RAKYAT MARHAEN |
- GE13 : Umno, MCA in fight for Wangsa Maju
- GE : PR announces common manifesto: The PEOPLE'S MANIFESTO to be unveiled on Monday
- PRU13 : 5 tawaran Dokumen Merah AMK untuk anak muda
- PRU13 : SPRM digesa siasat premis awam jadi bilik gerakan BN
- Pengusiran Xenophon bukti BN ‘takut’ kebebasan demokrasi, kata akhbar Australia
- Sultan Sulu Darul Islam Tuntut Hak Atas Sabah..
- Berita dari Kem Tentera yang cuba digelapkan oleh media tunggangan UMNO
- K’jaan tak serius atasi aliran wang haram sebab pemimpin BN terlibat
- Fahami Wasatiyyah sebenar
- That horror called Muhyiddin
- Noh ahli politik paling berpengaruh di media baru
- PRU13 : PKR, DAP sentiasa bersama PAS
- R disabotaj lagi, billboard disimbah cat merah
- Umum BR1M RM1,000, Muhyiddin cuba rampas tugas Najib
- Fitnah: Raja Nong Chik sindir pemimpin sendiri
- MB S’ngor umum esok langkah lanjut ambilalih industri air
- Noh Omar Mana Pergi Duit Projek Hospital Baru Kuala Selangor?
- It's a cow. No, it's a cockroach. No, it's a chicken - the Nong Chik dare-not-to-debate Nurul broiler!
- Kah Kiat now in PKR camp?
- PRU13 : Jika parlimen dibubarkan pada 22 Feb
- Malaysia dapat markah ‘D’ rasuah beli senjata api – Lt Jen (B) Ghafir
- Anwar beri bayangan lebih ramai bekas jeneral sertai Pakatan
- Juanda: Malaysia perlukan landskap politik baru
- GM13: Mahasiswa Mahu Serah Surat Pelawaan Bertanding 1 lawan 1
- KPT Arah Seminar Politik Dan Pilihan Raya Dibatalkan - Bukhairy
GE13 : Umno, MCA in fight for Wangsa Maju Posted: 18 Feb 2013 09:06 PM PST Umno and MCA are still jostling over the Wangsa Maju seat, both claiming they have the right candidate. PETALING JAYA: Barisan Nasional is in a quandary as to who to select for the Wangsa Maju parliamentary seat. Both MCA and Umno insist that they should be fielding the candidate.MCA's Yew Teong Look is seeking to regain the seat for BN after he was defeated by PKR-turned-independent Wee Choo Keong with a marginal 150 votes in 2008. However, standing in his way is Wangsa Maju BN chairman Mohd Shafei Abdullah from Umno, who claims the majority Malay electorate in the area are in favour of a Malay candidate. Wangsa Maju is a major township made up of 65,078 voters, of which 53% of them are Malays, 38% Chinese and 9% Indian. In 2008 general election, Wee won the seat under PKR ticket, garnering 19,637 votes. He pulled out from PKR to become a BN-friendly MP in 2010. Read More / Baca Lagi >> | ||
GE : PR announces common manifesto: The PEOPLE'S MANIFESTO to be unveiled on Monday Posted: 18 Feb 2013 09:05 PM PST The Pakatan Rakyat presidential council has approved the opposition coalition's manifesto, which will be unveiled at the 4th PR Convention due to be held at the Shah Alam Convention Centre next Monday. Named the People's Manifesto, it will carry as its theme the People's Hopes and centre around 4 main thrusts, the people's solidarity, the people's economy, the people's well-being and the people's government. | ||
PRU13 : 5 tawaran Dokumen Merah AMK untuk anak muda Posted: 18 Feb 2013 09:04 PM PST KUALA LUMPUR 19 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) bakal melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau 'Dokumen Merah' yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda sempena PRU 13. Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin. Tarikh pelancaran akan dimaklumkan kemudian. Senarai lima tawaran tersebut seperti berikut: 1. Pemerdayaan Pendidikan - Pendidikan percuma ke universiti - Mansuh hutang PTPTN 500,000 anak muda - RM500 sebulan pada mahasiswa & keluarga pendapatan bawah RM3,000 - Mansuh Auku & autonomi universiti - Penubuhan universiti & peluang kerjaya 2. Kualiti Hidup - Caruman Takaful Anak Muda Malaysia untuk 6.5 juta anak muda - Tabung Masa Depan Anak Muda - Elaun RM500 dari Tabung Perberhentian Kerja untuk tempoh tertentu - Program 'Teksi Motor Pelancongan' untuk anak muda menganggur 3. Kesaksamaan Politik & Demokrasi - Pendaftaran pengundi automatik mereka berumur 18 tahun 4. Perumahan Strategik - Perumahan Anak Muda Malaysia bagi rakyat berumur 21-35 tahun - Rumah mampu milik berharga RM200,000 ke bawah - 3-4 perumahan setiap negeri untuk anak muda pendapatan kurang RM2,000 & RM4,000 (berkeluarga) - Dasar memiliki rumah sebelum usia 40 tahun 5. Merakyatkan Kebudayaan & Sukan - Menubuh Yayasan Budaya & Sukan Anak Muda Malaysia | ||
PRU13 : SPRM digesa siasat premis awam jadi bilik gerakan BN Posted: 18 Feb 2013 09:00 PM PST KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memantau kesemua 7,531 bilik gerakan pusat daerah mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berdasarkan percanggahan penggunaan premis awam seperti dewan orang ramai atau balai raya. Koordinatornya, Salman Saleh berkata, umum mengetahui beberapa dewan orang ramai atau balai raya kini penuh dengan bendera BN, malah telah dijadikan PDM bagi BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. "Sedangkan ianya bercanggah dengan Peraturan Baru SPR yang melarang semua premis awam digunakan bagi tujuan tertentu sahaja. Dan pihak kami juga merasakan kekesalan terhadap penggunaan dewan orang ramai atau balai raya untuk tujuan politik," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Sehubungan itu, kata beliau pihaknya juga berharap pihak keselamatan melakukan pencegahan terhadap penyalahgunaan premis awam bagi tujuan politik dan berharap SPRM turut membuka kertas siasatan terhadap penyalahgunaan premis awam tersebut. "Ianya jelas suatu unsur salah urus tadbir ke atas premis awam yang sepatutnya untuk kegunaan umum dan bukannya atas tujuan politik," katanya. | ||
Pengusiran Xenophon bukti BN ‘takut’ kebebasan demokrasi, kata akhbar Australia Posted: 18 Feb 2013 08:58 PM PST KUALA LUMPUR, 19 Feb — Pengusiran senator Australia Nick Xenophon minggu lalu menunjukkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "takut" dengan rakyat Malaysia yang akhirnya mencapai kematangan untuk mencapai kebebasan demokrasi, kata akhbar Sydney Morning Herald hari ini. Pengarah akhbar antarabangsa Peter Hartcher berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), walaupun memerintah lebih setengah abad, tetapi masih belum membawa negara ke arah demokrasi matang, dan takutkan pilihan raya bersih dan adil yang akan mengugat mereka memegang kuasa. Beliau mengatakan peranan Xenophon sebagai pemerhati antarabangsa sistem pilihan raya Malaysia dan berkempen untuk pilihan raya adil, menyebabkan senator bebas itu diusir dari negara Sabtu lalu. "Puncanya kerana beliau adalah pemerhati antarabangsa berkempen untuk pilihan raya adil dan bersih," kata Hartcher dalam komentarnya hari ini. "Ini bukan ancaman keselamatan kepada Malaysia, tetapi ancaman ke atas parti yang memegang kuasa," katanya, dan mengulangi kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim: "Dalam pilihan raya adil dan bersih, saya pasti kita akan menang." Xenophon secara terbuka mengkritik kerajaan BN kerana cara mereka mengawal perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada April melalui kumpulan Bersih 2.0, berkata menurut pemerhatiannya, beliau melihat polis menggunakan kuasa melampau untuk menamatkan apa yang dikatakan protes aman. | ||
Sultan Sulu Darul Islam Tuntut Hak Atas Sabah.. Posted: 18 Feb 2013 08:33 PM PST WALAUPUN kumpulan penceroboh di Lahat Datu Sabah yang digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat, tetapi berita dari Manila, dilaporkan sebaliknya. Mereka dikatakan tidak akan meninggalkan dan menuntut kembali kawasan itu sebagai wilayah nenek moyang mereka. Pada Ahad lalu, Sultan Jamalul Kiram mengakui, pengikut-pengikutnya kira-kira 400 orang, termasuk 20 lelaki bersenjata sudah yang sudah dikepung, menegaskan kepada pemberita di Manila, "Mengapa kita perlu meninggalkan rumah kita sendiri? Malah, mereka (rakyat Malaysia) patut membayar sewa (kepada kita)," "Pengikut kami akan tinggal di (bandar Sabah) Lahad Datu. Tiada siapa yang akan dihantar (balik) ke Filipina. Sabah adalah rumah kami!" katanya. (lihat Siapa Yg Misteri Ingin Ditemui Askar Diraja Sulu?) Pernah pula diberitakan.. (lihat Blog Kesultanan Sulu) Jolo Sulu, Darul Islam, 11 Okt. 2012; Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober baru-baru ini berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. Majlis diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu
| ||
Berita dari Kem Tentera yang cuba digelapkan oleh media tunggangan UMNO Posted: 18 Feb 2013 08:31 PM PST Lumut - Ketika harta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan sewenang-wenangnya untuk mengkayakan kroni, seorang isteri anggota maut akibat kerosakan lif di dalam kem mereka. Isteri seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 38 tahun itu dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi setelah koma dua hari. Mangsa meninggalkan seorang anak yang berusia lima tahun dan mangsa juga dilaporkan sedang mengandung tujuh bulan. Beliau koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima. Isteri malang itu koma sejak itu dan dimasukkan ke Hospital Manjung sebelum meninggal tengah malam tadi. - Mangsa (suri rumah separuh masa) dilaporkan kritikal disebabkan lif putus dari tingkat 5 sekitar pukul 3 petang (hari Khamis)Read More / Baca Lagi >> | ||
K’jaan tak serius atasi aliran wang haram sebab pemimpin BN terlibat Posted: 18 Feb 2013 08:30 PM PST KUALA LUMPUR 19 FEB: Laporan Institut Kewangan Global (GFI) relevan untuk menjelaskan kepada rakyat situasi sebenar ekonomi Malaysia hasil pentadbiran Umno BN, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Katanya, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), maklumat penting seperti ini mesti disampaikan kepada rakyat untuk mereka mengambil tindakan betul ketika mengundi calon Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). "Umno BN kelihatan tidak berminat menyelesaikan masalah ini kerana terdapat pimpinan Umno BN secara langsung terlibat dengan jenayah ini seperti membawa wang rasuah ke luar negara," katanya kepada Keadilan Daily. Rafizi berkata, GFI pernah meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram (illicit financial flows) di kalangan negara-negara membangun di seluruh dunia bagi tahun 2010. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 18 Feb 2013 08:28 PM PST
Kita kerap kali mendengar istilah wasatiyyah yang diterjemahkan secara bahasa sebagai sederhana dan moderat tidak melampau. Konsep tersebut amat menarik perhatian ramai betapa indah ajaran yang dibawa oleh Islam. Hal ini kerana konsep sederhana merupakan ajakan yang amat memikat manusia secara fitrah supaya bersama dengan Islam. Cuma, yang berlaku ialah kita hanya pandai memetik istilah tersebut kemudian menghuraikannya dengan akal mentah semata-mata. Akhirnya mesej sederhana acuan wahyu gagal difahami oleh kita semua. Read More / Baca Lagi >>"Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam), sebagai umat pertengahan. Agar kamu menjadi saksi ke atas manusia yang lain dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu." (Surah al-Baqarah : ayat 142) Makna Wasatiyyah Wasatiyyah dari sudut bahasa diertikan sebagai sederhana, tidak melampau dan moderat. Al-Imam Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menyenaraikan beberapa makna sebenar yang terkandung di dalam konsep wasatiyyah. Umat Yang Adil Diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri rekod Imam Bukhari dan Imam Ahmad, maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW telah mentafsirkan wasatiyyah dengan keadilan." (Riwayat al-Bukhari) Fitrah manusia sememangnya tertarik dengan ajakan keadilan kerana ia tuntutan universal. Sama ada non muslim atau atheis, semuanya mengaku ingin menegakkan keadilan. Cuma resipi untuk berlaku adil hanya diajar oleh Islam melalui petikan ayat al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah memerintah (kamu agar) berlaku adil dan ihsan..." (Surah al-Nahl : ayat 90) Manakala Nabi SAW telah menerangkan ehsan, maksudnya: | ||
Posted: 18 Feb 2013 08:19 PM PST If Najib Tun Razak fails to secure a two-thirds majority in the coming polls, Muhyiddin Yassin may become the next prime minister. To many, this is an unnerving prospect. It is not certain if an unfortunate accident had befallen the cockroach in a case of being at the wrong place at the wrong time or if the poor creature was the victim of a cold-blooded murder. As for the two books enveloped in a blanket of dust, one was Niccolo Machiavelli's The Prince. It is a political treatise penned centuries ago but still relevant. It speaks of tyrannical statecraft and reminded me of Dr Mahathir Mohamad. The second book was Paolo Coelho's The Alchemist, which narrates the travails of a shepherd in search of his personal legend. This reminded me of Anwar Ibrahim. Trapped in the middle, the squished cockroach bore a striking resemblance to Najib Tun Razak. There are times when I feel a tinge of fleeting sorrow for the prime minister. But such moments are few and far in between. He desired the position. It was not thrust upon him. Therefore he must accept the consequences it entails. The prime minister appears to be the opposite of King Midas, since all that he touches turns into horse manure whereas his wife, like the Greek mythological ruler, is rumoured to possess an insatiable appetite to turn all that she touches into gold. But like Medusa, she turns them into stone instead. Najib is gasping for breath under the crushing weight of being the prime minister of a nation, whose electorate is now wiser, being the president of Umno, whose members are refusing to transform and being the husband of Rosmah Mansor, an alleged connoisseur of the dark arts. Adding a few more pounds to his burden is the civil service, replete with racist Little Napoleons adamant on derailing the prime minister's transformation freight train. . The Mahathir curse Read More / Baca Lagi >> | ||
Noh ahli politik paling berpengaruh di media baru Posted: 18 Feb 2013 08:18 PM PST Noh berada di tempat pertama sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di tempat kedua dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat ketiga. Difahamkan, kiraan ini berdasarkan sistem Klout iaitu menggunakan tool spider search untuk mencari ahli politik tempatan yang mempunyai kiraan yang tinggi dalam penggunaan media sosial di internet. Di tempat keempat Naib Presiden PKR, Tian Chua; diikuti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (5); Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (6), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (7); Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan (8); Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (9) dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (10). | ||
PRU13 : PKR, DAP sentiasa bersama PAS Posted: 18 Feb 2013 08:15 PM PST Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kenyataan itu akan menutup mulut pimpinan Umno dan BN yang sering memfitnah kononnya PR tidak menjaga perkara tersebut. Menurutnya, beliau yakin PR akan kekal dan tidak berlaku seperti mana harapan yang diletakkan oleh BN supaya Pas keluar PR ataupun mana-mana satu parti keluar PR. Beliau berkata, PKR juga lebih mengenali kebaikan orang Pas, niat dan perjuangan mereka di sebalik tohmahan yang dilemparkan itu kepada parti itu oleh BN. "Kefahaman kami dalam PR, jauh lebih baik dan kami bersama menjaga hak yang termaktub dalam perlembagaan serta perkara yang sudah diputuskan dalam Buku Jingga," katanya. Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok pula mengakui sememangnya tidak pernah berlaku percanggahan yang merosakkan hubungan antara Pas, DAP dan PKR di Selangor. Malah katanya, peluang bergabung dalam PR memberi kelebihan kepada mereka berdamping dengan kaum Melayu dan umat Islam lebih erat lagi. "Sejak pemerintah PR di Selangor lima tahun lalu, kerjasama ketiga-tiga parti baik. "Kalau dahulu DAP jarang berpeluang mendekati orang Melayu dan masuk kampung merayakan perayaan dan program orang Islam. Tetapi selepas bersama, ada banyak peluang untuk bersama mereka tanpa ada jurang," katanya. | ||
R disabotaj lagi, billboard disimbah cat merah Posted: 18 Feb 2013 08:14 PM PST Terbaru, billboard R yang dipasang di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa disimbah cat merah. Menurut aktivis R, kejadian itu disedari kira-kira jam sembilan pagi semalam. "Kami sudah buat laporan polis selepas itu juga dan minta pihak polis siasat segeralah. "Apa salah billboard itu sedangkan duit untuk cetak billboard ini kami kumpul dari rakyat yang memperjuangkan royalti untuk Kelantan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Billboard bertulis 'Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami' itu mula dipasang Januari lalu sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan lawatan ke negeri itu. Awal Januari lalu, dua kereta milik Presiden R, Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah. Read More / Baca Lagi >> | ||
Umum BR1M RM1,000, Muhyiddin cuba rampas tugas Najib Posted: 18 Feb 2013 08:12 PM PST KUALA LUMPUR 19 FEB: Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan kepada RM1,000 jika Umno BN memerintah lepas PRU 13 menunjukkan Timbalan Presiden Umno itu cuba mengambilalih portfolio Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal kapasiti Muhyiddin mengumumkan bantuan tersebut baru-baru ini. "Muhyiddin pegang portfolio Kementerian Pelajaran, langsung tiada kaitan dengan pemberian BR1M, kenapa dia sibuk umumkan?" katanya. Beliau berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri itu usaha mengukuhkan sokongan dalam Umno BN terhadap dirinya. "Saya nampak Umno BN juga makin terdesak menarik sokongan menjelang PRU 13 yang nampaknya kurang berpihak kepada mereka. "Sekarang Muhyiddin berlagak seolah-olah dia Perdana Menteri ketika Najib berhadapan pelbagai isu menjejaskan reputasinya," kata Amiruddin kepada . Keadilan Daily. Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak itu berkata, pada dasarnya, BR1M tidak menyelesaikan masalah harian rakyat yang terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi. Katanya, ini berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat menumpu untuk selesaikan masalah asas rakyat. "Pakatan berjaya buktikan kemampuan mentadbir di Selangor tanpa menjejaskan kebajikan rakyat terbanyak seperti bekalan air percuma dan peruntukan skim untuk pelbagai lapisan umur. "Selepas Pakatan menguasai Putrajaya, perkara utama yang akan dibuat ialah mengurangkan minyak yang menjadi punca kenaikan harga barang keperluan lain. Read More / Baca Lagi >> | ||
Fitnah: Raja Nong Chik sindir pemimpin sendiri Posted: 18 Feb 2013 08:05 PM PST KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, Riduan Mohd Nor berkata, ingatan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berhubung menabur fitnah sebenarnya wajar ditujukan kepada jentera dan pemimpin partinya sendiri. Ini, ujarnya kerana semua ingatan yang disampaikannya dilakukan oleh pemimpin dan ahli partinya sendiri. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu yang telah mewasiatkan supaya masyarakat di Wilayah Persekutuan supaya berwaspada dengan mereka yang suka memecah belahkan masyarakat dengan menabur fitnah serta janji kosong. Beliau berkata, jika budaya menabur fitnah dianggap sebagai elemen perpecahan dalam masyarakat, sebaiknya Datuk Raja Nong Chik menoleh kepada media milik kerajaan BN sendiri iaitu Utusan Malaysia. "Hampir setiap bulan akhbar ini serta media utama milik kerajaan BN yang lain disaman di mahkamah dan hampir kesemuanya media ini kalah di mahkamah," katanya kepada Harakahdaily. | ||
MB S’ngor umum esok langkah lanjut ambilalih industri air Posted: 18 Feb 2013 08:03 PM PST KUALA LUMPUR 19 FEB: Selangor akan umum langkah seterusnya yang akan diambil setelah tempoh tawaran 14 hari pengambilalihan industri air tamat semalam. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengumuman tentang langkah-langkah tersebut akan dibuat selepas mesyuarat exco esok. "Kerajaan Negeri sudah buat tawaran mengenai perkara ini. "Kelulusan akan dibuat dalam mesyuarat exco sebelum diumumkan kepada pihak awam," katanya dipetik MediaSelangorku pada sidang media selepas majlis pecah tanah Kolam Tadahan Banjir di Taman Sentosa, di Klang. Dua minggu lepas, kerajaan negeri menghantar surat tawaran harga untuk mengambilalih empat syarikat konsensi yang mengurus perkhidmatan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Di bawah sesuatu perjanjian pada 2004, perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diswastakan dan diuruskan oleh Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abass). Ketiga-tiga syarikat di atas mengurus loji rawatan air manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dipertanggungjawabkan untuk mengurus pengedaran air terawat. Bagaimanapun, penerimaan tawaran tertakluk kepada kata putus Kerajaan Persekutuan. Minggu lepas, kerajaan negeri berkata, permohonan semakan kehakiman akan dibuat sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama dengan meluluskan pengambilalihan tersebut. Khalid berkata, jika tawaran harga kepada empat syarikat konsensi ditolak, pihaknya akan membawa perkara itu ke badan timbang tara antarabangsa. | ||
Noh Omar Mana Pergi Duit Projek Hospital Baru Kuala Selangor? Posted: 18 Feb 2013 08:02 PM PST SHAH ALAM, 19 FEB: Pengumuman MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar bahawa kawasannya akan mendapat hospital baru mengundang persoalan tentang projek hospital yang terbengkalai di Kuala Selangor 13 tahun lalu. Ini kerana projek hospital di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor sepatutnya menjadi hospital kedua untuk penduduk-penduduk kawasan Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Pada Jan 4, Selangorkini melaporkan bahawa projek hospital Kuala Selangor itu hanya tinggal papan tanda yang bertulis "Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor" yang terpacak di ladang kelapa sawit. Penyelaras Dun Permatang, Yahya Saari berkata Noh tidak menjelaskan bagaimana peruntukan untuk projek hospital Kuala Selangor itu dibelanjakan. Menurutnya, pengumuman Noh itu seumpama janji ulangan kepada penduduk. "Kemanakah peruntukan sebelum ini disalurkan sehingga mengakibatkan rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan hospital baru? "Sedangkan rancangan pembinaannya diumumkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998. "Kalau sehingga pilihan raya kali ini (PRU-13), ianya sudah menjadi PRU yang keempat atau kelima. "Ianya bukan janji baru. Yang kita persoalkan kemana perginya bajet dahulu disalurkan," katanya ketika dihubungi TVSelangor. Dalam laporan media sebelum ini Noh menyatakan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan "projek hospital baru" yang akan dibina di sebuah tapak seluas 60 ekar di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor. Di dalam laporan Selangorkini Jan 4, projek hospital itu diluluskan di dalam Rancangan Malaysia ke-8 pada 1998. | ||
Posted: 18 Feb 2013 08:01 PM PST All over Lembah Pantai, posters of a rodent-like creature have appeared. Nose twitching, it insists on wishing you a Happy New Year, or a Happy FT Day or whatever the occasion is. Recently it was all over town in person, attempting to ingratiate itself with the Chinese residents of Lembah Pantai, by handing out oranges to all and sundry. Closer examination reveals the creature to be none other than the inept FT Minister, Raja Nong Chik. Read More / Baca Lagi >>Nong Chik appears to have got it into his head that he can beat the incumbent MP for Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, at the next elections. To this end he has gone around painting various neglected buildings. The neglect in the first place, of course, was of BN's doing. Nong Chik also appears to have acquired a small army of thuggish Mat Rempits, who, bankrolled by their generous patron, and suitably high on various drugs, go around town disrupting opposition ceramahs. Their modus operandi appears to be to shout, to rev their bikes, to throw stones at the general public and occasionally to stab someone. The police, of course, as is their wont, would just stand around, uselessly watching. Only in Bangsar on Saturday did policeman block them from entering the ceramah area. Else the well-heeled, Starbucks-frequenting Bangsar residents would have got an unexpected taste of political violence, BN-style. Return the loot, and we'll spare you jail - Anwar tells Dr M This last ceramah in Bangsar on Saturday, attended by Nurul Izzah, Anwar Ibrahim and Ambiga amongst others appeared to indicate a change of mood among both protagonists and supporters of Pakatan Rakyat. The man they all wanted to hear was, naturally, Anwar Ibrahim, and he delivered, offering to let Mahathir off the hook if he would return the money he stole, among other things. Yet it was Nurul Izzah who delivered a stunning speech earlier. Gone was the debutant of 5 years ago speaking in sing-song college debate voice. What we saw was a charismatic, tough-as-nails campaigner delivering a scathing attack on the Barisan Nasional. More, she is clearly future prime-ministerial material. Nong Chik himself came in for particular fire from Nurul. With withering contempt Nong Chik was told to be "a man" and face her directly in debate. Brown rat on amphetamines! | ||
Posted: 18 Feb 2013 07:58 PM PST If rumours are any indication, the end is near for Liberal Democratic Party – Sabah BN's local Chinese arm. Word is that Chong, along with two other eminent former state Barisan Nasional assemblymen, joined opposition PKR in a secret meeting with PKR supremo Anwar Ibrahim who was here last week. Chong, who was once a federal minister, was also the former assemblyman for Tanjung Kapur. The other two are Yapin Gimpoton who once held Kadamaian and Ahmadshah Tambakau, a former Bingkor representative. Ahmadshah, a ex-federal deputy minister, was also once Keningau MP. According to insiders who claimed knowledge, all three met Anwar at a hotel here during his visit to Sabah on the eve of the Chinese New Year. The sources claimed they handed in their application forms to Anwar at the meeting and that an announcement on it was being planned by the party's headquarters possibly to coincide with the impending dissolution of Parliament that could be as early as Feb 22. Efforts to reach Sabah PKR officials for confirmation were futile while texts sent to PKR leaders were ignored. Read More / Baca Lagi >> | ||
PRU13 : Jika parlimen dibubarkan pada 22 Feb Posted: 18 Feb 2013 07:56 PM PST KUALA LUMPUR: Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan. Read More / Baca Lagi >>Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar menjadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya? Ulasan seterusnya seperti di bawah. Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri. Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya. | ||
Malaysia dapat markah ‘D’ rasuah beli senjata api – Lt Jen (B) Ghafir Posted: 18 Feb 2013 07:48 PM PST KUALA LUMPUR 19 FEB: Transparency International (TI), sebuah badan bebas penilai antarabangsa meletakkan Malaysia di kedudukan 'D' pada skala rasuah pembelian senjata api, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid. "Kategori A – negara itu tiada risiko rasuah. Kalau 'F' negara itu paling banyak korupsi dalam proses pembelian senjata. "Negara kita dikategori sebagai 'D' bersama Rwanda, Tanzania dan China. Malu kita," kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu pada 16 Februari lalu. TI yang berpangkalan di United Kingdom baru-baru ini menyiarkan senarai negara yang terlibat dengan rasuah dalam proses pembelian senjata. Laporan Government Defence Anti Corruption Index itu melakukan kajian antara Julai 2011 hingga November 2012, dengan mengkaji kementerian pertahanan melibatkan 82 negara. Australia dan Jerman di tangga teratas dengan penarafan 'A' manakala Korea Selatan dan Taiwan tertinggi di kalangan negara Asia dengan memperoleh 'B' sementara Jepun 'C'. Dalam kalangan negara Asean, Singapura dan Thailand menduduki tangga teratas. Malaysia mendapat markah terendah dari sudut kewangan dan operasi dengan hanya memperoleh 25 peratus dan 10 peratus untuk jumlah mata 100 peratus dalam kajian itu. "Kita tahu banyak peruntukan dari wang rakyat dan perbelanjaan Kementerian Pertahanan hilang dan hanya menguntungkan segolongan kecil. "Sudah masanya kita bertindak dan memilih kerajaan yang amanah dan menumbangkan kerajaan korup ini," kata Ghafir. | ||
Anwar beri bayangan lebih ramai bekas jeneral sertai Pakatan Posted: 18 Feb 2013 07:46 PM PST PETALING JAYA 19 FEB: Selain empat bekas jeneral yang mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera lain akan mengikut jejak mereka. Berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelana Jaya di sini, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat tetapi berkata mereka akan berbuat demikian tidak lama lagi. "Bayangkan, empat bekas jeneral sokong kita. Empat-empat sekaligus umum (sokong Pakatan). Saudara lihat nanti, hari-hari berikut (ada) berita-berita baik lagi," katanya. Pada 16 Februari lalu, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat. Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Najmi). Read More / Baca Lagi >> | ||
Juanda: Malaysia perlukan landskap politik baru Posted: 18 Feb 2013 07:46 PM PST Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, seseorang pemimpin perlu memahami aspirasi politik semasa kerana yang majoriti besar pengundi adalah terdiri daripada golongan muda. Menurutnya, ahli politik perlu berubah dan lebih bertanggungjawab jika mahu kekal relevan. "Satu pandangan penting daripada seseorang pemimpin muda yang memahami aspirasi politik semasa yang majoriti besarnya adalah pengundi muda. "Semua maklum Malaysia sedang mengalami transformasi besar-besaran dalam semua perkara terutama politik, sosial dan agama," katanya, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menegaskan ulama bebas untuk bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memilih mana-mana parti yang mereka mahukan. | ||
GM13: Mahasiswa Mahu Serah Surat Pelawaan Bertanding 1 lawan 1 Posted: 18 Feb 2013 07:41 PM PST Kuala Lumpur - Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) hari ini mahu menyerahkan surat pelawaan bertanding satu lawan satu kepada DS Najib dan mengadakan bantahan terhadap kekerasan dan sikap samseng ahli UMNO di dalam Parlimen Pekan semasa kempen mahasiswa di Pekan baru-baru ini. Syis Abdul Kadir Selaku Pengerusi GM13 menantikan kehadiran DS Najib untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada DS Najib untuk memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Pekan baru-baru ini. Setelah menunggu selama sejam DS Najib tidak hadir seperti yang di uar-uarkan di dalam laman sesawang namun Syis sempat memberikan penjelasan kepada pihak media yang hadir . | ||
KPT Arah Seminar Politik Dan Pilihan Raya Dibatalkan - Bukhairy Posted: 18 Feb 2013 07:38 PM PST Kuala Lumpur - Program Seminar Politik Dan Pilihan Raya anjuran University Of Malaya Centre Of Democracy And Election (UMCDELL) didakwa terpaksa dibatalkan akibat mendapat tekanan dari pihak atasan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) Mohamed Bukhairy Suffian. Beliau berkata "Program seminar politik anjuran UMCEDEL yang menjemputi tokoh tokoh politik dari parti A dan B esok, dikhabarkan terpaksa dibatalkan akibat tekanan pihak atasan yang mempunyai autoriti dan politik". "Adakah ini kebebasan dan autonomi yang diberikan kepada universiti ? Politik di universiti berdasarkan politik nilai dan idea." "Tidak cukup mengongkong mahasiswa,pensyarah juga turut dikongkong. Inilah yang mahasiswa tentang selama ini." "Universiti tidak bebas. Semua dicatur oleh atasan atas kepentingan politik," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan