Selasa, 7 Mei 2013

KARPET KUNING

KARPET KUNING


GE 13 : Inside Story - Malaysia's Election Scandals

Posted: 07 May 2013 06:43 AM PDT

bumiperak

bumiperak


Tsunami Cina atau Tsunami Rakyat

Posted: 07 May 2013 08:39 PM PDT

Fathi Aris Omar: Selayaknya pemimpin yang bercita-cita besar tetapi tewas seperti Anwar Ibrahim berasa kecewa dan tidak berpuas hati.

Beliau segera menggerakkan penyokong Pakatan Rakyat ke stadium Kelana Jaya malam ini, hanya tiga hari selepas pilihan raya umum berlalu, sebagai bantahan simbolik.

Tokoh PKR itu tidak seperti pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain, ketewasan dalam pilihan raya umum tidak disusuli dengan fasa menjeruk rasa dan bersantai selama beberapa bulan.

Anwar segera bangkit - jika dipandang sepintas lalu, kesegeraan yang tampak berang dan meroyan - satu gejala "politik baru" pembangkang.

Namun, beliau tidak kecewa dan meroyan seorang diri. Perdana menteri yang gagal ditumbangkannya Najib Abdul Razak juga kelihatannya masih terkejut dengan keputusan awal pagi Isnin lalu.

NONEHakikatnya, prestasi BN bawah pimpinan beliau jatuh merudum berbanding Abdullah Ahmad Badawi, yang diserang oleh Dr Mahathir Mohamad selama beberapa tahun sebelum Mac 2008.

Selain Mahathir sendiri, Najib malah turut dibantu oleh sekutu-sekutu mantan perdana menteri itu, Daim Zainuddin (kiri) dan Sanusi Junid.

Namun, kemerosotan BN tidak dapat dihalang-halang lagi. Seperti arus deras, ditahan di utara (Kedah), melimpah pula di selatan (Johor) dan timur (Terengganu dan Sarawak).

Bagaimanapun, Najib patut bersyukur kerana masih dapat mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dalam keadaan kerajaannya menikmati majoriti "agak selesa", 22 kerusi parlimen.

'Madu & racun di tanganmu'
Tetapi perdana menteri rupa-rupanya masih tetap kecewa dan nada meroyannya - meroyan gaya orang menang - akibat kekecewaannya itu disebut "tsunami Cina".

Sehari selepas itu, akhbar-akhbar milik Umno mengukuhkan lagi kesasauannya dengan melaungkan slogan meroyannya itu.

NONEUtusan Malaysia di muka depannya semalam bertanya "Apa lagi yang Cina mahu?", sementara tabloid sekutunya Kosmo! menuduh pengundi kaum itu sebagai "talam dua muka"!

Najib dan Umno membangkitkan isu perkauman atas sikap pengundi itu yang meninggalkan parti-parti komponen BN itu secara besar-besaran.

Maka, dikatakan ia satu "polarisasi" trend pengundian yang memerlukan "national reconciliation", perukunan semula hidup bernegara.

Seperti slogan 1Malaysia Najib yang menguatkan pertubuhan PERKASA, malan tokohnya diberi peluang mewakili BN, "national reconciliation" diikuti cercaan akhbar-akhbar Umno terhadap Cina.

Di sisi ini, lagu sindiran Anwar terhadap Najib mungkin ada benarnya: "madu di tangan kananmu, racun di tangan kirimu, aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku. Aku tak tahu, mana yang akan kau berikan padaku."

Lagu popular Indonesia yang sering dipentaskan Anwar ini dijawab oleh Najib sewaktu kempen pilihan raya lalu di Sabah.

Perdana menteri menjawab: BN-lah madunya, sementara Pakatan Rakyat-lah racunnya.

Menang jadi arang
Sebab itu pula pengundi mengekalkan status quo pilihan raya umum 2008 (kecuali tambahan tujuh kerusi parlimen): Pengundi "tak tahu, mana yang akan BN atau Pakatan berikan padaku".

Maka, Najib dan Anwar tidak faham kebingungan rakyat ini. Perdana menteri menyalahkan Cina, Pakatan menyalahkan sistem pilihan raya.

NONESelayaknya begitulah nasib kedua-dua tokoh ini yang sudah terkena sumpahan "menang jadi arang, alah jadi abu". Kedua-duanya dibakar hangit oleh pengundi.

Tetapi di pihak Najib dan Umno, Cina pula dijadikan arah sumpahannya.

Seperti Umno sering menyalahkan Melayu sebagai "pengkhianat bangsa" atau "tidak bersyukur" apabila pengundi kaum itu sendiri meninggalkan Umno dan mengkritik kerajaan BN.

Seperti Mahathir menuduh penentangnya dan Gerakan Reformasi 1998 sebagai "ejen negara asing" sewaktu kepimpinannya dipersoalkan habis-habisan.

Polarisasi antikerajaan, propembangkang
Dia perasan dan mengangkatkan dirinya sebagai "Malaysia" dan penentangnya "orang asing".

Seperti Umno perasan dialah Melayu dan membayangkan Melayu itulah Umno. PAS itu bukan Melayu dan sebagai sumber perpecahan serta pengkhianatan bangsa.

Tetapi sewaktu Cina berbondong-bondong menyokong MCA atau Gerakan, tidak pula kaum Tionghua dituduh mengamalkan "polarisasi" trend pengundian!

Tidakkah itu satu bentuk "polarisasi" juga apabila Melayu hanya menyokong Umno atau PAS; dan Cina menyokong DAP atau MCA?

Polarisasi ini, kalau inilah istilahnya, hanya polarisasi arus antikerajaan BN dengan arus prokerajaan BN.

Jadi, kenapa harus Cina pula dijadikan sasaran? Untuk menakut-nakutkan Melayu? Melayu mana yang ingin ditakut-takutkan itu - Melayu atau Umno?

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERNOW : PAS menang di Terengganu, Sultan tangguh lantikan MB umno

Posted: 07 May 2013 03:11 AM PDT


Mohon Hebahkan: Tn Guru Presiden Ustaz Abdul Hadi minta buat solat hajat & bnyakkan berdoa, insyaAllah kita akan buat protes dn tuntut kembali Terengganu kerana keputusan asal PAS 17, UMNO 15.

Mainan licik SPR & Umno Terengganu menyebabkn kita kalah.

Sekarang Sultan tangguhkn perlantikan MB utk bagi laluan TGHA buat tuntutan dn protes.

Minta semua banyakkan berdoa dn solat hajat 


berita lanjut menyusul

SUMBER

[Video] Sidang Media MB Kelantan baru - Dato Ahmad Yakob

Posted: 07 May 2013 01:32 AM PDT

dollah yankee

dollah yankee


It's ok, Tan Sri IGP is my friend

Posted: 07 May 2013 03:48 AM PDT


 
 
dollah yankee -
Here in Malaysia .. the most important thing is WHOM YOU KNOW?

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sidang Media Pemuda PAS Terengganu Anak Muda Menang PRU13 Part2

Posted: 07 May 2013 06:11 PM PDT

Sidang Media Pemuda PAS Terengganu Anak Muda Menang PRU13 Part1

Posted: 07 May 2013 06:11 PM PDT

TGNA: Terima Kasih Rakyat Kelantan

Posted: 07 May 2013 06:09 PM PDT

505: Kita Berjuang Bukan Untuk Jawatan

Posted: 07 May 2013 06:08 PM PDT

505: Najib Mesti Berundur

Posted: 07 May 2013 09:48 AM PDT

505: Jauhkan diri daripada perangkap perkauman, kata rakan Melayu DAP kepada pihak berkuasa

Posted: 07 May 2013 09:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Rakan Melayu DAP mengecam tindakan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk mereka dalam pilihan raya umum, langkah bertujuan untuk mewujudkan jurang antara kaum di Malaysia.
PAS hari ini menggesa pihak berkuasa supaya berhenti memerangkap rakyat Malaysia daripada mencetuskan provokasi perkauman selepas akhbar Utusan Malaysia menerbitkan artikel perkauman "Apa lagi Cina mahu" di muka hadapan hari ini.
"PAS menggesa pihak berkuasa segera melaksanakan tanggungjawab mereka untuk melindungi rakyat daripada provokasi daripada golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mengapi-apikan api perkauman," kata setiausaha agung parti Islam tersebut, Datuk Mustafa Ali dalam satu kenyataan media hari ini.
Mustafa berkata keputusan pada pilihan raya Ahad lalu adalah penolakkan daripada semua masyarakat terhadap BN, dimana mereka kehilangan undi popular buat kali pertama sejak mencapai Kemerdekaan 56 tahun lalu.
Hanya mereka yang tidak bertanggungjawab melihat tersebut penolakan daripada sudut kaum, kata Mustafa, mengulangi pendirian yang dinyatakan oleh naib presiden, Datuk Mahfuz Omar sebelum pilihan raya 5 Mei lalu yang berjanji melindungi semua rakyat Malaysia daripada sebarang provokasi kaum yang mungkin berlaku selepas pilihan raya yang berakhir baru-baru ini.
Mahfuz menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13 April lalu sebagai seorang arkitek persengketaan kaum dengan menggalakkan politik ketakutan melalui tulisan blognya.
Naib pesiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) juga menyatakan kemarahan beliau di Twitter.
"Saya terkejut membaca muka hadapan Utusan. Saya berdiri dengan semua rakyat Malaysia lain yang menentang provokasi berbentuk perkauman!" katanya dalam akaun Twitter @ n_izzah.
Ekoran tulisan akhbar tersebut, ia telah mencetuskan kemarahan di alam maya serta menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mengalih pandangan terhadap kritikan ke atas akhbar milik Umno tersebut, sebaliknya mendakwa parti dominan masyarakat Cina, DAP telah mengelirukan masyarakat tersebut dengan mengatakan undi kepada mereka akan membawa perubahan kerajaan.
"Kamu menyalahkan Utusan tetapi kamu tidak bertanya tentang akhbar Cina," kata Najib pada sidang akhbar apabila ditanya bagaimana mahu mencapai perpaduan nasional jika Utusan berterusan memainkan isu perkauman.
Read More / Baca Lagi >>

505: Ya Tuhan! Apakah yang orang Cina lakukan?

Posted: 07 May 2013 08:59 AM PDT

Oleh Daniel Teoh Tzu Yong
SEJURUS selepas mengetahui bahawa Barisan Nasional (BN) memperoleh bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan, Najib Razak telah memberi analisis ringkas beliau terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Ia cukup senang: tsunami Cina.
Mungkin ini kerana penasihat beliau merasakan dua perkataan ini mampu mengekalkan beliau sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Kebetulan pula, DAP mendapat keputusan yang paling cemerlang dalam sejarah parti itu dan kini menjadi parti pembangkang terbesar dalam Parlimen.
Kita sedia maklum dengan tanggapan BN terhadap DAP: parti Cina chauvinis yang sentiasa mengkritik kerajaan (Melayu) di samping hanya mengangkat agenda Cina seperti pendidikan sekolah Cina.
Maka dengan dua perkataan itu, Najib berharap mendapat anggukan setuju dan sokongan orang Melayu umumnya, dan ini bertujuan untuk mematahkan sebarang cabaran daripada dalam parti beliau sendiri. Beliau turut disokong Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang memberi komen bahawa kini Malaysia mempunyai sistem dua-kaum (two-race system).
Penulis tidak mampu memberi pencerahan terhadap apa yang berlaku semalam, daripada segi pendakwaan amalan penipuan undi, atau kembalinya undi Melayu ke pangkuan BN. Sudah pasti topik ini menjadi bualan penganalisis dan pakar sains politik pada hari-hari akan datang.
Ramai kawan penulis yang berbangsa Cina kecewa dan marah selepas mendapat keputusan. Mereka begitu terkilan dengan komen 'tsunami pengundi Cina'. Bangsa penulis dijadikan senjata oleh Najib dan ini sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan dan ketakutan.
Jadi amatlah sesuai rasanya tajuk cerita ini. Apa yang orang Cina telah lakukan?
Dr Mahathir pernah memuji kaum Cina sebagai lebih pragmatik dan praktikal. Penulis berterima kasih kepada Tun atas pujian itu dan akan cuba menjelaskan trend mengundi pengundi Cina, terutamanya yang muda.
Read More / Baca Lagi >>

505: Kemenangan PR bukan ‘tsunami kaum Cina’, tapi ‘tsunami rakyat Malaysia’

Posted: 07 May 2013 08:57 AM PDT


KUALA LUMPUR, 7 MEI: Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) menambah kerusi Parlimen daripada 82 kepada 89 dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 197 kepada 230 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dianggap "tsunami rakyat Malaysia" bukannya "tsunami kaum Cina".
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, berkata kejayaan PR itu harus mendapat pujian kerana Barisan Nasional (BN) membelanjakan berjuta-juta Ringgit untuk makan malam percuma, hadiah dan mencetak penipuan dan pembohongan di dada akhbar perdana bagi menyebarkan politik jijik dan tercela.
Katanya, DAP juga mengutuk keras kenyataan tidak tepat Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghenai 'Sistem Dua Kaum' dan Tsunami Kaum Cina'.
"Walaupun PR belum mencapai matlamat untuk memenangi majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan seterusnya di Putrajaya, tidak dinafikan bahawa kita berjaya melakukan suatu perkara besar pada PRU-13.
"PR memenangi kerusi di kawasan yang sebelumnya dianggap kubu kuat BN dan menewaskan ramai orang kuat BN di kawasan majoriti Melayu," katanya dalam kenyataan, semalam.
PAS memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu (89% Malayu) dengan majoriti meningkat iaitu 10,785 undi berbanding 2,631 ketika pilihan raya kecil 2009. PKR juga memenangi Parlimen Alor Setar (61% Melayu) dengan majoriti 1,873 dengan menewaskan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Chor Chee Heung, di Lumut (51% Melayu), PKR menang dengan majoriti besar 8,168 undi berbanding hanya 298 undi pada 2008 dengan menewaskan bekas Menteri Pengakutan, Kong Cho Ha.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Q&A session: I would concede defeat if ...

Posted: 07 May 2013 08:52 AM PDT

Say NO to Racism

Posted: 07 May 2013 08:48 AM PDT

505: Mahathir kata dia tak sangka Najib lebih teruk dari Pak Lah...

Posted: 07 May 2013 08:47 AM PDT

Saya harap kali ini BN akan peroleh lebih banyak Kerusi kali ini berbanding tahun 2008.. saya agak terkejut dan kecewa bila mendapati BN memperolehi lebih kurang kerusi kali ini kata Tun Mahathir..

Menurut Tun Mahathir, beliau tidak menjangkakan biarpun setelah menukarkan pemimpin dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak keputusan yang diterima oleh BN lebih teruk kali ini..

Politik perkauman: Pihak berkuasa diminta laksana tanggungjawab

Posted: 07 May 2013 08:45 AM PDT


(Laporan muka depan Utusan hari ini)

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan semua pihak pengamal politik dan terutamanya media untuk tidak membuat kenyataan beremosi kaum yang boleh menimbulkan kegelisahan antara kaum.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam kenytaaannya berkata, tiada siapa yang patut menuding jari pada mana-mana kaum semata-mata mereka tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13.

"PAS menggesa pihak berkuasa segera melaksanakan tanggungjawab mereka untuk melindungi rakyat daripada provokasi daripada golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mengapi-apikan api perkauman," kata Mustafa dalam kenyataannya.

Hari ini akhbar Umno Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan dengan tajuk 'Apa lagi Cina mahu' manakala semalam Datuk Seri Najib dalam kenyataannya berkata, pilihan raya kali ini 'tsunami Cina'.
Read More / Baca Lagi >>

Don't use the Chinese to cover up fraud:Anwar starts 'fierce movement to protest stolen GE'

Posted: 07 May 2013 08:43 AM PDT

PETALING JAYA - Anwar Ibrahim vowed to fight on, repudiating the results of Malaysia's 13th general elections by launching a first-step wear-black campaign to protest the widespread electoral fraud his Pakatan Rakyat coalition has accused Prime Minister Najib Razak of perpetrating in cahoots with the controversial Election Commission.
Don't use the Chinese to cover up fraud:Anwar starts 'fierce movement to protest stolen GE'"This woud be the beginning of a fierce movement to rid the country of electoral malpractices and fraud for there is no opportunity for renewal," Anwar told a packed press conference on Tuesday, two days after the Umno-BN claimed a victory of 133-seats in Malaysia's 222-seat federal Parliament.
"If it was a free and fair election and if the rakyat (people) had decided to choose BN, then I would concede (defeat). In a faulty fraudulent election where we have evidence to support, I now will continue the fight to defend all Malaysians."
The 64-year-old Anwar will kick off the PR fight-back to regain an electoral victory they insist was "stolen" from them at a mammoth rally planned for Wednesday at 8.30pm at the Kelana Jaya stadium in Selangor. Anwar told supporters to attend wearing black clothing or black insignia to symbolize their protest against polls cheating.
He also announced his PKR party would form an elections tribunal, to be led by strategy director Rafizi Ramli, and which would work together with similar units set up by coalition partners DAP and PAS as well as clean polls monitor Bersih.
New focus?
Anwar, who has yet to accept the post of Opposition Leader, appears to be focusing on the 'Tolak Penipuan PRU13' (Reject the Fraudulent GE13) movement. He is the adviser of the PKR party as well as de-facto head of the Pakatan coalition made up of PKR, PAS and DAP.
Despite DAP and PAS urging him to re-assume the post of Opposition Leader, insiders believe he may decline so as to give the coalition's battle against the Umno-BN new impetus.
Anwar certainly minced no words at the press conference. Indeed, he does not appear to have lost any of his sizzle despite failing to wrest the federal government in an election marked by controversy and fraud accusations.
According to Anwar, who is the PKR adviser, the Pakatan was now in "the process" of accumulating and putting together evidence and may take legal action against the EC and BN. There are at least 29 to 30-odd seats where there was clear cheating, he claims.
Read More / Baca Lagi >>

505: Anwar tetap komited tuntut pilihan raya adil, bersih

Posted: 07 May 2013 08:42 AM PDT

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan terus bersama rakyat untuk memastikan pilihan raya dilaksana secara adil dan bersih walaupun Pakatan Rakyat (PR) gagal membentuk kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, isu 'undur' akan dimainkan oleh pengikut Barisan Nasional (BN) apabila Pakatan Rakyat (PR) tidak berjaya mengambil alih kerajaan pusat.

"Apabila rakyat memang memilih BN, kemudian baru saya pertimbangkan (untuk undur) tetapi sekarang ini kita lihat banyak penipuan dan kita ada bukti untuk menyokong dakwaan kita itu.

"Saya tahu perkara ini akan dipermainkan oleh konco-konco Umno-BN bahawa saya pernah berkata saya akan undur sebaik sahaja rakyat memutuskan dalam pilihan raya yang bersih dan adil," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR mendakwa pilihan raya umum yang berlangsung pada Ahad lalu, dipenuhi dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan BN.

"Pilihan raya ini adalah untuk warganegara Malaysia bukan untuk rakyat asing.
Read More / Baca Lagi >>

Polis Tangkap Rakyat Sendiri, Tapi Biar Warga Asing Berleluasa?

Posted: 07 May 2013 08:40 AM PDT


KLANG 7 MEI : Polis tidak seharusnya menahan lima orang penduduk di Klang berhubung insiden penahanan dua bas dipercayai membawa warga asing di Pandamaran, Klang ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.
20130507_163951Ajen pilihan raya bagi Ahli Parlimen Klang, Sarajun Hoda Abdul Hassan berkata, kelima-lima individu berkenaan bukan penjenayah dan menimbulkan kekacauan tetapi membantu menahan warga asing yang dipercayai dihantar secara beramai-ramai untuk mengundi di Klang.
"Mereka di Pandamaran ini sebenarnya tolong mencegah penyelewengan dan salah laku pada PRU-13, mereka bukan penjenayah, tapi bila mereka mengesyaki wujudnya ada pendatang asing, mereka akan halang.
"Dan mereka tidak menghalang pengundi yang betul-betul berdaftar untuk mengundi," jelas beliau dalam satu sidang media hari ini.
Dakwanya, polis memaklumkan akan menahan 150 hingga ke 200 orang suspek lagi bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, Charles Santiago yang kini Ahli Parlimen Klang pernah memfailkan aduan sebanyak empat kali kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pengundi hantu, pemindahan pengundi keluar dan masuk ke Klang tetapi tiada maklumbalas sehingga PRU-13 berakhir.
Read More / Baca Lagi >>

Tsunami Cina: Najib tidak bertanggungjawab guna istilah perkauman

Posted: 07 May 2013 08:39 AM PDT

tamrin_ghafarKUALA LUMPUR 7MEI: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan istilah 'Tsunami Cina' diselar sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan sentimen politik perkauman, kata Tamrin Tun Ghafar.
Sebaliknya kata Tamrin, Najib dan para pemimpin Umno BN sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan bukan mengeluarkan kenyataan kesat yang menganggap masyarakat Cina tidak tahu membalas budi.
"Umno BN mesti faham, majoriti pengundi Cina menolak mereka bukan kerana membenci Melayu, tetapi mereka benci penyelewengan kuasa, rasuah, amalan nepotisme yang mengayakan kroni sahaja.
"Tetapi faktor ini gagal dihayati oleh Umno BN malah mereka terus meniup api perkauman dan menunjukkan perasaan benci yang tebal terhadap pengundi Cina seperti yang berlaku dalam kempen pilihanraya lalu," ujarnya pada kenyataan.
Tamrin berkata, istilah perkauman Najib itu juga menunjukkan bahawa konsep 1 Malaysia yang dilaungkan hanya retorik semata-mata tanpa menghormati perasaan pengundi Cina yang juga pernah membantu kemenangan Umno BN dalam PRU yang sebelumnya.
Read More / Baca Lagi >>

505: Tarik balik 'Apa lagi Cina mahu' – Ah Hee

Posted: 07 May 2013 08:38 AM PDT


PULAU PINANG: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang, Quak Ah Hee mendesak akhbar Utusan Malaysia menarik balik tajuk muka depan hari ini 'Apa lagi Cina mahu' .
 
Katanya, tajuk itu nampak kasar dan tidak sewajarnya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

"Utusan Malaysia kena tarik balik tajuk yang tertera di muka depan akhbar berkenaan, bunyinya menyinggung peraaan orang Cina," katanya.

Beliau turut mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa masyarakat Cina begitu rasis apabila tidak memberikan undi kepadanya di Parlimen Bukit Katil menyebabkan beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,447 undi.
Read More / Baca Lagi >>

505: Kesatuan wartawan kecewa, cela Utusan

Posted: 07 May 2013 08:37 AM PDT



 
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) hari ini meluahkan perasaan kecewa dan mencela Utusan Malaysia kerana memuatkan laporan berhubung sokongan Cina dalam pilihan raya umum yang disifatkan provokatif dan memesongkan pembaca.

Dalam kenyataannya hari ini, sekretariat kesatuan itu berkata, akhbar Umno itu tidak harus menyiarkan laporan sebegitu, yang disifatkan perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum.

NUJM merujuk kepada laporan muka depan dengan judul "Apa Lagi Cina Mahu?" yang antaranya menyebut, pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai pengkhianatan orang Cina dan tidak boleh dimaafkan.

azlan"Sebagai sebuah akhbar Melayu arus perdana, Utusan Malaysia tidak harusnya memainkan isu perkauman dan cuba menghasut ketegangan antara kaum," menurut kenyataan itu.

"Seperti yang kita semua tahu, Umno yang manipulasikan Utusan Malaysia di belakang tabir."

"Tapi ia bukannya akhbar parti yang hanya kepada ahli-ahli Umno, ia tidak patut dipergunakan sebagai senjata atau bahan propaganda parti politik untuk menyerang lawan politik."

NUJM juga berkata, Utusan menyembunyikan agenda di sebaliknya dan tidak menjunjung etika kewartawanan serta tidak neutral melaporkan isu berkenaan.

Sementara itu, menyentuh julukan "tsunami Cina" kepada pengundi Tiong Hua, badan wartawan itu berkata ia tidak tepat dan Utusan seolah mengungkit ketegangan dan menimbulkan kecurigaan serta mendalamkan salah faham kaum.
Read More / Baca Lagi >>

505: Polis menyiasat Utusan, dua penulis blog kerana menghasut

Posted: 07 May 2013 08:36 AM PDT


Tangkapan skrin entri Papagomo yang menghasut kebencian kaum.KUALA LUMPUR, 7 Mei — Polis sedang menyiasat Utusan Malaysia di atas dakwaan menghasut, beberapa jam selepas akhbar milik Umno itu membangkitkan kebencian dengan laporan muka hadapan yang menyalahkan masyarakat Cina di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.
Polis juga menahan dua penulis blog, Papa Gomo dan King Jason untuk soalsiasat.
"Satu laporan polis diterima berkenaan siaran Utusan Malaysia yang berbaur hasutan. Kes disiasat di bawah Sek 4(1)(c) Akta Hasutan 1948," tulis polis dalam akaun Twitter mereka, @PDRMsia.
Di bawah undang-undang ini, sesiapa yang didapti bersalah akan didenda tidak lebih dari RM1,000 bagi kesalahan pertama atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berulang, mereka yang didapati bersalah akan berhadapan dengan penjara maksimum tidak lebih dari lima tahun.
"PDRM tidak akan teragak2 utk memburu/menangkap mana2 pihak yg mencetuskan isu perkauman@ hasutan menerusi rangkaian media sosial , kata Ketua Polis Negara (KPN) dalam akaun Twitter rasmi polis.
Tan Sri Ismail Omar menambah, pilihan raya umum ke 13 yang dijalankan pada Ahad lalu "berjalan lancar tanpa insiden yang besar dan semua pihak menunjukkan kematangan melaksanakan demokrasi."
Read More / Baca Lagi >>

505: Kertas undi dari luar. Spr tipu lagi

Posted: 07 May 2013 08:29 AM PDT

Pakatan dedah penyelewengan PRU13

Posted: 07 May 2013 08:28 AM PDT

Anwar:Najib should take responsibility over Utusan headline

Posted: 07 May 2013 08:16 AM PDT

505: Bukti Penipuan UMNO PRU13 - 1 Bus Sarat Pengundi Hantu Di Parlimen Jerai.

Posted: 07 May 2013 08:14 AM PDT

505: "Fierce movement" to protest "stolen" GE13 - Anwar

Posted: 07 May 2013 02:16 AM PDT

505: Post of Opposition Leader not relevant now - Anwar

Posted: 07 May 2013 02:15 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Himpunan pelbagai bukti penipuan SPR (LM)

Posted: 07 May 2013 08:00 AM PDT

MEMBONGKAR PENIPUAN PRU-13
Himpunan video dan foto pelbagai salah-laku pihak SPR dan Umno/Barisan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-13.

Pendedahan ini tak akan disiarkan mana2 Tv dan milik kerajaan. Anda nilai2, dan komen dengan berhemah. Mari kita sebarkan dan viralkan pendedahan ini di seluruh ruang maya. 

Melayu pun tak sokong melayu yg korup... (LM)

Posted: 07 May 2013 06:22 AM PDT

Selepas tamat PRU-13 yang penuh penyelewengan dan penipuan, Mahathir ni dok merepek dan meracau tak habis-habis membenci masyarakat Cina yang menolak Umno/BN.

Realiti di luar sana, masyarakat Cina, Melayu, India dan lain-lain telah bersatu menolak pentadbiran melayu korup dan penipu.Tidak timbul soal 'Cina tolak salam persahabatan Melayu'. 

Utusan disiasat, Mahathir terlepas, Najib pertahan (LM)

Posted: 07 May 2013 05:03 AM PDT

Polis menyiasat Utusan, dua penulis blog kerana menghasut

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Polis sedang menyiasat Utusan Malaysia di atas dakwaan menghasut, beberapa jam selepas akhbar milik Umno itu membangkitkan kebencian dengan laporan muka hadapan yang menyalahkan masyarakat Cina di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Polis juga menahan dua penulis blog, Papa Gomo dan King Jason untuk soalsiasat. 

GoMalaysian

GoMalaysian


BN Sila Jawab Soalan Ini!!!

Posted: 07 May 2013 02:40 AM PDT

Soalan Mudah:

 

Kalau PRU13 disamakan Tsunami Politik Pengundi Cina seperti yang diwar-warkan oleh Najib?

 

1. Mengapa BN tidak dapat merampas balik Kerajaan Negeri Kelantan?

 

2. Mengapa begitu banyak kerusi Terengganu jatuh ke tangan PAS?

 

Tujuan mereka mengeluarkan kenyataan sebegini adalah mudah, untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu supaya balik ke pangkuan BN.

 

 

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MCA DAN SENTIMENT KECHINAAN

Posted: 07 May 2013 07:00 PM PDT




MERAYAKAN
KEMENANGAN 51 %

MCA Merajuk, Beri Laluan Isu 
Perkauman Dibakar

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghidu sentimen perkauman yang seolah-olah telah disusun, menyeru kepada semua agar tidak terpedaya dengan sebarang permainan politik perkauman.

Ekoran daripada tindakan parti komponen Barisan Nasional yang memperjuang nasib kaum cina, MCA yang telah menolak semua lantikan kabinet di peringkat negeri dan nasional sebenarnya telah mengkhianati pengundi. Memang benar MCA telah ditolak oleh sebilangan besar pengundi di seluruh negara, namun ia bukan alasan untuk MCA menolak perlantikan menteri dan seharusnya ia satu pengkhianatan kepada pengundi BN.

SAMM melihat situasi ini agak pelik, berkemungkinan untuk memberi tekanan kepada masyarakat cina betapa tidak ada wakil cina dalam senarai menteri kabinet berakhir PRU13 yang menyaksikan pola pengundian cina memihak kepada Pakatan Rakyat. Dari satu sudut yang lain, SAMM lihat ia satu taktik berbaur ugutan dan isu perkauman selepas ini menjadi 'makanan' kepada pihak yang rasis begitu mudah untuk dibakar.

Sebagai kumpulan anak muda, SAMM tegaskan hasrat pemerintah untuk amal 'pecah-perintah' berskala besar, meletakkan melayu itu kerajaan dan cina itu pembangkang adalah satu kemunduran yang jelas. 

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia




---------

BERTEMU DI KELANA JAYA MALAM ESOK

Posted: 07 May 2013 08:07 AM PDT



BERJUMPA 
DI STADIUM KELANA JAYA
malam esok jam 8:30 malam
8/5/13


--------

BACA INI DULU - TIDAK ADA PERUBAHAN

Posted: 07 May 2013 07:14 AM PDT


TIDAK PERUBAHAN 
TEMPAT MALAM ESOK



Anwar tegas lagi, tolak keputusan PRU13


(Sidang media yang dibuat oleh PKR hari ini)

PETALING JAYA:  Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan hari ini penolakkan keputusan pilihan raya umum ke 13.

Dengan memperolehi 52 peratus undi popular jika dibanding Barisan Nasional (BN), dengan jumlah undi sebanyak 5,623,984 untuk seluruh negara, Pakatan Rakyat sebenarnya menjadi pilihan rakyat.

Anwar turut mengulangi Pakatan Rakyat menyifatkan pilihan raya ini penuh dengan penipuan
.



PENGUMUMAN

HIMPUNAN 
SUARA RAKYAT - SUARA KERAMAT
MERAYAKAN 
KEMENANGAN 51% UNDI POPULAR

adalah dimaklumkan masih
di stadium kelana jaya


KITA BERTEMU
STADIUM KELANA JAYA
RABU MALAM
JAM 8:30 MALAM
8/5/13




-------

BERITA TERKINI - TER NOWWW

Posted: 07 May 2013 07:01 AM PDT




PENGUMUMAN

HIMPUNAN 
SUARA RAKYAT - SUARA KERAMAT
MERAYAKAN 
KEMENANGAN 51% UNDI POPULAR

adalah dimaklumkan TIDAK diubah
MASIH stadium kelana jaya



KITA BERTEMU
DI STADIUM  KELANA JAYA
RABU MALAM
JAM 8:30 MALAM
8/5/13


-----

BERITA SEDIH UNTUK KITA SEMUA

Posted: 06 May 2013 09:39 PM PDT


BERITA SEDIH UNTUK KITA SEMUA
gambar dibawah dari syria
makam sahabat nabi telah dirosakkan

hujr ibn adi ialah sahabat nabi
makamnya  di luar kota damascus
kini telah digali kembali
oleh orang orang jahat
yang mengakui diri mereka sebagai pejuang islam
tidak diketahui mayatnya
telah dibawa ke mana

bani rasionalis
bani agamawan yang jujur
bani  pemikir
bani manusia
tidak melakukan kerja sejahat ini
atas nama apa pun
tidak atas agama
tidak atas nama bangsa

kuburan adalah tanda
kita yang hidup memberi penghormatan
pada yang telah wafat

kuburan di pengerang kita pertahankan
kuburan si jebat  di pertahankan
semua adalah ingatan kolektif kita bersama
ingatab yang mebina negara bangsa
yang menjadikan kita ini kita

makam hujar ibn adi ini
adalah ingatan kolektif untuk umat islam
adalah ingatan kolektif untuk umat manusia
adalah ingatan ketamadunan anak semua bangsa

MAKAM HUJR IBN ADI
DI ADRA
40 KILOMETER DARI DAMASCUS

"Hujr ibn'Adi was a pious companion of the Prophet (PBUH) and played a vital role in the correction of the Ummah."- AbulA'ala al-Maududi.


hujr ibn adi sahabat nabi yang penyokong ali ibn abi talib. hujr menentang kezaliman. hujar menentang penindasan.
hujr adalah kita yang bangun berjuang menentang sunnah al rasuah.
------------

MUHYIDDIN SEDANG BERSEDIA

Posted: 06 May 2013 09:00 PM PDT



TUNGGU
DAN
NANTI 
WAYANG AKAN MULA
Kit Siang gesa Dr M nyatakan pendirian sama ada Najib perlu berundur atau tidak



KUALA LUMPUR, 6 Mei — Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 semalam, Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa negarawan negara  Mahathir Mohamad menyatakan pendiriannya sama ada Datuk 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... KAH KAH KAH.... kah kah kah..

kah kah kah... MUHYIDDIN SEDANG ASAH PARANG.... kah kah kah..

kah kah kah....TUNGGU MASA YANG  MOLEK.... kah kah kah..

woit.... HOT HOT HOT.... kah kah kah..

kah kah kah...PANAS PANAS PANAS.... kah kah kah

---------

KUMPUL DAN SUSUN KEMARAHAN

Posted: 06 May 2013 07:34 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
kumpulkan kemarahan
susun kemarahan
hanya kemarahan  yang tersusun
hanya kemarahan yang terarah 
yang boleh mengubah dunia

NOTA
datang ke stadium kelana jaya
rabu malam
8/5/13
jam 8:30 malam


MENCARUT KERANA MARAH

Cuba fikirkn cara mereka top up undi masa blackout..peti undi baru tk der masuk..ni pasti pegawai spr dh dibekalkan undi yg memihak kpd mereka dlm spender..blackout jer mereka pun garu butoh dn cipet pas tu kluar kan kertas tu masuk dlm peti undi..keputusan tk rasmi pr dh leading..letrik ader jer terus undi gerombolan bertambah..ader tempat pr menang tipis sbb tk cukup top up..setiap org pegawai pilihan raya 500 undi (yg butoh dn cipet besar) dn mungkin 800 undi (bg yg butoh dan cipet kecik) .

saper yg nk check mereka,sbb tngok muka masing nmpak suci jer..cuba fikir cara lain mcm mana lg cara nk bawa undi top up masuk melalui pegawai spr..tntg dakwat kekal tu dengar citer pegawai spr tlh ditipu oleh pembekal/saleman dkwat, biasalh penipu pn kena tipu jgk..bayangkanlah tahun ni keputusan rasmi lmbat kluar dn peratus pengundi mencecah 90% (kesedaran pengundi meningkat) tp semuanya sia2..rasa kecewa dan sakit hati yg amat sangat sbb di tipu..bukan kecik2 anak punya tipu ni bro tt.. on HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
Anonymous
on 5/7/13
 
 LAGI CONTOH TIPU
Pelik sungguh.. kertas undi keluar utk parlimen dgn dun pun boleh tak sama jumlah. Contoh Parlimen baling, keluar utk parlimen 83,127 tapi utk semua dun keluar 83,225. Awat kerani lupa nak bagi kertas undi parlimen ka... lebih 102 tu.. tak ka nak "top-up" sampai tak perasan.

 Jumlah tu mungkin sikit, kalau nak tipu mesti smart dan akan adakan 2 kertas undi. Cuba bayangkan kalau 102 tu ralat 2% dari semua undi palsu bermaksud ada 5,000 undi dah ditambah. Cukup untuk tumbang mana-maha dun. on SILA TANYA DIRI SENDIRI




----------

TURUN TURUN TURUN - STADIUM KELANA JAYA

Posted: 06 May 2013 07:30 PM PDT






HIMPUNAN
SUARA RAKYAT
SUARA KERAMAT
8/5/13
STADIUM KELANA JAYA
JAM 8:30 MALAM
TURUN TURUN TURUN
masanya telah tiba
saatnya telah tiba
turun turun turun


Anwar: Himpunan 8 Mei untuk bantah 'penipuan'

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyeru kepada penyokongnya untuk hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan yang didakwa dilakukan dalam raya 5 Mei.

"Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR dan i Najib Razak.

"Gerakan untuk perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan yang  kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah akan terus bergema kuat di sebalik keputusan Pilihan Raya Umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan.

Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi memastikan sebuah SPR yang baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani penipuan dalam pilihan raya.

Katanya, beliau juga akan berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoalkan kesahan kerajaan yang dibentuk oleh BN.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia.

"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga saya bersama BERSIH dan rakyat Malaysia untuk memastikan bSPR yang baru dan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya.

"Kita tidak boleh membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya melalui penipuan dan menipu. Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan



PILIH
YANG MANA DEKAT DI HATI



------

TURUN RABU MALAM INI DI KELANA JAYA

Posted: 06 May 2013 07:00 PM PDT



BERSATU
TIBAI
BANGLA

NOTA
TURUN BERAMAI BERAMAI
PADA MALAM RABU
8/5/13
JAM 8:30 MALAM
STADIUM KELANA JAYA

TEMPIKAN KEMARAHAN!



Dakwaan Anwar Terhadap SPR Sebagai Tohmahan Politik - Penganalisis Politik
KUALA LUMPUR: Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujudnya penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) serta mendesak penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat sebagai tohmahan yang bersifatkan politik.
Penganalisis politik, Prof Madya  Dr Samsul Adabi Mamat berkata tohmahan Anwar itu adalah tidak berasas dan tidak wajar kerana isu ini mempersoalkan kredibiliti SPR yang sebelum ini telah melakukan pelbagai langkah bagi membuktikan ketelusan dalam proses pemilihan.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SAEKOR LAGI KANG KONG BANGANG...kah kah kah..

kah kah kah... SUDAH LAAA KANG KONG.... BANGANG PULAK.... kah kah kah..

kah kah kah...MEMANG LAAA POLITIK... INI AJENDA POLITIK... kah kah kah..

kah kah kah...NAK JATUHKAN KETUANAN MELAYU AJENDA POLITIK... kah kah kah..

kah kah kah...NAK TANGKAP ANAK LELALI KUTTY...AJENDA POLITIK... kah kah kah..

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

woit... DAN AJENDA POLITIK PALING BESAR...kah kah kah

kah kah kah....NAK KAJI SELIIDIK BALIK MACAM MANA KANG KONG DAPAT IJAZAH.... kah kah kah..

woit...INI NAK SELAMATKAN NEGARA DARI KEBODOHAN.... kah kah kah



-------