Komentar Kini |
Pengundi Terengganu sudah berubah Posted: 04 Jun 2013 01:22 AM PDT Kawan saya kata atau kata kawan saya pada saya orang Terengganu sudah berubah. Apakah yang berubah itu? Jawapannya mudah, Kerajaan Pas tumbang pada PRU 11 (2004) kerana dapat duit ehsan RM 300 satu kepala daripada umno Terengganu. Katanya lagi, PRU 13 PAS Terengganu naik hampir seratus peratus dari 8 kerusi kepada 15 kerusi, sedangkan kerajaan pusat beri bantuan RM 500 satu kepala. Betul juga kata kawan saya itu bahawa pengundi Terengganu sudah berubah iaitu tak sama macam PRU 11 (2004). Pada PRU 11 (2004) orang Terengganu dituduh orang bodoh kerana tolak PAS pilih umno yang jelas sudah 50 tahun mengkhianti bangsa Melayu. Macam lagi tuduhan dilemparkan. Ada yang kata orang Terengganu macam "ikan keli" makan umpan dengan kailnya sekali. Sehbungan dengan itu terlintas dihati saya bukan, bukan, bukan belaka.Gelombang biru bukan punca kekalahan PAS Pada PRU 11 (2004). BN buruk pada PRU 13 baru baru ini berpunca kerana sombong dan angkuh pucuk kepimpinan. Mereka bukan setakat sombong dan angkuh malah rakus mengumpul harta sehingga lupa tugasnya sebagai pemimpin. Anda mungkin faham dengan apa yang pernah berlaku itu. Itulah punca sebenar kekalahan teruk PAS Terengganu. Macam juga tumbangnya PAS Kedah pada PRU 13. Kebanyakan EXCO jadi buruk reputasinya kerana jawat jawatan itu, menteri besarnya juga turut terpalit juga. Saya tidak tahu kenapa boleh jadi macam itu, sedangkan mereka duduk dalam parti islam. Lainlah umno mereka tidak kisah halal dan haram. Hentam belaka. Ssehingga hari ini tiga orang sahaja bekas EXCO Terengganu belum jadi buruk reputasinya, manakala 7 orang lagi jadi buruk. Bukan setakat itu sahaja, malah apabila dicalon namanya pada PRU 13 5 Mei lepas awal awal lagi pengundi memberontak. Maka PAS Terengganu boleh naik balik jika calonnya orang baru yang belum ada sebarang kes tidak sepertimana yang sudah ada kes sepanjang menjadi wakil rakyat dan EXCO sebelum ini. Oleh itu, duit ehsan RM 300 satu kepala kepada rakyat Terengganu bukan punca kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 11 (2004) tetepi kemasukan 30 peratus pengundi luar yang menjadi puncanya. Tenguk pada PRU 13 lepas bukan sahaja rakyat diberi bantuan RM 500 malah wang ehsan RM 300, RM 100 kepada pelajar, RM 250 kepada remaja, tetapi pengaruh PAS Terengganu boleh naik hampir seratus peratus. Pokok pangkalnya reputasi pemimpin yang menjadi puncanya.Yang sangat tidak wajar mereka merasa merekalah yang pandai lantas membiarkan perkara terpencil dan mendewa dewakan perkara yang besar. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan