RAKYAT MARHAEN |
- TAKUT BERTEMBUNG DENGAN DSAI, NAJIB RAZAK DATANG AWAL KE RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA
- TIADA YANG PERCUMA DI MALAYSIA... NAK KENTUT PUN KENA BAYAR!!!!!!
- Pasangan Bonnie and Clyde Malaysia
- Air Pahang : Kata dulang paku serpih..
- PAS jamin kerjasama dalam Pakatan tidak rugikan Melayu
- Xenophon: Demokrasi Malaysia teruk dan kritikal
- Senator Xenophon tidak tahu di sini demokrasinya acuan sendiri
- INI yang Amno bangga sangat, HARAM JADAH..!!!
- Banyak penyelewengan ketenteraan ‘tiada jawapan’ – Brig Jen (B) Hadi
- Konvensyen PR lancar manifesto 4 teras minggu depan
- Petanda Dari Pencacai : PRU13 bukan pertarungan biasa - Ezam
- Hadi: Pas keluar PR jika kerjasama rugikan Islam dan Melayu..!! Tapi Pakatan bertambah erat menuju ke Putrajaya
- PRU13 : Nurul Izzah tolak spekulasi berpindah, tetap pertahankan Lembah Pantai
- Melayu Islam: PAS tetap bersama Pakatan Rakyat
- Dunia Memerhati : Senator Australia diusir pulang selepas ditahan 15 jam
- Najib Cari Musuh Antarabangsa : Bekas PM Australia mahu Canberra tegas dengan pengusiran Xenophon
- Pakistani expert discusses bomb attack on Quetta's Shia
- Dozens dead in bomb attack on Quetta's Shia
- More clashes as Bahrain police accused of blocking access to funeral
- Tunisia Islamists march for Ennahda's 'right to govern'
- Syrian rebels capture key Aleppo army installation
- Singaporeans protest over population plan
- Malaysia set to deport Australian senator
- Anwar nafi jadi Huguan Siou KadazanDusun seperti yang didakwa pemimpin UMNO@BN
- PGU7 0 : Sidang Media Muslimat Dr Mariah
TAKUT BERTEMBUNG DENGAN DSAI, NAJIB RAZAK DATANG AWAL KE RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA Posted: 16 Feb 2013 07:51 PM PST |
TIADA YANG PERCUMA DI MALAYSIA... NAK KENTUT PUN KENA BAYAR!!!!!! Posted: 16 Feb 2013 07:43 PM PST SENARAI CAJ NAK GUNA SALAH SEBUAH TANDAS AWAM DI MALAYSIA. Caj nak kentut lebih mahal dari buang air kecil, basuh muka, kaki dan tangan. Tiada yang percuma di Malaysia sekarang ini. Peliknya... bagaimana penjaga tandas boleh tau apa yang dilakukan oleh pengguna tandas awam berbaya r ini... Ada CCTV ke? |
Pasangan Bonnie and Clyde Malaysia Posted: 16 Feb 2013 07:40 PM PST Ini pasangan Bonnie & Clyde yang ori Dato Najib cakap berdegar degar sebagai pembela maruah bangsa Melayu. Tapi ramai kawan saya berkata, bagaimana dia hendak membela maruah bangsa, ketikamana, maruah dia sendiri tidak terjaga. Deepak menuduh dengan terang bahawa PM kita rasuah. dan ada juga kawan saya dari UMNO yang mengatakan, kalau kita bongkar semula prestasi Najib sebagai menteri pertahanan, mahu dia kena lokap 100 tahun. Jangan bimbang saya beritahu kawan saya- kita akan buat tribunal kaji semua termasuk Najib. Najib nampak tidak ada keberanian mempertahankan maruah dia sendiri. Yang akan mengamuk ialah soldadu2 jalanan nya yang akan memaki hamun semua orang. Tapi Najib sendiri seperti biasa, akan membisu seribu bahasa dan lidah nya kelu tidak terkata. Sikap bacul macam ini tidaklah mengherankan. Dia tidak ada budaya berbahas dan berdebat. Dia hanya ada budaya monolog dan memerintah seperti seorang feudal.Dan dia bukan warisan orang yang berani. Ketika tok nenek saya bertombak dan berlembing, berparang dan berkeris melawan penjajah Inggeris, tok nenek Dato Najib berpoya poya dalam istana mungkin dengan gundek3 dari Mongolia. Bila Tokcai Mahathir nasihatkan Najib supaya jangan menjawab Deepak, kesan nya ialah lagi berat. Deepak tulis surat terbuka mengikut tradisi yang diamalkan oleh Mahathir sendiri. Mahathir memulakan tradisi menulis surat beracun dan surat layang. Kedua, kerana ini nasihat dari seorang yang menasihat lebih baik berkawan dengan syaitan- mahukah sesiapa mengikut nya? Hanya mak bapak yang miring kepala menasihatkan anak2 supaya berkawan dengan budak jahat. Read More / Baca Lagi >> |
Air Pahang : Kata dulang paku serpih.. Posted: 16 Feb 2013 07:37 PM PST (Krisis air di Pahang hanya dilaporkan dalam media sosial dan ditutup oleh media tradisional Umno) TEMERLOH: Serupa tapi tak sama. Krisis sama, lokasi tidak serupa. Satu krisis berlaku di war-war berlaku sebuah negeri pentadbiran Pakatan Rakyat, manakala satu lagi krisis berlaku di negeri asal Perdana Menteri, Pahang. Namun, krisis air yang dialami Selangor penghujung tahun lalu mendapat liputan yang begitu meluas di media massa, khususnya arus perdana. Terbentanglah di depan mata, kononnya pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor begitu lemah dalam menguruskan sumber air. Sayangnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terlepas pandang negeri kelahirannya sendiri berhubung isu air ini. Ketika beliau ghairah berjanji untuk memberikan bekalan air bersih untuk rakyat Kelantan, Najib terlupa terdapat beberapa kampung, khususnya di gugusan Bera yang menghadapi krisis air. Jika di Kelantan, isu yang dimainkan ialah bekalan air bersih, sebaliknya di Bera ada penduduk yang langsung tidak menerima bekalan air ketika waktu puncak. Khususnya di Felda Gugusan Bera yang meliputi Mayam, Purun, Bukit Mendi, Kumai sering menghadapi masalah bekalan air terputus, khususnya menjelang musim perayaan. Masalah tersebut menyebabkan ada di kalangan anak-anak penduduk terbabit enggan pulang bercuti ke kampung. Read More / Baca Lagi >> |
PAS jamin kerjasama dalam Pakatan tidak rugikan Melayu Posted: 16 Feb 2013 07:35 PM PST (Ustaz Hadi berucap di HKR PGU di Banggol Peradong semalam) KUALA TERENGGANU: PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat. "PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat. "Apabila DAP, orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi (kebebasan) hak dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain (diberi) adil. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan. Semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini," tegasnya. Read More / Baca Lagi >> |
Xenophon: Demokrasi Malaysia teruk dan kritikal Posted: 16 Feb 2013 07:34 PM PST KUALA LUMPUR, 17 Feb – Senator Australia Nick Xenophon berkata pengusiran beliau dari Malaysia semalam menunjukkan betapa "teruk dan kritikal" demokrasi di Malaysia. Ahli parlimen bebas itu dilaporkan oleh media Australia mengatakan pengusiran tersebut adalah "kesilapan besar" dan menyebabkan Putrajaya dikritik. "Tetapi jika lebih ramai warga Australia di rantau ini melihat betapa teruk dan kritikal demokrasi di Malaysia, dan bagaimana demokrasi Malaysia di persimpangan, ini satu perkara yang baik," kata Xenophon yang dipetik oleh ABC News. "Australia dan Malaysia adalah kawan rapat. Ini tidak seharusnya menjejaskan hubungan tetapi jika kerajaan Malaysia berfikir ini adalah perkara yang bijak, saya fikir mereka dikritik hebat," katanya lagi. Xenophon juga berkata Australia mempunyai tanggungjawab moral untuk memastikan Pilihan Raya di Malaysia 2013 berjalan dengan bersih dan adil, walaupun "demokrasi di negara ini terhakis", menurut akhbar Australia Herald Sun. |
Senator Xenophon tidak tahu di sini demokrasinya acuan sendiri Posted: 16 Feb 2013 07:32 PM PST Seorang Senator bebas Australia Xenophon yang mendarat pada jam 6.40 pagi semalam ditahan oleh pihak Immigresen negara dan di hantar pulang ke Australia setelah ditahan selama 14 jam di lapangan terbang LCCT. Kerajaan BN telah menyenarai hitamkan nama beliau dan negara menganggap beliau sebagai musuh negara Malaysia yang demokrasi ini. Sesiapa pun yang mempunyai pemikiran yang sedikit waras akan faham yang penahanan beliau itu merupakan tindakan politik sempit dan sedikit sebanyak menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa yang negara kita tidak mengambil kisah tentang kewibawaan hubungan antarabangsanya. Kenyataan Hishamudin Hussein semalam membayangkan yang beliau mempunyai 'diplomatic language' yang begitu rendah dan memalukan. Senator ini telah menjadi mangsa politik negara kerana bercakap benar tentang keadaan demokrasi sebenar negara kita. Kesalahan Senator ini sebenarnya sangat besar. Kesalahannya ialah kerana bercakap benar dan tidak mahu berbohong. Mungkin sebelum ini Senator ini belum memahami undang-undang negara ini. Beliau tidak memahami yang di negara ini bercakap benar itu adalah satu kesalahan (forbidden). Berjuang untuk menghapuskan rasuah itu salah. Sesiapa yang memperjuangkan untuk diadakan pilihanraya bebas itu lebih salah sehingga ada seorang bekas Perdana Menteri menyarankan supaya di pinda perlembagaan supaya membolehkan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dilucutkan kerakyatannya. Senator ini mungkin menganggap demokrasi itu semuanya sama seperti yang wujud di semua negara maju demokrasi. Beliau tidak tahu yang Malaysia mempunyai demokrasi acuannya tersendiri. Sepatutnya Senator ini belajar tentang latar belakang demokrasi di negara ini sebelum berbuat apa-apa dalam negara ini. |
INI yang Amno bangga sangat, HARAM JADAH..!!! Posted: 16 Feb 2013 07:19 PM PST Inilah yang saya katakan salah satu Dasar Perjuangan UMNO/BN ialah mengkayakan diri dan keluarga mereka... Rakyat Malaysia dapat RM500 je sekali dalam tempoh 55 tahun UMNO/BN memerintah negara ini... Kroni dan Ahli keluarga Pemimpin UMNO/BN pula tiap-tiap tahun kekenyangan disuapkan projek... Haram Jadah.... |
Banyak penyelewengan ketenteraan ‘tiada jawapan’ – Brig Jen (B) Hadi Posted: 16 Feb 2013 07:16 PM PST KUALA LUMPUR 17 FEB: Hanya perubahan di peringkat kerajaan Persekutuan dapat mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan pembelian kelengkapan ketenteraan, kata Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab. Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu mengajak semua anggota tentera termasuk pesara supaya melakukan perubahan politik demi kebaikan negara. "Ada 250,000 bekas pesara tentera di negara ini. Semuanya harus bersama melakukan perubahan. Hanya melalui perubahan politik, segala salah laku Umno BN melibatkan ketenteraan, dapat didedah. "Kes seperti Scorpene, pembelian helikopter dan banyak lagi sehingga hari ini tidak ada jawapannya. Masa depan negara dan generasi akan datang bergantung pada PRU 13. "Kalau mahukan jawapan, ayuh bersama-sama menyumbangkan undi kepada Pakatan Rakyat kerana kita boleh membongkar segala penyelewengan selama ini," katanya. Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 rakyat dalam program Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Rekreasi, Keramat Wangsa, malam tadi. Ia turut disertai tiga lagi bekas pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat); Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat). Read More / Baca Lagi >> |
Konvensyen PR lancar manifesto 4 teras minggu depan Posted: 16 Feb 2013 06:30 PM PST Kata beliau, konvensyen keempat Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu akan menumpukan kepada perkara pokok yang turut terdapat dalam Buku Jingga. "Kita mengambil teras-teras utama seperti pendidikan yang amat penting. Sebab itu tawaran pendidikan percuma ini kita konsisten. Daripada anak darjah satu sehinggalah mereka dapat ijazah pertama," katanya. Tambah Salahuddin, perkara lain yang menjadi tumpuan pastinya hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan wanita. "Keduanya tentang kebajikan kaum wanita yang kita anjurkan caruman untuk mereka mendapat imbuhan. Ini juga penting untuk kita menghargai kaum wanita. Mereka boleh dapat setiap bulan," katanya lagi. Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh Zuraida Kamaruddin dari PKR, Chong Eng (DAP) dan Siti Zailah Mohd Yusoff (Pas) telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil "Agenda Wanita Malaysia" baru-baru ini. |
Petanda Dari Pencacai : PRU13 bukan pertarungan biasa - Ezam Posted: 16 Feb 2013 06:28 PM PST Senator Mohamad Ezam Mohd Noor mendakwa, negara ini dikatakan sedang 'diintai' pihak asing dalam usaha mengekalkan kuasa memandangkan kedudukannya yang strategik serta menjadi penghubung jalan timur dan barat. Beliau mendakwa, jika rakyat silap membuat percaturan, negara bakal dikuasai pihak asing yang mempunyai kuasa besar. "Jangan sampai orang asing yang tentukan (agenda negara). Agenda itu agenda kita, (kalau) hendak tukar kerajaan itu pun kita yang tentukan. |
Posted: 16 Feb 2013 06:27 PM PST Penegasan tersebut dibuat di hadapan hampir 10,000 hadirin yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno ketujuh (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus, di sini petang semalam. "Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi," katanya. Bagaimanapun ketika ditemui pemberita pada majlis sama, beliau menjelaskan, sehingga kini perkara terbabit tidak berbangkit dan beliau yakin kerjasama dalam PR tidak memberi apa-apa kesan kepada kaum Melayu dan agama Islam. |
PRU13 : Nurul Izzah tolak spekulasi berpindah, tetap pertahankan Lembah Pantai Posted: 16 Feb 2013 06:24 PM PST Raja Nong Chik, yang giat berkempen di Lembah Pantai setahun dua kebelakangan ini, memberikan persepsi kerusi tersebut tidak begitu selamat bagi Pakatan Rakyat (PR) sehingga timbul cakap-cakap naib presiden PKR itu akan dipindahkan ke kerusi selamat lain. "Saya bertungkus lumus. Terus terang saya katakan setiap hari, kita cuba sedaya upaya untuk bukan sahaja memberikan khidmat yang terbaik dan saya sedia sehingga akhirnya untuk bertarung di Lembah Pantai," kata Nurul Izzah dalam satu wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider menepis tanggapan beliau akan meninggalkan kawasan parlimennya. Walau bagaimanapun, beliau akur sekiranya PKR memikirkan sebaliknya. |
Melayu Islam: PAS tetap bersama Pakatan Rakyat Posted: 16 Feb 2013 06:23 PM PST KUALA TERENGGANU: PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat. "PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat. "Apabila DAP, orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi (kebebasan) hak dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain (diberi) adil. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan. Semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini," tegasnya. Read More / Baca Lagi >> |
Dunia Memerhati : Senator Australia diusir pulang selepas ditahan 15 jam Posted: 16 Feb 2013 06:20 PM PST Senator Australia Nick Xenophon telah diusir pulang pada pukul 10.30 malam ini selepas ditahan selama 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kerana didakwa menjadi 'musuh negara'. Xenophon, yang mendarat di terminal LCCT di Sepang pada jam 6:40 pagi tadi dengan penerbangan AirAsia, ditahan pihak berkuasa Imigresen sebaik saja tiba.Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita. Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya. Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat. Ketua Kakitangan pejabat Ketua Pembangkang, Ibrahim Yaakob, yang bergegas ke LCCT untuk menguruskan perkara itu, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai imigresen mendapati nama Xenophon telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut. "Para pegawai tidak menyatakan sebarang sebab lain, tetapi Xenophon memberitahu kami bahawa dia dimaklumkan bahawa dia ialah musuh negara ini," kata Ibrahim ketika dihubungi. Ibrahim juga berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah tiba di LCCT dan sedang berusaha untuk menghubungi kementerian luar Malaysia. Read More / Baca Lagi >> |
Najib Cari Musuh Antarabangsa : Bekas PM Australia mahu Canberra tegas dengan pengusiran Xenophon Posted: 16 Feb 2013 06:18 PM PST "Menahan mana-mana ahli parlimen Australia, dengan cara Senator Xenophon ditahan tidak boleh diterima," kata Rudd kepada saluran berita Australia, Sky News hari ini. "Kita teguh dengan demokrasi, oleh itu kita perlu tegas dengan rakan kita di Kuala Lumpur," katanya lagi. Xenophon hadir kerana menjadi sebahagian dari ahli parlimen dan senator Australia untuk mengkaji perjalanan pilihan raya Malaysia, tetapi rakan-rakannya membatalkan kehadiran mereka selepas beliau diusir. Rudd berkata Australia adalah rakan baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tindakan tidak munasabah Putrajaya itu memerlukan penjelasan. |
Pakistani expert discusses bomb attack on Quetta's Shia Posted: 16 Feb 2013 06:15 PM PST |
Dozens dead in bomb attack on Quetta's Shia Posted: 16 Feb 2013 06:15 PM PST |
More clashes as Bahrain police accused of blocking access to funeral Posted: 16 Feb 2013 06:14 PM PST |
Tunisia Islamists march for Ennahda's 'right to govern' Posted: 16 Feb 2013 06:13 PM PST |
Syrian rebels capture key Aleppo army installation Posted: 16 Feb 2013 06:12 PM PST |
Singaporeans protest over population plan Posted: 16 Feb 2013 06:12 PM PST |
Malaysia set to deport Australian senator Posted: 16 Feb 2013 06:11 PM PST |
Anwar nafi jadi Huguan Siou KadazanDusun seperti yang didakwa pemimpin UMNO@BN Posted: 16 Feb 2013 06:09 PM PST |
PGU7 0 : Sidang Media Muslimat Dr Mariah Posted: 16 Feb 2013 06:07 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan