Isnin, 18 Februari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


ARTIS: Zip pakaian Lady Gaga terbuka menampakan punggungnya

Posted: 18 Feb 2013 11:36 PM PST


Istana Negara Lama - Dibuka kepada orang ramai

Posted: 18 Feb 2013 06:51 PM PST


Lama itu emas: Dr Mubarak Chan, merupakan anak lelaki paling bongsu bagi mendiang Chan Wing.
BAGI kebanyakan orang, memasuki Istana Negara lama yang dibuka kepada orang awam buat pertama kali pada 1 Februari 2013, akan memberikan satu pengalaman yang mengujakan.
Bagaimanapun, bagi segelintir mereka, ia akan menjadi sebagai satu ziarah seorang sahabat lama.
Bagi Dr Mubarak Chan Chin Cheung, 79, yang mana kehidupannya yang tidak gembar-gemburkan, bermula dengan rumah agam yang sangat cantik yang terletak di atas cerun bukit.
"Saya dilahirkan di sini pada 1934, yang paling muda di antara 22 adik-beradik. Rumah agam ini merupakan kediaman keluarga terutama ia dibina oleh ayah saya yang mahukan seluruh ahli keluarga tinggal di tempat yang sama," katanya.
Rumah agam itu dibina oleh arkitek Swan dan McLaren, yang memiliki firma seni bina yang tertua di Singapura setakat ini dan turut bertanggungjawab terhadap pembinaan di Rumah Bok Jalan Ampang dan Hotel Raffles di Singapura.
Ia mempunyai beberapa bilik tidur, dua perpustakaan, dua bilik permainan kad, dua bilik muzik, sebuah bilik 'altar', sebuah bilik tukang gunting rambut, dua dapur dan sebuah dewan makan yang besar yang boleh memuatkan 10 meja.
Kenangan lama: Kediaman keluarga Chan mempunyai sebuah kolam teratai yang besar di taman kawasan itu.
"Kami juga mempunyai sebuah kolam teratai yang sangat besar di taman dan berdekatan dengannya terdapat rumah sekolah.
"Ia turut juga mempunyai sebuah dusun dengan beberapa pokok buah-buahan," kata Chan sambil menambah bahawa beliau dapat melihat Batu Caves dari tingkap bilik tidurnya.
Hartanah di atas tanah berkeluasan 5.26 hektar itu bertentangan dengan Sungai Klang dan Chan diingatkan acara-acara yang meriah sering diadakan di rumah agam itu.
"Bapa saya biasanya menghiburkan para tetamu dalam satu majlis besar-besaran dengan tarian singa semasa Hari Tahun Baru China. Perabot-perabot istimewa disusunkan dan rumah akan dihias begitu indah," katanya, sambil menambah bahawa mereka sering menjemput kumpulan kontinjen Polis Selangor untuk bermain muzik.
Beliau turut mengenangkan seekor patung harimau yang diawet, dengan panjangnya kira-kira dua meter berada di kedudukan utama di bawah salah satu tangga, yang diletakkan di dalam sebuah kotak kaca.
Haiwan itu telah ditembak di salah sebuah ladang getah di Johor, yang dimiliki oleh bapa beliau, Chan Wing.
Keturunan Chan berasal dari wilayah Guandong di China semasa zaman remajanya bagi mencari peluang yang lebih baik pada 1889.
Berdiri megah: Gambar Istana Negara lama pada 1945, yang menunjukkan bangunan rumah agam dengan balkoni di tingkat dua dan kubah kecil di atas bumbung.
Beliau bertuah apabila Syarikat Hong Fatt Mining yang diasaskan olehnya bersama beberapa yang lain menjadi lombong timah secara terbuka yang terbesar dan terdalam di dunia.
Ia kini menjadi tapak bagi The Mines Resort City.
Ini mendorong kepada beberapa lagi kejayaan usaha beliau termasuk mengasaskan Bank Kwong Yok Kuala Lumpur secara usaha sama.
Chan menjejaki tanah istana pada 1977 bagi menerima pingat Johan Mangku Negara, saat terakhir beliau memanggilnya sebagai kediaman pada 1941, sejurus sebelum keluarganya terpaksa melepaskannya apabila peperangan tercetus di Tanah Melayu.
Keluarganya menyelamatkan diri dengan pelbagai cara, dan akhirnya menyebabkan masing-masing terpisah di seluruh dunia, di mana bapanya dan seorang abang di Perth Australia dan beberapa ahli keluarga yang lain di India.
Semasa ketiadaan mereka, rumah agam itu dirampas dan banyak barang telah hilang.
Akhirnya, ia menjadi kediaman rasmi bagi Gabenor Jepun di Tanah Melayu dari 1942 sehingga 1945 dan, selepas perang berakhir, Pentadbiran Ketenteraan British menggunakannya dari 1946 sehingga 1951 sebagai kuarters bagi para pegawainya bagi pangkat Brigadier ke atas.
Individu di sebalik rumah agam: Mendiang Chan Wing tiba di Tanah Melayu pada zaman remajanya dan mencipta kejayaan dalam bidang perlombongan timah dan perbankan.
"Kemudian dari 1952 sehingga 1956, rumah agam itu disewakan oleh kerajaan negeri Selangor sebanyak 5,000 Straits Dollars dan selepas itu, pada 1957, kediaman kami dijual kepada kerajaan persekutuan dengan 1.4 juta untuk dijadikan sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong," kata Chan.
Salah satu perubahan besar terhadap hartanah itu sejak keluarganya menetap di situ adalah kedudukan pintu masuk utama.
"Pintu masuk sekarang dibuat semasa pendudukan Jepun. Apabila ayah saya membina rumah ini, pintu masuk adalah di mana pintu belakang sekarang. Ia dilihat sebagai 'feng shui' yang lebih baik," katanya.
Sebagai sebuah istana, bangunan itu melalui beberapa pengubahsuaian, termasuk satu perubahan pada 1980 untuk membina Balairong Seri Utama yang digunakan buat pertama kami semasa pelantikan Yang di-Pertuan Agong yang ketujuh.
Chan begitu kesal apabila orang ramai seolah-olah melupakan pembina bagi istana lama itu, dan tiada satu pun jalan yang mengambil bersempena dengan nama pembinanya.
"Malah beliau (pembina) merupakan ahli lembaga pengarah bagi Sekolah Cina Confucian bersama dengan beberapa individu seperti Chan Sow Lin dan Loke Chow Kit," katanya, sambil menambah bahawa pendidikan adalah amat penting untuk Chan Wing dan 15 ahli keluarganya yang belajar di Universiti Cambridge antara 1920 dan sekarang, termasuk dirinya sendiri.

Penceroboh Sulu di Lahad Datu bersetuju untuk pulang

Posted: 18 Feb 2013 07:25 AM PST


Sulu gunmen agree to return home

By RUBEN SARIO 
sario@thestar.com.my

LAHAD DATU: A last ditch attempt by Malaysian police to persuade the Sulu group to leave Sabah appears to be paying off with the armed men indicating their willingness to return home.
However, Sabah Police Commissioner Datuk Hamza Taib said police were rejecting more demands of the so-called Royal Sulu Sultanate Army reportedly headed by Raja Muda Azzimudie Kiram, a descendent of the Sultan of Sulu.
"They have agreed to go back but they want to meet certain personalities. We cannot accede to this,'' he said yesterday, declining to say who the armed men wanted to meet.
He said this after attending a briefing along with Bukit Aman Internal Security and Public Order director Datuk Seri Salleh Mat Rasid at the General Operations Force at the Felda Sahabat land scheme not far from where some 100 armed Filipinos have been holed up at the remote Kampung Tanduo.
It is believed that two representatives of the armed Sulu group met top police officials for about two hours during which they forwarded their latest demands.
Meanwhile, Hamza dismissed talk that some of the armed men had managed to slip past a tight security cordon mounted by Malaysian police and military personnel around the seaside village.
"We know where they are and they are surrounded,'' Hamza said, adding that police were continuing their preparations for the deportation of the group.
He said apart from seeking recognition as Royal Sultanate of Sulu Army, the other main demand of the group was that there would be no deportation of the Suluk community, which had been in Sabah for a long time, as a result of an ongoing Royal Commission of Inquiry on the state's illegal immigrant problem.
"We have told them this was the wrong platform and they will have to go back,'' Hamza added.
Asked about the growing number of Malaysians who have expressed irritation about the situation through various online social network sites, he said: "We have to look at this from various perspectives.

"We are dealing with human beings. They are not militants and they came because of certain demands. If they come here as militants such as the Abu Sayyaf group, our approach would have been different.
"Most of the people from Southern Philippines are also related to the people in Sabah,'' he said.
On Philippines media reports quoting Sultan Jamalul Kiram III as telling his brother, the Raja Muda Azzimudie Kiram, to stay put at Kampung Tanduo, Hamza said "that was his personal opinion".
He noted that while Jamalul Kiram was recognised by the Philippine government as Sultan of Sulu, the people of Sulu in southern Philippines had coronated Jamalul's kin, Ismail Kiram, as their Sultan.

SANTAI : Peritnya penghidupan pasangan suami-isteri kanak2 ini

Posted: 18 Feb 2013 06:13 AM PST



KETIKA kanak-kanak seusianya sedang berseronok bermain dan menelaah pelajaran, dia terpaksa menamatkan zaman itu untuk bergelar isteri. Kini, selepas tiga tahun melayari kehidupan berumah tangga, nasibnya kian parah kerana dibelenggu kemiskinan berpanjangan. Itulah nasib menimpa Krishna, 14, dari sebuah perkampungan di Rajasthan, India. Pada usianya 11 tahun, dia dipaksa berkahwin dengan remaja bernama Kishan Gopal berusia 13 tahun.


Kini, setelah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata kehidupannya menjadi lebih tertekan kerana suaminya diberhentikan kerja akibat masalah ketagihan arak. Krishna berkata, sejak suaminya menjadi kaki botol, dia berasa tidak selamat setiap kali suaminya memegang anak mereka yang kini berusia empat bulan bernama Alok. "Tidak mustahil suatu hari nanti dia sanggup memukul bayi kesayangan saya ini ketika dalam keadaan mabuk," katanya.

Menurutnya, kini suaminya tidak lekang dari memegang botol arak dan merokok bersama rakan-rakannya di hujung kampung. "Saya mahu meninggalkan kampung ini dan berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Kehidupan Alok adalah masa depan saya," katanya.

Mungkinkah kehidupan pasangan ini akan berubah atau bakal mewarisi tradisi ibu bapa mereka yang menjodohkan anak ketika usia kanak-kanak? Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pernah mencatatkan, kira-kira 40 peratus perkahwinan di India bermula pada usia tersebut. - DM



WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


EMPAT BEKAS PEGAWAI TINGGI TENTERA MENAMBAH DERITA UMNO

Posted: 18 Feb 2013 02:57 PM PST

SUATU sejarah, tidak pernah berlaku menjelang PRU, bekas-bekas pegawai tertinggi di dalam tentera turut terlibat di dalam kempen membantu parti politik samada parti Umno/Bn mahu pun pembangkang.  Kali ini mereka semua turun dan tambah memeranjatkan, mereka turun membantu kempen Pakatan Rakyat.

Ini menunjukkan Umno/Bn kini benar-benar terasak ke dinding.  Di setiap penjuru mereka diasak dan sehingga kini terkapai-kapai untuk melawan.  Tenaga tiada lagi pada Umno/Bn, maka mahu tidak mahu, malu tidak malu terpaksa minta simpati jentera kerajaan dan pasukan keselamatan juga media di bawah kawalan mereka. 

Program PR dihalang sedaya upaya dan jika ada program dari PR yang berjaya dilaksanakan itu adalah kerana kita memberanikan diri untuk menentang ketidakadilan mereka.  Paling ketara di kawasan felda di mana sehingga ke tahap mengupah samseng untuk mengganggu dan menyekat program ceramah kita.  Apakah mereka sangka kita akan menyerah kalah?  Mereka silap besar.

Empat bekas Pegawai Tertinggi Tentera dari DARAT, LAUT dan UDARA termasuk dari bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) kini mula menjelajah ke seluruh negara untuk memberitahu warga tentera bahawa mereka mesti menolak Umno/Bn di dalam PRU akan datang. 

PRU ke 13 seperti menanti Hari Raya.  Tidak sabar-sabar rasanya untuk melihat Umno menyembah bumi.  Bak kata Prof Dr Harun Din, Umno ibarat buah yang sudah terlalu busuk di atas pokok, dijolok ia jatuh, tidak dijolok pun akan jatuh ke bumi.  Umno amat mengharap Dr Harun Din keluar dari PAS, malangnya ayat yang disebut oleh Dr Harun Din itu tadi amat mengecewakan Umno.  Terpaksa lah mereka meneruskan penggantungan kepada Hassan Jati, Zul Kulum, Nalla, Umi Haflda, dan sesekali guna mulut Us Nasha untuk menyerang PR.  

Umno benar-benar nazak kini.  

dollah yankee

dollah yankee


Kah..Kah..Kah..Rugi 1 tandan pisang emas

Posted: 18 Feb 2013 03:06 AM PST



dollah yankee -
Siapa lah yang punya kerja ni hah??! Gurkah-gurkah politik hari ini rugi pisang satu tandan sebab bila dengar berita ini Najib resign, mereka langsung bergegas beli pisang emas satu tandan dan telah meletakan nya di Masjid Benggali,Leith Street khusus untuk jemaah-jemaah tabligh. Tau-tau berita ini adalah 'April Fool'. Rugi...Rugi...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


GE13 : Umno, MCA in fight for Wangsa Maju

Posted: 18 Feb 2013 09:06 PM PST

Umno and MCA are still jostling over the Wangsa Maju seat, both claiming they have the right candidate.
PETALING JAYA: Barisan Nasional is in a quandary as to who to select for the Wangsa Maju parliamentary seat. Both MCA and Umno insist that they should be fielding the candidate.
MCA's Yew Teong Look is seeking to regain the seat for BN after he was defeated by PKR-turned-independent Wee Choo Keong with a marginal 150 votes in 2008.
However, standing in his way is Wangsa Maju BN chairman Mohd Shafei Abdullah from Umno, who claims the majority Malay electorate in the area are in favour of a Malay candidate.
Wangsa Maju is a major township made up of 65,078 voters, of which 53% of them are Malays, 38% Chinese and 9% Indian.
In 2008 general election, Wee won the seat under PKR ticket, garnering 19,637 votes. He pulled out from PKR to become a BN-friendly MP in 2010.
Read More / Baca Lagi >>

GE : PR announces common manifesto: The PEOPLE'S MANIFESTO to be unveiled on Monday

Posted: 18 Feb 2013 09:05 PM PST


PR announces common manifesto: The PEOPLE'S MANIFESTO to be unveiled on MondayThe Pakatan Rakyat presidential council has approved the opposition coalition's manifesto, which will be unveiled at the 4th PR Convention due to be held at the Shah Alam Convention Centre next Monday.
Named the People's Manifesto, it will carry as its theme the People's Hopes and centre around 4 main thrusts, the people's solidarity, the people's economy, the people's well-being and the people's government.

PRU13 : 5 tawaran Dokumen Merah AMK untuk anak muda

Posted: 18 Feb 2013 09:04 PM PST

amkKUALA LUMPUR 19 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bakal melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau 'Dokumen Merah' yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda sempena PRU 13.
Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Tarikh pelancaran akan dimaklumkan kemudian.
Senarai lima tawaran tersebut seperti berikut:
1. Pemerdayaan Pendidikan
- Pendidikan percuma ke universiti
- Mansuh hutang PTPTN 500,000 anak muda
- RM500 sebulan pada mahasiswa & keluarga pendapatan bawah RM3,000
- Mansuh Auku & autonomi universiti
- Penubuhan universiti & peluang kerjaya
2. Kualiti Hidup
- Caruman Takaful Anak Muda Malaysia untuk 6.5 juta anak muda
- Tabung Masa Depan Anak Muda
- Elaun RM500 dari Tabung Perberhentian Kerja untuk tempoh tertentu
- Program 'Teksi Motor Pelancongan' untuk anak muda menganggur
3. Kesaksamaan Politik & Demokrasi
- Pendaftaran pengundi automatik mereka berumur 18 tahun
4. Perumahan Strategik
- Perumahan Anak Muda Malaysia bagi rakyat berumur 21-35 tahun
- Rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah
- 3-4 perumahan setiap negeri untuk anak muda pendapatan kurang RM2,000 & RM4,000 (berkeluarga)
- Dasar memiliki rumah sebelum usia 40 tahun
5. Merakyatkan Kebudayaan & Sukan
- Menubuh Yayasan Budaya & Sukan Anak Muda Malaysia

PRU13 : SPRM digesa siasat premis awam jadi bilik gerakan BN

Posted: 18 Feb 2013 09:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memantau kesemua 7,531 bilik gerakan pusat daerah mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berdasarkan percanggahan penggunaan premis awam seperti dewan orang ramai atau balai raya.
Koordinatornya, Salman Saleh berkata, umum mengetahui beberapa dewan orang ramai atau balai raya kini penuh dengan bendera BN, malah telah dijadikan PDM bagi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Sedangkan ianya bercanggah dengan Peraturan Baru SPR yang melarang semua premis awam digunakan bagi tujuan tertentu sahaja. Dan pihak kami juga merasakan kekesalan terhadap penggunaan dewan orang ramai atau balai raya untuk tujuan politik," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, kata beliau pihaknya juga berharap pihak keselamatan melakukan pencegahan terhadap penyalahgunaan premis awam bagi tujuan politik dan berharap SPRM turut membuka kertas siasatan terhadap penyalahgunaan premis awam tersebut.

"Ianya jelas suatu unsur salah urus tadbir ke atas premis awam yang sepatutnya untuk kegunaan umum dan bukannya atas tujuan politik," katanya.

Pengusiran Xenophon bukti BN ‘takut’ kebebasan demokrasi, kata akhbar Australia

Posted: 18 Feb 2013 08:58 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Feb — Pengusiran senator Australia Nick Xenophon minggu lalu menunjukkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "takut" dengan rakyat Malaysia yang akhirnya mencapai kematangan untuk mencapai kebebasan demokrasi, kata akhbar Sydney Morning Herald hari ini.
Pengarah akhbar antarabangsa Peter Hartcher berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), walaupun memerintah lebih setengah abad, tetapi masih belum membawa negara ke arah demokrasi matang, dan takutkan pilihan raya bersih dan adil yang akan mengugat mereka memegang kuasa.
Beliau mengatakan peranan Xenophon sebagai pemerhati antarabangsa sistem pilihan raya Malaysia dan berkempen untuk pilihan raya adil, menyebabkan senator bebas itu diusir dari negara Sabtu lalu.
"Puncanya kerana beliau adalah pemerhati antarabangsa berkempen untuk pilihan raya adil dan bersih," kata Hartcher dalam komentarnya hari ini.
"Ini bukan ancaman keselamatan kepada Malaysia, tetapi ancaman ke atas parti yang memegang kuasa," katanya, dan mengulangi kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim: "Dalam pilihan raya adil dan bersih, saya pasti kita akan menang."
Xenophon secara terbuka mengkritik kerajaan BN kerana cara mereka mengawal perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada April melalui kumpulan Bersih 2.0, berkata menurut pemerhatiannya, beliau melihat polis menggunakan kuasa melampau untuk menamatkan apa yang dikatakan protes aman.

Sultan Sulu Darul Islam Tuntut Hak Atas Sabah..

Posted: 18 Feb 2013 08:33 PM PST


WALAUPUN kumpulan penceroboh di Lahat Datu Sabah yang digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat, tetapi berita dari Manila, dilaporkan sebaliknya. Mereka dikatakan tidak akan meninggalkan dan menuntut kembali kawasan itu sebagai wilayah nenek moyang mereka.

Pada Ahad lalu, Sultan Jamalul Kiram mengakui, pengikut-pengikutnya kira-kira 400 orang, termasuk 20 lelaki bersenjata sudah yang sudah dikepung, menegaskan kepada pemberita di Manila,

"Mengapa kita perlu meninggalkan rumah kita sendiri? Malah, mereka (rakyat Malaysia) patut membayar sewa (kepada kita),"
"Pengikut kami akan tinggal di (bandar Sabah) Lahad Datu. Tiada siapa yang akan dihantar (balik) ke Filipina. Sabah adalah rumah kami!" katanya. (lihat   
Siapa Yg Misteri Ingin Ditemui Askar Diraja Sulu?)

Pernah pula diberitakan.. (lihat Blog Kesultanan Sulu)
 
Jolo Sulu, Darul Islam, 11 Okt. 2012; Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober baru-baru ini berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. Majlis diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu 
  • pada malam pertama acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif, 
  • hari kedua pada 30hb diadakan perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo. 
  • Kemudian pada 31hb iaitu pada hari ketiganya diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya dalam Rumah Bichara.
Para tetamu luar turut hadir antaranya tetamu dari Malaysia, Filipina dan Arab Saudi. 
Read More / Baca Lagi >>

Berita dari Kem Tentera yang cuba digelapkan oleh media tunggangan UMNO

Posted: 18 Feb 2013 08:31 PM PST

Lumut - Ketika harta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan sewenang-wenangnya untuk mengkayakan kroni, seorang isteri anggota maut akibat kerosakan lif di dalam kem mereka.

Isteri seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 38 tahun itu dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi setelah koma dua hari.

Mangsa meninggalkan seorang anak yang berusia lima tahun dan mangsa juga dilaporkan sedang mengandung tujuh bulan.

Beliau koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima.

Isteri malang itu koma sejak itu dan dimasukkan ke Hospital Manjung sebelum meninggal tengah malam tadi.

 - Mangsa (suri rumah separuh masa) dilaporkan kritikal disebabkan lif putus dari tingkat 5 sekitar pukul 3 petang (hari Khamis)Read More / Baca Lagi >>

K’jaan tak serius atasi aliran wang haram sebab pemimpin BN terlibat

Posted: 18 Feb 2013 08:30 PM PST

RafiziKUALA LUMPUR 19 FEB: Laporan Institut Kewangan Global (GFI) relevan untuk menjelaskan kepada rakyat situasi sebenar ekonomi Malaysia hasil pentadbiran Umno BN, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), maklumat penting seperti ini mesti disampaikan kepada rakyat untuk mereka mengambil tindakan betul ketika mengundi calon Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
"Umno BN kelihatan tidak berminat menyelesaikan masalah ini kerana terdapat pimpinan Umno BN secara langsung terlibat dengan jenayah ini seperti membawa wang rasuah ke luar negara," katanya kepada Keadilan Daily.
Rafizi berkata, GFI pernah meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010.
Read More / Baca Lagi >>

Fahami Wasatiyyah sebenar

Posted: 18 Feb 2013 08:28 PM PST

Abdul Mu'izz bin Muhammad,
Kita kerap kali mendengar istilah wasatiyyah yang diterjemahkan secara bahasa sebagai sederhana dan moderat tidak melampau. Konsep tersebut amat menarik perhatian ramai betapa indah ajaran yang dibawa oleh Islam. Hal ini kerana konsep sederhana merupakan ajakan yang amat memikat manusia secara fitrah supaya bersama dengan Islam. Cuma, yang berlaku ialah kita hanya pandai memetik istilah tersebut kemudian menghuraikannya dengan akal mentah semata-mata. Akhirnya mesej sederhana acuan wahyu gagal difahami oleh kita semua.

"Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam), sebagai umat pertengahan. Agar kamu menjadi saksi ke atas manusia yang lain dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu." (Surah al-Baqarah : ayat 142)


Makna Wasatiyyah

Wasatiyyah dari sudut bahasa diertikan sebagai sederhana, tidak melampau dan moderat. Al-Imam Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menyenaraikan beberapa makna sebenar yang terkandung di dalam konsep wasatiyyah.

Umat Yang Adil

Diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri rekod Imam Bukhari dan Imam Ahmad, maksudnya:
"Sesungguhnya Nabi SAW telah mentafsirkan wasatiyyah dengan keadilan." (Riwayat al-Bukhari)

Fitrah manusia sememangnya tertarik dengan ajakan keadilan kerana ia tuntutan universal. Sama ada non muslim atau atheis, semuanya mengaku ingin menegakkan keadilan. Cuma resipi untuk berlaku adil hanya diajar oleh Islam melalui petikan ayat al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah memerintah (kamu agar) berlaku adil dan ihsan..." (Surah al-Nahl : ayat 90)

Manakala Nabi SAW telah menerangkan ehsan, maksudnya:
Read More / Baca Lagi >>

That horror called Muhyiddin

Posted: 18 Feb 2013 08:19 PM PST

If Najib Tun Razak fails to secure a two-thirds majority in the coming polls, Muhyiddin Yassin may become the next prime minister. To many, this is an unnerving prospect.

Spring cleaning one's room is similar to embarking on a treasure hunt, unearthing precious items lurking under the bed or in the dark corners of a closet. During one such recent endeavour, I stumbled upon two books, and sandwiched between them, was the mangled remains of a cockroach.
It is not certain if an unfortunate accident had befallen the cockroach in a case of being at the wrong place at the wrong time or if the poor creature was the victim of a cold-blooded murder.
As for the two books enveloped in a blanket of dust, one was Niccolo Machiavelli's The Prince. It is a political treatise penned centuries ago but still relevant. It speaks of tyrannical statecraft and reminded me of Dr Mahathir Mohamad.
The second book was Paolo Coelho's The Alchemist, which narrates the travails of a shepherd in search of his personal legend. This reminded me of Anwar Ibrahim.
Trapped in the middle, the squished cockroach bore a striking resemblance to Najib Tun Razak.
There are times when I feel a tinge of fleeting sorrow for the prime minister. But such moments are few and far in between. He desired the position. It was not thrust upon him. Therefore he must accept the consequences it entails.
The prime minister appears to be the opposite of King Midas, since all that he touches turns into horse manure whereas his wife, like the Greek mythological ruler, is rumoured to possess an insatiable appetite to turn all that she touches into gold. But like Medusa, she turns them into stone instead.
Najib is gasping for breath under the crushing weight of being the prime minister of a nation, whose electorate is now wiser, being the president of Umno, whose members are refusing to transform and being the husband of Rosmah Mansor, an alleged connoisseur of the dark arts.
Adding a few more pounds to his burden is the civil service, replete with racist Little Napoleons adamant on derailing the prime minister's transformation freight train. .
The Mahathir curse
Read More / Baca Lagi >>

Noh ahli politik paling berpengaruh di media baru

Posted: 18 Feb 2013 08:18 PM PST



Noh ahli politik paling berpengaruh di media baru SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjadi ahli politik paling berpengaruh dalam carta 50 ahli politik yang dikeluarkan Akademi Transformasi Media.

Noh berada di tempat pertama sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di tempat kedua dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat ketiga.

Difahamkan, kiraan ini berdasarkan sistem Klout iaitu menggunakan tool spider search untuk mencari ahli politik tempatan yang mempunyai kiraan yang tinggi dalam penggunaan media sosial di internet.

Di tempat keempat Naib Presiden PKR, Tian Chua; diikuti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (5); Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (6), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (7); Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan (8); Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (9) dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (10).

PRU13 : PKR, DAP sentiasa bersama PAS

Posted: 18 Feb 2013 08:15 PM PST



Teresa Kok - Shuhaimi Shafiei SHAH ALAM – Kenyataan Pas akan keluar Pakatan Rakyat (PR) jika kerjasama merugikan parti itu menjawab segala propaganda Barisan Nasional (BN) kononnya PR tidak meletakkan perlembagaan sebagai perjuangan utama.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan itu akan menutup mulut pimpinan Umno dan BN yang sering memfitnah kononnya PR tidak menjaga perkara tersebut.

Menurutnya, beliau yakin PR akan kekal dan tidak berlaku seperti mana harapan yang diletakkan oleh BN supaya Pas keluar PR ataupun mana-mana satu parti keluar PR.

Beliau berkata, PKR juga lebih mengenali kebaikan orang Pas, niat dan perjuangan mereka di sebalik tohmahan yang dilemparkan itu kepada parti itu oleh BN.

"Kefahaman kami dalam PR, jauh lebih baik dan kami bersama menjaga hak yang termaktub dalam perlembagaan serta perkara yang sudah diputuskan dalam Buku Jingga," katanya.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula mengakui sememangnya tidak pernah berlaku percanggahan yang merosakkan hubungan antara Pas, DAP dan PKR di Selangor.

Malah katanya, peluang bergabung dalam PR memberi kelebihan kepada mereka berdamping dengan kaum Melayu dan umat Islam lebih erat lagi.

"Sejak pemerintah PR di Selangor lima tahun lalu, kerjasama ketiga-tiga parti baik.

"Kalau dahulu DAP jarang berpeluang mendekati orang Melayu dan masuk kampung merayakan perayaan dan program orang Islam. Tetapi selepas bersama, ada banyak peluang untuk bersama mereka tanpa ada jurang," katanya.

R disabotaj lagi, billboard disimbah cat merah

Posted: 18 Feb 2013 08:14 PM PST

 
KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) terus berdepan tindakan khianat pihak yang tidak senang terhadap perjuangan mereka.

Terbaru, billboard R yang dipasang di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa disimbah cat merah.

Menurut aktivis R, kejadian itu disedari kira-kira jam sembilan pagi semalam.

"Kami sudah buat laporan polis selepas itu juga dan minta pihak polis siasat segeralah.

"Apa salah billboard itu sedangkan duit untuk cetak billboard ini kami kumpul dari rakyat yang memperjuangkan royalti untuk Kelantan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Billboard bertulis 'Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami' itu mula dipasang Januari lalu sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan lawatan ke negeri itu.

Awal Januari lalu, dua kereta milik Presiden R, Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah.
Read More / Baca Lagi >>

Umum BR1M RM1,000, Muhyiddin cuba rampas tugas Najib

Posted: 18 Feb 2013 08:12 PM PST

AmirKUALA LUMPUR 19 FEB: Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan kepada RM1,000 jika Umno BN memerintah lepas PRU 13 menunjukkan Timbalan Presiden Umno itu cuba mengambilalih portfolio Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal kapasiti Muhyiddin mengumumkan bantuan tersebut baru-baru ini.
"Muhyiddin pegang portfolio Kementerian Pelajaran, langsung tiada kaitan dengan pemberian BR1M, kenapa dia sibuk umumkan?" katanya.
Beliau berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri itu usaha mengukuhkan sokongan dalam Umno BN terhadap dirinya.
"Saya nampak Umno BN juga makin terdesak menarik sokongan menjelang PRU 13 yang nampaknya kurang berpihak kepada mereka.
Najib Muhyiddin"Sekarang Muhyiddin berlagak seolah-olah dia Perdana Menteri ketika Najib berhadapan pelbagai isu menjejaskan reputasinya," kata Amiruddin kepada .
Keadilan Daily.
Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak itu berkata, pada dasarnya, BR1M tidak menyelesaikan masalah harian rakyat yang terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi.
Katanya, ini berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat menumpu untuk selesaikan masalah asas rakyat.
"Pakatan berjaya buktikan kemampuan mentadbir di Selangor tanpa menjejaskan kebajikan rakyat terbanyak seperti bekalan air percuma dan peruntukan skim untuk pelbagai lapisan umur.
"Selepas Pakatan menguasai Putrajaya, perkara utama yang akan dibuat ialah mengurangkan minyak yang menjadi punca kenaikan harga barang keperluan lain.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah: Raja Nong Chik sindir pemimpin sendiri

Posted: 18 Feb 2013 08:05 PM PST



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, Riduan Mohd Nor berkata, ingatan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berhubung menabur fitnah sebenarnya wajar ditujukan kepada jentera dan pemimpin partinya sendiri.

Ini, ujarnya kerana semua ingatan yang disampaikannya dilakukan oleh pemimpin dan ahli partinya sendiri.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu yang telah mewasiatkan supaya masyarakat di Wilayah Persekutuan supaya berwaspada dengan mereka yang suka memecah belahkan masyarakat dengan menabur fitnah serta janji kosong.

Beliau berkata, jika budaya menabur fitnah dianggap sebagai elemen perpecahan dalam masyarakat, sebaiknya Datuk Raja Nong Chik menoleh kepada media milik kerajaan BN sendiri iaitu Utusan Malaysia.

"Hampir setiap bulan akhbar ini serta media utama milik kerajaan BN yang lain disaman di mahkamah dan hampir kesemuanya media ini kalah di mahkamah," katanya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

MB S’ngor umum esok langkah lanjut ambilalih industri air

Posted: 18 Feb 2013 08:03 PM PST

Grafik-Air-SelangorKUALA LUMPUR 19 FEB: Selangor akan umum langkah seterusnya yang akan diambil setelah tempoh tawaran 14 hari pengambilalihan industri air tamat semalam.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengumuman tentang langkah-langkah tersebut akan dibuat selepas mesyuarat exco esok.
"Kerajaan Negeri sudah buat tawaran mengenai perkara ini.
"Kelulusan akan dibuat dalam mesyuarat exco sebelum diumumkan kepada pihak awam," katanya dipetik MediaSelangorku pada sidang media selepas majlis pecah tanah Kolam Tadahan Banjir di Taman Sentosa, di Klang.
Dua minggu lepas, kerajaan negeri menghantar surat tawaran harga untuk mengambilalih empat syarikat konsensi yang mengurus perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di bawah sesuatu perjanjian pada 2004, perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diswastakan dan diuruskan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abass).
Ketiga-tiga syarikat di atas mengurus loji rawatan air manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dipertanggungjawabkan untuk mengurus pengedaran air terawat.
Bagaimanapun, penerimaan tawaran tertakluk kepada kata putus Kerajaan Persekutuan.
Minggu lepas, kerajaan negeri berkata, permohonan semakan kehakiman akan dibuat sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama dengan meluluskan pengambilalihan tersebut.
Khalid berkata, jika tawaran harga kepada empat syarikat konsensi ditolak, pihaknya akan membawa perkara itu ke badan timbang tara antarabangsa.

Noh Omar Mana Pergi Duit Projek Hospital Baru Kuala Selangor?

Posted: 18 Feb 2013 08:02 PM PST

hospital tanjong karang demo 01
SHAH ALAM, 19 FEB: Pengumuman MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar bahawa kawasannya akan mendapat hospital baru mengundang persoalan tentang projek hospital yang terbengkalai di Kuala Selangor 13 tahun lalu.
Ini kerana projek hospital di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor sepatutnya menjadi hospital kedua untuk penduduk-penduduk kawasan Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
Pada Jan 4, Selangorkini melaporkan bahawa projek hospital Kuala Selangor itu hanya tinggal papan tanda yang bertulis "Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor" yang terpacak di ladang kelapa sawit.
Penyelaras Dun Permatang, Yahya Saari berkata Noh tidak menjelaskan bagaimana peruntukan untuk projek hospital Kuala Selangor itu dibelanjakan.
Menurutnya, pengumuman Noh itu seumpama janji ulangan kepada penduduk.
"Kemanakah peruntukan sebelum ini disalurkan sehingga mengakibatkan rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan hospital baru?
"Sedangkan rancangan pembinaannya diumumkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998.
"Kalau sehingga pilihan raya kali ini (PRU-13), ianya sudah menjadi PRU yang keempat atau kelima.
"Ianya bukan janji baru. Yang kita persoalkan kemana perginya bajet dahulu disalurkan," katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Dalam laporan media sebelum ini Noh menyatakan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan "projek hospital baru" yang akan dibina di sebuah tapak seluas 60 ekar di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor.
Di dalam laporan Selangorkini Jan 4, projek hospital itu diluluskan di dalam Rancangan Malaysia ke-8 pada 1998.

It's a cow. No, it's a cockroach. No, it's a chicken - the Nong Chik dare-not-to-debate Nurul broiler!

Posted: 18 Feb 2013 08:01 PM PST

All over Lembah Pantai, posters of a rodent-like creature have appeared. Nose twitching, it insists on wishing you a Happy New Year, or a Happy FT Day or whatever the occasion is. Recently it was all over town in person, attempting to ingratiate itself with the Chinese residents of Lembah Pantai, by handing out oranges to all and sundry. Closer examination reveals the creature to be none other than the inept FT Minister, Raja Nong Chik.
It's a cow. No, it's a cockroach. No, it's a chicken - the Nong Chik dare-not-to-debate Nurul broiler!Nong Chik appears to have got it into his head that he can beat the incumbent MP for Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, at the next elections. To this end he has gone around painting various neglected buildings. The neglect in the first place, of course, was of BN's doing.
Nong Chik also appears to have acquired a small army of thuggish Mat Rempits, who, bankrolled by their generous patron, and suitably high on various drugs, go around town disrupting opposition ceramahs. Their modus operandi appears to be to shout, to rev their bikes, to throw stones at the general public and occasionally to stab someone.
The police, of course, as is their wont, would just stand around, uselessly watching. Only in Bangsar on Saturday did policeman block them from entering the ceramah area. Else the well-heeled, Starbucks-frequenting Bangsar residents would have got an unexpected taste of political violence, BN-style.
Return the loot, and we'll spare you jail - Anwar tells Dr M
This last ceramah in Bangsar on Saturday, attended by Nurul Izzah, Anwar Ibrahim and Ambiga amongst others appeared to indicate a change of mood among both protagonists and supporters of Pakatan Rakyat.
The man they all wanted to hear was, naturally, Anwar Ibrahim, and he delivered, offering to let Mahathir off the hook if he would return the money he stole, among other things.
Yet it was Nurul Izzah who delivered a stunning speech earlier. Gone was the debutant of 5 years ago speaking in sing-song college debate voice. What we saw was a charismatic, tough-as-nails campaigner delivering a scathing attack on the Barisan Nasional.
More, she is clearly future prime-ministerial material. Nong Chik himself came in for particular fire from Nurul. With withering contempt Nong Chik was told to be "a man" and face her directly in debate.
Brown rat on amphetamines!
Read More / Baca Lagi >>

Kah Kiat now in PKR camp?

Posted: 18 Feb 2013 07:58 PM PST

If rumours are any indication, the end is near for Liberal Democratic Party – Sabah BN's local Chinese arm.

KOTA KINABALU: The Sabah political grapevine is abuzz with rumours that former Sabah chief minister and ex-Liberal Democratic Party (LDP) president Chong Kah Kiat has joined PKR.
Word is that Chong, along with two other eminent former state Barisan Nasional assemblymen, joined opposition PKR in a secret meeting with PKR supremo Anwar Ibrahim who was here last week.
Chong, who was once a federal minister, was also the former assemblyman for Tanjung Kapur.
The other two are Yapin Gimpoton who once held Kadamaian and Ahmadshah Tambakau, a former Bingkor representative. Ahmadshah, a ex-federal deputy minister, was also once Keningau MP.
According to insiders who claimed knowledge, all three met Anwar at a hotel here during his visit to Sabah on the eve of the Chinese New Year.
The sources claimed they handed in their application forms to Anwar at the meeting and that an announcement on it was being planned by the party's headquarters possibly to coincide with the impending dissolution of Parliament that could be as early as Feb 22.
Efforts to reach Sabah PKR officials for confirmation were futile while texts sent to PKR leaders were ignored.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Jika parlimen dibubarkan pada 22 Feb

Posted: 18 Feb 2013 07:56 PM PST

KUALA LUMPUR: Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan.

Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar menjadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya?




Ulasan seterusnya seperti di bawah.

Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.



Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia dapat markah ‘D’ rasuah beli senjata api – Lt Jen (B) Ghafir

Posted: 18 Feb 2013 07:48 PM PST

IMG_8136KUALA LUMPUR 19 FEB: Transparency International (TI), sebuah badan bebas penilai antarabangsa meletakkan Malaysia di kedudukan 'D' pada skala rasuah pembelian senjata api, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.
"Kategori A – negara itu tiada risiko rasuah. Kalau 'F' negara itu paling banyak korupsi dalam proses pembelian senjata.
"Negara kita dikategori sebagai 'D' bersama Rwanda, Tanzania dan China. Malu kita," kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu pada 16 Februari lalu.
TI yang berpangkalan di United Kingdom baru-baru ini menyiarkan senarai negara yang terlibat dengan rasuah dalam proses pembelian senjata.
Laporan Government Defence Anti Corruption Index itu melakukan kajian antara Julai 2011 hingga November 2012, dengan mengkaji kementerian pertahanan melibatkan 82 negara.
Australia dan Jerman di tangga teratas dengan penarafan 'A' manakala Korea Selatan dan Taiwan tertinggi di kalangan negara Asia dengan memperoleh 'B' sementara Jepun 'C'.
Dalam kalangan negara Asean, Singapura dan Thailand menduduki tangga teratas.
Malaysia mendapat markah terendah dari sudut kewangan dan operasi dengan hanya memperoleh 25 peratus dan 10 peratus untuk jumlah mata 100 peratus dalam kajian itu.
"Kita tahu banyak peruntukan dari wang rakyat dan perbelanjaan Kementerian Pertahanan hilang dan hanya menguntungkan segolongan kecil.
"Sudah masanya kita bertindak dan memilih kerajaan yang amanah dan menumbangkan kerajaan korup ini," kata Ghafir.

Anwar beri bayangan lebih ramai bekas jeneral sertai Pakatan

Posted: 18 Feb 2013 07:46 PM PST

fda187b279e111e2bad822000a9f3047_7PETALING JAYA 19 FEB: Selain empat bekas jeneral yang mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera lain akan mengikut jejak mereka.
Berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelana Jaya di sini, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat tetapi berkata mereka akan berbuat demikian tidak lama lagi.
"Bayangkan, empat bekas jeneral sokong kita. Empat-empat sekaligus umum (sokong Pakatan). Saudara lihat nanti, hari-hari berikut (ada) berita-berita baik lagi," katanya.
Pada 16 Februari lalu, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi).
Read More / Baca Lagi >>

Juanda: Malaysia perlukan landskap politik baru

Posted: 18 Feb 2013 07:46 PM PST



Juanda Jaya SHAH ALAM - Malaysia perlukan landskap politik baru yang lebih bertanggungjawab akibat taraf pendidikan meningkat dan rakyat semakin matang dan memilih.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, seseorang pemimpin perlu memahami aspirasi politik semasa kerana yang majoriti besar pengundi adalah terdiri daripada golongan muda.

Menurutnya, ahli politik perlu berubah dan lebih bertanggungjawab jika mahu kekal relevan.

"Satu pandangan penting daripada seseorang pemimpin muda yang memahami aspirasi politik semasa yang majoriti besarnya adalah pengundi muda.

"Semua maklum Malaysia sedang mengalami transformasi besar-besaran dalam semua perkara terutama politik, sosial dan agama," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menegaskan ulama bebas untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan.

GM13: Mahasiswa Mahu Serah Surat Pelawaan Bertanding 1 lawan 1

Posted: 18 Feb 2013 07:41 PM PST

Kuala Lumpur - Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) hari ini mahu menyerahkan surat pelawaan bertanding  satu lawan satu kepada  DS Najib dan mengadakan bantahan terhadap kekerasan dan sikap samseng ahli UMNO di dalam Parlimen Pekan semasa kempen mahasiswa di Pekan baru-baru ini.
 
DS Najib hari ini sepatutnya dijadualkan untuk menyerahkan Baucer Buku 1 Malaysia kepada Mahasiswa Di Universiti Malaya tetapi tidak hadir majlis tersebut yang sepatutnya berjalan jam 11pagi tadi.

Syis Abdul Kadir Selaku Pengerusi GM13 menantikan kehadiran DS Najib untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada  DS Najib untuk memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Pekan baru-baru ini.

Setelah menunggu selama sejam DS Najib  tidak hadir seperti yang di uar-uarkan di dalam laman sesawang namun Syis sempat memberikan penjelasan  kepada pihak media yang hadir .


KPT Arah Seminar Politik Dan Pilihan Raya Dibatalkan - Bukhairy

Posted: 18 Feb 2013 07:38 PM PST

Kuala Lumpur - Program Seminar Politik Dan Pilihan Raya anjuran University Of Malaya Centre Of Democracy And Election (UMCDELL) didakwa terpaksa dibatalkan akibat mendapat tekanan dari pihak atasan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) Mohamed Bukhairy Suffian.
 
Beliau berkata "Program seminar politik anjuran UMCEDEL yang menjemputi tokoh tokoh politik dari parti A dan B esok, dikhabarkan terpaksa dibatalkan akibat tekanan pihak atasan yang mempunyai autoriti dan politik".
 
"Adakah ini kebebasan dan autonomi yang diberikan kepada universiti ? Politik di universiti berdasarkan politik nilai dan idea."
 
"Tidak cukup mengongkong mahasiswa,pensyarah juga turut dikongkong. Inilah yang mahasiswa tentang selama ini." 
 
"Universiti tidak bebas. Semua dicatur oleh atasan atas kepentingan politik," katanya lagi.
 
Seminar Politik Dan Pilihan Raya menjemput beberapa pimpinan parti politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam satu forum bertajuk kecemerlangan 'Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat ?' serta pembentangan dari beberapa ahli akademik dan editor media massa.