Sabtu, 16 Februari 2013

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Orang terkaya Malaysia: Robert Kuok - RM46.1 bilion

Posted: 16 Feb 2013 04:41 AM PST


Robert Kuok
Robert Kuok
 
Ananda Krishnan
Ananda Krishnan


KUALA LUMPUR  16 Februari 2013 - Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, telah mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lepas, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari, 2013.

Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari.

Ia berkata kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu meningkat sedikit tahun ini meskipun dalam keadaan pasaran modal yang turun naik dan tidak menentu.

Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu bernilai RM194.86 bilion pada 18 Januari. Ini merupakan peningkatan kecil sebanyak 0.86 peratus berbanding RM193.2 bilion setahun lalu.

Semasa Malaysian Business mula-mula menilai kekayaan 40 individu terkaya Malaysia pada 2002, aset tergabung mereka berjumlah RM41.7 bilion dan Robert Kuok Hock Nien muncul pada kedudukan teratas.

Majalah itu berkata keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan, yang melonjak daripada kedudukan keenam tahun lepas, menggantikan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group, yang turun ke tempat keenam. Kekayaan Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
 Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas.

Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion.

Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya
sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.

Tan Sri Tiong Hiew King, melalui jenteranya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas.

Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas.

Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002, seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai.

Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham masing-masing. Ia juga mencerminkan prestasi syarikat mereka dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dalam 12 tahun lalu.

Bagi tahun ini, ada 31 bilionair – bertambah seorang lagi sejak tahun lepas - dan 23 daripada 40 orang dalam senarai itu menyaksikan aset mereka meningkat daripada tahun lepas. Daripada seramai ini, 14 mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus.

Senarai itu juga mencatat tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15, dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion. Dua lagi, Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group, memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40.

Senarai penuh 40 tikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu. Ia juga memaparkan senarai 10 tikun terkaya dalam Pasaran ACE.

Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari.

Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/orang-terkaya-malaysia

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KESIHAN EZAM SESUMPAH SANGGUP DIPERBODOHKAN

Posted: 16 Feb 2013 07:52 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Ezam sesumpah melutut kepada Umno, maka hilanglah maruah beliau yang dahulunya dianggap hero selepas DS Anwar terutamanya di era reformasi.  Apabila berada di bawah ketiak Najib dan Bik Mama, maka nama Ezam sesumpah tidak kurang dan lebih dari nama Raja katak, Berahim Alkataki.

Kini, Ezam sesumpah ke hulu ke hilir menjadi balaci Umno disaat-saat Umno sedang nazak.  Mungkin dulu pemimpin Umno merasakan jika bawa Ezam sesumpah sertai Umno akan membuatkan Umno bertambah hebat untuk berdepan dengan DS Anwar Ibrahim.  Malangnya, harapan Umno berkecai dan mungkin sekarang terasa di dalam hati pemimpin Umno betapa rugi besarnya memberikan anugerah Senator kepada Ezam sedangkan tiada apa yang boleh dilakukan oleh Ezam sesumpah selain dari menghabiskan gaji dan elaun Senator percumanya itu.


 
Baru-baru ini, pada 15 Feb 2013 diadakan "DEBAT" RAKYAT di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas yang kononnya pentas debat di antara Ezam sesumpah selaku Penaung Waris Malaya dengan Hassan Jati mewakili JATI.  Debat bertajuk "Jom Tolak Pakatan" itu tidak diketahui siapa pencadang dan siapa pembangkang kerana debat kebiasaannya mestilah ada pro dan kontra.  Tetapi Ezam sesumpah tidak kisah walaupun pentas itu terang-terang memperbodohkannya.

Lebih melucukan Hassan Jati langsung tidak nampak muka.  Mungkin Hassan Jati terasa betapa bodohnya beliau jika berdebat dengan orang yang satu pemikiran dengannya.  Buat apa berdebat jika sudah sama-sama bersetuju dengan tajuk debat?  Bukankah itu kerja bodoh namanya.  Jadi, Hassan Jati tidak mahu nampak terlebih bodoh dari Ezam sesumpah.  Maka, berdebatlah Ezam sesumpah seorang diri.  Sesuai dengan 'standard'nya, Ezam sesumpah pun berdebat seorang diri di atas lori ikan dan Ezam sesumpah pun berucap seolah-olah beliau berucap seperti DS Anwar di atas trailer Jelajah Merdeka Rakyat.  Cukuplah dapat berangan.

Sebelum ini, Ezam sesumpah pernah melakukan kerja bodoh yang sama iaitu berdebat dengan Noh Omar atas tajuk yang disepakati bersama.  


  .
Bak kata rakan aku Blogger Omakkau, "Kalau beginilah cara UMNO berdebat maka istilah debat perlu digubal semula dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.  Dalam kamus UMNO debat maknanya dua orang berhujah tanpa ada bangkangan."  

Kesihan Ezam sesumpah.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


TAKUT BERTEMBUNG DENGAN DSAI, NAJIB RAZAK DATANG AWAL KE RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA

Posted: 16 Feb 2013 07:51 PM PST


Seperti diramal dan diduga, Najib Razak akan berusaha keras menggelak dari bertebung bertemu muka dengan bakal PM ke- 7 Malaysia DENGAN IZIN ALLAH SWT, DSAI dirumah Terbuka Tahun Baru Cina 2013 anjuran Dong Jiao Zong di New Era College, Seksyen 10, Jalan Bukit, Kajang Selangor sebentar tadi.

TIADA YANG PERCUMA DI MALAYSIA... NAK KENTUT PUN KENA BAYAR!!!!!!

Posted: 16 Feb 2013 07:43 PM PST


SENARAI CAJ NAK GUNA SALAH SEBUAH TANDAS AWAM DI MALAYSIA.

Caj nak kentut lebih mahal dari buang air kecil, basuh muka, kaki dan tangan.

Tiada yang percuma di Malaysia sekarang ini.

Peliknya... bagaimana penjaga tandas boleh tau apa yang dilakukan oleh pengguna tandas awam berbaya r ini... Ada CCTV ke?

Pasangan Bonnie and Clyde Malaysia

Posted: 16 Feb 2013 07:40 PM PST



Ini pasangan Bonnie & Clyde yang ori

Dato Najib cakap berdegar degar sebagai pembela maruah bangsa Melayu. Tapi ramai kawan saya berkata, bagaimana dia hendak membela maruah bangsa, ketikamana, maruah dia sendiri tidak terjaga. Deepak menuduh dengan terang bahawa PM kita rasuah. dan ada juga kawan saya dari UMNO yang mengatakan, kalau kita bongkar semula prestasi Najib sebagai menteri pertahanan, mahu dia kena lokap 100 tahun. Jangan bimbang saya beritahu kawan saya- kita akan buat tribunal kaji semua termasuk Najib. 
Najib nampak tidak ada keberanian mempertahankan maruah dia sendiri. Yang akan mengamuk ialah soldadu2 jalanan nya yang akan memaki hamun semua orang. Tapi Najib sendiri seperti biasa, akan membisu seribu bahasa dan lidah nya kelu tidak terkata. Sikap bacul macam ini tidaklah mengherankan. Dia tidak ada budaya berbahas dan berdebat. Dia hanya ada budaya monolog dan memerintah seperti seorang feudal.Dan dia bukan warisan orang yang berani. Ketika tok nenek saya bertombak dan berlembing, berparang dan berkeris melawan penjajah Inggeris, tok nenek Dato Najib berpoya poya dalam istana mungkin dengan gundek3 dari Mongolia.
Bila Tokcai Mahathir nasihatkan Najib supaya jangan menjawab Deepak, kesan nya ialah lagi berat. Deepak tulis surat terbuka mengikut tradisi yang diamalkan oleh Mahathir sendiri. Mahathir memulakan tradisi menulis surat beracun dan surat layang.
Kedua, kerana ini nasihat dari seorang yang menasihat lebih baik berkawan dengan syaitan- mahukah sesiapa mengikut nya? Hanya mak bapak yang miring kepala menasihatkan anak2 supaya berkawan dengan budak jahat.
Read More / Baca Lagi >>

Air Pahang : Kata dulang paku serpih..

Posted: 16 Feb 2013 07:37 PM PST

(Krisis air di Pahang hanya dilaporkan dalam media sosial dan ditutup oleh media tradisional Umno)

TEMERLOH: Serupa tapi tak sama. Krisis sama, lokasi tidak serupa. Satu krisis berlaku di war-war berlaku sebuah negeri pentadbiran Pakatan Rakyat, manakala satu lagi krisis berlaku di negeri asal Perdana Menteri, Pahang.

Namun, krisis air yang dialami Selangor penghujung tahun lalu mendapat liputan yang begitu meluas di media massa, khususnya arus perdana.

Terbentanglah di depan mata, kononnya pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor begitu lemah dalam menguruskan sumber air.

Sayangnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terlepas pandang negeri kelahirannya sendiri berhubung isu air ini.

Ketika beliau ghairah berjanji untuk memberikan bekalan air bersih untuk rakyat Kelantan, Najib terlupa terdapat beberapa kampung, khususnya di gugusan Bera yang menghadapi krisis air.

Jika di Kelantan, isu yang dimainkan ialah bekalan air bersih, sebaliknya di Bera ada penduduk yang langsung tidak menerima bekalan air ketika waktu puncak.

Khususnya di Felda Gugusan Bera yang meliputi Mayam, Purun, Bukit Mendi, Kumai sering menghadapi masalah bekalan air terputus, khususnya menjelang musim perayaan.

Masalah tersebut menyebabkan ada di kalangan anak-anak penduduk terbabit enggan pulang bercuti ke kampung.
Read More / Baca Lagi >>

PAS jamin kerjasama dalam Pakatan tidak rugikan Melayu

Posted: 16 Feb 2013 07:35 PM PST


(Ustaz Hadi berucap di HKR PGU di Banggol Peradong semalam)

KUALA TERENGGANU: PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

"PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat.

"Apabila DAP, orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi (kebebasan) hak dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain (diberi) adil. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan. Semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Xenophon: Demokrasi Malaysia teruk dan kritikal

Posted: 16 Feb 2013 07:34 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Senator Australia Nick Xenophon berkata pengusiran beliau dari Malaysia semalam menunjukkan betapa "teruk dan kritikal" demokrasi di Malaysia.
Ahli parlimen bebas itu dilaporkan oleh media Australia mengatakan pengusiran tersebut adalah "kesilapan besar" dan menyebabkan Putrajaya dikritik.
"Tetapi jika lebih ramai warga Australia di rantau ini melihat betapa teruk dan kritikal demokrasi di Malaysia, dan bagaimana demokrasi Malaysia di persimpangan, ini satu perkara yang baik," kata Xenophon yang dipetik oleh ABC News.
"Australia dan Malaysia adalah kawan rapat. Ini tidak seharusnya menjejaskan hubungan tetapi jika kerajaan Malaysia berfikir ini adalah perkara yang bijak, saya fikir mereka dikritik hebat," katanya lagi.
Xenophon juga berkata Australia mempunyai tanggungjawab moral untuk memastikan Pilihan Raya di Malaysia 2013 berjalan dengan bersih dan adil, walaupun "demokrasi di negara ini terhakis", menurut akhbar Australia Herald Sun.

Senator Xenophon tidak tahu di sini demokrasinya acuan sendiri

Posted: 16 Feb 2013 07:32 PM PST

Seorang Senator bebas Australia Xenophon yang mendarat pada jam 6.40 pagi semalam ditahan oleh pihak Immigresen negara dan di hantar pulang ke Australia setelah ditahan selama 14 jam di lapangan terbang LCCT. Kerajaan BN telah menyenarai hitamkan nama beliau dan negara menganggap beliau sebagai musuh negara Malaysia yang demokrasi ini.
Sesiapa pun yang mempunyai pemikiran yang sedikit waras akan faham yang penahanan beliau itu merupakan tindakan politik sempit dan sedikit sebanyak menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa yang negara kita tidak mengambil kisah tentang kewibawaan hubungan antarabangsanya. Kenyataan Hishamudin Hussein semalam membayangkan yang beliau mempunyai 'diplomatic language' yang begitu rendah dan memalukan.
Senator ini telah menjadi mangsa politik negara kerana bercakap benar tentang keadaan demokrasi sebenar negara kita. Kesalahan Senator ini sebenarnya sangat besar. Kesalahannya ialah kerana bercakap benar dan tidak mahu berbohong. Mungkin sebelum ini Senator ini belum memahami undang-undang negara ini. Beliau tidak memahami yang di negara ini bercakap benar itu adalah satu kesalahan (forbidden). 
Berjuang untuk menghapuskan rasuah itu salah. Sesiapa yang memperjuangkan untuk diadakan pilihanraya bebas itu lebih salah sehingga ada seorang bekas Perdana Menteri menyarankan supaya di pinda perlembagaan supaya membolehkan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dilucutkan kerakyatannya. Senator ini mungkin menganggap demokrasi itu semuanya sama seperti yang wujud di semua negara maju demokrasi.
Beliau tidak tahu yang Malaysia mempunyai demokrasi acuannya tersendiri. Sepatutnya Senator ini belajar tentang latar belakang demokrasi di negara ini sebelum berbuat apa-apa dalam negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

INI yang Amno bangga sangat, HARAM JADAH..!!!

Posted: 16 Feb 2013 07:19 PM PST

Inilah yang saya katakan salah satu Dasar Perjuangan UMNO/BN ialah mengkayakan diri dan keluarga mereka...
Rakyat Malaysia dapat RM500 je sekali dalam tempoh 55 tahun UMNO/BN memerintah negara ini... Kroni dan Ahli keluarga Pemimpin UMNO/BN pula tiap-tiap tahun kekenyangan disuapkan projek... Haram Jadah....

Banyak penyelewengan ketenteraan ‘tiada jawapan’ – Brig Jen (B) Hadi

Posted: 16 Feb 2013 07:16 PM PST

IMG_8047KUALA LUMPUR 17 FEB: Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.
Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara.
"Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini. Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah.
"Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya. Masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU 13.
"Kalau mahukan jawapan, ayuh bersama-sama menyumbangkan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kita boleh membongkar segala penyelewengan selama ini," katanya.
Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, malam tadi.
Ia turut disertai tiga lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Read More / Baca Lagi >>

Konvensyen PR lancar manifesto 4 teras minggu depan

Posted: 16 Feb 2013 06:30 PM PST



Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan hujung bulan ini antaranya menggariskan empat teras utama, kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Kata beliau, konvensyen keempat Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu akan menumpukan kepada perkara pokok yang turut terdapat dalam Buku Jingga.

"Kita mengambil teras-teras utama seperti pendidikan yang amat penting. Sebab itu tawaran pendidikan percuma ini kita konsisten. Daripada anak darjah satu sehinggalah mereka dapat ijazah pertama," katanya.

Tambah Salahuddin, perkara lain yang menjadi tumpuan pastinya hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan wanita.

"Keduanya tentang kebajikan kaum wanita yang kita anjurkan caruman untuk mereka mendapat imbuhan. Ini juga penting untuk kita menghargai kaum wanita. Mereka boleh dapat setiap bulan," katanya lagi.

Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh Zuraida Kamaruddin dari PKR, Chong Eng (DAP) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas) telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil "Agenda Wanita Malaysia" baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Petanda Dari Pencacai : PRU13 bukan pertarungan biasa - Ezam

Posted: 16 Feb 2013 06:28 PM PST


Ezam: PRU13 bukan pertarungan biasa SHAH ALAM – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang bakal diadakan tidak lama lagi dilihat bukan sekadar pertarungan biasa, sebaliknya ia melibatkan misi mempertahankan kedaulatan dan pengaruh negara.

Senator Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa, negara ini dikatakan sedang 'diintai' pihak asing dalam usaha mengekalkan kuasa memandangkan kedudukannya yang strategik serta menjadi penghubung jalan timur dan barat.

Beliau mendakwa, jika rakyat silap membuat percaturan, negara bakal dikuasai pihak asing yang mempunyai kuasa besar.

"Jangan sampai orang asing yang tentukan (agenda negara).  Agenda itu agenda kita, (kalau) hendak tukar kerajaan itu pun kita yang tentukan.

Read More / Baca Lagi >>

Hadi: Pas keluar PR jika kerjasama rugikan Islam dan Melayu..!! Tapi Pakatan bertambah erat menuju ke Putrajaya

Posted: 16 Feb 2013 06:27 PM PST


Hadi: Pas keluar PR jika kerjasama rugi KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.

Penegasan tersebut dibuat di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus, di sini petang semalam.

 "Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi," katanya.

Bagaimanapun ketika ditemui pemberita pada majlis sama, beliau menjelaskan, sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Nurul Izzah tolak spekulasi berpindah, tetap pertahankan Lembah Pantai

Posted: 16 Feb 2013 06:24 PM PST

Nurul Izzah berkata, sebagai anggota parti, pencalonanya tertakluk kepada keputusan parti. – Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hampir pasti diletakkan calon Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai dalam usaha untuk merampas kembali kerusi tradisi gabungan pemerintah itu yang terlepas kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2008. Pilihan Raya 2008 menyaksikan sejarah berlaku apabila calon BN selama tiga penggal Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga menteri persekutuan ditumbangkan oleh calon PKR Nurul Izzah Anwar yang pertama kali memasuki pilihan raya.
Raja Nong Chik, yang giat berkempen di Lembah Pantai setahun dua kebelakangan ini, memberikan persepsi kerusi tersebut tidak begitu selamat bagi Pakatan Rakyat (PR) sehingga timbul cakap-cakap naib presiden PKR itu akan dipindahkan ke kerusi selamat lain.
"Saya bertungkus lumus. Terus terang saya katakan setiap hari, kita cuba sedaya upaya untuk bukan sahaja memberikan khidmat yang terbaik dan saya sedia sehingga akhirnya untuk bertarung di Lembah Pantai," kata Nurul Izzah dalam satu wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider menepis tanggapan beliau akan meninggalkan kawasan parlimennya.
Walau bagaimanapun, beliau akur sekiranya PKR memikirkan sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu Islam: PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

Posted: 16 Feb 2013 06:23 PM PST

KUALA TERENGGANU: PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.

Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

"PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat.

"Apabila DAP, orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi (kebebasan) hak dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain (diberi) adil. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan. Semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Dunia Memerhati : Senator Australia diusir pulang selepas ditahan 15 jam

Posted: 16 Feb 2013 06:20 PM PST

Senator Australia Nick Xenophon telah diusir pulang pada pukul 10.30 malam ini selepas ditahan selama 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kerana didakwa menjadi 'musuh negara'.

Xenophon, yang mendarat di terminal LCCT di Sepang pada jam 6:40 pagi tadi dengan penerbangan AirAsia, ditahan pihak berkuasa Imigresen sebaik saja tiba.Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita.
Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya.

Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat.
Ketua Kakitangan pejabat Ketua Pembangkang, Ibrahim Yaakob, yang bergegas ke LCCT untuk menguruskan perkara itu, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai imigresen mendapati nama Xenophon telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut.

"Para pegawai tidak menyatakan sebarang sebab lain, tetapi Xenophon memberitahu kami bahawa dia dimaklumkan bahawa dia ialah musuh negara ini," kata Ibrahim ketika dihubungi.

Ibrahim juga berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah tiba di LCCT dan sedang berusaha untuk menghubungi kementerian luar Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Cari Musuh Antarabangsa : Bekas PM Australia mahu Canberra tegas dengan pengusiran Xenophon

Posted: 16 Feb 2013 06:18 PM PST

Rudd berkata tindakan tidak munasabah Putrajaya itu memerlukan penjelasan. – Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 17 Feb – Bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd mengkritik penahanan senator Australia Nick Xenophon di Malaysia dan mahu Canberra tegas mengenai isu itu. Xenophon tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi semalam dan sepatutnya bertemu dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu hadapan, tetapi dihalangan untuk masuk dan kemudiannya  ditahan di Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) sebelum diusir keluar malam semalam.
"Menahan mana-mana ahli parlimen Australia, dengan cara Senator Xenophon ditahan tidak boleh diterima," kata Rudd kepada saluran berita Australia, Sky News hari ini.
"Kita teguh dengan demokrasi, oleh itu kita perlu tegas dengan rakan kita di Kuala Lumpur," katanya lagi.
Xenophon hadir kerana menjadi sebahagian dari ahli parlimen dan senator Australia untuk mengkaji perjalanan pilihan raya Malaysia, tetapi rakan-rakannya membatalkan kehadiran mereka selepas beliau diusir.
Rudd berkata Australia adalah rakan baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tindakan tidak munasabah Putrajaya itu memerlukan penjelasan.

Pakistani expert discusses bomb attack on Quetta's Shia

Posted: 16 Feb 2013 06:15 PM PST

Dozens dead in bomb attack on Quetta's Shia

Posted: 16 Feb 2013 06:15 PM PST

More clashes as Bahrain police accused of blocking access to funeral

Posted: 16 Feb 2013 06:14 PM PST

Tunisia Islamists march for Ennahda's 'right to govern'

Posted: 16 Feb 2013 06:13 PM PST

Syrian rebels capture key Aleppo army installation

Posted: 16 Feb 2013 06:12 PM PST

Singaporeans protest over population plan

Posted: 16 Feb 2013 06:12 PM PST

Malaysia set to deport Australian senator

Posted: 16 Feb 2013 06:11 PM PST

Anwar nafi jadi Huguan Siou KadazanDusun seperti yang didakwa pemimpin UMNO@BN

Posted: 16 Feb 2013 06:09 PM PST

PGU7 0 : Sidang Media Muslimat Dr Mariah

Posted: 16 Feb 2013 06:07 PM PST

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SANDIWARA AL- MAUNAH..OPPS.. AL- LAHAD DATU

Posted: 16 Feb 2013 06:56 PM PST



SANDIWARA
SEKALI LAGI

PENAHANAN XENOPHON: ANCAMAN KEPADA RAKYAT ATAU HANYA PEMERINTAH? 

Tindakan pihak kerajaan malaysia yang menghalang, menahan dan juga menghalau Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophon adalah satu perbuatan terkutuk dan memberi gambaran jelas bahawa negara ini menuju ke arah sebuah negara polis. Ia juga menjadi bukti betapa pentadbiran Najib sangat menghampiri satu era perjalanan terakhir kerajaan Mesir dan Tunisia sebelum dihumban sendiri oleh rakyatnya. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk sekerasnya tindakkan demikian kerana ia mencorakkan persepsi yang buruk terhadap Malaysia dari kaca mata antarabangsa. Pentadbiran Najib tergamak menutup hubungan luar demi menyekat kebangkitan rakyat sendiri, pastinya bukan satu perkembangan yang sihat malah akan menjadikan Malaysia sebagai tumpuan dunia dengan sifat negetif. Lebih buruk apabila yang ditangkap itu pula dianggap sebagai penjenayah dari sudut layanan termasuklah menafikan hak berhubung dengan peguam.

Jika sebelum ini seorang peguam dari Perancis pernah dihalau keluar kerana berkait rapat dengan pendedahan isu Scorpene, kali ini ahli parlimen negara komanwel pula dihalang masuk berkaitan penipuan pilihanraya. Apa yang sebenarnya cuba disorokkan oleh Pentadbiran Najib hingga sesiapa sahaja yang dirasakan mengancam penguasaan Barisan Nasional dihalang menjejak kaki di bumi Malaysia? Pihak manakah yang sebenarnya terancam dengan kehadiran personnel ini, rakyat Malaysia atau pemerintah kuku besi?

Bagi SAMM, Kerajaan Malaysia seharusnya perbetul tindakkan bukan dengan cara menutup sempadan untuk mengekang kebangkitan rakyat sendiri. Jika berterusan begini, ia satu proses pertukaran kerajaan dan yakinlah kerajaan yang ada hari ini akan bertukar tangan, isyarat dari peristiwa yang berlaku.

Sekian,

Mohd Faisal Abdul Rahman
Penyelaras Hubungan Antarabangsa SAMM

PETANG INI DI IJOK

----

API - ANGKATAN PEMUSA INSAF LAWAN GEROMBOLAN

Posted: 16 Feb 2013 05:00 PM PST


INGATAN 
BERKEKALAN


Samm Perak
36 minutes ago 

Angkatan Pemuda Insaf (API) merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak, oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek. Dan telah di haramkan oleh kerajaan british pada 17 julai 1947.

Selamat Ulang Tahun API ke-67
Al-Fatithah buat pejuang terdahulu


-----

TIPU PILIHAN RAYA - TURUN JALAN RAYA

Posted: 16 Feb 2013 06:30 AM PST




ANAK MUDA
BERSEDIA


Revolusi Tumbang Kerajaan Sedia Ada Tidak Janji Kesudahan Yang Manis - PM
PEKAN: Najib  Razak berkata sejarah membuktikan revolusi menumbangkan kerajaan sedia ada tidak semestinya menjanjikan kesudahan yang lebih manis dari apa yang dikecapi sebelum itu.
Najib  berkata apa yang berlaku di negara-negara Arab baru-baru ini, misalnya, rakyat negara tersebut terpaksa menanggung kadar inflasi dan kadar pengangguran yang tinggi.
"Perubahan terbaik adalah perubahan yang dirancang secara sistematik, rapi dari atas ke bawah dan dari aspirasi rakyat itu sendiri," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... JANGAN PUTAR PUTAR... kah kah kah..
kah kah kah... JANGAN BANGANG KAN ORANG MELAYU..kah kah kah..
kah kah kah...JANGAN BODOHA KAN ORANG MELAYU...kah kah akh..
woit... ADALAH HAK RAKYTA UNTUK MENGGULINGKAHN KERAJAAN..kah kah kah..
kah kah kah..ADA HAK WRAGA NEGARA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN.... kah kah ka..
woit... JANGAN BUAT BOHONG... kah kah kah..
kah akh akjh.. PAKATAN RAKYAT BERKERJA KERAS UNTUK MENGULINGKAN KERAJAAN... kah kah kah..
kah kah kah... PAKATAN RAKYAT SIANG MALAM  CERAMAH MENGHASIT UNTUK  TUMBANGKAN KERAJAAN...kah kah akh..
woit... INGAT KAMI INI SEDANG AMAL JARIAH  KE?... kah kah kah

INI MELAYU YANG SEDAR
-------

MEMINTA BANTUAN DARUL SIFAR

Posted: 15 Feb 2013 11:00 PM PST



INI BUKAN TIGA DARA
INI TIGA EKOR  BOMOH TAIB MAHMUD

ANAK MUDA PERLU BANTUAN
JEJAKA MEMERLUKAN PERTOLONGAN SEGERA: Aku ni kalau aku cerita korang tentu tak akan percaya. Korang tentu akan suspek aku buat2 cerita. Sebenarnya, umur aku dah dekat setengah abad. Dari umur aku cecah 15 taun aku dah memulakan pelbagai usaha untuk memikat gadis-gadis untuk tujuan dijadikan penyeri rumahtangga. 

Tapi masalahnya, satu dapat satu terbang, dua dapat dua terbang. Tiga dapat tiga terbang hinggalah aku mendapat gelaran jejaka tua. Aku bukan tak berusaha. Dah banyak dah. Dari mandi bunga hinggalah semburan air liur tok bomoh aku dah buat. Perkataan pertama yang akan keluar dari mulut tok bomoh di seluruh Malaysia ni pun aku dah boleh teka. 
"Ko ni terkena sampuk hantu penanggal sebab selalu merempit tiap2 malam". Macam-macam minyak aku dah pakai. Dari minyak senyoyong hinggalah minyak angin aku dah sapu seluruh badan.

 Tapi tu la, hasilnya tetap gagal jugak malah aku putus cinta dengan awek ke-21 aku sebab dia kata badan aku kuat sangat berbau minyak angin. Part sambut on KESAH KESAH GAGALIS BODOH YANG GAGAL
Publish | Delete | Spam
Mat Greng
at 4:09 PM

BAS PENUH BERISI
JIN DAN HANTU
DALAM PERJALANAN
untuk
DI BUANG KE SELAT MELAKA
JAMPI DAN MANDI BUNGA
tt, sumpah! sesungguhnya "air jampi halau jin yang serba menjadi", merupakan kekarutan yang dicipta reka oleh mereka yang menggunakan agama sebagai modal untuk mencari fulus dan pengaruh. Kekarutan ini tiada kaitan lansung dengan agama Islam yang aku perhambakan diri untuknya. Aku anggap kekarutan ini merupakan racun kepada Islam apabila disebar kepada umum sebagai "perubatan Islam". 

Sedangkan Islam tiada kaitan langsung dengan kekarutan yang meluas ini. Jika dibiarkan penipuan yang dibuat atas dasar agama ini berterusan, maka Islam terpaksa menghadapi pemberontakan daripada penganutnya sendiri. 

Situasi ini telah berlaku dizaman pencerahan barat, apabila para padri secara berluasa menipu masyarakat atas nama agama. Tujuan penipuan ahli agama adalah "satu hanya satu", fulus dan pengaruh. on LAGI PENCERAHAN JUAL AIR MINERAL DARI PEMBACA
kalbunUMNO
on 2/12/13

DARUL SIFAR DAN DARUL KELENTONG
Harun Din dan ustaz-ustaz "syifa" boleh mengubat apa sahaja kerana mereka nampak segalanya yang zahir, batin dan terlindung. CUMA kalau datang tiga empat orang sebagai teman, Harun Din mesti bertanya dulu, "Siapa di antara anda yang sakit dan nak berubat?"

. Selepas anda memberitahu siapa di antara anda yang datang itu berhajat nak berubat, barulah Harun Din akan memberitahu bahawa beliau nampak pada muka pesakit tu ada jin sedang berpaut pada bulu kening, bibir mulut dan sebagainya. Ingat tu, jangan lupa bagitau Ustaz siapa yang sakit dan datang nak berubat kalau datang beramai-ramai mengadap ustaz. 

Selepas diberitahu siapa yang nak berubat dan sedang sakit, barulah Harun Din akan nampak jin pada wajah pesakit tersebut. Lidah panjang bergulung, berlendir dan sebagainya. Itu sahaja peringatan saya kali ini, ingat tu, jangan lupa beritahu siapa yang sakit dan nak berubat kalau datang dengan abang, kakak, ibu atau ayah. on LAGI PENCERAHAN JUAL AIR MINERAL DARI PEMBACA


-------

SENI MELAWAN DARI TUKAR TIUB

Posted: 15 Feb 2013 08:00 PM PST


SENI MELAWAN
bukan
SENI MEMBODEK
seni menghasut untuk
GULINGKAN KERAJAAN

PETANG INI JAM 7:00 PETANG
DI MAP  PUBLIKA
SOLARIS  HARTAMAS


JEMPUTAN:
untuk melihat
bentuk bentuk seni melawan
untuk melihat bentuk bentuk seni anti kerajaamn
untuk melihat seni bukan seni
tapi senjata untuk mengulingkan
united malays national organisation

------

GEROMBOLAN MAHU PECAHKAN PAS DARI PAKATAN

Posted: 15 Feb 2013 07:56 PM PST



PROJEK PECAHKAN PAS DARI PAKATAN
gambar banner yang sedang dicetak 
dan sudah mulai digantung sejak semalam.

banner ini dicetak melebihi 10 ribu 
di beberapa buah kilang di ampang / pandan.


INI BUKAN KERJA HARUN DIN
INI BUKAN KERJA MUSTAPHA ALI
INI JUGA BUKAN KERJA HAJI HADI
kerja siapa ini?

NOTA:
gambar dalam kilang pun bocor
siapa yang bocorkan ini?
ini mesti kerja mat ezam
kah kah kah


JEMPUTAN 
UNTUK SEMUA

-----

BERITA YANG KITA MIMPI MIMPIKAN

Posted: 15 Feb 2013 07:35 PM PST



AKAN DI HALAU KELUAR
JAM 11: MALAM  NANTI
KOMENTAR TUKAR TIUB
senator australia ini
datang dengan jemputan resmi
nak jumpa menteri
nak bincang hal negara
tetiba kena halau

siapa sabotaj najib?

berita penangkapan senator ini
sedang merebak di seluruh dunia
jam 11:00 malam ini si senator
akan di halau keluar

siapa sabotaj najib?

media dunia
semua sedang berpusu-pusu datang
semua nak buat laporan

siapa sabotaj najib?

muhyiddin?
zahid hamidi?
ali rustam?

apakah ini kerja kumpulan muhza?

berita ini lebih hebat dari psy
berita ini lebih hebat dari 100 gerila di lahad datu

NOTA:
senator ini nak bincang hal pilihan raya
tapi ada 'orang dalam' yang tak beri
kah kah kah
mesti ada rosmah dalam kelambu
kah kah kah


Senator Australia ditahan di LCCT, tunggu dihalau keluar
9:35AM Feb 16 2013 
dikemaskini Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan sedang menunggu untuk dihalau keluar  kerana didakwa menjadi "musuh negara".

Xenophon, yang tiba di KLIA awal pagi ini, ditahan pihak imigresen sejak beberapa jam yang lalu.

Xenophon dijadualkan untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Nazri Abdul Aziz mengenai isu-isu pilihan raya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... ADA  MATA  KEPALA TAK MAHU ORANG LUAR TAHU TENTANG PILIHAN RAYA.... kah kah kah..

kah kah kah... SENATOR INI NAK BINCANG HAL PRU13...kah kah kah..

kah kah kah..ADA APA  NAK SOROOOOK?.... kah kah kah...

kah kah kah....INI MESTI NAK SOROK PENIPUAN?.... kah kah kah..

TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA

-----