Rabu, 24 April 2013

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Robert Kuok buys Nusajaya land for $74m

Posted: 24 Apr 2013 06:27 AM PDT

 

23 Apr 2013 - By Anita Gabriel, In Kuala Lumpur
SOUTH-EAST Asia's richest man Robert Kuok, with Malaysian sovereign wealth fund Khazanah Nasional, has bought land in Johor's Iskandar Malaysia for a mixed development project.

Mr Kuok's latest move to buy and develop two parcels of land in Nusajaya, Iskandar, for RM182 million (S$74 million) comes less than two weeks before the May 5 election.

Nusajaya is a state seat under Gelang Patah, where the contest between outgoing Johor Menteri Besar Abdul Ghani Othman and opposition veteran Lim Kit Siang is being regarded as a battle for both the state and Malaysia.

The timing of Mr Kuok's investment could be telling in terms of whom he may be supporting.
Many Malaysian tycoons and businessmen prefer to wait and see, given election jitters. But not Johor Baru-born Mr Kuok.

His flagship Kuok Brothers Group and Khazanah have set up a 70:30 joint venture company, Southern Marina Development, to buy 5ha of land in Puteri Harbour, Nusajaya - the epicentre of Iskandar Malaysia - from UEM Land.

"The project by Southern Marina will comprise high-rise residential and retail/commercial units at the waterfront location with views of the marina and Strait of Johor," said UEM Land and Southern Marina in a joint statement.

The development will have a gross floor area of over two million sq ft, and an estimated gross development value exceeding RM1 billion.

The 90-year-old Mr Kuok, who lives in Hong Kong, controls the world's largest palm oil firm Wilmar, which is listed on the Singapore Exchange. He also owns luxury hotel chain Shangri-La.

The latest move is a shift from his previous manoeuvrings to cut his exposure in Malaysia and expand abroad.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com 

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ceramah Harapan Pakatan Rakyat di Segamat mlm ini ... kesian, ada la kot 20 orang

Posted: 24 Apr 2013 11:17 AM PDT


 Bungkuih BN Johor kalau macam ni punya sambutan/sokongan ...
InsyaAllah PR akan ke PUTRAJAYA
Allahhu Akbar ...
Sebenarnya 20 ribu lebih yang hadir ...

CHA

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: "SAYA MENJADI SEORANG HINDU YANG LEBIH BAIK SELEPAS KAWAN DGN ORANG PAS"

Posted: 24 Apr 2013 04:58 PM PDT

"SAYA MENJADI SEORANG HINDU YANG LEBIH BAIK SELEPAS KAWAN DGN ORANG PAS"

PRU13: Pengundi Islam digesa banteras politik mungkar

Posted: 24 Apr 2013 04:43 PM PDT


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa semua pengundi Islam pada PRU13 ini melaksanakan tanggungjawab mencegah kemungkaran politik yang selama ini menjadi gejala yang serius dalam masyarakat.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, 'mungkar' atau 'fasad' tidak hanya terbatas kepada arak, judi dan zina tetapi juga termasuk merosakkan dan merendahkan  maruah dan kehormatan rakyat dalam berpolitik, termasuk mungkar yang serius.

Menurutnya, menipu dalam pilihan raya adalah kejahatan yang besar kerana ia melibatkan kerosakan kepada  kedudukan umat Islam dan menggugat  masa depan negara.


"Ia  melibatkan menyerah kerajaan kepada  tangan mereka yang tidak layak dan boleh menyebabkan kemungkaran dan fasad lebih besar akan berleluasa," ujarnya kepada Harakahdaily .

Katanya, jika kemungkaran politik tidak dibanteras ia akan mengheret negara kepada kemungkaran yang lain termasuk merompak dan mensonglap khazanah negara, memonopoli dan menyeleweng wang rakyat untuk kepentingan diri  atau kroni.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: PAS Pasir Mas Kena Sahut Cabaran Johan

Posted: 24 Apr 2013 04:42 PM PDT

Che Johan Che Pa telah pun dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Umno berhubung tindakannya tidak menyerahkan borang penamaan calon pada 20 April lalu.  Alasan diberikan ialah kerana hendak memberi kemenangan kepada calon bebas Inchek Ibrahim Ali. Gara-gara itu UBN hilang satu kerusi sebelum bertanding.

Beliau mahu Ibrahim menang kerana dia tidak yakin dia akan menang, dan kalau dia bertanding juga Nik Abduh akan menang mudah. Dia berbuat begitu kerana ingin mematikan legasi Nik Aziz. Nik Abduh adalah satu-satu anak Nik Aziz yang minat politik dan akan menjadi legasi kepada Mursyidul Am PAS itu.

Pengorban Johan besar dan hebat tetapi tidak kena pada tempatnya. Dia mempunyai niat yang baik dari konteks Umno hendak menamatkan legasi Nik Aziz tetapi dalam masa sama dia membelakangkan partinya sendiri. Cara dia bertindak itu tidak berintegriti dan memalukan partinya.  Apa yang dilakukan itu menyebabkan dia boleh dianggap seorang yang tidak bermoral dalam politik.

Orang yang dia beri laluan adalah orang yang telah mengkhianti partinya, Umno. Tahun 2004 orang itu menentang calon Umno menyebabkan dia dipecat dari Umno seumur hidup. Tahun 2008 dia bertanding atas tikit PAS dan menang. Selepas itu dia khianati PAS pula. Orang Umno Pasir Mas tidak boleh lupa dengan kemenangan itu dan orang PAS Pasir Mas tidak akan lupa pengkhianatan itu.

Betapa semasa kempen Inchek Ibrahim mengutuk Umno dan menghina para pemimpin Umno. Malam siang dia mengeji pemimpin Umno termasuk Najib Razak, Mustapa Mohamed dan lain-lain.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: CALON-CALON BN PARLIMEN KUALA TERENGGANU GUNA SEKOLAH UNTUK BERKEMPEN!!

Posted: 24 Apr 2013 04:42 PM PDT


RAKAMAN GAMBAR SEBAGAI BUKTI BERBICARA.

Pagi ini 24hb April jam lebih kurang 11.00 pagi di Sekolah Menengah Agama Khairah, Kuala Terengganu, calon UMNO/BN Parlimen P36 Kuala Terengganu Zubir Embong dan DUN 15 Ladang WanAhmad Farid Wan Salleh telah mengambil kesempatan dengan restu dan kebenaran pihak sekolah tersebut dalam satu upacara Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk berkempen.

Jelas sekali pihak SMA Khairah Kuala Terengganu telah bersengkongkol dengan calon-calon BN Parliemn Kuala Terengganu dan DUN Ladang untuk menjalankan kempen PRU 13.

Atas kapisiti apa mereka berdua dijemput sebagai tetamu kehormat?

Apakah pihak pengurusan sekolah yang sama atau mana-mana jua sekolah yang terdapat di Kuala Terengganu membenarkan calon-calon PAS/PR berkempen dalam sekolah?

Menjerit terlolong pihak Kementerian Pelajaran tidak mengizinkan premis sekolah dijadikan medan dan tempat berkempen PRU tetapi yang ini apa cerita??????

Selagi UMNO/BN menerajui negara selagi itu salah guna kuasa dan penyelewengan akan bermaharajalela.

TOLAK UMNO/BN NEGARA PASTI SELAMAT!!!!

PRU13: LEBIH 25,000 RAKYAT SEGAMAT HADIR CERAMAH PR BERSAMA DSAI DI KG ABDULLAH,SEGAMAT MALAM TADI!

Posted: 24 Apr 2013 04:39 PM PDT


Johor bukanlah boleh ditakrifkan sebagai kubu paling kebal kuat gagah perkasa UMNO seantaro dunia lagi.

Inilah pemandangan ceramah di Kg Abdullah, Segamat Johor malam tadi...Rakyat tempatan melebehi 25,000 hadir untuk mendengar ucapan DSAI, Salahuddin Ayub dan jua calon PR Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng.

Bolehlah dikatakan kini Johor sudah dilanda fenomena Pakatan Rakyat.

Rakyat Johor kini sudah sedar jika mau nasib anak cucu cicit mereka lebih terjamin maka tiada pilihan melainkan tumbangkan UMNO dan julang Pakatan Rakyat.

Semangat dan iltizam itu sudah pun ditunjukkan pada malam tadi.

INI KALI LAH...JOM UBAH.. SELAMATKAN MALAYSIA....PAS GANTI UMNO...PR GANTI BN.

PRU13: Pengundi Gombak Akan Tolak Politik Kotor UMNO@BN

Posted: 24 Apr 2013 04:36 PM PDT

GOMBAK, 24 APRIL : Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yakin budaya politik matang yang dibawa Pakatan Rakyat dapat memastikan pengundi kerusi itu dan kerusi DUN di bawahnya terus bersama Pakatan Rakyat.
Meskipun kerusi Gombak dikategorikan sebagai 'kawasan panas', Azmin yakin gerak kerja yang telah dilakukan sepanjang lima tahun lalu dalam mendekati rakyat akan di-ikhtiraf pengundi.
Ketika ditemui di Surau Darul Muhajirin, Taman Selaseh 2, di sini, beliau menyeru semua petugas parti supaya tidak terlibat dengan budaya samseng dan fitnah ketika berkempen.
Sebaliknya, mereka harus menumpukan kempen kepada menerangkan dasar dan program yang telah dilakukan Kerajaan Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Iklan takutkan pengundi dengan Pakatan mungkin memakan diri, kata industri

Posted: 24 Apr 2013 04:34 PM PDT

Kempen Barisan Nasional (BN) dalam akhbar yang memainkan isu kaum untuk menakut-nakutkan pengundi ke atas Pakatan Rakyat (PR) mungkin memakan diri pada pilihan umum 5 Mei ini, kata sumber dalaman industri dan ahli politik pembangkang.
Antara iklan bertulis yang dimainkan untuk menakutkan masyarakat Cina terhadap pengaruh parti Islam PAS, manakala orang Melayu pula ditakutkan dengan pengaruh DAP, dengan slogan "Undi kepada DAP adalah undi kepada PAS" dan sebaliknya.
"Sebuah iklan dalam akhbar yang dimiliki MCA, The Star mengambarkan roket terbang ke awan untuk menunjukkan simbol bula PAS dalam keadaan terjaga dengan mesej berbentuk: "Kuasa di belakang DAP adalah PAS. Pertama adalah bendera. Esok prinsip fundamentalis pula?".
"Iklan tersebut menunjukkan ia direka untuk menunjukkan keraguan dan ketakutan orang Cina bahawa mereka mungkin hilang kebudayaan dan pendidikan jika memilih DAP," kata Masjaliza Hamzah daripada Center of Independent Journalism kepada The Malaysian Insider.
"Ia adalah konsep kosong. Hanya tuduhan tanpa kebijaksanaan atau rasa hormat. Ia iklan yang sangat merendah-rendahkan, satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat," kata seorang penulis iklan, Kevin, 32, yang mendedahkan nama sebenarnya.
"Mereka terlupa peraturan utama pengiklanan. Tiada pengiklanan boleh menyelamatkan produk yang buruk, "katanya.
Iklan tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan DAP yang berdepan tekanan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang tidak mengiiktiraf barisan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), hingga memaksa parti tersebut membuat keputusan untuk memakai simbol bulan milik PAS dan bukan simbol roket miliknya.
Walaubagaimanapun, parti pembangkang tidak bimbang tentang iklan BN tersebut yang mungkin memberi pengaruh negatif, sebaliknya memberitahu The Malaysian Insider mereka sebuah gabungan yang sangat bersatu-padu.
"Memang benar undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, dan pada masa yang sama undi PAS adalah undi untuk PKR, dan undi untuk PKR adalah undi untuk DAP. Kami bersama-sama dalam gabungan, "kata Tony Pua, setiausaha publisiti kebangsaan DAP dan MP Petaling Jaya Utara.
"Iklan itu bagus... saya harap BN terus untuk melaungkan slogan itu. Tiada undi untuk BN," kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.
Pengguna Twitter @patricklsk bersetuju dengan menulis: "MCA sebenarnya membayar untuk iklan akhbar bagi mempromosikan kerjasama DAP-PAS? Ini sangat menakjubkan! #freemarketing"
Namun, iklan tersebut tidak bukan diterima semua dan kebanyakkan iklan membuat orang ramai marah.
"Kami berbual tentang perkara itu dalam pejabat hari ini. Seseorang bertanya kepada saya sama ada sudah melihatnya dan saya jawab ya, saya sudah lihat. Datanglah sini, ia dalam tong sampah saya," kata seorang pengarah akaun yang enggan dinamakan.
"Lebih banyak iklan mereka letak, lebih ramai rakyat akan marah. Mereka hanya mengali kubur untuk diri sendiri," katanya.
Contoh iklan anti-pembangkang Barisan Nasional di akhbar tempatan.
Seorang pegawai eksekutif operasi di sebuah agensi menggambarkan iklan di The Star, dengan tiga ke lima pembangkang menghentam iklan dalam setiap satu akhbar, melihatnya sebagai "terlalu melampau" dan akan menyebabkan rakyat akan jemu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: BN Titiwangsa salahguna dewan orang ramai

Posted: 24 Apr 2013 04:30 PM PDT

Tindakan itu jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan premis awam untuk kegiatan gerak kerja parti.
KUALA LUMPUR: PAS Titiwangsa mendakwa Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan dewan orang ramai sebagai bilik gerakan untuk  kerja jentera kawasan tersebut.
Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Titiwangsa Khairul Anuar Abdul Manap berkata, BN Parlimen Titiwangsa menggunakan dewan orang ramai Keramat dan Desa Pandan sebagai bilik gerakan parti.
Menurut Khairul Anuar, tindakan itu jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan premis awam untuk  kegiatan gerak kerja parti.
"Umno-BN dah salah guna kedudukan dengan menggunakan dewan orang ramai sebagai markas bilik gerakan mereka.
"Harap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab dan menegur BN agar kembali menggunakan bilik gerakan asal mereka,"  katanya kepada pemberita di Pusat Media Parlimen Titiwangsa di sini hari ini.
Calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, alasan calon BN Datuk Johari Abdul Ghani sebelum ini yang mengatakan dewan terbabit digunakan untuk majlis perasmian bilik gerakan tidak dapat diterima.
Malah menurut Ahmad Zamri, Umno telah menggunakan dewan itu sejak sebelum tarikh pembubaran diumumkan.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Mat Taib yakinkan Melayu pendalaman, DAP bukanlah ancaman kepada mereka

Posted: 24 Apr 2013 04:28 PM PDT

Kedatangan Muhammad (tengah) berceramah dilihat sebagai satu strategi Pakatan Rakyat untuk menembusi salah satu kubu kuat Umno di Selangor itu. - Gambar fail
PAYA JARAS, 25 April — Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, individu yang pernah menjadi perancang bagi Umno dalam beberapa pilihan raya, meyakinkan orang-orang Melayu di sini, DAP bukanlah parti yang akan menggugat kedudukan mereka.
Bekas menteri besar Selangor itu turut menyakinkan orang ramai gabungan PAS, PKR dan DAP sudah bersedia untuk mengambil alih Malaysia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia semenjak Merdeka.
"Itulah, dia kata DAP rasis. Tak adalah tuan-tuan, ini semua spin. Orang spinlah DAP perkauman, kalau di spin tuan-tuan, hari-hari kita kata ini jahat, ini jahat, lama-lama orang akan percaya," kata Muhammad merujuk kepada media arus perdana yang seringkali menggambarkan DAP sebagai sebuah parti perkauman.
"Saya pernah jadi naib presiden Umno, saya tahu macam mana pemimpin Umno bertindak tuan-tuan," tambah beliau lagi.
Muhammad turut mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi.
"Saya tengok PAS ramai pemimpin-pemimpin berkaliber, macam Husam Musa. Saya tengok Rafizi dari PKR, class. Pemimpin-pemimpin macam ni tuan-tuan kalau dibagi tanggungjawab, selamat, selamat mana-mana jabatan yang dijaga.
"DAP ada Tony Pua, di PJ Utara. Ini anak-anak muda tuan-tuan," kata Muhammad dihadapan 500 hadirin yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu di Padang Paya Jaras Hilir malam tadi.
Muhammad Isnin lalu menyerahkan borang keahlian PAS kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Pencalonan Zul Noordin makan diri BN - KPRU

Posted: 24 Apr 2013 04:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) melihat pencalonan Zulkifli Noordin sebagai calon kerusi Parlimen Shah Alam adalah suatu sokongan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno kepada ekstremisme.

Langkah ini juga bercanggah dengan konsep '1Malaysia' yang begitu dilaungkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

S
eperti yang diketahui ramai, Zulkifli Noordin terdahulunya sebelum dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2010 adalah wakil rakyat di bawah PKR.

Ketika beliau menjadi wakil rakyat di bawah PKR, beliau telah mula menunjukkan sikap untuk mengungkap kata-kata bersifat perkauman.


(CIUMAN MAUT...sambil cium, penyokong BN ini mencekik leher Zul Nordin)

Sebelum beliau mula menunjukkan sikap perkauman beliau itu, dalam sebuah temu ramah dengan sebuah akhbar dalam talian pada tahun 2008, beliau mengungkap, "saya seorang Ahli Parlimen (MP) yang berkhidmat untuk semua orang tidak kira agama, bangsa dan latar belakang.

"Pusat Perkhimatan saya diuruskan oleh kaum Melayu, Cina dan India, malah kakitangan saya yang paling rajin merupakan seorang kaum India". 

Kata-kata ini akhirnya dibidas sendiri oleh Zulkifli Noordin dengan kata-kata perkaumannya dalam beberapa klip video dan penulisan dalam blognya.

Pendirian ekstremisme Zulkifli mula kelihatan pada tahun yang sama, dalam sebuah insiden di mana beliau mencerobohi sebuah forum Majlis Peguam mengenai isu pertukaran agama.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Sokong 9 tuntutan jika mahu undi kami - MTUC

Posted: 24 Apr 2013 04:26 PM PDT

SUBANG JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan memberi sokongan padu kepada mana-mana parti, bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekiranya sembilan tuntutan mereka dipenuhi.

Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan berkata, walaupun kesatuan itu tidak terlibat dalam politik, namun tindakan itu wajar dilakukan supaya kebajikan golongan pekerja di negara ini terjamin dan tidak diabaikan.

Salah satu tuntutan utama mereka adalah menghapuskan amalan penggajian pekerja secara sistem kontrak yang telah menindas pekerja termasuk menafikan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Mana-mana parti yang terima dan janji akan laksanakan tuntutan kita, MTUC akan beri sokongan kepada mereka.

"Pada dasarnya MTUC berkecuali, tapi dalam tuntutan ini, MTUC serius untuk ketengahkan agenda kaum pekerja.

"...sebab itu mereka (parti politik) jangan pandang remeh perjuangan kami," katanya kepada pemberita di ibu pejabat MTUC, di sini, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Umno-BN ‘gulung tikar’ akibat khianat

Posted: 24 Apr 2013 04:25 PM PDT

BERIKUT pandangan AJK PAS Pusat, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai pengkhinatan Umno-BN terhadap orang Melayu. Ikuti butiran lanjut bersama wartawan kanan AZIZ MUDA.

WARTAWAN: Umno-BN terlalu banyak melakukan tindakan mengkhianati orang Melayu. Reaksi Dato' Seri mengenai dakwaan itu?
NIZAR: Memang benar. Umno-BN mengkhianati orang Melayu. Banyak bukti yang boleh diberikan mengenai pengkhianatannya. Apa yang terjadi di Lahad Datu sekarang adalah salah satu bukti Umno-BN mengkhianati Melayu.
Yang terkorban dalam tragedi di Lahad Datu itu adalah orang Melayu dan orang Sulu. Jika Umno-BN tak khianati orang Melayu, kejadian itu tak akan berlaku. Punca kejadian itu adalah daripada "Projek IC" yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri dulu.
Selain itu, wang RM25 bilion yang sepatutnya diberikan kepada Bumiputra lesap. Tanah rizab Melayu yang dahulunya berjumlah 3 juta hektar kini hanya tinggal kurang daripada separuh. Itu semua angkara Umno-BN.
Itu semua tak masuk lagi hilangnya Islam sebagai kebudayaan Melayu. Dulu kalau disebut Melayu pasti tidak lekang dengan Islam, tetapi kini hanya tinggal nama sahaja. Orang Melayu sekarang sudah tidak lagi menjadikan Islam sebagai ad-deen dalam kehidupan harian. Ini juga turut berlaku dalam pentadbiran sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai salah guna kuasa.
Banyak lagi yang Umno-BN khianati Melayu...
Dulu orang Melayu boleh tulis Jawi, kini sudah tidak pandai tulis Jawi lagi. Ini sepatutnya tidak berlaku. Tetapi di bawah pemerintahan Umno-BN, ia berlaku.
Ini satu pengkhianatan terhadap orang Melayu yang tidak boleh dinafi kan oleh sesiapa pun.
Dulu orang Melayu yang nak menyambung pelajarannya dapat biasiswa. Sekarang biasiswa dah hilang. Sebaliknya, orang Melayu nak sambung pelajarannya ke institusi pengajian tinggi terpaksa menanggung hutang. Disebabkan tiada biasiswa, orang Melayu terpaksa berhutang dengan PTPTN.
Umno-BN nampak macam tak mesra Melayu dalam isu-isu pendidikan berbanding Pakatan Rakyat. Apa komen Dato' Seri?
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Muafakat PAS & PKR Kota Putera Bertekad Menjatuh BN Dalam PRU13

Posted: 24 Apr 2013 04:04 PM PDT

'Janji tak ditepati': Johor traders disappointed at Muhyiddin no-show

Posted: 24 Apr 2013 04:01 PM PDT

Anwar Ibrahim: Ceramah Kempen PRU13 Di Sg Udang Melaka

Posted: 24 Apr 2013 04:01 PM PDT

Anwar Ibrahim: Ceramah Kempen PRU13 Di Machap Melaka

Posted: 24 Apr 2013 03:59 PM PDT

PRU13: Manifesto PR Sabah tetap lebih baik daripada Manifesto BN Sabah walaupun diciplak

Posted: 24 Apr 2013 03:58 PM PDT

GE13: BN buying votes with rice, noodles, eggs?

Posted: 24 Apr 2013 08:36 AM PDT

Sabah opposition SAPP is hoping that Tawau voters will not bow to pressure such as their license being revoked and welfare stopped if they voted for the opposition.
TAWAU: There are no festivities around the corner to explain the windfall for some residents living in Sri Tanjung here.
Opposition Sabah Progressive Peoples Party (SAPP) claims it has received complaints from those who were not included in the special handout by a group of unknown individuals going around giving RM50, rice, instant noodles and eggs to residents in Sri Tanjung constituency.
Tawau incumbent MP Chua Soon Bui said the "special aid" came to light when some of those living in the area complained they had not been given the government handout which they claimed were 1Malaysia aid.
Chua said she was not aware of any extra 1Malaysia aid being given out, part of a nationwide cash dispensing machine for those earning below RM3,000.
"I am told that the cash and goods have been distributed at Taman Tawau Garden, Taman Wira, Taman Hua Li and Taman Da Hua 4 so far.
"I want those responsible for the distribution to clarify whether it is for everyone or just the Chinese community as some did not receive it," she said.
Chua said if the contribution was from Barisan Nasional, then everyone should receive it and not just a selected section of the community.
"At the moment, we have no way to clarify whether it is for everyone or the poor or senior citizens. I hope those responsible will come forward and clear the air as people are asking where to get the aid. It is even already in Facebook," she said.
People should not be given unequal treatment, se added.
Chua also claimed that she had received reports that there was also a group going around giving a few hundred ringgit and taking people's MyKads.
"The MyKads will be given back after the polling day. What is the purpose of this?
"I advise the people not to give their MyKads and, if I find out who is doing this, I will personally make a police report as it is against the law to be in possession of someone else's MyKad," she said.
Chua said registered voters should be very careful as their MyKads could be used to borrow money from loan sharks and sold to others.
Chua also hoped that voters would not bow to pressure from these groups who threatened to stop the welfare aid if they voted for the opposition.

PRU13: Pengundi Shah Alam akan memilih di antara epal dengan bacang

Posted: 24 Apr 2013 08:34 AM PDT

Shah Alam dan Pasir Mas adalah dua kawasan yang pada hakikatnya pertandingan di antara Perkasa dan PAS. Perkasa diwakili oleh Ibrahim Ali di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin di Shah Alam. Kedua-dua calon Perkasa ini merupakan orang yang paling 'controversial' dan ramai yang tertanya-tanya apa sudah jadi kepada UMNO sekarang ini.
Sekali fikir pula tidak boleh disalahkan juga UMNO kenapa mereka meletakkan dua orang yang begitu 'famous' dengan sifat lancang mulut yang tidak tahu batasan bangsa dan agama dalam mengendalikan politik mereka. Kedua-dua calon ini mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO untuk menyelitkan nama mereka sebagai calon yang tersenarai di dalam calon BN. Tetapi yang anehnya UMNO Kelantan tidak tahu yang Ibrahim Ali akan menjadi calon bagi mewakili UMNO melalui Perkasa.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: PR boleh jadi kerajaan lebih baik dari BN - Mat Taib

Posted: 24 Apr 2013 08:29 AM PDT

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas kelmarin berkata, sokongan yang diberikan ke atas parti itu adalah untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara ini.
Sehubungan itu kata beliau, PR boleh menjadi kerajaan lebih baik berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat telah memberi mandat sejak negara merdeka.
Mat Taib: PR boleh jadi kerajaan lebih baik"... saya nak sokong Pas untuk sama-sama bantu, PKR dan DAP tubuhkan kerajaan di Putarajaya menggantikan Umno-BN.
"Biar PR pula ambil alih kerajaan di Malaysia kerana saya tahu mereka boleh lakukan yang lebih baik daripada Umno yang memerintah hampir setengah abad tapi masih ada masalah kemiskinan," kata beliau.
Beliau yang turut dikenali sebagai Mat Taib berkata demikian ketika berceramah membantu Datuk Husam Musa di Persint 9, Putrajaya malam tadi.
Husam, Naib Presiden Pas, mencabar penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Mengapa rakyat berubah sokong Pakatan?

Posted: 24 Apr 2013 08:19 AM PDT

Oleh ABU FIRDAUS
Secara imbas, peningkatan sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat adalah kerana perubahan generasi yang baru sedang menolak BN.

Tetapi di sudut lain, apa yang menyebabkan perubahan ini ialah teknologi dan berlalunya ancaman komunis ekoran kejatuhan Kesatuan Soviet.
Dari segi teknologi, adanya kaset pada tahun 80-an, laman web pada tahun 90-an, blog pada tahun 2000-an dan laman sosial pada tahun 2010-an menjadikan usaha menguasai minda rakyat oleh BN semakin kurang berhasil.
Sementara berakhirnya ancaman komunis membuatkan sebarang langkah pengawalan maklumat dan penguasaan kegiatan atas nama keselamatan sudah tidak boleh diterima.
Ini bermakna kejayaan Perikatan-BN selama ini adalah kerana penguasaan maklumat dan kegiatan rakyat. Justeru, rakyat tidak memperoleh aliran pemikiran berbeza sehinggakan mereka menerima apa saja yang diberitahu.
Maka dalam hal ini kemenangan Perikatan-BN selama 13 pilihan raya termasuk yang diadakan pada tahun 1955 adalah atas ketidakdilan.
Masakan tidak, dari awal lagi parti-parti yang menentang Umno ditekan dan dinafikan hak yang sama. Pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) umpamanya, ditahan secara ramai, dan sudah tentu kekosongan politik diisi cepat oleh Umno.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Najib tahu akan kalah PRU punca RM7 bilion wang 1MDB dipindah

Posted: 24 Apr 2013 08:11 AM PDT

Najib
KUALA LUMPUR 24 APRIL: Pemindahan RM7 bilion duit rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana menjangkakan BN akan kalah pada pilihan raya umum nanti, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
Beliau yakin duit 1MDB yang dipindahkan ke ke akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai itu lebih daripada laporan yang dipetik daripada akhbar mingguan ekonomi.
"Tidak ada sebab lain kenapa duit 1MDB itu dipindahkan keluar. Apa yang jelas, pemindahan tersebut hanya untuk menyembunyikan daripada rakyat. Kita percaya Najib sudah tahu beliau akan kalah. Sebelum terlambat, lebih baik duit itu dipindahkan dahulu.
"Saya juga tak terkejut dengan angka ini, tapi yakin wang yang dipindahan itu lebih tinggi dari jumlah berkenaan kerana berdasarkan laporan Global Financial Integrity (GFI) terkini, angka sebenar (aliran wang haram) dalam lingkungan RM150 bilion," kata Azan kepada Keadilan Daily.
Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal penuh Najib, 1MDB, memindahkan RM7 bilion dana ke akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai, Pulau Cayman, United Kingdom seperti dilaporkan akhbar The Edge.
Kata Azan, timbul persoalan kenapa akaun sulit pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana ia dilindungi undang-undang walaupun berunsur jenayah atau rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Jelajah GM13 misi ‘Selamat Tinggal Najib Razak’

Posted: 24 Apr 2013 08:10 AM PDT


KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa Pilihanraya Umum ke-13 (GM13) mengorak langkah mara untuk terus merealisasikan objektif utama bagi menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke-13 ini.
Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berlata, GM13 sekali lagi melancarkan roadshow ke beberapa kawasan tumpuan bagi menumpukan tenaga mahasiswa bagi menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat.

Bagi mahasiswa, ujarnya terlibat secara langsung dalam pilihanraya kali ini adalah penting bagi menyediakan generasi muda yang juga bakal menjadi generasi pelapis bagi kepimpinan negara akan datang.

Menurutnya, sejak sebelum hari penamaan yang lalu, GM13 telah secara aktif terlibat bagi memberikan penerangan kepada rakyat mengenai isu-isu yang berlaku khususnya isu yang berlaku kepada mahasiswa dan anak muda secara umum.

"GM13 turun ke Parlimen Pekan pada hari penamaan yang lalu telah memperlihatkan situasi sebenar di Pekan sememangnya telah menggusarkan kerusi Najib Razak sendiri," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: PR perintah, pertukaran guru mesra keluarga - Husam

Posted: 24 Apr 2013 08:09 AM PDT


PUTRAJAYA: Calon PAS bagi Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa berkata, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, sistem pertukaran guru akan diubah ke arah lebih 'mesra keluarga'.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Husam yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, pada waktu ini ramai guru-guru terpisah jauh dari anak isteri masing-masing ekoran sistem pertukaran guru yang tidak berpandukan kepada konsep yang betul.

"Ada pasangan guru dipisahkan, suami di Johor, isteri di Perlis, isteri di Selangor suami di Sarawak. Apa perasaan mereka? Siapa yang akan bertanggungjawab menguruskan anak-anak yang masih kecil?
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Kempen panas, PAS saingi kempen 'agresif' Mukhriz

Posted: 24 Apr 2013 08:08 AM PDT

poster war mukhriz in ayer hitam kedah
Kempen pilihan raya umum ke-13 memasuki hari kelima semakin rancak dan bahang kerusi 'panas' DUN Ayer Hitam, Jerlun yang diwakili Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, semakin dirasai.

Darjahnya dilihat meningkat apabila pemasangan bendera merentangi jalan, penyebaran risalah, menampal poster Mukhriz dan calon BN lain serta menggantung kain rentang memenuhi jalan di kawasan DUN dan parlimen itu.

Berbanding sebelum penamaan calon, tinjauan Malaysiakini setakat semalam mendapati hampir keseluruhan jalan memasuki Ayer Hitam - dari jalan Alor Setar-Simpang Empat-Kangar - poster war in ayer hitam kedah mukhrizdipenuhi poster, bendera serta banting wajah Mukhriz berbanding calon PAS Abdul Ghani Ahmad.

Boleh dikatakan hampir tiada pokok yang terlepas daripada bahan kempen BN dan seorang petugas PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) yang ditemui semalam bagaimanapun berkata ia tidak melemahkan semangat jentera yang dididik dengan kesabaran dan semangat jihad.

Malah, katanya, poster war in ayer hitamrakyat setempat sedar kemampuan BN menyediakan bahan kempen 'agresif' seperti itu berbanding mereka bergerak seadanya tetapi dengan semangat perjuangan yang tinggi tanpa balasan.

Kempen agresif BN turut diterjemahkan dengan 'mengangkut' orang ramai ke majlis perasmian peletakan batu asas cadangan pusat sukan dalam parlimen Jerlun oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi semalam (Selasa).

Beberapa buah bas disediakan untuk tujuan itu termasuk berbondong-bondong pemuda berkonvoi motosikal ke tapak projek tersebut sambil memakai baju dan mengibarkan poster war ayer hitam pasbendera BN. Kira-kira 2,000 yang hadir pada majlis itu.

Manakala, risalah wajah pemimpin Pakatan Rakyat yang menganggotai "Kabinet Rakyat 2013" dan buku kecil setebal 108 muka surat bertajuk "Mengapa kami tinggalkan Anwar" mengenai bekas sahabat dan pemimpin PKR yang meninggal ketua umumm PKR itu, turut ditemui dan dibaca oleh hadirin dalam majlis itu.

Tidak cukup dengan itu, pejabat Umno Jerlun, turut meletakkan satu risalah mengenai lima sebab utama pengundi perlu menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

dollah yankee

dollah yankee


Dah terang..Nak suluh apa buat apa lagi?!

Posted: 24 Apr 2013 07:30 AM PDT


Apa rakyat mahu?! Rakyat mau ubah laa..mau apa lagi, tak kan tak paham-paham lagi kot?! Kalau di Penang ini, anda tak boleh lari, tak boleh elak untuk menghadapi 'mood' pilihanraya-13. Poster, bendera dan arca-arca yang unik ada dimana-mana.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah kempen pilihanraya bendera-bendera milik parti-parti dari Pakatan Rakyat iaitu PAS,PKR & DAP ada dimana-mana, pendekata dimana ada bendera BN/umno, disitu ada bendera-bendera PR dan ada juga ditempat-tempat yang bendera, banner PR ini lebih banyak daripada bendera-bendera,banner milik BN. Kalau dulu mana boleh nampak suasana yang macam ni.

Yang paling 'best' ialah seminggu-dua sebelum hari penamaan calon telah jelas menunjukan yang parti mana yang lebih menarik perhatian rakyat dan pengundi-pengundi.

Yang jelas lagi ialah sokongan kepada Anwar Ibrahim,Nik Aziz, Guan Eng, dan yang lain-lain dalam Pakatan Rakyat begitu terserlah dengan kehadiran puluhan ribu orang pada tiap-tiap ceramah mereka. Begitu juga lah dengan sikap kehadiran ribuan orang ini pada ceramah-ceramah PR ini. Kalau 'banner' tulis ceramah bermula jam 9 malam, jam 7.30 sudah ada orang yang datang untuk mengambil tempat. Mereka juga sanggup duduk diatas rumput tanpa sebarang pelapik. Apa juga yang menarik perhatian mereka yang diceramahkan, mereka akan bersorak,bertepuk-tangan dan menjerit-jerit. Mereka juga sanggup mengeluarkan wang dari poket mereka untuk membantu dana pilihanraya PR ketika kotak-kotak derma dihulurkan didepan mereka.

Aksi mereka-mereka yang hadir pada ceramah-ceramah PR ini amat jelas menunjukan kesediaan dan kesanggupan mereka untuk mengundi calon-calon dari Pakatan Rakyat.

dollah yankee -
Yang Arif, saya tidak ada soalan lagi ...

Benar lah, SPR memang MUSIBAT BESAR !!!

Posted: 24 Apr 2013 03:52 AM PDT


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, soal pertindihan kerusi antara PAS dan PKR telahpun diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan, dan sekarang adalah masa untuk bersatu melawan Umno BN.


Itu kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ... tapi lihat pula kata SPR yang sedang buat gila nak bagi pengundi-pengundi dikawasan yang ada pertindihan kerusi itu sakit otak ...

Party adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim said it has also notified the EC to remove the names of the PKR candidates for the seats concerned, as the issue of seat clashes it had with PAS was resolved over the weekend. He said the EC should not have any problem removing the names as it had been given ample time to do so. "The EC had stated that it would not revoke or cancel a candidate's name even after the party had revoked it. I don't understand why (it cannot do this), as we have notified them in advance. There are more than 10 days before polling," he said yesterday. However, Anwar did not disclose Pakatan Rakyat's next course of action but pledged that its election machinery would help the candidates. On Monday, EC deputy chairman DatukWan Ahmad Wan Omar said candidates had the right to pull out, but their names would continue to appear on the ballot papers and the votes they received would still be tallied.

dollah yankee -
Tak habis-habis asyik nak menipu ...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


JELAJAH MERDEKA RAKYAT DSAI KE PAHANG

Posted: 24 Apr 2013 09:11 AM PDT

5 April 2013 (Khamis)
1) 3.00 ptg – Medan Selera Kg Baru, Bentong
2)    4.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi:  Jln Saga 8, Taman Saga, Mentakab
3)    5.30 ptg – Sepetang  Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi : Tapak Pekan Sari, Felda Lepar Hilir 1
4)    9.00 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Felda Cini 1
5)    11.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Simpang Kepayang, Bera

Iklan takutkan pengundi dengan Pakatan mungkin memakan diri, kata industri

Posted: 24 Apr 2013 09:04 AM PDT

Iklan takutkan pengundi dengan Pakatan mungkin memakan diri, kata industri

TERKINI @ 06:34:30 PM 24-04-2013
Oleh Emily Ding


April 24, 2013
KUALA LUMPUR, 24 April — Kempen Barisan Nasional (BN) dalam akhbar yang memainkan isu kaum untuk menakut-nakutkan pengundi ke atas Pakatan Rakyat (PR) mungkin memakan diri pada pilihan umum 5 Mei ini, kata sumber dalaman industri dan ahli politik pembangkang. Antara iklan bertulis yang dimainkan untuk menakutkan masyarakat Cina terhadap pengaruh parti Islam PAS, manakala orang Melayu pula ditakutkan dengan pengaruh DAP, dengan slogan "Undi kepada DAP adalah undi kepada PAS" dan sebaliknya.
"Sebuah iklan dalam akhbar yang dimiliki MCA, The Star mengambarkan roket terbang ke awan untuk menunjukkan simbol bula PAS dalam keadaan terjaga dengan mesej berbentuk: "Kuasa di belakang DAP adalah PAS. Pertama adalah bendera. Esok prinsip fundamentalis pula?".
"Iklan tersebut menunjukkan ia direka untuk menunjukkan keraguan dan ketakutan orang Cina bahawa mereka mungkin hilang kebudayaan dan pendidikan jika memilih DAP," kata Masjaliza Hamzah daripada Center of Independent Journalism kepada The Malaysian Insider.
"Ia adalah konsep kosong. Hanya tuduhan tanpa kebijaksanaan atau rasa hormat. Ia iklan yang sangat merendah-rendahkan, satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat," kata seorang penulis iklan, Kevin, 32, yang mendedahkan nama sebenarnya.
"Mereka terlupa peraturan utama pengiklanan. Tiada pengiklanan boleh menyelamatkan produk yang buruk, "katanya.
Iklan tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan DAP yang berdepan tekanan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang tidak mengiiktiraf barisan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), hingga memaksa parti tersebut membuat keputusan untuk memakai simbol bulan milik PAS dan bukan simbol roket miliknya.
Walaubagaimanapun, parti pembangkang tidak bimbang tentang iklan BN tersebut yang mungkin memberi pengaruh negatif, sebaliknya memberitahu The Malaysian Insider mereka sebuah gabungan yang sangat bersatu-padu.
"Memang benar undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, dan pada masa yang sama undi PAS adalah undi untuk PKR, dan undi untuk PKR adalah undi untuk DAP. Kami bersama-sama dalam gabungan, "kata Tony Pua, setiausaha publisiti kebangsaan DAP dan MP Petaling Jaya Utara.
"Iklan itu bagus... saya harap BN terus untuk melaungkan slogan itu. Tiada undi untuk BN," kata timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.
Pengguna Twitter @patricklsk bersetuju dengan menulis: "MCA sebenarnya membayar untuk iklan akhbar bagi mempromosikan kerjasama DAP-PAS? Ini sangat menakjubkan! #freemarketing"
Namun, iklan tersebut tidak bukan diterima semua dan kebanyakkan iklan membuat orang ramai marah.
"Kami berbual tentang perkara itu dalam pejabat hari ini. Seseorang bertanya kepada saya sama ada sudah melihatnya dan saya jawab ya, saya sudah lihat. Datanglah sini, ia dalam tong sampah saya," kata seorang pengarah akaun yang enggan dinamakan.
"Lebih banyak iklan mereka letak, lebih ramai rakyat akan marah. Mereka hanya mengali kubur untuk diri sendiri," katanya.
Contoh iklan anti-pembangkang Barisan Nasional di akhbar tempatan.
Seorang pegawai eksekutif operasi di sebuah agensi menggambarkan iklan di The Star, dengan tiga ke lima pembangkang menghentam iklan dalam setiap satu akhbar, melihatnya sebagai "terlalu melampau" dan akan menyebabkan rakyat akan jemu.
"Semua mereka buat adalah salah. Mereka beri terlalu banyak perhatian kepada pembangkang daripada menggariskan pencapaian mereka sendiri," kata beliau.
"Tapi ia baik untuk lawak, lawak yang sangat mahal," tambahnya lagi.
Pua berkata, BN telah menggunakan isu ketakutan kaum dalam empat pilihan raya sebelum ini dan DAP kemudiaan bertindak balas dengan kemarahan, tapi tidak kali ini.
"BN masih bermain politik lama. Kami semua telah melangkah keluar politik lama," katanya.

Seorang pengguna Facebook, Tan Lin Li, menulis: "Serang polisi, bukan parti," serta menghantar gambar iklan DAP yang diterbitkan dalam The Rocket dan Sinar Harian menampilkan ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga berlegar-legar dalam laman sosial bagi menangani iklan-iklan daripada BN.
"Tiada apa yang perlu ditakuti dan saya percaya orang-orang di Malaysia adalah bijak hari ini untuk membezakan pembohongan BN yang bertentangan dengan kebenaran perkara itu, "kata Pua.
Beliau menambah jika PR mempunyai wang, iklan yang mereka akan buat untuk menangani iklan tersebut adalah dengan berkata, "Satu undi untuk MCA adalah satu undi untuk Perkasa."
Masjaliza juga mempersoalkan sama ada iklan BN tersebut mematuhi Kod Amalan Pengiklanan Malaysia.
Datuk Johnny Mun, pengerusi 4As Malaysia, sebuah persatuan pengamal pengiklanan yang berkongsi amalan dalam industri, memberitahu Malaysian Insider bahawa kod ini hanya terpakai untuk pengiklanan produk secara amnya dan tidak mengawal iklan politik.
Masjaliza juga berkata iklan itu menjejaskan integriti bebas dan adil dalam media.
"Sebagai contoh, perbelanjaan pengiklanan hendaklah terhad kepada jumlah yang tertentu. Jika tidak ada had maka ia akan memberi kelebihan kepada pihak yang mempunyai dana besar," katanya.
Media sebelum ini melaporkan BN dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM73 juta pada bulan lepas untuk pengiklanan, langkah untuk mempertahankan Putrajaya dan yang termahal pernah dibelanjakan dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

Uplod kertas undi salah, SPR tipu rakyat? (LM)

Posted: 24 Apr 2013 06:45 AM PDT

Jika SPR tipu Rakyat dengan daftar pengundi yang meragukan, nama pengundi berganda, pindahkan lokasi pengundi... tak salah pulak? Alahai SPR...

SPR: Memuat naik gambar kertas undi satu kesalahan

PUTRAJAYA - Perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.