Isnin, 14 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

Posted: 14 Jan 2013 10:58 PM PST




 JANUARY 14, 2013 


Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir
"Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them."
- William Faulkner, Intruder in the Dust.

SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk 'Forum Suara Mahasiswa Part 4' bertajuk 'Seiringkah Mahasiswa Berpolitik' yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013.
Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan 'ikrar mahasiswa' untuk 'menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah' dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari.
Universiti atau Tadika?
Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan  terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya  menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan.
Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan 'confront' audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir 'intimidation' sebegini perlu.
Kemudian Bawani meneruskan komen beliau dengan memberi contoh negara seperti  Argentina, Venezuela dan Brazil yang dikatakan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari prasekolah sehingga kepada ijazah pertama. Seterusnya Bawani memperkatakan mengenai keupayaan PTPTN melalui matematik mudahnya iaitu peruntukan sebanyak 10 bilion daripada keseluruhan 200 bilion perbelanjaan Persekutuan dengan memberi contoh Cuba sebagai negara yang pernah melakukannya. Lebih menarik Bawani melakukannya dengan membentangkan tahap literasi Cuba sebagai yang tertinggi di dunia.
Kemudiannya situasi menjadi lebih menarik. Bawani membentangkan GDP Cuba (saya tertanya-tanya apakah jurusan pengajian saudari Bawani?) namun malangnya ketika saya teruja untuk mendengar hujah lanjut Bawani, hujah beliau disambut dengan 10 kali lafaz 'Listen' oleh Saudari! Soalan kedua saya ialah, berapa minit komen yang diberikan kepada audien untuk bertanya soalan serta apakah tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menutup keupayaan hujah Bawani?
Sebagai ahli akademik saya percaya kepada kebebasan berhujah dan berbeza pendapat. Saya percaya kewibawaan Saudari akan lebih dihormati sekiranya hujah dibalas hujah, bukan hujah dibalas 'Listen'.  Lebih ironi, Saudari kemudiannya mengucapkan 'Let me speak' sehingga 7 kali! Saya begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika?
Hujah vs hujah
Seterusnya saya tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah balas Saudari kepada Bawani mengenai 'When I speak, you listen', 'jangan samakan negara lain dengan Malaysia', 'apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya' (Libya?), 'you must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat', 'animals have problem',   'kucing ada masalah', 'anjing boleh menggonggong', 'lembu kambing ada masalah', 'kita manusia lebih rakus daripada ikan', 'and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?', 'pernah makanshark finn?' atau 'you are very much to go to another university'.
Saya tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti 'pernah makan shark finn?'. Saya cuma terkesan apabila Bawani cuba menggunakan bahasa Melayu asas dengan saudari, saudari balas dengan bahasa Melayu rojak.
Saya fikir bukan ini caranya seseorang dengan status 'degree holder' seperti Saudari berhadapan dengan mahasiswa seperti Bawani. Saya sendiri tidak berapa setuju dengan hujah Bawani. Faktor sosial, budaya dan georgrafi negara kita sangat berlainan dengan Cuba dan tidak memungkinkan perumpamaan mudah GDP untuk digunakan sebagai hujah.
Walaubagaimanapun saya percaya Malaysia sedang mengalami fasa-fasa menuju kematangan demokrasi. Oleh yang demikian di dalam sebuah universiti yang subur budaya ilmu dengan golongan intelek dan terpelajar, hujah perlu dijawab dengan hujah, bukan dengan  'When I speak, you listen!'.
Fungsi Mahasiswa
Saya kini dengan rendah diri ingin mengajak Saudari kembali merenung fungsi golongan mahasiswa. Saya percaya ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat. Oleh yang demikian graduan yang paling bermanfaat ialah graduan yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara.
Dalam Indeks Kebebasan Media, kita berada pada kedudukan 122, di bawah Sudan dan Congo. 10 tahun kebelakang ini berdasarkan Bank Dunia, kenaikan gaji purata rakyat Malaysia hanyalah 2.6% di belakang kadar inflasi iaitu 2.8%. Data Epu/HIS menyatakan jurang pendapatan di kalangan rakyat semakin meningkat dengan 52.8% isi rumah memperoleh pendapat kurang daripada RM 3000 sebulan.
Kedudukan Malaysia di dalam indeks pendidikan antarabangsa seperti PISA dan juga TIMSS juga turun mendadak (PISA 2009, 55 daripada 74 negara; TIMSS 2011 – Matematik daripada 519 kepada 440, Sains daripada 492 kepada 426). Inilah masanya untuk kita gunakan mahasiswa sedia ada dalam bidang masing-masing samada pendidikan, ekonomi mahupun sains sosial untuk berdebat dan berhujah tentang masalah-masalah tersebut.
Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, ketakutan saya ialah apabila mahasiswa yang ada kini sibuk bermain Dota, Facebook, menonton Raja Lawak atau sibuk memuat turun siri kegemaran drama Korea. Graduan harus berfikir lebih jauh daripada kerja, kahwin, beli kereta, rumah dan 'settle down'.
Fungsi mahasiswa yang sebenar ialah melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasa masyarakat dengan melengkapkan mereka dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal serta golongan tertindas. Golongan terpelajar ini kelak akan memimpin negara, seharusnya asas perjuangan mereka sejak dari awal diletakkan lebih besar dari berkhidmat kepada diri sendiri.
Apa selepas ini?
Saya tidak menulis mewakili Bawani. Jauh sekali mewakili mana-mana gerakan mahasiswa dalam negara. Saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana rasa terpanggil akibat status saya sebagai mahasiswa juga. Dan semestinya lorong menggerakkan mahasiswa dan perubahan itu pelbagai. Saya setuju tidak semestinya gerakan mahasiswa itu terdorong untuk berjuang atas 'politik-merengek' sahaja, baring-baring atas jalan raya, demonstrasi ataupun berkhemah di Dataran Merdeka.
Tetapi saya juga percaya gerakan yang sama juga tidak akan terbina hanya melalui lawatan ke rumah anak yatim, rumah angkat di kawasan pedalaman (tanpa meremehkan prorgram terbabit) ataupun program-program dalaman universiti ala-ala sambutan tahun baru yang membosankan. Saya percaya asas kepada perjuangan mahasiswa ini ialah ilmu dan sikap. Saya menjemput Saudari untuk membaca karya Ali Shariati khususnya makalah ringan 'Ideologi Kaum Intelektual'. Namun jika Saudari begitu sibuk dengan persatuan 'Suara Wanita 1 Malaysia', saya sedia meminjamkan buku tersebut untuk dibaca oleh saudari.
Saya juga percaya sebenarnya banyak forum-forum sebegini diadakan di seluruh negara namun mereka bijak kerana tidak memuat naik ke atas talian. Malah perkara yang paling sedih dan memalukan ialah sikap mahasiswa di dalam dewan yang bertepuk tangan dan menjerit menyatakan sokongan ketika Sharifah memalukan Bawani dengan serangan peribadi. Berbanding dengan kemarahan warga Internet melalui Twitter dan Facebook; saya melihat jalan ke hadapan mahasiswa untuk berubah masih panjang dan penuh ranjau. Bayangkan dalam dewan dengan 2300 warga mahasiswa, mereka hanya mampu memeluk diri, tersenyum dan menepuk tangan ketika Bawani diperlakukan sedemikian rupa di dalam institusi pengajian tinggi mereka.
Untuk Saudari Sharifah, saya menunggu balasan daripada Saudari. Mungkin jika Saudari berkelapangan saya akan usahakan agar sebuah forum lanjutan dapat diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk menggalakkan penggunaan akal, etika dan anti korupsi di kalangan mahasiswa 1 Malaysia. Saya akhiri surat ini dengan bait dari Buya Hamka;
Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera di hutan juga bekerja.
Izinkan saya menyambung sedikit kiasan Buya Hamka di atas;
Kalau mahasiswa setakat belajar,
Lembu di padang juga belajar.
(Selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)
 * Zul Fikri Zamir Mohamad Munir ialah kolumnis di The Malaysian Insider serta Co-Founder Teach For The Needs (TFTN), sebuah gerakan aktivis pendidikan yang boleh dicapai di www.teachfortheneeds.org

(Untuk data lebih komprehensif, sila rujuk Blindspot: http://www.facebook.com/blindspot.msia)

The Age Australia : Najib Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya, Seks & Rasuah Scorpene?

Posted: 14 Jan 2013 10:25 PM PST


Akhbar The Age Australia : Najib Razak Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya, Seks & Rasuah Scorpene?

by STAFF BERITA SEMASA on JANUARY 15, 2013
Najib Altantuya The Age Australia Akhbar The Age Australia : Najib Razak Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya, Seks & Rasuah Scorpene?
Kalau sebelum ini Taib Mahmud pernah popular di Switzerland, Jerman dan Britain apabila akhbar utama di sana membuat liputan penuh mengenai skandal melibatkan diri Tan Sri Taib mahmud sendiri, ahli keluarga dan kroninya di Sarawak (KLIK SINI BUTIRANNYA). Kali ini giliran cerita mengenai pembunuhan Altantuya yang sehingga kini masih lagi misteri dan kes ini terus menjadi tumpuan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di serata dunia…
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diberikan sekali lagi publisiti melibatkan skandal yang terus menjadi misteri ini dan dikatakan sarat dengan elemen drama salahguna kuasa, rasuah, seks dan pembunuhan. Kalau sebelum ini Asian Sintinel pernah beberapa kali membuat liputan berita mengenai kes pembunuhan dan pembelian kapal selam Scorpene ini. Nama Malaysia terus popular apabila Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak terus dikaitakan skandal Scorpene & Altantuya termasuklah di akhbar & portal berita utama di Kemboja (The Phnom Penh Post), Berita Harian Hong Kong (Ming Pao) dan juga kanada (Vancouver Sun). (SEMAK BUTIRANNYA SINI)

The Age Australia : Najib Razak VS Altantuya VS Scorpene

Dan kali ini akhbar The Age Australia mengambil tempat dengan membuat liputan mengenai skandal pembunuhan gadis Mongolia pula, Altantuya Shariibuu. Dan laporan berita The Edge Australia dan juga Sydney Morning Herald Australia itu mengaitkan nama Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak dengan skandal pembunuhan ini. Di Malaysia, akhbar-akhbar utama di Malaysia lebih suka memfokuskan kepada personaliti dan kelibat Sirul Azhar Omar dan Azilah Hadri. Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia masih tertanya-tanya dua soalan utama yang masih belum terjawab sehingga kini….
  1. Siapa yang berikan arahan untuk pembunuhan Altantuya Shaariibu ini
  2. Dan yang keduanya apakah motif pembunuhan
Najib Altantuya Akhbar The Age Australia : Najib Razak Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya, Seks & Rasuah Scorpene?
Laporan berita The Age adakan mengatakan :
"Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang 'panas' dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno," petikan laporan berita penulis The Age, Lidsay Murdoch
Dan bertambah panas lagi apabila, dalam laporan berita The Age ada mengaitkan hubungan seks peringkat tertinggi negara:
"Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.
Sydney Morning Herald Najib Altantuya Akhbar The Age Australia : Najib Razak Terlibat Kes Pembunuhan Altantuya, Seks & Rasuah Scorpene?
Dan akhirnya Mahkamah Perancis sekarang ini sedang mengambil tempat untuk mengadili kes ini skandal pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan dari Perancis yang mana ada kaitan juga kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dan pelantikan François Hollande sebagai presiden Perancis yang baru telah melancarkan lagi siasatan skandal ini. (KLIK SINI UNTUK BUTIRAN PANJANG LEBAR).
Jikalau Datuk Najib tidak dipanggil semasa berlangsung perbicaraan di Malaysia, tetapi Datuk Najib bakal dikenakan sapina oleh Mahkamah Perancis tidak lama lagi.
P/S : Kami rakyat Malaysia, tidak mahu nama Malaysia popular dengan cerita-cerita sebegini rupa. Bukan sekali. Tetapi sudah beberapa kali nama Malaysia dijaja dengan cerita-cerita sebegini rupa. Hentikanlah. Tampilah memberikan penjelasan…Apa pendapat dan komen anda pula?

Surat Terbuka Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin

Posted: 14 Jan 2013 06:19 PM PST


 JANUARY 14, 2013 


Oleh Zul Fikri Zamir Mohamad Munir
"Some things you must always be unable to bear. Some things you must never stop refusing to bear. Injustice and outrage and dishonor and shame. No matter how young you are or how old you have got. Not for kudos and not for cash: your picture in the paper nor money in the back either. Just refuse to bear them."
- William Faulkner, Intruder in the Dust.

SAYA rasa terpanggil untuk menulis kepada Saudari setelah menonton sebuah klip Youtube bertajuk 'Forum Suara Mahasiswa Part 4' bertajuk 'Seiringkah Mahasiswa Berpolitik' yang telah dimuat naik oleh TvMyMahasiswa pada 9 Januari 2013.
Untuk pengetahuan Saudari, saya adalah mahasiswa pasca-ijazah dalam bidang Pengajian Masa Depan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Selain terganggu dengan 'ikrar mahasiswa' untuk 'menentang demonstrasi jalanan, anasir luar yang menjadi barah' dan pelbagai terma pelik yang tidak pernah saya ikrarkan ketika mengambil ijazah sarjana muda dahulu, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai komen Bawani kepada Saudari.
Universiti atau Tadika?
Bawani memulakan komen beliau dengan bertanya kepada Saudari mengenai tuduhan  terhadap Ambiga (Pengerusi bersama Bersih) sebagai pencetus anarkis di Malaysia dan Pak Samad sebagai pencetus kepada orang-orang gila yang membuat demonstrasi jalanan. Beliau kemudiannya  menjelaskan kepada sidang dewan mengenai pergerakan Bersih yang menurutnya sah di sisi undang-undang serta sebuah gerakan non-partisan.
Perkara pertama yang tidak saya fahami ialah mengapa Saudari perlu turun ke bawah dewan untuk berhadapan dengan Bawani? Adakah sudah menjadi kebiasaan di Universiti Utara Malaysia (UUM, lokasi forum ini diadakan) panelis akan turun dan 'confront' audien secara berhadapan? Dalam sebuah forum di negara yang matang saya tidak fikir 'intimidation' sebegini perlu.
Kemudian Bawani meneruskan komen beliau dengan memberi contoh negara seperti  Argentina, Venezuela dan Brazil yang dikatakan memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari prasekolah sehingga kepada ijazah pertama. Seterusnya Bawani memperkatakan mengenai keupayaan PTPTN melalui matematik mudahnya iaitu peruntukan sebanyak 10 bilion daripada keseluruhan 200 bilion perbelanjaan Persekutuan dengan memberi contoh Cuba sebagai negara yang pernah melakukannya. Lebih menarik Bawani melakukannya dengan membentangkan tahap literasi Cuba sebagai yang tertinggi di dunia.
Kemudiannya situasi menjadi lebih menarik. Bawani membentangkan GDP Cuba (saya tertanya-tanya apakah jurusan pengajian saudari Bawani?) namun malangnya ketika saya teruja untuk mendengar hujah lanjut Bawani, hujah beliau disambut dengan 10 kali lafaz 'Listen' oleh Saudari! Soalan kedua saya ialah, berapa minit komen yang diberikan kepada audien untuk bertanya soalan serta apakah tindakan ini dilakukan semata-mata untuk menutup keupayaan hujah Bawani?
Sebagai ahli akademik saya percaya kepada kebebasan berhujah dan berbeza pendapat. Saya percaya kewibawaan Saudari akan lebih dihormati sekiranya hujah dibalas hujah, bukan hujah dibalas 'Listen'.  Lebih ironi, Saudari kemudiannya mengucapkan 'Let me speak' sehingga 7 kali! Saya begitu hairan, dalam bidang pedagogi selalunya perkataan diulang-ulang digunakan hanya untuk anak-anak prasekolah, bukan mahasiswa dengan fakta literasi dan GDP. UUM ini universiti atau tadika?
Hujah vs hujah
Seterusnya saya tidak berminat untuk mengulas mengenai hujah balas Saudari kepada Bawani mengenai 'When I speak, you listen', 'jangan samakan negara lain dengan Malaysia', 'apa yang kamu buat di Malaysia, go to Cuba, go to Argentina, go to Libya' (Libya?), 'you must understand what is democracy, you must understand – what is perhimpunan lebih dari 3 orang di sesebuah tempat', 'animals have problem',   'kucing ada masalah', 'anjing boleh menggonggong', 'lembu kambing ada masalah', 'kita manusia lebih rakus daripada ikan', 'and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?', 'pernah makanshark finn?' atau 'you are very much to go to another university'.
Saya tidak nampak kaitan fakta yang dibentangkan oleh Bawani bermula dari jumlah perbelanjaan negara serta idea untuk pendidikan percuma sehingga kepada GDP negara Cuba dengan jawapan Saudari seperti 'pernah makan shark finn?'. Saya cuma terkesan apabila Bawani cuba menggunakan bahasa Melayu asas dengan saudari, saudari balas dengan bahasa Melayu rojak.
Saya fikir bukan ini caranya seseorang dengan status 'degree holder' seperti Saudari berhadapan dengan mahasiswa seperti Bawani. Saya sendiri tidak berapa setuju dengan hujah Bawani. Faktor sosial, budaya dan georgrafi negara kita sangat berlainan dengan Cuba dan tidak memungkinkan perumpamaan mudah GDP untuk digunakan sebagai hujah.
Walaubagaimanapun saya percaya Malaysia sedang mengalami fasa-fasa menuju kematangan demokrasi. Oleh yang demikian di dalam sebuah universiti yang subur budaya ilmu dengan golongan intelek dan terpelajar, hujah perlu dijawab dengan hujah, bukan dengan  'When I speak, you listen!'.
Fungsi Mahasiswa
Saya kini dengan rendah diri ingin mengajak Saudari kembali merenung fungsi golongan mahasiswa. Saya percaya ilmu yang terbaik ialah ilmu yang kembali kepada masyarakat. Oleh yang demikian graduan yang paling bermanfaat ialah graduan yang kembali ke masyarakat untuk menyelesaikan 1001 masalah negara.
Dalam Indeks Kebebasan Media, kita berada pada kedudukan 122, di bawah Sudan dan Congo. 10 tahun kebelakang ini berdasarkan Bank Dunia, kenaikan gaji purata rakyat Malaysia hanyalah 2.6% di belakang kadar inflasi iaitu 2.8%. Data Epu/HIS menyatakan jurang pendapatan di kalangan rakyat semakin meningkat dengan 52.8% isi rumah memperoleh pendapat kurang daripada RM 3000 sebulan.
Kedudukan Malaysia di dalam indeks pendidikan antarabangsa seperti PISA dan juga TIMSS juga turun mendadak (PISA 2009, 55 daripada 74 negara; TIMSS 2011 – Matematik daripada 519 kepada 440, Sains daripada 492 kepada 426). Inilah masanya untuk kita gunakan mahasiswa sedia ada dalam bidang masing-masing samada pendidikan, ekonomi mahupun sains sosial untuk berdebat dan berhujah tentang masalah-masalah tersebut.
Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, ketakutan saya ialah apabila mahasiswa yang ada kini sibuk bermain Dota, Facebook, menonton Raja Lawak atau sibuk memuat turun siri kegemaran drama Korea. Graduan harus berfikir lebih jauh daripada kerja, kahwin, beli kereta, rumah dan 'settle down'.
Fungsi mahasiswa yang sebenar ialah melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasa masyarakat dengan melengkapkan mereka dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal serta golongan tertindas. Golongan terpelajar ini kelak akan memimpin negara, seharusnya asas perjuangan mereka sejak dari awal diletakkan lebih besar dari berkhidmat kepada diri sendiri.
Apa selepas ini?
Saya tidak menulis mewakili Bawani. Jauh sekali mewakili mana-mana gerakan mahasiswa dalam negara. Saya hanya menjalankan tanggungjawab kerana rasa terpanggil akibat status saya sebagai mahasiswa juga. Dan semestinya lorong menggerakkan mahasiswa dan perubahan itu pelbagai. Saya setuju tidak semestinya gerakan mahasiswa itu terdorong untuk berjuang atas 'politik-merengek' sahaja, baring-baring atas jalan raya, demonstrasi ataupun berkhemah di Dataran Merdeka.
Tetapi saya juga percaya gerakan yang sama juga tidak akan terbina hanya melalui lawatan ke rumah anak yatim, rumah angkat di kawasan pedalaman (tanpa meremehkan prorgram terbabit) ataupun program-program dalaman universiti ala-ala sambutan tahun baru yang membosankan. Saya percaya asas kepada perjuangan mahasiswa ini ialah ilmu dan sikap. Saya menjemput Saudari untuk membaca karya Ali Shariati khususnya makalah ringan 'Ideologi Kaum Intelektual'. Namun jika Saudari begitu sibuk dengan persatuan 'Suara Wanita 1 Malaysia', saya sedia meminjamkan buku tersebut untuk dibaca oleh saudari.
Saya juga percaya sebenarnya banyak forum-forum sebegini diadakan di seluruh negara namun mereka bijak kerana tidak memuat naik ke atas talian. Malah perkara yang paling sedih dan memalukan ialah sikap mahasiswa di dalam dewan yang bertepuk tangan dan menjerit menyatakan sokongan ketika Sharifah memalukan Bawani dengan serangan peribadi. Berbanding dengan kemarahan warga Internet melalui Twitter dan Facebook; saya melihat jalan ke hadapan mahasiswa untuk berubah masih panjang dan penuh ranjau. Bayangkan dalam dewan dengan 2300 warga mahasiswa, mereka hanya mampu memeluk diri, tersenyum dan menepuk tangan ketika Bawani diperlakukan sedemikian rupa di dalam institusi pengajian tinggi mereka.
Untuk Saudari Sharifah, saya menunggu balasan daripada Saudari. Mungkin jika Saudari berkelapangan saya akan usahakan agar sebuah forum lanjutan dapat diadakan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk menggalakkan penggunaan akal, etika dan anti korupsi di kalangan mahasiswa 1 Malaysia. Saya akhiri surat ini dengan bait dari Buya Hamka;
Kalau hidup sekadar hidup,
babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar bekerja,
kera di hutan juga bekerja.
Izinkan saya menyambung sedikit kiasan Buya Hamka di atas;
Kalau mahasiswa setakat belajar,
Lembu di padang juga belajar.
(Selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)
 * Zul Fikri Zamir Mohamad Munir ialah kolumnis di The Malaysian Insider serta Co-Founder Teach For The Needs (TFTN), sebuah gerakan aktivis pendidikan yang boleh dicapai di www.teachfortheneeds.org

(Untuk data lebih komprehensif, sila rujuk Blindspot: http://www.facebook.com/blindspot.msia)

Mesti pemimpin UMporNO sokong sangat kalau kaedah ini dilakukan di Malaysia - Indonesia tawar sex cegah rasuah

Posted: 14 Jan 2013 07:30 AM PST


INDONESIA DISARAN TAWAR SEX UNTUK CEGAH RASUAH
alt

JAKARTA 14 Jan. - Cadangan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia untuk menawarkan rasuah seks dalam undang-undang antirasuah mendapat sokongan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Indonesia Mahfud MD.

Beliau berkata, cadangan itu bagaimanapun perlu dibincangkan lebih lanjut supaya dapat mengelakkan komplikasi yang mungkin timbul daripada undang-undang.


"Penentuan perbuatan jenayah ini adalah sukar. Penalti bagi salah laku (seksual) itu ringan. Sementara perbuatan rasuah memerlukan rasuah untuk datang dalam bentuk material. Jadi, di manakah kedudukan kesalahan rasuah seksual ini?

"Ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut," kata Mahfud dipetik sebagai berkata dalam sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris The Jakarta Globe hari ini.

Mengakui bahawa amalan ini telah lama berlaku di Indonesia, Mahfud bersetuju bahawa penawaran pelacur atau khidmat seks kepada pegawai awam adalah satu
bentuk ganjaran yang dalam beberapa kes katanya boleh menjadi lebih besar daripada menggunakan wang sogokan.

Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan itu berkata beliau menerima laporan bahawa ahli perniagaan dan politik mengupah perempuan simpanan dan pelacur sebagai pelobi bagi meyakinkan pembuat dasar dan pegawai awam untuk menyokong agenda mereka.

Selasa lalu, Timbalan Pengerusi KPK Adnan Pandupraja mencadangkan supaya rasuah seks dimasukkan dalam undang-undang antirasuah kerana pada masa kini tiada apa yang boleh dilakukan bagi mencegah amalan itu daripada berlaku, meskipun masalah tawaran seks diketahui wujud.

"Undang-undang mengukur rasuah dalam bentuk rupiah. Jika kita boleh menukar rasuah seks dalam bentuk jumlah rupiah, ia akan menjadi menarik, tetapi malangnya tidak terdapat sebarang peraturan mengenai perkara ini," kata Adnan.

Siti Nurhaliza dah berhijab penuh dihari lahirnya

Posted: 14 Jan 2013 03:03 AM PST


alt
Akhirnya tanda tanya peminat penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza mengenai bila penyanyi jelita ini ingin berhijab sepenuhnya terjawab apabila penyanyi itu muncul dengan imej bertudung litup di majlis perkahwinan Apek dan Leuniey.
Menurut portal Murai, Siti berkata sudah tiba masanya untuk menunaikan janji berhijab penuh. Janji tersebut dibuat selepas beliau pulang daripada menunaikan haji tahun lepas.
"Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua.
"Alhamdulilah pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh," kata penyanyi ini.
alt
Beberapa keping gambar Siti bertudung litup yang dimuatnaik di Instagram pada hari jadinya 11 Januari lalu mendapat reaksi yang positif daripada peminat-peminatnya.
Siti turut berharap agar penampilan barunya ini akan terus kekal.
"Inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila," ujar Siti Nurhaliza yang kini sedang dalam tempoh bercuti dari sebarang aktiviti seni.

HKR #KL112 - TERIMA KASIH PARA PENDERMA - Jumlah kutipan RM289,000.00

Posted: 14 Jan 2013 02:44 AM PST


KUALA LUMPUR 14 Jan: Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohammad Sabu mengesahkan derma yang berjaya dikutip pada himpunan Sabtu lalu mencecah RM289,000.


Jumlah tersebut dikumpul sejurus beliau mengumum dan melancarkan kutipan derma di Stadium Merdeka.
"Alhamdulillah, kita berjaya peroleh suku juta ringgit hasil kerjasama dan keprihatinan orang ramai," kata Timbalan Presiden PAS itu ketika dihubungi
.
Kutipan derma tersebut meliputi peserta yang berada dalam stadium dan juga di luar stadium

Menurutnya, wang itu akan disalurkan khas untuk membiayai sewa Stadium Merdeka sebanyak RM100,000 dan penyelenggaraan lain.

"Bakinya kita akan masukkan ke dalam Tabung Pakatan Rakyat untuk menampung kegiatan parti," jelas Mat Sabu.

Beliau berterima kasih kepada semua anggota parti Pakatan, termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Unit Amal serta Pemuda PAS dan NGO yang membantu perjalanan program pada 12 Januari lalu.

"Paling penting kepada rakyat yang begitu semangat hadir dan sudi hulurkan sumbangan, tak lupa juga pihak polis yang beri kerjasama," katanya.

Dalam himpunan yang mengumpulkan kira-kira 500,000 rakyat itu, Mat Sabu mendedahkan SMS palsu oleh blogger Umno mengatakan semua peserta HKR dibayar RM150 seorang.

Sedangkan katanya, pihak penganjur bukan sahaja tidak membayar mereka, sebaliknya mahu meminta sumbangan daripada para peserta.

"Kini terbukti, rakyat yang beri kita wang, bukan kami," tambahnya.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


HASSAN JATI TIDAK PERLU CABAR ANWAR TETAPI CABAR TUAN GURU HJ HADI

Posted: 14 Jan 2013 12:34 PM PST

Siapa benarkan Kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam?
Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, menyalak sekali lagi Hassan Jati tentang isu Kalimah Allah.  Rakyat sudah tidak fikir isu tersebut kerana rakyat tahu siapa sebenarnya yang berhak dan berkuasa di atas isu ini.  Surat di atas sudah cukup membayangkan sikap sebenar Umno di dalam isu ini dan Hassan Jati sudah buta hati kerana tidak sedar selama ini siapa yang memerintah dan mempunyai kuasa eksekutif di negara ini.

Pemahamannya cukup mudah, tetapi Hassan Jati sudah kering isu maka dikutip isu yang rakyat sendiri sudah mula memahaminya.  Hassan Jati mencabar DS Anwar dan DAP menerima keputusan Majlis Syura PAS tentang isu Kalimah Allah.  Cabaran bodoh yang menunjukkan Hassan Jati juga tidak faham isu ini.  DS Anwar, Lim Kit Siang dan Tuan Guru Hj Hadi (Presiden PAS) sudah sepakat di dalam isu tersebut.  Adakah Tuan Guru Hj Hadi melanggar keputusan Majlis Syura?  Jika begitu, Tuan Guru Hj Hadi patut dikenakan tindakan tatatertib.  Tetapi mengapa tidak?  Ini adalah kerana Tuan Guru Hj Hadi tidak melanggar keputusan Majlis Syura apabila beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan tentang isu tersebut.

Cuma, Hassan Jati yang buat tidak tahu atau sememangnya dia tidak tahu.  Sebelum dia cabar DS Anwar terima keputusan Majlis Syura PAS itu, kita juga cabar Hassan Jati mencabar Tuan Guru Hj Hadi untuk berdebat berkaitan isu ini jika Hassan Jati bukan seorang yang jahil.  Mengapa Hassan Jati buat-buat tidak tahu surat di atas?  Jawapannya mudah, ianya adalah kerana jiwanya telah dibeli oleh sekutu APCO.  Itu saja.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Najib politikkan isu air untuk raih undi rakyat S’ngor – MB

Posted: 14 Jan 2013 08:03 PM PST

Najib politikkan isu air untuk raih undi rakyat S'ngor – MB

SHAH ALAM 15 Jan: Kerajaan Selangor kesal dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan isu air untuk mengugut rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ketika rakyat menghadapi masalah bekalan air, Perdana Menteri (PM) sepatutnya bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri demi memastikan perkara ini tidak berulang.

"Sebaliknya, beliau mengugut rakyat Selangor bahawa mereka akan terus berhadapan dengan masalah air jika tidak menyokong Barisan Nasional (BN).




"Jelas, beliau merendahkan martabatnya sebagai Perdana Menteri untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) tidak lama lagi," kata Khalid dalam kenyataan.

Katanya, kerajaan negeri percaya rakyat Selangor tahu janji Najib adalah umpama 'meludah ke langit' kerana masalah air ini berpunca daripada kegagalan dasar penswastaan air oleh BN yang memberikan konsesi selama 30 tahun kepada syarikat kroni yang tidak berkemampuan.
Beliau berkata, jika kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambilalih pada 2008, rakyat Selangor sekarang akan dibebani kenaikan tarif air yang tinggi sebanyak 37 peratus pada 2009, 25 peratus 2012, dan 20 peratus pada 2015.


"Kenyataan terbuka Najib ini sudah cukup untuk membuktikan mengapa Kerajaan Pusat enggan bekerjasama dengan Kerajaan Selangor menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Lembah Klang seperti yang dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang diluluskan kerajaan BN sendiri.


"Ternyata, hasrat mereka bukan untuk menyelesaikan masalah dengan serta merta, tetapi  untuk mempolitikkan isu ini dan menggunakannya sebagai bahan tawaran untuk meraih undi," kata Khalid.
"BN lebih rela membela syarikat kroni konsesi yang ternyata gagal dan cuai dalam mengurus perkhidmatan air daripada memberi kerjasama kepada kerajaan negeri untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan air. Syabas berdepan dengan krisis pengurusan yang boleh membawa masalah besar kepada rakyat jika konsesi ini terus dibenar menguruskan air di Lembah Klang," sambung beliau.





Khalid berkata, Najib juga sengaja tidak mahu menyerahkan perkhidmatan air kepada Kerajaan Selangor kerana beliau bimbang Selangor dapat melakukannya dengan lebih cekap dengan kos yang lebih efektif sekaligus membuktikan kegagalan BN.


"Kita meragui catuan air yang dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kita tidak menolak kemungkinan ia sengaja dilakukan untuk menyusahkan rakyat dan menyemaikan perasaan tidak puas hati terhadap Pakatan Rakyat.

"Kerajaan negeri menghantar enam pucuk surat kepada menteri sejak Julai 2012 bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air mengikut WSIA, namun nampaknya menteri lebih suka berpolitik dari menyelesaikan perkara ini secara waras," jelas Khalid.

Beliau menambah, sikap tidak acuh dan sambil lewa PM terhadap cadangan pengambilalihan air oleh Kerajaan Selangor membuktikan beliau dan BN sanggup menggadaikan kebajikan rakyat demi kepentingan politik.

Berikutan itu, tegas Menteri Besar, Kerajaan Selangor menggesa Kerajaan Persekutuan hentikan amalan mengugut rakyat negeri dengan meletakkan keperluan asas kehidupan seperti air sebagai sandaran.
"Berpolitiklah secara matang, bukannya menzalimi rakyat ala samseng," kata Khalid.


Ratusan ribu menyatukan perjuangan di Stadium Merdeka, di Rincing orang ramai berebut beras

Posted: 14 Jan 2013 08:17 AM PST

Ratusan ribu menyatukan perjuangan di Stadium Merdeka, di Rincing orang ramai berebut beras



Semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat sedang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu lepas Najib juga mengadakan himpunan di Rinching dengan kaum India dan masyarakat lain dengan membekalkan beras lima kg seorang. Dua perhimpunan ini menampakkan perbezaan dan perbezaan itu menampakkan jauhnya perselisihan 'mentaliti' dua puak yang berjuang dalam politik.
Di Stadium Merdeka, ratusan ribu rakyat berhimpun dengan bersama-sama berbelanja untuk membayar bil perhimpunan itu termasuk pembayaran sewaan Stadium Merdeka yang berjumlah RM100 ribu kepada syarikat pengendali stadium bersejarah itu. Sokongan ramai dengan bersama-sama menanggung kos perhimpunan itu oleh peserta perhimpunan itu mengingatkan kita kepada keadaan semasa rakyat bersama-sama menderma untuk perbelanjaan rombongan pimpinan kita ke London untuk menyempurnakan tuntutan itu. Rakyat yang serius mahukan perubahan telah memberikan sumbangan wang ringgit dan barang kemas untuk mengumpulkan perbelanjaan untuk mendapatkan kerajaan sendiri dan terhindar dari tekanan dan cengkaman penjajah.
Rakyat khabarnya memberikan derma mengikut kemampuan masing-masing. Kalau tidak banyak mereka akan menderma sedikit. Kata perpatah, 'kalau banyak tanda berada, jika sedikit tanda bersama'. Yang penting semua yang berkemampuan memberikan sumbangan untuk mencapai matlamat perjuangan sesebuah pertubuhan siasah untuk memerdekakan rakyat dan negara dari cengkaman pemerintah yang selalu mengelirukan pemikiran rakyat. Rakyat sedar nilai-nilai buruk dalam 'mentaliti' rakyat keseluruhan mesti di perbaikki. 
 
Oleh kerana UMNO terlalu lama memerintah rakyat, pemikiran mereka (rakyat) telah jauh di selewengkan oleh parti itu sehinggakan parti itu mewujudkan ciri-ciri sebagai pembawa dalil-dalil hari hendak kiamat. Pemikiran setengah rakyat telah dirosakkan sehinggakan yang baik di katakan salah dan yang salah di katakan benar. Pihak yang baik di ketepikan dan di pinggirkan sebaliknya yang jahat dan ternoda bermaharajalela.
Yang nampak jelas melakukan maksiat rasuah bercakap dan berjanji untuk membela rakyat semua kaum dan isu ini meruipakan isu yang sudah kita dengar sejak puluhan tahun dahulu setiap kali pilihanraya tiba. Sekarang mereka masih berjanji dan merayu untuk di berikan peluang untuk terus berkuasa dengan mendapatkan mandat rakyat yang sedang dalam pencarian itu. Amat payah untuk menerima janji-janji mereka yang rasuah untuk berbuat baik kerana kerja rasuah ini merupakan kerja yang paling hina di sisi agama dan Tuhan. Perasuah tidak mungkin mampu membuat keputusan dengan baik, kerana setiap keputusan itu ada terselit kepentingan pihak tertentu termasuk diri dan keluarga sendiri.
Tidak masuk kedalam akal yang berfikir, bagaimana yang rasuah dan mencuri itu berjanji akan berbuat baik dan boleh diletakkan masa depan kita serta generasi kita yang akan datang. Pemimpin yang telah dan masih melakukan kerja yang tidak bertanggungjawab itu pergi keseluruh negara menjanjikan rakyat masa depan yang cerah dengan segala teori transformasi dalam semua bidang itu.
Pemimpin-pemimpin yang sedang bergelumang dengan segala noda rasuah menggunakan wang dan harta rakyat dengan selamba mundar mandir memberikan janji-janji yang kita selalu dengar sejak kita mula membuka mata kita puluhan tahun dahulu. Itu lah sebabnya kita melihat kesedaran rakyat tidak boleh di tutupi lagi dan manifestasi mereka terlihat dalam himpunan kebangkitan rakyat yang mendapat sambutan ratusan ribu rakyat itu.
Nun di Semenyih (Rinching) pemimpin terbesar BN telah berjumpa rakyat memberikan 5 kg beras seorang seolah 5 kg itu boleh memberikan kehidupan seumur hidup bagi rakyat yang rata-rata miskin itu. Kehadiran di Rincing tidak ramai dan itu ada lah fakta jelas. Tetapi kalau ditanya Rais Yatim di Rincing itu jumlah kehadiran lebih besar dari kehadiran di Stadium Merdeka.
Bagi Rais Himpunan Rakyat di Stadium Merdeka itu hanyalah 30,000 orang sahaja dan itu adalah tabiat beliau yang selalu memperbodohkan rakyat. Mungkin beliau (Rais) berfikir hanya beliau sahaja yang pernah ke sekolah dan yang lain tidak tahu mengira dan mengagak yang mana yang ramai dan yang mana yang tidak ramai. Bagi saya ibu saya yang miskin pun telah menghantar saya kesekolah juga sikit-sikit.
Itulah sebabnya saya sekarang ini boleh lah membaca sikit-sikit dan menulis sikit-sikit. Kalau setakat mengira kehadiran itu masih boleh saya lakukan. Itu sebabnya saya tahu yang hadir memberikan sokongan di Stadium Negara itu melebihi setengah juta rakyat dan dari berbilang kaum pula.
Apa yang menyedihkan apa bila Perdana Menteri datang ke sesuatu tempat dan daerah beliau amat bergembira melihat rakyat berebut-rebut di tepi lori yang membawa beras dan sebenarnya itulah cara UMNO mendapatkan undi selama ini. Itulah sebabnya ramai di antara rakyat memberikan pandangan yang agak 'conclusive', UMNO akan kekal berkuasa selagi rakyat masih miskin kerana kemiskinan rakyat itulah di jadikan umpan untuk mendapatkan undi dalam setiap pilihanraya.
Apa yang berlaku di Rincing, Semenyih itu adalah simbolik kepada sikap UMNO yang sebenarnya. Berikan beras 5 kg kepada yang miskin UMNO akan mendapat sokongan dan terus bermaharajalela. Undi hanya bernilai 5 kg beras sahaja nampaknya. Cara UMNO mengambil hati rakyat ialah dengan memberikan bantuan dengan 5 kg beras samalah seperti memberikan bantuan mangsa banjir sahaja. Kita tidak nampak bagaimana gulungan ini akan menambah pendapatan untuk mencecah USD15 ribu setahun menjelang 2020 nanti. Tidak ada sesiapa yang mempunyai sedikit keupayaan untuk berfikir yang gulungan ini akan mencapai matlamat berpendapatan USD15 ribu setahun itu.
Peningkatan pendapatan ketahap itu tidak boleh di capai dengan hanya memberikan bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) dan pembahagian beras yang 5 kg itu. Pendapatan sebanyak yang di cita-citakan itu tidak akan dapat di capai dengan bayaran 'one off' sebanyak RM1000 kepada bekas tentera yang tidak berpencen dan memberikan bantuan RM100 kepada kanak-kanak sekolah.
Saya tidak tahu samada saya masih hidup lagi pada tahun 2020 nanti, tetapi saya tahu sesiapa yang masih hidup dalam tahun itu nescaya akan melihat kegagalan cita-cita itu.
Semalam Najib berkata BN perlukan mandat besar untuk menyelesaikan masalah kaum India. Tetapi bukankah BN telah mendapat mandat sejak negara merdeka. Kenapa kaum India masih tidak dapat di selesaikan? Setiap kali pilihanraya BN telah di berikan mandat tetapi dengan kenyataan beliau semalam, jelas merupakan pengakuan yang BN telah gagal melakukan sesuatu terhadap kaum India. 
Kalau selama 55 tahun memerintah kaum India masih ketinggalan seperti yang di akui Najib itu apakah masih ada prospek kaum India untuk maju jika masih memberikan mandat kepada pihak yang telah gagal melaksanakan janji selama ini?
Elok kita bertanya kepada Najib, bagaimana kaum India hendak memberikan keyakinan jika mereka (kaum India) tahu selama ini BN adalah parti yang gagal terus-terusan untuk membela mereka. Kaum India sendiri akan bertanya kaum Melayu pun jauh ketinggalan walaupun negara ini telah di pimpin oleh orang Melayu sejak merdeka.
 
 
 

Bawa kanak2 ke himpunan Najib dibolehkan, HKR pula disiasat

Posted: 14 Jan 2013 08:07 AM PST

Bawa kanak2 ke himpunan Najib dibolehkan, HKR pula disiasat

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 14 Jan: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengkritik tindakan dwi-standard polis yang hanya menyiasat kanak-kanak dan siswa hadir Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), sebaliknya membenarkan golongan itu hadir ke satu program bersama Perdana Menteri.




"Himpunan Datuk Seri Najib Razak pun ada kanak-kanak, kenapa hanya siasat HKR? Siasat himpunan kerajaan sekali," tegas Surendran menyatakan kerajaan melanggar peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman berhubung perkara itu.

Dalam himpunan bersama Najib di Dataran Tesco Bandar Rinching, Semenyih Sabtu lalu, kanak-kanak malah diangkut menaiki bas untuk meramaikan program berkenaan.
Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), S Barathidasan berkata, acara perdana itu disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.

Semalam, polis membuka kertas siasatan mengenai pelanggaran syarat HKR iaitu larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun ke KHR di Stadium Merdeka.
"Semasa berjumpa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, saya ada membangkitkan isu ini, bahawa akan ada kanak-kanak yang ikut ibu bapa mereka, dan beliau kata ia tiada masalah," jelas Surendran kepada Keadilan Daily.


Utusan Malaysia dan TV3 paling banyak memaparkan kesalahan penganjur HKR yang kononnya membenarkan kanak-kanak hadir ke himpunan itu.
"Tiada isu sebenarnya, tetapi media dan pemimpin Umno takut melihat kebangkitan rakyat. Mereka sengaja cari isu murahan untuk dimainkan," kata Surendran.


Akhbar Australia: Kes pembunuhan Altantuya jejas peluang Umno

Posted: 14 Jan 2013 02:05 AM PST

Akhbar Australia: Kes pembunuhan Altantuya jejas peluang Umno

KUALA LUMPUR 14 Jan: Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.




"Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang 'panas' dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno," tulis portal akhbar itu semalam.
Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.


Akhbar itu turut mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.
The Age turut mengaitkan hubungan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya namun dibebaskan mahkamah pada 2009.



"Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.

"Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan.


"Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai 'titik penentu nasib rakyat dan negara'," akhbar itu dipetik.



UCAPAN DSAI

Posted: 14 Jan 2013 01:04 AM PST