Selasa, 2 April 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Najib bubar parlimen kerana desakan dalaman

Posted: 02 Apr 2013 10:12 PM PDT


KUALA LUMPUR: PAS percaya pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini dibuat selepas beliau mendapat tekanan hebat dari pihak dalam Umno BN sendiri.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Najib sebenarnya tidak berhasrat untuk membuat pembubaran parlimen awal namun kerana ada desakan dan beberapa faktor yang dilihat 'sesuai' untuk pembubaran, maka pembubaran akhirnya dibuat hari ini.

"Saya mendapat info sebenarnya Njib tak berhasrat untuk membubarkan parlimen awal. Tapi sebab dia dapat desakan dari dalam dan dia melihat seolah-olah ada sedikit kekecohan dalam Pakatan Rakyat soal pembahagian kerusi.

"Jadi dia menggunakan kesempatan ini untuk membubarkan parlimen," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, jika Najib membubarkan parlimen atas maklumat bahawa hubungan Pakatan Rakyat 'retak' ekoran pembahagian kerusi, telahan Najib tersebut ternyata silap.

"Tapi sebenarnya Najib silap kerana soal pembahagian kerusi Pakatan dah selesaikan awal.

"Kerjasama pakatan kekal malah semakin utuh dan kita dapat selesaikan pembahagian kerusi secara cepat," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman pembubaran parlimen oleh Najib yang disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dengan pembubaran tersebut juga, Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.

Semalam, Mustafa membayangkan kemungkinan PRI13 hanya akan berlaku selewat-lewatnya akhir Mei memandangkan Najib dilihat tidak bersedia.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan semua parti khususnya BN supaya dapat bertanding secara gentleman, bersih, dan tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi prinsip pilihan raya.

"PAS harap pimpinan-pimpinan BN dapat bertindak scara gentlemanlah.

"Kepada semua ahli, kita bersiap sedia menghadapi PRU semaksima mungikin untuk memenangkan PAS dan Pakatan," katanya.

PARLIMEN BUBAR

Posted: 02 Apr 2013 09:06 PM PDT



APRIL 03, 2013
KUALA LUMPUR, 3 April — Dewan Rakyat telah sah dibubarkan, pembubaran tersebut baru sahaja diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dalam penampilan secara langsung melalui stesen televisyen nasional sekaligus memberikan laluan untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan.
The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum bakal diadakan selewat-lewatnya 20 April ataupun seminggu selepas itu pada 27 April, bergantung kepada kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perdana menteri mengatakan telah bertemu Yang Di-Pertuan Agong pagi ini dan mendapat perkenan Tuanku untuk membubarkan  Parlimen. Difahamkan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) juga akan dibubar hari ini dan esok untuk memberi laluan kepada PRU.
DUN Negeri Sembilan telahpun terbubar secara automatik pada 27 Mac lalu manakala Sarawak telah  mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.
Pilihan raya terakhir yang berlangsung di dalam negara adalah pada 8 Mac 2008, namun Najib yang memegang tampuk pemerintahan  empat tahun lalu telah mengambil masa agak lama untuk membubar Parlimen kali ini.
"Jika saya perdana menteri, saya sudah pun mengadakan pilihan raya tahun lepas. Semua penantian ini... sebulan, dua bulan, tiga  bulan... ia tidak akan berakhir," kata mentor Najib dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang media  pada 27 Mac lalu.
Najib merupakan perdana menteri paling lama tanpa mandat sendiri daripada rakyat, mengatasi bapanya Tun Abdul Razak Hussein  yang berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia kedua daripada 22 September 1970 hingga hari pilihan raya pada 24 Ogos 1974.
SPR akan bertemu dalam beberapa hari lagi untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang mesti diadakan dalam  tempoh 60 hari bermula dengan notis pembubaran disetiap DUN yang masih belum dibubarkan.
Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) akan bertarung untuk merebut 222 kerusi  parlimen dan 505 kerusi DUN pada Pilihan Raya 2013, The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh sebulan  ini.
Sumber juga mendedahan akan terdapat ramai muka baru walaupun Najib selaku pengerusi BN turut dijangka akan mengekalkan beberapa pemimpin veteran untuk kesinambungan, terutamanya mereka memperoleh markah tinggi dalam kad laporan tahunan kerajaan yang telah diumumkannya pada 19 Mac.
Pemimpin negara berusia 59 tahun tersebut yang mana penilaian kelulusan peribadi kekal melebihi 65 peratus telah menjelajah ke  seluruh negara sejak beberapa bulan ini bagi melonjakkan sokongan kepada beliau dan BN pada pilihan raya kali ini.
Beliau juga melaungkan kejayaan program transformasi kerajaan sejak tiga tahun lalu dan memberikan pemberian wang tunai kepada semua  demografik dalam pelbagai bentuk skim bertujuan untuk membantu lima juta keluarga yang berhadapan dengan impak  ekonomi global.
Langkah tersebut telah dikritik sebagai langkah untuk memancing pengundi pada pilihan raya umum yang bakal menjelang,  termasuklah kenyataan kontroversi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakannya sebagai  memberikan makan kepada haiwan untuk mendapatkan sokongan.
Penganalisis menekankan inisiatif dibawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah  menyumbang kepada perkembangan KDNK negara 6.4 peratus dari setahun ke setahun dalam suku keempat tahun lepas.
Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya  kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.
Pegawai rasmi kerajaan menjangka kerajaan sedia ada akan mendapat majoriti tradisi dua pertiga mereka dengan memenangi  sekurang-kurangnya 160 kerusi walaupun pada masa sama juga PR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yakin untuk  menang.
Kajian bebas menunjukkan BN mungkin boleh memenangi pilihan raya tetapi tipis dengan memperoleh 117 kerusi berbanding PR  dengan 105 kerusi sahaja.

Hassnar Ibrahim (bekas DO Sandakan - yang kaitkan Mahathir dengan projek IC) dilapurkan hilang

Posted: 02 Apr 2013 04:12 AM PDT


Hassnar Ibrahim (bekas DO Sandakan) merupakan individu yang bertanggungjawab mendedahkan perihal projek IC dan rusuhan di Sabah angkara Tun Mahathir, telah hilang dan tidak dapat dikesan. Beliau bersama isterinya telah menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad dan kemudian langsung tidak dapat dihubungi lebih dari tempoh 24 jam.
OLYMPUS DIGITAL CAMERASolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isteri di atas situasi ini. Kedudukan Pak Hassnar mungkin berbahaya kepada pihak tertentu kerana pendedahan sensasi yang dilakukan khususnya memetik Tun Mahathir sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah yang menjurus kepada berlakunya pencerobohan Lahad Datu.
Berikutan itu, satu laporan polis dibuat SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu petang tadi.
Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48994

[Video] JMR DSAI @ Beserah, Kuantan 30/3/13

Posted: 01 Apr 2013 08:49 PM PDT

Polis: Pengganas Kiram menyamar jadi orang kampung

Posted: 01 Apr 2013 07:27 PM PDT



ZULKHAIRIL ZAINUDDIN & MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
2 April 2013
 Polis: Pengganas Kiram menyamar jadi orang kampung
Salleh (kanan) memperkatakan sesuatu kepada penduduk Kampung Tanjung Batu ketika mengadakan lawatan, semalam
LAHAD DATU - Polis tidak menolak kemungkinan ada pengganas Kiram yang menyamar sebagai orang kampung untuk melarikan diri dari kawasan pertempuran.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, polis meminta kerjasama penduduk supaya segera melaporkan kepada mereka jika terlihat orang yang tidak dikenali berada di kawasan kampung.

Menurutnya, ini secara langsung memudahkan pihak berkuasa melumpuhkan kegiatan pengganas Kiram yang menceroboh negara ini sejak 12 Februari lalu.

"Saya mengharapkan supaya penduduk kampung dapat memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa supaya keamanan di kawasan pertempuran dapat dipulihkan segera," katanya kepada Sinar Harian ketika meninjau keadaan Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian selepas penduduk dibenarkan pulang, semalam.


Mengulas mengenai gerakan ofensif  ke atas pengganas Kiram, Salleh berkata, pasukan keselamatan kini sedang melakukan gerakan pembersihan di kawasan Kampung Sungai Bilis, Lok Buani dan Lok Semawang.

"Kita menjangkakan tindakan ini (pembersihan) akan mengambil masa dalam satu atau dua hari lagi sebelum kita isytiharkan kawasan tersebut selamat untuk diduduki," katanya.

Beliau berkata, Majlis Daerah Lahad Datu juga sudah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan di setiap rumah bagi menilai tahap kerosakan dan kemusnahan yang ditanggung penduduk sebelum sebarang bentuk tindakan dapat dilakukan kerajaan.

Mengulas mengenai penemuan peluru atau bahan letupan yang masih aktif, Salleh meminta orang ramai segera melaporkannya kepada pasukan keselamatan yang bertugas di lokasi.

Beliau juga meminta orang kampung jangan mengambil atau membiarkan kanak-kanak bermain bahan letupan itu kerana bimbang berlaku kemalangan termasuk kehilangan nyawa.

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


2012 ke 2013 yob?? Hehe....

Posted: 02 Apr 2013 09:13 PM PDT

PM KE 7 ANGKAT SUMPAH PADA 28.4.2013...

Posted: 02 Apr 2013 09:02 PM PDT


Besok Bubar....!!

Posted: 02 Apr 2013 01:00 AM PDT

Tak kira larrrr yob. Nak bubar ke tak bubar ke, ada teman kisah....?? Kahkahkah....

Apa2 halpun, mari kita jawab teka-teki ini. Mamat botak ni dah nak biul ni...Hehe!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13 : Umno persenda lagu Negaraku untuk ganggu ceramah PR...UMNO@BN pengkhianat negara hina Negaraku...!!!

Posted: 02 Apr 2013 08:57 PM PDT

Tamatnya Riwayat Kerajaan UMNO@BN : Pengumuman pembubaran parlimen 3-4-2013

Posted: 02 Apr 2013 08:54 PM PDT

Najib Umum Parlimen Bubar 3 April 2013

Posted: 02 Apr 2013 08:39 PM PDT

Zunar/KKI : Animasi Manifesto Pakatan Rakyat

Posted: 02 Apr 2013 08:07 PM PDT

Anwar: Pakatan sentiasa bersedia jika Parlimen dibubar hari ini

Posted: 02 Apr 2013 07:56 PM PDT

pilihan-raya1JOHOR BAHARU 3 APRIL: Pakatan Rakyat sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih teragak-agak membubarkan Parlimen.
Pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KEADILAN dan parti komponen Pakatan Rakyat tiada sebarang masalah jika pembubaran berlaku seawal hari ini.
"Ada orang jangka (bubar) esok (hari ini), tapi dengarnya mungkin tidak.
"(Tetapi sama ada) Esok atau minggu depan, kita akan bagi anda (Najib) jawatan baru, (iaitu) Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia," katanya disambut sorakan 2,000 hadirin di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Majidee.
Najib dilaporkan akan berucap secara langsung di RTM 1 pada jam 11.30 pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO@BN Khianat : Tuntutan royalti minyak Kelantan tidak berasas - Jabatan Perdana Menteri

Posted: 02 Apr 2013 07:36 PM PDT

Hak Asasi : Filipina kemuka aduan rasmi ke PBB atas tindakan Malaysia

Posted: 02 Apr 2013 07:29 PM PDT

JMR : KAMPUNG DATO' SULAIMAN MENTERI, JOHOR

Posted: 02 Apr 2013 07:27 PM PDT

Perdana Menteri selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini...!!!

Posted: 02 Apr 2013 07:27 PM PDT

D-DAY IS HERE! Najib expected to call for GE13 in speech to be televised live at 11.30am...?????

Posted: 02 Apr 2013 07:24 PM PDT

It looks like the big D-day Malaysians have been waiting for is finally here.
D-DAY IS HERE! Najib expected to call for GE13 in speech to be televised live at 11.30amPrime Minister Najib Razak is due to make a speech that will be televised live on TV at 11.30am, and he is widely expected to announce when he will dissolve Parliament, paving the way for the country's 13th General Election.
The air of excitement is starting to escalate. GE fever has already spread around the nation, with Malaysian voters eager to make their choice but Najib has been the wet blanket, delaying time after time and changing his mind at the last moment despite countless news leaks.
"Until we see him utter the words with our own eyes and hear with our own ears, let's be patient another hour or so," a PKR party veteran told Malaysia Chronicle.

Nik Aziz: Senarai calon Pas Kelantan selesai

Posted: 02 Apr 2013 07:23 PM PDT


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesahkan Pas Kelantan sudah menyiapkan senarai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan bersedia jika Parlimen dibubarkan seawal hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sehingga semalam, tiada apa-apa masalah berlaku dalam proses penyenaraian calon di negeri ini sehingga Parlimen dibubarkan bila-bila masa.

"Kira selesai, tiada masalah. Kita tahu Umno terlalu lemah sekarang ini, sebab itu dia (Umno) bagi duit kepada rakyat. Bagi duit kerana apa? Sama ada rasuah, maka rasuah itu haram, demokrasi pun kata haram, Islam pun kata haram.

Read More / Baca Lagi >>

Muhammad Ridhwan serah diri nak tanding Bebas PRU13?

Posted: 02 Apr 2013 07:21 PM PDT


PERAI - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam dikatakan meminati bidang politik dan kemasyarakatan.
Beliau dikatakan berkempen dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Dun Perai sejak 2010 banyak menggunakan platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau juga berkawan rapat dengan Ketua Pemuda Umno Cawangan Perai, Iqbal Kader Ghani. Katanya, walaupun berkawan dengan Muhammad Ridhwan lebih empat tahun lalu tetapi mereka lebih rapat sejak dua tahun lalu apabila sering turun menghulurkan bantuan, terutama kepada orang miskin.

"Ridhwan kerap turun padang bertemu orang miskin dan menghulurkan bantuan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Seluruh Kuantan 'lumpuh' tiada air....nak bekalkan air pada Selangor dan selamatkan air Kelantan....Pahang..????

Posted: 02 Apr 2013 06:48 PM PDT



KUANTAN: Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini.

Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan.

Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda.

Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan.
Read More / Baca Lagi >>

Bailout Projek : Pembina hadapi kos buruh mahal dikala projek ETP rancak bermula...dasar kroni dan kapitalis merompak wang rakyat...!!!

Posted: 02 Apr 2013 06:46 PM PDT

Dengan penduduk tempatan lebih cerewet tentang pekerjaan, pembina mengatakan mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain untuk mengupah pekerja asing untuk memenuhi tarikh akhir projek. - Gambar Reuters KUALA LUMPUR, 3 April — Berhadapan dengan kekotoran, bahaya dan kerja sukar, pekerja-pekerja binaan yang biasanya mendapat RM30 sehari kini mendapat dua hingga tiga kali ganda daripada jumlah berikut dengan pekerja mahir mendapat RM95 sehari dan ke atas, kata pemaju Malaysia dan mereka memberi amaran krisis ekonomi bakal berlaku disebabkan oleh kekurangan tenaga buruh.
Projek transformasi ekonomi (ETP) kerajaan berjumlah RM1.38 trilion menyebabkan persaingan sengit di kalangan pembina untuk mendapatkan pekerja-pekerja binaan mahir dari sumber terhad dan akan meningkatkan kos disebabkan oleh kekurangan tenaga buruh, kata Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM).
"Kami mempunyai syarikat yang merupakan ahli mengadu terdapat kakitangan utama dari organisasi mereka ditarik menyertai syarikat yang akan terlibat dalam-projek yang diumumkan," kata Matthew Tee, presiden organisasi payung yang mewakili industri pembinaan negara dan sektor perkhidmatan.
"Terlalu banyak pekerjaan seperti transit massa pesat, lanjutan transit aliran ringan, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, dan sebagainya semua bergerak pada masa yang sama," kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara baru-baru ini, merujuk kepada bermulanya projek-projek infrastruktur di seluruh negara dalam tempoh empat tahun lalu sejak Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan perdana menteri untuk mengeluarkan Malaysia daripada perangkap pendapatan sederhana.
Pada Isnin, syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengeluarkan kontrak berjumlah RM2.1bilion untuk membangunkan lapan tapak dalam penempatan semula Pengkalan Udara Kuala Lumpur yang akan bertukar menjadi Bandar Malaysia.
Industri pembinaan negara dijangka berkembang 10 peratus tahun ini dengan perolehan diramalkan pada RM120 bilion, berbanding RM109 bilion tahun lepas, menurut Datuk Seri Michael Yam, presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA).
Penyebab utama kepada kekurangan buruh adalah kekurangan rakyat Malaysia untuk bekerja dalam keadaan apa yang Yam gambarkan mengenai industri pembinaan iaitu kotor, bahaya dan sukar.
Dengan penduduk tempatan lebih cerewet tentang pekerjaan, pembina mengatakan mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain untuk mengupah pekerja asing untuk memenuhi tarikh akhir projek.
Read More / Baca Lagi >>

Bubar: Apakah desakan Muhyiddin akan berjaya?

Posted: 02 Apr 2013 06:43 PM PDT


KUALA LUMPUR: Desas-desus semakin hangat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen hari ini selepas mesyuarat terakhir Kabinet dan sesi bergambar bersama Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dua hari lepas, Muhyiddin 'menolak' kemungkinan Najib akan membenarkan pembubaran automatik Parlimen sebelum PRU13.

"Saya tak fikir Perdana Menteri akan tunggu sehingga genap lima tahun sebelum membubarkan Parlimen. Pilihan raya akan diadakan dalam beberapa minggu pada April," katanya pada perhimpunan Barisan 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di Stadium  Titiwangsa.

Apakah desakan halus Muhyiddin terhadap bosnya berhasil supaya tidak melengahkan lagi PRU13?

Desas-desus yang hangat sejak semalam adalah ekoran laporan muka depan Berita Harian bertajuk 'Parlimen dibubar seawal besok' selepas kenyataan yang dibuat Muhyiddin.

Namun, hasrat Muhyiddin mungkin tidak tercapai ekoran kemunculan kenyataan daripada Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sebelah petang yang menyatakan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Politik : Pencacai Bebas Melakukan Apa Sehaja

Posted: 02 Apr 2013 06:38 PM PDT

Semalam, satu kumpulan samseng bergerak dgn kenderaan yg tiada pendaftaran, membuka & mencuri bendera-bendera parti komponen Pakatan Rakyat dgn parang di kaw Pasir Gudang. Walaupun pihak polis telah menghentikan mereka dan seorang lelaki dibawa ke balai polis, individual itu dilepaskan dgn segera apabila ahli-ahli UMNO berkumpul di depan balai polis. Wakil-wakil DAP telah membuat laporan polis sekali lagi di IPD Seri Alam, pada pukul 3 pagi.

SPR sudah dapat isyarat PRU13 dari Najib..!!!

Posted: 02 Apr 2013 06:33 PM PDT


SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mendapat isyarat awal daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tiada yang pelik untuk badan itu mendapat isyarat lebih awal memandangkan SPR bertanggungjawab menguruskan PRU secara keseluruhannya.

"Itu logik, kita mahu menyiapkan warta, menggerakkan jentera di seluruh negara, itu bukan satu kerja mudah, jadi tidak peliklah kalau kita menerima isyarat awal.
"Namun tarikh pembubaran itu masih lagi di bawah hak istimewa Perdana Menteri. Jangan spekulasikan tarikh itu, SPR hanya berkuasa menentukan hari mengundi (tarikh PRU)," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Semalam timbul desas desus mengatakan kemungkinan perdana menteri akan membubarkan Parlimen hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya.
Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta Ahli Jemaah Menteri berpakaian sut lengkap berwarna gelap bagi lelaki untuk sesi bergambar.

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pembubaran Parlimen.
Mengulas mengenai perkara itu, Wan Ahmad berkata, jika Parlimen dibubar hari ini, SPR sudah bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab menguruskan pilihan raya.
"Perkara itu (bergambar di mesyuarat terakhir) mungkin menjadi amalan, tetapi pada PRU12 perkara itu tidak terjadi (Parlimen tidak terbubar pada mesyuarat terakhir).

"Minggu depan pun boleh bubar lagi kerana masih dalam tempoh, tetapi perlu diingat, Dun Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik pada 27 Mac lalu, tempoh 60 hari sudah berjalan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

GE13 : Our country, our future

Posted: 02 Apr 2013 06:30 PM PDT

Don't let politicians tell you otherwise and do everything in our name for their political gains.

If you could see Malaysia as I see Malaysia – from over 6,000km away – and yet with the ability to source at will all that I need to know about everything that matters in real time, constrained only by my ability to shift through the avalanche of "news, information and data" that is put onto the public domain through the Internet, I will either be a knowledgeable Malaysian abroad or a nervous wreck.
I am somewhere in between, more inclined towards the latter than I may care to admit. Barisan Nasional and Pakatan Rakyat are having the time of their political life. If the cookies crumble their way, Prime Minister Najib Tun Razak and BN can come through this "Lahat Datu" tragedy still smelling of roses despite all that has happened so far.
For Anwar Ibrahim and Pakatan, they will have to see where the cookies crumbles and then strike a responsible balance between being patriotic and lambasting Najib and BN for not making the right decisions and sending the men of our armed forces to unnecessary deaths because they did not manage the situation well.
As this tragedy unfolds, we have ringside seats to witness how these two unworthy protagonists perform under pressure and without a fig leaf to hide behind.
I will do that from here over 6,000km away. You can do the same with the added advantage (and I use the word "advantage" very loosely here) of having the NST, Utusan Malaysia, all the TV stations, the BN government and the opposition represented by Pakatan breathing down your neck with their take on the situation.
Now, of course, all these sources cannot come close to what you all depend upon most: the teh-tarik/kopi O/roti canai discussions you have with your peers when it is time to gather the real data before you make your decision on the situation at hand.
Alas, for me, all that I can do is sit in my living room with my cup of Nescafe and ponder what circumstances need to be considered before I write as I think fit.
So what is the story?
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir Habiskan Sisa Usianya Dengan Terus Menaburkan Fitnah

Posted: 02 Apr 2013 06:27 PM PDT

Nampaknya bekas perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terus melakukan fitnah dan seolah-olah beliau ingin menghabiskan sisa-sisa usianya dengan menabur fitnah.

Terbaru di dalam akhbar Kosmo, beliau mendakwa bahawa Menteri besar Kelantan,YAB TG Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyambut hari jadi bersama Karpal Singh., dan Nik Aziz, tuduh beliau, telah meniup lilin.

Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah TG Nik Aziz hanya memenuhi jemputan ke rumah Karpal Singh. Beliau telah dihidangkan sebuah kek. TG Nik Aziz hanya melakukan belahan kek dengan menggunakan pisau DAN TIDAK ADA SEBARANG UPCARA TIUP LILIN seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir.

Sungguh dasyat fitnah Mahathir terhadap TG Nik Aziz.

Sedangkan beliau sendiri tidak sedar atau pura-pura tidak sedar anaknya menguasai syarikat arak terbesar di Asia, San Miguel. Mengapa hal itu tidak pernah beliau ulas dan berikan penjelasan?

Sudahlah hipokrit, memfitnah pula.

Tarikh PRU14 diumum setahun lebih awal jika PR menang

Posted: 02 Apr 2013 06:24 PM PDT

(Orang ramai yang memenuhi Bandar Pusat Jengka dalam jelajah Negara Berkebajikan)


JENGKA: Susah nak membuat perancangan cuti, kahwin, lawatan ke luar negara, umrah mahupun tugasan kerja kerana masih tidak mengetahui tarikh pilihanraya umum?

Usah bimbang. Perkara ini tidak akan berulang apabila Pakatan Rakyat mengambilalih Putrajaya selepas pilihanraya umum ke 13.

"Pakatan Rakyat berjanji tarikh PRU yang seterusnya akan diketahui satu tahun lebih awal supaya rakyat boleh bersedia," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) di dalam ceramah bersama Treler Negara Berkebajikan di Bandar Nadi Jengka semalam.

Ceramah semalam menerima sambutan yang mengejutkan dengan ribuan hadirin. Ia turut disiar secara langsung oleh TVMakmur dan TVMAKMUR.fm yang dikendalikan Jabatan IT PAS Pahang.

Dalam ucapannya, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata ramai yang merintih dengan kepayahan membuat perancangan kerana tarikh PRU13 masih tidak diketahui.Read More / Baca Lagi >>

SAMSENG UMNO : MENJERIT DAN MELALAK MENGALAHKAN SYAITAN DI KG DATO' SULAIMAN MENTERI, JOHOR BAHRU.

Posted: 02 Apr 2013 04:12 PM PDT




PRU13 : Samseng Umno persenda lagu Negaraku untuk ganggu ceramah Pakatan di Johor

Posted: 02 Apr 2013 03:38 PM PDT

2ed0e01c9bb611e2a23322000aaa04c3_7JOHOR BAHARU 3 APRIL: Sekumpulan samseng Umno mempersenda lagu Negaraku semata-mata mahu mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sebab lagu Negaraku, saya berhenti sekejap," kata Ketua Umum KEADILAN itu apabila lagu itu berkumandang, malah turut menyanyi bersama-sama pemimpin dan penyokong Pakatan.
Sebaik saja meneruskan ucapan pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam tadi, sekitar 20 samseng Umno memutar semula lagu kebangsaan itu berulang kali.
"Saya hormat (lagu) Negaraku tapi ini sudah jadi mainan mereka (Umno)," kata Anwar sebelum meneruskan ucapan.
Kejadian sama lebih awal berlaku terhadap Lim Guan Eng apabila lagu Negaraku dipermain untuk mengganggu ceramah Setiausaha Agung DAP itu.
Guan Eng juga menghentikan ucapan apabila lagu itu kedengaran, sebaliknya  samseng Umno terus memasang semula lagu berkenaan beberapa kali.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: SPR Bekerja Keras Pastikan PRU Bebas, Adil - PM...???

Posted: 02 Apr 2013 03:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerja keras melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan suara rakyat dapat dinilai secara adil.
Perdana Menteri merujuk tiga inisiatif yang dilaksanakan suruhanjaya itu bagi memastikan pilihan raya di negara ini berlangsung dengan bebas dan adil.
Inisiatif terbabit ialah memastikan daftar pemilih tepat dan terkini, undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara serta penggunaan dakwat kekal.
Menerusi entri bertajuk 'Pilihan Raya Yang Bebas dan Adil' di laman blog 1Malaysia beliau, Najib berkata daftar pemilih yang tepat dan terkini bertujuan mencegah penipuan serta pengundi hantu.
"Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam daftar pemilih yang telah diwartakan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Rakyat jangan terperangkap strategi Najib

Posted: 02 Apr 2013 03:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat jangan leka dengan strategi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyembunyikan tarikh pembubaran parlimen dan PRU13.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini salah satu strategi untuk rakyat lupa masalah negara dan masalah peribadi yang dipikul oleh beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri.

"Beliau hendak rakyat, termasuk penyokong Umno hanya bincang bila tarikh pembubaran Parlimen dan tidak bincang masalah negara dan masalah peribadi," katanya kepada Harakahdaily.

Baginya, Najib begitu tertekan dengan penolakan rakyat terhadap Umno dan BN.

"Beliau tentu runsing, jika 2008 populariti Tun Abdullah Badwi tidak seteruk beliau, lima negeri tumbang sedangkan populariti Najib lebih teruk daripada zaman Pak Lah," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : 'Tazkirah' Najib mengelirukan....Politik Kopiah..!!

Posted: 02 Apr 2013 03:18 PM PDT



Dalam Berita TV3 ucapan Najib Tun Razak di Masjid Sri Petaling. Beliau begitu lantang memperkatakan tentang menjaga Islam, mempertahankan syriat dan menjaga kalimah suci. Saya pening kerana:

1. Adakah Syariat Islam telah dilaksana di Malaysia? Jika ada mana dia? :

a. Undang-undang hudud qisas, takzir dan hisbah kat mana?

b. Sistem ekonomi Islam, ihya' mawat, Iqta, haram riba, tiada penswastaan harta awam, cukai hanya daripada orang kaya untuk orang miskin dll, kat mana?

c. Isu kalimah Allah bukankah ianya bermula drpd KDN benarkan cetak bible dalam Bahasa Melayu? Yg benarkan ialah KDN yang diterajui umno yang mana presidennya ialah Najib Tun Razak. Sampai hari ini saya masih belum dengar dari Najib: "Kami umno bertegas bahawa penggunaan kalimah Allah dalam bible versi BM adalah salah dan tidak dibenarkan. Tapi yang ada buat statement penegasan ini ialah PAS via Syura statement.

2. Dia bercakap seolah Islam sudah sedia dilaksanakan di Malaysia. Sebab tu saya bertanya di atas, mana!!!!

Kalau tidak ada dan jika Najib bercakap seolah-olah ada, bermakna dia berbohong dan lebih dahsyat sanggup menjadikan agama dan syariatnya sebagai bahan kempen.

Oleh :
Ustaz Zaharuddin Muhammad,
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS