahun 1984 dahulu. Barang diingat pegangan kekayaan oleh Bumiputra itu adalah termasuk harta yang dimiliki oleh agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan Bumiputra.
Sehingga hari ini masih ramai yang tidak tahu definasi DEB itu sendiri walaupun mereka diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya. Pertamanya dasar itu sendiri sudah tidak wujud lagi dan ramai yang tertanya-tanya, mana kah dia DEB itu sekarang? DEB kata orang, DEB kata mereka. Tetapi mereka masih tidak tahu apakah DEB itu dan apakah matlamatnya.
Sebenarnya DEB itu mempunyai hanya satu matlamat. Matlamatnya ialah penyatuan rakyat semua kaum. Apa yang di sebutkan sebagai menghapuskan cara pengenalan kaum melalui fungsi ekonominya, mengurangkan jurang perbezaan pandapatan diantara yang berada dan tidak berada dan yang lain-lain itu hanyalah proses untuk mencapai matlamat perpaduan kaum itu.
Read More / Baca Lagi >>

4,600 ahli UMNO sertai PKR, Sabah !!!

Posted: 09 Jun 2013 07:30 AM PDT

SERAH....Sahar menyerahkan borang keahlian seramai 4,600 orang ahli UMNO menyertai PKR kepada Anwar Ibrahim pada Majlis Himpunan Black Out 505 Sabah.

SAHAR BAWA 4,600 AHLI UMNO SERTAI PKR

LIBARAN : Gara-gara hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO Libaran, seramai 4,600 orang ahli daripada 38 buah cawangan telah keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu menyertai PKR yang diketuai sendiri Mantan Calon Bebas Parlimen Libaran, Sahar Saka, petang kemarin.

Upacara kemasukan beramai-ramai ahli tersebut telah diadakan di Dewan Hakka, bersempena Program Himpunan Blackout Sabah dan penyerahan borang kemasukan tersebut telah diterima oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan seramai lebih 2,000 para penyokong parti Pakatan Rakyat (PR) yang melibatkan PAS, PKR dan DAP.

Dalam ucapan ringkasnya, Sahar antara lain menjelaskan tujuan beliau dan para pengikutnya menyertai PKR kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan UMNO yang didakwanya terlalu banyak melakukan perkara songsang.

"Saya nyatakan dengan ikhlas yang tidak bermusuhan dengan Datuk Hj Juslie Ajirul dan saya juga tidak bermusuhan dengan Datuk Hj Zakaria Hj Edris. Walaupun saya sudah berpindah kapal, namun soal fahaman ideologi politik yang berbeza kita ketepikan dulu; yang penting kawan tetap kawan," jelasnya.

Kata Sahar, terdapat beberapa pemimpin kanan UMNO Pusat yang menyelar beliau sebagai orang yang tidak pandai beruntung dan orang yang tidak pandai bersyukur dan berterima kasih serta tidak mengenang budi kepada UMNO kerana menyertai PKR.
Read More / Baca Lagi >>

A ‘C.I.D’ Cabinet

Posted: 09 Jun 2013 07:26 AM PDT

JUNE 9 — Compromised. Insulting. Dangerous.

These three words describe aptly members of the Malaysian Cabinet formed following GE13.

* Compromised
Tengku Adnan Mansor is the least qualified to speak about the rule of law and following the law. This politician was found guilty by the Royal Commission of Inquiry of subverting the course of justice by trying to fix the appointment of judges.
The RCI recommended action against Tengku Adnan and five others for offences under the Sedition Act, Official Secrets Acts, Penal Code and the Legal Profession Act. The government disregarded the findings of the RCI, allowing Tengku Adnan to continue his political career. So today, he is a minister, giving him the platform to preach and lecture Malaysians, as he did when he chastised the Opposition for continuing its mass rallies.
"I would like to advise that we live in a place with law and order…we do not follow the laws of the jungle, " he said, explaining why the police refused to grant a permit for the Opposition rally in Padang Merbok.
Can someone found guilty of subverting the rule of law talk about law and order? Can a compromised individual take the moral high ground?
* Insulting
Paul Low is a fast learner. He has adopted the preferred method of speaking to Malaysians by those in power: insult them.
He says that there is no need to place the MACC under the Special Parliamentary Committee as the anti-corruption agency is already independent.
"We agree that the MACC is performing its duties well and professionally but we also accept that many have an unclear perception towards the role of the MACC, " said Low.
Read More / Baca Lagi >>

Bukit Beruntung yang tidak untung - Part 2

Posted: 09 Jun 2013 07:13 AM PDT


SIRI KEDUA

Jika sebelum ini penulis hanya mendengar cerita daripada kawan-kawan yang pernah ke sana dan tidak boleh menggambarkan suasana yang diceritakan itu dan hanya mampu mengiyakan dan mengangguk sahaja.


(Pangsapuri yang ditinggalkan)

Bahkan penulis rasa tidak ada keperluan untuk ke sana memandangkan tempat itu bagi penulis ianya mungkin terlalu jauh memakan masa dan meletihkan kerana perjalanan ke tempat itu mengambil masa hampir dua jam.

Bagaimanapun demi tugas yang diberikan akhirnya penulis mahu atau tidak mesti menjejaki dan meneroka tempat tersebut sekali gus dapatlah menggambarkan suasana sebagaimana yang pernah diceritakan kawan-kawan sebelum ini.

Ahad lalu, akhirnya penulis sampai juga ke tempat yang dimaksudkan. Sampai sahaja tempat yang dituju penulis sudah mula mendapat gambaran jelas apa yang pernah diceritakan kawan-kawan sebelum ini.

Bukit Beruntung yang tidak untung, itulah 'tag line' yang diberikan oleh rakan-rakan yang pernah menjejaki kawasan ini, namun sejauhmana ianya tidak untung mungkin penduduk dikawasan itulah yang maha menilainya.

Keluar sahaja tol Bukit Beruntung menuju ke Kuala Kubu Baru, penulis terus terkesima sebaik melihat kawasan ini yang penuh dengan bangunan dan lot rumah kedai yang terbiar seolah-olah berada di kawasan yang ditinggalkan penduduk kerana 'berhantu'.

(Rumah kedai yang tidak ada peniaga)

Menyelusuri jalan Jejarum yang dipenuhi dengan gudang yang hampir keseluruhan sudah rosak. Bukan sahaja cat yang sudah luntur tetapi habis semua tingkap, pintu, bumbung, dinding sudah tercabut. Barang yang bernilai seperti besi dan aluminium usah ditanya mungkin sudah lama dikebas apatah lagi dengan semak samun yang semakin menyubur.

Pendek kata, jika dibaik pulih perlukan modal yang besar untuk jadikan rumah itu pulih sediakala. Dikhabarkan bangunan ini sudah mempunyai milik kemudian mahu diberi sewa malangnya tiada penyewa akhirnya jadilah bangunan yang usang.

Boleh dikatakan hanya segelintir sahaja lot rumah kedai yang berpenghuni dan kebanyakkan menjalankan kerja-kerja seperti baiki kereta, kilang kusyen, kilang plastik dan satu atau dua sahaja yang mengusahakan kedai makan. Memang waktu malam kawasan ini gelap dan sunyi.

Kawasan Bukit Beruntung, yang seluas 1,275.92 hektar dan salah satu kawasan yang mempunyai banyak projek terbengkalai. Malah di sekitar Hulu Selangor sahaja 11 projek terbengkalai yang melibatkan kawasan di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Lembah Beringin, Batang Kali, Serendah, Rasa, Kerling, Hulu Bernam dan Sungai Choh.


(Rumah teres yang terbiar tanpa penghuni)

Rekod tersebut turut menunjukkan jumlah keseluruhan unit yang terbengkalai adalah 3,832 unit termasuk rumah teres dan teres berkembar, lot banglo dan banglo setingkat, kedai bertingkat dan bangunan pejabat serta bangunan perindustrian.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor perlu fokus kepada Anjung Utara - Part 1

Posted: 09 Jun 2013 07:12 AM PDT




(Warna biru yang dikuasai BN di Selangor)


KEGAGALAN Pakatan Rakyat untuk menang lima kerusi parlimen di utara Selangor  dalam PRU13 pada 5 Mei lalu seharusnya diberi perhatian serius oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk penggal kedua ini.

PRU lalu BN menang bergaya di lima kerusi berkenaan iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Kesemuanya berada di utara Selangor dan di kawasan pengundi Melayu.

Kerusi parlimen Kuala Selangor yang disandang oleh PAS turut dirampas semula oleh BN dalam PRU lalu.

Walaupun Pakatan Rakyat  terus mentadbir negeri ini dengan memenangi 44 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun, kehilangan lima kerusi itu harus dikaji mengapa ianya tidak menjadi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lepas.

Kehilangan lima kerusi itu, sebagaimana dijangka oleh sesetengah pihak kerana sebab-sebab tertentu antaranya projek-projek pembangunan yang dijalankan kerajaan Pakatan Rakyat pada penggal pertama belum menyeluruh.

Antara yang jelas masalah projek terbengkalai merupakan isu utama yang sering dibangkitkan penduduk sehingga daerah ini dikatakan sinonim dengan pembangunan terbengkalai.

Kesan buruk pembangunan itu bermula sejak zaman pemerintahan BN lagi dan rakyat mahu agar peralihan kuasa di peringkat negeri mampu membawa perubahan.

Malangnya, hampir sepenggal penguasaan Pakatan Rakyat di Selangor, tiada sebarang perubahan membanggakan dapat dipersembahkan kepada rakyat di kawasan ini.


(Bukit Beruntung yang tidak untung)

Terdapat sebanyak 11 projek terbengkalai di sekitar Hulu Selangor melibatkan kawasan di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Lembah Beringin, Batang Kali, Serendah, Rasa, Kerling, Hulu Bernam, Rawang dan Sungai Choh.

Rekod tersebut turut menunjukkan jumlah keseluruhan unit yang terbengkalai adalah 3,832 unit termasuk rumah teres dan teres berkembar, lot banglo dan banglo setingkat, kedai bertingkat dan bangunan pejabat serta bangunan perindustrian.

Pembangunan keseluruhan kawasan tersebut bermula antara 1995 hingga 2006 dan kawasan paling banyak pembinaan terbengkalai adalah Bukit Beruntung dan sekitar Bukit Sentosa serta Lembah Beringin.
Read More / Baca Lagi >>

Yang UMNO Takuti: DAP punya pukulan... Cina Penang buat kerja hilang akal kepada Masjid di Penang..!!

Posted: 09 Jun 2013 07:10 AM PDT


(Kisah Benar)    Pg tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.    "Saudari, nak tengok x? Jangan terkejut plak.." kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.    Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah RM500. Tujuan : Wakaf Bil Eletrik Dan Air Masjid. Subhanallah..... Orang bukan Islam pun hari ini sudah pandai menderma kepada Masjid...    "Ni baru satu, ada 3 resit kat saya semuanya. RM500 lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg Kedah," kata sahabat saya kepada saya.    "Masya Allah. Banyaknya. Sampai RM1500 dia sumbang," saya mencelah.    "Ni untuk bulan Ogos, dia kata kalau berniaga untung lagi, bulan September nanti dia bagi lagi," sahabat saya menambah.    Allah Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.    Kepada para sahabat, ayuh. Kita sama sama ambil iktibar. Jadikan apa yang saya lalui untuk memberi keazaman kepada kita untuk terus menyumbang untuk agama kita.    Moga Allah merahmati kita semua. Amin...    Wassalam
Pagi tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.

"Saudari, nak tengok x? Jangan terkejut plak.." kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.

Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah RM500. Tujuan : Wakaf Bil Eletrik Dan Air Masjid. Subhanallah..... Orang bukan Islam pun hari ini sudah pandai menderma kepada Masjid...

"Ni baru satu, ada 3 resit kat saya semuanya. RM500 lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg Kedah," kata sahabat saya kepada saya.

"Masya Allah. Banyaknya. Sampai RM1500 dia sumbang," saya mencelah.
"Ni untuk bulan Ogos, dia kata kalau berniaga untung lagi, bulan September nanti dia bagi lagi," sahabat saya menambah.

Allah Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

Kepada para sahabat, ayuh. Kita sama sama ambil iktibar. Jadikan apa yang saya lalui untuk memberi keazaman kepada kita untuk terus menyumbang untuk agama kita.

Moga Allah merahmati kita semua. Amin...

Black 505 Padang Merbok Tetap 15 Jun: PAS Kerah Semua Ahli Turut Serta

Posted: 09 Jun 2013 07:06 AM PDT


PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Ada SILAP MATA dalam pencerobohan Sabah

Posted: 09 Jun 2013 07:05 AM PDT

Komen Santai Misi Jahat Kiram
Terbaca dalam Sinar Harian temu bual wartawan Sinar Harian dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.

Datuk Pahlawan Hamza berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas dilancarkan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin Mat mengesahkan dan memaklumkan kepada DP Hamza bahawa 60 hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam serta 'half uniform'. Mereka mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada pagi 12 Februari.
Pertemuan dengan pihak penceroboh diadakan sebanyak tiga kali iaitu 14, 15 dan 16 Februari.
Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai 'Royal Sulu Force' dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI).
Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.
Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.
Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun dia tetap tidak mahu beralah.
Read More / Baca Lagi >>

PAS cadang Jabatan Audit Negara audit Petronas

Posted: 09 Jun 2013 06:51 AM PDT


KUALA LUMPUR, 9 Jun — Jabatan Audit Negara dicadang menjalankan siasatan audit ke atas Petronas, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) hari ini, di samping mengkritik Petronas dan Datuk Paul Low kerana tidak faham punca utama kejatuhan Malaysia dalam kajian ketelusan pengurusan pendapatan.
Dzulkefly berkata hanya agensi tersebut mampu menentukan ketelusan syarikat petroleum negara tersebut, serta laporan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan.
"Kami cadangkan audit dijalankan oleh Jabatan Audit Negara, disokong oleh pasukan teknikal yang bebas dan berkelayakan.
"Laporan penuh perlu diketengahkan di Parlimen untuk ia dibahaskan," kata Dzulkefly dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini.
Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu kemudiaan mengkritik Low kerana tidak memahami punca utama Malaysia jatuh dalam senarai Resource Governance Index (RGI)  tersebut dengan menyalahkan perjanjian Petronas di luar negara yang tidak didedahkan.
"Dalam konteks RGI, pemarkahan ke atas Petronas dibuat berasaskan peranannya dalam Malaysia; sebahagian kecil sahaja melibatkan operasi di luar negara," kata Dzulkefly yang merujuk kepada kenyataan Low, menteri baru kabinet yang dilantik menguruskan portfolio integriti dan rasuah.
Dzulkefly juga mengkritik tindakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas yang mengatakan syarikat petroleum negara tersebut telah mengikut piawaian pendedahan saman seperti syarikat minyak luar negara lain seperti Exxon-Mobil dan Shell.
"Petronas secara moralnya bertanggungjawab kepada semua pemegang saham, khususnya kepada rakyat Malaysia.
"Berbeza dengan Exxon-Mobil dan Shell yang tidak perlu mematuhi sebarang tanggungjawab moral, Petronas bukan syarikat senarai awam... mereka mempunyai tanggungjawab sebagai sebuah entiti tunggal yang menguruskan minyak dalam negara," katanya lagi membidas kenyataan Shamsul Azhar baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Prof. Mohamad Agus: SPR FAILED! (LM)

Posted: 09 Jun 2013 08:09 AM PDT

Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.

Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013. 

TU DIA........ KALAU SESIAPA TERJUMPA NIK ABDUH AMBIK GAMBAQ DIA....

Posted: 09 Jun 2013 05:15 AM PDT





Semua ahli PAS dikerah sertai Black 505 15 Jun

Muhammad Faizal, 09 Jun 2013
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.

Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505.

AMACAM ORANG PAS??

Posted: 09 Jun 2013 12:50 AM PDT


 WALLA.....

Bukan nak kempen untuk muktamar...akan tetapi generasi bijak pandai alim ualama dalam PAS harus tahu pendirian dan keberanian sebagai orang cerdik pandai, alim ulama dan juga pejuang. Macamana nak pimpin jemaah jika takut dan tidak pernah turun ke padang.Semua cara telah dilakukan sesuai dengan prinsip negara ini, namun apa yang dilakukan tidak berhasil.Jika anda , sebagai pemimpin, dan rakyat sendiri yang celik akan asam garam politik negara, cara apakah lagi yang sesuai????  menerima takdir semata-mata? Ini orang alim ulama boleh jelaskan.

2 pimpinan PAS yang dihormati ini diletakkan dalam blog ini sebagai contoh sahaja kerana mereka ini bercakap soal menerima hakikat dan menentang proses demokrasi. Belum pun ada yang meninggal akibat keganasan dan tidak pun berlaku keganasan. Sebab itu kenyataan tokoh ini ditentang. Banyak lagi tokoh dalam PAS yang bercakap tetapi tidak di letakkan dalam pos ini, supaya generasi bijak pandai dalam PAS, alim ulama dan pejuang harus tahu memilih akan pimpinan di barisan hadapan. Insyallah bagi yang rasa tidak terpaksa atau mahu bersama pimpinan yang lain, anda di persilakan. Dalam hal ini tiada parti mana-mana yang menghasut.......kecuali tokoh pejuang Mat Sabu sebagai Timbalan Presdiden. Mungkin Presiden tidak mengeluarkan arahan, tetapi Mat Sabu bagi arahan..... (jaga-jaga bang Mat..kot nanti kalah dalam pemilihan sebab tak Walla)


Nik Mohamad Abduh

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan.

Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang. Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.