Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Klang dikalahkan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara).

"Tapi saya rasa, Tony Pua susah dikalahkan kerana 90 peratus (di situ) adalah kaum Cina," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak dan penyokong memberi tumpuan untuk memenangkan  Nurul Izzah dan Rafizi di kawasan mereka masing-masing.