Nuffnang

Pengikut

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


09 January 2013 Kalimah Allah - Pukulan Maut Dari Dr Asri Buat Umno

Posted: 08 Jan 2013 05:56 PM PST

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran:64)

Mantan Mufti Perlis Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin melontarkan satu persoalan yang mencuit minda dan menggoncang jiwa untuk dirungkai secara realiti tetapi berhemah dan berilmiah.

PERLUKAH VERSI KHAS APABILA BUKAN ISLAM MENYANYIKAN LAGU-LAGU RASMI NEGERI-NEGERI INI?





Sumber - kerengga


MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


KUALA LUMPUR #112 : Tidak mustahil 1 JUTA akan hadir

Posted: 08 Jan 2013 11:09 PM PST



Tidak mustahil Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 12 Januari ini di Kuala Lumpur akan mencapai sasarannya - sejuta orang.

Pendukung PAS sendiri sudah diarahkan oleh pimpinan tertinggi parti supaya datang beramai-ramai ke Ibu Kota untuk menyertai Himpunan itu yang akan berlangsung secara aman dan tertib.

PAS Selangor sendiri, menurut arahan Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Othman, akan menghantar 300,000 orang, suatu jumlah yang sangat memberangsangkan. Negeri lain juga akan menghantar peserta seramai mungkin.

Sebenarnya majoriti rakyat sudah tidak lagi takut menyertai himpunan seperti ini, terutamanya sejak Himpunan Bersih dulu serta Himpunan Lynas, Himpunan Pengerang dan beberapa himpunan lagi. Ternyata semua himpunan rakyat ini berjalan dengan aman dan tertib, tidak ada harta benda awam yang musnah, jualan makanan dan minuman lebih laris dari biasa dan tiada sebarang gangguan terhadap kehidupan harian.

Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini dijangka berlangsung secara aman dan tertib. Tidak akan ada kekacuan, kecuali jika ada provokasi dari pihak tertentu yang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan. Namun pihak keselamatan yang disediakan oleh penganjur Himpunan yang akan bekerjasama dengan pihak polis akan mempastikan Himpunan itu akan berjalan secara aman dan penuh harmoni.

Sementelah lagi jaminan yang diberi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa pihak polis akan berperanan sebagai pemudahcara pada perhimpunan 12 Januari ini. Jaminan itu diberikan oleh Ketua Polis Negara itu dalam pertemuan dengan penganjur yang diketuai oleh Haji Muhamad Sabu dengan disertai oleh 10 orang wakil termasuk Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP, Teng Chang Kim dan Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.


Malah, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution memberitahu bahawa pihak polis turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai 'detik bersejarah' selepas 'belajar daripada kekurangan' yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah puncak dari segara himpunan yang terdahulu di seluruh negara menjelang PRU akan datang.

Ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang telah disusun oleh badan-badan NGO dengan kerjasama rapat dengan parti-parti politik dari Pakatan Rakyat.

Pelancaran rasmi HKR ini telah diadakan pada 3 November tahun lalu di Seremban, disambut oleh 30,000 warga yang tidak berganjak walaupun hujan turun mencurah-curah. Kehadiran dalam hujan lebat itu adalah petunjuk mengenai 'mood' rakyat telah bersedia untuk berhimpun membuat tuntutan.
NGO yang mendukung Himpunan Mega ini ialah, Anak, SAMM, Himpunan Hijau, Royalti, GMI, SMM, ABU, Muafakat atau NGO anti-PPSMI.

Pada pendapat saya, kehadiran yang dijangka satu juta rakyat dalam Himpunan itu akan menenggelamkan segala  tohmahan seperti - Amanat Haji Hadi, isu murtad,  isu nama Allah, kes liwat, masalah air di Selangor dan semua tohmahan lagi. Ia menunjukkan rakyat tidak peduli segala fitnah itu.

Kepada saya, jumlah sejuta rakyat yang dijangka hadir itu bukan satu ancaman dan tidak ada apa yang dikhuatirkan. Kehidupan harian di Kuala Lumpur akan berjalan seperti biasa. Restoran, pusat membeli belah, bas, teksi, monorel, LRT dan segalannya berjalan seperti biasa.

Seperti juga Himpunan Bersih yang lalu, saya percaya Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan menyaksikan demikian ramai golongan generasi muda yang mahukan perubahan. Mereka benci menyaksikan kegiatan rasuah, penyelewengan dan pembaziran yang terus berleluasa, harga barang yang meningkat terus – yang menjadi beban berat kepdaa rakyat - hutang negara yang terus meningkat, demokrasi dan keadilan semakin jauh.

Generasi ini akan menjadi pengundi dalam PRU akan datang. Oleh itu kekecewaan mereka terhadap situasi yang ada ini dijangka akan diterjemahkan dalam peti undi pada PRU akan datang itu.

Jika kita mengamati beberapa Himpunan Bersih yang lalu, anak muda ini yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang telah bersatu menentang segala kemungkaran yang berlaku dalam negara. Bagaimanapun, malangnya mereka melihat hingga kita tidak ada sebarang perubahan, bahkan perlakuan rasuah, penyelewengan dan sebagainya semakin bertambah. Ini yang sangat menekan perasaan anak muda dan rakyat prihatin.

Saya percaya, kebangkitan rakyat ini menunjukkan bahawa rakyat telah berjaya 'meruntuhkan' tembok rasa takut terhadap pihak berkuasa dalam usaha menuntut hak mereka. Oleh itu runtuhnya tembok takut ini adalah kemenangan rakyat sebenarnya.

Dengan demikian, Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini adalah manifestasi keberanian rakyat yang bangun di atas reruntuhan batu bata tembok ketakutan mereka selama ini.

Sehubungan itu media yang dimiliki parti yang memerintah tidak mungkin lagi berupaya menjadi 'penghadang' kepada kebangkitan rakyat ini. Mereka kehilangan daya dan kekuatan untuk menyekat sebarang aliran maklumat kepada rakyat. Dalam masa yang sama media alternatif dengan dunia siber yang sangat terbuka menyebarluaskan apa saja maklumat kepada rakyat.

Oleh itu Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini mempunyai seribu satu makna. Sama ada disukai atau tidak disukai oleh golongan tertentu, kebangkitan rakyat ini akan mengambil tempatnya yang penting di ibu negara yang bersejarah ini.

Rakyat sedang melangkah ke depan dan tidak akan berundur lagi, seperti kata Almarhum penyair Usman Awang: Kawan-kawanku yang dikasihi, di depan duri di belakan api, kita tidak boleh undur lagi.

Keahlian Isa Samad dalam KPF tidak sah - Mahkamah Tinggi KL

Posted: 08 Jan 2013 10:40 PM PST

isa samad interview 150509Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa walaupun ia mendapati KPF melanggar undang-undang kecilnya dalam menerima Isa (bawah) sebagai ahli, tetapi memutuskan dia boleh kekal sebagai ahli.
Keputusan hari ini akan menjejaskan usaha Isa untuk menjadi pengerusi KPF seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini, tetapi dibantah oleh beberapa ahli KPF. 
KPF merupakan koperasi terbesar di Malaysia.

"Hakim telah bersetuju dengan kami bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu adalah tidak wajar dan diberikan mandamus (perintah) untuk keahlian Isa dibatalkan. Dalam erti kata lain, beliau telah membenarkan permohonan kami untuk semakan kehakiman," kata peguam Mohd Hanipa Maidin, yang mewakili peneroka Felda yang memfailkan permohonan itu.



Oleh itu, katanya, mahkamah juga membenarkan satu certiorari untuk membatalkan keputusan SKM itu.

Abdul Talib Ali dan tiga anggota lain KPF telah memohon untuk semakan kehakiman berikutan keputusan suruhanjaya itu Mei lalu.

Mereka yang mencabar keputusan tiga anggota MCSC membenarkan Isa kekal sebagai ahli KPF walaupun ia mengakui pelantikan Isa adalah tidak sah.

Mereka menamakan ahli panel suruhanjaya dan KPF sebagai responden.

Polis akan kawal Perhimpunan #112 - Pakatan

Posted: 08 Jan 2013 08:45 PM PST


Polis akan kawal perhimpunan 12 Januari, kata Pakatan
KUALA LUMPUR, — Polis akan mengawal perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) pada 12 Januari ini dan akan memastikan ianya aman dan menjadi "peristiwa bersejarah", kata penganjur hari ini.
Menurut Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata perhimpunan ini akan menjadi "peristiwa bersejarah" di mana mereka belajar dari peristiwa lepas.
"Ditegaskan tadi dalam perjumpaan, IGP (Ketua Polis Negara) berhasrat ini akan menjadi detik bersejarah, untuk belajar dari kelemahan dan kekurangan program-program terdahulu," kata Saifuddin selepas beliau dan penganjur bertemu dengan KPN, Timbalan KPN dan pemimpin tertinggi polis disini.
"Beliau berhasrat untuk memberi servis terbaik untuk memastikan semua hak yang termaktub dalam undang-undang dan Perlembangan dihormati," katanya.
Beliau mengatakan perbincangan selama satu jam di ibu pejabat Bukit Aman sebagai "kondusif", dan berkata perbincangan adalah sekitar perhimpunan dan Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.
Saifuddin menyeru peserta perhimpunan untuk menyertainya seperti menyertai "pesta".
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang juga berada dalam sidang media berkata polis memberi kerjasama penuh semasa perbincangan.
"Dan mereka (pihak polis) sendiri akan bersama-sama memastikan himpunan 12 Januari...akan berlangsung dalam keadaan aman dan damai.Beliau berkata penganjur perlu menunggu keputusan sehingga tengah hari esok dari Badan Warisan Merdeka sama ada mereka dibenarkan menggunakan Stadium Merdeka untuk perhimpunan tersebut.
Sekiranya ada perubahan tempat, Saifuddin berkata penganjur akan memberitahu polis untuk memudahkan tugas mereka selaku fasilitator.
Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata peserta tidak akan berarak.
Di bawah Akta Perhimpunan Aman, protes jalanan yang didefinasikan perhimpunan di tempat terbuka yang melibatkan perarakan beramai-ramai adalah dilarang.
Mat Sabu hari ini mengulangi bahawa perdana menteri telah berjanji untuk membenarkan perhimpunan aman seperti di Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil.
Gabungan menuntut perubahan pilihan raya Bersih 2.0 cuba mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011 tetapi dibatalkan oleh pihak berkuasa pada saat akhir.
Pada perhimpunan ketiga Bersih pada 28 April lalu, kerajaan menawarkan stadium bersejarah tersebut selepas gabungan tersebut memilih Dataran Merdeka tetapi tawaran Putrajaya ditolak kerana dikatakan terlalu lambat.
Perhimpunan 12 Januari ini menyaksikan kumpulan menuntut perjuangan mereka menjelang pilihan raya 2013, termasuk menutup kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, membayar royalti lebih adil kepada negeri pengeluar minyak, pendidikan percuma dan pilihan raya bersih dan adil.
-themalaysianinsider

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Lagu negeri khas untuk bukan Islam, jika haramkan ‘Allah’, kata Dr MAZA

Posted: 08 Jan 2013 07:57 PM PST


 
KUALA LUMPUR, 9 Jan — Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan lagu kebanyakkan negeri-negeri yang menggunakan kalimah "Allah" terpaksa ditukar dengan keputusan mengharamkan penggunaan kalimah Arab tersebut bagi orang-orang bukan Islam.
Bekas Mufti Perlis (gambar) itu dilihat sebagai memberi respon kepada perintah Di Raja yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor mengharamkan penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan mereka.
"Bnyk lagu negeri2 ada klimah Allah trmasuk S'ngor. Jk mrk haram sama sekali pnggil Tuhan ALLAH, mk versi khas dperlukn," tulis beliau di akaun Twitternya, @realDrMAZA.
"Ertinya pengharaman total tidak mungkin. Kalau sekadar untuk Bible Bahasa Melayu, itu soal pentadbiran sahaja."
"Kerajaan boleh larang (penggunaan kalimah Allah) atas pentadbiran, bukan kerana Islam mengharamkan bukan Muslim sebab tiada arahan khusus dalam Islam tentang hal ini. Bible di negara Arab semua sebut Allah," kata beliau kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Malaysia yang didominasi Islam mempunyai 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan. Kebanyakan lagu negeri mengandungi perkataan "Allah" di dalam liriknya.
Lagu kebangsaan, "Negaraku", tidak mengandungi perkataan Arab "Allah" tetapi menggunakan perkataan Melayu, "Tuhan".
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) telah menarik pengikut yang ramai oleh kerana pandangan vokal beliau mengenai hal agama.
Read More / Baca Lagi >>

HKR KL112 : Tsunami kebangkitan rakyat selepas tsunami politik

Posted: 08 Jan 2013 07:55 PM PST

KUALA LUMPUR: Keyakinan Umno BN bahawa 'tsunami politik' sudah berakhir disifatkan sebagai bercanggah dengan realiti yang berlaku di negara ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Ramli berkata, walaupun 'tsunami politik' dikatakan sudah berakhirm namun kerajaan Umno BN terpaksa menghadapi 'tsunami kebangkitan rakyat'.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan bahawa 'tsunami politik' pada tahun 2008 sudah berakhir apabila kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak melakukan banyak perubahan.

"sekurang-kurangnya (Datuk) Ahmad Maslan mengakui wujud 'tsunami politik' dan kata ia sudah berakhir.

"Ini bermakna, bukan kita sahaja yang kata ada tsunami politik tahun 2008 tetapi Umno sendiri mengaku.

"Sebenarnya tsunami semakin kuat dengan kebangkitan rakyat berdasarkan kesedaran dan kefahaman rakyat sendiri," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, kini BN bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh selepas melalui 'tsunami politik'.

Namun kata Dr Hatta, Umno BN dilihat semakin menuju kehancuran dengan pelbagai krisis dalaman.
Read More / Baca Lagi >>

Muslihat Polis Keluarkan Pas Khas HKR KL112 Terbongkar!

Posted: 08 Jan 2013 07:52 PM PST

Keputusan sebuah laman portal berita terkenal Malaysiakini tidak memohon pas khas yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membuat liputan sempena Himpunan Kebamgkitan Rakyat (HKR) sangat tepat.

Ini kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, pihak polis sendiri yang tidak mengarahkan anggotanya memakai lencana rasmi pasukan dan tanda nama serta nombor polis mereka menyebabkan timbul pelbagai masalah seperti provokasi dan kekeliruan membezakan antara peserta himpunan tulen dan pasukan keselamatan yang menyusup masuk seolah-olah peserta himpunan tetapi golongan inilah diharapkan akan mencetuskan huru-hara.

Penegasan Fathi Aris Omar yang mengatakan bahawa kad akreditasi wartawan yang dikeluarkan kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan serta baju berlogo mewakili media masing-masing dipakai semasa himpunan sebelum ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa wartawan mengikut undang-undang sedangkan polis sendiri tidak mematuhi prosedur standarad operasi (SOP) mereka sendiri.

Difahamkan, tindakan polis membelasah sesuka hati wartawan semasa himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April tahun lalu hingga menimbulkan kemarahan seluruh dunia mendorong pas khas ini dikeluarkan tanpa mematuhi garis panduan sedia ada yang sudah lengkap.

Sepatutnya polis memberi jaminan keselamatan sepenuhnya kepada peserta himpunan dan wartawan yang bertugas tanpa membezakan mana-mana individu yang hadir kerana ia merupakan tugas mereka dan bukannya menyamar sebagai peserta himpunan lalu mencetuskan provokasi yang akhirnya mengakibatkan 'rakan mereka' dari pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak lalu menunding jari kununnya peserta yang menimbulkan suasana sedemikian.

Pas yang dikeluarkan polis itu hanyalah satu lagi bukti polis ingin merancang sesuatu provokasi lebih dahsyat tanpa melakukan kesilapan serupa apabila wartawan dari seluruh dunia turut terkena serangan meriam air dan gas pemedih mata semasa Bersih 3.0 dulu hingga ada yang dirawat di hospital.Read More / Baca Lagi >>

Penganjur: Himpunan KL112 cermin banyak tuntutan rakyat belum ditunai

Posted: 08 Jan 2013 07:50 PM PST

SHAH ALAM - Di sebalik 'feel good factor' yang disulam ke dalam jiwa rakyat di negara ini, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadual berlangsung Sabtu ini akan memcerminkan masih ramai rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan keadaan semasa, kata jurucakapnya, Hishamuddin Rais.

Beliau berkata, himpunan yang akan diadakan pada hari minggu itu sebenarnya bertujuan memberi isyarat jelas bahawa rakyat biasa mahu pun mereka yang bernaung di bawah badan-badan bukan kerajaan (NGO) ini punya rungutan dan tuntutan mereka sebagai rakyat yang harus didengari.

"Ia adalah untuk membuktikan bahawa ramai rakyat di Malaysia ini merasa tidak berpuas hati melalui NGO-NGO, melalui badan-badan sivil, badan-badan masyarakat Madani ini untuk mengajukan tuntutan-tuntutan mereka ini.

"Tuntutan-tuntutan mereka ini juga pelbagai. Jadi Himpunan Kebangkitan Rakyat ini mengemblengkan semua tuntutan ini dalam satu hari. Jadi ini yang cuba dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Bukan setakat memberi amaran kepada pemerintah pada hari ini, ia juga suatu peringatan kepada mana-mana parti yang akan mengepalai tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Tujuannya adalah untuk mengajukan tuntutan-tuntutan daripada NGO-NGO seperti Anak untuk selamatkan Felda, Mufakat untuk selamatkan kampung warisan, kumpulan Hijau untuk selamatkan Pengerang dan kilang Lynas (dan sebagainya)," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

HKR KL112: Siapa tak turun 12 Januari tak akan dapat lakar sejarah terakhir era BN

Posted: 08 Jan 2013 07:01 PM PST

Jom turun ramai-ramai untuk lakar sejarah negara pada 12 Januari 2013 (Sabtu) dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibunegara Kuala Lumpur.

Sapa tak turun tak dapat la nak rasa nikmat terakhir di era BN berkuasa selama 55 tahun sebelum ditumbangkan dalam pru 13 yang dijangka Mac atau April depan.Rugiiii ..

Pedulikan dengan isu basi yang dibangkitkan Umno untuk tutup segala tuntutan rakyat iaitu bagi royalti kepada Kelantan,tutup kilang racun Lynas,bersihkan pilihanraya,selamatkan Felda daripada jadi habuan gerombolan untuk perah dan hisap darah peneroka.
Rakyat tak celik dan buta IT banyak kena tipu dengan gerombolan yang jual agama,jual air liur dengan kata Umno tumbang Melayu merempat.Yang merempat Umno bukan kita.Fahaman sesat dan menyesatkan ini tidak ada dalam kitab Fathul Bari tapi ada dalam kitab Umno.

Rakyat Mesir dan Tunisia yang berjaya jatuhkan pemimpin diktator Mubarak dan Ben Ali tentu berbangga kerana mereka dinobatkan sebagai salah seorang di kalangan berjuta rakyat jatuhkan pemimpin mereka yang zalim.Tapi kita turun dalam HKR hanya untuk berhimpun secara aman dan suarakan hak kita kepada pemerintah.Kita akan jatuhkan pemerintah di peti undi bukan secara ganas seperti samseng Umno yang kini mengganas sebelum kalah.

JOM TURUN!

HKR KL112 : AMK alu-alukan kehadiran anak muda di Padang Timur PJ untuk berarak ke Stadium Merdeka

Posted: 08 Jan 2013 06:57 PM PST

Bahang Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 semakin terasa. Desakan rakyat untuk menuntut pembaharuan dan hak mereka sebagai rakyat telah sampai ke kemuncaknya.
Justeru kebangkitan ini tidak dapat lagi dibendung, tambahan pula Polis DiRaja Malaysia telahpun memberi jaminan untuk bekerjasama menjadikan perhimpunan satu juta rakyat ini menjadi himunan yang paling aman setelah beberapa insiden di himpunan yang lalu.
Angkatan Muda KEADILAN Selangor yang akan menjadi tuan rumah untuk tapak lokasi berkumpulnya anak muda Angkatan Muda KEADILAN dari seluruh pelusuk negara, mengalu-alukan kedatangan mereka untuk sama-sama menggegar #KL112.
Berikut adalah tapak lokasi yang ditetapkan
Tarikh: 12 Januari 2013
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Padang Timur, Petaling Jaya (depan Amcorp Mall)
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, dengan diketuai oleh Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin akan berarak dari Padang Timur, PJ ke Stadium Merdeka serta akan bergabung dengan kumpulan-kumpulan lain sepanjang laluan perarakan yang akan melalui Universiti Malaya dan Dataran Merdeka.
Read More / Baca Lagi >>

Kalimah ALLAH : Buka ruang untuk berdakwah - TG Nik aziz

Posted: 08 Jan 2013 06:55 PM PST

Nik Aziz
Nik Aziz bergambar bersama ahli-ahli majlis yang selepas selesai majlis penyerahan watikah pelantikan semalam. FOTO:KHIRU SHALLEH ABDULLAH
 
KOTA BHARU - Di sebalik percanggahan pendapat dalam kalangan pimpinan berhubung penggunaan kalimah ALLAH yang digembar-gemburkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bersetuju membuka ruang kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Berdasarkan pandangan peribadi itu, beliau berkata ruang bagi membolehkan kalimah ALLAH itu digunakan adalah sebagai langkah untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam.

Bagaimanapun katanya, bagi menjelaskan pendirian Pas yang dipertikaikan sebelum ini Nik Aziz menegaskan keputusan muktamad adalah ditentukan pada Sabtu ini menerusi mesyuarat Ulama Syura Pas yang adakan diadakan di Kuala Lumpur.

"Ini pandangan saya, sekiranya mesyuarat nanti tidak memberikan kebenaran saya akan ikut.

"Jadi pendapat saya sekarang ini yang penting ia perlu dibuka ruang kepada bukan Islam guna perkataan ALLAH," katanya kepada media semalam mengulas mengenai perbezaan pendapat berhubung penggunaan kalimah ALLAH.

Read More / Baca Lagi >>

SKMM: Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap penyebar berita palsu menerusi internet dan SMS

Posted: 08 Jan 2013 06:49 PM PST

CYBERJAYA, 9 Jan — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memperingatkan orang ramai tentang bahayanya penyebaran berita palsu menerusi internet dan SMS. Ini ekoran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
"Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan Polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM.
Di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," kata beliau lagi. — Bernama

Rakyat Sabah diseru sertai Himpunan Bangkit 12 Jan

Posted: 08 Jan 2013 06:12 PM PST


KUALA LUMPUR: Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
"Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO," kata Harieyadi Karmin selaku Koordinator Gegar merangkap Pengerusi Penganjur Himpunan Sabah Bangkit dalam satu kenyataan.
.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.

Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO.

Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) mengambil inisiatif menjadi penganjur kepada himpunan ini selepas kita mengadakan siri perbincangan dengan kawan-kawan NGO yang lain.

Read More / Baca Lagi >>

HKR KL112 : 'Malaysiakini tidak berminat dengan pas akhbar polis'

Posted: 08 Jan 2013 06:11 PM PST

malaysiakini acnmc conference 021010 fathi aris omarMalaysiakini tidak akan mengemukakan senarai nama wartawannya untuk mendapatkan pas pengenalan polis untuk dipakai oleh mereka yang akan membuat liputan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat Sabtu ini.

Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar berkata permintaan pihak polis itu - yang dilihat bertujuan untuk membezakan petugas media daripada perserta perhimpunan itu - tidak akan membantu polis dalam tugas mereka dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan aman.

"Pihak polis sepatutnya menawarkan perlindungan kepada semua orang, muktamad," katanya.

Semalam, pihak polis telah meminta organisasi media mengemukakan senarai nama wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan tersebut, dengan mengatakan bahawa pas pengenalan itu adalah untuk "perlindungan" mereka.

Fathi Aris (kiri) berkata pas media Malaysiakini sendiri dan kad akreditasi rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi sepatutnya sudah mencukupi untuk mengenal pasti wartawannya.

Mana-mana pas pengenalan yang dikeluarkan oleh pihak polis boleh membawa kepada ketidakpercayaan orang awam terhadap petugas media, katanya.

"Ini akan membuatnya kelihatan seolah-olah wartawan telah 'disahkan' oleh pihak polis," katanya sambil mengingatkan, bahawa ia boleh mewujudkan satu duluan (precedent) yang tidak sihat.
Read More / Baca Lagi >>

HKR KL112 : Buktikan Kita Manusia

Posted: 08 Jan 2013 06:00 PM PST

Sabtu ini - 12 Januari ini akan berlangsung himpunan kebangkitan rakyat (HKR). HKR adalah kesenimbungan kepada Bersih 1,2, dan 3. Ia adalah kemuncak kepada manifestasi kebangkitan rakyat untuk menuntut satu pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini. Keperluannya begitu besar sekali tanpa pilihan raya yang adil dan bersih maka kepimpinan yang lahir menerusi proses ini selamanya tidak bersih dan membawa imej dan sifat kepimpinan sejati. 


Banner yang mengajak rakyat bangkit membela hak.
Perlu disedari sesuatu yang lahir dari sistem yang tidak bersih, ia akan menatijahkan hasil yang tidak baik. Saya beranologi, macam mana kita mengharapkan akan lahir anak ayam dari telor itik. Seribu kali telor itik itu diram oleh ibu ayam, ia tetap melahirkan anak itik kerana gene itik berada dalam telor itu.

