Sabtu, 25 Mei 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ucapan DSAI di Grand Finale Black 505 Petaling Jaya 25/5/13

Posted: 25 May 2013 09:46 PM PDT

Apa sebab saya nak undur?: DSAI

Posted: 25 May 2013 05:57 AM PDT

alt

PETALING JAYA 25 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan pendirian tidak akan bersara dari dunia politik sehingga berjaya memastikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan persaraan yang pernah dibangkitkan beliau sebelum ini terpaksa ditangguhkan kerana mendakwa berlaku penyelewengan melibatkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Saya putuskan jika proses Pilihan Raya umum bersih dan saya tetap tewas, saya akan undur. Tetapi dalam kes ini kita (sebenarnya) menang besar.

"Apa sebab saya nak undur?

"BN dapat 41 peratus undi popular, hendak suruh orang yang dapat 51 peratus undur, kamu fikirlah sikit. Tak malukah kamu fitnah tiap-tiap malam," katanya ketika menyampaikan Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kali ke 9. di sini hari ini.

Pada 17 Ogos tahun lalu, Anwar buat pertama kalinya menyatakan hasrat untuk mengakhiri kerjaya politik  jika keputusan PRU13 tidak memihak kepada PR.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut melahirkan rasa kagum terhadap kerjasama yang terjalin ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS dalam menghadapi pertaruhan PRU13 baru-baru ini.
Tambahnya, kerjasama ini akan diperkukuhkan bagi mencapai hasrat menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) .

"Walaupun terdapat detik meresahkan, kerjasama PKR, DAP dan PAS amat baik. Jangan kita nafikan kenyataan bahawa pemuafakatan ini cukup berkat dalam sejarah politik tanah air.

"Rakan-rakan DAP dan PAS membantu dengan penuh komitmen. Kerjasama ketiga-tiga parti cukup baik sehingga tidak ada kecacatan dalam komiten," katanya.
Untuk rekod, PR memperolehi kemenangan 89 kerusi Parlimen sekaligus mengekalkan pemerintahan 3 buah Negeri di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tiada ulasan: