Selasa, 4 Jun 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


June 15 rally chance for Zahid to repair his image, escape trap set by Najib, Dr M

Posted: 04 Jun 2013 08:45 PM PDT

Chegubard pleads not guilty to violating PAA during Black 505 rally in PJ

Posted: 04 Jun 2013 08:44 PM PDT

LAGI HADIAH BN BUAT RAKYAT MALAYSIA

Posted: 04 Jun 2013 07:20 PM PDT

LU FIKIR LAH SENDIRI

Apa Binatangnya "Red Bean Army" Itu?

Posted: 04 Jun 2013 07:19 PM PDT

Tuduhan "Red Beans Army' dibiayai DAP terbukti bohong

KUALA LUMPUR, 4 JUN: Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star didakwa menyiarkan berita yang tidak berasas mengenai 3,000 tentera siber "Red Beans Army" kononnya dibiayai DAP, bukannya berdasarkan fakta dan kebenaran yang sepatutnya menjadi pegangan wartawan akhbar berkenaan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, bagaimana mereka yang kononnya bergelar wartawan boleh bersekongkol mencipta penipuan mengenai 3,000 tentera siber "Red Beans Army" dibiayai DAP yang hanya wujud dalam imaginasi liar mereka.

Katanya, pembohongan mengenai Red Beans Army yang kononnya dibiayai DAP hanya sebahagian daripada jalan cerita yang lebih besar sejak Januari lalu untuk memburuk-burukkan DAP dengan pembohongan dan penipuan serta paling menyedihkan apabila terdapat bekas ahli dan pemimpin DAP yang bersedia untuk bertindak begitu hina dengan berbohong dan menipu untuk meneruskan agenda UMNO/BN.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, siasatan awal mendapati satu konspirasi yang dibiayai UMNO telah dilancarkan tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen, 3 April lalu untuk memburuk-burukkan DAP, termasuk dongeng 3,000 tentera siber "Red Bean Army".

"Mereka mendakwa DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu membiayai tentera siber "Red Beans Army" bertujuan membunuh karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.
Read More / Baca Lagi >>

‘Only IPCMC can end custodial deaths’

Posted: 04 Jun 2013 07:17 PM PDT

Crime watch group calls for immediate establishment of IPCMC amid mounting reports of custodial deaths.
PETALING JAYA: Only the establishment of an Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) would put an end to custodial deaths and disciplinary issues of PDRM.
The Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) said today the independent, external oversight body should consist of "high ranking PDRM officers, retired police officers, judges and a few representative of NGOs".
"(The) committee established by PDRM which headed by IGP himself is not good enough which may subject to many cover ups," MyWatch chairman R Sri Sanjeevan said in a press statement.
"(We) would like to offer ourselves to be part of IPCMC, being a crime watchdog with former IGP (Inspector-General of Police) Musa Hassan as our patron," he added.
Sanjeevan commended Home Minister Ahmad Zahid Hamidi's statement in which the latter said his ministry and PDRM "will never tolerate officers who do not follow the standard operating protocols of PDRM".
Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU13: Pemuda PAS cadang pilihan raya semula

Posted: 04 Jun 2013 07:16 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan agar pilihan raya diadakan semula berikutan terlalu banyak pendedahan mendakwa berlakunya penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, ianya juga dikuatkan lagi dengan sejumlah 85 petisyen yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat dan BN sekaligus menyaksikan petisyen terbanyak dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

"Melihat kepada semua ketempangan ini, sepatutnya juga, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk membubarkan kerajaan sedia ada bagi memberikan laluan kepada pilihanraya umum baharu yang lebih adil, bebas dan demokratik.

"Dengan petisyen yang dikemukakan berjumlah 85 buah daripada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, dengan pendedahan-pendedahan sensasi daripada Rafizi Ramli mahupun pemimpin lainnya, sudah cukup meletakkan noktah terakhir pada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR. Sepatutnya kedua-duanya telah lama dipecat atau meletakkan jawatan ekoran kegagalan mereka menguruskan amanah yang sebesar ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, beberapa pendedahan dibuat oleh Rafizi termasuk satu kes di mana seorang calon Dun dari BN di Parlimen Besut telah membeli kertas undi pos daripada pegawai SPR dengan harga RM 100 satu kertas.
Read More / Baca Lagi >>

Pemerintah tidak perihatin hukum agama - DUPP

Posted: 04 Jun 2013 07:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan persembahan tayangan separuh bogel di sebuah pasaraya di Segamat secara terbuka sesuatu yang mengaibkan dan tidak mempedulikan sensitiviti agama.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata, ianya juga menunjukkan betapa pemerintah hari ini kurang perihatin terhadap hukum agama.

"Kejadian aib ini adalah petanda bahawa pemerintah harini kurang mempedulikan sensitiviti agama, khususnya dalam pelanggaran hukum allah secara terbuka.

"Pihak berkuasa sepatutnya sedar bahawa keizinan yang diberikan untuk penganjur mengadakan pertunjukan separuh bogel ini bukan sahaja mengundang bala daripada Allah, tetapi juga akan merosakan moral masyarakat," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus menegaskan, masyarakat Islam hari ini menjadi semakin jauh daripada agama, kemudian berhadapan pula dengan media massa yang menawarkan paparan hiburan di luar batasan akhlak, termasuk media baru yang begitu bebas membentuk pemikiran generasi muda.
Read More / Baca Lagi >>

Bila Mahathir Mula Menyanggah UMNO..!!!

Posted: 04 Jun 2013 07:14 PM PDT


1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.
2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

4. Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

5. Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.

6. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

7. Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Pahang

Posted: 04 Jun 2013 07:13 PM PDT

Orang politik dan SPR

Posted: 04 Jun 2013 06:53 PM PDT

Khairul Naim Rafidi

Saya begitu tertarik apabila ramai yang "melabon" tentang kisah-kisah "penipuan" dan lakonan citrawarna SPR. Tidak kira sebelum dan selepas PRU, SPR sering menjadi subjek kepada kemarahan banyak pihak yang mengkritik kebebasan badan tersebut. Antara isu yang menjadi perdebatan hangat adalah berkenaan dengan pemilihan anggota suruhanjaya itu sendiri.
Dalam hal ini saya sarankan kita selak kembali helaian undang-undang tertinggi Perlembagaan Persekutuan. Dalam perkara 114(1) memetik :
"Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang ahli lain."
Jelas dalam undang-undang tersebut menyatakan bahawa tujuh individu tersebut dilantik oleh Yang Di ― Pertuan Agong selepas mendapat nasihat (consultation) daripada Majlis Raja-Raja.
Hal ini secara kiasnya berbeza dengan perlantikan ― perlantikan lain yang memerlukan nasihat Perdana Menteri. Oleh itu, YDPA bertanggungjawab memastikan perlantikan bebas daripada pengaruh politik.
Namun begitu, kejadian demi kejadikan menunjukkan bahawa sokongan rakyat kepada SPR seolah berkurangan dan ini adalah perkara yang membimbangkan.
Dalam "The Truth" yang disediakan oleh SPR menyatakan dengan jelas bahawa hal-hal korupsi, pengundi hantu dan sebagainya adalah tidak benar. Malah kes seperti pengundi hantu tidak pernah langsung dibuktikan dalam mahkamah sepanjang sejarah PRU.
Saya terkejut membaca kenyataan tersebut kerana dalam kes Haris Mohd Salleh v Ismail Majin [2000] 3 MLJ 434 jelas menunjukkan bahawa pilihan raya 1998 di Likas adalah tidak sah kerana terdapat unsur seperti konspirasi, pengundi hantu dan amalan rasuah. Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dengan jelas menyatakan dalam konklusinya :
"In conclusion, I would declare that the 1998 Electoral Roll for Likas Constituency (N13) is illegal, and that the election held in March 1999 for Likas Constituency is null and void. I will inform the SPR of this decision in due course."
Read More / Baca Lagi >>

Kritik tarian separuh bogel sifat mundur kata MCA

Posted: 04 Jun 2013 06:47 PM PDT

SEGAMAT: Sekutu Umno dalam BN, MCA mengutuk mereka yang mengkritik persembahan "belly dance" di hadapan 500 orang, termasuk kanak-kanak di sebuah pasaraya di Segamat, dan berkata protes sedemikian menunjukkan "kemunduran".

Bukan itu sahaja, MCA cawangan Segamat berkata saranan Ketua PAS Segamat Firdaus Masod supaya Majlis Daerah Segamat ataupun Pejabat Agama Daerah Segamat mengambil tindakan terhadap penganjur kerana tidak sensitif terhadap budaya tempatan ialah satu langkah yang keterlaluan.

Lee Hong Tee, pengerusi MCA Segamat berkata tarian belly dance adalah satu aktiviti yang sihat dan bersifat persembahan.

"Memandangkan PAS menganggap belly dance sebagai aktiviti melanggar apa yang dikatakan budaya Malaysia yang normal, ini menunjukkan PAS tidak boleh bertolak ansur dengan aktiviti seni yang sihat," tegas Lee.

Lee turut menuduh PAS cuba mengenakan nilai-nilai dan sifat-sifat autoritarian kepada orang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Pengundi Tak Pecaya: SPR harap ketelusan tidak dipersoal lagi..???

Posted: 04 Jun 2013 06:43 PM PDT


 Abdul Aziz Yusof KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap menerusi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang akan memantau fungsi dan kawal sedia badan itu, persepsi negatif berhubung kebebasan dan ketulusan SPR tidak lagi dipersoalkan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, sekiranya persepsi ini dapat dihakis, keyakinan rakyat terhadap SPR dapat diperkukuhkan.

Namun, beliau tidak menjangkakan rakyat akan mengubah pandangan mereka sekelip mata terhadap SPR, hanya menerusi jawatankuasa tersebut.

"Susah sikit kerana dalam politik belum tentu mereka (rakyat) ubah pandangan mereka; boleh jadi ya atau tidak.

"Sebab itu kita ada kertas untuk perancangan bagi memecahkan tugasan kepada isu daftar pemilih dan persempadanan semula," katanya kepada Sinar Harian.

Read More / Baca Lagi >>

Nama Nik Abduh disalahguna dalam facebook

Posted: 04 Jun 2013 06:40 PM PDT


Nama Nik Abduh disalahguna dalam facebook
Laman sosial Nik Abduh Fan Club yang tercatat kenyataan berkenaan, namun identiti pihak bertanggungjawab tidak dikenal pasti.
 
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan terlibat dalam mengeluarkan kenyataan di laman facebook 'Nik Abduh Fan Club'.

Sambil tidak tahu menahu siapa dalang di sebalik kenyataan itu, menurut Nik Abduh yang juga Timbalan Pemuda Pas Pusat, beliau tidak pernah menulis kenyataan tersebut dan turut tertanya-tanya tentang pihak yang bertanggungjawab menggunakan namanya untuk tujuan itu.

"Saya menafikan apa yang tercatat itu dan tidak pernah menulis kenyataan tersebut," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Nik Abduh berharap rakyat negara ini lebih bijak menilai selain mengkaji maklumat diperolehi sebelum mempercayainya agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang kenyataan disebarkan media sosial.

Dalam laman sosial Nik Abduh Fan Club semalam tertera kenyataan 'Pas tidak memerlukan undi daripada golongan sekularis, humanis dan sosialis daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menang. Sebaliknya DAP dan PKR memerlukan undi Pas untuk menang, dan pemimpin PR diharap sedar dengan kekuatan Pas'.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menyaksikan Nik Abduh yang juga anak bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dengan majoriti 8,047 undi.

New lists for PM Najib

Posted: 04 Jun 2013 06:39 PM PDT

Najib should step up his performance to please the rakyat as he has proclaimed that he has obtained the mandate from the rakyat.

PAS central working committee member, Dzulkefly Ahmad has commented recently that BN has no second-echelon leaders to take over the parties' leadership after the current top leaders retire.
Perhaps too that is why former prime minister Dr Mahathir Mohamad has plumped for current Prime Ministe, Najib Tun Razak as the best man to lead the nation. Simply because there is no one in sight!
This is unlike Pakatan Rakyat (PR) who have many second-echelon leaders who can take over once the top leaders retire.
Listed below are the lists of capable up-and-coming PR leaders who are the future leaders of their respective parties.
PKR: Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai MP), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia State Assemblyman and Deputy Speaker for the Selangor State Assembly), Rafizi Ramli (Pandan MP), Tian Chua (Batu MP), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan State Assemblyman and member of Selangor EXCO), N Surendran (Padang Serai MP), R Sivarasa (Subang MP), Baru Bian (Ba Ke'la'lan State Assemblyman)
PAS: Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (Temerloh MP), Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang MP), Mahfuz Omar (Pokok Sena MP), Khalid Samad (Shah Alam MP), Nizar Jamaluddin (Changkat Jering State Assemblyman), Hanipa Maidin (Sepang MP and PAS legal counsel).
DAP: Tony Pua (Petaling Jaya Utara MP), Lim Lip Eng (Segambut MP), S Kulasegaran (Ipoh Barat MP), Gobind Singh Deo (Puchong MP), Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub MP), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera MP), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Mentakab State Assemblyman), Kasthuri Patto (Batu Kawan MP), Hannah Yeoh (Subang Jaya State Assemblyman and Speaker for the Selangor State Assembly)
Special mention has to be made for M Manogaran, a well-known DAP Indian leader who lost in the battle for the parliament seat of Cameron Highlands to MIC President, G Palanivel. He will be filing an election petition to dispute the polls result.
Of course there are many more names besides the above but these lists just goes to show that Pakatan is the team for the present and the future.
The legislators above are chosen as this columnist knows them personally, have spoken to them or read their statements in the papers. Therefore there will be some lawmakers especially from East Malaysia who will be inadvertently left out.
Fun in parliament
PM Najib would do well to note how the best men and women in his cabinet fail to match up to Pakatan's lists above.
With the new 13th Parliament term beginning on Monday, June 24, it will be interesting to see how the quality of debates stack up between the PR and BN MPs.
Hot issues will of course be the 'weird incidents' that happened before and during the 13th general election especially on polling day May 5, 2013. Let us see how the BN MPs refute the arguments of the Pakatan MPs.
Read More / Baca Lagi >>

PKR hantar petisyen PRU pada 10 Jun

Posted: 04 Jun 2013 06:34 PM PDT


Rafizi Ramli PETALING JAYA - PKR akan memfailkan petisyen berhubung keputusan PRU13 pada pada 10 Jun depan. kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, walaupun tarikh itu yang diberikan peguam terlalu dekat dengan tarikh terakhir bantahan iaitu 12 Jun, namun PKR akan tetap menghantar petisyen pada hari berkenaan kerana perlu membuat senarai terakhir dengan lebih terperinci.

"Petisyen bukan satu kerja mudah dan kerana itu kami tidak mahu tergesa-gesa. Terlalu banyak perincian yang perlu di perinci.

"Kami berharap, ia akan berjalan lancar dan setakat ini pegawai-pegawai yang menyelaras sedang mengemas kini kesemua maklumat berserta bukti," katanya kepada media, di sini, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Realiti seorang banduan di penjara Sg Buloh

Posted: 04 Jun 2013 05:58 PM PDT

Oleh SAFWAN ANANG
Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan sepanjang aku di Sg Buloh. Patutlah bila ditanya kepada bekas tahanan ISA, setiap hari dalam tahanan pasti ada cerita baru..sedangkan aku hanya... berada di sana selama 3 hari 2 malam. Cabaran aku sebenarnya telah bermula sebaik sahaja mengambil keputusan supaya tidak dijamin…lawyer cuba pujuk, tapi aku nekad untuk teruskan niat protes…Sudah kali keempat aku ditahan, tapi belum pernah bermalam di lokap mahupun penjara.


Setelah 4 orang diikat jamin, tinggal lah aku seorang diri di dalam lokap mahkamah Duta..kemudian dipindahkan bersama 35 banduan lain yang telah selesai perbicaraan dan akan dibawa kembali ke penjara Sg Buloh. Lokap cukup bising dan ditambah dengan bau yang meloyakan. Aku dilihat seperti orang asing, sorang-sorang datang berjumpa bertanyakan " Kau ni kes apa? Seksyen berapa? ".

Apa yang sudah menjadi kebiasaan banduan ni adalah menghafal seksyen-seksyen yang berkaitan dengan kes mereka. Sorang ni cakap aku 39 (B) (kes dadah), aku ni pulak seksyen 9 (kes senjata api), yang sorang ni pulak seksyen 302 (kes bunuh), seksyen 376 (kes rogol) dan seksyen bla bla bla. Sekali aku pun menjawab, " Aku seksyen 4 Akta Hasutan ". Hah??? Semuanya ternganga mulut bila aku sebut kes yang aku dituduh. Tak pernah dengar pun! Aku hanya mampu tersenyum, nanti lah aku cerita panjang.
Read More / Baca Lagi >>

Hadiah PRU13: Boikot barang mahal - MB Terengganu

Posted: 04 Jun 2013 05:56 PM PDT


Boikot barang mahal
Ahmad (dua, kanan) melawat gerai pada Karnival Usahawan Mega Peringkat Zon Timur 2013, di Kuala Terengganu, semalam.
 
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyarankan kepada orang ramai supaya memboikot kedai yang menjual makanan mahal bagi menyelesaikan masalah cekik darah di negeri ini.

Katanya, beliau selalu menerima rungutan daripada masyarakat tempatan dan pelancong mengenai harga makanan mahal.

Menurutnya, beliau sendiri pernah merancang untuk membina sebuah restoran yang menjual makanan dengan harga murah tetapi bimbang ia akan dianggap sebagai menjejas mata pencarian peniaga.

"Saya rimas dengan rungutan pelancong tentang makanan mahal di negeri ini.

"Sebab itu saya sarankan supaya jangan beli, tetapi masalahnya mereka beli juga," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Mega Peringkat Zon Timur 2013 di Dataran Shahbandar, di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Beli kertas undi: Tuduhan tiada kaitan SPR - Wan Ahmad

Posted: 04 Jun 2013 05:54 PM PDT


Wan Ahmad SHAH ALAM - Tuduhan yang mendakwa calon BN di Terengganu 'membeli' kertas undi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi bagi pihak mereka demi memastikan kemenangan parti itu tiada kaitan dengan suruhanjaya itu.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sekiranya terdapat bukti kukuh berlakunya perbuatan tersebut, mereka dinasihatkan untuk membuat kepada pihak yang berkaitan seperti polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, setakat ini SPR tidak menerima sebarang laporan mengatakan ada calon BN merampas, menawar rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR di Jerteh seperti didakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

"SPR menjalankan proses pilihan raya. Bagi mengurus pilihan raya umum, SPR melantik 230,000 petugas sepanjang proses ini. Searamai 100,000 bertugas di pusat mengundi. Secara khususnya, setiap petugas perlu mengikut peraturan yang disediakan dan menjaga tatasusila semasa menjalankan tugas," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Masalah Umno bukan lagi persepsi tetapi realiti

Posted: 04 Jun 2013 05:52 PM PDT


KUALA LUMPUR: Masalah utama Barisan Nasional (BN) bukan persepsi tetapi realiti yang kian menjerumuskan negara ke arah mala petaka, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Apa yang dilihat dan dirasai oleh rakyat akibat pemerintahan BN bukan lagi persepsi tetapi realiti.

"Rasuah yang makin parah adalah realiti, penipuan dalam pilihan raya adalah realiti, kematian demi kematian dalam tahanan polis adalah realiti, perbuatan Umno api-apikan perkauman adalah realiti, semuanya bukan persepsi," katanya.

Begitu juga, kata Mahfuz, apabila Malaysia dilaporkan terlibat dengan penyeludupan steroid selepas dilaporkan terlibat dengan penggubahan wang haram, semua itu adalah realiti.

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui kelemahan utama kerajaannya adalah dalam mengurus dengan lebih baik persepsi negatif yang disebarkan secara meluas di dalam talian yang dikuasai oleh elemen anti-BN.

Mahfuz menolak pandangan itu dengan menekankan apa yang disebarkan oleh rakyat yang tidak mahu lagi menerima pemerintahan BN bukanlah persepsi tetapi realiti penyelewengan dan salah guna kuasa BN yang sebenarnya berlaku.

"Bila rakyat bangkitkan isu lembu dan kondominium umpamanya, itu bukan persepsi tetapi realiti yang diakui oleh orang-orang Umno sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Perjuangan Umno sudah tidak bertenaga

Posted: 04 Jun 2013 05:51 PM PDT


KUALA LUMPUR: Selepas keputusan PRU13, parti komponen BN nampak gelabah sehingga ada cadangan untuk menjadikan BN parti tunggal.
Selain itu, ada cadangan membubarkan semua parti komponen menjadi satu sahaja seperti yang disuarakan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.


Mesyuarat MT UMNO, Jumaat lalu, bersetuju mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan itu dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini ditambah pula kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan Umno menang bukan kerana kuat,  tetapi kerana Melayu berjaya ditakutkan sehingga mereka mengundi Umno pada PRU13.


"Sampai bila Melayu hendak ditakutkan kerana Melayu yang berjaya ditakutkan sudah tidak ramai, sebagaimana orang Melayu sudah tidak ramai yang takut kepada  hantu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang kepada Harakahdaily.

Menurutnya, Umno berada pada situasi yang merbahaya jika hanya mengharapkan Melayu menyokong berdasarkan emosi kerana Melayu yang celik maklumat dan faham agama tidak diserang dengan budaya takut.

Read More / Baca Lagi >>

EAIC pertimbang mulakan siasatan terhadap kematian dalam tahanan, tembakan polis

Posted: 04 Jun 2013 05:50 PM PDT

Nor Afizah Hanum Mokhtar: Tidak tunduk kepada polis. – Gambar oleh Saw Siow FengPUTRAJAYA, 5 Jun – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mempertimbangkan membuka penyiasatan terhadap kematian dalam tahanan atau tembakan maut polis atas inisiatif sendiri, selepas lapan orang mati dalam tahanan polis tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EAIC Nor Afizah Hanum Mokhtar mengatakan suruhanjaya itu sedang melihat kepada mekanisme untuk menyiasat kematian dalam tahanan N. Dharmendran berumur 32 tahun, yang mati pada 21 Mei disebabkan dipukul berkali-kali semasa berada dalam tahanan reman di ibu pejabat polis kontigen di Kuala Lumpur termasuk kematian R. Jamesh Ramesh di ibu pejabat polis kontigen Pulau Pinang pada 26 Mei.

"Kami sedang melihat bagaimana kami boleh menyiasat kematian dalam tahanan polis, seperti Dharmendran dan seorang lagi di Pulau Pinang, walaupun tiada sesiapa buat aduan," kata Nor Afizah Hanum kepada The Malaysian Insider semasa wawancara eksklusif di pejabatnya pada Isnin.

"Kami mahu menyiasat kes yang mempunyai kepentingan awam, walaupun kami tidak menerima sebarang aduan," tambah beliau.

Seksyen 28 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan mengatakan EAIC boleh memulakan siasatan dengan inisiatif sendiri mengenai perkara melibatkan kepentingan awam.

Nor Afizah Hanum mengatakan EAIC – yang menyiasat aduan salah laku terhadap 19 agensi penguatkuasaan, termasuk polis – terjejas disebabkan kekurangan tenaga kerja untuk menyiasat kematian dalam tahanan sebelum ini, menyatakan suruhanjaya itu masih belum menerima aduan bersifat jenayah.
Read More / Baca Lagi >>

U.N. believes chemical weapons used in Syria

Posted: 04 Jun 2013 05:46 PM PDT

#OccupyGezi: What do they want?

Posted: 04 Jun 2013 05:46 PM PDT

The origins of Turkey's Occupy Gezi movement

Posted: 04 Jun 2013 05:45 PM PDT

Tipu PRU: Calon BN rampas kertas undi petugas SPR, bayar RM100

Posted: 04 Jun 2013 07:28 AM PDT

RafiziPETALING JAYA 4 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan salinan laporan polis yang menunjukkan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, merampas kertas undi pos daripada 25 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Menurut saksi yang enggan namanya didedahkan, pada 29 April lalu, beliau bersama 24 orang lagi petugas SPR yang akan bertugas pada hari mengundi dipanggil oleh calon BN Hulu Besut, Nawi Mohamad di Bilik Mesyuarat DUN Kampung Chegar, Batang Pasir Akar.
Setelah semua mereka memasuki bilik tersebut, pintu kemudiannya dikunci dan mereka diarahkan untuk menyerahkan kertas undi masing-masing yang belum dipangkah. Mereka turut dibayar RM100 setiap seorang.
Akibat merasa tidak senang dengan tindakan calon BN itu, beliau bersama tiga lagi petugas berkenaan kembali ke pejabat DUN itu keseokan hari untuk mengambil semula kertas undi mereka.
"Setelah kertas undi diberi semula kepada kami, saya dapati kertas undi tersebut telah dipangkah tanpa pengetahuan dan kebenaran kami," kata saksi terbabit dalam laporannya yang diedar Rafizi kepada media di ibu pejabat parti hari ini.
Menurutnya lagi, beliau menjadi saksi bahawa sebanyak 20 lagi kertas undi pos  yang tidak dikembalikan telah dimasuk ke dalam peti undi.
Read More / Baca Lagi >>

Komentar Kini

Komentar Kini


Pengundi Terengganu sudah berubah

Posted: 04 Jun 2013 01:22 AM PDT




Kawan saya kata atau kata kawan saya pada saya orang Terengganu sudah berubah. Apakah yang berubah itu?

Jawapannya mudah, Kerajaan Pas tumbang pada PRU 11 (2004) kerana dapat duit ehsan RM 300 satu kepala daripada umno Terengganu.

Katanya lagi, PRU 13 PAS Terengganu naik hampir seratus peratus dari 8 kerusi kepada 15 kerusi, sedangkan kerajaan pusat beri bantuan RM 500 satu kepala.

Betul juga kata kawan saya itu bahawa pengundi Terengganu sudah berubah iaitu tak sama macam PRU 11 (2004).

Pada PRU 11 (2004) orang Terengganu dituduh orang  bodoh kerana tolak PAS pilih umno yang jelas sudah 50 tahun mengkhianti  bangsa Melayu.

Macam lagi tuduhan dilemparkan. Ada yang kata orang Terengganu macam "ikan keli" makan umpan dengan kailnya sekali.

Sehbungan dengan itu terlintas dihati saya bukan, bukan, bukan belaka.Gelombang biru bukan punca kekalahan PAS Pada PRU 11 (2004).

BN buruk pada PRU 13 baru baru ini berpunca kerana sombong dan angkuh pucuk kepimpinan. Mereka bukan setakat sombong dan angkuh malah rakus mengumpul harta sehingga lupa tugasnya sebagai pemimpin.

Anda mungkin faham dengan apa yang pernah berlaku itu. Itulah punca sebenar kekalahan teruk PAS Terengganu. Macam juga tumbangnya PAS Kedah pada PRU 13.

Kebanyakan EXCO jadi buruk reputasinya kerana jawat jawatan itu, menteri besarnya juga turut terpalit juga.

Saya tidak tahu kenapa boleh jadi macam itu, sedangkan mereka duduk dalam parti islam. Lainlah umno mereka tidak kisah halal dan haram. Hentam belaka.

Ssehingga hari ini tiga orang sahaja bekas EXCO Terengganu belum jadi buruk reputasinya, manakala 7 orang lagi jadi buruk.

Bukan setakat itu sahaja, malah apabila dicalon namanya pada PRU 13  5 Mei lepas awal awal lagi pengundi memberontak.

Maka PAS Terengganu boleh naik balik jika calonnya orang baru yang belum ada sebarang kes tidak sepertimana yang sudah ada kes sepanjang menjadi wakil rakyat dan EXCO sebelum ini.

Oleh itu, duit ehsan RM 300  satu kepala kepada rakyat Terengganu bukan punca kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 11 (2004) tetepi kemasukan 30 peratus pengundi luar yang menjadi puncanya.

Tenguk pada PRU 13 lepas bukan sahaja rakyat diberi bantuan RM 500 malah wang ehsan RM 300, RM 100 kepada pelajar, RM 250 kepada remaja, tetapi pengaruh PAS Terengganu boleh naik hampir seratus peratus.

Pokok pangkalnya reputasi pemimpin yang menjadi puncanya.Yang sangat tidak wajar mereka merasa merekalah yang pandai lantas membiarkan perkara terpencil dan mendewa dewakan perkara yang besar.



Tukar Tiub

Tukar Tiub


YA AMPOON - JANGAN HINA SESAMA MANUSIA

Posted: 04 Jun 2013 07:00 PM PDT



INI MENGHINA?
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

SKMM tahan suspek hina Agong di Facebook
KUALA LUMPUR, 4 Jun — Suspek yang dipercayai menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial Facebook kini disahkan telah berjaya ditahan, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


--------

BABI MULA TERBANG

Posted: 04 Jun 2013 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - Masyarakat Islam dalam kelompok ASEAN yang berjumlah kira-kira 220 juta orang perlu bangkit menjadi kuasa yang konsisten dalam usaha menggalakkan keamanan, toleransi antara agama serta...

BABI 
MULA TERBANG


  • Najib seru minoriti Muslim Asean kuatkan negara
  • NONE Najib  Razak hari ini menyeru umat Islam minoriti pribumi agar terus menyumbang bagi memperkukuhkan negara mereka dalam rangka menyelesaikan konflik di negara mereka.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...BILA NAJIB CAKAP HAL ISLAM... BABI AKAN TERBANG...kah kah kah..

kah kah kah...BILA NAJIB CAKAP HAL ISLAM.... KATAK NAIK MOTOSIKAL...kah kah kah..

kah kah kah.... BILA NAJIB CAKAP HAL ISLAM.... VINCENT TAN JADI IMAM MASJID NEGARA... kah kah kah..

woit...BILA NAJIB CAKAP HAL ISLAM.... ROSMAH MANSOR JADI ANMAK DARA.... kah kah kah
-------

BERHIMPUN DI KUALA LUMPUR

Posted: 04 Jun 2013 08:00 AM PDT


Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka, jika SPR tidak letak jawatan, kata Mat Sabu
TAPAH, 27 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu. Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga…
TURUN TURUN

Lebih 50,000 undi 'hilang' di seluruh negara, pengundi lapor polis »

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
(Masdar Wahid) PETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan…


KUMPULKAN KEMARAHAN
DATANG
KE KUALA LUMPUR
DATARAN PADANG MERBOK
jam 2:00 petang

------

SATU LAGI PENIPUAN

Posted: 04 Jun 2013 06:30 AM PDT





CALON BN MERAMPAS KERTAS UNDI POS UNTUK DIPANGKAH SENDIRI

Dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara.

Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan.

Selama ini pun, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain.

Bersama-sama ini saya tampilkan satu laporan polis yang jelas menunjukkan bahawa seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa:

1.      Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci;
2.      Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang;
3.      Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain;
4.      Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah;
5.      Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan
6.      Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya

Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya.

Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi



BERSEDIA
DI DATARAN MERBUK
KUALA LUMPUR
jam 2:00 petang
sabtu





--------

SILA BANTU SIRUL DAN AZILAH

Posted: 04 Jun 2013 02:00 AM PDT



 BERCAKAP BENAR
UNTUK SELAMAT
DARI TALI GANTUNG
KOMENTAR TUKAR TIUB
sila bantu dua mangsa najib ini
kalau silap hari bulan
dua orang bekas polis ini akan digantung mati

mereka di tuduh membunuh altantuya

kalau ada sesiapa yang kenal keluarga mereka
sila nasehatkan keluarga mereka
minta sirul dan azilah
berkata benar

kemukakan kepada mahkamah:

1 - siapa suruh mereka bunuh altantuya
2 - siapa upah mereka untuk bunuh altantuya

dua soalan ini jika diberitahu kepada mahkamah
pasti orang yang bertanggung jawab akan di dakwa

jika tidak mereka akan digantung

NOTA
kes najib di paris
sedang berjalan



Sirul mahu Mahkamah Rayuan isytihar perbicaraan Altantuya silapPUTRAJAYA, 3 Jun ― Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul

KAUM KELUARGA
KENALAN DAN KAWAN
SILA BANTU SIRUL DAN AZILAH
UNTUK SELAMATKAN  DARI
TALI GANTUNG

------

BERITA BARU MASUK - LAST KOPEK

Posted: 03 Jun 2013 10:02 PM PDT




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KENAPA TETIBA BERITA NAJIB  AKAN DI LAWAN MUNCUL?... kah kah kah..

kah kah kah...RUPA RUPANYA KU LI .... NAK ROLL SEKALI LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah...INI LAST KOPEK UNTUK SEORANG GHURKHA....kah kah kah

JENG JENG JENG

JENG JENG
JENG

woit... ADA MB DAN SUDAH BERANI  MINTA NAJIB UNDUR.... kah kah kah...

kah kah kah... MB DARI MANA KAH ITU?.... kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA TAHU... SILA GOYANG TANGAN.... kah kah kah


Setuju Presiden UMNO, timbalan tak dicabar

Seremban: UMNO Negeri Sembilan sebulat suara bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti, akhir tahun ini. »

SIAPA 
NAK TIKAM SIAPA

--------

TOLONG JANGAN HINA SESAMA MANUSIA

Posted: 03 Jun 2013 08:30 PM PDT


KOMENTAR TUKAR TIUB
tukar tiub menyokong
untuk dihukum sesiapa yang menghina raja
malah bukan sahaja menghina raja
menghina sesiapa pun patut dihukum

ORANG MELAYU
wajib disedarkan bahawa
duli itu ialah  debu di tapak kaki

ORANG MELAYU
wajib diberi tahu bahawa
pacal itu ialah anak anjing

ORANG MELAYU
wajib diberi tahu
yang maha mulia duli tuanku
maknanya yang maha mulia debu di tapak kaki

ORANG MELAYU
wajib diberitahu 
patek pacal yang hina
maknanya saya anak anjing yang hina

ORANG MELAYU
wajib diberitahu
menyembah duli
maknanya menyembah debu di tapak kaki

JUSTERU
tolong jangan hina orang melayu


NOTA
kenapa dewan bahasa dan pustaka
tidak memainkan peranan
menerangkan makna perkataan
kepada orang melayu 
dan warhga malaysia

PATEK
PACAL YANG HINA

'Hukum individu hina Raja'

 Oleh Rozdan Mazalan, Mohd Iskandar Ibrahim, Norrasyidah Arshad dan Luqman Arif Abdul KarimCetak
Kuala Lumpur: Individu yang menghina dan melemparkan tohmahan terhadap institusi Raja akan berdepan tindakan undang-undang tanpa sebarang tolak ansur.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek, berkata siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti identiti sebenar pemilik akaun Facebook, Melissa Gooi berdasarkan alamat IP sebelum tindakan pendakwaan dilakukan.
Selain itu, katanya, siasatan polis turut dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan tindakan mana-mana individu tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kebebasan media dibawa ke muka keadilan. 


------

SIAPA SEDANG ASAH KAPAK?

Posted: 03 Jun 2013 08:00 PM PDT




SENYUM 
DALAM DAGING
KOMENTAR TUKAR TIUB
apa maknanya berita ini?

inio maknanya telah ada rancangan
untuk terajang najib

najib gagal untuk dapat dua par tiga
najib gagal untuk rampas selangor
najib lebih buruk dari dolah badawi

najib akan diterajang

komen komen ini
adalah komen bodek
untuk selamat kan diri

atau pun tanda bayar hutang
tanda terima kaseh pada najib

Setuju Presiden UMNO, timbalan tak dicabar

Seremban: UMNO Negeri Sembilan sebulat suara bersetuju jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti, akhir tahun ini. 

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar), semalam. 

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, mesyuarat memutuskan supaya Najib Razak dan  Muhyiddin Yasin, kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. 

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden satu saja dan hanya boleh diisi oleh seorang bagi setiap jawatan. Jadi jangan cakaplah tak pecah, mesti pecah (jika dipertandingkan). Jadi adalah lebih baik kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MAT MONGOL SEDANG GELABAH.... mkah kah kah..

kah kah kah... SIAPA AGAKNYA YANG AKAN MELAWAN... kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA YANG AKAN TIKAM DARI BELAKANG?.... kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA YANG SEDANG ASAH KAPAK?.... kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA YANG SEDANG KAU TIM DENGAN?.... kah kah kah..

woit... WOIT... KAU TIM DENGAN SAPA?.... mkah kah kah



------