Nah begitulah juga dengan sistem atau proses melahirkan pemimpin mestilah dari proses dan sistem yang betul dan baik barulah lahir pemimpin yang suci murni berjiwa besar dan akan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara dengan adil dan bersih.



Kenapa banyak kepincangan berlaku di dalam negara kita hari ini, sebabnya bukan lain kerana negara dipimpin oleh mereka yang tidak lahir dari sistem atau proses yang suci. Pilihan raya kita dipenuhi dengan strategi dan tektik penipuan. Pemnimpin yang ada hari ini tidak ubah seorang anak yang lahir dari hasil persundalan kedua orang tuanya. Sifat buruk, keji yang dimiliki oleh kedua orang tuanya sedikit sebanyak menurun kepada anaknya.

Himpunan itu mulanya dirancang akan berlangsung di stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pihak penganjur telah pun membuat permohonan tetapi hingga saat ini tiada kelulusan yang diberikan. Dua hari lepas wakil penganjur berkunjung ke pejabat stadium berkenaan untuk bertanya khabar mengenai status permohonan mereka tidak ada seorang pun pegsawainya keluar menemui wakil berkenaan.

Read More / Baca Lagi >>

Amaran Sonamu ditarik balik

Posted: 08 Jan 2013 05:57 PM PST

SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam mengumumkan ribut Sonamu tidak dijangka melanda negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia.

Berdasarkan maklumat terkini yang dibekalkan Jabatan Meteorologi, majlis itu berkata, amaran hujan lebat dan angin kencang ditarik balik pada 8.35 malam, Isnin.

Bagaimanapun MKN masih memantau perkembangan di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di sepanjang pantai," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Che Gayah Ismail berkata,sebarang aktiviti perikanan perlu dihentikan kerana angin kencang yang mencecah sehingga 60km/j akan menyebabkan laut bergelora.

"Orang ramai jangan panik kerana ribut ini tidak akan melanda semenanjung hanya menyebabkan laut bergelora.
Read More / Baca Lagi >>

“Tiger show” dalam PDRM : Ia tak patut berlaku

Posted: 08 Jan 2013 05:54 PM PST

 Apa pun jawapan atau alasan Ketua Polis Selangor tentang peristiwa yang sudah berlaku ini, ia tetap sesuatu mengambarkan keburukan dan kelemahan PDRM sendiri.  Institusi PDRM (Polis DIRAJA Malaysia)  yang logonya  tertulis kalimah  "Allah" dan "Muhammad" ,, nampaknya dengan sewenang-wenang telah dicemari oleh PDRM sendiri. Memang tidak wajar dan amat bertentangan dengan budaya Islam dan masyarakat Malaysia 'amnya.
                                                                  
Gambar tarian separuh bogel ini telah dirakam dalam satu Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan JSJ IPDP Shah Alam pada 4hb Januari yang lalu.  Gambar  tigasuku  lucah ini kini  sedang  berlegar ligat dialam internet.  Dan difahamkan Ketua Polis Selangor melalui akaun FBnya telah mengeluarkan satu kenyataan….. begini bunyinya,,,,,

" ASLMKUM. SAYA HARAP JGN LAH RAMAI YANG BUAT DOSA.  SAYA TLH SELIDIK.  PIHAK POLIS YG HADIR (JSJ SHAH ALAM) JUGA TERPERANJAT DGN PIHAK KEBUDAYAAN ( MLM DI INTEKMA  ) ITU YG TELAH MEMBUAT "SHOW" SEDEMIKIAN, NAMUN TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP MEREKA YG BERTANGGUNG JAWAB & CUAI DLM MENGANJUR. POLIS SELANGOR TIDAK SEKALI KALI MENYOKONG KEMUNGKARAN SEBEGITU.  HARAP MAKLUM"
Persoalannya,,, Mohon maaf satu hal,,  tetapi memadaikah permohonan maaf yang begini ringkas? Dan salahkah  kalau mesyarakat Malaysia masih beranggapan bahawa PDRM atau keluarga PDRM atau pihak-pihak yang berkaitan dengannya,  sengaja telah memperlekehkan hukum Islam?  -  rahimothman

Jika Perbadanan Stadium Merdeka Berkeras Lokasi Terbaru Himpunan Kebangkitan Rakyat?

Posted: 08 Jan 2013 05:52 PM PST

Himpunan Kebangkitan Rakyat
KUALA LUMPUR - Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu menegaskan pihaknya tidak akan berganjak dengan keputusan memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi utama perhimpunan pada hujung minggu ini.
Bagaimanapun Timbalan Presiden Pas itu tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertukaran lokasi sekiranya Perbadanan Stadium Merdeka masih enggan mengeluarkan surat kebenaran menggunakan kemudahan itu Sabtu ini.
"Kami akan tunggu sehingga jam 1 tengahari esok, sama ada diizinkan ataupun tidak, kita akan umumkan dalam satu sidang media jam 4 petang esok di ibu pejabat Pas.
"Kita buat keputusan terakhir di situ," katanya kepada pemberita di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Polis Negara bagi membincangkan kerjasama dan kawalan keselamatan sepanjang perhimpunan itu berlangsung.
Mengulas lanjut, sehingga kini pihak penganjur masih belum menerima sebarang jawapan meskipun permohonan untuk menyewa stadium terbabit telah dikemukakan pada 26 Disember lalu.

Syrian Kurds seek essential supplies in Iraq

Posted: 08 Jan 2013 05:45 PM PST

The Stream - Bound by sectarianism

Posted: 08 Jan 2013 05:43 PM PST

Segera siasat skandal jalan termahal di Malaysia

Posted: 08 Jan 2013 03:56 PM PST


KOTA KINABALU: PAS Sepanggar mendesak agar SPRM menyegerakan siasatan terhadap isu kos pembinaan jalan ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah yang hanya berjarak 900 meter namun menelan belanja RM 14.9 juta.

(Jalan dari Menara Yayasan Sabah ke DUN Sabah hanya 0.9 km tetapi harga pembinaannya RM14.9 juta)

Sebelum ini, Harakahdaily pernah melaporkan isu ini dan ahli Parlimen Gombak Azmin Ali juga pernah mempersoalkannya di Dewan Rakyat pada 1 Oktober 2012 lalu.

Memorandum juga telah dihantar oleh NGO Jingga 13 pada 17 Disember 2012 di pejabat SPRM Sabah.

"Setakat ini, pihak SPRM belum memberikan sebarang respon berhubung isu ini walaupun telah tiga minggu menerima memorandum daripada Jingga 13.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: BN akan bangkit..!!!! kata Muhyiddin

Posted: 08 Jan 2013 03:51 PM PST


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin (dua, kiri) dalam lawatan sehari beliau ke Negeri Sembilan, semalam - Foto Bernama
 
SEREMBAN - Selepas melalui apa yang dikatakan "tsunami politik" pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) kini bangkit semula sebagai sebuah parti yang kuat dan paling kukuh untuk membawa pembaharuan dan perubahan besar dalam hidup rakyat.
  
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kekuatan baru ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum akan terus menyokong dan mendukung kerajaan BN.
  
"Kita tahu semenjak kerajaan BN mentadbir negara, kita memikul amanah ini, kita tidak pernah lupa tanggungjawab kita, kita melakukan usaha-usaha pembangunan.
  
"Pembangunan ekonomi kita laksanakan di mana daripada sebuah negara yang miskin, hari ini Malaysia telah bangkit menjadi satu kuasa besar dalam ekonomi di rantau ini dan menjadi antara negara termaju di kalangan negara-negara membangun," katanya semasa berucap pada majlis perhimpunan rakyat 1Malaysia dan pelancaran Gelombang Biru peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini semalam.
  
Read More / Baca Lagi >>

‘Allah’ is universal God

Posted: 08 Jan 2013 03:49 PM PST

The contention from various organisations and bodies such as Jakim, Umno and PAS that using the term Allah is the exclusive right of Muslims has no religious basis.

Many Muslim scholars and politicians fear that the Bible and related publications using the word "Allah" as God will influence and confuse "innocent" Muslims, making them susceptible to being converted to Christianity.
If a Muslim wants to stray from his faith, there are 1,001 ways to do it, including entering another religion or even sect.
So what is the big deal? Why go only after the church?
Many Muslims nowadays are already very much influenced by the greed for power, positions, wealth, money, black magic, immoral activities, drugs and what not.
They are a confused lot.
Why not go after the bomohs, witches, evil politicians, drug traffickers and those in the police force who give them protection, the addicts, snatch thieves, the apostates and the corrupt government servants?
But that would be politically incorrect, wouldn't it? Here in Malaysia religion is greatly politicised and race a weapon to be wielded when "needed".
Never has this been more pronounced than after the 2008 general election which shocked the ruling Umno-led Barisan Nasional out of its stupor.
With all common sense asunder, it's been a religious tug-of-war since then between the Umno and PAS Muslim ulamas and scholars.
I find this strange because according to the Surah Al Kafirun, a Muslim should confine himself to his own religion and others to theirs.

No religious basis

Read More / Baca Lagi >>

WHAT TYPE OF PARTY IS THIS? Dr M tells Umno to 'HUSH HUSH' on Najib's shortcomings - for now that is!

Posted: 08 Jan 2013 03:48 PM PST

WHAT TYPE OF PARTY IS THIS? Dr M tells Umno to 'HUSH HUSH' on Najib's shortcomings - for now that is!
Amid several controversies surrounding prime minister Najib Razak, former prime minister Dr Mahathir Mohamad called on UMNO members not to publicly talk about Najib's weaknesses, at least not until the election is over.
"When BN wins the 13th general election, then we can correct those mistakes and wrongdoings for the interest of all ... When that time comes, we can rebuke and whack," Dr Mahathir was quoting as saying by the pro-government national news agency, Bernama.
The UMNO strongman, whom critics say has remained as Malaysia's 'de facto prime minister', admitted that Najib had his flaws, but urged party members not to openly pass judgements.
Instead, Mahathir said UMNO members should focus on helping BN regain its two-third majority.
He also spoke of the youths' "naivety" saying there were being exploited by Pakatan Rakyat in its quest for change.
"The younger generation should not acquire new taste and try the opposition which will bring destruction to the country. They must be smart and make comparisons - Malaysia before Merdeka and whatever achieved since," he added.

Big problems, small solutions

Posted: 08 Jan 2013 03:47 PM PST

Compared with Anwar's ideas to solve the nation's woes, Najib's 1Malaysia This and 1Malaysia That are but small painkillers providing short-term relief

Soon 10 million Malaysian citizens will be able to enjoy the 1Malaysia Privilege Card and do online shopping at the 1Malaysia Privilege Portal. This may be a way of enabling the rakyat to obtain a bit of discount benefits but this is not solving the problem in the long run.
A friend of this columnist mentioned that 5% discount is given for purchases at a fast-food outlet but the discount is only limited to purchases of less than RM20. Do your math and see how little the discount comes up to!
Frankly, all these 1Malaysia ideas are not solving the problems at all. They are just little ideas yielding tiny gains for the rakyat. One of the biggest problems faced by the nation is corruption.
Is there any major effort by the relevant authorities to curb this crime? Forget the NKRAs (National Key Result Areas) and the KPIs (Key Performance Index) but has there been any real reduction in corruption? Zilch, nil, tiada.
Another major problem is the ever-rising crime rate. Any reduction? Not really. Snatch thefts and house break-ins are rampant and rife. Instead, the Najib administration comes up with 1Malaysia This and 1Malaysia That. These are not problem-solvers but small painkillers that provide short- term relief.
Prime Minister Najib Tun Razak is not doing the big things to solve the big problems. Is there any idea or plan on how to curb the massive illicit fund outflow? Again zilch, nil, tiada. In fact, in the first place there is no effort being made to acknowledge that there exists big problems such as corruption, rising crime and illegal fund outflow.
Instead, attention and action have been diverted to giving small discounts and small cash aid here and there. Clearly, Najib is not a man of big ideas when it comes to benefiting the rakyat.
Just compare with Opposition Leader Anwar Ibrahim who has ideas such as abolishing road tolls, reducing petrol prices and giving out taxi permits. Now these are big ideas.
In regard to taxi permits, so far the Najib administration has only handed out four new tyres. This gift amounts to only RM520 whereas the taxi permit costs nearly three times that amount at RM50 per day, which comes up to RM1,500 per month. That is the reason why the prime minister does not really understand the situation on the ground.
Making up for lost time
Read More / Baca Lagi >>

Sayangi Malaysia, gunakan kuasa kita – Abby Abadi

Posted: 08 Jan 2013 03:46 PM PST


KUALA LUMPUR: Arbaeiyah Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi hari ini meminta agar seluruh rakyat negara ini melakukan perubahan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang.
Beliau yang ditemui di Pejabat Harakah hari ini memberitahu perubahan yang dilakukan itu adalah salah satu usaha untuk menghentikan mereka yang memerintah daripada terus melakukan dosa.

Malah ia juga turut menjadikan negara ini berada dalam keadaan yang lebih baik dari sebelum ini.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berharap seluruh rakyat berani untuk melakukan satu perubahan yang besar pada PRU13 nanti, apatah lagi mereka yang baru pertama kali ingin mengundi perlu berani membuat perubahan.

"Niat kita hanyalah untuk menjadikan negara ini lebih baik dari sebelum ini, perubahan pemerintahan perlu dilakukan," jelas beliau.

Read More / Baca Lagi >>

C4-R - Berbasikal tuntut royalti

Posted: 08 Jan 2013 03:42 PM PST



CYCLING FOR ROYALTY (C4-R) KB-KLCC. 1-11/1/2013

1. Tahniah! Sangat menarik dan kreatif langkah yang diambil oleh "R" dalam memperjuangkan hak rakyat agar risalah dan mesej yang dibawa sampai kepada seluruh rakyat untuk turut sama bangun memperjuangkan hak yang dinafikan sejak sekian lama.
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi sokongan penuh kepada gerakan "R"  untuk menuntut royalti minyak petroleum.

3. Sangat malang, jika YAB Perdana Menteri masih membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap tuntutan ini kerana ia adalah hak rakyat. Apa yang rakyat mahu ialah royalti diberi kepada Kelantan, Pahang dan dipulangkan royalti yang telah dirampas secara kejam dari Terengganu.

4. "Kami mahu Royalti bukan Wang Ehsan" ... Jika Sabah dan Sarawak boleh menikmati royalti yang sememangnya menjadi hak mereka seperti mana yang telah dimuktamadkan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974, kenapa hak Kelantan, Terengganu dan Pahang dicabul. Kerajaan Umno dan BN mestilah bertanggungjawab atas pencabulan ini dan mendahulukankan hak rakyat sebagaimana slogan yang mereka jual kepada umum selama ini iaitu rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, atau slogan itu hanya satu pembohongan semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

Gangguan bekalan air: SYABAS nafi sabotaj...Isu pokoknya Air tak cukup..!!!

Posted: 08 Jan 2013 03:34 PM PST

Kenyataan media majlis kepimpinan PR - HKR KL112, Kalimah Allah, AES, ATM,

Posted: 08 Jan 2013 03:26 PM PST


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT