MIMPI SENJA |
- AG: 'Kami akan buru Jamalul Kiram'
- Artis : Pelakon Siti Fazurina Dinikahkan Kali Kedua
- TERKINI LAHAD DATU [1030 pm - 2503] Seorang Lagi Pengganas ditahan di Tanjung Batu
- ha Najib/orang2 UMNO, cer hampa mai baca tengok ....
- Husam fail semula kes saman terhadap “Papagomo”
- Azzimudie Akan Hadapi Perbicaraan Atas Kesalahan Jenayah – Peguam Negara
- Lahad Datu : 'Ketua perisik' Kiram diburu
- Macam ni pun hampa kata salah Anwar juga ka?
AG: 'Kami akan buru Jamalul Kiram' Posted: 25 Mar 2013 10:13 PM PDT 25 Mac 2013 PUTRAJAYA - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan lebih ramai akan didakwa berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah suspek terbabit atas alasan keselamatan. "Sudah tentu ada lagi yang akan didakwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini, sambil menambah siasatan berhubung kes itu harus dijalankan secara ketat dan teliti kerana pihak berkuasa tidak mahu melakukan pendakwaan terhadap mereka yang tidak bersalah. Mengulas penahanan komander kumpulan pengganas Sulu Datu Amir Bahar Hushin Kiram di Semporna pada Sabtu, Abdul Gani berkata, Jabatan Peguam Negara akan meneliti perkara itu. Beliau juga berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk mengekstradisi pemimpin kumpulan bersenjata pengganas Sulu itu, Jamalul Kiram, kepada kerajaan Filipina. "Ya, saya akan mengemukakan permohonan ekstradisi... sudah tentu kami akan memburu dia... terutama bagi kesalahan dalam kes seperti ini," katanya ketika disoal sama ada kerajaan akan mengemuka permohonan itu terhadap Jamalul Kiram yang memegang kewarganegaraan Malaysia. Abdul Gani juga berkata, lapan suspek yang didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas, bukan rakyat Malaysia. Mengulas dakwaan beberapa nama dalam kertas pertuduhan sebenarnya milik individu yang sudah mati, Abdul Gani berkata jika perkara itu benar, "sudah tentu tertuduh tidak akan menyahut ketika namanya dipanggil semasa mahkamah bersidang." "Sebagai contoh, seorang tertuduh yang bernama Hooland, saya boleh ingat namanya kerana ia agak pelik, dikatakan sudah meninggal dunia namun dia menyahut ketika mahkamah memanggil nama itu," katanya. Abdul Gani berkata beliau juga memohon agar mahkamah tidak merekod pengakuan tertuduh kerana beliau akan mendapatkan nasihat daripada Kedutaan Filipina berhubung bantuan perundangan. Katanya, beliau juga sudah menghubungi Persatuan Undang-Undang Sabah dan Majlis Peguam dalam usaha menyediakan bantuan perundangan kepada tertuduh. "Jika kita ada muslihat, kita boleh ambil sahaja pengakuan mereka. Malah, ketika prosiding mahkamah, seorang daripada mereka berkata dia diupah untuk melakukan perkara itu. Kenyataan itu boleh diambil sebagai pengakuan bersalah dan dia boleh dihukum penjara, namun saya enggan menerima pengakuan itu," katanya. Peguam Negara berkata pendakwaan ingin berlaku adil ketika melaksanakan tugasan mereka. Meskipun di pihak pendakwaan, Abdul Gani berkata, beliau percaya hak tertuduh sebagai seorang individu harus dipelihara. Menyentuh sama ada peguam dari Majlis Peguam Malaya boleh mewakili tertuduh, Abdul Gani berkata, mereka boleh memberi bantuan serta nasihat perundangan selain mendapatkan kemasukan secara ad-hoc ke majlis itu untuk kes tertentu. Beliau berkata bilangan peguam dari Persatuan Undang-Undang Sabah yang mengendali kes jenayah adalah terhad. "Jadi, saya meminta bantuan Majlis Peguam dan mereka (Majlis Peguam dan Persatuan Undang-Undang Sabah) sudah berbincang berkaitan perkara ini," katanya. - Bernama | ||
Artis : Pelakon Siti Fazurina Dinikahkan Kali Kedua Posted: 25 Mar 2013 08:30 PM PDT Pelakon Siti Fazurina Akhirnya Akur Dinikahkan Kali Kedua PETALING JAYA: Pelakon Siti Fazurina akhirnya terpaksa bernikah buat kali kedua selepas Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak. Ibu kepada pelakon itu, Zubaidah Abu Bakar, 61, berkata, akad nikah tersebut telah dijalankan di Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22 selepas kes itu dibicarakan di mahkamah berkenaan pada hari sama. "Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin. Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Hykal, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain. Bagaimanapun menurut ibunya, perkahwinan itu tidak sah kerana Siti Fazurina dipercayai memberikan maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan dia masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi walinya. Dia dilaporkan telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ sehingga memaksa ibunya melaporkan hal tersebut kepada mahkamah berkenaan. Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu walaupun tidak merestui anaknya itu berkahwin semula dengan lelaki berkenaan tetapi dia terpaksa akur kerana tidak mahu anaknya itu hidup bergelumang dengan dosa. "Saya sebenarnya tidak bersetuju dia berkahwin semula dengan lelaki itu tetapi apabila memikirkan tentang soal agama dan masa depannya saya reda tetapi masih tidak merestui hubungan mereka itu. "Tiada seorang ibu pun mahu melihat anaknya hidup dalam maksiat dan tindakan saya ini (melaporkan hal berkenaan kepada mahkamah) semata-mata mahu menegakkan kebenaran," jelasnya. Tambahnya, keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah telah membuktikan segala tohmahan masyarakat terhadapnya sebelum ini ternyata salah. "Ramai mengatakan saya kejam kerana cuba menghalang perkahwinan mereka apabila mendakwa pernikahan mereka tidak sah tetapi keputusan mahkamah telah membuktikan saya tidak menipu," katanya. Menganggap kejadian yang menimpa keluarganya sebagai ujian daripada Allah, Zubaidah memberitahu buat masa ini dia belum terfikir untuk memaafkan perbuatan Fazurina yang membelakangkannya sebagai seorang ibu. "Siapa yang tidak sayangkan anak tetapi jujurnya hati saya sebagai seorang ibu masih terluka. Jika ingin meminta maaf dari awal lagi mereka boleh buat begitu," ujarnya. Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan daripada Fazurina gagal apabila pelakon drama Trilogi Cinta itu tidak menjawab panggilan telefon. | ||
TERKINI LAHAD DATU [1030 pm - 2503] Seorang Lagi Pengganas ditahan di Tanjung Batu Posted: 25 Mar 2013 07:42 AM PDT LAHAD DATU: Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari Isnin. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak GempurKhas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu. Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangandan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasipemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain. Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yangdilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakanterhadap pasukan keselamatan. Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan. Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokaptahanan sementara untuk disoal siasat. Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato' Seri Zulkifli Zainal Abidin ketikadihubungi mengesahkan kejadian itu. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya(VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersamaATM akan diadakan esok. Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42. - BERNAMA | ||
ha Najib/orang2 UMNO, cer hampa mai baca tengok .... Posted: 25 Mar 2013 05:39 AM PDT UMNO Yang Maksum, Najib Yang Mukhlisin Ada pepatah Inggeris bermaksud "orang yang menghuni rumah kaca, jangan melontar batu keluar rumah". Apa makna lainnya? Jika anda tidak begitu baik, jangan cuba bercerita keburukan orang. Sama erti dengan jika perut anda buncit, jangan berceramah tentang penjagaan kesihatan! Juga jika gigi anda kuning berkeladak, jangan jadi jurujual ubat gigi! Itulah yang PM Najib lakukan di Kelantan pada 15/3/2013. Beliau bercakap tentang tujuh dosa besar PAS dan PR. Sejak bila Najib peduli dan prihatin soal dosa dan pahala? Telahan saya mungkin sejak beliau dibawa bersemuka dengan ulama-ulama Mekah tahun lepas. Alhamdulillah, sekalung tahniah kepada mantan pimpinan PAS yang mengusahakan! Semua tuduhan PM Najib khusus yang dimomokkan kepada PAS adalah bertaraf fitnah dan petanda kepada kedangkalan ilmu serta penyakit qulub yang kronik. Contohnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana ada persefahaman politik dengan DAP dan PKR. Jawapan sangat mudah bahkan boleh diberikan oleh pelajar-pelajar sekolah tingkatan dua.. Nanti tentu mengaibkan Najib. Jika PAS berdosa kerana bertahalluf dengan DAP, tidakkah UMNO mempunyai dosa yang lebih besar kerana UMNO bukan sekadar bersepakat dengan MCA tetapi juga dengan MIC, Gerakan, PBS, SUPP, SNAP, PPP dan segala parti non Muslim yang lain. Jangan lupa UMNO ada persefahaman istimewa dengan Parti Komunis China. Tuduhan dosa besar PAS yang lain kerana kerajaan Kelantan 'beri' tanah kepada pemimpin-pemimpin DAP Perak. Lagi senang nak jawab. PAS buka peluang pelaburan syarikat yang dimiliki hampir seratus orang yang termasuk dua orang pemimpin DAP Perak untuk tanam pokok getah di tanah tinggi yang dua syarikat terawal gagal kerana rugi. Dimana dosanya? Bukan anugerah tetapi pelaburan berisiko! Agaknya berpahalakah UMNO kerana menganugerahkan bukit-bukit yang strategik seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi di Pahang kepada tauke-tauke untuk buka kasino. Berpahala besar juga agaknya apabila UMNO dan MCA beli tanah orang-orang kampung dengan harga murah dan buat untung berpuluh kali ganda dalam kes PKFZ. Orang UMNO Pahang sangat arif penglibatan Najib dalam anugerah tanah Pulau Tioman kepada billionaire tauke China. Banyak bertimbunnya pahala pemimpin UMNO. Penulis berkeyakinan Najib sudah membuka 'floodgate' untuk pelbagai pihak menyerang beliau. Jika Najib enggan berdebat dengan alasan kesiankan Anwar Ibrahim takut terdemam, kali ini Najib bukan sahaja terdemam bahkan terburai. Mari kita bertanya kepada Najib dan ustaz-utaz UMNO yang celupar membuat fatwa, undi PAS berdosa, undi UMNO berpahala. Adakah bukan berdosa hal-hal yang direncanakan UMNO dan dipaksakan kepada rakyat khususnya saudara seagama Islam. Lihat senarai berikut: 1. Hina dan perleceh,pertikai kewajaran hukum hudud . 2. Luluskan dan kembangkan industri judi 3. Rasuah-rasuah seperti skandal scorpen,NFC dan PKFZ. 4. Mungkir janji royalti minyak Kelantan bernilai RM10.5 bilion 5. Borong kerakyatan kepada pendatang asing untuk menang mudah dalam pilihanraya 6. Pilih syarikat Yahudi sebagai penasihat berbayar dan upah penulis Yahudi untuk jatuhkan Anwar Ibrahim 7. Rentap bantuan perkapita sekolah-sekolah agama rakyat hinggakan banyak yang tutup berkubur 8. Membiarkan pembunuh Altutuya bebas tanpa membenarkan proses undang-undang berjalan lancar 9. Melakukan pendakwaan terpilih secara berleluasa.Orang UMNO bebas, rakyat marhaen dihukum keras 10. Merelakan syarikat keluarga pemimpin besar UMNO Dr Mahathir beli kilang arak bernilai RM2.9 bilion Senarai sepuluh perkara tersebut masih pendek. Masih banyak lagi yang boleh didedahkan. Penulis belum sentuh isu rampasan kuasa di Perak yang dicaturkan oleh PM Najib. Jangan lupa rampasan kuasa itu melibatkan perangkap pelacur, culik wakil rakyat dan beli wakil rakyat, RASUAH. Apakah itu bukan dosa? Yang pasti kebencian rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO kini sudah mencapai kemuncak. Kenapa?Jawapannya kerana dosa-dosa yang mereka lakukan dan lebih parah tak pula nampak mahu insaf bertaubat.. Apa buktinya? Ramai penganalisa dan ahli akademik percaya PRU 13 sengaja dilambatkan untuk membolihkan manipulasi dan penipuan maksima supaya UMNO/BN terus menang. Maknanya sebahagian besar calon-calon BN yang bakal menang nanti kerana penipuan pilihanraya. Lepas itu nanti jadi wakil rakyat haram, makan elaun haram, jadi menteri haram dan darah daging membiak dengan duit haram. Itulah punca taubat sukar terjadi. Hati keras walaupun perasan suci maksum dan mukhlisin. Akhirnya apakah nilai 'tarbiah' yang ada dalam UMNO apabila "MURSYIDUL AM" UMNO ia itu Dr. Mahathir (Jadi ahli UMNO lebih 60 tahun, jadi presiden 22 tahun), pada usia 86 tahun seronok melabur dalam syarikat arak San Maguel di Filipina? Apa nak jadi pada UMNO...kasihan.~ Dr. Haji Khairuddin | ||
Husam fail semula kes saman terhadap “Papagomo” Posted: 25 Mar 2013 04:57 AM PDT
KOTA BHARU: Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula. Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik. Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang tadi. Beliau pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno yang disapina. Selain itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi saksi kes berkenaan. Menurutnya juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Ekoran itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo. "Gambar-gambar yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien," kata Husam. Bagaimanapun ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua. Berikutan itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan. Katanya, pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru. Husam ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri baru-baru ini. "Lagi pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene. "Malah bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi dalam pengurusan kes sebelum ini," katanya. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat ini. - harakahdaily | ||
Azzimudie Akan Hadapi Perbicaraan Atas Kesalahan Jenayah – Peguam Negara Posted: 25 Mar 2013 03:36 AM PDT PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Azzimudie Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Raja Muda Kesultanan Sulu akan berhadapan dengan perbicaraan di Malaysia kerana mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Februari lepas. "Saya tidak kisah sekiranya (dia) rakyat Malaysia atau tidak... dia melakukan kesalahan dan dia akan didakwa," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Isnin. Azzimudie, yang turut digelar Agbimuddin, dilaporkan telah meninggalkan negara dan pergi bersembunyi sejak 11 Mac apabila pasukan keselamatan Malaysia melancarkan operasi serangan ofensif untuk menyingkirkan 200 anggota pengganas bersenjata Sulu yang diketuainya dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu. Pembangkang kemudiannya mendakwa bahawa terdapat maklumat yang mendakwa Azzimudie pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai daerah di Sabah. | ||
Lahad Datu : 'Ketua perisik' Kiram diburu Posted: 25 Mar 2013 12:57 AM PDT Lahad Datu: Pasukan keselamatan memburu seorang lagi pemimpin kanan kumpulan pengganas berjawatan 'ketua perisik' yang dipercayai masih bersembunyi di Semporna. Suspek berusia 50-an itu adik kepada Jamalul Kiram III dikenali Datu Piah Datu Kiram serta dianggap antara orang paling kanan ketua pengganas, Agbimuddin Kiram. Difahamkan, suspek mempunyai kedudukan setaraf dengan Komander Habib Musa A Abdullah atau Jeneral Haji Musa yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, pada awal Ops Daulat. Sumber memberitahu BH, pasukan keselamatan yakin suspek yang menceroboh negeri ini bersama Agbimuddin serta Jeneral Haji Musa dan pengikut mereka sebelum mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari lalu, masih bersembunyi di Semporna. Katanya, suspek dipercayai antara individu yang menyertai kumpulan pengganas membuat rundingan dengan pasukan keselamatan Februari lalu, namun dia dilaporkan 'hilang' sebaik berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac. Awal pagi kelmarin, pasukan keselamatan menahan anak saudara Agbimuddin merangkap Pemerintah Tentera Sulu ketika bersembunyi dalam paya bersama isterinya di Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna. Suspek bertaraf Menteri Pertahanan itu dianggap individu terpenting mengatur serangan serta pergerakan pengganas ke beberapa lokasi sejak pencerobohan mereka. Selain itu, pasukan keselamatan menahan warga tempatan berusia 40-an dikenali Ali bersama isterinya di Kampung Tungku di sini, malam Jumaat lalu. Mereka dipercayai tali barut utama menyediakan keperluan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo. Tali barut pengganas Difahamkan, Ali anak penduduk Kampung Tanduo, Ahmad Malandi atau Mat Bom yang ditahan pasukan keselamatan pada awal Ops Daulat kerana menjadi tali barut pengganas. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan Pemerintah Tentera Sulu yang ditahan di Semporna adalah Datu Amir Bahar Hushin Kiram. Beliau berkata, suspek dan isterinya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). "Operasi mengesan saki baki pengganas giat dijalankan, namun kami percaya mereka sudah hilang arah. Maklumat penduduk penting bagi mengesan saki baki pengganas. "Dengan ada kerjasama semua pihak, kita percaya saki baki pengganas ini dapat ditumpaskan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di sini, semalam. Sementara itu, semakan BH di laman sosial Facebook menemui seorang pemegang akaun menggunakan nama Datu Amirbahar Hushin Kiram dari Jolo, Filipina, dipercayai individu sama dengan suspek yang ditahan pasukan keselamatan. Berdasarkan maklumat pada akaun terbabit, dia sering memuat naik dan berkongsi laporan insiden pencerobohan Lahad Datu sejak pertengahan bulan lalu. | ||
Macam ni pun hampa kata salah Anwar juga ka? Posted: 25 Mar 2013 12:06 AM PDT Siasat pertemuan Najib & Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram - DSAI(Oleh Sidiqin Omar) KOTA KINABALU 25 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pihak berkuasa menyiasat bukti bergambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Aziz Shamsuddin dengan Esmail Kiram, pimpinan Kesultanan Sulu. "Ada bukti bergambar foto pertemuan dengan Aziz Shamsuddin, Menteri dan bekas Setiausaha politik Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang terlibat dalam projek IC dan juga dengan Datuk Seri Najib. "Patut ada siasatan rapi tentang hubungan mereka dengan pimpinan Umno. Tidak hanya menuding dan tohmah pemimpin pembangkang," kata Anwar pada sidang media bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah di Hoytel Hyatt, hari ini. Media semalam melaporkan pasukan keselamatan mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna pada 23 Mac lalu ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram. Amir Bahar anak kedua Esmail Kiram kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012. Polis semalam melaporkan, lelaki berusia lewat 40-an itu adalah Menteri Pertahanan Sulu yang bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas. Kata Anwar, siasatan perlu dibuat kerana ia berkait dengan insiden keganasan di Lahad Datu dan projek IC yang memberi kesan terhadap keamanan di Sabah. "Kenyataan Pakatan Rakyat jelas. Menyokong pasukan keselamatan. Tetapi kita mengingatkan, isu ini adalah isu nasional dan keselamatan negara dan tidak harus dipolitikkan," katanya. Gambar yang tersebar di internet dan media sosial sejak sebulan lalu menunjukkan pertemuan pemimpin Umno dengan waris Sultan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak pertengahan Februari 2013. Antara pemimpin Umno yang dirakam bersama Esmail Kiram adalah Aziz Shamsuddin, Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Adbullah Ahmad Badawi. – SDQ Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48307 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan