Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR - Pas mengesahkan dua orang kuat Umno berstatus Tan Sri bakal menyertai parti itu dalam masa terdekat.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua Tan Sri ini akan menyerahkan borang keahlian pada 22 April depan secara serentak, dua hari selepas penamaan calon.

Menurutnya, satu sidang media khas akan diadakan memandangkan kedua-dua Tan Sri tersebut akan turut turun padang membantu PR dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Kami menerima dengan tangan terbuka. Penyerahan borang akan diserahkan di sini (di pejabat Pas Pusat).

"Tetapi, pengumuman besar-besaran akan dibuat di Shah Alam (Selangor) pada sebelah malamnya, iaitu semasa ceramah Pas di sana," katanya kepada Sinar Harian di pejabat Pas Pusat, di sini, semalam.