MIMPI SENJA |
- Video seks Nurul Izzah
- edisi Kecut Teloq : PapaGomo Disahkan akan bersara selepas ini kerana dalam penjara xde wifi.. Kih kih kiiiiiiiiiiihh!!!
- Bloggr Lucah UmNO [Papa Gomo] dan Wan Muhammad Azri Individu Yang Sama - Rekod Imigresen
- AKAN DATANG - Video Sex Nurul Izzah - Saifuddin
- Kak Minah Ronggeng [Mami Tanjung] buat laporan polis terhadap KM Guan Eng ... hang tak dak kerja dah ka Kak Minah? hehe
Posted: 26 Mar 2013 08:59 AM PDT japp..japp.. nak gelak dulu warghhkahh..kahh..kahhh ...kahhh kshhh kahhhhhhhh kahhh kahhh ni pompuan siam mana lak macai2 umno kutip untuk memeriah kan dunia perfileman lucah malaysia ni wakakakkak..... buat la yang real skit wakakkakak.. #UmnoLucah |
Posted: 26 Mar 2013 04:19 AM PDT Hari ni Fesbuk peribadi Wan Muhammad Azri telah hilang.. Masuk ni entah berapa kali Wan Azri bertukar tukar acc fesbuknya. Kenapa? Bukankah beliau bertegas beliau bukan PapaGomo? Bagi aku, kalau bukan PapaGomo, baik join kami SAMAN PAPAGOMO sebab gambar bekas isteri dan anak anak digunakan PapaGomo tanpa keizinan Wan Muhammad Azri. TAPI LAIN PULA JADINYA.. Hari ini Rafizi Ramli Pengarah Strategi PKR pula mendedahkan Papagomo mempunyai rekod imigresen yang sama dengan individu bernama Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris. Bukti rekod itu aku sedut dari Malaysiakini sebab aku x buat pendedahan yang ADVANCE camnih.. Menurut perbualan antara Team Erapasca dan Bellina Chin mengesahkan bahawa beliau akan menjadi saksi untuk mendedahkan PapaGomo dan segala keperluan bukti dari pihaknya telahpun disediakan untuk dibawa ke mahkamah. Ini bermakna Rafizi Ramli bukan cakap kosong, bukan sekadar gertak x bertempat.. Antara saksi yang sedia membantu di mahkamah nanti adalah bekas isterinya, keluarganya, kawan kawannya juga blogger2 yang sememangnya sudah lama nantikan saat saat indah di mahkamah bersama PapaGomo.. - sumber : erapasca |
Bloggr Lucah UmNO [Papa Gomo] dan Wan Muhammad Azri Individu Yang Sama - Rekod Imigresen Posted: 26 Mar 2013 03:07 AM PDT PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa rekod Imigresen menunjukkan penulis blog, Papa Gomo dan Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah individu yang sama. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa rekod Imigresen menunjukkan tarikh lahir Wan Muhammad Azri adalah sama dengan kad pengenalan polis dan kad pengenalan awam miliknya. "Rekod Imigresen pada 2010 menunjukkan tarikh lahir Wan Muhammad Azri ialah 21 Januari 1983 dan maklumat berkenaan sepadan dengan kedua-dua dokumen miliknya iaitu kad pengenalan awam dan kad pengenalan polis," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Selasa. Bagaimanapun satu daripada rekod berkenaan, tidak menunjukkan bahawa kedua-dua identiti tersebut digunakan dalam pasport yang sama, namun Rafizi mendakwa surat- menyurat mahkamah membuktikan alamat Wan Muhammad Azri untuk kedua-dua identiti, adalah sama iaitu di Danau Kota. "Saya akan bincang dengan peguam sama ada maklumat ini (alamat Wan Muhammad Azri) boleh didedahkan atau tidak, kerana perkara ini telah masuk mahkamah," katanya. Rafizi juga mendakwa ahli keluarga Papa Gomo termasuk bekas isterinya, Belinna akan muncul semasa perbicaraan kes saman ke atas penulis blog itu bagi membuktikan bahawa beliau sememangnya Wan Muhammad Azri. Minggu lalu, Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap bloger Papa Gomo berhubung video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu. Anwar menuntut ganti rugi RM100 juta daripada bloger, yang namanya dinyatakan dalam tuntutan sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris. Pada 16 Mac www.papagomo.com memaparkan gambar tunggal hitam-putih yang menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki berbogel di dalam bilik hotel. Paparan itu juga menyediakan pautan ke laman blog lain dipanggil "Aksi si Raja Goyang", yang menyiarkan 13 gambar yang menunjukkan dua lelaki meraba-raba dan mencium satu sama lain, kononnya diambil dari video yang sama. Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video berkenaan KEADILAN persoal SPR benarkan Papagomo mengundi 2 tempat(Oleh Aisha Geoffrey) PETALING JAYA 26 MAC: KEADILAN mempersoal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membenarkan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo didaftar dalam senarai pemilih dengan tarikh lahir berbeza-beza sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat. "Ini menimbulkan tanda tanya yang amat serius apakah kesilapan nama dan tarikh lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza disengajakan untuk menyukarkan ia dikesan?" kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli. Rafizi sebelum itu melalui semakan dengan rekod sistem kawalan Imigresen mengesahkan tarikh lahir Wan Muhammad yang juga dikatakan sebagai blogger Papagomo di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan awam adalah sama iaitu, 21 Januari 1983. "KEADILAN berjaya mendapatkan paparan skrin rekod Imigresen Papagomo yang menggunakan pasport antarabangsa bernombor A20485305 dan menunjukkan kedua-dua kad pengenalan polis dan biasa (Wan Muhammad) adalah sama," jelas Rafizi pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. KEADILAN pada 22 Mac lalu mendedahkan, Wan Muhammad mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi, menggunakan kad pengenalan biasa dan polis. Ini membolehkan Papagomo didaftar mengundi di dua tempat iaitu sebagai anggota polis dan sebagai orang awam. Melalui skrin daftar pemilih tersebut, kad pengenalan polis Papagomo menunjukkan tarikh lahir 8 April 1983, manakala kad pengenalan biasa bertarikh 21 Januari tahun yang sama. Bagaimanapun, pendaftaran mengikut kad pengenalan polis telah dipadam dari daftar pengundi serta merta. Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan badan kerajaan itu. "Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu saja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha untuk mengekalkan pengundi hantu?" tegas Rafizi. "Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat," katanya lagi. Dalam perkembangan lain, Papagomo kini sedang menghadapi dua tindakan saman mahkamah dari Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung artikel fitnah yang diterbitkan melalui blognya. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, bekas isteri Papagomo, yang dikenali sebagai Bellina akan turut memberi keterangan berhubung kes Husam yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan. "Saya ada bertemu Bellina semalam di Kota Bharu. Dia juga akan memberi keterangan tentang Papagomo," kata Saifuddin pada sidang media sama. – NS Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48425. |
AKAN DATANG - Video Sex Nurul Izzah - Saifuddin Posted: 26 Mar 2013 02:34 AM PDT Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya, dakwa Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini. Setiausaha Agung PKR itu mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain dijemput oleh agen "Umno-BN" untuk melihat beberapa keping gambar video seks dikatakan melibatkan Nurul Izzah , ahli parlimen Lembah Pantai dan kedua yang melibatkan bapanya. Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain. "Ia adalah amaran, ugutan politik.... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita. "Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video," kata beliau dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR hari ini. Saifuddin tidak menyatakan permintaan atau sebab mengapa agen tersebut membenarkan beliau untuk menonton video, disiarkan di dalam kereta tetapi mengulangi ia adalah ugutan biasa untuk memusnahkan karier politik mereka yang disiarkan menuju pilihan raya umum. Beliau menegaskan video tersebut adalah palsu, mengatakan ia direka menggunakan manipulasi imej digital melibatkan gandingan adegan berasingan untuk memberi gambaran penggubal undang-undang yang diketengahkan telah melakukan salah laku seksual. "Kami tidak rasa takut. Kami sudah biasa," katanya, sambil menambah jika dikeluarkan, kesahihan video dan gambar boleh dicabar di mahkamah. Tetapi Saifuddin menerangkan, PKR mahu memberi amaran kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu mengenai video mungkin akan dikeluarkan untuk menggelirukan pengundi dalam apa yang beliau labelkan sebagai tindakan terdesak. "PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit. "Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan," katanya. "Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik Umno yang terdesak, jijik dan keterlaluan." Anwar telah berulang kali pada masa lalu dikaitkan dengan pelbagai video seks dan gambar, termasuk video terkenal yang mendakwa perlakuan seksnya dengan gadis China yang dikeluarkan oleh "trio Datuk T" tahun lepas. Dalam serangan terbarunya, penulis blog pro Umno mengeluarkan gambar seorang lelaki menyerupai Anwar bercumbu dengan seorang lelaki dan menyiarkan sebahagian daripada videonya berbual dengan seorang pelajar lelaki berumur 19 tahun yang dituduh melakukan hubungan seks dengannya kemudian. Anwar baru-baru ini memfailkan saman RM100 juta terhadap penulis blog pro Umno Papagomo selepas tuduhan video seks tersebut, mendakwa imej yang dikeluarkan palsu dan bertujuan untuk merosakkan imejnya. |
Posted: 26 Mar 2013 02:04 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan