Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan adalah negeri pertama yang berakhir pada tengah malam ini.

Persoalan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang akan mentadbir Negeri Sembilan selepas pilihan raya umum ke-13, masih tidak dapat diramalkan dengan jelas kerana kedua-dua pihak dilihat mempunyai peluang yang sama rata.

Dengan situasi itu, pemerhati politik berpendapat, pertembungan dua musuh tradisi dalam situasi yang dianggap sebagai "ibu segala pilihan raya" itu kini ibarat "buku bertemu ruas".

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN. Pada tahun 2004, pembangkang hanya menguasai dua daripada 36 kerusi di Negeri Sembilan iaitu Lobak dan Bahau.

Namun, pada pilihan raya umum 2008, pembangkang menguasai tambahan 13 kerusi, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga BN.