Jumaat, 15 Mac 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Khemah terbang di program Najib ... hahaha dia pun tak lama dah nak terbang sama hehe

Posted: 15 Mar 2013 09:18 AM PDT





Hebatnya Kuasa ALLAH... Mereka Serang Program PR Dengan Baling Batu, Baling Telur, Pukul Orang Dan Buat Huru Hara. Berkat Doa Penyokong Pakatan Rakyat, Di Program Mereka Dihantarkan Ribut & Taufan... Sesungguhnya Kuasa Manusia Tidak Bisa Melampaui Kuasa Allah... Hari Ini Allah Tunjukkan Pada Kita Semua... Allahu Akbar!!!

Ini kali ke3 rasanya program Najib di hadiri ribut sama dengan Najib. -erapasca

p/s Ribut melanda sebaik saja Najib membuat tuduhan kononnya ada 7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat & Umat Islam. Rupa-rupanya langit seperti tidak bersetuju dengan kenyataan Najib itu lalu turunlah ribut menghentam program Najib berkenaan. Kisah ribut yang meghentam program Najib itu tidak disiarkan oleh BERNAMA dan media massa pencacai.







Lahad Datu : 8 Rakyat Asing Naik Bot Laju Ditahan di Sg Bilis - Hamza

Posted: 15 Mar 2013 08:39 AM PDT



LAHAD DATU: Lapan rakyat asing yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan ketika memasuki Sungai Bilis, di sini tengah malam Khamis.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata turut dirampas bersama lelaki berusia 17 dan 29 tahun itu ialah wang tunai berjumlah 369,000 Peso (RM28,000) dan tong kosong.
"Kami kini menyiasat tujuan mereka masuk ke kawasan larangan dan mereka kini ditahan mengikut Akta Imigresen kerana tiada dokumen peribadi. "Jika perlu kami akan tahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Jumaat.
Beliau berkata sehingga 5 petang ini, 97 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala 233 orang ditahan kerana memasuki zon larangan Operasi Daulat.
Pasukan keselamatan juga menembak mati 61 musuh dan 27 daripada mayat pengganas itu telah dibawa keluar dari zon merah.
Hamza berkata Operasi Daulat, yang memasuki hari ke-11, kini bertumpu di Tanjung Batu manakala kawasan di Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk telah dibersihkan.
"Kami percaya pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata dalam tempoh 48 jam sehingga 5 petang ini tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas. -BERNAMA

Lahad Datu: Azimuddie Berjaya Larikan Diri, Tinggalkan Pengikutnya- Panglima Angkatan Tentera


Azzimudie Kiram (kiri) bersama pengikutnya
KOTA KINABALU: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin
Beliau berkata pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.
"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan
"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan dia telah pulang ke tanah airnya," kata Zulkifeli dalam satu sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada lewat petang Jumaat.
Ismail berkata daripada maklumbalas daripada pasukan komander keselamatan di lapangan menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya di sini.

Lahad Datu: Azimuddie Berjaya Larikan Diri, Tinggalkan Pengikutnya- Panglima Angkatan Tentera

Posted: 15 Mar 2013 08:01 AM PDT



Azzimudie Kiram (kiri) bersama pengikutnya
KOTA KINABALU: Ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzimudie Kiram telah berjaya meninggalkan Malaysia dan kembali ke tempat asalnya di selatan Filipina, kata Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd Zin
Beliau berkata pasukan keselamatan membuat kesimpulan tersebut selepas menganalisa maklumat yang diterima daripada sumber risikan.
"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan
"Azzimudie telah meninggalkan pengikutnya dan dia telah pulang ke tanah airnya," kata Zulkifeli dalam satu sidang media bersama dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada lewat petang Jumaat.
Ismail berkata daripada maklumbalas daripada pasukan komander keselamatan di lapangan menunjukkan bahawa Azzumudie tidak lagi bersama-sama dengan pengikutnya di sini.

PI Bala meninggal dunia

Posted: 15 Mar 2013 05:09 AM PDT

NONEPenyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.



Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

"Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital.

Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu. 

Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby.

Mendiang memberikan wawancara terakhirnya kepada Malaysiakinipada Isnin lalu.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU LYNAS - SIAPA KATA ANWAR DAN FUZIAH SALLEH BERCANGGAH?

Posted: 15 Mar 2013 02:20 PM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEBUAH portal menyebut terdapat percanggahan pendirian di antara DS Anwar Ibrahim dengan YB Fuziah Salleh berkaitan isu Lynas di Gebeng.  Apa percanggahannya?  

Disebut DS Anwar Ibrahim akan menerima Operasi Lynas sekiranya terdapat bukti beberapa peraturan telah dipatuhi terutamanya tentang isu keselamatan dan alam sekitar.  YB Fuziah Salleh pula sejak dahulu lagi menyebut PR menentang Kilang Lynas ini bukan bermaksud PR menentang projek pembangunan, tetapi terbukti Lynas gagal membuktikan ianya selamat dan mematuhi beberapa peraturan keselamatan dan alam sekitar yang ditetapkan.  Apa bezanya kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut?

Ertikata lain, sehingga kini Lynas tetap dianggap merbahaya dan dengan itu PR menolak kewujudan Kilang Lynas tersebut.  Komitmen ini diperkuatkan lagi dengan memasukkan pembatalan Operasi Kilang Lynas di Gebeng di dalam Manifesto PR.  Apa yang disebut oleh DS Anwar Ibrahim yang terbaru itu hanyalah mengulangi apa yang beliau sebut dahulu lagi tentang isu Lynas bahkan dijelaskan banyak kali di dalam Parlimen mengapa PR menolak operasi Kilang Lynas tersebut.  Manakala kenyataan YB Fuziah Salleh, MP Kuantan itu pula memperkuatkan hujah bahawa Operasi Kilang Lynas memang patut dihentikan atas kegagalan pihak kerajaan membuktikan beberapa perkara yang pernah diminta oleh PR tentang jaminan keselamatan Kilang tanpa cukai selama 12 tahun ini.

Tiada percanggahan pun sebenarnya, cuma diolah agar menunjukkan PR tidak menolak mentah-mentah Kilang Lynas di Gebeng tanpa alasan yang kukuh.  Buktinya, DS Anwar Ibrahim sendiri bersetuju untuk memasukkan pembatalan Kilang Lynas di Gebeng itu sebagai salah satu Manifesto PR yang baru diumumkan di dalam Konvensyen PR di Shah Alam baru-baru ini.  Maka, janji YB Fuziah Salleh kepada rakyat Kuantan khususnya sejajar dengar Manifesto PR tersebut.  Adakah kenyataan terbaru DS Anwar Ibrahim itu menyokong Kilang Lynas tanpa syarat?  Dan adakah kenyataan beliau juga telah mengubah Manifesto PR?  Jawapannya tidak.  Ertinya, Kilang Lynas sahih akan dihentikan sekiranya PR memerintah Putrajaya.

Portal Pahang Daily itu juga memberikan persoalan apakah rakyat nanti akan menjadi tidak yakin dengan janji PR untuk membatalkan operasi Kilang Lynas dan mungkin akan kembali menyokong Bn?  Jika akal berfikiran betul, mana yang mahu kita pilih samada parti yang sahih dan 'terbukti' kini telah wujudkan Kilang Lynas dengan parti yang belum memerintah tetapi ada prinsip dan dasarnya yang menolak Kilang Lynas?  Sokong Bn, sudah tentu Lynas diteruskan seperti sekarang.  Sokong PR, 'belum tentu' walaupun di dalam Manifestonya terdapat perkara yang menyebut Lynas akan dihentikan.  "Belum tentu' ini subjektif dan boleh difikirkan tetapi yang pasti Bn telah pun mewujudkan kilang Lynas tersebut.  Tentulah akal yang sihat akan memilih parti yang 'belum tentu' tetapi terdapat komitmen di dalam Manifestonya.

Aku tidak pasti pula jika rakyat mahu memilih satu lagi kumpulan yang bergelar "Third Force" yang pastinya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kumpulan ini bukannya bertanding untuk menjadi Kerajaan tetapi sekadar ingin mengambil kesempatan semata-mata.  Jika sekadar mahu menjadi Wakil Rakyat untuk membantah Lynas tetapi tidak berkuasa untuk merealisasikannya, lebih baik pilih PR yang kini bersedia untuk mengambil alih kerajaan, lagi pun selama ini PR yang belum menjadi kerajaan pun sudah komited menentang kewujudan Lynas ini.

 

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


HASAN ALI DAH PANDAI DEMO....

Posted: 15 Mar 2013 12:57 AM PDT

Lepas sembahyang Jumaat tadi. Katanya di Masjid Negara.
Masa dalam PAS, sekalipun mamat ni tak pernah turun berdemo. Masa demo air hantar memorandum kepada Agong dulu, dia buat2 salah jalanlah mende.
 
Begitulah golongan elit dalam PAS ni. TGNA yang tak larat tupun sentiasa turun padang.
 
Satu lagi nak bagitau, satu-satunya hasutan Hasan Ali yang paling berjaya ialah mendatangkan rasa was-was kepada segolongan orang PAS tentang Anwar Ibrahim. Ini yang dia rasa seronok sangat dan bermati-matian nak kaitkan apa saja perkara buruk yang berlaku dalam dunia ini dengan Anwar. Memanglah, selain dari setan yang dikenali, yang mendatangkan rasa was-was kepada manusia biasanya golongan tu jugaklah.
 
Btw, biasa2kanlah berdemo yob...Hehe!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Nelayan resah pendapatan terjejas kerana pengganas

Posted: 15 Mar 2013 08:41 PM PDT

JMR : TMN SERAI PERDANA, BAGAN SERAI PART 2

Posted: 15 Mar 2013 08:38 PM PDT

JMR : TMN SERAI PERDANA, BAGAN SERAI PART 1

Posted: 15 Mar 2013 08:38 PM PDT

Pemimpin pengganas Sulu melarikan diri......

Posted: 15 Mar 2013 08:36 PM PDT

MEH BACA : MEDIA KRONI....TAK BOLEH TUTUP LUBANG DAH...!!!

Posted: 15 Mar 2013 08:08 PM PDT


Kenapa kereta mahal sangat di Malaysia?

Posted: 15 Mar 2013 07:51 PM PDT


GEMPAK ...???? HA..HA..HA....GEMPAK JER.....!!!!!

Posted: 15 Mar 2013 07:04 PM PDT

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (tiga, kanan) bersama Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim (tiga, kiri) menunjukkan risalah-risalah mengenai pembohongan pihak pembangkang pada sidang media Pelancaran Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang (GEMPAK) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto BERNAMA
(TOLONG JAWAP NIE)
( TOLONG JAWAP NIE )
(Tolong Jawap Nie)

3 Perkara Mudah Nie Bleh Jawap Tak...???? Ada Beribu Lagi Nie.....!!!!
 

Kit Siang bertanding di Johor?

Posted: 15 Mar 2013 06:55 PM PDT


Lim Kit Siang SENAI – Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Johor menyambut baik kemungkinan Lim Kit Siang, bertanding di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kerana penyertaan Penasihat DAP itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Johor.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata, pihaknya telah beberapa kali mengundang orang kuat DAP itu bertanding di negeri itu.

"Ini merupakan satu kelebihan kepada PR, khususnya DAP di Johor. Kita akan berusaha habis-habisan untuk merampas pentadbiran negeri ini daripada Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, PR juga sedang menunggu penyertaan pemimpin tinggi daripada PKR bagi mengukuhkan lagi kedudukan PR di Johor.
Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, disebut-sebut sebagai bakal calon di Johor.

"Sekarang kita menunggu pengumuman daripada Kit Siang pula.
Read More / Baca Lagi >>

Pas Putrajaya mahu Husam Musa

Posted: 15 Mar 2013 06:54 PM PDT


Pas Putrajaya mahu Husam Musa
SHAH ALAM  - Pas Kawasan Putrajaya berharap pucuk pimpinan Pusat merestui hasrat mereka mahu Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, bertanding di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Menurut Yang Dipertuanya, Mohamad Nazir Zakaria, peluang untuk Pas menang di Putrajaya agak besar sekiranya Husam diletakkan sebagai calon kerana pada PRU12 lalu calon Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya menang dengan majoriti tipis sahaja.

"Tidak mustahil beliau boleh menang di Putrajaya kerana pada PRU12 lalu Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor tewas tipis kepada Tengku Adnan.

"Namun terpulang kepada Pusat untuk putuskan," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

BN akui sukar untuk menangi Cina, pengundi kali pertama

Posted: 15 Mar 2013 06:53 PM PDT

Wee (tengah) tiba di sebuah perhimpunan membantah kekurangan guru di SJK(C) di Kajang 25 Mac 2012.— Gambar failKUALA LUMPUR, 16 Mac ― Kelemahan kepimpinan bukan Melayu menyebabkan sukar bagi gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi orang muda Cina, memaksa kepimpinan Melayu bekerja lebih keras bagi memenangi demografi yang menjadi kunci utama dalam Pilihan Raya 2013, menurut satu sumber.
Pengundi kali pertama, berjumlah 30 peratus daripada 13.3 juta pengundi, dilihat menjadi kunci utama dengan masyarakat Cina menjadi sebahagian besar daripada golongan atas pagar, menurut tinjauan daripada Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) yang dikeluarkan pada Januari.
"Kepimpinan dari parti komponen tidak melahirkan pemimpin yang bagus seperti Khairy Jamaluddin," kata seorang pemimpin kanan gabungan tersebut kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada ketua pemuda Umno dan BN.
"Kita perlukan pemimpin Cina yang kuat, pemimpin pemuda yang masyarakat Cina boleh jadikan idola. BN sekarang ini sedang mencari pemimpin seperti itu," tambah sumber tersebut.
Pemimpin pemuda BN dari masyarakat Cina adalah ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin.
Read More / Baca Lagi >>

Sultanate Bares Secret Bid To End Sabah Standoff

Posted: 15 Mar 2013 06:39 PM PDT

By: Edd K. Usman
 
MANILA, Philippines --- Outside efforts to end the Sabah standoff have stepped into high gear through a "secret diplomatic effort."
Abraham J. Idjirani, the sultanate's spokesman, revealed this yesterday as he said the head of state of an unnamed Western country started the effort two or three days ago to bring Malaysia and the Sultanate of Sulu to meet in Brunei to find ways to end the standoff that started on Feb. 12 in Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
Idjirani, citing a reliable source, said the Sultanate of Brunei was tapped by the Western country to communicate to the Malaysian government the effort toward a peaceful resolution of the standoff.
He made the announcement after reiterating the sultanate's appeal to Malaysia to produce the 10 arrested members of the Royal Security Force (RSF) so there condition would be known. Idjirani said the Department of Foreign Affairs (DFA) has already sent a "note verbale" to Malaysia concerning the conditions of the RSF members.
"We also would like to make an announcement that a secret diplomatic effort has already been made with a neutral nation and that is now compelling Malaysia to take heed of the that secret diplomatic effort," said Idjirani, also the secretary general of the sultanate.
Idjirani said Brunei was tapped as the venue and the one to facilitate the peacemaking process.
He said Sultan Jamalul Kiram III had already written Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei to seek his help.
Idjirani said it is "they (Brunei) who knows" the Sabah issue.
Read More / Baca Lagi >>

Sabah not yet under control; Malaysian troops search cemetery

Posted: 15 Mar 2013 06:36 PM PDT

By


DIGOS CITY—Despite official claims that the Sabah situation is now under control, Malaysian forces are apparently still worried about the activities of the members of the Sulu "royal army."
A Sabah-based radio station reported on Friday that Malaysian policemen and soldiers had searched a cemetery in Semporna for a cache of firearms suspected to have been hidden there by the Sulu intruders.
The search started before dawn at the center of Halo village before the authorities moved to the cemetery, which lies near the areas of Panji and Bangau, the radio reported.
Semporna police's deputy chief, Mohamad Firdaus Francis Abdullah, had told Malaysian journalists they received information that firearms were hidden in the cemetery.
But the police found no weapons at the cemetery and during a similar search in Simunul village, the radio said.
Aside from the raid, Malaysian security forces in Lahad Datu arrested a man on a motorcycle traveling outside a restricted zone and carrying bladed weapons.
The Malaysian police chief, Inspector General Ismail Omar, told the radio station that the middle-aged man was being investigated for possible links with the Sulu armed men.
Read More / Baca Lagi >>

Lahad Datu – a bizarre crisis

Posted: 15 Mar 2013 05:23 PM PDT

The sultan should seriously get a life and or get a job. How long can he and his band of merry men last if they continue to go around pretending to be royal consorts of an imaginary kingdom?

Apparently, our billion-ringgit jet fighters missed their targets, as mopped-up operations failed to turn in any bodies, while the chief of the militant group, "Prince" Agbimuddin Kiram, has appeared on Philippine national TV live in a telephone interview.
So, there was no total victory as reported and the siege has not ended. The stand-off is turning more bizarre as the Philippine media reported a conspiracy involving the Philippine opposition under former president Gloria Macapagal Arroyo.
Coincidentally, the Malaysian government is also pointing its fingers at the involvement of the opposition here. Representatives of the self-proclaimed Sultan Jamalul Kiram III were alleged to have attended the Umno annual general assembly last year, while some Sabah Umno representatives are alleged to have close ties with the Sulu Sultanate.
So, it is not merely the case of a simple band of 200 opportunistic marauders landing on Sabah's shores with the high hopes of staking a claim on Sabah. Apparently, there is more at stake involving the governments or opposition of both countries.
"Princess" Jacel Karim of the Sulu Sultanate has come up with contradicting statements, adamant that the Malaysian government has agreed in principle to pay compensation to the Sulu Sultanate, a few months before the onset of this conflict. She is also reportedly unhappy with the terrorist label and claims that the intruders are armed with the "truth".
"Sultan" Jamalul Kiram III describes the 200 intruders as the "Royal Sulu Army" – men of honour, disciplined, peace-loving, who have returned to stake their claim on their long-lost homeland. They want to live among Sabahans, share their land with us including the riches and spoils of Sabah.
They also want to install a Sultanate and enforce the Syariah code. Sabahans can also look forward to a Sultanate and become his loyal subjects.
Read More / Baca Lagi >>

Mastermind behind Lahad Datu: BUT ISN'T THAT YOU, DR M?

Posted: 15 Mar 2013 05:22 PM PDT

Former premier Mahathir Mohamad seems to have no qualms publicizing his support for a Royal Commission of Inquiry into who masterminded the Lahad Datu intrusion. Whether he was being facetious, hypocritical or simply trying to redeem some public favor, his call is certainly viewed as being most obnoxious by the majority in Sabah and many in the peninsula.
Why? Well, because if there is a 'mastermind', he would be the ultimate cause for the mess in Sabah now.
Mastermind behind Lahad Datu: BUT ISN'T THAT YOU, DR M?Firstly, while the over-a-month long crisis in Sabah between Malaysian security forces and Filipino militants is starting to die down, most people in the peninsular believe it will drag on to become a protracted and prolonged struggle.
People observing from the peninsular also see the deaths of Malaysian fighters as needless and unnecessary.
It really is a high death toll for the Malaysian security forces and many Malaysians feel this "war" could have been easily averted in the first place if the state and federal government were more vigilant and watchful.
A needless "war" that could have been averted easily
The fact that the Najib administration underestimated the claim of the by now defunct Sulu sultanate shows that Malaysia's intelligence gathering network operates very poorly and the subsequent outbreak of fighting with the armed Sulu intruders has also probably caused Malaysia to be answerable of human rights violations.
This has prompted opposition politicians to claim the crisis was a "sandiwara" (Malay for a show) just being staged and timed in view of the need to call for the 13th general elections while the BN government is vehement and defensive of their actions.
Whatever the reasons, the issue of Malaysian security forces having "mati katak" (died unnecessarily) as PKR leader Tian Chua was accused of saying, needs to be carefully evaluated and despite the rising number of organizations who have come forward to offer compensation and other benefits to the next-of-kin of those Malaysians who have died in the fighting, it will never really compensate adequately as it will not bring them back to life.
But could their deaths have been averted? Can this standoff between the two sides have been settled amicably so as to avoid bloodshed?
Some observers are of the view that the Malaysian side "jumped the gun" with home minister Hishamuddin Tun Hussein Onn being too tough on the intruders.
Read More / Baca Lagi >>

2 beradik berkurung 12 hari sembunyi daripada pengganas

Posted: 15 Mar 2013 05:20 PM PDT


2 beradik berkurung 12 hari sembunyi daripada pengganas
Kassim
2 beradik berkurung 12 hari sembunyi daripada pengganas
Info: 2 beradik berkurung 12 hari sembunyi daripada pengganas
 
LAHAD DATU – "Walau apa pun jadi, saya tak akan tinggalkan adik saya. Dia lumpuh. Saya tak boleh fikir nyawa saya seorang. Saya tekad, biar matipun kami tetap akan bersama."

Itu luahan Kassim Ajirul, 65, apabila berjaya dibawa keluar dari tempat tinggalnya, selepas 12 hari serangan pengganas bersenjata yang mendakwa diri mereka tentera kesultanan Sulu.

Kassim tinggal dengan adiknya, Rasidah Ajirul, 42, yang lumpuh di Kampung Tanjung Batu sejak  setahun lalu. Sejak melihat kelibat pengganas bersenjata berkeliaran di hadapan rumah, nyawa diserah sepenuhnya kepada Yang Maha Pencipta.

"Saya tak berani bergerak. Pengganas bersenjata itu ada di bawah dan sekitar rumah.

"Rumah saya berlantaikan papan. Jika bergerak, pasti berbunyi. Mudah sangat mereka akan kesan kami. Berengsot sedikitpun saya sangat takut," katanya menceritakan detik debar bersembunyi dalam rumah sendiri, kepada Sinar Harian semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Agbimuddin Kiram berjaya lolos, Op Daulat diteruskan

Posted: 15 Mar 2013 05:19 PM PDT

KOTA KINABALU - Operasi Daulat bagi mengesan dan memburu kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akan diteruskan walaupun ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram telah meloloskan diri ke selatan Filipina.

Berdasarkan maklumat dan risikan daripada sumber tertentu, pihak berkuasa keselamatan berpendapat dan yakin Azzumudie telah meninggalkan pengikutnya di kawasan operasi dan melarikan diri ke tempat asalnya di selatan Filipina.

Perkara itu diumumkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Jeneral Zulifeli Mohd Zain dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama di sini, malam tadi.

Mereka berkata maklum balas daripada pasukan keselamatan negara di kawasan operasi di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kawasan sekitarnya menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama dengan pengikutnya di Sabah.

Bagaimanapun, mereka tidak memberi butiran lanjut ketika ditanya bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan yang melancarkan gerakan besar-besaran sejak 12 hari lepas.
Read More / Baca Lagi >>

WHY DEMORALISING OUR POLICE FORCE?

Posted: 15 Mar 2013 04:42 PM PDT


Dear Editor,
I THINK all this while Sabah's security has been taken for granted; this is reading from statement made by the ex-Lahad Datu OCPD (Ex-Lahad Datu OCPD: If only KL had listened Daily Express 15/03/2013) what a revelation! (Kamis Daming)
We cannot blame the police by the sound of it; they have to make do whatever is available. The most important question remained unansweredis why? 
We know the porosity of the area; we know latent conflict about claiming Sabah day and night. Whilst down south was only recently an outburst by Indonesian which even more daring with regard to Ambalat Block. Don't tell me our security intelligence isn't aware about this?
It's the government, the leaders' attitude that contributed to the slack; our political leaders' mind has been too preoccupied of loosing political power. They are more concerned about demonstrationson the streets such as by Bersih.
Read More / Baca Lagi >>

LAHAD DATU COPS’ PLEAS IGNORED

Posted: 15 Mar 2013 04:40 PM PDT


Oleh : ANISAH SHUKRY
INCURSION ....A former Lahad Datu Police Chief says that years of government indifference towards the dire state of security forces in the district paved the way for an armed incursion into Sabah.
PETALING JAYA: Insufficient police personnel, lack of equipment, police vehicles in bad shape — those were the security issues plaguing Lahad Datu for years, said a former Lahad Datu police chief.
Yet, the federal government continued to ignore Lahad Datu police's requests to upgrade security, said Kamis Daming, and this was why the Royal Sulu Army was able to breach Sabah with ease on Feb 9.
"When I was in Lahad Datu five years ago, I often expressed concerns to our superiors about the possibility of intrusion by foreign elements, but our proposals and requests for security beef-up were looked at very lightly," Kamis was quoted as saying by the Daily Express.
Read More / Baca Lagi >>

MESTI TONTON : "LEPAS SOLAT JUMAAT MARI TABUR FITNAH - LAHAD DATU SIAPA PENGKHIANAT"

Posted: 15 Mar 2013 03:52 PM PDT









Bayu perubahan II

Posted: 15 Mar 2013 10:13 AM PDT

7 DOSA : Najib bohong dan tuding jari kepada PR...

Posted: 15 Mar 2013 09:34 AM PDT

Najib berbohong lagi, kali ini di Kuala Krai. Najib turut dilapurkan oleh media penjilat berucap di hadapan 45 ribu penduduk (ya ker? atau 450 orang). Najib kononnya mendakwa keselamatan bukan perkara main main sambil menuding kepada PR(yang dirujuknya sebagai pembangkang pada hal dia tu dah jadi pemandu yang lesennya sudah tamat tempoh). Katanya sepatutnya dalam soal keselamatan kita kena bersatu tak kira bulan ker, roket ker atau mata sebelah ker.
Tapi Najib buat buat tak nampak bendera bulan yang tergantung di rumah keluarga Arwah Ahmad Hurairah yang dengan jelas, orang bulan juga redha dengan pemergian arwah mempertahankan negara. Mempertahankan negara dari perbuatan tidak bertanggungjawab kerajaan UMNO selama hari ini. Hakikat inilah yang menyebabkan PR lantang mengkritik kerajaan UMNO, bukan tidak sokong kehadiran pasukan keselamatan menghalang penceroboh negara.
Pencerobohan yang disebabkan oleh sikap rakus pemimpin kerajaan UMNO selama ini. Tian Chua yang didakwapun tidak pernah menghina pasukan keselamatan, Tian Chua hanya menghina UMNO kerana tidak cekap menguruskan soal keselamatan. Najib cuma benar tentang satu perkara ia itu rakyat berada di belakang pasukan keselamatan tetapi Najib macam tak sedar tentang kesungguhan rakyat supaya anggota keselamatan mesti dijaga bukan hanya menjadikan mereka perisai kerajaan UMNO sahaja!

Ketika Najib meluahkan rasa prihatin yang tidak prihatinnya mengenai sumbangan pasukan keselamatan di Lahad Datu, seorang pembodek setianya dari JATI, Hasang Ali bersorak di depan masjid negara menuduh Anwar sebagai dalang Lahad Datu. Ingat dalang wayang kulit ker? Itulah Najib dalam satu aspek dia mengajak semua rakyat bersatu tetapi di pihak yang lain mahu menyalahkan orang lain atas masalah yang sepatutnya menjadi tanggungjawab penuhnya.

Najiblah yang mempolitikkan isu Lahad datu, bukan pemimpin PR. Najib sepatutnya menjelaskan banyak perkara mengenai keselamatan terutama keraguan yang timbul dari peristiwa Lahad Datu, antara yang paling penting mengenai IC yang dimiliki oleh pendatang Sulu dan terbaru keluhan bekas ketua polis Lahad Datu yang mendakwa kedudukan pasukan polis di Lahad Datu tidak dihiraukan kerajaan selama ini yang membuka jalan yang luas kepada pencerobohan itu.

Najib juga berhutang dengan rakyat mengenai penjelasan dari kenyataan Nur Misuari tentang janji Najib kepada penceroboh itu. Sehingga kini, lapuran media Filipina mengenai perkara ini dihilangkan sebaliknya yang ditimbulkan ialah mengenai penglibatan pihak ketiga dari Malaysia dan dengan lapuran lapuran ini, digerakkan pula satu aktiviti menuduh seperti dilakukan Hasang Ali sebentar tadi serta lakonan samseng NGO membakar bendera dan membaling telur.

Sambil Najib terus berbohong. Najib mungkin akan terus berbohong selagi diberi kesempatan tetapi Najib tak boleh lupa, sampai bila kah Lahad Datu akan berakhir? Najib tak boleh lupa tentang penemuan penemuan oleh anggota keselamatan kita selama mereka berada di Lahad Datu yang boleh dikaitkan dengan ketidakcekapan kerajaan Najib menguruskan keselamatan negara.

Najib boleh terus berbohong, tetapi berita benar terus tiba ke pangkuan rakyat yang membolehkan rakyat menyedari siapa sebenarnya mempolitikkan isu lahad Datu?"

(ALLAH BAYAR TUNAI)

Untuk pencerahan, pembebasan dan perubahan

Posted: 15 Mar 2013 09:14 AM PDT

Oleh Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Dalam sesebuah negara bangsa yang maju dan mempunyai umat bertamadun, generasi muda merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab cukup besar. Jika generasi muda yang dilahirkan lesu, lemah dan tidak bermaya, maka mundurlah bangsanya. Jika segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral menyelaputi diri mereka, nescaya akan lahirlah suatu kelompok yang disebutkan Al-Quran sebagai zurriyatan du'afa (zuriat yang lemah), generasi lesu dan tidak bergagasan.


"Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi) yang lemah." (An- Nisa:9)
Pusingan ketamadunan manusia dan sejarah perjuangan bangsa jelas menunjukkan betapa generasi muda sebenarnya mempunyai kepentingan tertentu yang tidak boleh dikesampingkan. Mereka merupakan cerminan kepada gambaran masa depan sesebuah tamadun.
Mengungkapkan: "Hikmah Asy-SyuyUmar Tilmisani (mursyidul Am III Ikhwanul Muslimin, 1904M-1986M) ukh, fi hamasati As-Syabab."
Read More / Baca Lagi >>

Tarikh luput Parlimen 29 April 2013

Posted: 15 Mar 2013 08:53 AM PDT

Oleh Syed Imran
Banyak orang yang bertanya kenapa Parlimen belum dibubarkan sedangkan tarikh 9 Mac 2013 sudahpun berlalu. Kenapa 9 Mac? Mereka berkata pada tarikh itu usia Parlimen yang ada sekarang cukup lima tahun dan secara automatik Parlimen terbubar. Ini kerana pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.


Tidak betul. Itulah jawabannya.

Parlimen atau Dewan-Dewan Undangan Negeri akan bubar secara automatik bukan berasaskan tarikh pilihan raya tetapi tarikh mesyuarat pertamanya. 
Parlimen yang ada sekarang memulakan mesyuarat pertamanya pada 28 April 2008 hingga 29 Mei 2008 dan bermula pada tarikh itulah hayat lima tahun dikira, bukan bermula dari tarikh pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Ini bermakna jangka hayat Parlimen sekarang berakhir pada 29 April 2013, iaitu tarikh Parlimen terbubar secara automatik. Ada yang berpendapat pada 28 April dan ada pula yang berkata 30 April. Walau apapun, akhir bulan April depan. Itu yang pasti.
Perkara ini jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Fasal (3) Perkara 55 -  Parlimen dibubarkan selepas lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama.
Read More / Baca Lagi >>

Najib dan Mahathir Pensabotaj Utama UMNO Dalam PRU 13?

Posted: 15 Mar 2013 08:51 AM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Siapa sebenarnya pensabotaj UMNO dalam pilihanraya akan datang? Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran banyak pihak. Sementara ada yang berpendapat ia terdiri daripada kalangan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon, lalu merajuk, menutup bilik gerakan dan mengalih sokongan kepada parti lain, ada yang merasakan pensabotaj juga mungkin daripada kalangan ahli yang tidak bersetuju dengan pemilihan seseorang sebagai calon.


Namun daripada kedua-dua golongan itu, sabotaj daripada kalangan pemimpin yang kecewa dan merajuk adalah lebih besar kesannya kepada parti dalam usaha mencari kemenangan dalam pilihanraya nanti.

Najib pula, dalam usaha mahu memenangi pilihanraya, nampaknya amat menyedari kemungkinan unsur sabotaj ini menjadi halangan utama kepadanya untuk mencapai kemenangan. Lantaran itu, selain sering mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO dan komponen BN lainnya agar mengutamakan parti dan kekal setia sama ada terpilih atau tidak sebagai calon, beliau juga meletakkan pemantau di setiap bahagian yang terdiri daripada perwakilan G7 untuk melaporkan tentang sesiapa saja yang didapati menyeleweng daripada perjuangan parti semasa pilihanraya nanti.
Read More / Baca Lagi >>

DAP dan Melayu bukan dua entiti asing

Posted: 15 Mar 2013 08:50 AM PDT


TIDAK ada apa yang sepatutnya lebih membanggakan bagi orang Melayu; selain punya budaya yang halus dan nilai estetik yang tergambar dalam kehidupan seharian, orang Melayu kini boleh berbangga apabila paradigma Melayu sebagai tuan yang dilakar mainan politik sampah ahli politik UMNO-Barisan Nasional (BN) telah tercerah dengan persepsi baru.
Mainan politik sampah bukan sekadar politik duit yang mencalit arang ke atas maruah bangsa, tetapi lebih bahaya daripada itu ialah manipulasi isu kaum dan agama yang sering menjadi modal politik untuk kuasa.
Sudah lumrah BN, daripada politik kuasa, ia tidak akan mampu meninggalkan budaya politik bolot yang menjadikan Malaysia tidak lebih sebagai tempat mengumpul harta buat sebahagian pemimpin korup. Percayalah, budaya politik bolot ini tidak akan hilang melainkan mereka dinobat sebagai oposisi.
Orang Melayu sudah sedar, akidah ketuanan Melayu dalam menilai kekayaan negara melalui kemajmukan masyarakat pelbagai bangsa nampaknya semakin terbuka. Sejarah lalu adalah pengajaran terpenting pembinaan bangsa dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Seluruh rakyat negara ini turut sama menyumbang ke arah pembinaan negara. Cuma, amanah itu sering dinodai 'syaitan yang dikenali'.
DAP bukan untuk Cina
Read More / Baca Lagi >>