Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Wan Azizah boleh jadi MB Selangor - Khalid

Posted: 30 Mar 2013 11:03 PM PDT


SHAH ALAM: "Dia (Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) layak jadi Menteri Besar Selangor."
Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab spekulasi bahawa Wan Azizah mungkin bertanding di kerusi Dun dan disebut-sebut bakal dicalonkan di sebuah kerusi di Selangor.

 Malah, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga dijangka dilantik sebagai menteri besar jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan kuasa mereka di negeri ini.

Bagaimanapun untuk menjadi calon (menteri besar) di negeri ini, antara perkara yang penting dan perlu ialah kad pengenalan beliau mesti bermastautin di Selangor," katanya selepas Majlis Rapat Mesra Kinabalu Warga Sabah Lembah Klang di sini, semalam.

Menurutnya, pemilihan sebagai menteri besar akan ditentukan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor memberi kuasa kepada Sultan untuk memilih pemimpin yang mempunyai kepercayaan untuk mentadbir negeri.

"Dalam enakmen ada tetapi tidak boleh timbulkan spekulasi itu sekarang. Selepas pilihan raya Sultan Sharafuddin menerima menghadap wakil-wakil yang memenangi jumlah kerusi terbesar dalam Dun.

"Itu yang akan berlaku, jadi kita tidak boleh timbulkan spekulasi itu sekarang kerana tidak mahu dikaitkan dengan istana. Itu sebab saya tidak mahu jawab (soalan) nanti orang katakan dan kaitkan dengan istana. Perkara ini sangat sensitif. Buatlah pilihan raya dulu," katanya.

Abdul Khalid berkata, perkara tersebut tidak perlu menjadi spekulasi kerana masih dalam proses perbincangan di peringkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dan belum satu keputusan muktamad mengenainya.

"Pengumuman itu akan dilakukan (tidak lama lagi). Oleh sebab itu kita benarkan perbincangan perkara ini dan spekulasi ini akan berakhir. Dalam masa dua minggu ini akan ada pengumuman yang akan berlaku di negeri Selangor," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid melahirkan penghargaan kepada rakan-rakan kepimpinan PR dari Sabah terutama Datuk Panglima Lajim Ukin bersama rakyat Sabah mengadakan lawatan mesra di Selangor.

Beliau berkata, usaha tersebut memberikan rangsangan kepada pemimpin PR untuk terus berkempen kepada rakyat Selangor dan Sabah bahawa perubahan pentadbiran politik Putrajaya mesti dilaksanakan.

"Majlis ini adalah satu usaha untuk memperkenalkan aktiviti mereka dalam bentuk rapat mesra supaya bukan sahaja masyarakat Sabah tahu usaha yang dilakukan tetapi rakyat Selangor tahu bagaimana rakyat Sabah ingin mengadakan kerjasama mesra antara rakyat Sabah dan Selangor.

"Tujuannya sudah tentulah jelas tujuan politik yang mana rakyat Sabah merasakan kejayaan pemerintahan PR Selangor patut dicontohi supaya dapat dilaksanakan di Sabah," katanya.


Ruwaida Md Zain / The Malaysian Insider

Lahad Datu : Nyaris disembelih Jeneral Musa

Posted: 30 Mar 2013 09:19 PM PDT


ZULKHAIRIL ZAINUDDIN & MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
31 Mac 2013
Nyaris disembelih Jeneral Musa
Ajmain
 Nyaris disembelih Jeneral Musa
Rumah penduduk yang digeledah pengganas Kiram.
LAHAD DATU – Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

"Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup," kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.

Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.

"Kononnya kerana laporan sayalah, mereka (pengganas) dijejak dan diserang pada 1 Mac di Kampung Tanduo dan 2 Mac di Kampung Simunul, Semporna hingga menyebabkan beberapa pengikutnya mati dan ditangkap," katanya.

Menurut Ajmain, ketika itu Jeneral Musa diiringi kira-kira 50 pengikutnya yang mengarahkan dia dan penduduk lain berkumpul di satu tempat.

"Ketika itu kira-kira jam 9 pagi, saya berasa sangat takut," katanya.

Ajmain berkata, selain diacu parang, dia juga ditempeleng beberapa kali oleh Jeneral Musa.

"Saya hanya mampu berdoa, tiba-tiba ada seorang dari mereka menghalang Jeneral Musa dari membunuh saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pengganas Kiram turut membuat dua sekatan bagi menghalang penduduk Kampung Tanjung Batu keluar dari kawasan terbabit.

"Kami berjaya melepaskan diri apabila pengganas benarkan kami keluar. Ada juga berjaya keluar apabila pengganas beri wang untuk membeli barang-barang makanan," katanya.

Anwar semakin dekat dengan rakyat

Posted: 30 Mar 2013 10:52 AM PDT



Anwar semakin dekat dengan orang ramai
KUANTAN- Ke mana saja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi menjelang pilihan raya 2008 lalu, di situ kubu BN terbukti goncang.
Ia berdasarkan keputusan undi yang diperolehi PKR dan lain-lain parti pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 lalu.
Kini, dengan jangka masa yang panjang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berkempen, sokongan kepada Pakatan Rakyat meningkat dari hari ke hari.
Sebahagiannya adalah disumbangkan oleh Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
Ia berkaitan dengan cara beliau bercakap kepada mereka yang datang menyertai ceramah-ceramah beliau.
Malam ini di Balok Makmur, ribuan yang hadir mendapat layanan istimewa apabila Anwar turun menemui mereka ke bawah pentas.
"Cara Anwar bertentang mata dengan mereka yang hadir bakal mengikat mereka dan seterusnya menyebabkan mereka menyebarkan mesej untuk semua rakan dan taulan mereka," ulas seorang pengkaji politik ketika menilai cara Anwar berhubung dengan orang ramai dalam ceramah-ceramahnya.
Ketika kebanyakan penecaramah terikat dengan ronstrum mereka, Anwar membuat pendekatan berbeza.
Beliau membebaskan dirinya dari rostrum dan dalam kes Balok Makmur malam ini, Anwar membebaskan dirinya dari pentas yang mengikat dirinya.
Anwar turun ke bawah pentas dan bercakap secara langsung dengan orang ramai.
"Cara ini menyebabkan orang ramai terasa dekat dengan penceramah.
"Ini yang mengikat mereka dengan Anwar," tambah beliau yang merupakan pensyarah kepada Universiti Islam Antabangsa cawangan Kuantan itu lagi yang turut serta mendengar ceramah Anwar di Balok Makmur.
Bagi beliau semakin kuat tekanan diberikan oleh media BN kepada Anwar, orang akan lebih ramai menyertai ceramah-ceramah Anwar.
"Terbukti berdasarkan keputusan pilihan raya 2008, di kawasan mana Anwar pergi, di situlah undi parti pembangkang ketika itu melonjak naik," tambahnya.

DSAI umumkan calon PKR bagi Parlimen Paya Besar, Pahang ... seorang Peguam Muda Wanita

Posted: 30 Mar 2013 09:28 AM PDT


DSAI umumkan bahawa Cik Murni Hidayah (berbaju biru) adalah calon PKR  bagi Parlimen Paya Besar, Pahang

DSAI juga mengumumkan bagi Parlimen Kuantan ianya kekal YB Fuziah Salleh, Datuk Fauzi Abd Rahman pula akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota

Mangsa pencerobohan meraung lihat keadaan rumah musnah

Posted: 30 Mar 2013 07:51 AM PDT




30 Mac 2013
Mangsa pencerobohan meraung lihat keadaan rumah musnah
Sebahagian penduduk Kampung Tanjung Labian berdoa memohon keselamatan kampung mereka terpelihara selepas melihat sendiri kampung mereka yang musnah akibat serangan.
Mangsa pencerobohan meraung lihat keadaan rumah musnah
Seorang penduduk Kampung Tanjung Labian Siti Aminah Haya, 21, menangis melihat rumahnya yang musnah terbakar akibat serangan kumpulan pengganas di sini. - Foto Bernama
LAHAD DATU - Meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir adalah antara reaksi spontan 21 keluarga dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian, yang dibenarkan melawat rumah mereka hari ini.Mereka bersama pasukan keselamatan, penilaian dari Pegawai Daerah dan
Majlis Keselamatan Negara dibenarkan meninjau selepas sebulan menjadi mangsa serangan pengganas dari selatan Filipina dengan berlindung di pusat pemindahan seliaan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Felda.

"Sakit hati tengok. Macam mana hendak masuk balik dan tinggal di sini dengan keadaan begini. Macam mana hendak bayar hutang yang masih banyak lagi itu!" kata Norhaya othman, 27, yang terus menangis sambil memeluk suaminya, Abdul Jabbar Bavotty, 39, ketika melawat Kampung Tanjung Labian.



Peniaga kedai runcit itu juga semakin sayu apabila menceritakan bahawa dua anaknya sering bertanya bilakah mereka sekeluarga boleh pulang ke rumah yang telah tiada itu.

Krisis pencerobohan di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu, telah menyebabkan 3,500 penduduk di sekitar gugusan Tanjung Labian dan Tanjung Batu melarikan diri ke pusat pemindahan dan rumah saudara, termasuk puluhan rumah dibakar dan rosakkan pengganas dalam pertempuran Operasi Daulat dengan pasukan keselamatan.

Seorang lagi penduduk, Siti Aminah Hiya, 21, tergamam kerana beliau langsung tidak percaya melihat rumahnya hangus serta kelengkapan perahu dan enjin bot miliknya hilang, sekali gus menjejaskan punca pencarian rezekinya di laut.

Katanya, sebelum kejadian, beliau baru sahaja membuat pinjaman bernilai
RM1,500 untuk kelengkapan perahunya dan kini beliau rungsing memikirkan bagaimana hendak membayar pinjaman itu.

Sambil terduduk dan seakan-akan tidak percaya melihat apa yang berlaku, beliau kemudian menangis dan terus menjauhkan diri dari media.

Seorang lagi penduduk yang tidak mahu dikenali, hanya mampu bersandar dan duduk di dalam keretanya kerana tidak sanggup melihat keadaan rumah dan kedai motosikalnya yang musnah dan rosak ekoran insiden itu.

Daripada tinjauan terdapat kira-kira 16 rumah di kampung Tanjung Batu perlu diperbaiki manakala 26 buah rumah lagi musnah sama sekali.

Taksiran akhir jumlah kerugian rumah dan harta benda kesemua penduduk kampung yang terlibat dijangka disiapkan pegawai daerah tidak lama lagi.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan. - Bernama

Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Pahang

Posted: 30 Mar 2013 06:19 AM PDT


JMR_PhgKUANTAN30 MAC: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Felda Lepar Hilir 1, Gambang malam ini melalui rangkaian internet.
Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara barisan penceramah ialah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abdul Hamid dan ahli parlimen Kuantan, Fauziah Salleh.
Turut hadir Pengerusi DAP Pahang yang juga Adun Triang, Leong Ngah Ngah dan Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar Pas Pahang, Andansura Rabu
Untuk tonton, KLIK INI.
Manakala Radio KOBAT FM turut membawakan siaran langsung dari tapak ceramah di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan melalui pautan DISINI.
Selamat mendengar!
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48718

Lahad Datu : Kampung Tanjung Batu musnah.....

Posted: 30 Mar 2013 05:03 AM PDT




Kampung Tanjung Batu musnah

Dua penduduk kampung menadah tangan berdoa di depan rumah mereka yang musnah terbakar ketika dibawa meninjau kerosakan harta benda di kampung tersebut.
Kampung Tanjung Batu musnah

Sebuah banglo dan kenderaan milik penduduk Kampung Tanjung Batu turut musnah akibat pertempuran baru-baru ini.
Kampung Tanjung Batu musnah

Salah sebuah rumah penduduk yang musnah terbakar akibat pertempuran antara kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat.

LAHAD DATU - Selepas 24 hari Op Daulat dilancarkan untuk memusnahkan kedudukan militan Kiram, akhirnya penduduk Kampung Tanjung Batu dibenarkan memasuki kawasan tersebut sambil ditemani oleh pasukan keselamatan.

Kedatangan penduduk ke kampung ini bertujuan untuk menilai tahap kerosakan yang dialami, namun beberapa kawasan kampung tersebut belum boleh dimasuki kerana masih berada dalam Zon Merah.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang, 72, berkata, dia berasa amat sedih apabila melihat kehancuran kampung yang didiaminya sejak tahun 1959 lagi.

Katanya, perasaan marah penduduk terhadap militan Kiram begitu meluap-luap kerana segala usaha dikerjakan selama ini musnah sekelip mata.


"Hari ini pertama kali saya menjejakkan kaki di Kampung Tanjung Batu sejak pencerobohan bermula, saya rasa amat sedih dan marah.

"Dari 107 buah rumah, 70 peratus daripadanya musnah sama sekali dan semuanya ada kesan tembakan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahmud yang memiliki dua buah rumah di sini berkata, kedua-dua rumahnya hancur, malah tiga kenderaannya turut rentung kesan daripada pertempuran yang meletus di kawasan tersebut.

"Kami sudah tiada apa-apa lagi. Kami kerugian ratusan ribu ringgit, namun kami reda dan yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menangani isu ini," katanya.

Ditanya sama ada penduduk Kampung Tanjung Batu bersedia dipindahkan di kawasan baru seperti penduduk Kampung Tanduo, Mahmud berkata, penduduk mahu terus tinggal di kawasan tersebut.

"Apa pun, kami tetap mengikut arahan kerajaan.  Jika dibenarkan tinggal maka kami tinggal, jika tidak kami akan ikut (arahan kerajaan)," katanya.

Seorang lagi penduduk, John Dulahab, 62, berkata, rumahnya turut musnah namun tetap bersyukur kerana semua keluarganya selamat.

"Walaupun segalanya musnah, kami masih mahu tinggal di sini. Di kampung inilah tempat kami lahir, membesar dan kami mahu hembuskan nafas terakhir di sini," katanya.

Menyelusuri Kampung Tanjung Batu, deretan rumah penuh dengan kesan tembakan dan bom, kesan daripada kekuatan ketenteraan negara dalam menghapuskan militan Kiram yang berkubu di kampung tersebut.

Malah, kelongsong peluru dan serpihan bom memenuhi setiap kiri kanan jalan menggerunkan perasaan sesiapa saja yang memasuki kampung itu.

Ketua Masyarakat Tanjung Labian, Assafal Alian, 43, berkata, dia tidak sabar untuk melihat pencerobohan ini berakhir dan militan Kiram dihalau terus dari bumi Sabah.

"Kami hilang punca pendapatan kerana pencerobohan ini. Kami tidak akan memaafkan mereka. Tanah Sabah aman, tetapi kehadiran mereka menukar segalanya," katanya.

Kampung Tanjung Batu menjadi lokasi pertempuran pasukan keselamatan negara sejak 7 Mac lalu apabila beberapa militan Kiram berjaya meloloskan diri dari kepungan di Kampung Tanduo.

Sementara itu, Pejabat Daerah Lahad Datu berhasrat mahu menjadikan Kampung Tanduo pusat pelancongan bersejarah baru pada masa depan ekoran pencerobohan militan Kiram.

Pegawainya, Zulkifli Nasir berkata, insiden berdarah di Lahad Datu seharusnya dikenang buat selama-lamanya kerana isu ini melibatkan seluruh rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

"Ini cadangan kami, kami mahu bina satu monumen di Kampung Tanduo bagi memperingati insiden ini.

"Kami juga berhasrat supaya kawasan kampung ini dijadikan kawasan pelancongan yang baru selain menjadi pusat sejarah negeri," katanya.

Ditanya mengenai tempoh masa diperlukan bagi mengetahui kerosakan yang dialami Kampung Tanjung Batu, Zulkifli menegaskan masa yang diperlukan kira-kira tiga minggu lagi.

Katanya, penduduk kampung hanya dibenarkan masuk dan mendiami semula rumah mereka apabila pihak polis memberi lampu hijau.

Mengulas mengenai kemungkinan penduduk Kampung Tanjung Batu turut diberikan kawasan penempatan semula, Zulkifli berkata, ia adalah cadangan yang baik.

"Konsep yang akan digunakan adalah mini estet, di mana penduduk akan diberikan kawasan yang teratur dan senang dipantau.

"Ia juga memberi keselesaan kepada penduduk nanti," katanya.

Kenapa Najib tak jadi bubar Parlimen semalam?

Posted: 30 Mar 2013 12:34 AM PDT


30 MAC — Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri Najib Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.
Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.
Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu gurauan? Gurau beruk?
Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara sepenting itu boleh dilapazkan oleh seseorang juruhebah.
Apakah petang tadi sememangnya Najib hendak mengumumkan pembubaran parlimen? Sejak kelmarin lagi terdengar desas desus Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen semalam. Katanya satu solat hajat meminta proses pembubaran itu berjalan lancar telah diadakan malam tadi.
Kemungkinan itu menjadi lebih serius lagi kerana semalam Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri di peringkat akhir. Perjumpaan itu mengenai pembahagian kerusi justeru ia dianggap perjumpaan terakhir dan pengumuman pembubaran parlimen dilakukan selepas perjumpaan itu?
Khabarnya pejabat perdana meteri di Putrajaya petang tadi dihadiri oleh ratusan wartawan dari dalam dan luar negeri untuk menanti kenyataan pembubaran parlimen oleh Najib. Bagaimana pun mereka semuanya pulang dengan kecewa kerana apa dinanti-nantikan tidak menjadi kenyataan. Setengah siap sedia untuk membuat siaran langsung termasuklah RTM, TV3 dan segala macamnya.
Dalam pada itu ada maklumat mengatakan memang Najib berhajat untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen pada petang tadi. Katanya Najib sendiri memilih petang Jumaat untuk berbuat demikian. Namun kata sumber itu disebabkan ada beberapa perkara yang belum beres menyebabkan hasrat itu dibatalkan.
Apakah semasa mesyuarat tadi berlaku pertikaian atau pun ada pihak yang belum bersedia kalau parlimen dibubar semalam? Perkara ini tidak dapat disahkan tetapi katanya ada beberapa pemimpin yang mahu Najib lanjutkan tempoh dan berharap parlimen biarlah terbubar dengan sendiri. Alasan lain kenapa parlimen tidak dibubarkan semalam khabarnya soal pembahagian kerusi di antara komponen BN masih belum selesai.
MCA adalah parti yang lantang menuntut kerusi dan memberi kata dua kepada Najib. Parti itu tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di mana kuota yang diperuntukkan kepadanya selama ini ditarik balik. Khabarnya ada suara ugutan dari MCA akan memulaukan pilihan raya sekiranya soal pembahagian kerusi tidak lengsai?
Alasan lain diberikan kepada Najib, elok Najib membubar parlimen selepas 4 April di mana genap empat tahun beliau menjadi perdana menteri setelah mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi. Kalau Najib mengumumkan pembubaran parlimen semalam, ia bermakna Najib menjadi PM tidak sampai empat tahun. Tempoh perkhidmatannya baru tiga tahun tiga suku. Mereka tidak mahu Najib digelar sebagai PM tiga tahun tiga suku.
Dalam pada itu diramalkan besar kemungkinan Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen paling lewat 16 April ini. Beliau akan berusaha juga untuk mengelakkan parlimen terbubar dengan sendiri untuk menjaga reputasinya.- mso

RAKYAT MARHAEN

1
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


‘The case for change is preponderant’

Posted: 30 Mar 2013 09:35 PM PDT

Former Umno veteran Abdul Kadir Sheikh Fadzir says his independent party, Parti Ikatan Bangsa Malaysia, supports Pakatan because Malaysia needs change

PETALING JAYA: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) founder Abdul Kadir Sheikh Fadzir once cut a formidable figure in Umno politics.
As the Minister of Culture, Arts and Tourism in 1999 during the Tun Dr Mahathir Mohamad era,  and then the Minister of Information from 2004 to 2006 in Abdullah Ahmad Badawi's time, the man was among the most powerful in the country.
But in January 2012, Abdul Kadir began making headlines after he accused the ruling party of handing out between RM200 and RM1,000 to voters in previous elections in exchange for votes.
He eventually left the party, and has since appeared arbitrarily in the media, with the spotlight focusing on his attempts to have Ikatan be registered under the Registrar of Societies.
Speaking to FMT in an exclusive interview, Abdul Kadir explained Ikatan's position in a political arena dominated by two opposing coalitions – the ruling Barisan Nasional, and the loose opposition pact Pakatan Rakyat.
"We do not want to officially join Pakatan Rakyat. We'll support what has to be supported, but right now I'm with Pakatan," said Abdul Kadir.
"To be frank, now that I've mixed with them, I can see the weaknesses in PAS, PKR, DAP, but I also know the weaknesses in Barisan Nasional. I think the case for change is preponderant; its overwhelming."
He said Pakatan had "very bright people" and the pact could not entirely be blamed for its failings in the four states it has been ruling since general election 2008 – Kedah, Kelantan, Selangor and Penang.
"A state government can't do much if they don't have the support of the federal government because they don't have the money," he pointed out.
Abdul Kadir said he also supported certain aspects of the Pakatan manifesto, such as helping those who deserve it, as opposed to BN's policy which he claimed only enriched a few bumiputeras.
"In the opposition manifesto which I like, [it states that it would] help everybody who deserves… So you help the Malays based on the theory of natural justice…You help the poor to come up to the level of the advanced. No need to help the poor based on narrow, racist policies."
No hope for Umno to change
Read More / Baca Lagi >>

Dompok adamant, wants to surrender IC

Posted: 30 Mar 2013 09:34 PM PDT

Nazri Aziz's rejection of calls to revoke and re-issue ICs to genuine Sabahans has again raised suspicions over the current RCI hearing and the government's sincerity.

PENAMPANG: If not for the invasion of a small village on the east coast of Sabah a few weeks ago by a group of armed Filipinos calling themselves the Royal Army of Sulu, the fate of over a million new immigrants – legal and illegal – would have been settled.
They would have all been so thoroughly embedded in Sabah's social fabric that any change to their status would have caused economic and political upheaval in the state that would never be permitted.
Even an ongoing inquiry into how hundreds of thousands of them had acquired citizenship during the Barisan Nasional coalition government's rule of the state and how the state's population had exploded as a result, would have had little scope to remedy the lack of harmony.
But all that has changed in the past few weeks.
It has put two federal cabinet ministers at odds.
The trio of Kadazandusun and Murut-based coalition members, Parti Bersatu Sabah (PBS), the United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) and Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), have united to demand that all citizenship papers granted to those in the state be revoked and reissued to only those qualified to be citizens.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : BN masih berpeluang memperbaiki diri,jadi pembangkang sepenggal dua kalau nak berubah

Posted: 30 Mar 2013 09:33 PM PDT

BN masih dalam kegelisahan. Hari Jumaat yang lepas, saya telah mendengar apa yang dikatakan oleh juruhebah radio yang mereka sedang menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja semasa itu. Dalam hati saya "at last, Najib is brave enough to dissolve the Parliament". Saya terus sahaja berhenti di tempat makan untuk makan tengah hari. Jam semasa itu sudah 3 petang kerana agak teruk juga keadaan di jalan raya selepas solat Jumaat itu.
Saya pun tertunggu-tunggu untuk mendengar pengumuman itu dan saya tidak berhenti-henti menerima sms dari rakan-rakan memberitahu saya yang PM akan membuat 'press conference' untuk pembubaran Parlimen tetapi sampai ke malam hari tiada juga pembubaran itu. Pada malamnya dalam perjalanan ke Sekinchan untuk berceramah, saya telah mendapat berita apa yang dikatakan oleh juruhebah radio itu tidak berlaku dan pihak berwajib telah menafikan berita pembubaran itu.
Pagi tadi saya telah difahamkan yang BN masih mempunyai masalah besar yang belum dapat diselesaikan. Masalah 'inter-party' dan 'intra-party' masih menyelubungi BN dan pengumuman itu terpaksa ditunda lagi. Seorang sahabat saya dari UMNO memberitahu saya, "jangan susah, pilihanraya akan diadakan juga, percayalah...selewat-lewatnya sebelum dunia kiamat, Najib akan umumkan tarikh pilihanraya itu," dalam mood menyindir.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Wujudkan 'facet' politik baru untuk perpaduan nasional yang kekal

Posted: 30 Mar 2013 09:30 PM PDT

Sejak lama dulu saya tidak pernah gagal untuk mengingatkan semua dalam tulisan saya yang UMNO sudah hilang punca dan tidak mungkin dapat mengenali perjuangannya lagi. Puluhan kali saya nyatakan yang UMNO sudah hilang segala-galanya, dari rupanya, 'form' nya dan perjuangannya. Justeru parti itu tidak akan lagi relevan untuk dijadikan sandaran rakyat untuk masa depan semua. Yang lebih dari itu UMNO sudah hilang identitinya, maka sekali gus UMNO sudah tidak ada lagi 'legitimacy' untuk memimpin apa-apa pun.

Semasa saya mula-mula menulis tentang isu ini berbagai ancaman yang saya terima dari entah siapa dalam blog saya ini membidas dan melemparkan berbagai bagai tuduhan peribadi terhadap saya. Tetapi keyakinan diri saya terhadap kebenaran apa yang saya katakan membuatkan saya bertambah kuat untuk bertahan kerana saya percaya apa yang saya katakan semasa itu akan sampai bukti kebenarannya. Saya hanya mendengar nasihat dari beberapa orang sahabat yang rapat secara peribadi dan kesemuanya meminta saya melihat ke dalam dan lakukan introspeksi diri secara intensif.
Kesemua di antara sahabat-sahabat saya telah menasihatkan saya, jika saya kekalkan kebersihan dalam pemikiran (purity of mind), secara 'natural' perjuangan untuk menyaksikan perubahan itu akan terkabul juga akhirnya.
Saya selalu menyatakan dengan jelas yang UMNO tidak akan kekal lama kerana parti itu sudah hilang arah perjuangannya. Arah tuju perjuangan parti itu sudah jauh tersasar dan sekarang tiada seorang pun dalam kepimpinan di peringkat Majlis Tertinggi parti itu memahami apa yang sepatutnya dilakukan oleh parti itu sekarang.. UMNO tidak mampu berubah. Pimpinan UMNO bukan tidak mahu untuk berubah tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak di ubah kerana kefakiran jiwa perjuangan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Bezanya isteri Habibie dengan isteri Najib

Posted: 30 Mar 2013 09:12 PM PDT

Oleh H FANSURI
SEJAK buku autobiografi Rosmah Mansor (isteri PM Najib Razak) dilancarkan, maka tidak sedikit buku itu mengundang kutukan dari langit. Kutukan dari langit itu sudah diterjemahkan lewat impian segala hati manusia untuk mengejinya
Sementara itu di pihak Umno pula -- ketika catatan ini ditulis -- belum ada mana-mana pihak itu yang sudi membuat diskusi bertujuan mengangkat wacana berhubung buku ini. Agaknya Umno juga mengerti bahawa Rosmah itu bebanan buat seluruh alam termasuk Umno.
"Kalau Umno nak kalah cepat," kata seorang teman, "Banyakkan perbahasan tentang buku Rosmah itu."
Pendek kata, di pihak rakyat, berpusu-pusu kutukan mengalir ke atas isteri Perdana Menteri itu, sedang di pihak Umno pula, tiada orang yang berani membahaskan 'kebaikan' buku tersebut.
Buku setebal 165 halaman yang ditulis berdasarkan temu bual itu juga tidak galak disambut keras oleh wanita-wanita MIC dan wanita-wanita MCA juga. Mungkin bagi kaum Cina dan India, Rosmah bukanlah contoh ikutan yang terbaik buat diri mereka juga.
Demikianlah hari-hari berlalu dengan timbunan kata-kata Rosmah yang mengalir di corong-corong radio, dan sesekali suaranya bergetar, membikin setiap hati yang mendengar suaranya turut berdebar.
Read More / Baca Lagi >>

GE13 : Rosmah and black magic? No way!

Posted: 30 Mar 2013 09:05 PM PDT

To indulge in black magic, one must be mindful of its pantangs and must cleanse one's mind, body and spirit of life's impurities. Can Rosmah do that?

When we write we have a responsibility to tell the truth. At times I wish we could write unburdened by the need to be factual or to maintain a semblance of journalistic integrity – but not to do so would put what we write into the realm of fiction.
Fiction and facts swirls in and around Putrajaya – none more so as in and around Seri Perdana. That is why I believe that the story making its round on the Net about Rosmah Mansor dabbling in black magic should never have seen the light of day.
For surely it borders within the realms of fiction or at best, half truths.
Black magic in the halls of Seri Perdana? Conversing with the spirit world, delving into the world of the supernatural and the occults, removing negative energy and breaking cycles of bad luck?
Are any of the rooms in Seri Perdana boarded up so that the Prince of Darkness can make his abode there and call upon all of those dark forces to neutralise Rosmah's enemies and allow her to fulfilled her potential? Another five years in Seri Perdana as FLOM perhaps?
Are Friday nights the time to sprinkle salt and black pepper, have mutterings of incantations and casting of spells, with goblins abounds, with the aroma of scented oil and kemayan wafting through Seri Perdana?
If Rosmah had any use of these bomohs, surely it is not for their healing services. Would she then be seeking the services of these bomohs ala Mona Fandey – seeking power and wealth?
But these are surely the conjectures of an over active Pakatan Rakyat mind or their rabid supporters! Surely not of CT Ali.
Consider this!
The strict regime
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Kubu bertukar kubur untuk Umno di Johor?

Posted: 30 Mar 2013 08:56 PM PDT


(Awang menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mazlan Aliman)

JOHOR BHARU: Jangan terkejut jika pilihan raya umum kali ini bakal menukarkan negeri Johor yang menjadi kubu Umno selama ini kepada 'kubur' untuk parti itu.

Ini kerana gelombang perubahan secara besar-besaran sedang berlaku di Johor pada setiap hari.

Kemasukan beramai-ramai pemimpin dan ahli Umno ke dalam PAS dan Pakatan Rakyat sedang rancak mutakhir ini.

Malam tadi 30 orang ahli Umno dari Kampung Sri Aman dalam Parlimen Tebrau menyertai PAS.

Ia diketuai oleh Awang Bakar, 55 tahun, bekas Ketua Cawangan Umno Sri Aman dan AJK UMNO Bahagian Tebrau. Beliau menyertai Umno sejak tahun 1981.

Kampung yang menjadi kubu Umno puluhan tahun telah ditubuhkan Cawangan Penaja PAS.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Kit Siang ke Johor tingkat sokongan untuk Pakatan

Posted: 30 Mar 2013 08:55 PM PDT


SEREMBAN: Lonjakan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina terus meningkat kepada 85 peratus apabila Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang mengumumkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, sebelum ini sokongan bukan Melayu berada pada paras 80 peratus.

"Saya selalu mengatakan bukan senang untuk kita menang di Johor atau tawan kerusi di sana, tetapi perkembangan muktahir ini saya berkeyakinan bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat," jelasnya pada program ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di Paroi, malam tadi.

Malah menurut beliau lagi, perkembangan terkini selain Johor, Sabah dan Sarawak juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Melayu N Sembilan tolak Umno/BN

Posted: 30 Mar 2013 08:53 PM PDT





Lihat dengan mata kepala sendiri rakaman gambar sebagai saksi bukan sekadar cakap pakai air liur basi.

Bukan niat nak mendabik dada bercakap besar berdegar-degar tetapi sekadar mengajak para pemimpin UMNO dan jua ahli-ahli, penyokong dan pendokongnya sekali buka mata dan kepala seluas-luasnya untuk menerima kenyataan yang UMNO sudah tidak relevan lagi pada bangsa Melayu.

Warga Melayu sudah muak ditipu selalu oleh UMNO.

Ini adalah rakaman gambar Ceramah Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan malam tadi 30hb Mac 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Tempoh sah berkempen baik untuk sentuhan akhir dalam PRU13

Posted: 30 Mar 2013 08:52 PM PDT


KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tempoh kempen sebenar akan memberi laluan kepada pengundi kali pertama mengenalpasti calon mereka dan mungkin mempengaruhi pengundi atas pagar dalam pertarungan sengit ke Putrajaya, kata penganalisis walaupun kedua-dua kem politik telah berkempen secara tidak langsung selama bertahun-tahun.
Pengarah Penyelidik bebas Merdeka Centre for Opinion Research Ibrahim Suffian berkata kurang 10 peratus daripada 13.3 juta pengundi masih belum membuat keputusan, menekankan kelompok atas pagar mahu melihat senarai calon Pilihan Raya 2013 terlebih dahulu dan memerhati bagaimana Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan bertindak balas antara satu sama lain keatas manifesto mereka.
"Setengah individu mungkin mempunyai personaliti memujuk yang boleh mempengaruhi pengundi," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider dikala negara sudah hilang sabar menunggu parlimen dibubarkan dan pilihan raya diadakan.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu lepas, BN mempunyai masa sehingga 30 April untuk membubarkan parlimen, sebelum ianya terbubar secara automatik dan pilihan raya perlu diadakan 60 hari selepas itu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Najib terpaksa ciplak Pakatan Rakyat satu persatu apabila transformasi makin gagal

Posted: 30 Mar 2013 08:50 PM PDT


(Najib bersimpuh di Masjid Sri Petaling...Terpaksa berkopiah dan berjemaah pulak)

KUALA LUMPUR: Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.

Sebelum ini, Najib berjanji memberikan permit teksi kepada individu pemandu teksi selepas buku Jingga Pakatan Rakyat jelas menjanjikan permit teksi individu bukannya syarikat kroni.

Semalam, Najib tanpa segan dan silu membuat perkara yang tidak pernah dibuatnya dalam hidup iaitu memakai kopiah dan pergi menziarahi markas Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling.

(Gambar fail: Ustaz Hadi menziarahi Jamaah Tabligh 21 Februari lalu)

Padahal semua maklum sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling itu.

Rakaman gambar Najib Razak selepas menziarahi Masjid Jamek, Sri Petaling semalam, dengan berkopiah dan berkain pelikat kini dijadikan sebagai alat propaganda murahan media milik dan kawalan Umnountuk membuat promosi kononya Najib Razak berjiwa Islamik.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Fauzi tanding Parlimen Indera Mahkota, Murnie di Paya Besar, Fuziah kekal di Kuantan

Posted: 30 Mar 2013 08:47 PM PDT

dato fauzi 1KUANTAN 31 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Indera Mahkota pada PRU 13.
Pengumuman itu dibuat Ketua Umum KEADILAN itu pada ceramah di Balok Makmor sempena program Jelajah Merdeka Rakyat ke Pahang.
Turut bersama-sama Fauzi di pentas ketika pengumuman dibuat ialah Azan Ismail, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Fuziah Salleh yang mempertahan kerusi Parlimen Kuantan.
Fauzi adalah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Beliau keluar Umno pada 23 Julai 2008 sebelum mengisytihar menyertai KEADILAN di pejabat KEADILAN Petaling Jaya.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan terlalu fokus tarikh PRU13 - Mustafa

Posted: 30 Mar 2013 08:46 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) diseru untuk fokus kembali kepada kerja-kerja pilihanraya dan langkah BN seterusnya, terutamanya dari segi menciplak manifesto PR daripada meneka tarikh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

"PRU13 akan diadakan, seperti ibu mengandung cukup 10 bulan, anak akan dilahirkan jua. Jangan fokus kepada tarikh (Datuk Seri) Najib (Razak) nak bubar parlimen. Fokus kepada apa yang BN bakal buat menjelang PRU13 ini," tegur Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata Najib berkemungkinan melengahkan pilihanraya untuk menciplak sebanyak mungkin janji-janji yang ada dalam manifesto PR.

Hari ini, akhbar MCA The Star melaporkan bahawa sumber dalaman menyatakan bahawa Najib bakal menunaikan umrah pada 3 April.

Dalam pada itu, Mustafa berkata pilihanraya umum akan diadakan pada hari terakhir Negeri Sembilan perlu mengadakan pilihanraya iaitu 25 Mei.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : ‘Undi masyarakat Cina masih berpengaruh, walaupun mengecil’

Posted: 30 Mar 2013 08:45 PM PDT

Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan Jumaat lepas bilangan pengundi Cina telah jatuh kepada 3.94 juta disebabkan faktor demografi, atau kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan 13.3 juta pengundi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Undi Cina masih penting pada Pilihan Raya 2013 walaupun angkanya menurun sejumlah kira-kira 30 memandangkan kerusi persekutuan kebanyakkannya kerusi campuran, kata penganalisis hari ini.
Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily melaporkan Jumaat lepas bilangan pengundi Cina telah jatuh kepada 3.94 juta disebabkan faktor demografi, atau kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan 13.3 juta pengundi.
"Sebliangan besar kerusi campuran masih pengundi Cina, walaupun sedikit berkurangan dalam saiz, kumpulan terus kekal berpengaruh dalam menentukan keputusan," kata pengarah badan penyelidik Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider semalam.
"Cara persempadanan pemilih yang disediakan membenarkan pengundi Cina berpengaruh," kata beliau, yang turut menambah masyarakat Cina sebilangan besar menyokong pembangkang.
Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian menyatakan terdapat antara 64 hingga 68 kerusi campuran daripada 222 kerusi parlimen seluruh Malaysia.
"Setengah kawasan adalah kawasan putih kepada Barisan Nasional (BN), setengah kawasan adalah putih untuk pembangkang. Kawasan tertentu perlu bersaing sengit untuk setiap undi - ia dimana 64, 68 kawasan adalah penting, mungkin dikawasan yang dimenangi bawah 1,500 undi majoriti," kata profesor Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Do What Is Right, What Is Good, What Is Just For The People

Posted: 30 Mar 2013 08:40 PM PDT

Anwar Ibrahim: Change Of Government, Changing In System Of Governance

Posted: 30 Mar 2013 08:39 PM PDT

Anwar Ibrahim: Constitution Guarantees No Right Any Government To Demolish Places Of Worship

Posted: 30 Mar 2013 08:38 PM PDT

Anwar Ibrahim: "Little Napoleons" Problem Are Caused By Poor Leadership

Posted: 30 Mar 2013 08:38 PM PDT

Anwar Ibrahim: Affirmative Action Based On Need

Posted: 30 Mar 2013 08:37 PM PDT

Anwar Ibrahim: Politik, Dasar & Kepimpinan Adalah Isu "Trust"

Posted: 30 Mar 2013 08:37 PM PDT

JMR : TAMAN MAHKOTA AMAN PAHANG

Posted: 30 Mar 2013 08:24 PM PDT

PRU13 : Saya yakin pembangkang akan buat huru-hara - Tok Ki Det

Posted: 30 Mar 2013 07:46 PM PDT

TGNA | Kuliah Jumaat 29 Mac 2013

Posted: 30 Mar 2013 07:46 PM PDT

Politik Lucah : Siri video seks sempena PRU13

Posted: 30 Mar 2013 06:36 PM PDT

*BAGI mereka yang suka – dan tidak ada kerja lain! – puaslah menonton video dan gambar lucah menjelang PRU13. Baru-baru ini seorang pemblog yang dikaitkan dengan Umno menyebarkan gambar menunjukkan wajah seakan-akan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan intim dengan seorang lelaki.

Umno menafikan terlibat dengan pembikinan dan penyebaran gambar-gambar berkenaan, sementara Ketua Umum PKR itu telah menyaman pemblog berkenaan.

Konon banyak lagi siri video seks dan foto akan disebarkan sebagai bahan kempen memburukkan pembangkang. Seperti yang dilaporkan media, akan disebarkan juga video seks melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

Turut divideokan dan akan disebarkan ialah spekulasi seks membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya telah dipertontonkan video seks berkenaan.

"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan percantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks," katanya kepada media.

Saya tidak tertarik sedikit pun untuk menonton video dan gambar seperti itu. Biang keladi mana agaknya yang tidak ada kerja – mungkin dibayar upah lumayan – untuk menyiapkan dan menyebarkan gambar seperti itu?
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Pergi umrah tapi Najib sebar fitnah, video lucah

Posted: 30 Mar 2013 05:28 PM PDT

562068_10151338048001510_1842749425_nKUANTAN 31 MAC: Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah di Mekah tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno menyebar fitnah termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Najib pergi umrah. Nak doa, doalah tapi niat kena betul, jangan zalim di negera sendiri. Pergi umrah tapi televisyen, media fitnah orang hari-hari. Ambil gambar bogel, telanjang. Ini apa ini? Sudahlah.
"Kita ada budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ," kata Ketua Umum KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi.
Mengikut laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu depan dan dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT