Isnin, 25 Mac 2013

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DAIM ZIARAH UMNO YANG SEDANG NAZAK

Posted: 25 Mar 2013 08:16 PM PDT

DAIM, bekas Menteri Kewangan zaman mamak Kutty pun merepek sepertimana bos dia dulu mamak kutty meroyan dan merungut siang malam apabila melihat nyawa Umno kini semput-semput dan nazak menuju ke liang lahad.  Al maklumlah, mereka tahu benar apa yang berlaku kepada mereka dua ekor ini sekiranya PR berjaya ke Putrajaya.  Terbayang jaring besi di Sungai Buluh, Tok jib pula terbayangkan tali gantung dengan wajah Altantuya.  Itu kisahnya.

Apa kata Daim apabila Umno kini terlalu fobia dengan Anwar? "Daim berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana beliau telah melepasi "tarikh luput" dan zaman ketua pembangkang itu telah datang dan berlalu. Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya." (Petikan Malaysiakini).

Siapa yang bazirkan masa tu, wahai Daim?  Bukankah puak-puak Umno yang fobia dengan Anwar?  Siang malam pemimpin mereka meratib nama Anwar di dalam media pencacai mereka.  Peliknya bila dicabar berdebat, kesemua hilang telor.  Tidak cukup dengan itu, mereka upah pula beruk-beruk kampong yang lapar untuk mengganggu program Anwar.  Tidak dapat Anwar, dapat bas yang dinaiki oleh Anwar pun jadilah asalkan berbaloi dengan upah RM20.  Itulah perangai mereka yang Daim mungkin tidak tahu selama ini.  Maklumlah, Daim sudah banyak tinggal di luar negara menikmati hasil rompakan sewaktu beliau menjaga hazanah negara dulu.

Kini beliau pulang sebentar ke negara ini.  Mungkin untuk menziarahi Umno yang sedang nazak sekarang.  Mungkin itu juga pesanan atau amanat Daim kepada Umno sebelum Umno disemadikan di muzium.




bumiperak

bumiperak


PENAKUT.. Papa Gomo gagal hadir ke Mahkamah

Posted: 25 Mar 2013 02:07 AM PDT

Terbongkar lagi auta si Papa Gomo ini.. rupa-rupanya insiden beliau dibelasah dikepala yang di hebohkan oleh kebanyakkan blog Pro UMNO minggu lalu hanyalah sebagai menyediakan alasan untuk tidak ke Mahkamah hari ini.

Kononnya pada minggu lalu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo, Blogger Pro UMNO yang terkenal dengan video lucah dan fitnah telah mendakwa dirinya dibelasah oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi di Segambut.

Ekoran dari kecederaan itu beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Insiden tersebut menyebabkan kebanyakkan Blogger Pro UMNO mempersalahkan Utusan kerana telah menyiarkan gambar Papa Gomo di muka hadapan terbitannya.. sila baca di ( SINI )

Beberapa minit lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menyatakan melalui akaun Twitternya memaklumkan beliau kini bersama Husam Musa di Mahkamah Kota Bharu.

Dato Husam Musa dan saksi-saksi telah bersedia bagi meneruskan saman RM10Juta Husam terhadap Papa Gomo, malangnya kelibat Papa Gomo langsung tidak kelihatan..

Hanya para peguamnya yang hadir, selaku yang tertuduh Papa Gomo sepatutnya hadir ke Mahkamah biarpun Peguamnya berhujah memohon penangguhan.. tulis Saifuddin.

Tambah Saifuddin lagi... "Rupanya PENAKUT bila disaman!"


Pada 16 Februari lalu, blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur. -AnakSuangaiDerhaka

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


AG: 'Kami akan buru Jamalul Kiram'

Posted: 25 Mar 2013 10:13 PM PDT




25 Mac 2013
Abdul Gani Patail
Abdul Gani Patail
PUTRAJAYA - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan lebih ramai akan didakwa berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah suspek terbabit atas alasan keselamatan.
"Sudah tentu ada lagi yang akan didakwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini, sambil menambah siasatan berhubung kes itu harus dijalankan
secara ketat dan teliti kerana pihak berkuasa tidak mahu melakukan pendakwaan terhadap mereka yang tidak bersalah.
Mengulas penahanan komander kumpulan pengganas Sulu Datu Amir Bahar Hushin Kiram di Semporna pada Sabtu, Abdul Gani berkata, Jabatan Peguam Negara akan meneliti perkara itu.
Beliau juga berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk mengekstradisi pemimpin kumpulan bersenjata pengganas Sulu itu, Jamalul Kiram,
kepada kerajaan Filipina.
"Ya, saya akan mengemukakan permohonan ekstradisi... sudah tentu kami akan memburu dia... terutama bagi kesalahan dalam kes seperti ini," katanya ketika disoal sama ada kerajaan akan mengemuka permohonan itu terhadap Jamalul Kiram yang memegang kewarganegaraan Malaysia.    
Abdul Gani juga berkata, lapan suspek yang didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan
menganggotai kumpulan pengganas, bukan rakyat Malaysia.
Mengulas dakwaan beberapa nama dalam kertas pertuduhan sebenarnya milik individu yang sudah mati, Abdul Gani berkata jika perkara itu benar, "sudah
tentu tertuduh tidak akan menyahut ketika namanya dipanggil semasa mahkamah bersidang."
"Sebagai contoh, seorang tertuduh yang bernama Hooland, saya boleh ingat namanya kerana ia agak pelik, dikatakan sudah meninggal dunia namun dia menyahut ketika mahkamah memanggil nama itu," katanya.    
Abdul Gani berkata beliau juga memohon agar mahkamah tidak merekod pengakuan tertuduh kerana beliau akan mendapatkan nasihat daripada Kedutaan Filipina berhubung bantuan perundangan.
Katanya, beliau juga sudah menghubungi Persatuan Undang-Undang Sabah dan Majlis Peguam dalam usaha menyediakan bantuan perundangan kepada tertuduh.
"Jika kita ada muslihat, kita boleh ambil sahaja pengakuan mereka. Malah, ketika prosiding mahkamah, seorang daripada mereka berkata dia diupah untuk
melakukan perkara itu. Kenyataan itu boleh diambil sebagai pengakuan bersalah dan dia boleh dihukum penjara, namun saya enggan menerima pengakuan itu," katanya.
Peguam Negara berkata pendakwaan ingin berlaku adil ketika melaksanakan tugasan mereka.
Meskipun di pihak pendakwaan, Abdul Gani berkata, beliau percaya hak tertuduh sebagai seorang individu harus dipelihara.
Menyentuh sama ada peguam dari Majlis Peguam Malaya boleh mewakili tertuduh, Abdul Gani berkata, mereka boleh memberi bantuan serta nasihat perundangan selain mendapatkan kemasukan secara ad-hoc ke majlis itu untuk kes tertentu.
Beliau berkata bilangan peguam dari Persatuan Undang-Undang Sabah yang mengendali kes jenayah adalah terhad.
"Jadi, saya meminta bantuan Majlis Peguam dan mereka (Majlis Peguam dan Persatuan Undang-Undang Sabah) sudah berbincang berkaitan perkara ini," katanya. - Bernama

Artis : Pelakon Siti Fazurina Dinikahkan Kali Kedua

Posted: 25 Mar 2013 08:30 PM PDT


Pelakon Siti Fazurina Akhirnya Akur Dinikahkan Kali Kedua
Fazurina telah dinikahkan semula berwalikan adik lelakinya pada 20 Mac lalu.
PETALING JAYA: Pelakon Siti Fazurina akhirnya terpaksa bernikah buat kali kedua selepas Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak.
Ibu kepada pelakon itu, Zubaidah Abu Bakar, 61, berkata, akad nikah tersebut telah dijalankan di Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22 selepas kes itu dibicarakan di mahkamah berkenaan pada hari sama.
"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Hykal, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.
Bagaimanapun menurut ibunya, perkahwinan itu tidak sah kerana Siti Fazurina dipercayai memberikan maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan dia masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi walinya.
Siti Fazurina (kiri) menangis memeluk ibunya pada 24 Disember lalu ketika ibunya hadir secara mengejut pada sidang media yang diadakan oleh pelakon itu kira-kira empat hari selepas bernikah.
Dia dilaporkan telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ sehingga memaksa ibunya melaporkan hal tersebut kepada mahkamah berkenaan.
Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu walaupun tidak merestui anaknya itu berkahwin semula dengan lelaki berkenaan tetapi dia terpaksa akur kerana tidak mahu anaknya itu hidup bergelumang dengan dosa.
"Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu.
"Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran," jelasnya.
Tambahnya, keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah telah membuktikan segala tohmahan masyarakat terhadapnya sebelum ini ternyata salah.
"Ramai mengatakan saya kejam kerana cuba menghalang perkahwinan mereka apabila mendakwa pernikahan mereka tidak sah tetapi keputusan mahkamah telah membuktikan saya tidak menipu," katanya.
Gambar Fazurina dan Haikal ketika majlis pernikahan mereka di Pulau Pinang tahun lalu.
Menganggap kejadian yang menimpa keluarganya sebagai ujian daripada Allah, Zubaidah memberitahu buat masa ini dia belum terfikir untuk memaafkan perbuatan Fazurina yang membelakangkannya sebagai seorang ibu.
"Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu," ujarnya.
Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan daripada Fazurina gagal apabila pelakon drama Trilogi Cinta itu tidak menjawab panggilan telefon.

TERKINI LAHAD DATU [1030 pm - 2503] Seorang Lagi Pengganas ditahan di Tanjung Batu

Posted: 25 Mar 2013 07:42 AM PDT





LAHAD DATU: Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak GempurKhas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.
Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.
Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangandan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasipemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.
Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yangdilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakanterhadap pasukan keselamatan.
Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.
Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokaptahanan sementara untuk disoal siasat.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato' Seri Zulkifli Zainal Abidin ketikadihubungi mengesahkan kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya(VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersamaATM akan diadakan esok.
Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42. - BERNAMA

ha Najib/orang2 UMNO, cer hampa mai baca tengok ....

Posted: 25 Mar 2013 05:39 AM PDT



UMNO Yang Maksum, Najib Yang Mukhlisin


Ada pepatah Inggeris bermaksud "orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah". Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang. Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi!

Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013. Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR. Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas. Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan!


Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik. Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR. Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib.

Jika PAS berdosa kerana bertahalluf dengan DAP, tidakkah UMNO mempunyai dosa yang lebih besar kerana UMNO bukan sekadar bersepakat dengan MCA tetapi juga dengan MIC, Gerakan, PBS, SUPP, SNAP, PPP dan segala parti non Muslim yang lain. Jangan lupa UMNO ada persefahaman istimewa dengan Parti Komunis China.

Tuduhan dosa besar PAS yang lain kerana kerajaan Kelantan 'beri' tanah kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak. Lagi senang nak jawab. PAS buka peluang pelaburan syarikat yang dimiliki hampir seratus orang yang termasuk dua orang pemimpin DAP Perak untuk tanam pokok getah di tanah tinggi yang dua syarikat terawal gagal kerana rugi. Dimana dosanya? Bukan anugerah tetapi pelaburan berisiko!

Agaknya berpahalakah UMNO kerana menganugerahkan bukit-bukit yang strategik seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi di Pahang kepada tauke-tauke untuk buka kasino. Berpahala besar juga agaknya apabila UMNO dan MCA beli tanah orang-orang kampung dengan harga murah dan buat untung berpuluh kali ganda dalam kes PKFZ. Orang UMNO Pahang sangat arif penglibatan Najib dalam anugerah tanah Pulau Tioman kepada billionaire tauke China. Banyak bertimbunnya pahala pemimpin UMNO.

Penulis berkeyakinan Najib sudah membuka 'floodgate' untuk pelbagai pihak menyerang beliau. Jika Najib enggan berdebat dengan alasan kesiankan Anwar Ibrahim takut terdemam, kali ini Najib bukan sahaja terdemam bahkan terburai.

Mari kita bertanya kepada Najib dan ustaz-utaz UMNO yang celupar membuat fatwa, undi PAS berdosa, undi UMNO berpahala. Adakah bukan berdosa hal-hal yang direncanakan UMNO dan dipaksakan kepada rakyat khususnya saudara seagama Islam. Lihat senarai berikut:

1. Hina dan perleceh,pertikai kewajaran hukum hudud .
2. Luluskan dan kembangkan industri judi
3. Rasuah-rasuah seperti skandal scorpen,NFC dan PKFZ.
4. Mungkir janji royalti minyak Kelantan bernilai RM10.5 bilion
5. Borong kerakyatan kepada pendatang asing untuk menang mudah dalam pilihanraya
6. Pilih syarikat Yahudi sebagai penasihat berbayar dan upah penulis Yahudi untuk jatuhkan Anwar Ibrahim
7. Rentap bantuan perkapita sekolah-sekolah agama rakyat hinggakan banyak yang tutup berkubur
8. Membiarkan pembunuh Altutuya bebas tanpa membenarkan proses undang-undang berjalan lancar
9. Melakukan pendakwaan terpilih secara berleluasa.Orang UMNO bebas, rakyat marhaen dihukum keras
10. Merelakan syarikat keluarga pemimpin besar UMNO Dr Mahathir beli kilang arak bernilai RM2.9 bilion

Senarai sepuluh perkara tersebut masih pendek. Masih banyak lagi yang boleh didedahkan. Penulis belum sentuh isu rampasan kuasa di Perak yang dicaturkan oleh PM Najib. Jangan lupa rampasan kuasa itu melibatkan perangkap pelacur, culik wakil rakyat dan beli wakil rakyat, RASUAH. Apakah itu bukan dosa?

Yang pasti kebencian rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO kini sudah mencapai kemuncak. Kenapa?Jawapannya kerana dosa-dosa yang mereka lakukan dan lebih parah tak pula nampak mahu insaf bertaubat.. Apa buktinya?

Ramai penganalisa dan ahli akademik percaya PRU 13 sengaja dilambatkan untuk membolihkan manipulasi dan penipuan maksima supaya UMNO/BN terus menang. Maknanya sebahagian besar calon-calon BN yang bakal menang nanti kerana penipuan pilihanraya. Lepas itu nanti jadi wakil rakyat haram, makan elaun haram, jadi menteri haram dan darah daging membiak dengan duit haram. Itulah punca taubat sukar terjadi. Hati keras walaupun perasan suci maksum dan mukhlisin.

Akhirnya apakah nilai 'tarbiah' yang ada dalam UMNO apabila "MURSYIDUL AM" UMNO ia itu Dr. Mahathir (Jadi ahli UMNO lebih 60 tahun, jadi presiden 22 tahun), pada usia 86 tahun seronok melabur dalam syarikat arak San Maguel di Filipina? Apa nak jadi pada UMNO...kasihan.~ Dr. Haji Khairuddin

Husam fail semula kes saman terhadap “Papagomo”

Posted: 25 Mar 2013 04:57 AM PDT


Aslani M,25 Mac 2013
KOTA BHARU: Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula.

Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.

Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi.

Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina.

Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan.

Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo.

"Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien," kata Husam.

Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua.

Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan.

Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru.

Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini.

"Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene.

"Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini," katanya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini. - harakahdaily

Azzimudie Akan Hadapi Perbicaraan Atas Kesalahan Jenayah – Peguam Negara

Posted: 25 Mar 2013 03:36 AM PDT



PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Azzimudie Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Raja Muda Kesultanan Sulu akan berhadapan dengan perbicaraan di Malaysia kerana mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Februari lepas.
"Saya tidak kisah sekiranya (dia) rakyat Malaysia atau tidak... dia melakukan kesalahan dan dia akan didakwa," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Isnin.
Azzimudie, yang turut digelar Agbimuddin, dilaporkan telah meninggalkan negara dan pergi bersembunyi sejak 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi serangan ofensif untuk menyingkirkan 200 anggota pengganas bersenjata Sulu yang diketuainya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Pembangkang kemudiannya mendakwa bahawa terdapat maklumat yang mendakwa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai daerah di Sabah.

Lahad Datu : 'Ketua perisik' Kiram diburu

Posted: 25 Mar 2013 12:57 AM PDT


Pasukan keselamatan memeriksa dokumen pengenalan diri orang ramai yang melalui sekatan jalan raya di Jalan Cenderawasih menuju Kampung Kembara Sakti.

Suspek adik Jamalul Kiram III berada di Semporna

Lahad Datu: Pasukan keselamatan memburu seorang lagi pemimpin kanan kumpulan pengganas berjawatan 'ketua perisik' yang dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Suspek berusia 50-an itu adik kepada Jamalul Kiram III dikenali Datu Piah Datu Kiram serta dianggap antara orang paling kanan ketua pengganas, Agbimuddin Kiram. 

Difahamkan, suspek mempunyai kedudukan setaraf dengan Komander Habib Musa A Abdullah atau Jeneral Haji Musa yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, pada awal Ops Daulat. 



Sumber memberitahu BH, pasukan keselamatan yakin suspek yang menceroboh negeri ini bersama Agbimuddin serta Jeneral Haji Musa dan pengikut mereka sebelum mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu, masih bersembunyi di Semporna.

Katanya, suspek dipercayai antara individu yang menyertai kumpulan pengganas membuat rundingan dengan pasukan keselamatan Februari lalu, namun dia dilaporkan 'hilang' sebaik berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac.

Awal pagi kelmarin, pasukan keselamatan menahan anak saudara Agbimuddin merangkap Pemerintah Tentera Sulu ketika bersembunyi dalam paya bersama isterinya di Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna.

Suspek bertaraf Menteri Pertahanan itu dianggap individu terpenting mengatur serangan serta pergerakan pengganas ke beberapa lokasi sejak pencerobohan mereka. 
Selain itu, pasukan keselamatan menahan warga tempatan berusia 40-an dikenali Ali bersama isterinya di Kampung Tungku di sini, malam Jumaat lalu. Mereka dipercayai tali barut utama menyediakan keperluan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo.

Tali barut pengganas

Difahamkan, Ali anak penduduk Kampung Tanduo, Ahmad Malandi atau Mat Bom yang ditahan pasukan keselamatan pada awal Ops Daulat kerana menjadi tali barut pengganas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan Pemerintah Tentera Sulu yang ditahan di Semporna adalah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Beliau berkata, suspek dan isterinya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Operasi mengesan saki baki pengganas giat dijalankan, namun kami percaya mereka sudah hilang arah. Maklumat penduduk penting bagi mengesan saki baki pengganas.

"Dengan ada kerjasama semua pihak, kita percaya saki baki pengganas ini dapat ditumpaskan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di sini, semalam.

Sementara itu, semakan BH di laman sosial Facebook menemui seorang pemegang akaun menggunakan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram dari Jolo, Filipina, dipercayai individu sama dengan suspek yang ditahan pasukan keselamatan.

Berdasarkan maklumat pada akaun terbabit, dia sering memuat naik dan berkongsi laporan insiden pencerobohan Lahad Datu sejak pertengahan bulan lalu.

Macam ni pun hampa kata salah Anwar juga ka?

Posted: 25 Mar 2013 12:06 AM PDT


Siasat pertemuan Najib & Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram - DSAI


(Oleh Sidiqin Omar)
KOTA KINABALU 25 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pihak berkuasa menyiasat bukti bergambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram, pimpinan Kesultanan Sulu.
"Ada bukti bergambar foto pertemuan dengan Aziz Shamsuddin, Menteri dan bekas Setiausaha politik Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang terlibat dalam projek IC dan juga dengan Datuk Seri Najib.
"Patut ada siasatan rapi tentang hubungan mereka dengan pimpinan Umno. Tidak hanya menuding dan tohmah pemimpin pembangkang," kata Anwar pada sidang media bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah di Hoytel Hyatt, hari ini.
Media semalam melaporkan pasukan keselamatan mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna pada 23 Mac lalu ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
Amir Bahar anak kedua Esmail Kiram kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.
Polis semalam melaporkan, lelaki berusia lewat 40-an itu adalah Menteri Pertahanan Sulu yang bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas.
Kata Anwar, siasatan perlu dibuat kerana ia berkait dengan insiden keganasan di Lahad Datu dan projek IC yang memberi kesan terhadap keamanan di Sabah.
"Kenyataan Pakatan Rakyat jelas. Menyokong pasukan keselamatan. Tetapi kita mengingatkan, isu ini adalah isu nasional dan keselamatan negara dan tidak harus dipolitikkan," katanya.
Gambar yang tersebar di internet dan media sosial sejak sebulan lalu menunjukkan pertemuan pemimpin Umno dengan waris Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak pertengahan Februari 2013.
Antara pemimpin Umno yang dirakam bersama Esmail Kiram adalah Aziz Shamsuddin, Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Adbullah Ahmad Badawi. – SDQ
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48307

dollah yankee

dollah yankee


Sandiwara Mahathir

Posted: 25 Mar 2013 03:43 AM PDT


Dr.Mahathir berkokok dan berkicau lagi. Ini bagus sebab lagi banyak dia berkokok dan berkicau, lagi dekat lah Pakatan Rakyat nak ke Putrajaya, dan lagi dekat lah Anwar akan jadi PM yang ke-7.

Era Mahathir sudah lama berlalu, sudah tamat. Dia bernasib baik kerana telah tinggalkan Putrajaya lebih awal, jika tidak nasib nya akan sama macam mana nasib kawan-kawan beliau macam Suharto, macam Mubarak. Melihat kepada kokokan dan kicauan beliau, gurkah-gurkah politik di'port' kata Mahathir mungkin akan secara sukarela meninggalkan Malaysia sebelum Anwar berjumpa dengan agong untuk angkat sumpah sebagai PM ke-7 sebaik saja selesai PRU-13 nanti.

Mentaliti rakyat Malaysia sudah banyak yang berubah seiring dengan pembanggunan dan kemajuan Malaysia. Dari mentaliti kampong kini hampir semuanya ber'mentaliti bandar dan kota disebabkan arus pembanggunan pendidikan. Rakyat yang sedang beralih paradigma pemikiran  mereka telah membuatkan legasi Mahathir adalah sesuatu yang tidak berguna dan tidak bermakna apa-apa. Rakyat-rakyat yang didalam bandar dan pekan-pekan besar tidak lah mengkagumi sangat apa yang telah dilakukan olih Mahathir selama 22 tahun dia 'mencekik' kita dengan kuasanya. Tetapi kalau dikampong-kampong, di penempatan-penempatan felda yang jauh dipendalaman dan dipekan-pekan kecil, mereka masih lagi sanggup berebut-rebut, sanggup berhujan panas nak tunggu dia dan nak duduk sebelah dia.

Kicauan dan kokokan Mahathir masih menggunakan setrategi lama iaitu menakut-nakutkan rakyat tentang Anwar Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyat. Dia berkokok dan berkicau mengatakan yang hanya umno/BN saja yang mampu buat itu dan ini, hanya umno/BN saja yang mampu tadbir Malaysia, hanya umno/BN saja layak.  Dia masih menganggap yang orang melayu masih lagi duduk atas pokok, masih lagi macam 'katak bawah tempurung'.

Dunia sudah banyak berubah. Organisasi-organisasi yang lemah juga sudah bayak berubah dan telah melalui leberalisasi, pengstrukturan semula, pengambilalihan dan peng'gabungan. Jadi apa yang pelik nya jika kerajaan kita juga bertukar tangan demi kemajuan negara yang lebih baik dan demi rakyat yang mahukan perubahan.

dollah yankee -
Akan sampai masanya yang dia akan diadili, sama ada olih rakyat atau olih Allah SWT ...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


More voter excitement for GE13 as Bersih targets 85pc turnout

Posted: 25 Mar 2013 09:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, March 26 — Voters are getting more enthusiastic over Election 2013 compared to the last general election as Bersih 2.0 aims for an 85 per cent voter turnout to mitigate electoral fraud.
Datuk Ambiga Sreenevasan, co-chairman of the electoral reform group, told The Malaysian Insider today that Bersih's "Jom 100" campaign has seen greater awareness about the upcoming national polls among people of all races and ages in both urban and rural areas.
"People are raring to go and raring to vote," said Ambiga (picture).
"There's a lot of enthusiasm on the ground... people are getting more aware about their voting rights. I also ask the question, did you vote in 2008? They say no. Are you gonna vote this time? And they say yes," added the former Bar Council president.
Election 2013, which will be held in weeks, is expected to be the most keenly contested election in recent times, with analysts saying that the outcome is in doubt for the first time in Malaysian history after the historic 2008 general election that saw Barisan Nasional (BN) lose its two-thirds parliamentary majority.
There are 13.3 million registered voters, or 83 per cent, out of 16 million eligible voters, according to the Election Commission (EC).
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Tak lari gunung di kejar, pilihanraya akan sampai juga

Posted: 25 Mar 2013 08:48 PM PDT

Tidak usah kita membuat spekulasi tentang pilihanraya lagi kerana ia akan tetap datang. Tidak lari gunung di kejar, kata pepatah kita. Yang terpenting arus perubahan sudah tidak dapat di hambat lagi oleh pihak yang cuba menahan arus perubahan itu. Setiap hari arus itu semakin pantas berkembang. Perubahan jelas akan berlaku jika di izin Tuhan.
Bagi saya pilihanraya akan di adakan pada bulan Mei yang akan datang ini. Penggal kali ini adalah penggal yang penuh dan terpanjang dalam sejarah Malaysia Merdeka. Penggal yang terpendek ialah penggal 1978 sehingga 1982 yang hanya selama 3 tahun lapan bulan.
Kita sedang melalui pengalaman pertama kali di mana penggal pilihanraya yang di bawa sampai kepenghujung penggalnya kerana pihak yang berkuasa amat takut menghadapi kekalahan.. Najib tidak dapat mengukur sejauh mana rakyat menyokong beliau dan partinya walaupun berbagai-bagai 'hand-outs' di berikan kepada rakyat sekarang ini.
Dengan penangguhan ini ia memberikan keyakinan penuh kepada sebilangan besar rakyat yang UMNO sudah sampai kepenghujung kuasa. Sikap dan perasaan takut UMNO itu merupakan penyumbang besar terhadap kehilangan keyakinan rakyat terhadap parti itu. Perasaan takut UMNO itu telah membuat rakyat juga dalam ketakutan untuk memberikan sokongan kepada parti yang sedang mengalami ketakutan itu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Kerana takut kalah, semua cakap mengarut

Posted: 25 Mar 2013 08:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Semuanya gara-gara Datuk Seri Najib Tun Razak yang takut kalah pilihanraya sehingga Tan Seri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Hussein Onn dan Tan Seri Aziz Yusuf  membuat kenyataan yang mengarut mengenai suasana PRU 13.

Sebelumnya Tan Seri Muhyiddin mengatakan beliau memiliki dokumen yang mengatakan ada pihak yang hendak mengadakan huru hara selepas PRU 13.
Manakala  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengatakan ajaran sesat akan menganggu pada hari mengundi.

Datuk Seri Hishamuddin pula mengatakan akan berlaku gangguan di dalam ceramah semasa kempen PRU 13.

Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta mereka janganlah menanamkan budaya takut kepada pengundi.

"Seolah-olah jangan bagi rakyat tukar selera daripada memilih BN kepada memilih PR. Hentikanlah tektik lapuk untuk menjatuhkan parti lawan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : PUTERI UMNO DILAYAN MACAM LEMBU...!!!!

Posted: 25 Mar 2013 08:24 PM PDT



BUKAN NIAT DAN HASRAT NAK MENGHINA ATAU MENGAIBKAN.. TETAPI UMNO SUDAH MELAMPAU MELAYAN PENYOKONG SETIANYA.

Begitu teruk dan hina sekali Puteri UMNO dilayan.. Dilayan macam lembu sedangkan mereka ini bersungguh dan cukup dedikasi dalam memperjuangkan nasib UMNO yang kini sedang terumbang ambing nak tumbang tertiarap dalam PRU 13 akan datang.

Yang dapat projek lembu NFC hidup dengan penuh bergaya dan mewah sakan.

Apakah berbaloi para Puteri UMNO bertungkus lumus dan berhempas pulas mau memenangkan UMNO/BN dalam PRU 13 nanti.

Tepuk dada tanya iman.. cuit minda tanya akal logik.. jentik otak berfikir dan menilai.

Berhentilah terus menerus dilembukan..Jadilah warga yang bijak..Tolak dan tinggalkan UMNO .

Politik Samseng : Pengerusi DAP Bukit Permai terima ‘peluru’ dalam sampul putih

Posted: 25 Mar 2013 08:20 PM PDT


AMPANG, 26 MAC: Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 21, Supiramany Sinnapayal, 63, semalam membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini, setelah menemui sebutir peluru yang dimasukkan dalam sampul surat berwarna putih di pejabatnya di Kampung Cheras Baru.
Beliau berkata, kejadian itu disedari sebaik seorang kerani di pejabatnya menemui sampul surat itu ketika membuka pintu pejabat untuk memulakan tugas kira-kira jam 9.30 pagi.
"Sampul surat mengandungi sebutir peluru itu dipercayai dimasukkan melalui bawah pintu pejabat saya," katanya pada satu sidang media, semalam.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Bukit Permai berkata, kemungkinan besar perbuatan itu bermotifkan ugutan.
Bagaimanapun, dalam laporan polis yang dibuat kira-kira jam 3.00 petang semalam itu beliau tidak menamakan suspek yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu.
"Saya tidak bermusuh dengan sesiapa dan juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, jadi saya tidak pasti sama ada perkara ini bermotifkan politik atau apa.
"Kalau buat begini, lagi saya tidak takut. Kalau sesiapa pun ada masalah dengan saya, datanglah berjumpa saya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Questions over Sulu tactics as gunmen drop arms

Posted: 25 Mar 2013 08:18 PM PDT

Handout file photo of Malaysian soldiers in security operations against the armed Filipino militants in Lahad Datu earlier this month. — Reuters picKUALA LUMPUR, March 26 — Sulu gunmen may have buried their weapons to blend in with Sabah society and escape the massive manhunt launched by Malaysia's security forces to flush out the militants, a Philippine newspaper has suggested.
Sabah residents had called a local radio station yesterday and raised questions on the whereabouts of the cache of arms a ragtag band of Filipino gunmen led by Agbimuddin Kiram, the self-styled heir to a 17th-century throne claiming ownership of Sabah, the Philippine Daily Inquirer reported.
"Could it be possible that members of the so-called Sulu 'royal army' threw away whatever weapons they earlier possessed so they could escape the manhunt on their group by some 5,000 Malaysian security forces?" the newspaper asked.
The Inquirer noted that callers had bombarded the radio station with questions following the capture of an unarmed Sulu "terrorist" in security mop-up operations in the Tanjung Batu area yesterday evening, as reported by state newswire Bernama.
Read More / Baca Lagi >>

Manifesto Rakyat: Peluang Pekerjaan

Posted: 25 Mar 2013 08:15 PM PDT

Ustaz azhar idrus : Soalan dari budok yang sangat nanor

Posted: 25 Mar 2013 08:13 PM PDT

Nikoh Zaman Lening.... : Ustaz Azhar Idrus

Posted: 25 Mar 2013 08:05 PM PDT

Ustaz azhar idrus: Lame dok tengok natang niiiiiii.

Posted: 25 Mar 2013 08:01 PM PDT

Ustaz azhar idrus : Jadi macam rimau akor doh masa bertunang

Posted: 25 Mar 2013 07:58 PM PDT

'Jadi ke Ust Azhar Idrus berlakon Filem?'

Posted: 25 Mar 2013 07:52 PM PDT

Ribuan cawangan tak daftar semula sejak ’98, Umno patut diharam?

Posted: 25 Mar 2013 07:32 PM PDT

UmnoKUALA LUMPUR 26 MAC: Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mungkin membatal pendaftaran DAP digesa mengkaji dakwaan wujudnya ribuan cawangan Umno yang tidak berdaftar.
Cawangan itu dikatakan tidak didaftar selepas penubuhan Umno Baru oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988.
Selepas pengharaman itu, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan secara automatik terbatal.
"Selepas Umno Baru ditubuh, proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula. Namun banyak peringkat cawangan dan bahagian tidak mendaftar semula organisasi mereka.
"Selain itu, banyak cawangan tak hantar dokumen tahunan mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966," katanya pada kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Do Malaysians feel 49% richer?

Posted: 25 Mar 2013 06:25 PM PDT

The Oracle of Syed Putera Speaks Again!- Part 3

Posted: 25 Mar 2013 06:21 PM PDT

Part 3.
Mahathir.
Why is Mahathir acting as de facto UMNO president and PM? What is the 86 year old man afraid of? How can he stoop that low as to launch Rosmah's book when you, the Oracle told me, Daim says Mahathir refers to Rosmah as that damn lady? And didn't Daim tell you on  many occasions, Mahathir demanded Najib come see him alone without that lady? Suddenly Mahathir launches Rosmah's book and gave flattering assessments because of what? Because they share a common love for Shakrukh Khan?
The Oracle just shook his head in a gesture of incredulity. He can't or won't explain Mahathir. So I did the explaining.
Because he fears for his and his family's future. It isn't about Malaysia. It's about the empire of fraud he has built over the years. Can you imagine, his empire of fraud crumbling like a pack of cards and all those Jokers and Kings and Queens and Jacks will take a fall?
All because they have leveraged on the reward system established  by Mahathir and perpetuated by the current hypocritical regime of Najib, the media actor.
Let us illustrate.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Umno akan menang percuma di 10 kawasan keselamatan khas?

Posted: 25 Mar 2013 06:17 PM PDT

Semalam Najib Razak mengistyharkan 10 daerah di Timur Sabah menjadi kawasan Selamat di Sabah. Sepuluh daerah itu ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Baluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Pemilihan kawasan itu sebagai kawasan keselamatan khas yang membawa kepada penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.
Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri manakala Najib selaku perdana menteri akan menjadi pemantau. Jawatankuasa lain akan diumum perlatikannya nanti.
Menurut Najib beliau sendiri telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Pemeliharaan Keselamatan  Awam 1962 dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah terus terjamin.
Sememang tidak siapa dapat menyangkal hasrat kerajaan untuk mewujudkan keadaan selamat dan damai di Timur Sabah itu waktu ini. Sewajarnya kalau kerajaan mengambil langkah-langkah perlu seperti mengistyharkan atau meletakkan 10 kawasan itu dalam zon yang diberi kawalan keselamatan khas.
Tindakan itu diambil semuanya gara-gara meletusnya tragedi pencerobohan yang menelan lebih 50 korban termasuk sembilan orang anggota keselamatan kita manakala ratusan yang ditangkap. Namun betapa suci usaha kerajaann itu ia tetap akan disuluh dengan berbagai maksud kerana ianya dibuat dalam edah pilihan raya umum akan menjelang tiba bila-bila masa saja.
Mungkin ramai yang tidak sedar didalam 10 daerah itu ia merangkumi tujuh kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN Sabah. Kerusi-kerusi Parlimen yang termasuk dalam zon keselamatan khas ini ialah, P167 Kudat, P168 Kota Merudu, P183 Baluran, P187 Kinabatangan, P 189 Semporna dan P190 Tawau.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysians do not want losers

Posted: 25 Mar 2013 06:09 PM PDT

Najib does not have the wisdom, the strength of character and the ability to respond to crisis in the manner we would expect of our leader to do.

We know who killed Altantuya Shaariibuu. We know how she was murdered. We know the possible reasons why she was killed. We know the circumstances that led to her murder.
We know her murderers were two highly trained, highly skilled UTK operatives trained to do as instructed by their superiors – and killing is but just one of the things that they do, and they do it well.
What we still do not know is who ordered them, if at all there was someone, to kill Altantuya?
Now we have a second death that can be directly linked to this Altantuya/Scorpene/Abdul Razak Baginda saga – that of PI Bala.
We have been told that P Balasubramaniam died of a heart attack. So in all probability we know what killed Bala – and I say in all probability, not with certainty.
The dead can no longer tell any lies nor can they tell the truth. And what is the truth with Bala?
And so in death as when he was alive, Bala merely becomes a postscript to the real drama: who ordered Altantuya killed?
Read More / Baca Lagi >>

Pengakuan VAT 69: Bertembak dengan Pengganas Sulu macam menembak ZOMBI

Posted: 25 Mar 2013 06:06 PM PDT

'Ibarat hujan peluru' itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.
Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.
Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.
"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.
"Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripadaKomander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberiamaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan keranakami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
Read More / Baca Lagi >>

1,000 Permit : Pemandu Teksi Rasa Tertipu

Posted: 25 Mar 2013 06:05 PM PDT

SHAH ALAM 26 MAC: Rata-rata pemandu teksi yang hadir ke program pemberian permit teksi individu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, rasa tertipu dan kecewa kerana tidak dimaklumkan lebih awal bahawa hanya 1,000 permit teksi sahaja yang diberikan pada hari itu.
Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan berkata, beliau dan lebih 6,000 pemandu teksi yang hadir sejak awal pagi ke program anjuran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu perlu mengisi borang dan hanya 1,000 yang terpilih sahaja akan diberikan permit teksi individu.
"Majoriti yang datang semua kecewa, sebab datang pukul 8.30 pagi, kena isi borang dan kemudian dia (SPAD) kata submit kat sana dan dia (SPAD) akan proses.
"Kemudian bila orang dah 'argue' di kaunter, dia (SPAD) kata boleh 'submit' selepas waktu itu, maknanya tiada 'expired date' dan boleh 'submit' ke Putrajaya," katanya kepada TVSelangor.
Katanya, program itu hanya bertujuan bagi menunjuk-nunjuk dengan harapan supaya pemandu teksi akan terus menyokong Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Sabah Nak Hilang : Pencerobohan Sulu bangkitkan kemarahan penduduk Sabah terhadap Projek IC, BN

Posted: 25 Mar 2013 06:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Kekuasaan Barisan Nasional (BN) di Sabah mungkin berakhir kerana kemarahan penduduk tempatan berhubung pencerobohan Sulu, yang mereka kata disebabkan oleh pemberian kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada undi di bawah "Projek IC" dan menyalahkan beberapa ahli politik gabungan pemerintah itu.
Bagi komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM), kategori etnik terbesar di "negeri deposit tetap" BN, pemberontak bersenjata Sulu mudah masuk ke Sabah kerana kebanjiran warga asing telah berlaku berdekad lalu di bawah inisiatif pada tahun 1980an.
Mereka percaya kumpulan militan dari Sulu di selatan Filipina berjaya menyusun serangan kerana ramai simpatisan kumpulan itu dan ahli keluarga sememangnya menetap di negeri Borneo tersebut, disebabkan oleh "Projek IC".
"Ini adalah ibu kepada semua masalah di Sabah. Ia telah lama menjadi ibu kepada segala masalah. Rakyat tahu tentang itu. Semua orang tahu tentang itu," kata pemimpin KDM Denis Gimpah kepada The Malaysian Insider semalam.
"Akan tetapi disebabkan oleh kuasa dan wang, dan survival politik, pendatang ini diterima. Sekarang, kita pelajari dengan jalan susah mengapa ini tidak seharusnya dibenarkan, mengapa ianya seharusnya dihentikan."
Sekumpulan 200 militan bersenjata yang mendakwa diri mereka "tentera Di Raja" Kesultanan Sulu mendarat tanpa sebarang masalah di Lahad Datu pada 9 Febuari untuk menuntut Sabah, melalui 40 minit jalan laut yang tidak dikawal ketat di antara selatan Filipina dan utara Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

Chua Yee Ling: Kita Telah Lama Bersedia Untuk Menjadi Kerajaan Persekutuan Di Putrajaya

Posted: 25 Mar 2013 05:48 PM PDT

MESYUARAT AGUNG BARISAN NASIONAL 2013 - POLITIK WANG

Posted: 25 Mar 2013 05:43 PM PDT

Pantun Anak Muda Kelate - YB Abd Fattah

Posted: 25 Mar 2013 10:17 AM PDT

Anwar Ibrahim: Najib, Kali Ini Rakyat Putus, Kalau Rakyat Kata Tukar, Tukarlah!

Posted: 25 Mar 2013 10:13 AM PDT

AYAT TERBAIK 2013

Posted: 25 Mar 2013 08:48 AM PDT

"SAYA DAH MAAFKAN MEREKA (YANG JATUHKAN SAYA), SAYA MAHU MENANG KERANA DIKASIHI RAKYAT, KEMENANGAN YANG DIBERKATI TANPA PERLU AIBKAN ORANG" - ANWAR IBRAHIM