Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Ucapan DSAI di Grand Finale Black 505 Petaling Jaya 25/5/13

Posted: 25 May 2013 09:46 PM PDT

Apa sebab saya nak undur?: DSAI

Posted: 25 May 2013 05:57 AM PDT

alt

PETALING JAYA 25 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan pendirian tidak akan bersara dari dunia politik sehingga berjaya memastikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan persaraan yang pernah dibangkitkan beliau sebelum ini terpaksa ditangguhkan kerana mendakwa berlaku penyelewengan melibatkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Saya putuskan jika proses Pilihan Raya umum bersih dan saya tetap tewas, saya akan undur. Tetapi dalam kes ini kita (sebenarnya) menang besar.

"Apa sebab saya nak undur?

"BN dapat 41 peratus undi popular, hendak suruh orang yang dapat 51 peratus undur, kamu fikirlah sikit. Tak malukah kamu fitnah tiap-tiap malam," katanya ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kali ke 9. di sini hari ini.

Pada 17 Ogos tahun lalu, Anwar buat pertama kalinya menyatakan hasrat untuk mengakhiri kerjaya politik  jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada PR.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut melahirkan rasa kagum terhadap kerjasama yang terjalin ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS dalam menghadapi pertaruhan PRU13 baru-baru ini.
Tambahnya, kerjasama ini akan diperkukuhkan bagi mencapai hasrat menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) .

"Walaupun terdapat detik meresahkan, kerjasama PKR, DAP dan PAS amat baik. Jangan kita nafikan kenyataan bahawa pemuafakatan ini cukup berkat dalam sejarah politik tanah air.

"Rakan-rakan DAP dan PAS membantu dengan penuh komitmen. Kerjasama ketiga-tiga parti cukup baik sehingga tidak ada kecacatan dalam komiten," katanya.
Untuk rekod, PR memperolehi kemenangan 89 kerusi Parlimen sekaligus mengekalkan pemerintahan 3 buah Negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Anwar : Jawatan GLC Bukan Rizab Parti

Posted: 25 May 2013 08:53 PM PDT


PETALING JAYA 25 MEI : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa individu yang mengendalikan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) haruslah berkelayakan tinggi dan berintegriti yang bukan semestinya tokoh politik.
Dalam ucapan penggulungannya, beliau menjelaskan bahawa kedudukan GLC bukan merupakan rizab parti.
pakatan selangor"Kita jangan kompromi dengan prinsip integriti pentadbiran yang baik yang kita bicarakan, kedudukan GLC bukan rizab parti.
"Dan sesiapa yang duduk dalam GLC itu mungkin orang politik mungkin juga tidak. Tetapi orang itu mesti ada kelayakan yang tidak akan mencampuri urusan parti," katanya di Kongres Nasional PKR ke 9, di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Dalam sidang media kemudiannya, Anwar turut menjelaskan ahli parti tidak sewajarnya terlibat dalam mana-mana perkhidmatan awam atau Kerajaan Negeri.
"Isunya ialah individu itu perlu benar-benar profesional untuk mengendali sesebuah organisasi dan tidak mewakili parti.
"Parti tidak wajar dilihat atau terlibat secara langsung dalam mana-mana pengurusan perkhidmatan awam urusniaga negeri. Kita mesti mengasingkan tanggungjawab mereka," katanya.

Anwar : Saya Tidak Akan Undur Kerana Pakatan Sepatutnya Membentuk Kerajaan

Posted: 25 May 2013 08:51 PM PDT


PETALING JAYA 25 MEI : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada persada politik tanah air kerana Pakatan Rakyat menang undi popular di dalam pilihanraya ke-13.
Katanya, Pakatan tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan kerana penipuan di dalam proses pilihanraya dan bukannya kerana kalan dengan adil dan bersih.
anwar ibrahim kongres ke 9 PKR 03"Jika tanpa ada penipuan, kita akan berada di Putrajaya hari ini. Saya bukan tidak boleh terima kekalahan, tapi jika pilihan raya kalah dengan proses yang dijalankan secara telus saya akan bersara.
"Tapi dalam kes ini, kita menang, apa sebab saya nak undur? Dia (Umno-BN) dapat undi 47 peratus dengan tipu takkan nak suruh orang (PR) dapat undi 51 peratus undur, kamu tidak malu ke?
"Saya putuskan kita tidak akan undur," katanya ketika ucapan pengggulungan Kongres Keadilan ke 9 di Dewan Sivik di sini hari ini.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah berkata beliau akan bersara dari politik dan kembali mengajar di institut pengajian tinggi sekiranya Pakatan Rakyat gagal menguasai Putrajaya dalam PRU 13.
Anwar pernah menjadi pensyarah di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Kata Anwar, beliau bukan mengubah fikiran, tetapi mahu teruskan perjuangan kerana mendakwa penipuan yang didalangi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bagi membantu kemenangan BN.
"Bagi kita, kita sudah menang pilihan raya, tapi kekalahan  ini kerana melibatkan bawa masuk (orang) Bangladesh, ini penipuan," katanya.
Sementara itu, beliau meminta semua pimpinan di semua peringkat supaya membuat laporan polis berhubung penipuan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) Isnin ini.
Read More / Baca Lagi >>

BN parti tunggal: Umno sudah sampai di jalan mati

Posted: 25 May 2013 08:49 PM PDT


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal menandakan Umno kini sudah berada di jalan mati.

Menurutnya, sambutan baik Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap cadangan itu membuktikan BN mengakui bahawa perjuangan berasaskan bangsa yang selama ini diperjuangkan oleh komponen parti itu sudah tidak relevan lagi di Malaysia.

"PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, Umno akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang," kata bekas menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan melalui laman facebooknya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:


Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid : “Saya Kedekut Kerana Saya Jaga Wang Rakyat”

Posted: 25 May 2013 08:44 PM PDT


PETALING JAYA 25 MEI : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menerima teguran beliau seorang ketua kerajaan yang 'kedekut' dalam menggunakan dana negeri kerana wang itu adalah kepunyaan rakyat.
"Tuan-Puan ada mengatakan bahawa saya sangat kedekut,itu saya terima sebab bukan duit saya," kata beliau dalam ucapannya di Kongres Ke-9 Parti Keadilan Rakyat di sini.
mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 01Abdul Khalid, yang selama lima tahun berjaya meningkatkan rizab Selangor dari RM 400 juta ke RM 2.6 bilion, berkata sikap menguruskan wang rakyat dipelajari dari ibunya.
"Sebab saya hendak ceritakan bahawa saya di didik oleh ibu saya ketika menjadi pengurus PNB berkenaan pengurusan wang yang besar sehingga beratus juta.
"Maka ibu saya menanyakan saya berkenaan pelaburan beratus juta, sudahkan mengira wang tersebut?
"Dan memberitahu kepada saya maka perlu mengira wang itu jika hilang keluarga kita tidak dapat membayarnya.
"Jadi awak tidak boleh hilangkan duit itu, itu tanggungjawab kita dan keluarga menjaganya," kata Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang.
"Sebab jika sudah RM 2.6 billion wang rizab negeri dan tidak menjaga wang itu maka rakyat akan menyumpahnya.
"Saya kena gunakan duit itu dengan lebih baik lagi dan kini saya akan belanjakan dengan baik."

Tipu PRU: BN tak curi kemenangan dalam PRU13..Tapi ROMPAK...!!!

Posted: 25 May 2013 08:42 PM PDT

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) tidak pernah mencuri kemenangan daripada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seperti termaktub dalam perlembagaan negara dan BN memenangi pilihan raya berdasarkan kelebihan jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan dan bukan berdasarkan undi popular seperti sistem presiden yang diamalkan di Amerika Syarikat (AS).

"Dakwaan kita mencuri kemenangan parti pembangkang adalah satu kepalsuan sebab kita tidak melakukan penipuan dalam PRU13.

"Tunjukkan kepada saya di mana mat Bangla yang menjadi pengundi? Mereka (pembangkang) mendakwa 40,000 mat Bangla turun lapangan terbang, tunjukkan lapangan terbang mana? Jangan heret orang kerana rupa gelap sikit itu mat Bangla," katanya pada majlis pelancaran Festival Belia 2013, di sini, semalam.

Hadir sama ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Nik Aziz : BN di 'jalan mati'

Posted: 25 May 2013 08:38 PM PDT

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal menandakan parti itu kini sudah berada di 'jalan mati'.

Nik Abdul Aziz berkata, cadangan itu juga jadi petanda bahawa BN sudah mula sedar perjuangan berasaskan bangsa tidak lagi relevan di negara ini.

"Sekalipun BN menang di banyak kerusi, kemerosotan parti itu di Parlimen membuktikan BN hanya disokong orang Melayu di luar bandar," katanya.

Sebaliknya kata beliau, Pas sejak dahulu lagi menegaskan perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana dan sampai satu tahap, akan tiba di penghujungnya menyebabkan BN perlu berpatah balik.

"Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit BN yang banyak menipu. Nampak macam bersungguh bela Melayu sedangkan orang Melayu Kelantan ditindas lebih 20 tahun hanya kerana pilih Pas dalam pilihan raya.

"Hak (royalti) orang Melayu Kelantan dinafikan, projek lebuh raya dicabut, peruntukan perumahan entah ke mana dan banyak lagi kezaliman Barisan (BN) kepada Melayu Kelantan," katanya.

Pasca PRU13: Tsunami tauke Cina berlaku di Petronas?

Posted: 25 May 2013 08:36 PM PDT


KUALA LUMPUR: Sekumpulan kaki tangan Petronas menyifatkan 'tsunami tauke Cina' kini sedang melanda syarikat minyak nasional itu.

Mereka hairan bagaimana Dialog Group Berhad tiba-tiba dikategorikan sebagai syarikat "tier 1" sedangkan, mereka mendakwa, ia bukanlah syarikat yang benar-benar berpengalaman dan layak untuk berada pada kategori itu.

"Adakah Dialog diletakkan secara misteri dalam kategori 'tier 1' kerana syarikat telah dirundingkan sebagai pihak yang mendapat manfaat utama di lapangan minyak D35 pesisir Bintulu?" salah seorang dari kumpulan kaki tangan Petronas itu mempersoalkan.

Mereka juga merasa ada sesuatu yang tidak kena sehingga Dialog akan menjadi kontraktor tempatan yang pertama yang mendapat taraf sebagai syarikat "tier 1", iaitu sebaris dengan kontraktor "production sharing contract" (PSC) yang bertaraf dunia dan berpengalaman seperti Shell, Exxonmobil, Murphy Oil dan lain-lain.

Mereka mempersoalkan, adakah selepas menguasai projek Petronas iaitu Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID) bernilai US$20 bilion di Pengerang, Johor, Dialog akan mendapat satu lagi anugerah dengan cara yang sangat dipersoalkan.

Setelah dinaikkan taraf sebagai syarikat "tier 1", Dialog dilihat akan menerima satu lagi anugerah Petronas iaitu menguasai kawasan Balingian di pesisir Bintulu bermula dengan lapangan minyak Bayan dan D35 melalui kontrak pembangunan semula dengan syarikat minyak nasional itu.
Read More / Baca Lagi >>

Operasi Selamatkan Ajibgor

Posted: 25 May 2013 08:31 PM PDT

Mohd Ariff Sabri

26 MEI — Tindakan yang diambil oleh kerajaan Najib bertujuan menyelamatkan dirinya.  Ini termasuklah (1) Mencari gaduh dengan bangsa lain terutama nya dengan bangsa Cina, (2) menakutkan tokoh pembangkang dengan penangkapan dan menggunakan polis — semua ini mesti dilihat dalam konteks menyelamatkan Najib yang lembik dan tidak tegas.
Tidak ada perkara baru yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bila dia kata polis akan bertindak bebas dari gangguan ahli politik. Sepatutnya itulah cara nya sejak dahulu lagi. Biarkan penjawat awam melakukan kerja mereka. Zahid cakap macamlah kita budak2 bodoh. Kalau Zahid cakap kepada budak kecik dan orang buta huruf, tak mengapalah. Zahid lupa bahawa tahap pemikiran kita pun sama seperti tahap pemikiran Zahid yang ada PhD itu.
Semua penangkapan orang politik mesti mendapat perakuan dari menteri dalam negeri. Kedua, Zahid tidak sebut bahawa polis hanya boleh bertindak mengikut peruntukan undang undang. Polis pun tak boleh buat ikut suka hati. Ini bukan dunia ke3 dimana polis guna kayu cotar membelasah rakyat sendiri. Dalam negara ini, kita bertindak mengukut peruntukan undang2. Tidak perlu Zahid berceramah dan bersyarah kepada kita, apa polis boleh dan tidak boleh buat.
Tidak syak lagi langkah2 kejantanan Najib  adalah bayangan strateji yang dirancang oleh bilik perang Najib. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib seorang yang lembik dan tidak tegas. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib kurang bersemangat Melayu. Ajib Gor mesti diselamatkan.
Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: Ribuan membanjiri perhimpunan Black 505, SPR digesa letak jawatan

Posted: 25 May 2013 08:27 PM PDT

PETALING JAYA, 25 Mei — Ribuan rakyat berpakaian hitam memenuhi Padang Timur berhadapan  Amcorp Mall menyokong perhimpunan #Black505 di sini.
Perhimpunan ini merupakan rentetan daripada perhimpunan #Black505 yang telah dijalankan di seluruh negara termasuk di Selangor, Johor, Pahang, Perak, Melaka dan Terengganu dan NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai penganjur utama.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan pendirian Pakatan Rakyat (PR) jelas mereka menang secara sah dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
"Ini bukan soal kaum. Dia kata saya, Mat Sabu ni jaga Cina. Saya nak jawab, ya, saya jaga Cina apa masalah? Ya, saya jaga India apa masalah? Kita jaga rakyat dan bukan rompak harta rakyat.
"Saya nak ulang, tak boleh siapapun sangka, saudara telah membuat keputusan bijak. Saudara telah memilih Pakatan Rakyat. Kita lebih yakin dengan mahkamah rakyat!" kata Anwar disambut dengan sorakan.
Anwar juga mengatakan perhimpunan akan meneruskan perhimpunan #Black505 kerana ia adalah hak kepada semua rakyat Malaysia.
"Kita akan terus berhimpun kerana ini adalah hak kita untuk menentang kezaliman. Bersih akan ada Tribunal Rakyat. Biar ratusan ribu beratur untuk beri keterangan!
"Kita hasut orang pertahankan hak, kita hasut orang lawan perompak, kita hasut orang lawan penipu," katanya.
Anwar turut meminta pengundi yang tertanggal dakwat kekal membuat laporan polis beramai-ramai sebagai bukti dakwat kekal tidak berkesan untuk digunakan di mahkamah kelak oleh PR.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengatakan mereka yang menuduh rakyat menggulingkan kerajaan dengan kekerasan sebagai tidak bijak kerana rakyat tidak bersenjata.
Read More / Baca Lagi >>

Bitter election: A long-term headache for Malaysia’s Najib.

Posted: 25 May 2013 08:24 PM PDT

najib-razak1-may6(Reuters) – Malaysia's divisive election has left a bitter taste for millions of people that risks creating a long-term problem of legitimacy for Prime Minister Najib Razak's long-ruling Barisan Nasional (BN) coalition.

The outrage was clear at a busy intersection across from one of Kuala Lumpur's fanciest shopping malls, where a huge poster of Najib and his deputy had been defaced — a rare display of public disrespect in the Southeast Asian nation.
One of the scrawled comments poked fun at the unconvincing share of the votes won by Najib's ruling coalition in its May 5 election victory: "47 percent PM," it said.
"If you don't like it, you can leave," mocked another, alluding to a comment by Najib's new Home Minister that those unhappy with the result — and the electoral system that produced it — should pack up and emigrate.
The tense political atmosphere threatens to prolong policy uncertainty that investors hoped the polls would put to rest, as Najib braces for a possible leadership challenge and the Opposition mounts a noisy campaign to contest the result.
By securing 60 percent of parliamentary seats with less than 50 percent of the popular vote, the BN's victory has served to expose starkly the unfairness of a gerrymandered electoral system that is also prone to cheating and bias.
That has galvanised the Opposition, led by former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim, into holding a series of big rallies as it refuses to accept the result and prepares legal action to challenge the outcome in nearly 30 close-run seats.
m_anwar265Disgruntled Malaysians have submitted over 220,000 signatures to the White House online petition page, exceeding the number required for a response from President Barack Obama.
In response, divisions have appeared in the United Malays National Organization (UMNO), the main party in the ruling coalition — in power since independence from Britain in 1957.
Hardliners have urged a crackdown on dissent and blamed minority ethnic Chinese voters for deserting the ruling coalition. That has raised racial tensions in a country whose ethnic Malay majority dominates politics and enjoys special privileges to offset what its leaders see as its disadvantaged position compared to relatively wealthy ethnic Chinese.
Reformers have urged Najib to press ahead with social and economic reforms to blunt the opposition's appeal and address the concerns of discontented young and urban voters. That includes many ethnic Malays who voted for the opposition.
"Every day Najib sees angry Malaysians on the Internet. It is not an easy thing to swallow," said a senior government official who declined to be identified. "There are people in his cabinet asking for a crackdown and there are others asking for him to brandish his reformist side."
The hard liners appeared to gain ground last week when police used the colonial-era Sedition Act to detain three opposition politicians and activists and charged a student with inciting unrest.
The three arrested were later released after a court rejected the Police remand order, but could still face charges.
Read More / Baca Lagi >>

Black 505: Rakyat Bergotong Royong Bersihkan Padang Timur Amcorp Mall

Posted: 25 May 2013 08:09 PM PDT



Kwasan Padang Timur hadapan Amcorp Mall yang menjadi lokasi Pesta Rakyat semalam menyokong #Black505 yang dihadiri tidak kurang 50,000 orang telah dibersihkan dengan sikap para peserta bergotong royong memungut sampah sarap.

Ia menunjukkan tahap disiplin yang tinggi dan sikap bertanggungjawab di kalangan para peserta perhimpunan yang terdiri daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat dan NGO dan hal sedemikian tidak terdapat di program-program anjuran parti politik BN.

Dan paling indahnya semalam ialah tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku apabila tiada provokasi mana-mana pihak.

Sekalung tahniah & syabas kepada mereka yang mengambil inisitif untuk melakukan kerja-kerja secara sukarela ini!

Tipu PRU: Himpunan Suara Rakyat 505 berlangsung aman

Posted: 25 May 2013 08:07 PM PDT

PETALING JAYA - Keadaan di lokasi Himpunan Suara Rakyat 505 di padang timur pada malam ini berlangsung dalam keadaan aman.

Suasana mulai sesak bermula jam 7:00 petang apabila peserta himpunan mula membanjiri di padang timur Amcorp Mall, dekat sini.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati kebanyakan himpunan memakai t- shirt berwarna hitam tanda menyokong himpunan ini.

Walaupun cuaca hujan peserta tetap tidak berganjak daripada padang lokasi himpunan dan menunggu para pemimpin Pakatan Rakyat (PR)  untuk memberi ceramah.

Di samping itu, para peniaga juga mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai barangan seperti t-shirt, makanan, minuman, topeng dan vevezuala (hon).

Selain itu, para peserta juga turut membawa sepanduk dan turut dipasang ditepi jalan menuju ke lokasi himpunan.

Tipu PRU: Kerjasama polis pastikan Himpunan Suara Rakyat 505 aman

Posted: 25 May 2013 08:06 PM PDT


505
Kelihatan anggota polis trafik berkawal di beberapa kawasan di padang timur Amcorp Mall. - Foto Sinar Harian Nizam Zain
PETALING JAYA - Kerjasama daripada pihak polis turut memainkan peranan  besar dalam memastikan Himpunan Suara Rakyat 505 di padang timur Amcorp Mall  malam tadi berlangsung dalam keadaan aman.

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati pihak polis menjalankan tugas dengan baik sekali termasuk mengawal keadaan lalu-lintas dan memastikan lokasi himpunan berada dalam keadaan aman dan tenang.

Kejayaan ini dapat dilihat apabila tidak berlaku sebarang provokasi yang membabitkan peserta mahupun para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak polis sepanjang himpunan berlangsung.

Polis dilihat sentiasa bersedia menjaga keadaan himpunan sejak petang lagi sehingga himpunan tersebut berakhir.

Ambiga Sreenevasan: Rakyat Yang Penuh Semangat & Berani, This Is Rakyat Malaysia 2013

Posted: 25 May 2013 07:54 PM PDT

Anwar Ibrahim: Blackout 505 Grand Finale Di Petaling Jaya

Posted: 25 May 2013 07:39 PM PDT

Black 505: EC chief, deputy chief to be hauled to court next week for fraud against the nation - Nurul

Posted: 25 May 2013 07:38 PM PDT



Malaysia's Opposition will next week file a lawsuit against the Election Commission chairman and deputy chairman for "fraud against the nation", Member of Parliament for Lembah Pantai Nurul Izzah told an 80,000-strong crowd at a rally to protest the outcome of the recently-concluded 13th general election.
"We will make sure they pay for their criminal acts, we will make sure justice prevails in this country of ours. And when the case goes to court, I urge all Malaysians to turn up to show support to our lawyers.
"And don't forget, the moment they can, they will call for a Parliament sitting and try to re-delineate some seats. You know what they will do? They know they are strong in seats like Sungei Besar, so they will split Sungei Besar into 2 parliament seats and combine Pandan and Ampang for example. But we will be waiting. We will mobilize the people to protest in large numbers to stop them from this re-delineation."
"You can cheat the people some of the time but not all the time. So tonight we will gather, we will make sure we know the truth, and we will fight them hard especially to make sure no unfair re-delineation takes place."
Both the EC chairman Abdul Aziz Yusoff and his deputy Wan Ahmad Wan Omar are no strangers to accusations of bias and vested interests. They are believed to be members of Umno and despite calls for them to quit on the basis of a lack of neutrality, they have refused to do so.

On Monday, first thing to do is to lodge a police report
Read More / Baca Lagi >>

Black 505: ‘File reports on delible ‘indelible’ ink’

Posted: 25 May 2013 07:35 PM PDT

The Pakatan leader calls on the public to file police reports on their experience with regard to the indelible ink coming off on polling day.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat supremo Anwar Ibrahim has urged the public to lodge police reports on their respective accounts on the failure of the indelible ink on polling day.
Speaking before more than 50,000 peole at Dataran PJ last night, Anwar said the party aims to collect tens of thousands of police reports in the next few days.
"Hence, I urge those of you who had a similar experience to lodge a police report, just a simple one on when did you cast your ballot, and when did the mark disappear on polling day. Tell them this went against the electoral process which requires the indelible ink to last for days," he added.
Anwar said copies of the police reports should then be forwarded to the nearest Pakatan branch offices.
"We want to tender a giant box of police reports before the judges if they ask for evidence," he said.
Recounting his personal experience, Anwar said the indelible ink applied on his finger came off on the same night after washing his hands twice.
The Permatang Pauh MP also pressed for re-election for the 27 marginal seats identified by the party as contentious, saying that this was the minimum the Election Commission could do if not to nullify the 13th general election completely.
Read More / Baca Lagi >>

To Najib, Zahid from Tian, Haris & Adam: You can arrest us, but you can't scare the people anymore!

Posted: 25 May 2013 07:26 PM PDT

Despite facing sedition charges that carry hefty jail sentences, Tian Chua, the MP for Batu, and Haris Ibrahim, founder of the Anything but Umno movement, came to the Black 505 rally in Petaling Jaya to fire more bullets at Prime Minister Najib Razak's government for its "high-handed intimidation".
Student Leader Adam Adli, who has already been charged and released on bail, was due to arrive but had to renege on his promise because his mother had taken seriously ill.
Even so, Adam sent a message of thanks to all his supporters, especially who had kept candlelight vigils to pressure the police into releasing him when he was under a 5-day remand last week.
"Although I cannot be with you, rest assured of my solidarity with all of you who are brave enough to stand up to this cruel and despotic regime," Adam said in his email message read out by the emcee.
Adam was arrested under the Sedition Act for allegedly inciting the people when he called on Malaysians to topple the Umno-BN regime during a speech at a Black 505 rally in Ipoh earlier this month.
The Black 505 rallies were begun by Opposition Leader Anwar Ibrahim just 2 days after the controversial May 5 general election, where Najib had claimed victory with a 133-seats win versus the Pakatan Rakyat's 89 seats.
Read More / Baca Lagi >>

Black 505: Yes, we instigate the people - Anwar

Posted: 25 May 2013 07:24 PM PDT

The opposition leader says that Pakatan Rakyat instigates the people to defend their rights and stand up against 'robbers'.
PETALING JAYA: Since the 2008 electoral battle, which left the mandibles of Barisan Nasional agape with horror, Malaysia continues to remain locked in the jaws of election mode.
Prime Minister Najib Tun Razak exacerbated the situation when he kept dropping hints of a snap polls but instead chose to dissolve Parliament upon the completion of his five-year term.
Now after the 13th general election, which saw BN suffering an even bigger setback, the election mood still grips the nation, with the opposition claiming that fraud had prevented it from capturing federal power.
And last night, thousands of vehicles clogged the major arteries here, bringing traffic to a crawl, as more than 50,000 people packed Dataran PJ opposite Amcorp Mall for a pro-Pakatan Rakyat rally.
In the evening, less than 3,000 braved the blistering heat to listen to the various NGO leaders' spirited speeches while volunteers went around collecting donations since the organisers claimed that funds were needed to settle the PA system bill.
Down the road at the Civic Centre, PKR was holding its annual congress while the pathways leading to Dataran PJ were littered with stalls selling opposition merchandise, food and drinks.
But as the sun began to set, droves of people dressed in black came pouring into the field. Soon the blaring of vuvuzelas and rapturous cheers shattered the tranquility of the night.
The familiar sight of party flags as well as banners and placards denouncing the Election Commission, Najib and BN flooded the field.
Despite Home Minister Ahmad Zahid Hamidi's stern warnings with regard to the gathering, police presence was minimal, with the majority being traffic policemen.
'The government is afraid'

"The government is afraid… the slightest provocation by the police could set the nation on fire and that is why you don't see the FRU and water cannons.
"The people are angry [over the alleged election fraud]… So testing their patience would not be wise and BN knows this," said Kevin Thanaraj, a 28-year-old chemical engineer.
His friend, Darren Teoh, argued that the rallies were getting tiresome and wanted the opposition to take more drastic measures.
"Yes, the people are angry. But the opposition cannot expect us to keep attending rallies, sing songs and hear the same things over and over again for the next five years," said the 34-year-old businessman.
Read More / Baca Lagi >>

Black 505: 80,000 youths turn on lights to 'SAVE MALAYSIA': Najib & EC top officials must resign

Posted: 25 May 2013 07:23 PM PDT

It happened in Indonesia, it happened in Thailand. It is now happening in Malaysia. And Singapore, try as it may to resist, will sooner or later have to deal with the same issue of youth-led change. For too long have the authoritarian governments - some say semi-dictatorships - of Southeast Asia had it easy.
80,000 youths turn on lights to 'SAVE MALAYSIA': Najib & EC top officials must resignMalaysian Prime Minister Najib Razak should have smelled the wind of change blowing near but ensconced in the plush, expensively-carpeted corridors of power, he dismissed it. He continued to rule in the tradition of his elitist Umno-BN coalition, setting off a few 'racial' firecrackers now and then to keep the 'masses' in check.
But Gen Y in Malaysia is a different force altogether. An online generation fed on literature where Good always triumphs over Evil and against all odds, they are smarter, much more articulate and conscientious than let's say the 'Flower children' of the 1960s.
And in eyes of Malaysia's Gen Y now, Good is Anwar Ibrahim and Pakatan Rakyat. They are the Gandalfs and Bilbos to Malaysia's youth. Clearly on the opposite side are Najib and Umno-BN. They are the Saurons and the evil Orcs as depicted in Tolkien's light versus darkness epic - Lord of the Rings.
Rise of the Black 505 movement
This then is the situation in Malaysia where the ruling coalition and the Opposition have moved from a controversial ballot to a new and uncharted battleground. The head-to-head fight is gaining intensity and this cannot be manifested more clearly than in Saturday's Blackout 505 rally to protest electoral fraud and to demand new elections.
More than 60,000 Malaysians of various races and backgrounds had flooded the field in Padang Timur, Petaling Jaya. Mostly youths in their 20s and 30s, they dressed in black T-shirts to symbolize the death of democracy due to the controversial May 5 election that many have accused the Najib administration of rigging to cling to power.
The youths showed no shyness or fear in calling for Najib and top officials of the Election Commission to quit and for Umno-BN to be toppled. Waving flags, banners and blowing vuvuzuelas, they shouted their frustration against the ruling regime's notorious corruption and ham-fisted rule.
Not the grand finale at all but the first
The youth-led uprising has left Najib and his administration in a bind. Wavering between using 'scare tactics' and the fear that he might unwittingly set off a wave of unprecedented public resistance, Najib has been conspicuously silent, leaving his lieutenants such as newly-appointed Home Minister Zahid Hamidi to play 'bad cop'.
But instead of working, this has made the 59-year-old Najib appear even weaker, exposing him as a leader with few ideas as to where and how to take Malaysia forward.
"This is not the last or grand finale but the first rally to consolidate all the ones that we have been carrying out. Before this we held many smaller rallies in various places and tonight's rally is to sum up those demonstrations. After this we will travel to other states such as Sabah, Sarawak and other places that we have not gone to yet," PKR women's youth chief Siti Aishah Shaik Ismail told Malaysia Chronicle.
"So far despite all the threats from the police and the authorities, the people are still coming to our rallies and this shows they know this is their country and the government should listen to them. This is why I say this is the beginning because we will not stop until they withdraw the outcome of the (May 5) election."
"I am surprised by the reaction. It is not only from the Malays but from the Chinese and Indians. And 60 to 70% of those who come are youths. This shows that Malaysian politics have reached a high level of maturity where all the different races can accept Malaysian politics."
Never seen before in his 30 years of experience
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Tanpa ‘CIMB’, BN Sudah Tumbang

Posted: 25 May 2013 07:22 PM PDT

zunar kongres ke 9 PKR 01
PETALING JAYA 25 MEI: Tanpa bantuan dan sokongan 'CIMB' berkemungkinan besar Barisan Nasional (BN) sudah tumbang dan hanya akan memperolehi 30 peratus sahaja undi popular, tegas kartunis politik Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar.
"CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh," katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan.
Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Nasional Keadilan Ke-9 di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini sambil meminta rakyat menolak 'CIMB'.
Beliau yang dijemput khas untuk memberi ucapan di dalam kongres pada mulanya membuatkan para hadirin tercengang sebaik menyebut rakyat harus tolak 'CIMB'.
Read More / Baca Lagi >>

Black 505: PR akan turun ke Dataran Merdeka

Posted: 25 May 2013 07:21 PM PDT


PETALING JAYA - "Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membisu, rakyat habis membeku, kita akan turun ke Dataran Merdeka," demikian kata Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham pada himpunan Blackout 505 di Petaling Jaya, semalam.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Pada 7 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, keputusan pilihan raya umum  sepatutnya menyebelahi PR tetapi "telah dirompak."

Anwar mendakwa, PR sebenarnya adalah pemenang PRU13 namun berlaku unsur penipuan dengan kerjasama SPR sehingga menyumbang kepada kekalahan perikatan itu.

"Kita sudah menang tetapi kemenangan itu dirompak oleh BN...," katanya.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkag itu turut menyatakan akan membuat satu laporan polis mengenai dakwat kekal.

"Esok (Hari ini) saya juga akan buat laporan polis mengenai dakwat kekal ini," katanya.

Politik Samseng: Umno jangan berlakon, rakyat tolak politik ganas

Posted: 25 May 2013 07:13 PM PDT


KUALA LUMPUR: Umno jangan berlakon dan mendakwa kononnya rakyat yang bersalah kerana parti itulah yang memaksa mereka turun ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Datukl Mahfuz Omar.

Malah, katanya, penangkapan demi penangkapan tidak akan dapat meredakan kegelisahan rakyat terhadap perbuatan Umno yang merampas demokrasi dan keadilan.

"Apa yang berlaku ialah akibat perbuatan Umno sendiri.

"Jangan salahkan rakyat, Umnolah yang memaksa rakyat lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keadilan yang dirampas oleh parti itu," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan, operasi penangkapan yang dilakukan atas kehendak pemimpin-pemimpin Umno bukan sahaja tidak akan melemahkan semangat rakyat untuk terus menentang kezaliman malah akan menambahkan lagi kemarahan dan sakit hati mereka terhadap kerajaan minoriti Umno.

Selepas aktivis mahasiswa Adam Adli dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin, beberapa pemimpin politik dan aktivis yang lain termasuk Ahli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis PAS Datuk Tamrin Tun Ghafar dan aktivis sosial Haris Ibrahim pula telah ditangkap di bawah Akta Hasutan.

Mahfuz juga menyifatkan perhimpunan rakyat di hadapan dan berdekatan Lokap Berpusat Jinjang sejak Adam ditahan di situ membuktikan komitmen dan keazaman mereka menolak politik ganas Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Melayu lebih ramai tidak undi BN berbanding Cina

Posted: 25 May 2013 07:13 PM PDT


KUALA LUMPUR: Umno bukan lagi suara untuk majoriti Melayu kerana 3.57 juta orang Melayu tidak mengundi parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Beliau berkata, di Semenanjung, lebih ramai pengundi Melayu yang menolak BN berbanding pengundi Cina.

"Berapa ramai orang Cina tidak menyokong Umno? 80 peratus dari 2.84 juta? Itu hanya 2.27 juta. 2.84 juta adalah 30 peratus dari pengundi di Semenanjung seramai 9.45 juta.

"Orang Melayu yang menolak Umno dalam PRU13 ini lagi ramai. Di Semenanjung jumlah pengundi ialah 9.45 juta. 70 peratus darinya Melayu yakni sekitar 6.62juta.

"Umno dan BN memperolehi 4.35 juta undi. Jika 70 peratus dari nya Melayu, pengundi Melayu berjumlah 3.05 juta. Ini bermakna di Semenanjung sahaja, 3.57 juta orang Melayu tidak menyokong Umno!" tulis beliau dalam blognya, sakmongkol.blogspot.com.

Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan seterusnya mempersoalkan, mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Umno marahkan Cina?

"Kerana mahu menutup pekong sendiri?" soal beliau lagi.

Mohd Ariff menyelar Najib yang menyalahkan "tsunami Cina" kerana kegagalannya mendapat undi popular.
Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: Gambar blackout asli, Wan Ahmad buat kenyataan palsu

Posted: 25 May 2013 07:12 PM PDT



(Gambar ini asli dan berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang di Saluran 3, kata Adun Seri Serdang)

SERDANG: Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu.

Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," kata Wan Ahmad  kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini un tuk kerusi Seri Serdang.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Bos SPR akan menipu sampai dia mati... (LM)

Posted: 25 May 2013 12:13 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri, memang pakar dalam kerja-kerja menipu dalam setiap kali diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK).

Demi memastikan Umno/BN terus berkuasa, ahli-ahli Suruhanjaya bermula daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, hinggalah kepada Ketua Tempat Mengundi, sanggup melakukan penipuan demi penipuan.

Tsunami tauke Cina, apa lagi Lajib mau? (LM)

Posted: 25 May 2013 06:28 AM PDT

Tsunami tauke Cina berlaku di Petronas?

KUALA LUMPUR: Sekumpulan kaki tangan Petronas menyifatkan 'tsunami tauke Cina' kini sedang melanda syarikat minyak nasional itu.

Mereka hairan bagaimana Dialog Group Berhad tiba-tiba dikategorikan sebagai syarikat "tier 1" sedangkan, mereka mendakwa, ia bukanlah syarikat yang benar-benar berpengalaman dan layak untuk berada pada kategori itu. 

ANWAR TIDAK DITERIMA MENJADI PM MALAYSIA SEBENARNYA JIKA PAKATAN MENANG.TANYA HARUN TAIB

Posted: 25 May 2013 05:28 AM PDT

Minta Ketua Dewan Ulama PAS Isytihar Masuk UMNO

malaysiawave 

Betul juga kata Penarik Beca. Bilakah kali terakhir kita lihat Ustaz Harun Taib menyertai demonstrasi menyerang UMNO?

Malahan sewaktu Najib melancarkan judi bola tempohari, kita tidak lihat Ustaz Harun Taib menganjurkan mahupun menyertai mana-mana demo di Terengganu baik di Malaysia.

Ustaz Harun Taib cuma terkenal sebagai musuh kepada IRC. Sampai Khalid Samad pun geng2 mereka gelar IRC. PAdahal Khalid Samad di England menjadi musuh kuat IRC.

Waktu royalti ditarik di Terengganu dulu pun, kita tak nampak Harun Taib menjadi juara mempertahankan hak rakyat Terengganu.

Tak hairanlah Harun Taib baru2 ini telah meminta Dato Najib menjemput PAS untuk bekerjasama. Kalau selama ini dia takut untuk berhadapan dengan UMNO, maka tak terkejut lah dia hendak bersama-sama dengan UMNO.

Sesiapa yang mengenali HArun Taib akan tahu bahawa beliau lebih memusuhi kumpulan IRC berbanding dengan UMNO.

Sekarang ini, Harun Taib sedang menjalankan propaganda UMNO di dalam PAS.

Apabila UMNO melarang perhimpunan2 yang memprotes penipuan pilihanraya, Harun Taib pun ikut sama meneruskan nasihat UMNO ke dalam PAS.

Maka, lebih baiklah Harun Taib tunjuk wajah sebenar beliau dan masuk UMNO.

Mungkin dalam UMNO kelak Harun Taib boleh menjalankan kerja2 memusuhi IRC yang beliau pelopori dahulu.

TULANG BESI


(Perjumpaan antara Mustaffa Ali dan beerapa anggota majlis ulama yang turut disertai azmin,Saifuddin,anwar sendiri dimana mustaffa ali menyatakan kalau menang, anwar belum tentu akan di lantik menjadi PM.Kisah ini tidak diketahui oleh ahli PAS.Walau persetujuan asal mahukan anwar.Maka sebab itu disaat akhir Lim Kit Siang bertegas mahukan Anwar menjadi PM jika Pakatan Menang. Ini semua mainan mustaffa ali .bagaimana pertandingan di kawasan PKR, PAS tetap bertanding. sebabnya PAS merasakan bahawa mereka terlalu kuat kerana punya jentera, namun yang kalah tetap juga berlaku di pakatan rakyat.sebenarnya kekuatan PAS bermula ketika gelombang kebangkitan bila anwar di rentap sebagai Timbalan Perdana Menteri.Ahli PAS harus sedar.Ketika itu Allhyarham Fadzil Noor bermati-matian membela anwar.ahli PAS bertambah gara-gara pemecatan anwar.Bila dah kuat, mula lah nak hentam kawan. fikir-fikir sendiri lah)




Harun Taib
SHAH ALAM – Pas tetap dengan pendiriannya menolak sebarang cubaan menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan seperti didakwa cuba dilakukan sesetengah pihak.

Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib berkata, Pas juga tidak masuk campur dengan pendirian pemimpin atau penyokong PR yang menyokong cara sedemikian.

"Dalam Pas, kita utamakan jalan perdamaian. Kita juga berpegang kepada prinsip demokrasi yang diamalkan.

"Saya tak melarang perhimpunan dilakukan, namun saya tidak berminat untuk menyertainya. Jika ada pemimpin PR atau pihak lain yang tetap mahu melakukannya, terserah kepada mereka. Itu pendirian mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sesetengah pihak yang didakwa cuba menggunakan kekerasan untuk menggulingkan kerajaan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Tegasnya, parti itu menerima kegagalan dalam PRU13.

"Kita terima keputusan PRU13 lalu dengan hati terbuka. Namun, dalam perjuangan Pas, tiada istilah putus harapan.

"Kita akan majukan diri dan cuba lagi untuk menang dalam PRU akan datang," katanya.

ANWAR AKAN BUAT LAPORAN TERHADAP SPR

Posted: 25 May 2013 05:05 AM PDT

Anwar pemimpin yang berani

Tidak mengapa jika tanpa keberanian tiada pemimpin yang seberani beliau.Sama ada PAS nak bertanding sendirian, atau mahu bersama Umno itu terserah.Tetapi sehingga kini belum lagi ada kedengaran PKR bersekongkol untuk bersama Umno.tetapi tanya Mustafa Ali,Majlis Ulama, dan Hj Hadi sendiri.Bagaimana dengan UG???? Ahli PAS bawahan tidak mengetahui akan perkara ini.



PETALUNG JAYA, 25 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan laporan polis berhubung penipuan pilihan raya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
"Saya sendiri akan membuat laporan polis di Permatang Pauh Isnin ini kerana saya mengundi di sana," katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional KEADILAN ke-9 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Beliau mengingatkan anggota parti di semua peringkat memfokuskan pada pengumpulan bukti berhubung penipuan pilihan raya dan membuat laporan polis mengenainya selewat-lewatnya Isnin ini.

"Kita hendak selesaikan dahulu PRU ke 13 ini, barulah cerita mengenai PRU-14. Kita semua tahu memang berlaku penipuan pilihanaraya yang turut dibantu secara langsung oleh pimpinan SPR," katanya.
Kata Anwar, perkara paling mudah dalam kandungan laporan polis ialah berhubung dakwat yang tidak kekal dijari semasa berlangsungnya pengundian dalam piliha raya umum lalu.

Berdasarkan nasihat peguam kata Anwar, jumlah laporan polis yang kecil akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang kini diusahakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

"Sebab itu semua pimpinan setiap negeri dan cabang mesti membuat laporan polis beramai-ramai bermula esok atau selewat-lewatnya Isnin ini," tegas Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52574

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT