WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Prof. Mohamad Agus: SPR FAILED! (LM)
- TU DIA........ KALAU SESIAPA TERJUMPA NIK ABDUH AMBIK GAMBAQ DIA....
- AMACAM ORANG PAS??
Prof. Mohamad Agus: SPR FAILED! (LM) Posted: 09 Jun 2013 08:09 AM PDT Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal. Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013. | ||||||
TU DIA........ KALAU SESIAPA TERJUMPA NIK ABDUH AMBIK GAMBAQ DIA.... Posted: 09 Jun 2013 05:15 AM PDT Semua ahli PAS dikerah sertai Black 505 15 Jun
Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi. "Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti. "Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya. Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini. "Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat. "Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau. Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur. Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505. | ||||||
Posted: 09 Jun 2013 12:50 AM PDT WALLA..... Bukan nak kempen untuk muktamar...akan tetapi generasi bijak pandai alim ualama dalam PAS harus tahu pendirian dan keberanian sebagai orang cerdik pandai, alim ulama dan juga pejuang. Macamana nak pimpin jemaah jika takut dan tidak pernah turun ke padang.Semua cara telah dilakukan sesuai dengan prinsip negara ini, namun apa yang dilakukan tidak berhasil.Jika anda , sebagai pemimpin, dan rakyat sendiri yang celik akan asam garam politik negara, cara apakah lagi yang sesuai???? menerima takdir semata-mata? Ini orang alim ulama boleh jelaskan. 2 pimpinan PAS yang dihormati ini diletakkan dalam blog ini sebagai contoh sahaja kerana mereka ini bercakap soal menerima hakikat dan menentang proses demokrasi. Belum pun ada yang meninggal akibat keganasan dan tidak pun berlaku keganasan. Sebab itu kenyataan tokoh ini ditentang. Banyak lagi tokoh dalam PAS yang bercakap tetapi tidak di letakkan dalam pos ini, supaya generasi bijak pandai dalam PAS, alim ulama dan pejuang harus tahu memilih akan pimpinan di barisan hadapan. Insyallah bagi yang rasa tidak terpaksa atau mahu bersama pimpinan yang lain, anda di persilakan. Dalam hal ini tiada parti mana-mana yang menghasut.......kecuali tokoh pejuang Mat Sabu sebagai Timbalan Presdiden. Mungkin Presiden tidak mengeluarkan arahan, tetapi Mat Sabu bagi arahan..... (jaga-jaga bang Mat..kot nanti kalah dalam pemilihan sebab tak Walla) Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini. Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei. "Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan. Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13. Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang. Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan